Top Banner
Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | RABIULAKHIR-JAMADILAWAL 1438H | JANUARI 2018 Amanat Khas Tahun Baharu 2018 MS 4-5 Malam Citra Kelantan Meriah MS 6 Lebuhraya Rakyat Hampir Siap MS 10 EDARAN PERCUMA Bil 185 EUCALYPTUS Menjadikan Kelantan Negeri Pengeluar banyak kegunaan kayunya sesuai digunakan sebagai kayu perabot, papan lapis dan cerucuk bangunan. Tanaman Eucalyptus akan menjadikan Kelantan antara negeri pengeluar kayu khas untuk pembuatan papan lapis (playwood). Lihat muka 3
13

EUCALYPTUS Menjadikan Kelantan Negeri Pengeluar ...

Jan 21, 2023

Download

Documents

Khang Minh
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: EUCALYPTUS Menjadikan Kelantan Negeri Pengeluar ...

RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H |JANUARI 2018 1

Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | RABIULAKHIR-JAMADILAWAL 1438H | JANUARI 2018

Amanat Khas TahunBaharu 2018MS

4-5Malam Citra Kelantan MeriahMS

6Lebuhraya Rakyat Hampir SiapMS

10

EDARAN PERCUMA Bil 185

EUCALYPTUS Menjadikan Kelantan Negeri Pengeluarbanyak kegunaan

kayunya sesuai digunakan sebagai kayu perabot, papan lapis dan cerucuk bangunan. Tanaman Eucalyptus akan menjadikan Kelantan antara negeri pengeluar kayu khas untuk pembuatan papan lapis (playwood). Lihat muka 3

Page 2: EUCALYPTUS Menjadikan Kelantan Negeri Pengeluar ...

RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H | JANUARI 2017 RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H |JANUARI 20182 3

KEBERKATAN | KEMAKMURAN | KEBAJIKAN

Merakyatkan Membangun Bersama Islam

REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 20162

Pertama, memang benar, satu-satu bajet yang sama tidak pernah (saya tambah: dan tidak akan) diperucapkan sejak dulu-dulu dan akan datang bagi kali yang kedua, atau untuk beberapa kali. Ini adalah kerana bajet tahunan sabuah negara akan hanya dibentangkan untuk tahun yang berkenaan saja. Tidak pernah terdengar atau terbaca satu-satu negara atau negeri yang membentang bajetnya dalam masa beberapa saat dengan Menteri Kewangannya, lengkap dengan pakaian satu sut sedondon dengan para menteri dan ahli-ahli parlimen penyokong kerajaan bangun lalu mengistiharkan “..... adalah dengan ini saya membentangkan bajet negara kita bagi tahun depan SEBIJI sebagaimana bajet tahun ini....” lalu duduk, dan sidang parlimen hari itu pun ditangguhkan. Itu barulah jadi bajet yang pernah diperucapkan.

Kedua, mendengar ucapan Menteri Kewangan bahawa bajet ini “tidak pernah diperucapkan” itu membayangkan bagaimana luar biasanya bajet tahun ini, betapa hebat, ajaib, dan beberapa label kespesialan (perkataan asasnya: special, bukan sial) lagi bajet kali ini. Special dengan GST yang disedut dari semua lapisan rakyat, kecil besar, tua muda, miskin kaya dan gelandangan itu jalan terus, tahun depan kerajaan pusat dijangka akan dapat lebih RM40B (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Ribu Juta).

Memang bolehlah dikatakan bajet ini adalah ibu segala bajet kerana kerajaan amat berharap kepada bajet inilah yang akan melahirkan kepercayaan, sokongan dan undi rakyat dalam PRU 14 yang menanti masa dan suasana yang sesuai untuk diistiharkan tarikhnya oleh pemerintah.

Bagaimana kiranya bajet yang dihias

PENAUNGYB DATO’ HJ MOHD NASSURUDDINB. HJ. DAUDPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta

PENASIHATMD ASHARI MAMATPengarah Urusetia PeneranganKerajaan Negeri Kelantan

PENYELARASABD. RAHIM MUHAMMAD

SUSUN ATURAHMAD KARIEMULLAH SAIPUL BAHRIN

WARTAWANNIK AZMAN NIK [email protected]

CHE MAZIAH BINTI [email protected]

JURUFOTOMOHD ASRI HAMATABDUL AZIZ BIN [email protected] KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB)

PENGEDARUNIT EDARAN UPKN

PERCETAKANUNIPRESSLot 140, Jalan Pencawang TNB Lundang,Off Jln Sultan Yahya Petra,15150 Kota Bharu, Kelantan.Tel: 09 743 4924Faks: 09 743 4925Email: [email protected]

ALAMAT SURAT MENYURATURUSETIA PENERANGAN KERAJAANNEGERI KELANTANPejabat Setiausaha KerajaanTingkat Atas, Blok 7 Kompleks Kota Darulnaim15503 Kota Bharu Bandar Raya Islam,Kelantan DarulnaimTel 09-7483529(DL), 09-7481957 samb, 7810Faks: 09-7433529

Website: [email protected] (Berita Adun)www.facebook.com/upknkelantan(sila email untuk sebarang pertanyaan)

Pena Pengarah

Sidang Redaksi

Menyambut 2018 ~Ibu Segala Bajet

sebegini menggoda penuh kosmetik ini masih gagal membutakan rakyat kepada kepincangan yang dilakukan oleh pimpinan kerajaan pusat kepada negara, negeri-negeri, terutama Kelantan, serta rakyat sepanjang pemerintahan UMNO-BN sejak merdeka.

Bagi Kelantan, ibu bajet ini cukup mengiurkan. Sekali lagi pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang telah pun diluluskan dalam Rancangan Malaysia lama dulu dipertaruhkan. Ayat baru yang tersembul dalam bajet ini adalah menyambung pembinaan Lebuhraya Pantai Timur sehingga ke Kelantan. Ayat yang sama telah tidak mampu dijawab oleh Tan Sri Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia semasa bual bicara diantara KSP itu dengan penjawat awam di Kota Darulnaim beberapa bulan dulu bila ditanya “Tan Sri anak Kelantan, mengapa lebuhraya Pantai Timur tak diteruskan hingga Kelantan?”. Tan Sri silent tehadap soalan ini.

Namun, hutang lama royalti minyak untuk negeri ini, (sebagaimana perjanjian yang telah dimetrai pada tahun 1975 diantara Menteri Besar Kelantan dan pengerusi Petronas pada masa itu) tidak tergamak Menteri Kewangan nak menegaskan untuk dilunaskan, bersekali dengan tunggakannya sejak minyak disedut dari perairan negeri ini bermula tahun 80’an lagi. Mengikut anggaran UPEN Kelantan, jumlah tahunan royalti yang menjadi hak orang Kelantan sekitar RM900 juta. Itu anggaran bagi keluaran dan harga minyak masa itu, sekarang mungkin mencecah RM1 bilion, seribu juta atau lebih. Kalau dikira gabah-gabah hutang royalti yang perlu dilunaskan sudah berjumlah lebih RM30 bilion – Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu Juta!. Kalau bajet negeri ini sekitar RM700 juta setahun, kerajaan negeri ini sudah boleh menjalankan keseluruhan urusannya selama 40 tahun, tanpa bersusah payah mencari sumber kewangan lain atau boleh melaksanakan bermacam-macam pembangunan.

Boleh jadi itu adalah ibu segala soalan dan persoalan. Kesanggupan untuk mengistiharkan pembayaran royalti kepada Kelantan bersekali dengan tunggakannya sudah tentu menjadi ibu penentu hayat kepemimpinan kerajaan pusat hari ini.

Andai kata bajet yang tak pernah diperucapkan ini merupakan ibu bajet yang mandul, maka seluruh rakyat Malaysia hanya mampu sekadar menikmati kecantikannya dan kebesarannya serta kemerduan melodinya dari kejauhan, tidak berpeluang untuk mencium dan menatang (tatang, bukan natang) zuriat yang akan dilahirkannya.

GUA MUSANG - YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan hadir merasmikan Pelancaran Petak Kajian Pokok Eucalyptus di Hutan Simpan Sg Betis, Gua Musang. Eucalyptus atau dikenali dengan nama Kayu Putih boleh diproses untuk penghasilan minyak asli bagi kegunaan perubatan dan bahan api. Manakala kayunya sesuai digunakan sebagai kayu perabot, papan lapis dan cerucuk bangunan. Tanaman Eucalyptus akan menjadikan Kelantan antara negeri pengeluar kayu khas untuk pembuatan papan lapis (playwood). Projek ladang hutan jenis Eucalyptus ini akan menghasilkan ‘peeling venir’ atau lapisan kayu untuk dijadikan papan lapis dan minyak kayu tersebut yang banyak khasiatnya hanyalah satu produk sampingan

Istimewanya negeri Kelantan dari sudut faktor tanah, taburan hujan serta geologi adalah sangat sesuai untuk penanaman pokok tersebut. Bahkan kawasan sekitar Gua Musang dan Lojing adalah berkeadaan dua kali ganda lebih sesuai berbanding situasi di Nanning, Negara China yang telah pun melaksanakan projek penanaman pokok ini sejak 40 tahun dahulu. Di sana, Eucalyptus digunakan secara meluas sebagai hutan perlindungan di sepanjang pesisiran pantai dan juga

tebing tebing sungai besar. Banyak kajian menunjukkan pokok ini mampu menyerap kesan kemusnahan akibat taufan sehingga 80% seperti berlaku di Guandong. Dan di sungai Nanliu dalam kawasan Guangxi, ia ditanam di sepanjang 84km aliran tebing sungai lalu memberikan keselamatan kepada lebih 92,000 orang rakyat sekitar.

Pihak berkuasa tempatan di Yunnan pula menjadikan pokok Eucalyptus ini sebagai tanaman yang boleh memperbaiki komposisi tanah. Ketumpatan tanah dapat diperbaiki dan aliran serta pergerakan selut dan pasir dapat dikawal dengan wujudnya tanaman ini. Semua ini menunjukkan bahawa tanaman Eucalyptus adalah satu produk yang bagus dan banyak yang boleh dipelajari oleh Kelantan di negara China.

Dan kajian oleh Universiti Putra Malaysia sebelum daripada ini di dalam pembentangan bertajuk “Potential of The Eucalyptus Plantation in Malaysia” juga ada

menyebut bahawa kerajaan seharusnya menyokong industri penanaman Eucalyptus kerana ia dijangka akan berkembang sebagai spesis utama dan penting di negara ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Penasihat Undang-Undang, Dato’ Pegawai Kewangan, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Presiden Nanning Lvyounung Agricultural Science & Technology, Ketua-Ketua Jajahan dan pimpinan setempat.

RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H |JANUARI 2018 3

EUCALYPTUS Menjadikan Kelantan Negeri Pengeluar Banyak Kegunaan

Page 3: EUCALYPTUS Menjadikan Kelantan Negeri Pengeluar ...

RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H | JANUARI 2017 RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H |JANUARI 20184 5Kita tidak mahu apa yang telah kita mulakan berakhir di

pertengahan jalan dan saya menyeru pihak UPEN, PKINK, PMBK dan badan-badan yang terlibat dalam pembangunan ekonomi dan pelaburan negeri supaya mempastikan runding niaga tersebut berjaya,” katanya.

Tambahnya, pengurusan kewangan negeri yang mapan adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri. Oleh itu, kutipan hasil sedia ada hendaklah dipertingkatkan terutamanya melibatkan sektor perlombongan, pembalakan, kuari, pemindahan tanah pasir dan sumber air. Undang-undang dan garis panduan sudah sedia ada dan apa yang perlu jabatan dan agensi yang berkenaan fokuskan adalah penguatkuasaan kepada undang-undang tersebut.

“Dalam soal perbelanjaan, setiap jabatan, agensi dan badan berkanun negeri hendaklah mengurus kewangan masing-masing secara berhemah dan bertanggungjawab.

Dasar penjimatan dan cermat dalam perbelanjaan seharusnya dihayati dan diamalkan oleh kita semua dan tidak boleh sewenang-wenangnya kita membelanjakan peruntukan yang disediakan tanpa melihat kepada keperluan yang sebenar. Kejujuran dan integriti kita dalam perbelanjaan kewangan Kerajaan Negeri adalah melambangkan maruah dan peribadi kita,” tambahnya.

Tambahnya lagi, Kerajaan Kelantan merupakan negeri tertinggi yang memperuntukkan peratusan belanjawan tahunannya untuk sektor pendidikan dan dakwah. Ini kerana Kerajaan Negeri melihat sektor pendidikan sebagai sektor yang perlu diperkasakan bagi membasmi anasir negatif yang melanda anak muda pada zaman ini seperti gejala penyalahgunaan dadah, gejala pembuangan anak, gejala buli dan sebagainya.

Sehubungan itu katanya, ibu bapa, para pelajar dan anggota-anggota masyarakat juga mesti mengambil peranan masing-masing demi mengukuhkan budaya ilmu dan pengetahuan bagi membasmi masalah kebejalan moral masyarakat.

“Kerajaan Negeri juga mengutamakan sektor pertanian dan ia merupakan sektor terpenting dalam menjana ekonomi Negeri Kelantan. Percapaian sektor pertanian bagi Negeri Kelantan dibuktikan oleh peratusan sumbangan sektor pertanian Negeri Kelantan kepada peratusan aktiviti ekonomi bagi negeri-negeri di Malaysia adalah yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Kelantan juga berpotensi besar untuk membangunkan sektor pelancongan kerana mempunyai alam semula jadi dan tempat menarik yang boleh dijadikan destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri menerusi portfolio Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan telah merangka pelbagai persiapan dari segi infrastruktur pelancongan, produk-produk pelancongan dan acara-acara menarik dengan tujuan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Kelantan,” tambahnya lagi.

Melalui Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) katanya, Kerajaan Negeri telah melaksanakan program promosi

KOTA BHARU – Dalam menjayakan urus tadbir yang cekap untuk kesejahteraan rakyat, Kerajaan Negeri akan terus berpegang kepada teras-teras dengan memperkukuhkan pembangunan insan berteras syariat Islam, memantapkan pentadbiran berasaskan integriti, akautabiliti dan kredibiliti serta merakyatkan pembangunan ekonomi yang mapan dan mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat,

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Bin Yakob berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Amanat Khas Tahun Baharu 2018 & Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan di Kota Darul Naim.

Katanya, pentadbiran awam di Negeri Kelantan sudah berada pada tahap yang sangat baik dan ia terbukti dengan anugerah-anugerah serta penarafan bintang yang telah diperolehi oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri sama ada dalam pengurusan kewangan dan sebagainya.

Kecemerlangan prestasi pentadbiran awam kita perlu dikekalkan dan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan Kerajaan Negeri berhasrat bagi melahirkan penjawat awam yang profesional, kompeten dan berintegriti berasaskan pemahaman dan pembudayaan nilai Ubudiyah, Mas’uliyah dan Itqan (UMI).

Kita tidak mahu adanya salahlaku, penyelewengan, pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan, pengabaian kerja, cuai dalam tugasan, ketirisan pengurusan kewangan, ponteng kerja dan pelbagai kelemahan lain dalam pentadbiran berpunca kelompangan jiwa daripada memiliki iman serta ilmu agama,” katanya.

Katanya lagi, pencapaian kadar KDNK Negeri Kelantan iaitu 4.8 peratus tahun 2016 perlu dikekalkan dan dipertingkatkan. Untuk itu, pembangunan ekonomi dan

pelaburan negeri seharusnya mengambil tindakan yang proaktif dengan mempastikan usaha dan misi pelaburan yang dicetuskan sebelum daripada ini dapat dilaksanakan dan dijayakan sepenuhnya.

“Runding niaga berkaitan pembangunan hartanah, perdagangan sumber mineral, pembukaan kilang urea ammonia untuk penghasilan baja, industri tekstil dan pusat penyelidikan flora dan fauna yang diusahakan dengan negara Jepun, India dan UAE mestilah digerakkan dengan kesungguhan yang tinggi sehingga berjaya dilaksanakan.

sambung semula air secara percuma kepada rakyat Kelantan bermula 1 Disember sehingga 31 Disember 2017. Promosi ini bertujuan meningkatkan bilangan pengguna air terawat di Kelantan, dan bagi membuka lebih peluang kepada rakyat terutamanya bekas pengguna AKSB, Kerajaan Negeri dengan ini melanjutkan tempoh promosi sehingga 30 Jun 2018.

Dalam ucapan Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, pendapatan Kerajaan Negeri pada tahun 2017 ialah sejumlah RM 566.52 juta berbanding pada tahun 2016 sebanyak RM 497.20 juta. Manakala dari sudut perbelanjaan, Kerajaan Negeri hanya membelanjakan sebanyak RM 527.75 juta iaitu lebih rendah daripada perbelanjaan pada tahun sebelumnya sebanyak RM 531 juta.

Dalam erti kata lain, perbelanjaan Kelantan pada tahun 2017 ialah perbelanjaan surplus sebanyak RM 38.77 juta dan ia merupakan angka tertinggi lebihan semenjak tahun 1990.

Majlis amanat berkenaan turut diserikan dengan penyampaian sijil-sijil penghargaan diatas anugerah kecemerlangan yang diperolehi, Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah mendapat Anugerah Indeks Akauntabiliti Lima Bintang daripada Pejabat Audit Negara dengan pencapaian markah sebanyak 99 peratus diikuti Pejabat Perbendaharaan Negeri dengan markah 98 peratus, Pejabat Mufti dengan markah 97 peratus.

Sementara sembilan jabatan yang lain memperolehi pencapaian 90 peratus ke atas dan 12 jabatan lagi mendapat penarafan lima bintang.

Amanat Khas Tahun Baharu 2018 Menteri Besar Kelantan

Page 4: EUCALYPTUS Menjadikan Kelantan Negeri Pengeluar ...

RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H | JANUARI 2017 RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H |JANUARI 20186 7

MALAM CITRA KELANTAN MERIAHKOTA BHARU- Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) telah mengadakan Malam Citra Kelantan dan Pra-Pelancaran ‘Bikulli Surur’ 2018 bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan hadir menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Malam Citra Kelantan tersebut.

Malam Citra Kelantan ini menampilkan pelbagai persembahan

dikir barat, nyanyian lagu rakyat, persembahan seni silat tari, permainan tradisional kertok dan rebana ubi. Program turut diserikan dengan Pra-Pelancaran Tahun Melawat Kota Bharu 2018 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan bertemakan ‘Bikulli Surur’ Kota Bharu Bandaraya Islam 2018 yang bermaksud ‘mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Kota Bharu’.

Turut hadir, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Yang Dipertua MPKB-BRI, Ketua Penolong Setiausaha (Kebudayaan & Pelancongan) dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

KOTA BHARU: Bukan semua orang mendapat gelaran tahfiz pada usia yang muda. Sebanyak 8 buah sekolah tahfiz dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) menunjukkan kecemerlangan masing-masing pada majlis Graduasi Tahfiz YIK ke-8, yang berlangsung di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa. Seramai 347 orang pelajar sekolah tahfiz menerima sijil penghargaan atas kecemerlangan, dalam mengkhatamkan hafazan Al-Quran.

Majlis telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelatan Haji Ahmad Bin Yakob, serta turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi

Kelantan, YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli B. Dato’ Haji Hassan.

Tokoh Tahfiz 2017 dan Hafiz Terbaik Keseluruhan Tingkatan 3 Ke Bawah 2017 disandang oleh Muhammad Hazim bin Zahari dari Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong itu kini menghafaz kesemua 30 juzuk al-Quran. Sementara Hafiz Terbaik Keseluruhan Tingkatan 4 Ke atas disandang oleh Muhammad Farhan bin Mohd Nazlan juga dari MTAQ Pulai Chondong.

“Sepanjang menuntut di maahad tahfiz itu sejak empat tahun lalu, kami menghafaz al-Quran sekurang-kurang lima jam setiap hari. “Tiada kaedah khusus dipraktik untuk melancarkan proses hafazan,

cuma ustaz menasihati kami membaca dalam keadaan santai dan tidak terlalu menekankan hafazan,” katanya.

Beliau yang menjadikan memakan kismis adalah satu amalan harian berkata, memang impiannya sejak kecil untuk memasuki maahad tahfiz kerana menganggap ilmu (agama) yang diperoleh adalah bekalan di akhirat nanti.

Muhammad Hazim yang aktif menyertai Musabaqah al-Quran Kategori 20 Juzuk, telah meraih tempat pertama dalam Kuiz Matematik Sains Peringkat Akhir tahun lalu, turut menyimpan impian untuk menyambung pengajian di Madinah dalam jurusan Syariah suatu hari nanti.

SEKOLAH YIK MELAHIRKAN TAHFIZ MUDA

RABIUL AKHIR- JAMADIL AWAL 1439H |JANUARI 2018 7

Page 5: EUCALYPTUS Menjadikan Kelantan Negeri Pengeluar ...

RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H | JANUARI 2017 RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H |JANUARI 20188 9

KUALA LUMPUR- Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) telah menyertai Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) Travel Fair 2018 yang diadakan di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur. Ekspo pelancongan ini dilangsungkan selama 3 hari bermula 19-21 Januari 2018.

YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan,

Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan hadir dan melawat Ekspo Pelancongan Kelantan sempena program Mita Travel Fair 2018 yang diadakan di MITEC, Kuala Lumpur.

Ekspo pelancongan ini juga mendapat kerjasama khas daripada Persatuan Pertubuhan Kerabat Kelantan Al-Muhammadi yang turut sama dalam program kali ini. Turut serta dalam pameran ekspo ini ialah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Kelantan Gold Trade, Y.E.S @ GU Kito, Hotel Perdana, Hotel Al-Khatiri,

Khalifa Suites & Apartment, dan beberapa agensi lain.

Selain itu, Kelantan telah membawa beberapa persembahan kebudayaan bagi memperkenalkan seni dan budaya negeri Kelantan antaranya ialah Persembahan Seni Silat Tari, Demonstrasi Pembuatan Batik ,Demonstrasi Pembuatan Wau, Gasing Terbang, dan Wayang Kulit. YBM Tengku Laksamana dan YAM Tengku Puan Laksamana Kelantan turut berangkat menghadiri MITA Travel Fair 2018.

PUSAT PENERANGAN PELANCONGAN NEGERI SERTAI MALAYSIA INBOUND TOURISM ASSOCIATION (MITA) TRAVEL FAIR 2018

RABIUL AKHIR- JAMADIL AWAL 1439H | JANUARI 20178 RABIUL AKHIR- JAMADIL AWAL 1439H |JANUARI 2018 9

PUTRAJAYA- YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Meja Bulat Al-Aqsa yang dirasmikan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah diberi penghormatan menyampaikan ucapan serta merasmikan persidangan dihadapan ulama besar seluruh dunia. Majlis yang diadakan di Pullman Hotel, Putrajaya dihadiri oleh lebih 100 orang ulama seluruh dunia Islam yang mewakili hampir 30 buah negara.

Kebangkitan umat Islam terutama dalam perjuangan membebaskan Palestin dari kezaliman zionis akan terus berlaku walaupun ditekan oleh pihak tertentu. Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, berkata kesedaran seluruh dunia meliputi negara Islam dari benua ke benua akan terus diperkukuhkan dalam

usaha menyelesaikan isu membabitkan Palestin.

“Walaupun kita tahu ada negara yang cenderung dan mendukacitakan dengan ‘meneutralkan’ hubungan dengan Zionis, selain memperkecilkan perjuangan menyelesaikan isu Palestin, mereka masih gagal memberi alasan kukuh untuk membuatkan seluruh dunia mengetepikan dan melupakan isu ini.

“Kita sebagai umat Islam tidak pernah mengiktiraf zionis kerana pengkhianatan yang mereka buat adalah sangat besar bukan hanya membabitkan Palestin tetapi dalam skala besar ia berkaitan dengan semua umat Islam di dunia ini. “Tanah Palestin ini adalah tempat Islam dan muslimin bukan hanya terhad kepada orang Arab saja, jauh sekali Yahudi. Ia adalah satu pengkhianatan besar jika Palestin terus dalam genggaman zionis.

“Penentangan terhadap kezaliman zionis perlu berterusan dan praktikal

selain perlu pembabitan semua pihak bukan berkaitan agama semata-mata tetapi adalah pencabulan hak asasi kemanusiaan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Pembukaan Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmaqdis.

Persidangan meja bulat yang dihadiri lebih 100 ulama dari kira-kira 30 negara itu adalah salah satu daripada acara utama dalam penganjuran Festival MyAQSA anjuran Yayasan MyAQSA dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bermula 26 hingga 28 Januari ini.

Selain itu, sempena festival berkenaan juga, kira-kira 100,000 umat Islam dijangka hadir pada Himpunan Munajat Aqsaku di Dataran Putrajaya, Presint 3, bagi mendoakan kesejahteraan dan pembebasan Palestin termasuk Masjid Al-Aqsa daripada kezaliman Zionis.

UMAT ISLAM TERUS BANGKIT DEMI SELESAIKAN ISU PALESTIN

Page 6: EUCALYPTUS Menjadikan Kelantan Negeri Pengeluar ...

RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H | JANUARI 2017 RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H |JANUARI 201810 11RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H | JANUARI 201710

Malah tiga jambatan di sepanjang laluan tersebut juga sedang dalam pembinaan sekarang. Sebuah jambatan dikenali Jambatan Rakyat dibina hasil sumbangan orang ramai. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, YB Dato’ Haji Hanifa B. Ahmad berkata, jambatan itu dianggar melibatkan kos sebanyak RM3.1 juta dengan berbentuk wau bulan.

Projek lebuh raya Kota Bharu -Kuala Krai pernah disenarai di bawah Rancangan Malaysia Ke Lima pada 1986, namun tidak menjadi kenyataan. Sebelum ini Lebuh Raya Rakyat pernah dibina oleh syarikat Jambatan Kedua Construction & Consultancy Sdn Bhd (JKCC), namun terpaksa menarik diri difahamkan akibat gangguan Umno Machang.

Pembinaannya sekarang dijalankan Syarikat HRA Teguh Sdn Bhd dan

dijangka siap pada Mac tahun hadapan dengan menyambung projek lebuh raya dibina Kerajaan Pusat. Difahamkan kerajaan negeri juga akan membina laluan keluar dari Berangan Mek Nab ke jalan Kuala Krai-Machang di Kampung Banggol Kulim sejauh 3 kilometer melibatkan kos RM9 juta.

MACHANG: YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Haji Ahmad B. Yakob bersama Pimpinan Kerajaan Negeri mengadakan lawatan ke Jajaran 10km Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Bukit Tiu dan Berangan Mek Nab. Projek ini dijangka siap pada Mac 2019. Terdapat 3 buah jambatan dibina menghubungkan lebuhraya tersebut. Salah satunya dinamakan dengan Jambatan Rakyat yang merentasi Sungai Bakar dan berhampiran dengan Pusat Rekreasi Bukit Baka.

Kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Rakyat sedang berjalan lancar di mana kini melewati 40 peratusan untuk siap. Laluan sejauh 10 kilometer yang dibina bermula dari Berangan Mek Nab ke Bukit Tiu iaitu berhampiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, sedang giat dijalankan sekarang. Pembinaannya sekarang berada di titik hujung di simpang Jalan Raya Pasir Puteh-Machang dan Berangan Mek Nab. Kerja-kerja tanah hampir siap kecuali di beberapa lokasi yang berlaku runtuhan tanah akibat musim tengkujuh baru-baru ini.

LEBUHRAYA RAKYAT HAMPIR SIAP MACHANG - Kerajaan Negeri

Kelantan sentiasa memberi keutamaan dalam pembinaan Generasi Quranik supaya setiap rakyat dinegeri ini dapat melahirkan seorang hafiz dan hafizah disetiap sebuah keluarga. Dalam pada itu, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Haji Ahmad B. Yakob hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Sumbangan kepada johan Qari Tilawah Peringkat Antarabangsa 2016, Ustaz Wan Ainuddin Hilmi Abdullah bertempat di Daerah Ulu Sat, Machang.

Sumbangan Kerajaan Negeri melalui PKINK (Syarikat PKB, IQSB dan Binaraya PKINK Dn Bhd) adalah sebagai mengiktiraf jasa dan komitmen qari dan qariah Kelantan yang telah menaikkan imej Kelantan dipersada

antarabangsa.Ustaz Wan Ainuddin yang juga

berasal dari Kubang Pasu, Kota Bharu kini menetap di Petaling Jaya, Selangor. Beliau merupakan penuntut di Open University Malaysia (OUM) dalam bidang Pengajian Islam ini menyifatkan hadiah ini sebagai rezeki anak-anaknya.

Ketika ditemui pemberita, beliau menyifatkan pemberian rumah yang bernilai RM 220,000 ini sebagai rezeki bagi anak-anaknya. “saya berasa amat bersyukur dan berterima kasih di atas rezeki yang tidak terduga ini,” ujarnya.

Menurutnya lagi, beliau mula mengenali Al-Quran menerusi ayahnya dan telah khatam Al-Quran seawal pada usia 5 tahun. Banyak

pengalaman yang diperolehi sepanjang menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran bermula tahun 2001 samada di peringkat dalam negeri hingga ke peringkat antarabangsa.

“Ada masanya saya mendapat tempat ke-tiga terbaik dan ada masanya langsung tidak mendapat nombor. Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat saya sehingga berjaya mencapai tahap ini. Tilawah Al-Quran merupakan satu platform yang amat baik dalam meningkatkan kecintaan terhadap Al-Quran, dan saya berharap lebih ramai golongan muda menyertai pertandingan tersebut bagi memartabatkan lagi Al-Quran di persada antarabangsa,” jelasnya yang juga seorang imam di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya, Selangor.

JOHAN QARI TILAWAH TERIMA SUMBANGAN DARI KERAJAAN NEGERI

Page 7: EUCALYPTUS Menjadikan Kelantan Negeri Pengeluar ...

RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H | JANUARI 2017 RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H |JANUARI 201812 13

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Kelantan hadir Kuliah Jumaat di Medan Ilmu. Beliau membaca Kitab Wasoya Al-Rasul pada hadis yang ketiga puluh tiga sekitar doa-doa yang perlu ditekankan sebagai pendinding daripada ancaman kejahatan manusia, jin dan syaitan.

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, menyampaikan ucapan perasmian sempena Daurah Bacaan Hadis Nabi yang diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre. Majlis daurah berkenaan telah disampaikan oleh Maulana Salman Al-Husaini Al-Nadwi, Ketua Kesatuan Ulamak Islam India. Semasa daurah berlangsung, beliau juga turut menegaskan bahawa Kelantan adalah sebuah negeri Islam yang perlu dipertahankan demi kelangsungan penegakan hukum Islam dan menjadi contoh kepada dunia Islam. Daurah berkenaan telah dikendalikan oleh YB Dato’ Abdullah Yaacob, Speaker Dewan Negeri.

YB Dato’ Haji Dr. Ramli Bin Mamat,Menyampaikan sumbangan Tabung Usahawan Wanita kepada usahawan yang terpilih. Sumbangan berupa Freezer, Khemah Jualan, Periuk Nasi Elektrik, dan peralatan katering diserahkan kepada penerima dalam majlis kecil di Pejabat ADUN Bunut Payong.Semoga bantuan tersebut dapat digunakan sebaik mungkin bagi menampung kos sara hidup.

YB Dato’ Haji. Anuar Tan Abdullah, Menyampaikan sumbangan kepada pelajar india yang mendapat keputusan cemerlang dalam PT3 (9A Straight), Sdr. Kartik Valliapan a/l PL V Suppaiah dari Sekolah Menengah Dato Ahmad Maher.

YB Dato’ Haji. Abdul Fattah Mahmood,menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada para pelajar PASTI Al-

Mardhiah Kg Bechah Pelting

YB Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Penutup Karnival Keusahawanan dan Pertanian Desa Majlis Daerah Pasir Puteh. Karnival yang telah diadakan di Pasar Siti Hajar Pasir Puteh itu telah disertai oleh berbagai Agensi Kerajaan.Majlis diakhiri dengan menyampaikan sijil anugerah kepada agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan Karnival Keusahawanan dan Pertanian Desa Majlis Daerah Pasir Puteh. YB Dato’ juga mengambil peluang melawat gerai-gerai jualan di sekitar Pasar Siti Hajar, Pasir Puteh

Lensa

YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, merangkap Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan ketika mengalu-alukan dan meraikan pelancong daripada Maahad Tarbiah Diniah Daerah Weng, Narathiwat yang berkunjung ke Muzium Negeri, Istana Jahar dan Istana Batu, Kota Bharu. Beliau turut mengambil peluang beramah mesra dan memberikan penerangan berkaitan muzium yang ada di negeri Kelantan disamping menyalurkan maklumat berkaitan produk pelancongan Kelantan.

YB. Dato’ Hj. Mohd Nassuruddin Hj. DaudMerasmikan Karnival Sukan Perantau(Dun meranti)

YB Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan menerima Kunjungan Hormat daripada Percetakan Nasional Malaysia

Berhad

YB. Dato’ Haji Hanifa Bin Ahmad, menyampaikan Sumbangan Skim Bantuan Pendidikan Anak Yatim Di Madrasah Nasrullah Pohon Buloh. Beliau juga memberi sumbangan kepada warga kifalah dan juga sebatang kara seramai menerima wang tunai serta jumlah wang di terima mengikut jumlah ahli keluarga.

YB Hjh Mumtaz binti Md. Nawi, bersama YB Hjh Ubaidah Omar menziarahi Abg Mat Pegawai Keselamatan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan yang uzur di kediamannya, Pasir Mas

Lensa

Page 8: EUCALYPTUS Menjadikan Kelantan Negeri Pengeluar ...

RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H | JANUARI 2017 RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H |JANUARI 201814 15RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H | JANUARI 2017 RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H |JANUARI 201814 15

KOTA BHARU – Ahli Majlis lantikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diingatkan supaya melaksanakan amanah pentadbiran dengan lebih baik kepada rakyat kerana pada asasnya perlantikan seseorang ahli majlis adalah bertujuan untuk membantu PBT dalam membuat dasar, merancang dan mengawasi pelaksanaan program pembangunan di peringkat PBT.

Menteri Besar Kelanatn, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Perasmian Seminar Ahli Majlis dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan 2018 di KTC dekat sini.

Katanya, setiap ahli majlis mesti memikul tanggungjawab dengan amanah dan jujur serta bekerja keras untuk memberikan perkhidmatan terbaik bagi memuaskan hati penduduk dan ahli majlis mestilah faham dengan peranan masing-masing bagi menjalankan tugas dengan lancar dan cemerlang.

“Ahli majlis memainkan peranan penghubung dalam hubungan di antara Kerajaan Negeri dengan rakyat melalui Kerajaan Tempatan dan mereka harus sedar bahawa mereka menjadi rujukan dan penyebar kepada dasar dan matlamat Kerajaan Negeri pengubahan dasar dan undang-undang yang bersesuaian untuk kepentingan dan kesejahteraan awam.

Ahli majlis hendaklah menjadi penyampai dan jurucakap PBT dalam hal ini, penglibatan ahli majlis adalah untuk mewakili kepentingan orang ramai dan

masyarakat setempat. Ahli Majlis dianggap sebagai wasilah untuk menyampaikan kehendak orang ramai atau mendapat maklum balas dari orang ramai terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh PBT dan yang bukan berasaskan perkhidmatan,” katanya.

Katanya, ahli majlis hendaklah bertindak selaku jurucakap dan jentera penerangan kepada PBT apabila sesuatu dasar atau tindakan yang melibatkan orang ramai hendak diambil adalah menjadi tanggungjawab ahli majlis memberi kefahaman dan penjelasan. Ini mungkin termasuk penjelasan mengenai kemudahan sosial yang disediakan, sebab-sebab sesuatu perkhidmatan tidak dapat disediakan dengan lebih memuaskan dan lain-lain.

“Ahli majlis mestilah memahami dasar yang dibuat oleh PBT, memandangkan dasar merangkumi aspek-aspek yang luas maka ianya memerlukan pengalaman dan pengetahuan

program pembangunan manusiawi. Menjadi harapan saya agar pihak PBT meneruskan agenda membangun rakyat negeri ini di bawah tuntutan syariat selari dengan dasar Kerajaan Negeri yang ingin merakyatkan Membangun Bersama Islam dalam hati seluruh rakyat.

Kerajaan Negeri Kelantan mengharapkan agar dengan penganjuran seminar kepada semua ahli majlis akan dapat meningkatkan lagi prestasi dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat atau stakeholder kerana mereka ini merupakan penyumbang kepada hasil pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan itu sendiri melalui pembayaran cukai-cukai tafsiran. Kejayaan pentadbiran PBT dapat dinilai melalui tahap kepuasan stakeholder terhadap perkhidmatan yang disediakan,” tambahnya.

AHLI MAJLIS DISARANKAN Memahami Bidang Tugas dan Tanggungjawab

yang mendalam terhadap sesuatu perkara yang terkandung dalam dasar.

Tujuannya bagi menjamin dasar yang dibentuk oleh PBT tidak banyak menimbul sungutan di kalangan orang ramai dan juga pihak kerajaan. Ahli majlis hendaklah tahu dasar Kerajaan Negeri sebagaimana yang telah disebarkan meluas iaitu Dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam dengan tunggak Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan supaya dasar PBT tidak bercanggah dengan dasar Kerajaan Negeri ini,” katanya.

Katanya lagi, ahli majlis juga perlu memainkan peranan yang lebih aktif di dalam perancangan dan pembangunan PBT. Setiap ahli majlis perlu mengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti-aktiviti PBT terutamanya di dalam mesyuarat-mesyuarat dan kumpulan-kumpulan kerja. Penglibatan begini boleh dilakukan dengan menghadiri setiap kali mesyuarat majlis penuh diadakan. Ini kerana ianya sebagai organisasi PBT yang terpenting.

“Dalam melaksanakan tugas sebagai ahli majlis, perlu diingatkan juga bahawa ahli majlis dari beberapa sudut mesti memainkan peranan sebagai pemeriksa terhadap kuasa dan budi bicara pegawai dan kakitangan PBT dalam menjalankan tugas.

Ianya penting untuk memastikan sistem yang ada tidak akan memberi ruang kepada perlakuan salah guna kuasa dan terdedah kepada rasuah semasa membuat keputusan. Tujuannya memastikan etika perkhidmatan awam dapat dibudayakan secara berterusan,” katanya.

Tambahnya, Kelantan sangat menitik beratkan aspek pematuhan agama dan mengenepikan segala unsur-unsur yang menjurus kepada kemungkaran dan maksiat. Inilah satu-satunya kaedah yang berkesan dalam melahirkan para pelaksana dan petugas yang berwibawa serta bertanggungjawab.

“Sehingga kini, Pihak Berkuasa Tempatan di Kelantan ini sentiasa aktif dan rancak dalam menyusun pelbagai

Page 9: EUCALYPTUS Menjadikan Kelantan Negeri Pengeluar ...

RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H | JANUARI 2017 RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H |JANUARI 201816 17

KAMI PELARIAN PERANG, BUKAN PENDATANG ASING - ROHINGYAOleh : Azhar Che Lah

MATA dunia sedang meneliti Myanmar. Sejak lama, rakyat Muslim Rohingya yang tinggal di Rakhine, Myanmar mengalami tindakan kekerasan luar biasa oleh tentera Myanmar. Akibatnya, berdasarkan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kira-kira lebih dari 655 ribu etnik Rohingya telah lari ke negara tetangga, Bangladesh.

Berita mengenai perlakuan buruk terhadap penduduk Rohingya tidak terjadi kali ini sahaja. Etnik muslim Rohingya di Myanmar yang diperkirakan berjumlah 1.1 juta dari sekitar 52 juta penduduk Myanmar yang majoriti beragama Buddha. Walau pun sudah mendiami daerah tersebut generasi ke generasi, namun penduduk Rohingya hidup tanpa status kewarganegaraan Myanmar.

Mereka kerap dianggap sebagai imigran ilegal (pendatang) dari Bangladesh. PBB bahkan menyakini rejim tentera Myanmar telah melakukan pelbagai ‘kejahatan melawan kemanusiaan’ terhadap penduduk Rohingya, sesuatu yang disangkal oleh tentera Myanmar.

Diperkirakan sejak akhir 1970-an, sudah 1 juta penduduk Rohingya meninggalkan Myanmar dan tersebar di pelbagai negara, seperti Bangladesh, Pakistan, Arab Saudi, Malaysia, India, Emiriyah Arab Bersatu dan Thailand (Al-Jazeera, 26/8). Myanmar mengklaim kekerasan terhadap warga Rohingya adalah bermula dengan serangan Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) atau Tentera Pembebasan Rohingya Arakan terhadap pos polis dan tentera di wilayah Rakhine pada 25 Ogos 2017.

ARSA saat ini dipimpin oleh Ata Ullah atau Ataullah Abu Ammar Jununi, orang Rohingya yang lahir di Pakistan dan besar di Arab Saudi. International Crisis Group (ICG)

melaporkan, ARSA dibentuk pasca serangkaian tindakan kekerasan 2012 dan mendapat pelatihan di luar Myanmar.

Pemerintah Myanmar menyebut kumpulan ini sebagai teroris. Akan tetapi, ARSA menolak dikaitkan dengan kumpulan-kumpulan ‘jihadis’ dan hanya berjuang agar keberadaan penduduk Rohingya diakui sebagai salah satu kumpulan etnik.

Tregedi kemanusiaan terus berlangsung di negara Rakhine dengan meningkatnya korban kekejaman tentera Myanmar yang disebut-sebut telah menjalankan operasi pembersihan etnik. Tragedi kemanusiaan yang menimpa etnik Rohingya itu memang bukan yang pertama kali terjadi. Namun, serangan terhadap mereka kali ini dilaporkan merupakan yang terburuk dalam beberapa tahun terakhir.

Tragedi kali ini bermula saat gerila Rohingya dilaporkan menyerang polis Myanmar dan pos-pos tentera yang diklaim sebagai usaha untuk melindungi minoriti muslim dari penganiayaan oleh pasukan keamanan di negara majoriti Buddha itu. Sebagai tindak balas, tentera Myanmar telah melakukan ‘operasi pembersihan etnik’ dengan alasan membasmi puak pemberontak.

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina mendapat pujian antarabangsa saat membuka sempadan negaranya untuk orang-orang yang tertindas. Dalam pidato di Sidang Umum PBB ke-27 di New York, Hasina mencatat, saat ini negaranya menjadi tempat perlindungan bagi pelarian Rohingya.

Profesor Zachary Abuza dari National War College, Washington mengatakan bahawa tidak satu pun negara menunjukkan keinginan untuk terlibat dalam krisis tersebut kecuali beberapa demostrasi yang diadakan

oleh negara-negara ASEAN seperti Malaysia dan Indonesia. Manakala China dan India yang memiliki pengaruh besar terhadap Myanmar menolak untuk campurtangan, bahkan menyokong pemerintah Myanmar untuk mendapatkan keuntungan ekonomi.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memperingatkan adanya peningkatan risiko penyakit tahunan di kem pelarian Rohingya di negara tersebut.

“Risiko penyakit bawaan air adalah tinggi, terutama penyakit kolera yang dibimbangi semua orang,” kata WHO dalam sebuah penyataan dari AFP.

PBB ternyata tidak berdaya dengan sikap kepala batu pemerintah Myanmar. Bahkan Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Rusia tidak segera berunding untuk mendorong PBB selekasnya mengirim pasukan perdamaian ke Myanmar. Dengan tindakan PBB yang lambat, Myanmar bahkan telah berusaha melakukan perundingan dengan China dan Rusia yang memiliki kuasa veto di PBB untuk mencegah keluarnya resolusi PBB soal tragedi kemanusiaan etnik Rohingya.

“Kami sedang berbincang dengan beberapa negara sahabat agar tidak membawa itu (krisis Rohingya) ke

Dewan Keamanan,” ujar Penasihat Keamanan Nasional Myanmar, Thaung Tun di Naypyitaw.

Kumpulan pembela hak asasi manusia (HAM) menuduh Aung San Suu Kyi pemenang Hadiah Nobel Perdamaian gagal mengecam pelanggaran yang meluas oleh tentera Myanmar. Sebagai pemimpin yang secara de facto berkuasa di negara itu, Aung San Suu Kyi semestinya berani menghentikan tindakan tentera yang melampaui batasan.

Aung San Suu Kyi tidak pantas menerima Nobel Perdamaian, kerana sebagai orang yang berkuasa, ia gagal mencegah terjadinya kekerasan dan kekejaman di wilayahnya sendiri.

Hadiah Nobel Perdamaian itu adalah hadiah politik, ertinya tidak ada makna anugerah tersebut kepada seseorang yang gagal menjamin dirinya untuk terus menjaga nobility-nya.

Tindakan yang ditunjukkan Aung San Suu Kyi tidak menunjukkan bahawa dia adalah orang yang mampu mencegah terjadinya kekerasan dan kekejaman di wilayahnya sendiri. Bagaimana dia mahu ikut dalam perdamaian dunia kalau di wilayahnya sendiri dia secara de facto berkuasa tetapi tidak mampu melakukan itu.

Oleh sebab itu, perlu ada usaha yang terintegrasi antara pemerintah dan masyarakat awam dalam mencari penyelesaian yang substantif atas persoalan tersebut. Ini bukan isu baharu, kekerasan dan kekejaman terhadap etnik Rohingya terjadi sudah bertahun-tahun lamanya.

Etnik Rohingya memang memerlukan solidariti kemanusiaan. Namun, masyarakat juga perlu mengetahui kedudukan sosio sejarah di Myanmar dan memahami bahawa transisi demokrasi di Myanmar sangat pelik.

Meskipun Parti National League for Democracy (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi menang pilihan raya umum, tetapi kekuasaan tentera Myanmar masih sangat kuat dan dominan. Di sisi lain, muncul kumpulan ekstrem yang berfahaman nasionalisme sempit.

Berdasarkan catatan Human Rights

Watch Group (HRWG), kumpulan penasihat yang dibentuk oleh Aung San Suu Kyi dan Kofi Annan Foundation pernah menghasilkan rekomendasi bagi pemerintah yang berkaitan dengan diskriminasi, hak kewarganegaraan, maupun layanan awan, seperti kesihatan dan pendidikan bagi penduduk minoriti di negara bagian Rakhine.

Sayangnya, rekomendasi tersebut tidak direspons pihak tentera. HRWG memandang terdapat friksi yang cukup kuat di dalam pentadbiran Myanmar yang menyebabkan konflik dan kekerasan terus berlanjutan.

Aung San Suu Kyi seperti tersempit di tengah dan harus mengimbangi dengan kedua kekuatan itu, bukan hanya untuk masalah etnik Rohingya tetapi juga masalah sosial politik lainnya di Myanmar.

Dari laporan BBC Indonesia, dalam pertemuan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi dengan Aung San Suu Kyi, Indonesia menyerahkan Formula 4+1, yang isinya:

- Mengembalikan kestabilan dan keamanan

- Menahan diri secara maksimal dan tidak menggunakan kekerasan

- Perlindungan kepada semua orang yang berada di negeri Rakhine, tanpa memandang suku dan agama

- Pentingnya segera dibuka akses untuk bantuan keamanan.

“Saya hadir di Myanmar membawa amanah masyarakat Indonesia yang sangat khuatir terhadap krisis kemanusiaan di Rakhine dan agar Indonesia membantu,” jelas Menteri Luar Indonesia, Ratno Marsudi kepada Aung San Suu Kyi.

“Empat elemen pertama merupakan elemen utama yang harus segera dilakukan agar krisis kemanusiaan dan keamanan tidak semakin memburuk,” jelas Ratno.

Sehubungan dengan itu, Timbalan Pengerusi Masyarakat Rohingya Kelantan (MRK) Kamal Hussin Sonali (gambar), merayu semua pihak berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap konflik yang menimpa etnik Rohingya daripada berlanjutan.

“Kami masyarakat Rohingya bukan

berstatus pendatang asing, status kami adalah pelarian perang kesan daripada dasar diskriminasi pemerintah Myanmar terhadap masyarakat Rohingya di negeri Rakhine.

Kehidupan kami di Malaysia sudah cukup bagus, rakyat dan pemerintah di sini melayan kami dengan penuh simpati, prihatin dan bertanggungjawab,” kata Kamal Hussin.

Selain itu, menurut Kamal, MRK yang mewakili masyarakat Rohingya di negeri ini memohon pihak kerajaan mempertimbangkan beberapa perkara untuk keperluan dan kebajikan masyarakat Rohingya.

“Antara keperluan itu adalah memberi kemudahan dan sokongan kepada anak-anak Rohingya untuk bersekolah, yang mana pendidikan merupakan keperluan asas untuk mencorakkan masa depan kehidupan seseorang insan.

Selain itu memohon kos rawatan dan perubatan yang agak rendah khususnya yang membabitkan klinik dan hospital kerajaan. Dan seperkara lain adalah mempermudahkan urusan perkahwinan masyarakat Rohingya supaya setiap pasangan memiliki perakuan status perkahwinan mereka,” jelas Kamal Hussin.

Dunia harus melihat bahawa masalah pelarian Rohingya adalah masalah dunia, ia bukan masalah suku atau umat yang tanggungjawab menyelesaikannya terpikul kepada suku dan umat tertentu sahaja. Etnik Rohingya adalah mangsa peperangan yang terpaksa melarikan diri daripada negara asal mereka kerana menghadapi tekanan dan kekejaman di luar batas kemanusiaan.

Diharap, semoga pertubuhan-pertubuhan dunia masih punya nurani untuk berani dan bersikap adil atas tragedi kemanusiaan yang menimpa etnik Rohingya. Jika tidak, maka alam dan hukum Tuhan akan bertindak sesuai dengan mekanisme alamiahnya, menghukum siapa pun yang bertindak irasional, biadab dan kejam dalam menginjak-injak nilai kemanusiaan yang sama-sama kita junjung tinggi.

Kamal Hussin Sonali

Page 10: EUCALYPTUS Menjadikan Kelantan Negeri Pengeluar ...

RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H | JANUARI 2017 RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H |JANUARI 201818 19

KERAJAAN Kelantan mencetus satu lagi transfomasi apabila melaksanakan Projek Wakaf Katil untuk membantu pesakit yang terlantar di rumah. Sebanyak 90 buah katil diwakafkan untuk kegunaan pesakit terlantar di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kelantan.

Pelancarannya disempurnakan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Ustaz Ahmad B. Yakob, bertempat di Kubang Kerian.

Beliau berkata, katil wakaf itu diberikan kepada pesakit terlantar untuk digunakan bagi kemudahan mereka.

“Mereka boleh menggunakan katil

sehingga mereka sembuh atau tidak perlu lagi menggunakannya,” kata beliau pada program berkenaan.

Program itu diadakan sempena taklimat pelaksanaan program dan aktiviti seliaan Urusetia Pembangunan

Wanita dan Kebajikan (UPWK) 2018.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, YB Mumtaz Md Nawi dan wakil-wakil rakyat yang lain.

KELANTAN PERKENAL PROJEK KATIL WAKAF

KOTA BHARU: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bagi mewujudkan Wakaf MAIK Muamalat sebagai saluran orang ramai bagi menyumbang kepada dana wakaf.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, Wakaf MAIK Muamalat itu diwujudkan bagi mengutip dan menguruskan dana wakaf untuk kemajuan ummah.

Beliau berkata, wakaf itu turut mendapat sokongan Affin Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Maybank Islamic Berhad dan RHB Islamic Bank Berhad di bawah seliaan Persatuan Perbankan Islam Malaysia (AIBIM).

“Semua bank terbabit akan bekerjasama mengutip dana wakaf daripada orang ramai yang diurus Jawatankuasa Pengurusan Bersama antara Bank Muamalat dengan MAIK.

“Jawatankuasa ini akan merangka dan melaksanakan aktiviti wakaf terutama sektor pendidikan dan kesihatan, selain pelaburan yang

difikirkan sesuai bagi menjana dana wakaf sedia ada.

“Dengan adanya perkhidmatan ini, kita harap matlamat kerajaan meningkatkan tahap pendidikan dan kesihatan rakyat dapat dicapai seterusnya membawa ke arah menjana ekonomi negara yang mapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Menandatangani Perjanjian Wakaf MAIK Muamalat.

Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan menyempurnakan majlis itu dan menyaksikan MoU yang ditandatangani antara Mohd Redza

Shah dengan Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Azlan Abd Hadi.

Pada majlis itu, Bank Muamalat turut menyampaikan sumbangan wakaf kepada MAIK berjumlah RM500,000.

Mohd Redza Shah berkata, Bank Muamalat sedia berkongsi pengalaman dan kepakaran untuk menjana kutipan wakaf sehingga dapat dikembangkan, seiring pengalaman pihaknya memulakan perkhidmatan itu sejak 2012.

“Dengan sistem patuh syariah dan laporan yang telus, kami akan berusaha meningkatkan keyakinan masyarakat untuk menyumbang kepada Wakaf MAIK Muamalat,” katanya.

WAKAF MAIK MUAMALAT MUDAHKAN SUMBANGAN DANA

RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H | JANUARI 201718

TARIKAN MASAKAN MAMAK BERKONSEPKAN ISLAMIK

TUNJONG- Pembukaan rasmi Restoran Suria Tunjong telah pun dibuka kepada orang ramai bagi yang ingin mencuba masakan ala mamak yang menyajikan pelbagai jenis hidangan masakan goreng, gulai dan sebagainya. Restoran tersebut berlokasi di bandar baru Tunjong.

Restoran Suria Tunjong telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Anuar Tan B. Abdullah Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat serta Pembangunan Usahawan bersama YB. Dato’ Dr. Haji Ramli B. Mamat Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO yang turut bersama-sama hadir dalam perasmian pembukaan restoran tersebut.

Ketika ditemui pihak media, pemilik Restoran tersebut En. C. Prakash Rajan, berkata mereka menyediakan hidangan masakan yang Halal serta sesuai untuk dimakan oleh orang beragama Islam dan juga orang ramai dengan mengikut garis panduan yang disediakan oleh kerajaan Negeri Kelantan.

Antara menu istimewa yang dihidangkan di restoran suria tunjung, masakan bertemakan ala-ala mamak

YB Dato’ Haji. Anuar Tan Abdullah bersama pemilik dan pekerja-pekerja restoran suria tunjung

Page 11: EUCALYPTUS Menjadikan Kelantan Negeri Pengeluar ...

RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H | JANUARI 2017 RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H |JANUARI 201820 21

KOTA BHARU: Sebanyak RM 4.05 juta telah diserahkan kepada wakil-wakil rakyat dan Penyelia DUN diseluruh Kelantan.

Sumbangan kerajaan negeri tersebut disalurkan bagi program pembangunan insan dan pendidikan di peringkat DUN. Bagi RM 1.575 juta telah diperuntukkan untuk program pembangunan Insan, manakala bagi program pendidikan pula diperuntukkan sebanyak RM 2.475 juta.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli B. Dato’ Haji Hassan. Ketika berucap pada majlis itu, Beliau berharap setiap wakil rakyat dapatlah mengadakan program

sebagaimana yang telah dirancang.Katanya, peruntukan untuk rakyat

tetap sama, bukan hanya ketika untuk berhadapan pilihan raya.

“Program kebajikan di bawah kerajaan negeri diadakan sentiasa bukan hanya ketika berhadapan pilihan raya,” katanya

RM 4.05 JUTA PROGRAM PENDIDIKAN DAN BINA INSAN

KOTA BHARU: Kemeningkatan peratusan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) 2017 meningkat berbanding dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Peningkatan sebanyak 0.93 peratus apabila seramai 1,217 orang atau 62.22 peratus daripada keseluruhan 1,956 calon lulus peperiksaan itu. Seramai 139 pelajar mendapat pangkat Mumtaz (cemerlang) manakala, seramai 343 pelajar Jayyid Jiddan (amat baik), Jayyid (baik) - 587 pelajar dan Maqbul (lulus) - 148 orang.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dato’ Muhammad

Awang berkata, seramai 19 pelajar mendapat 10 Mumtaz untuk semua mata pelajaran. “Berdasar Gred Purata Sekolah (GPS) Maahad Muhammadi Perempuan menduduki tempat pertama apabila memperolehi (2.15), Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman (2.46) dan

Maahad Tahfiz Al Quraan Wal Qiraat (2.73),” ujarnya pada sidang media di Pejabat Yik di Nilam Puri. Hadir sama pada sidang media itu anggota Exco kerajaan negeri, YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Haji Hassan dan pegawai kanan Yik.

SEKOLAH YIK TERUS CEMERLANG

Lensa

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, menghadiri Majlis Makan Malam sempena meraikan tetamu dari seluruh dunia yang hadir ke Persidangan Ulama Sedunia di Pullman Hotel, Putrajaya. Persidangan khas berkenaan bertujuan membincangkan situasi terkini yang dihadapi oleh umat Islam di Palestin. Hadir bersama Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tuan Guru Hasyim Jasin, Mursyid Am PAS, Dr Ali Qurah Daghi, Setiausaha KUIS, Dr Nawwaf Takruri dan beberapa ulama besar dunia yang

lain.

KOTA BHARU: Pusat Sumber Sayyidatina Hafsah, mencipta sejarah baru apabila penubuhannya mengumpul koleksi kejayaan wanita Kelantan dalam pelbagai bidang.

Pusat sumber itu terletak di tingkat bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, di sini.

Pusat sumber itu dilancarkan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz yang diadakan di perkarangan perpustakaan.Turut berangkat pada majlis itu, Tunku Puan Sri Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Antara bahan yang terdapat di pusat itu buku, tesis, jurnal, artikel, manuskrip yang berkaitan wanita Kelantan.

Tengku Rizam, memuji langkah kerajaan negeri mewujudkan pusat sumber itu.

Katanya, kehebatan dan sejarah wanita Kelantan itu jika disoroti akan menyerlahkan kehebatan mereka.

Katanya pusat sumber ini ditubuhkan sebagai pusat rujukan khas yang mengumpulkan segala

bentuk dokumentasi berkaitan wanita Kelantan.

“Moga dengan cara itu dapat dijadikan rujukan dari semasa ke semasa oleh masyarakat kini dan akan datang,” ujarnya.

Tengku Temenggong rasmi Pusat Sumber Sayyidatina Habsah

Page 12: EUCALYPTUS Menjadikan Kelantan Negeri Pengeluar ...

RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H | JANUARI 2017 RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H |JANUARI 201822 23

YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan mengiringi YMM Pemangku Raja Kelantan menyempurnakan Program Come Clean For Kelantan pada 12 November 2017. Program yang bermatlamatkan suasana bersih dan selesa di Kelantan itu turut dihadiri oleh Tengku Laksamana Kelantan, kepimpinan tertinggi kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat. Program Come Clean For Kelantan sempena sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-48 , telah berjaya menarik kehadiran seramai 4,035 peserta untuk menyertai aktiviti gotong-royong di sekitar bandar Kota Bharu. 配合吉兰丹苏丹殿下 48岁华诞庆典举办的到来清洁吉兰丹活动,成功吸引 4035名臣民参与,大家一齐在哥打峇鲁市内大扫除。吉兰丹摄政王、吉兰丹州务大臣拿督阿末耶谷及各吉兰丹州行政议员皆出席这项活动。此活动旨在为吉兰丹打造干净舒适的环境。

Bahasa Cina Sebutan Versi Melayu Penterjemahan 吉兰丹州务大臣拿督阿末耶谷 jí lán dān zhōu wù dàchén ná dū ā mò

yé gǔ YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Haji Ahmad Yakob

吉兰丹苏丹殿下 48岁华诞庆典 Jí lán dān sūdān diànxià 48 suì huádàn qìngdiǎn

sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-48

成功吸引 Chénggōng xīyǐn berjaya menarik

出席 Chūxí

kehadiran

共 4035名参加者 gòng 4035 míng cānjiā zhě seramai 4,035 peserta

干净舒适的环境 Gānjìng shūshì de huánjìng

suasana bersih dan selesa

吉兰丹摄政王 jí lán dān shèzhèng wáng YMM Pemangku Raja Kelantan

到来清洁吉兰丹活动 Dàolái qīngjié jí lán dān huódòng Come Clean For Kelantan

‘2017 PT3’ சிந்த நாணயர் ‘Pelajar Cemerlang PT3 2017’

டத்ததா அஹ்நத் நாஹர் உனர்ில ள்ி நாணயன் சசல்யன் கார்த்திக் சுப்லனா, ‘2017 PT3’ ததர்யில் சிந்த நதிப்பீடு (9A) சட்பா அயருக்கு கிந்தான் நாி அபசு சகௌபயநா. டத்ததா ஹாஜி அன்யர் டான் ின் அப்துல்ா (கிந்தான் நாி அபசு எஸ்க்தகா) மூநாக, ண ன்சகாலட யமங்கப்ட்டது.

Tamil Sebutan Versi Melayu Penterjemahan டத்ததோ அஹ்நத் நோஹப ்உனப்ில ்ி

Dato’ Ahmad Maher Uyarnilai Palli

Sekolah Menengah Dato’ Ahmad Maher

‘2017 PT3’ ததபவ்ி் சி்த நதி்பீடு (9A)

‘2017 PT 3’ Tervil Sirantha Mathipidhu (9A)

Keputusan Cemerlang dalam PT3 2017 (9A)

க ௌபயநோ டத்ததோ ஹோஜி அ்யப ்டோ் பி் அ்து்ோ

Gaurava Dato’ Haji Anuar Tan B. Abdullah

YB. Dato’ Haji Anuar Tan B. Abdullah

கி்தோ் நோி அபசு Kelantan Maanila Arasu Kerajaan Negeri Kelantan

ண ்க ோலட யமங் ்ட்டது

Pana Nandokai Valanggapathate Sumbangan Kerajaan Negeri

Page 13: EUCALYPTUS Menjadikan Kelantan Negeri Pengeluar ...

RABIULAKHIR- JAMADILAWAL 1439H | JANUARI 201724

Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 174

Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | RABIULAKHIR-JAMADILAWAL 1438H | JANUARI 2018

TANAH MERAH- Hasil dari Inisiatif Kerajaan Negeri kepada Peneroka-penoka Felda Kemahang 2 dan 3, Seramai 441 masing-masing menerima surat hak milik tanah dari kerajaan negeri. Dari jumlah itu, seramai 436 penerima peneroka Felda Kemahang 3, selebihnya adalah peneroka Felda Kemahang 2.

Setiap penerima masing-masing mendapat 10 ekar tanah kelapa sawit dan suku lot tapak rumah. Geran tersebut disampaikan Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad B. Yakob pada majlis yang diadakan di Dewan Orang Ramai Felda Kemahang 3.

Beliau ketika berucap pada majlis itu berkata, pemberian geran berkenaan sebagai menghargai kepada peneroka kerana telah menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri itu. Menurutnya, pemberian itu sebagai tanda terima kasih kerana telah memajukan ekonomi negeri. Kerajaan negeri berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat termasuk berkaitan tanah sebagai satu amanah rakyat.

“Tahniah kepada semua penerima suratan hak milik dan terima kasih kepada semua terlibat berusaha mendapatkan geran ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun syarat baru kerajaan hanya tiga ekar tanah setiap

penerima selain tapak rumah, namun sebagai menghargai mereka, setiap penerima mendapat 10 ekar.

Katanya, 80 ribu lot tanah telah diluluskan oleh Pejabat Tanah dan Galian untuk penerima setakat ini.

Turut berucap pada majlis itu, ADUN Kemahang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan, YB Mejar (B) Dato’ Haji MD Anizam B. AB. Rahman.

Hadir sama pada majlis itu, anggota exco kerajaan negeri, YB. Dato’ Haji Abdul Fattah Mahmood, Pengarah PTG, Dato’ Nazran Muhammad, Ketua Jajahan Kuala Krai, Encik Norazman Abdul Ghani dan wakil-wakil Felda.

441 PENEROKA FELDA DAPAT TANAH DI KEMAHANG