1.0 PENGENALAN
Terdapat perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya dari kelompok
masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, dan India yang
menjadi majoriti terbesar serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak,
orang asli dan kaumkaum lain.Masyarakat Pribumi atau lebih dikenali
sebagai orang asli adalah merupakan masyarakat yang mempunyai susur
galur hubungan dengan zaman Mesolitik dan Paleolitik. Merekalah
yang mempunyai status penduduk terawal dan telah mencorakkan negara
kita. Mereka sering dilabel sebagai tidak bertamadun dan kuno serta
sering ditindas oleh pihak-pihak tertentu. Tetapi sebenarnya mereka
mempunyai tamadun yang tersendiri dan hebat. Juga harus diingat, di
dalam masyarakat mereka, tidak berlakunya perbuatan jahat dan keji
seperti membunuh, merogol, mencuri, sumbang mahram, khianat dan
lain-lain lagi sebagaimana yang dilakukan oleh kita, yang kononnya
masyarakat bertamadun. Mereka berjaya membina masyarakat yang
harmoni dan sejahtera hasil daripada konsep pandang dunia dan
pengukuhan sistem kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib.
Masyarakat Orang Asli memang kaya dengan adat resam dan budaya
kerana lingkungan hidup mereka yang masih berkait rapat dengan alam
semulajadi walaupun sudah, memasuki dunia moden. Adat dan
kepercayaan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan
makhluk-makhluk ghaib di alam semesta ini . Masyarakat Orang Asli
terutamanya wanita, sememangnya mahir dalam menghasilkan
kraftangan. Mereka begitu memanfaatkan segala bahan mentah yang ada
di kawasan sekeliling, malah mereka kreatif dalam mengitar semula
bahan terbuang. Antara yang menarik perhatian ialah cucuk sanggul
dan sikat yang diperbuat daripada buluh, tikar dan bakul daripada
daun mengkuang. Masyarakat Senoi misalnya, mahir menghasilkan
perhiasan wanita seperti gelang, anting-anting dan rantai leher,
menggunakan biji benih daripada pokok Karyel (dalam bahasa
Senoi).Masyarakat Orang Asli memang kaya dengan adat resam dan
budaya kerana lingkungan hidup mereka yang masih berkait rapat
dengan alam semula jadi walaupun sudah, memasuki dunia moden. Adat
dan kepercayaan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan
makhluk-makhluk ghaib di alam semesta ini .Saya memfokuskan
perbincangan ini kepada kumpulan masyarakat Orang Asli yang
terbesar di Malaysia iaitu masyarakat Orang Asli Semai dari
kumpulan Senoi.Orang semai adalah berasal dari kelompok Senoi. Kaum
Semai terbentuk dari suku Hoabinhnian dan Neolitik. Suku kaum Semai
tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak
Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat .Bancian pada tahun 1993
menunjukkan jumlah mereka telah meningkat lebih daripada 42 000
orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang terbesar jumlahnya
.Secara amnya, mereka boleh ditemui di seluruh Semenanjung dan
sempadan Malaysia / Utara Thailand hingga ke Selat Johor di selatan
.Secara tradisi, masyaraka Semai menjalankan pertanian pindah
(swidden farmes) Mereka tinggal menetap di sesuatu tempat, tetapi
yang berpindah ialah kawasan pertanian.
2.0 ASPEK KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA ETNIK SEMAI2.1 Bangsa Suku
Kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa,
meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada
tahun 1993, menunjukkan jumlah mereka telah meningkat lebih
daripada 42,000 orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang
terbesar jumlahnya. Mereka hidup bermasyarakat.Sebuah kampung
biasanya terdapat diantara 60 hingga 300 penduduk yang diketuai
oleh seorang Penghulu atau Batin yang di lantik dari golongan
berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat.
Pada suatu ketika dahulu kehidupan Kaum Semai sama seperti Orang
Asli yang lain di Negara ini iaitu hidup secara nomad. Mereka
berpindah dari satu tempat ke tempat lain di dalam hutan kerana
mencari tempat baru untuk berladang ataupun berpindah atas
sebab-sebab kematian, diganggu oleh orang luar, binatang buas dan
wabak penyakit hawar. Secara tradisinya mereka hidup dalam kumpulan
kecil yang terdiri daripada 10 hingga 50 kelamin.
2.2 Struktur Masyarakat/ kelas sosialSemai merupakan masyarakat
yang paling ramai populasinya di kalangan 18 kumpulan etnik Orang
Asli .Kebanyakan mereka menetap di sekitar Banjaran Titiwangsa
meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat .Kehidupan
ekonomi mereka ialah berburu, mencari rotan serta buah-buahan
hutan.Ketua keluarga atau orang tua dalam keluarga tersebut bangun
lebih awal untuk menghidupkan api bagi memanaskan badan dan memasak
makanan seperti merebus ubi kayu untuk bekalan ke ladang, ke rumah
menuju ke destinasi masing-masing.Pada waktu petang sebelum senja,
mereka berehat di rumah duduk berbual-bual tentang ladang, member
dan sebagainya .Setengahnya membuat damak, mencuci buluh sumpit
atau membuat persediaan peralatan untuk esok harinya.
Walaubagaimanpun keadaan ini mungkin telah berubah mengikut
peredaran masa. Kini ramai Kaum Semai yang telah bekerja dengan
kerajaan, swasta dan berniaga seperti di kedai runcit dan
kraftangan.a)Sejarah KedatanganMalaysia unik dengan kepelbagaian
masyarakatnya yang berbilang bangsa, etnik dan agama. Keunikkan
masyarakat di negara ini menjadikan Malaysia istimewa di mata
dunia. Penduduk dominan Malaysia sebelum wujudnya penjajahan dari
negara-negara luar adalah Melayu. Suatu ketika dulu, Malaysia juga
dikenali dengan nama Tanah Melayu. Pembentukkan Malaysia pada 16
September 1969, Tanah Melayu digantikan dengan nama Malaysia.
Mengikut rentetan sejarah, Malaysia telah dijajah sejak 20 Mac 1824
sehingga 31 ogos 1957. Tempoh 129 tahun telah banyak memberi
implikasi kepada pembangunan negara sehingga kini termasuklah
perhubungan etnik di negara ini.Terdapat 3 kumpulan besar bagi Suku
Kaum Orang Asli iaitu Kumpulan Negrito, Senoi, dan Melayu Proto.
Setiap kumpulan pula terdiri daripada 6 suku bangsa atau Etnik.
Misalnya, Kumpulan Negrito terdiri dari suku bangsa Kensiu, Kintak,
Lanoh, Jahai, mendrij dan bateq.Suku bangsa atau Etnik Orang Asli
berbeza dari asal usul sejarah kedatangan dan taburan penempatan
mereka juga tidak sama. Daripada statistik tahun 2008 yang
ditujukkan, bilangan Orang Asli banyak terdapat di Pahang, Perak
dan diikuti oleh Selangor manakala Suku Bangsa Orang Asli yang
paling ramai pula ialah suku bangsa Semai, Temiar, Jakun dan
Temuan.Suku kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran
Titiwangsa,meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat.
Bancian pada tahun 1993 menunjukkan jumlah mereka telah meningkat
lebih daripada 42,000 orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang
terbesar jumlahnya. Mereka hidup bermasyarakat. Sebuah kampung
biasanya terdapat di antara 60 hingga 300 penduduk yang diketuai
oleh seorang Penghulu atau "Batin" yang dilantik dari golongan
berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat.Lokasi Etnik Semai
Di Malaysia SemaidiKampong Kuala Bot,Sungai Bot,Tapah,Perak
SemaidiSuak Padi,Padang Changkat,Parit,Perak
SemaidiChenderiang,Tapah,Perak Semaidi Batu 6, Batu 7 dan Batu 8
,Batang Padang,Tapah SemaidiKampung Chinggung,Behrang Ulu,Perak
SemaidiKampung Ulu Geruntum,Gopeng,Perak SemaidiKampung Batu
Berangkai,Kampar,Perak Semaidi Kampung Orang AsliRedang
Punggor,Hilir Perak. Semaidi Kawasan Bandar Runding,Tapah,Perak. .
Semaidi Perkampungan diPerak Selatan SemaidiPos Gedong,Perak.
SemaidiRancangan Penempatan Semula Betau,Kuala Lipis,Pahang.
SemaidiSungai Ruil,Tanah Rata,Cameron Highland,Pahang Semaidi
Kampung Harong, Kampung Jentil, Lanai, Kampung Pantos,Kuala
Medang,Kuala Lipis,Pahang
b)EkonomiMemburu dan menangkap ikan merupakan sebahagian
daripada aktiviti yang dilakukan kaum ini. Aktiviti memburu biasa
dilakukan oleh lelaki sahaja.Peralatan memburu seperti buluh
sumpit, jerat, belatik dan perangkap mudah diperolehi di hutan
.Antara jenis-jenis binatang yang diburu ialah monyet, kera, babi
hutan, burung, biawak, tupai dan binatang kecil yang lain. Ikan
adalah sumber utama protein. Ia ditangkap dengan menggunakan lukah,
kail, racun akar tuba, serampang, jaring, tuar dan juga dengan
tangan. Pekerjaan ini dilakukan oleh kaum lelaki dan perempuan.
Hasil seperti rotan, damar, buluh, cendana danga haru akan dijual.
Mereka mengamalkan ekonomi tradisional berasaskan pertanian sara
diri. Padi huma, sekoi, jagung, ubi kayu, pisang, keladi dan
berbagai jenis sayur-sayuran seperti labu, kacang panjang, timun,
kacang bendi adalah hasil tanaman mereka. Kaum Semai mengamalkan
sistem bertukar-tukar makanan, perkhidmatan dan keperluan lain
secara berkongsi. Tidak ada urusan jual beli dilakukan. Sistem
ekonomi cara ini akan mengeratkan lagi silaturahim dan semangat
setia kawan di samping mewujudkan kemesraaan di kalangan
mereka.c)Cara hidupPada suatu ketika dahulu kehidupan Kaum Semai
sama seperti Orang Asli yang lain di Negara ini iaitu hidup secara
nomad. Mereka berpindah dari satu tempat ke tempat lain di dalam
hutan kerana mencari tempat baru untuk berladang ataupun berpindah
atas sebab-sebab kematian, diganggu oleh orang luar, binatang buas
dan wabak penyakit hawar. Secara tradisinya mereka hidup dalam
kumpulan kecil yang terdiri daripada 10 hingga 50 kelamin.Ketua
keluarga atau orang tua dalam keluarga tersebut bangun lebih awal
untuk menghidupkan api bagi memanaskan badan dan memasak makanan
seperti merebus ubi kayu untuk bekalan ke ladang, ke rumah menuju
ke destinasi masing-masing. Pada waktu petang sebelum senja, mereka
berehat di rumah duduk berbual-bual tentang ladang, member dan
sebagainya.Setengahnya membuat damak, mencuci buluh sumpit atau
membuat persediaan peralatan untuk esok harinya. Walau bagaimanpun
keadaan ini mungkin telah berubah mengikut peredaran masa. Kini
ramai Kaum Semai yang lemah bekerja dengan kerajaan, swasta dan
berniaga seperti di kedai runcit dan kraftangan.
2.3 Kepercayaana) agama/ kepercayaanSuku Kaum Semai amat
percayai kewujudan kuasa ghaib seperi kuasa:* Nyenang (Tuhan)*
Nyanik (Tuhan dan Syaitan)2.3.1 Kuasa NyenangNyenang merupakan
makhluk yang yang tidak dapat dilihat, disentuh atau sebagainya dan
dipercayai wujud di kalangan Kaum Semai. Oleh kerana setiap
keburukan dan kebaikan yang manusia lakukan pasti ada balasannya.
Ianya dianggap sebagai makhluk yang teragung dari sekalian makhluk,
mempunyai sifat pengasih, penyayang dan berkuasa. Orang Semai juga
percaya bahawa semua kehidupan di dunia ini tertakluk di bawah
kuasa Nyenang. Walaupun tidak diketahui di mana Nyenang berada
tetapi tetap wujud menyebabkan kaun Semai takut untuk melakukan
kesalahan yang boleh mengakibatkan tenghak (dosa) kerana yang
bersalah akan menerima akibatnya dari Nyenang.2.3.2 NyanikNyanik
amat ditakuti oleh Orang Asli kerana Nyanik dipercayai boleh
menyebabkan seseorang itu sakit dan boleh membawa maut, juga
dipercayai simati akan menjadi makanan Nyanik kerana Nyanik adalah
makhluk jahat. Terdapat banyak Nyanik dan di antaranya ialah:2.3.3
Nyanik KeramatDipercayai mempunyai kuasa di satu-satu daerah atau
tempat. Nyanik Pechnoch dan Nyanik Ratah ada di bawah kuasa atau
Pengawasannya. Orang Asli Semai sentiasa meminta pertolongan dan
perlindungan keselamatan dari semua jenis wabak penyakit serta
bencana alam. Permintaan ini dilakukan pada tiap-tiap tahun melalui
pawang dimana upacara ini dinamakan gengulang.2.3.4 Nyanik Pechnoch
(Penunggu)Dipercayai Nyanik ini menjadi Penunggu atau penghuni
susuatu benda. Contohnya pokok besar dan rending. Pokok-pokok yang
menjadi kegemaran Nyanik ialah Pulai, Gelutong, Jawi, Terap, Sena
dan sebagainya. Manakala benda-benda yang lain ialah busut, lubuk,
tasek,batu besar dan tinggi, gunung serta rumah yang ditinggalkan.
Nyanik jenis ini dianggap sebagai penunggu manusia.2.3.5 Nyanik
RatahTerdapat lima jenis Nyanik dalam Kumpulan Nyanik Ratah iaitu
Kicmoc, Mai Berlag Mat, Mai Cereg Teg dan Mai Cereg Song.
Nyanik-Nyanik ini suka menyakat atau mengganggu manusia terutama
Nyanik Cereg Song.2.3.6 Nyanik KickmockNyanik ini bergerak waktu
malam iaitu bermula di antara jam 8.00 malam hingga 5.00 pagi.
Tempat kediamannya di kawasan perkuburan. Sebelum kemunculan
dirinya ke penglihatan manusia, ia akan mengeluarkan bau yang
wangi. Ia menjelma dengan hanya kelihatan manusia dan kadang kala
kedengaran bunyi suara manusia yang parau dan kasar dari arah
perkuburan. Menurut kepercayaan Orang Asli Semai, Nyanik ini
berasal dari manusia yang telah meninggal dunia.2.3.6 Nyanik Mai
Berlag MatIa akan menjelma menyerupai manusia (sedangkan orang itu
telah meninggal) kecuali keadaan matanya yang berbeza. Ia tidak
mempunyai anak mata kecuali mata putih sahaja. Nyanik ini tidak
suka menyakat atau mengusik manusia kecuali manusia akan terkejut
atau takut apabila terserempak apabila melihatnya. Ia berada di
mana-mana sahaja. Ianya berjalan jika perlu ataupun pada masa-masa
tertentu iaitu waktu malam ketika berlaku kematian dan di mana
kematian seseorang merupakan makanannya. Salah satu sifat Nyanik
ini yang aneh ialah membawa ambong (bakul) bakul yang terbalik ke
bawah.2.3.7 JeetJeet berasal dari Kickmoch kerana umur Kickmoch
terhad sehingga 50 tahun sahaja bermula dari kematian seseorang
manusia. Apabila umur kickmoch mencapai 50 tahun, ia akan bertukar
jadi Jeet. Ia bergerak di kawasan tanah perkuburan seseorang.
Nyanik ini tidak mencederakan seseorang. Ia cuma memikul manusia
yang masih hidup dan akan meninggalkan paring tersebut di atas
kubur. Oleh kerana manusia takut kepada Nyanik maka apabila
tersedar dan didapati dirinya berada di atas kubur maka manusa
tersebut akan hilang semangat, demand dan seterusnya mati jika
tidak mendapat rawatan pemulihan daripada bomoh2.3.8 Nyanik Mai
Cereg SonNyanik Cereg Song ini suka menyanyi sama ada ianya berada
di tengah tasek atau di atas pokok. Ia menjelma sebagai gadis
cantik yang berambut panjang dan apabila menyakat atau mengusik
manusia maka manusia tersebut akan menjadi gila dan gila tersebut
amat sukar untuk diubati.2.3.9 Nyanik Cereg TegNyanik ini tinggal
di atas pokok pulai, jelutong dan terap. Bentuknya menyerupai
siamang, biji matanya berwarna merah terutama apabila terkena
cahaya lampu. Ia mengusik atau menyakat mangsanya dengan cara
menerkam atau menggoncang pokok tempat di mana di menumpang.Ia
berbuat demikian supaya mangsanya kehilangan ruai (semangat).2.3.10
Mai Tepas (Orang Bunian)Mai Tepas merupakan makhluk halus yang mana
walahnya menyerupi wajah manusia. Ia tinggal di bukit-bukit atau
gunung-gunung di hutan atau pedalaman. Makhluk ini tinggal
berkumpulan atau bermasyarakat. Walau bagaimanapun Mai Tepas ini
amat sukar dilihat oleh orang biasa kecuali bomoh atau orang
perseorangan yang kebiasaannya Orang Asli yang sering berburu atau
mencari rotan di man bermalam di pedalaman dan terus mengikut
makhluk tersebut dan menyebabkan ianya tersesat. Kesesatan tersebut
disebabkan oleh ajakan makhluk halus tersebut. Ini menyebabkan
orang berkenaan akan hilang terus masyarakatnya atau bila kembali
ia akan hilang ingatan, letih lesu dan akhirnya sakit dan terus
meninggal. Kejadian ini dipercayai ia telah dijadikan oleh makhluk
tersebut sebagi ahli keluarganya. Mai Tepas tidak memakan manusia
tetapi hanya memperdayakannya sahaja.2.3.11 LudatLudat tinggal di
batu-batu, busut terutama di tempat tinggi dan sejuk. Seperti juga
Mai Tepas ia tidak memakan manusia, ia sering merayau-rayau dalam
hutan dengan membawa buluh sumpit. Ia mencari rezeki dengan
menyumpit binatang-binatang atau kehidupan di atas pokok. Ia jarang
sekali menyumpit atau memperdayakan manusia kecuali jika perlu,
maka ia bergerak atau berjalan pada waktu siang2.3.12 GuningGuning
bertuankan Mai Halaq (bomoh). Kebiasaan Guning adalah dari kumpulan
Nyanik Ratah, Ludat, Mai Tepas dan lain-lain lagi. Peranan Guning
untuk memujuk Nyanik yang menyebabkan manusia sakit. Guning boleh
memulihkan orang sakit.Bagi Tok Halaq untuk mengubat pesakit,
beliau memanggil Guningnya melalui Ramol (berbumbum). Penyakit
penyakit yang boleh diubati oleh Guning ialah terkena sampuk,
hilang semangat dan lain-lain penyakit yang disebabkan oleh
Nyanik.
b) Pantang larangTerdapat berbagai pantang larang berbentuk
ethos, mores dan folkways di kalangan masyarakat ini, yang turut
membentuk keperibadian dan kehidupan sosial Semai. Umpamanya
sewaktu nyaap (mambang kuning), masyarakat ini melarang
anggota-anggotanya bersuka ria atau membuat bising di waktu ini.
Larangan ini berkaitan dengan kepercayaan bahawa waktu senja bagi
manusia adalah waktu pagi bagi nyaniik.Larangan yang sama dikenakan
semasa ujan panas (hujan panas). Masyarakat ini dilarang bermain
air hujan panas kerana mereka percaya air hujan panas merupakan air
mata Nyaniik, khususnya kikmoij (hantu manusia). Selain itu,
masyarakat ini juga mempercayai air hujan panas berasal daripada
teguran ataupun pertanyaan kikmoij. Ahli masyarakat ini ditegah
bermain air hujan panas kerana dengan berbuat demikian, orang
tersebut akan terkena keteguran. Setiap teguran Nnyaniik akan
menjadi penyakit kepada penyakit manusia.PANTANG LARANG PERUBATAN
Perubatan yang dijalankan oleh bomoh atau Tok Halaq secara
perubatan tradisonal terbahagi kepada tiga cara:* Jampi Serapah*
Berkebut (Berbumbun)* Cara Bercagoh
PANTANG-LARANG DARI SEGI MAKANANOrang yang sedang menerima
rawatan dari Tok Halaq harus mengikut pantang larang yang
ditentukan olehnya seperti berikut:a. dilarang memakan ikan yang
mempunyai sengat (berbisa)b. Dilarang memakan rusa, siamang, ayam
denak, tenggiling dan sebagainya bergantung kepadapenyakit yang
dihidapi dan mengikut pantang yang dikenakan oleh Tok Bomoh.c.
Dilarang memakan kunyit, cabai, keladi dan makanan yang berwarna
merah.Jika sekiranya ada pesakit yang melanggar pantang larang
tersebut, ia akan memudaratkan pesakit dan akan berlaku Tekreg
(Pecah Pantang) dan boleh membawa maut atau Tok Halaq sendiri akan
ditimpa sakit yang teruk yang tidak dapat diubati.Semasa Tok Halaq
memberi rawatan, orang luar dari rumah atau kampung berkenaan
melawatnya kerana ini juga akan menimbulkan tetreg juga. Semasa
rawatan sedang dijalankan pesakit tidak dibenarkan menerima rawatan
dari Tok Halaq yang lain selagi Tok Halaq bekenaan belum selesai.
Kepada pesakit yang menerima rawatan tidak dibenarkan membuat
kerja-kerja harian kerana dikhuatiri tersentuh benda-benda yang
dikirakan pantang. Pantang-pantang tersebut termasuk: i. Memasuki
kain melalui kepala ii. Kepala terantuk kepada sesuatu objek. iii.
Berdiang di bawah sinaran matahari atau api iv. Mengelakan diri
terkejut atau terperanjat v. Mengelakan diri daripada luka
berdarahvi. Mengelakan diri daripada memegang benda yang boleh
mengeluarkan cahaya putih. Contohnya ubi kayu, melihat cermin dan
sebagainya.Selain dari pesakit, orang lain juga dilarang melakukan
kerja-kerja yang boleh memudaratkan pesakit contohnya:i. Jangan
bisingii. Mengibas kainiii. Menghebah berita yang boleh mengejutkan
atau memeranjatkan.LARANGAN SEMASA MEMBINA RUMAH BARUa. Kedudukan
rumah dilarang menghala laluan matahari. Jika tidak mengikut
peraturan tersebut penghuni rumah berkenaaan kelak akan selalu
demam dan sakit.b. Dilarang membuat kerja-kerja memasang
kerja-kerja memasang rumah di waktu senja dan pada hari-hari yang
dianggap tidak baik iaitu bulan 15, 16 dan 17, dipercayai penghuni
rumah berkenaan tidak tenteram dan aman.c. Kayu alang dan gelegar
serta lain-lain pemasangan hendaklah dipotong mengikut segi rumah
tersebut supaya tidak tertinggal lebihan kayu tersebut.d. Tiap-tiap
pemasangan perabot atap, penutup gendang hendaklah dipasang pada
hari yang sama.e. Sebelum rumah tersebut didiami, rumah tersebut
ditepung tawar dahulu.f. Tetamu pertama yang datang secara
bertandang ke rumah tersebut dari kampung/tempat lain dikehendaki
bermalam di rumah tersebut, jika tidak ianya akan didenda.
PINDAH KE RUMAH BARUBila sesebuah keluarga pindah ke rumah baru,
sedikit jamuan, upacara bersemah atau tepung tawar diadakan
bertujuan untuk menjamu hantu-hantu atau makhluk yang halus. Jika
tidak dilakukan, keluarga yang baru berpindah akan diganggu oleh
hantu atau makhluk halus.PANTANG LARANG DALAM RUMAHa. Tidak boleh
jatuh di dalam rumah yang sedang dalam pembinaan. Kalau jatuh, ini
boleh mendatangkan sial atau kurang sihat penghuni rumah
tersebut.b. Seseorang yang akan bermalam di rumah yang baru dibina
eloklah bermalam sehingga 3 malam, jika kurang boleh mendatang
perkara yang tidak baik kepada tuan rumah.c. Setiap rumah baru
mesti diadakan kenduri atau ditepung tawar. Jika tidak melakukannya
mungkin mendatangkan sial kepada penghuni rumah tersebut.d. Tidur
boleh tidur atau pindah ke rumah masih belum siap dibina
sepenuhnya, kanak-kanak juga dilarang menangis di rumah tersebut.
Jika berlaku keadaan itu, rumah tersebut tidak akan membawa tuah
kepada penghuninya.e. Sebelum rumah dibina, pawang atau bomoh akan
menjampi kawasan tersebut untuk menghalau hantu-hantu akan
mengganggu penghuni rumah tersebut.f. Bila rumah siap dibina, Tiang
Seri rumah itu mesti dijampi dahulu oleh bomoh atau pawang. Tiang
atau sudut rumah akan dipangkah dengan kapur atau bedak yang telah
dijampi. Kalau tidak dilakukan, hantu-hantu akan mengganggu
penghuni rumah tersebut.PANTANG SEMASA MEMBUAT LADANG BARUSemasa
menjalankan pembukaan ladang baru, beberapa larangan perlu
dipatuhi: a. Kerja-kerja harus dimulakan hari kelima, kerana hari
lain dipercayai tidak baik dan dilarang sama sekali yong parong ini
disebut pantang yong (parong).b. Setelah 3 hari memotong pokok,
hari ke 4 kerja-kerja diberhentikan.Selepas direhatkan sehari iaitu
hari kelima ia akan dimulakan kembali. Kaedah ini dipanggil Pantang
Jex (Pantang Beliung).Perkara di atas dikenakan pantang kerana
untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik, contohnya
ditimpa pokok-pokok atau luka.Ketika penanaman dimulakan, beberapa
pantang larang harus dipatuhi sehingga ke peringkat putus menuai.a.
Dilarang mengubah atau mencabut kayu atau tanda-tanda yang
dijadikan sempadan antara satu ladang dengan ladang yang lain. Jika
ini dilakukan boleh mendatangkan penyakit dan ladang tersebut tidak
mendatangkan hasil yang banyak.b. Setelah menugal tiga hari, hari
keempat diberhentikan. Ianya digelar pantang Pandang Keneh (Kayu
Tunggal).c. Pantang Keneh Neck (Kayu tunggal yang tidak baik) juga
dilakukan pada hari keempat. Pantang ini diamalkan supaya ladang
tersebut memberi hasil yang lumayan.KENDURI PADI BARUPantang ini
diamalkan untuk menunjukkan terima kasih kepada semangat padi (Ruai
Bag) kerana semangat tersebut telah memberi hasil yang lumayan.
Jika sekiranya ada orang luar dari kampung tersebut, orang tersebut
hendaklah turut serta sehingga selesai. Jika tidak ia akan didenda
dengan istiadat mengikut tok pawang dengan memohon restu dari
jembalang tanah bagi memulihkan semangat padi tersebut.a. Memuja
semangat padi supaya rezeki pada tahun-tahun yang akan datang dapat
memberi penghasilan yang lumayan.b. Manakala denda pulih Ruai Bag,
supaya ladang-ladang yang akan datang, lumayan serta boleh Mendang
Penyalut Koul (Sampul urat dan simpul biawak) akibat kemungkaran
jembalang tanah dan boleh menjadi lumpuh.PANTANG SEMASA KELAHIRAN
DAN MELAHIRKANa. Anak yang telah dimandikan akan dijampi dan
ditinggalkan supaya tidak disampuk atau terkena sawan dan diganggu
oleh hantu.b. Ibu yang baru bersalin dilarang memakan
binatang-binatang dan lauk-lauk yang boleh menyebabkan anaknya
terkena penyakit sawan kerana si ibu menyusu bayi tersebut.c. Bagi
bayi yang baru lahir tidak dibenarkan memuji-muji tentang kegemukan
dan kecantikan.- Dilarang meminta untuk dipelihara oleh orang lain.
Jika ini berlaku ianya mestilah ditukarkan dengan benda yang lain,
supaya semangat bayi tersebut tidak hilang.- Dibawah rumah sentiasa
dihidupkan unggun api di mana tempat ibu bersalin.Ini mengelakkan
hantu akan mengacau tempat dimana daerah dan air ketuban tumpah.
Ini akan mengakibatkan bayi tersebut disampuk hantu dan
sakit.PANTANG SEMASA KEMATIANa. Si mati disimpan sehari di
rumah.Atas mayat diletakkan seketul bayu/benda yang berat bagi
mengelakkan perutnya kembung- Hari seterusnya, unggun api
dihidupkan untuk menyedarkan simati bahawa dia telah berada di alam
lain.b. Hari keenam dipanggil alik palok (alih kayu yang bakar)
yang mana roh simati tidak lagi berkeliaran.c. Hari ketujuh
keluarga simati akan menambak dan memperkemaskan tanah kubur dan
membuat kenduri.d. Tempat di mana simati meninggal dunia,
diletakkan makanan dan minuman serta apa sahaja makanan
kegemarannya sehingga hari keenam. Kubur etnik semaiSemasa dalam
berpantang mereka ditegah:a. Bersukaria (menyanyi, bersiul,
bersorak-sorak, menjerit dan sebagainya).b. Berpakaian cantik.c.
Semua jenis kerja ditangguh.Berkabung menghormati simati dan rohnya
oleh penduduk tempatan dan pelawat-pelawat yang ada di tempat
tersebut.a. Barang dan alat simati-seperti pakaian, alat memburu -
tidak boleh digunakan oleh orang lain kecuali harta atau pusaka
peninggalan diberi dan dibahagi-bahagikan kepada kaum keluarga.b.
Alat-alat pengebumian seperti cangkul, parang dan sebagainya tidak
boleh dibawa naik terus ke rumah. Barang-barang itu hendaklah
direndam dalam air selama satu malam sebelum dibawa naik.c. Orang
yang pergi menanam tidak boleh naik turun rumah. Ianya mesti mandi
dan pakaian yang dipakai semasa pengkebumian tidak boleh dibawa
naik ke rumah. - Keliling rumah dan di kubur dipasang api selama
seminggu. Di kubur apabila api genap seminggu dipaling puntungnya.
Tujuannya roh akan pergi terus.Anak-anak si mati hendaklah
ditangkal, ini pada yang belum dewasa. Dengan menconteng arang
bertanda palang (+) di dahi dan di dada bertentang dengan jantung,
di belakang tapak tangan dan di belakang tapak kaki.d. Pantang dan
larang kepercayaan di atas adalah untuk mengelak hantu daripada
mengikut balik ke rumah.PANTANG LARANG DALAM PEMAKANANa. Kebanyakan
binatang-binatang hidup di darat tidak boleh dimasak atau dimakan
bersama dengan binatang di air, seperti ikan dengan daging kerbau.
Jika dilakukan juga boleh mendatangkan penyakit demam kuning,
keguguran rambut, batuk darah, sakit paru-paru, kayap dan kudis.b.
Sisa-sisa makanan tidak boleh dibawa oleh binatang, semut tidak
boleh ditanam atau dihanyutkan ke dalam air. Sebaliknya hendaklah
dikumpul dan dibakar. Jika tidak, boleh mendapat penyakit dan
kembung perut(busung).c. Semua air yang bertakung dalam tin, botol
atau tunggul kayu tidak boleh diminum dilangkah atau didekati, jika
dilakukan juga boleh menyebabkan penyakit busung.- Buah-buahan yang
mana pokoknya tumbuh dibawah kayu teras atau yang berapit serta
dahan atau batang bertakung air, tidak boleh dimakan.Jika dilakukan
juga boleh mendatangkan penyakit.d. Mengeji dan mengata kepada
benda makanan seperti ikan dikatakan babi dan lain-lain. Jika
dilakukan juga boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit atau
kembung perut(busung) yang berpanjangan.
PANTANG LARANG SEMASA BERJALAN DI DALAM HUTANa. Tidak dibenarkan
berjanji kerana jika sekiranya salah seorang tidak dapat pergi
makna perjalanan tersebut seharusnya dibatalkan. Jika tidak yang
pergi tersebut akan terkena Serenglog. Contohnya, kemungkinan
digigit ular, ditimpa pokok, jatuh dan sebagainya.Dalam perjalanan
tidak dibenarkan bercakap takbur dengan binatang-binatang buas.b.
Pantang menunjuk dan menegur sesuatu yang ganjil. Orang asli sangat
takut menunjuk atau menegur kepada sesuatu yang ganjil seperti
melihat gua-gua besar, pokok-pokok yang menyerupai suatu bentuk
binatang dan sebagainya. Akibat daripada menegur atau menunjuk
seseorang itu boleh mendapat penyakit atau menjadi cacat pada
dirinya.c. Ketawa pada benda-benda atau perbuatan yang menggelikan
hati. Orang Asli sangat takut ketawa pada binatang, perlakuan yang
boleh menggelikan seperti beruk dan juga manusia yang menyerupai
dirinya atau bertopengkan jenaka, juga ketawa pada kupu-kupu dan
cacing. Akibatnya dari melakukan perkara tersebut boleh
mendatangkan petir dan rebut yang kuat serta banjir di tempat
pantang larang yang tersebut.d. Dilarang menyebut binatang-binatang
buas semasa di dalam perjalanan seperti harimau, gajah, buaya dan
lain-lain lagi. Tetapi boleh disebut dengan nama samaran yang boleh
disesuaikan dengan rupa bentuk binatang tersebut umpamanya harimau
digelar pak belang.
2.4 Bahasa Bahasa digunakan oleh penuturnya untuk menyampaikan
gagasan, buah fikiran dan perasaannya dalam berbagai-bagai situasi
dan tujuan komunikatif. Penggunaan bahasa dengan pelbagai strategi
ini telah menampakkan bermacam-macam nilai sosial dan kebudayaan
yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat bahasa itu. Dengan ini
(Bush, 1973; Clore, Ortony, & Foss,1987; Davitz, 1969;
Johnson-Laird &Oatley, 1989; Ortony, Clore, & Collins,
1988; Ortony, Clore, & Foss, 1987, dan Fussel, 2002; dalam
Bahren Umar Siregar, 2010) menyatakan bahawa semua bahasa di dunia
ini mempunyai berbagai-bagai strategi verbal untuk menyampaikan
buah fikiran dan emosi penuturnya. Oleh itu, corak dan bentuk
sesuatu bahasa itu bergantung kepadas iapa yang menuturkannya dan
dalam suasana mana bahasa itu digunakan (Nik Safiah Karim,
1992).Suku kaum terbesar bilangannya ialah suku kaum Semai yang
tergolong dalam kelompok Senoi dengan jumlah 42,383 orang atau 30%
daripada jumlah keseluruhan Orang Asli di negara ini. Sukatan
Pelajaran Bahasa Semai sekolah rendah adalah sukatan pelajaran
bahasa tambahan dan merupakan salah satu mata pelajaran bahasa
etnik Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam tafsiran Akta
Pendidikan Negara. Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan murid
yang dapat berkomunikasi dengan berkesan untuk menghasilkan budaya
dan warisan Semai di Semenanjung Malaysia.Contoh bahasa suku semai:
Saya = eng Makan = Cak Minum = Ngaut Mandi = Mehmu Bersih = Parlain
Bagus = Bor Ayam = Bafung/Fung Beras = Cengroy Cendawan = Cenai
Jalek = Kenapa Rahalook = Bagaimana
Sukatan Pelajaran Bahasa Semai KBSRIPEMULARasionalSenukat
Pelajaran Bahasa Sema ibis ediehopand uann ucikgu de kiajar mate
pelajaran Bahasa Semai kuulah.Senukatpelajaranadehmulabigunaku
Tahut 3 sekulah rendah lei Tahut 6. Mate pelajaran Bahasa Semai
berupa matepelajaran BahasaTambahan pelajarku sekulah.Senukat
pelajaranBahasaSemaiadehbibahagi
2.5 Adat Resama) Adat perkahwinanKelayakan umur minima untuk
berkahwin bagi lelaki adalah 21 tahun dan 18 tahun bagi perempuan.
Kebiasaannya mereka akan memilih pasangannya sendiri atau pilihan
keluarga. Terdapat pelbagai proses sebalum perkahwinan berlangsung
iaitu:
a) Adat Merisikb) Adat Meminangc) Tanggung Nafkahd) Semasa
Bertunange) Hari Berkahwin Keberangkatan Pengantin Lelaki Ke Rumah
Pengantin Perempuan Istiadat Berarak Merenjis Atau Menabur Bertih
Memohon Tanda Upacara Bersandingf) Menyembah (Menerima Nasihat)g)
Upacara PenyatuanADAT MERISIK Setelah kedua-dua pihak setuju untuk
berkahwin, mereka akan ditemukan dalam satu pakatan sulit antara
pihak lelaki dan perempuan.
ADAT MEMINANG Pihak lelaki akan menghantar alat adat meminang
kepada pihak perempuan. Alat-alat berkenaan adalah seperti
berikut:-Sebutan adatalat/banyaknya
Salin tigaSepasang persalinanpakaian pengantin perempuan
Warnasebarangan tanpa corak
Belanja tubuhRM60.25
SelendangSehelai
Cincin PerakSebentuk
Sirih pinangSetepak
TANGGUNG NAFKAH Ketika dalam tempoh pertunangan, pihak ellaki
dikenakan Tanggung Nafkah bakal pengantin perempuan mengikut
syarat-syarat yang ditetapkan dan dipersetujui bersama iaitu wang
tunai sebanyak RM15 x sebulan.Jika dalam bentuk barang,
barang-barang hendaklah dihantar ke rumah pengantin perempuan.
BERTUNANG Pihak lelaki dikehendaki menyediakan alat-alat seperti
satu set alat tidur,sepasang persalinan pakaian pengantin berwarna
tanpa corak dan sepasang kasut pengantin perempuan. Pihak lelaki
juga dikehendaki membuat persiapan diri dengan menyiapkan sebuah
kopiah,sehelai kain selempang dada, sepasang pakaian Melayu dan
sepasang kasut.
HARI BERKAHWINSebelum bersanding kedua-dua pengantin dikehendaki
melakukan adat-adat iaitu berinai, bergandik bagi pengantin
perempuan,gunting rambut bagi pengantin lelaki, dan wajib mandi
limau dan dijampi bagi mengelakkan malapetaka.Selepas itu,
kedua-dua pengantin akan dihias dengan pakaian cantik.Pengantin
perempuan akan memakai pakaian salin tiga yang telah dosediakan
oleh pihak lelaki.Keberangkatan pengantin lelaki ke rumah pengantin
perempuan :Istiadat berarak- Pengantin lelaki diapit oleh ibu wali
dan waris-waris diarak berjalan kaki ke rumah pengantin perempuan.
Jika pengantin lelaki berketurunan anak penghulu atau tok batin,
dia akan dijulang hingga ke rumah pengantin perempuan. Ia diiringi
muzik biola, paluan rebana,gong dan mereka berbalas pantun.
Sementara itu, pengantin perempuan menunggu ketibaan pengantin
lelaki di atas pelamin.Merenjis atau menabur bertih- Setibanya
pengantin lelaki di muka pintu,sebelum dibenarkan naik tangga, air
direnjis di atas daun pisang dan bertih ditabur.
Pengiring-pengiring dengan serentak menyebut selamat kepada
pengantin lelaki sebanyak tiga kali.Memohon tanda- Ibu Mas Wali
akan memeohon Tanda sebagai kebenaran masuk ke perkarangan pelamin.
Kebenaran hanya diberi setelah permohonan dibuat sebanyak tiga
kali. Permohonan tersebut kadang kala dalam bentuk pantun. Ibu Wali
dan rombongannya memberi tanda sebilah keris sebagai tanda bahawa
yang diarak masuk itu adalah pengantin lelaki yang
sebenarnya.Bersanding- Selepas menerima tanda masuk, Mas Wali akan
membuka tirai di mana pengantin perempuan sedang menunggu di atas
pelamin. Pengantin lelaki yang diiringi oleh pengapit-pengapitnya
dibawa duduk di sisi sebelah kanan pengantin perempuan. Istiadat
menyuap Nasi Kunyit atau Nasi damai dan makan sirih disempurnakan.
Upacara ini disaksikan oleh kedua-dua belah wali dan saudara mara
terdekat.- Kedua-dua mempelai akan meneruskan persandingan di
halaman rumah untuk memenuhi permintaan ramai yang belum puas
menatap wajah pengantin.
MENYEMBAH (MENERIMA NASIHAT)Kedua-dua pengantin dibawa naik ke
rumah dan melakukan istiadat menyembah wali wakil,ibu bapa mertua
dan waris-waris. Di sini akan berlakunya pengishtiharan adat resam
nikah kahwin. Nasihat-nasihat tentang kerukunan hidup berumah
tangga di lakukan oleh mereka.
b)Upacara kematianApabila terdapat kematian di sesebuah kampung,
biasanya sanak saudara jauh dan dekat akan diberitahu. Penduduk
tempatan akan menziarahi dan membantu upacara pengkebumian. Ahli
masyarakat akan menangguhkan semua kegiatan harian mereka kerana
dikhuatiri roh simati akan marah atau menegurnya dan akibatnya
orang yang terlibat akan ditimpa malang. Kebiasaannya mayat tidak
kebumikan pada hari kematian dengan itu tujuan memberi peluang
kepada saudara mara simati yang jauh datang memberi penghormatan
terakhir.
Pada malam tersebut penduduk kampung akan berjaga di rumah
simati sehingga pagi untuk mengelakkan mayat tersebut daripada
diganggu oleh hantu atau dilangkah oleh kucing kerana dipercayai
boleh menyebabkan mayat tersebut bangun dan mengacau. Api akan
dinyalakan di sekeliling rumah untuk mengelak atau menghalau hantu
yang menyebabkan kematian itu. Kanak-kanak akan ditangkalkan dengan
menconteng arang di kedua-dua belah kening atau kedua-dua belah
tapak kaki dan juga pada daun-daun yang dipercayai ditakuti oleh
hantu.
Sebelum upacara pengkebumian, mayat tersebut akan dimandikan dan
dibungkus dengan kain baru atau kain putih dan seterusnya dibungkus
dengan tikar, diikat kemas-kemas supaya senang diusung. Liang lahad
digali sedalam 1 meter. Mayat dimasukkan ke dalam liang lahad.
Sebelum di kambus, tiga kepal tanah bercampur arang yang telah
dijampi akan diletakkan di kedua-dua belah telinga dan bahagian
dada untuk memutuskan hubungan si mati dengan keluarganya. Jika
tidak, keluarga yang hidup akan jatuh sakit dan boleh membawa
mati.Setelah dikambus, kayu yang diukir (ala kadar) dicacak di atas
kubur sebagai penanda dan diikuti dengan upacara meletakkan
makanan, minuman dan rokok yang telah dinyalakan diatas kubur
selama enam hari berturut-turut.
Pada hari keenam, kayu yang telah dibakar akan dialih untuk
memberitahu simati bahawa dia sudah berada di alam lain. Upacara
ini dilakukan dalam rumah simati. Setelah masuk hari ketujuh,
keluarga serta penduduk kampung akan bergotong-royong menambak atau
memadatkan tanah kubur tersebut agar tidak jerlus. Penanda
sementara tadi diganti dengan batu nisan yang kekal. Sebelum
meninggalkan kubur, makanan, minuman dan rokok akan dilekatkan
diatas kubur berkenaan. Salah seorang ahli keluarganya akan
memegang batu nisan serta memanggil nama simati seolah-olah
menggerakkannya untuk menjamu makanan dan minuman, di samping
berpesan bahawa perjalanannya ke alam lain adalah selamat dan
memohon supaya tidak mengganggu ahli keluarga yang masih hidup.
2.6 Kebudayaan/Keseniana)TarianTarian Orang Asli Semenanjung
Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan kepercayaan kerohanian
mereka. Tarian ini lazimnya digunakan oleh pawang dalam upacara
menghubungi dunia roh. Tarian tersebut termasuklah tarian
Genggulang kaum Mah Meri, tarian Berjerom kaum Jah-Hut, serta
Sewang oleh kaum Semai dan Temiar.Tarian sewang ialah satu bentuk
persembahan tarian tradisional masyarakat orang asli yang masih
kekal diamalkan hingga sekarang. Tarian sewang dalam suku kaum
orang Asli dipersembahkan untuk berbagai-bagai fungsi seperti
hiburan, buka cinta, perkahwinan, memuja semangat padi dan juga
perubatan. Tarian ini menjadi wadah hiburan utama di kalangan
masyarakat orang asli kaum Semai. lagu-lagu tarian sewang ini
berbentuk kegembiraan atau hiburan. Di Semenanjung Malaysia tarian
bagi tujuan seperti ini kebiasaannya diamalkan oleh masyarakat
orang Asli iaitu tarian sewang. Tarian sewang bagi masyarakat orang
Asli dipersembahkan untuk tiga upacara tertentu, iaitu untuk
kesyukuran selepas menuai atau membuka tanah baru. Kedua, untuk
menandakan tamat tempoh berkabung dan ketiga bagi tujuan mengiringi
pengubatan tradisional.Tarian sewang ialah satu bentuk persembahan
tarian tradisional masyarakat orang Asli yang masih kekal diamalkan
dan dipertahankan hingga sekarang. Tarian sewang dipersembahkan
untuk berbagai-bagai fungsi seperti hiburan, buka cinta,
perkahwinan, memuja semangat padi dan juga perubatan. Tarian ini
biasanya diketuai oleh Tok Halak dan lima hingga sepuluh orang
penari yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Selain itu,
terdapat enam orang pemuzik iaitu lima orang pemukul centung (buluh
yang berukuran berbeza) dan seorang pemukul gong. Sambil
bersahut-sahutan beramai-ramai, penari perempuan mengetuk buluh
centung ke atas buluh panjang atau kayu keras yang padat bagi
mengeluarkan bunyi nyaring.Tarian ini biasanya dilakukan dalam
empat formasi yang berbeza bergantung kepada fungsi tarian
tersebut. Antaranya tarian secara berbaris iaitu penari-penari
berada dalam satu barisan sambil menari. Bentuk seterusnya ialah
bulatan iaitu penari berada dalam bulatan sambil berjalan berpusing
mengikut arah jam atau lawan jam. Selain itu tarian ini juga
dilakukan secara berpasangan antara lelaki dan perempuan yang
kadang kalanya berpegangan tangan. Manakala formasi keempat ialah
tarian secara beramai-ramai. Tarian sewang untuk tujuan kegembiraan
kebiasaannya diadakan setelah upacara menuaipadi, menyambut
kepulangan anak yang bekerja di perantauan, menyambut kedatangan
tahun baru, perkahwinan atau apa sahaja yang difikirkan dapat
memberi kegembiraan di dalam kampung. Manakala sewang untuk
perubatan dijalankan pada waktu malam selama enam hari
berturut-turut. Semasa sewang perubatan dijalankan, orang luar
tidak dibenarkan naik ke rumah tempat tarian diadakan sehingga
tarian selesai.Tarian sewang bertujuan untuk kegembiraan yang
dipersembahkan oleh masyarakat orang Asli kaum Semai di Kampung
Lenjang dan Kampung Titom, Kuala Lipis, Pahang.
b)lagu-lagu Tarian Sewang
Lagu 1 Kok GagekMari Cepat Kok gagek hek kok gagek mari cepat,
hei mari cepatde ga araq har wes dekjangan terlupa rumah Kok gagek
hek kok gagek mari cepat hei mari cepatde ga araq har ladui jangan
terlewat hari dah petangga gaduh hek ga gaduh jangan gopoh hai
jangan gopohpek berapak har hanloi dah dekat tempat yang dituju
Bernorlah bungak deh benarlah cantiknya bunga inide bigui ku danos
berjalan melintasi titi perintah tuhan hik mengikut perintah
tuhanharapan hik senoi berharap pada pada tuhan Bernorlah bungak
deh benarlah cantiknya bunga ini de bigui ku danos berjalan
melintasi titi perintah tuhan hik mengikut perintah tuhanharapan
hik senoi... harapan kita pada tuhan
Lagu 2 Seribu AmpunSeribu AmpunTabik ampun memohon
kebenaranseribu ampun untuk banyak-banyak kebenaranan laluk mong ma
juntumpang lalu pada orang tuaSelak liaq daun buluhselak penacek
daun kepayang eng gu kek hek s aya selalu cari awakeng gu riak saya
selalu rinduSelak gagdaun keladiselak kelapa daun kelapamong harik
ada masa nantihar ha bah leh kita berjumpaSelak liaqdaun buluhselak
penacek daun kepayangeng gu kek hek saya selalu cari awakeng gu
riak saya selalu rindu
Lagu 3Panas Siang Panas SiangPanas siangPanas siangpanas malam
panas malamdatang ha ilui ninendatang orang yang sama jugaJar abeh
jar berbilang saya dan ayah berkira hari-hariHari Isnin hari
Isninhari Selasa hari Selasahari Rabu hari Rabuhari Khamis hari
Khamis Panas panas panas panas Panas panas panas panashati jar abek
dia dan ayahnya berpakathilir Kuala Merdanghilir ke Kuala
Merdangbeli ikan sekilo saje beli ikan sekilo sahajadi kedai pak
alang di kedai Pak AlangHari Jumaat hari Jumaathari Sabtu hari
Sabtu hari Ahadhari Ahadberehat di dalam rumah berehat di dalam
rumahsudah dapat dibeli barang kerana sudah ada barang makan
Kumpulan Muzik Etnik Semai
c)permainanKercangadalah sejenis alat permainan
tradisiMelayulama. Alat permainan ini biasanya diperbuat
darirotanyang disusun secara berlapis-lapis mengikut peringkat
kesukarannya. Peringkat pertama adalah yang paling Contoh
Permainanmudah diikuti peringkat kedua, ketiga dan
seterusnya.Permainan ini adalah popular dikalanganorang
aslidanorang Melayuyang tinggal di sekitar dan di sekeliling hutan
Endau Rompin pada suatu masa dahulu. Tapi kini masyarakat Melayu
telah melupainya dan hanya dimainkan sekali-sekala dikalangan orang
asli apabila ada pelawat luar sebagai pertunjukan.
d) Kraf tanganOrang Asli suku Semai ini menghasilkan produk kraf
yang diperbuat daripada buluh, rotan dan kulit kayu seperti sumpit,
bubu buluh dan seruling..e) pakaianEtnik Semai yang dahulu dikenali
sebagai sukuKercang ini juga menghasilkan pakaian daripada kulit
kayu yang sering digunakan dalam upacara tarian Sewang.
2.7 PerayaanKaum Semai mempunyai hari perayaan sendiri seperti
Hari Genggulang/ Menyambut Tahun Baru, Hari Menuai atau Menggulung
dan Hari Membuka Ladang Baru.a) Hari GenggulangKebiasaannya
disambut oleh Suku Kaum Semai yang tinggal di kawasan Perak Tengah,
Hilir Perak dan Selatan Perak pada akhir tahun iaitu akhir bulan
Disember atau di awal tahun pada bulan Januari atau Februari. Ia
merupakan upacara tahunan yang paling meriah dan penuh tradisi.
Mengikut kepercayaan turun-temurun Suku Kaum Semai, Hari Genggulang
diadakan untuk kesejahteraan dan keselamatan kampung. Namun begitu
pada masa kini upacara tersebut sudah beransur berubah mengikut
peredaran masa.Perayaan dimulakan oleh pawang atau bomoh dengan
mentera dan jampi, cenagoh untuk memanggil roh, keramat dan
penunggu yang dipercayai wujud sejak zaman nenek moyang mereka.
Pawang atau bomoh akan melaksanakan upacara tersebut di balei
(rumah pemujaan) yang telah disediakan dalam satu kawasan khas.
Balei ini dihias dengan anyaman daun serdang, mengkuang hutan,
bunga-bungaan dan lain-lain. Di hadapan Balei terdapat dua buah
sangkak di mana di kiri kanannya diisi dihidang dengan jamuan hantu
yang mengandungi pulut, wajik periong (sejenis makanan seperti
gulai bercampur sayur ubi, keledek, keladi, labu dan abu, pulut
kuning dan telur ayam yang sedang diram dan berdarah di dalamnya).
Setelah selesai upacara di balei, tok pawang akan mengikat
pantang.Kemuncak upacara adalah di mana setiap penduduk mengadakan
kenduri di rumah masing-masing dan orang ramai dipelawa sama. Untuk
meriahkan lagi perayaan itu, ia disambut dengan joget orang asli
atau Modek dan di setengah tempat mereka menggunakan muzik
pengiring. Upacara ini biasanya berlarutan hingga ke pagi hari.
b) Menuai Dan Menyulung TahunSuku Kaum Semai menyambut hari
menuai padi dengan mengadakan kenduri pada hari pertama padi
dituai. Hari itu merupakan hari yang paling sibuk kerana setiap
orang menjalankan berbagai-bagai aktiviti seperti menangkap ikan,
memburu, mengutip sayur, menuai dan menumbuk padi sebagai
persediaan untuk kenduri besar.
c) Membuka Ladang Baru
Membuat ladang merupakan tugas yang mesti dilakukan oleh Orang
Asli kerana ia adalah punca pendapatan mereka. Setiap tahun mereka
akan membuka ladang baru untuk mendapatkan makanan. Mengikut
kepercayaan setiap hutan tebal, gunung, gaung, bukit, dan anak
sungai ada keramat dan penunggu yang boleh mendapatkan bencana atau
bala. Oleh itu untuk keselamatan diri dan tapak ladang, mereka akan
mengadakan kenduri sebagai menjamu penunggu atau keramat di daerah
itu. Kenduri ini biasanya diiringi oleh sewang diwaktu malam hingga
ke siang hari.
3.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA ETNIK SEMAI DI DALAM
SEBUAH BILIK DARJAH
3.1 Guru Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang
pembelajaran murid kaum semai ini tidak terganggu dengan perbezaan
latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing dengan cara
tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru
akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang contohnya etnik
semai ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa melakukan
aktiviti berkumpulan. Ini akan memberi peluang kepada murid untuk
berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan
pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan
masyarakat. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk
dan ini dapat membantu guru untuk mengawal persekitaran bilik
darjah dengan berkesan.
Guru juga perlu menganalisis latar belakang murid-muridnya yang
terdiri daripada pelbagai etnik ontohnya orang asli atau orang asal
seperti etnik semai sebelum merancang pengajaran. Hal ini kerana,
apabila terdapat etnik semai yang juga merupakan orang asli sebagai
minoriti di dalam sesebuah kelas, pastinya akan berlaku sikap
perkauman dan sedikit sebanyak memberi kesan terhadap pembelajaran
mereka. Oleh itu pemahaman yang mendalam tentang kepelbagaian
pelajar bukan hanya dilihat dari aspek pembelajaran malah daripada
aspek budaya, etnik, bangsa, agama dan sebagainya.Guru juga
digalakkan mempelajari kemahiran komunikasi dalam pelbagai bahasa
mengikut etnik yang ada dalam bilik darjah.
Guru juga harus mengurangkan bahasa dialek mana-mana etnik dan
menggunakan bahasa yang standard untuk memberi peluang yang sama
rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran. Sebagai contoh, terdapat beberapa orang murid dari
orang asli atau orang asal etnik semai yang kurang fasih
menggunakan bahasa standard. Oleh itu, guru perlu memahami masalah
mereka dan memberi bimbingan serta perhatian yang lebih kepada
mereka, jika tidak besar kemungkinan mereka akan terus ketinggalan
dalam pembelajaran dan keciciran.Guru tidak seharusnya menggunakan
latar belakang murid untuk mengesahkan generalisasi dan perlabelan
kepada murid. Guru seharusnya menggunakan maklumat latar belakang
murid untuk memahami tingkah laku murid dan luahan perasaan yang
banyak dipengaruhi oleh persekitarannya.Apabila guru memahami
situasi murid dapatlah guru merancang pembelajaran yang sesuai dan
memberikan layanan yang adil terhadap murid dalam etnik ini. Guru
perlu mengelakkan diskriminasi dan memberikan layanan yang adil
bagi setiap murid.Pembelajaran yang berkesan yang berkesan bagi
sekumpulan pelajar tidak semestinya berkesan bagi kumpulan tahun.
Guru tidak seharusnya mengganggap semua pelajar boleh belajar
melalui cara yan sama Pendidikan yan saksama bukan bermakna sistem
penyampaian yang sama digunakan untuk semua pelajar.Pelajar yang
mempunyai pelbagai latar belakang, etnik, taraf sosial dan
pencapaian dapat belajar dan mengenali budaya secara tidak
langsung.Kumpulan etnik yang bebeza dapat membantu mengeratkan
hubungan dan mewujudkan kerjasama dan toleransi yang diperlukan
dalam masyarakat majmuk.Tugas guru adalah mengajar dan melaksanakan
kurikulum formaltetapi secara realitinya guru menguruskan hubungan
didalam bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai etnik dan
budaya. Guru juga perlu sedar bahawa potensi pelajar bukan
berdasarkan kelas sosial,jantina ataupun bangsa .Guru juga perlu
berubah sikap dan pandangan terhadap pelajar dan mengelakan amalam
diskriminasi. Tugas untuk menyediakan P&P yan selaras dengan
pengalaman dan keupayaan serta budaya pelajar.Pembelajaran yang
berkesan akan mudah berlaku sekiranya bahan sumber pembelajaran
sesuai dengan pengetahuan dan budaya pelajar. Sesebuah kelas yang
terdiri daripada kaum dominan dan etnik minoriti, pelajar minoriti
mungkin berasa terabai dan tidak dihargai sekiranya tidak ada
unsur-unsur budaya etnik dalam sumber pembelajaran.Guru juga perlu
berhati-hati dalam memilih sumber pembelajaran yang sesuai. Guru
hendaklah mengelakkan unsur-unsur negetif dan sensitif bagi
mana-mana etnik.Menghormati adat resam, kepercayaan dan amalan
ritual pelbagai etnik di Malaysia perlu diberikan perhatian oleh
semua guru. Penggunaan bahasa yang menyentuh sesitiviti kaum dan
etnik boleh membawa kepada salah faham. Jesteru pemilihan bentuk
bahasa dan istilah yang dapat diterima, tidak bais dan prejudis
perlu diutamakan.
3.2MuridMurid beretnik semai atau orang asli ini harus pandai
bersosial di antara satu sama lain dalam melakukan aktiviti bagi
memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. Ini dapat
direalisasikan sekiranya murid ini dapat membuang sikap prejudis
terhadap latar belakang murid lain dan berinteraksi di antara satu
sama lain. Mahu tidak mahu, murid etnik semai perlu meneruskan
pembelajaran mereka bersama-sama selaras dengan kepelbagaian
sosio-budaya masyarakat. Kemelut budaya, sensitif dan malu meminta
bantuan guru untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran
menyebabkan murid etnik semai terus memendam perasaan tanpa
berusaha mengatasi masalah yang dihadapi.Gollnick dan Chin (1990)
berpendapat Culture provides the blueprints that detemine the way
an individual thinks. Feel and behave in society,.Dalam sesebuah
kelas yang terdapat pelbagai etnik dan budaya komunikasi atau
perbualan dalam dailek yang sama adalah perlu untuk mengelakan
salah faham.Selain itu, pelajar yang berbeza budaya atau etnik
perlu mempelajari budaya etnik lain. Pelajar juga boleh menguasai
bahasa ibunda etnik lain.Pelajar yang menguasai lebih bahasa, akan
mudah menguasai pembelajaran. Sekira sebaliknya pelajar itu akan
ketinggalan kerana kurang faham bahan yang dibaa dan penerangan
yang disampaikan oleh guru.Pemahaman dan kesedaran budaya lain
boleh dipelajari dengan bergaul dengan pelbagai etnik. Etnik semai
yang merupakan etnik minoriti dalam sesebuah sekolah perlu
menyesuaikan diri dengan etnik lain agar tidak ketinggalan dalam
pembelajaran. Pelajar yang belajar dalam sesebuah sekolah yang
pelbagai etnik akan terdedah kepada amalan, adat resam,pandangan
dan cara berfikir kaum etnik yan berbeza sama ada secara sedar atau
tidak ataupun sebaliknya.Pelajar akan belajar bahasa etnik lain
secara tidak langsung. Perasaan saling menerima dan menghormati
dapat dipupuk hasil pergaulan harian pada masa formal atau tidak
formal.Pelajar yang terdiri daripada pelbagai kelas sosial
contohnya rendah, sederhana atau tinggi mengikut taraf pendidikan
dan taraf sosioekonomi keluarga. Contohnya sekiranya pelajar dalam
kelas sosioekonomi yang rendah pastinya tidak atau menghadapi
masalah dalam pergaulan. Sekiranya pelajar dalam kelas sosial yang
berbeza , belajar dalam kelas yang sama hendaklah menghormati
antara satu sama lain.hasilnya walau apapun asal kita , kita
perlulah saling menerima dan belajar bersama tanpa ada sekatan
budaya.Setiap budaya mempunyai gaya atau cara tersendiri dalam
pendekatan menyeleaikan tugasan. Pelajar perlu berusaha menyiapkan
tugasan tanpa mengira pandangan atau kepentingan etnik lain dan
bekerja dalam satu pasukan untuk selesaikan tugasan yan
diberikan.Pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan
amalan budaya perlu menyelasaikannya dengan rasa tanggunjawab
bersama.Setiap budaya mempunyai cara tersendiri dalam proses
P&P dan seharusnya pelajar menyesaikan gaya belajar agar tidak
ketinggalan dan salah menerima maklumat dalam P&P.
3.3SekolahKomposisi kaum dan etnik warga sekolah menggambarkan
kepelbagaian sosiobudaya dalam masyarakat.Budaya yang menjadi
amalan keluarga dan kaum etnik akan dibawa masuk ke sekolah dan
mempengaruhi sosiobudaya sekolah. Ianya bergantung kepada kecekapan
sekolah untuk mewujudkan budaya yang sesuai untuk sekolah
masing-masing.Amalan dalam sistem persekolahan di malaysia menjurus
ke arah sistem berpusat namun pelaksanaanya wujud jenis-jenis
sekolah yang berbeza. Budaya sekolah juga berbeza memandangkan
warga sekolah terdiri daripada kaum etnik yang tertentu.
Sosiobudaya yang mempengaruhi amalan budaya di sekolah juga
terbatas kepada amalan etnik majoriti etnik tertentu. Pelajar dan
guru contohnya di sekolah Tamil yang terdiri daripada pelbagai kaum
contohnya malayali, tamil, gujerati dan sikh. Begitu juga bagi
sekolah SJK Cina, sukuan seperti Hokien,Kantonis dan Hakka akan
membawa dialek dan budaya etnik yang berbeza.Kepelbagaian
sosiobudaya juga dapat dilihat daripada segi kelas sosial dan
amalan adat resam serta kepercayaan agama.Bagi etnik semai yang
belajar di sekolah kebangsaan, mereka perlu bekerjasama,fokus dan
bermatlamat yang sememangnya menjadi pegangan warga sekolah.
4.0CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MEWUJUDKAN
PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA
4.1 GuruKebiasaannya pergaduhan berpunca dari sikap ego etnik
majoriti di sesebuah sekolah. Jika etnik semai yang menjadi
golongan majoriti, guru perlu menerangkan kepada mereka mengenai
perlunya menghormati budaya dan kepercayaan etnik lain dan isu-isu
sensitif yang tidak harus dipertikaikan. Oleh itu, guru perlu bijak
memilih aktiviti pembelajaran supaya sesuai dengan semua
kepercayaan, nilai dan agama bagi memupuk persefahaman dalam
kalangan mereka.Kesan kepelbagaian sosio budaya dalam bilik darjah
banyak memberikan cabaran kepada guru dalam memastikan objektif
pembelajaran mereka tercapai khususnya bagi murid-murid dari etnik
semai. Justeru, cadangan pertama yang boleh dilakukan ialah guru
hendaklah bertanggungjawab untuk membina persefahaman di antara
setiap murid dari etnik semai dengan murid yang berlainan latar
belakang dan berbeza etnik serta budayanya. Sebagai contoh, apabila
murid-murid terdedah dengan budaya sosial di sekolah, guru perlu
menghalang mana-mana aktiviti yang dilihat negatif seperti
pergaduhan antara kaum, mengejek dan menghina di antara satu sama
lain. Satu strategi p&p menggunakan Kaedah pembelajaran
koperatif. Me lalui struktur pembelajaran koperatif, pelajar dalam
kumpulan heterogenous dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman,
belajar bersama, saling membantu dan berinteraksi untuk memastikan
pencapaian kumpulan. Pelajar yang mempunyai pelbagai latar
belakang, etnik, taraf sosial dan pencapaian dapat saling belajar
dan mengenali budaya secara tidak langsung. Kesedaran budaya
kumpulan etnik yang berbeza dapat mengeratkan hubungan dan
mewujudkan kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat
majmuk.Kaedah P&P seperti kaedah sumbang saran iaitu
pembelajaran konstruktivisme yang mementingkan pembelajaran yang
aktif.Pelaksanaan pembelajaran aktif dengan membahagikan pelajar
kepada kumpulan kecil dan pelajar boleh berinteraksi serta belajar
secara harmoni dengan perkongsian idea atau maklumat. Mengikut
Orlich (2007) kaedah sumbang saran merupakan satu teknik pembinaan
kemahiran yang mudah dan berkesan dalam memperoleh pembelajaran yan
diingini.Setiap ahli digalakkan untuk memberikan untuk memberikan
idea dan idea itu akan di kaji dengan teliti. Sumbang saran
bertujuan melatih pelajar mengemukakan idea atau pandangan yang
bernas.Guru juga dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk
mengemukakan pendapat di hadapan pelajar lain dan memupuk semangat
berkongsi idea serta menerima pendapat orang lain. Ianya juga dapat
memupuk sifat-sifat sosial seperti kerjasama, bantu-membantu dana
menghormati pandangan oran lain. Ianya juga dapat menggalakkan
perkembangan mental pelajar.Teknik atau kaedah bercerita juga boleh
digunakan untuk mencernakan daya kreativiti pelajar.Teknik ini
bertujuan untuk dapat mencernakan daya kreativiti pelajar serta
imaginasi selain melatih pelajar berkomunikasi dengan berkesan.
Pelajar dilatih untk mengenali masyarakat sekitar dan kehidupan
berdasarkan cerita yan di dengar. Pelajar dapat memperluaskan
pengalaman dan enetahuan dalam pelbagai bidang.Mengikut Gauthier
(2001)Kaedah perbincangan merupakan satu proses aktif yang
melibatkan guru dan pelajar dalam persekitaran pembelajaran. Dengan
perbincangan pelajar dapat berinteraksi secara bermakna pelbagai
pertukaran idea dengan pelajar. Walaupun terdapat pelbagai etnik
dalam kelas , dengan kaedah ini ianya boleh meningkatkan kemahiran
pertuturan dan pemikiran pelajar.
4.2 Murid
Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses
pembelajaran (Rosli Abd. Rahman, 1997). Melalui interaksi,
muridetniksemaiini dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman
dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran
berkomunikasi mempunyai peluang lebih baik untuk menyesuaikan
dirinya dengan persekitarannya.Murid adalah pelanggan bagi setiap
guru di dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali
aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik
darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan
terbaik yang melampaui tingkah laku manusia. Kerap kali terdapat
perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain.
Factor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam
pengurusan bilik darjah dan adalah penting kepada guru untuk
memahami tingkah laku dan budaya murid supaya sebarang tindakan
dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.Antara perkara
yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkah laku murid ialah
menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan
yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan
pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti
pembelajaran.Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus
dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya
menyemai semangat saling percaya dan mempercayai. Proses
sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah
dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat
dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan
dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang
toleren kea rah memacu pembangunan Negara.Penggunaan bahasa yang
standard harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur dialek mengikut
mengikut hendaklah diabaikan. Murid-murid diingatkan untuk sentiasa
berinteraksi dengan menggunakan bahasa standard. Penggunaan laras
bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang
sesuai.Aktiviti bercorak peningkatan bahasa perlu disertai supaya
tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Murid juga
digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan
jantina.Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui
pendekatan penyayang oleh guru. Bercakap denga bahasa yang lembut
dan bersopan,meniru dan membetulkan kesilapan dengan cara yang
berrthemah.Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan yang penting
kea rah pembentukan budaya penyayang. Komunikasi berkesan dapat
dijelmakan melalui cara bertutur, penggunaan bahasa badan,
penulisan, juga melalui penggunanaan alat-alat tetentu seperti
computer, telefon dan sebagainya.Murid mudah menerima motivasi yang
disampaikan secara berhemah dan berhikmah. Gurumesti menggunakan
komunikasi berkesan untuk menghasilkan motivasi berkesan.Murid
biasanya akan terpengaruh dengan dengan tindakan guru yang
menunjukkan teladan sebagai seorang professional. Guru perlu
mengadakan program-program yang berrtujuan untuk membangunkan
murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan
segala tingkah laku negative.Murid biasanya suka budaya belajar
yang ceria, menyoronokkan,meningkatkan kecerdasan mental,kreatif
dan inovatif serta bermatlamat. Guru diperlukan
untukmembentukbudaya bilik darjah yang dinamik,mementingkan aspek
nilai-nilaimurni,hubungan yang mesra sesame murid dan guru.Murid
sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta arakan
sebaya,tahap disiplin yang terklawal melalui tindakan yang berhemah
dan terbsik untuk mengembangkan potensi diri kea rah pembentukan
modal insane yang berkualiti.
4.3 SekolahPada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah
dalam sistema pendidikan negara. Pada peringkat rendah terdapat
SK,SJKC,SJKT. Pada peringkat menengah terdapat SMK harian, Sekolah
Model Khas, Sekolah Berasrama penuh, Sekolah menengah Teknik dan
SMK Agama.Kepelbagaian sosio budaya juga telah mewujudkan sekolah
yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil, Kementerian Pelajaran telah berusaha
untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosio budaya melalui aktiviti
yang dijalankan di sekoilah.Program Integrasi Murid untuk Perpaduan
(RIMUP) adalah salah saatu daripada usaha Kementerian Pelajaran
untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira
kaum.Sekolah wawasan yang ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan
dalamkalangan murid diserkolah yang dahulunya terasing antara satu
sama lain. Kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang
seragam. Apabila murid Melayu,Cina dan India serta kaum lain dapat
berinteraksi sejak peringkat awal lagi, sudah tentu akan lahir satu
generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Penekanan semangat
perpaduan dan intergasi antara kaum sejak kecil iaitu di bangku
sekolah rendah akan lebih memudahkan mereka kerana kanak-kanak
mudah dilentur.
5.0 KESIMPULANEtnik semai adalah salah satu etnik unik dan
menarik. Walaupun asalnya masyarakat peribumi di Malaysia serta
terdapat adat resam dan kepercayaan mereka kepada alam semula jadi.
Masyarakat ini begitu menjaga hubungan baik sesama mereka. Keunikan
masyarakat ini adalah sangat stabil dari segi sosial, ekonomi dan
politiknya. Masyarakat semai adalah masyarakat yang penuh dengan
pantang larang. Sebagai guru kita haruslah prihatin kepada etnik
ini. REFLEKSI Tugasan Budaya dan Pembelajaran ini merupakan satu
cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya perlu mengambilnya
sebagai pakej opsyen saya iaitu Pengajian sains. Saya telah memilih
etnik Semai sebagai memenuhi tugasan ini. Mengapa saya memilih
etnik Semai? Ini kerana saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut
berkenaan etnik ini. Etnik semai ini sangat unik kerana ia
merupakan masyarakat orang asli atau asal yang terbanyak sekali di
Malaysia. Saya cuba mengupas etnik ini melalui pembacaan daripada
buku, Jurnal artikel, majalah dari bahan maya ataupun sebenar.
Rujukan demi rujukan dibuat bagi mengenal pasti etnik ini kerana
saya begitu berminat untuk mendalami etnik ini.Saya juga pernah ke
sebuah sekolah semasa saya mengikuti Program Kepengetuaan anjuran
Institut Aminuddin Baki di Genting Highlands sekitar tahun
2008/2009. Semasa program penanda aras itu saya dapat mendekati
etnik ini yang terdapat di sebuah sekolah di negeri Pahang. Saya
teruja melihat mereka yang ke sekolah bersama kaum lain yang
terdapat di sekolah tersebut. Walaupun mereka diasingkan di dalam
satu kelas tetapi sekiranya mereka dapat mengikut P&P dengan
baik mereka akan di tempatkan bersama rakan-rakan lain.Kehidupan
etnik ini unik. Terdapat sukatan mata pelajaran yang telah di
keluarkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum sebagai mata
pelajaran yang di ajar di sekolah yang majoritinya etnik ini.
Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan
tugasan ini, antaranya agak sukar untuk mencari bahan yang
berkaitan etnik ini. Tetapi saya bersyukur dapat juga menyiapkan
tugasan ini.
Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru
mengenai mata pelajaran ini. Ia menjadikan saya seorang yang teliti
dan mempunyai sikap menyelidik dengan mendapat pelbagai sumber
untuk menyelidik etnik semai ini. Sikap ini akan saya terapkan
kepada murid saya sekarang ini.
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLISAINS 1PPG.
BIBLIOGRAFIBahagian Penyelidikan dan Perancangan, Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli Malaysia (2003). Data Maklumat Asas Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli Malaysia.Kementerian KemajuanLuar Bandar dan
Wilayah.Mohd. Rizal bin Yaakub (1994). Tarian Sewang Masyarakat
Asli Semai, Kuala Lipis, Pahang. Kertas Projek. Universiti
Kebangsaan Malaysia.Juli Edo (1990). Tradisi Lisan Semai. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mazarul Hasan Mohamad Hanapi
(2002). Analisis Lagu Etnik Kreatif Dari Sudut Morfologi. Latihan
Ilmiah. Universiti Malaya.Norlati A Rashid, PY Boon, Syarifah
Fakhiyah Syed Ahmad (2009). Siri Pendidikan Guru, Murid dan Alam
Belajar. Oxford Fajar Bhd. Kuala Lumpur.Norlati A Rashid, PY Boon,
Syarifah Fakhiyah Syed Ahmad , Zuraidah A. Majid (2011). Siri
Pendidikan Guru, Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Bhd. Kuala
Lumpur.Azhar Mad Aros. 2000. TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar BaktiDentan R.K.(Tesis Ph.D.) 1965.
Some Senoi Dietary Restrictions: A study of Food Behaviuor in a
Malaysian Hill Tribe. Universiti Yale.Dentan, R.K. 1979. The Semai:
A nonviolent people of Malaya. New York: Holt, Rinehart
andWinston.Evans, I.N.H. 1924. Among Primitive Peoples in Borneo,
London. Hood salleh, Kamaruddin M. Said dan Awang Hasmadi Mois
(eds). 1993. Mereka yang Terpinggir. Jabatan Antropologi dan
Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Intan.1991.MalaysiaKita,KualaLumpur
Juli Edo. 1990. Tradisi Lisan Masyarakat Semai. Monograf No.16.
Fakulti Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia
JurnalJuli Edo (Tesis Sarjana Falsafah). 1988. Agama dan
Perubatan Masyarakat Semai. Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia.Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. 2000. Nong Pai (Haluan
Baru). Bahagian Penyelidikan dan Penerangan, JHEOA.Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli. 2001. Nong Pai (Haluan Baru). Bahagian
Penyelidikan dan Penerangan, JHEOA.Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.
2002. Orang Asli Berjaya. Bahagian Penyelidikan dan Penerangan,
JHEOA.Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. 2003. Orang Asli Berjaya Edisi
II. Bahagian Penyelidikan dan Penerangan, JHEOA
Internethttp://repo.uum.edu.my/1874/1/37.pdfhttp://orangaslimalaya.blogspot.com/2012/03/v-behaviorurldefaultvmlo.htmlPosted
by haifa_hadriah at 10:24
AMhttp://jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20-%20KAJIAN%20SEWANG.pdfdieksespada
11/3/1012
44