BAHAN DAN BINAAN UNIT 5 : KERJA PAIP 1 OBJEKTIF : Di akhir modul ini pelajar akan dapat : i. Mengenalpasti sumber bekalan air ; ii. Mengenalpasti sistem bekalan air domestik dan kaedah agihannya; iii. Mengenalpasti jenis dan gred paip serta kegunaannya; iv. Menggunakan alat tangan dan mesin dalam kerja penyambungan paip; v. Memasang pelbagai alat pepasang dan injap dalam kerja paip; vi. Melukis dan mentafsir lukisan perkhidmatan; vii. Melukis simbol piawai dalam kerja paip; viii. Mengamalkan peraturan keselamatan di tempat kerja.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP
1
OBJEKTIF :
Di akhir modul ini pelajar akan dapat :
i. Mengenalpasti sumber bekalan air ;
ii. Mengenalpasti sistem bekalan air domestik dan kaedah agihannya;
iii. Mengenalpasti jenis dan gred paip serta kegunaannya;
iv. Menggunakan alat tangan dan mesin dalam kerja penyambungan
paip;
v. Memasang pelbagai alat pepasang dan injap dalam kerja paip;
vi. Melukis dan mentafsir lukisan perkhidmatan;
vii. Melukis simbol piawai dalam kerja paip;
viii. Mengamalkan peraturan keselamatan di tempat kerja.
BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP
2
5.1 Pengenalan Sumber Bekalan Air
Air merupakan satu sumber yang sangat penting dalam kehidupan
seharian. Ia membolehkan kita menyediakan keperluan diri seperti minuman,
menyediakan makanan, mencuci pakaian dan sebagainya. Sumber-sumber
semulajadi mendapatkan air adalah daripada sungai, bukit-bukau, dan bawah
tanah. Kebanyakan air yang dibekalkan sebagai air minuman ialah hasil dari
sungai.nair mentah yang didapati daripada mana-mana sumber dikehendaki
diproses bersih dan dibubuh ubat klorin sebelum ia sesuai digunakan oleh
manusia.
Proses pembersihan dijalankan di loji tapis, kemudian air yang sudah
diproses dialirkan melalui saluran paip air untuk disimpan di dalam kolam.
Untuk kawasan yang sedia ada bekalan air yang tersusun, sir dialirkan terus
melalui system saluran paip induk yang ditanam di bawah jalan raya.
Perkhidmatan kepada setiap bangunan atau rumah ialah melaui sambungan
yang dibuat antara paip induk dengan paip servis rumah tersebut.
Untuk kawasan perumahan yang menghadapi tekanan yang rendah,
adalah menjadi amalan mengadakan satu tangki pusat tempat air bersih
disimpan sebelum dibekalkan kepada kawasan tersebut. Ini biasa berlaku
kepada perumahan yang dibina diatas kawasan tinggi.
Di luar bandar, bekalan air masih belum mencukupi, kebanyakan
penduduk bergantung kepada perigi sebagai sumber air untuk kegunaan
harian. Air yang tidak diproses adalah merbahaya dari segi kesihatan,
terutamanya boleh dihinggapi penyakit jangkitan air seperti penyakit taun.
BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP
3
5.2 Bekalan Air Domestik
Sistem bekalan air domestik adalah dibawah jagaan Jabatan atau
Lembaga Bekalan Air negeri. Ia bertanggungjawab berhubung dengan
pembekalan air termasuk penyelenggaraan paip-paip induk, tangki simpan air
utama bagi taman perumahan dan kolam air, merancang dan mengenal pasti
sumber-sumber air yang baru.
5.2.1 Kaedah Agihan Air
Selepas melepasi proses olahan di loji penanpisan, air yang disimpan
di dalam tangki simpanan diagihkan melalui sistem agihan. Agihan air boleh
dilakukan dengan kaedah :
i. Graviti
ii. Pam
iii. Pam dan takungan
Ciri umum yang ada pada sistem agihan air adalah :
i. Dapat membekalkan air bersih yang mencukupi
ii. Sistem agihan hendaklah berkesan.
iii. Sistem perpaipan mampu membekalkan air secara berterusan
dengan penyenggaraan yang minimum.
iv. Bahan yang digunakan untuk paip agihan hendaklah tahan lasak
dan tidak mendatangkan kesan buruk jangka panjang kepada
pengguna.
v. Sistem agihan hendaklah ekonomi dari segi reka bentuk, susun
atur dan pembinaan.
BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP
4
i. Kaedah Graviti
Sistem ini digunakan apabila loji rawatan air terletak pada aras
yang lebih tinggi.
Kelebihan :
Tidak menggunakan pam, maka ia menjimatkan kos operasi dari
segi penggunaan elektrik dan penyenggaraan pam.
Kelemahan :
Jika kawasan bekalan terletak terlalu rendah berbanding loji
rawatan air, tekanan di dalam paip menjadi telalu tinggi dan
mudah merosakkan paip dan sistem agihan.
Rajah 5.1 : Kaedah Agihan Graviti
Loji Pembersih
Air
Tangki Simpanan
Pengguna
BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP
5
ii. Kaedah Pam
Sistem ini digunakan apabila kawasan bekalan berada sama
aras tangki atau lebih tinggi dari aras tangki simpanan. Air dipamkan
terus ke kawasan agihan.
Kelebihan :
Boleh membekalkan air ke kawasan yang lebih tinggi.
Kelemahan :
Bekalan air akan terputus apabila bekalan elektrik terputus.
Tekanan di dalam paipakan menjadi tinggipada masa
permintaan(waktu malam) danakan menyebabkan kerosakan
paip.
Sistem ini memerlukan kawalan dan khidmat senggaraan yang
kerap bagi memastikan bekalan air sentiasa berada pada tahap
optimum.
Kos operasi tinggi untuk penyenggaraan pam dan system
agihan.
Rajah 5.2 : Kaedah Agihan Pam
Pengguna
Loji Pembersih Air
Stesen Pam Galak
BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP
6
iii. Kaedah Pam Dan Takungan ( Gabungan )
Sebahagian air dipam ke kawasan agihan dan sebahagiannya
ke tangki perkhidmatan yang diletakkan di kawasan yang lebih tinggi
dari kawasan bekalan. Air yang disimpan di tangki perkhidmatan akan
diagihkan semasa permintaan tinggi pada waktu puncak. Pada masa
permintaan rendah (waktu malam), air disimpan di dalam tangki
perkhidmatan untuk diagihkan pada waktu puncak keesokan harinya.
Kelebihan :
Sangat ekonomik kerana proses pengepaman beroperasi pada
kadar yang tetap.
Pam yang beroperasi pada kadar yang tetap akan menghasilkan
kecekapan yang tinggi serta kurang kos penyenggaraan.
Kerosakan pada paip dan sistem agihan juga dapat
dikurangkan.
Kelemahan :
Tiada kekurangan yang ketara.
Rajah 5.3 : Kaedah Agihan Gabungan
Tangki Simpanan
Pengguna
Loji Pembersih Air
Stesen Pam Galak
BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP
7
5.3 Jenis-jenis Injap Dan Kegunaannya
Pemasangan injap adalah untuk kedua-dua sistem paip dan sistem
paip dalaman. Injap merupakan satu peralatan yang menerima arahan
dalaman samada dalam bentuk insani, mekanikal, elektrikal atau pneumatik
untuk melepaskan, atau menghentikan atau menyalurkan kembali pengaliran
udara melaluinya.
Injap biasanya adalah untuk mengawal pengaliran air sepanjang paip.
Ianya bertujuan untuk mengawal pengeluaran air di penghujung paip. Kedua-
dua injap dan pili adalah alat yang dikawal dengan menggunakan tangan dan
biasanya diperbuat daripada gangsa, Loyang, besi, tembaga, gunmetal,
keluli, plastik atau campuran bahan-bahan tersebut.
Rajah 5.4 : Simbol injap dalam kerja paip
5.3.1 Fungsi- fungsi Injap
Membuka atau menutup aliran sesuatu bendalir.
Boleh dilaraskan untuk kesesuaian halaju aliran.
Hanya membenarkan aliran pada satu arah sahaja.
Mengeluarkan bendalir daripada sistem.
Melepaskan udara dari dalam paip dan membolehkan udara masuk ke