EDU : Budaya & Pembelajaran Etnik Melayu di Johor Oleh Siti Aisyah binti Sai’on PISMP 5G (2015)
EDU : Budaya & PembelajaranEtnik Melayu di Johor
Oleh Siti Aisyah binti Sai’onPISMP 5G (2015)
Isi Kandungan
Asal usul
Kepercayaan dan pantang larang Makanan Tradisional
Pakaian Tradisional
Adat perkahwinan
Adat Kematian
Adat Bersalin
Adat Istiadat bagi Kanak-kanak
Asal usul
Peta Johor
ASAL USUL
• Johor mempunyai lapan daerah. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar diikuti dengan Cina dan India
• Teori menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.
• Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi
• Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka duduk kawasan yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara.
• Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman.
• Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.
Baju Melayu Teluk Belanga
Baju Melayu diraja Johor
PAKAIAN TRADISIONAL
Baju kurung
Baju Melayu Teluk Belanga• Baju Melayu ini tidak mempunyai kolar dan
hanya mempunyai butang. • Rekaan baju Melayu Teluk Belanga juga sama
seperti baju Melayu yang lain.Baju Melayu diraja Johor• Hanya baju Melayu Teluk Belanga yang dipakai
manakala seluar ‘slack’ hitam digunakan.• Sampin akan dipakai bersama songkok
MAKANAN TRADISIONAL
MAKANAN TRADISIONAL
Makanan yang berasal dari Johor. Ianya berbeza dari laksa penang kerana
menggunakan santan kelapa untuk kuahnya.
Laksa Johor
Masakan yang berasal dari negeri Johor Perkataan ‘bandung’ tidak berasal dari Bandung, Indonesia tetapi membawa maksud pelbagai bahan-bahan yang
disatukan dari pelbagai rencah.
Mee Bandung
Telur Pindang
Telur pindang ini adalah telur ayam yang di rebus selama beberapa jam
bersama-sama rempah dan daun-daun.
Makanan terkenal yang terkandung mi yang di celur dan di
hidangkan bersama kuahnya tersendiri, telur rebus dan bahan
sampingan.
Mee Rebus
Otak-otak
Makanan ini dimasak dengan memanggangnya. Ia
diperbuat daripada ikan.
• Pada zaman dahulu kepercayaan dan pantang larang amat dititikberatkan kepada kehidupan seharian.
• Hal ini kerana masyarakat Melayu ketika itu mementingkan pembentukan peribadi & sahsiah anak muda.
• Pengaruh kepercayaan yang terlalu kuat ini adakalanya membawa kepada penyamaan kepercayaan roh atau semangat.
• Tangkal dan pembawakan saka ini adalah antara amalan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat ketika itu.
• Namun begitu, apabila unsur Islam semakin disebarkan, akhirnya kepercayaan syirik semakin terhapus.
KEPERCAYAAN DAN PANTANG LARANG
• Kaum Melayu mempunyai agama Islam sebagai pegangan hidup.
• Mereka akan merayakan dua hari kebesaran iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban.
• Saling memberi buah tangan kepada jiran-jiran sebelum hari perayaan.
• Kaum Melayu mengamalkan amalan kunjung-mengunjungi bagi mengeratkan tali saudara
PERAYAAN
• Setelah selesai makan, kami akan bermarhaban beramai-ramai untuk mendapat keberkatan.
• Memberi duit raya kepada anak-anak kecil serta mereka yang masih belajar.
• Ia juga akan dianggap sebagai sedekah.
• Pada zaman dahulu, Ibu bapa kepada anak lelaki dan anak perempuan akan mencari jodoh yang bersesuaian dengan anak mereka.
• Anak dara akan dikawal ketat supaya mereka akan terhindar dengan perbuatan terkutuk.
• Ibu kepada anak lelaki akan mula mencari jodoh dan mendapatkan maklumat tentang si dara supaya ibu bapa dapat membuat keputusan untuk meneruskan hasrat
• Pada masa kini, lelaki dan perempuan boleh berkawan terlebih dahulu sebelum meneruskan hasrat untuk berkahwin
ADAT PERKAHWINAN
Adat merisik• Merisik : pertemuan antara keluarga teruna dan dara.• Cara ini dianggap sebagai mengkaji kedudukan si dara
sama ada sudah dipinang atau belum serta meninjau keadaan keluarga si dara.
• Keluarga si dara dan si teruna akan berbincang semasa sendiri mengenai latar belakang mereka dan jika bersetuju mereka akan berbincang ke arah yang lebih ke depan.
• Sebentuk cincin belah rotan dibawa oleh keluarga si teruna sebagai tanda mereka ingin merisik si dara.
• Jika diterima, si dara akan memakainya sebagai tanda setuju.
• Kebiasaanya, ibu bapa dan adik beradik sahaja yang berada pada majlis merisik ini
Adat Merisik Tepak sirih
Adat bertunang • Apabila pihak perempuan bersetuju mengenai hasrat
lelaki, maka majlis pertunangan mula diadakan supaya saudara mara terdekat mengetahui akan berita ini.
• Kedua-dua pihak akan menyediakan barang hantaran dan jumlah barang hantaran perlu ganjil iaitu 3-5, 5-7, 7-9.
• Barang hantaran pihak perempuan perlu lebih banyak berbanding pihak lelaki kerana lelaki akan lebih berbelanja besar dalam menyediakan wang hantaran & dianggap bonus apabila mendapat lebih barang hantaran.
• Wang hantaran juga akan disediakan di dalam majlis itu sebagai wang belanja. Adakalanya wang itu akan diberikan kepada orang tua sebagai gantian menjaga anak perempuan itu.
• Tepak sirih atau sirih junjung akan dibawa terlebih dahulu apabila memasuki rumah pihak perempuan sebagai kepala bagi barang hantaran.
• Kebiasaanya wakil keluarga perempuan & lelaki akan memulakan pantun sebagai pembuka acara.
• Setelah selesai perbincangan antara dua pihak, ibu pihak lelaki akan menyarungkan cincin di jari manis si gadis sambil mengucapkan kata-kata restu.
Akad nikah• Pernikahan biasanya diadakan di rumah
pengantin perempuan atau di surau.• Pengantin lelaki akan melafazkan akad nikah
dengan mewalikan bapa pengantin perempuan atau hakim.
• Akad nikah ini adalah mengikut hukum syarak
Majlis persandingan • Kebiasaanya hari sebelum majlis persandingan akan
diadakan gotong royong untuk menyiapkan persiapan untuk majlis persandingan.
• Antaranya ialah : menyiapkan pelamun, mendirikan khemah, memasak secara beramai-ramai dan persiapan rumah.
• Aktiviti ini akan dipanggil ‘rewang’• Di Johor, apabila pengantin lelaki bertandang ke
rumah pengantin perempuan perlu melalui ‘tol’ untuk masuk ke dalam rumah.
• Ia diadakan sebagai aktiviti untuk memeriahkan majlis dan mengeratkan hubungan antara dua keluarga
• Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang yang bermaksud larangan.
• Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari.
ADAT BERSALIN
• Selepas bayi dilahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit.
• Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api sehinggal tali pusat itu tanggal sendiri
• Keluarga si bayi akan mengadakan kenduri secara kecil di surau sebagai tanda kesyukuran
• Apabila bayi sudah tanggal pusat, akan membuat bubur merah bubur putih.
• Ibu akan membuat urutan 3 hari berturut-turut dan melakukan lilitan bengkung serta bertungku.
• Orang yang bertandang untuk melawat ibu dan bayi akan menyelitkan duit ke dalam baju bayi atau bawah bantal.
Adat bercukur jambul• Amalan ini adalah amalan gunting rambut buat kali
pertama bagi bayi yang baru dilahirkan.• Ia upacara yang penting untuk bersama-sama
berkumpul menyambut ahli baharu dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan
• Sebelum mengadakan upacara cukur jambul, sekumpula orang lelaki atau perempuan yang berusia akan membaca berzanji atau membaca al-Quran beramai-ramai.
• Ia bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan bayi
ADAT ISTIADAT BAGI KANAK-KANAK
• Ibu atau bapa akan mendukung bayi dengan mengelilingi setiap orang sementara itu kumpulan ini akan marhaban.
• Setiap orang akan menggunting beberapa helai rambut dan dimasukkan kedalam mangkuk berisi air.
• Akan ada orang yang mengiringi ibu atau bapa si bayi dengan membawa dulang. Dulang ini akan berisi gunting dan tempurung kepala muda berisi air, daun kunyit, bunga rampai dan madu atau kurma.
• Ada sesetengah keluarga akan menimbang rambut bayi yang dicukur dan berat tersebut akan ditukarkan kepada emas mengikut berat rambut.
Adat berkhatan • Adat berkhatan ini akan dijalankan ke atas kanak-
kanak lelaki berusia antara 7 hingga 12 tahun.• Bagi kaedah tradisional, sekumpulan kanak-
kanak yang akan dikhatan berendam di dalam sungai dalam beberapa jam.
• Kemudian, mereka akan diarak dengan meriah untuk ke tempat berkhatan.
• Malah, jika ada acara berkhatam al-Quran, mereka akan bersila dan membaca al-Quran sambil diperhatikan oleh jemputan lain.
• Setelah selesai, kanak-kanak itu akan didudukan di atas batang pisang dan Tok Mudin.
• Bapa atau saudara lelaki akan membantu untuk menenangkan kanak-kanak itu.
• Pada masa kini, rawatan secara moden telah digunakan. Doktor pakar mula digunakan supaya kanak-kanak akan kurang berasa sakit dan taku untuk berkhatan.
• Masyarakat Melayu telah mengamalkan ajaran Islam iaitu memandikan, menyembahyangkan, mengkafankan dan mengebumikan.
• Apabila selesai upacara pengebumian, keluarga si mati akan mengadakan kenduri 3 malam berturut-turut dan hari ke 40 akan mengadakan kenduri.
• Menyedekahkan barang si mati kepada yang lebih memerlukan untuk memanjangkan sedekah si mati.
ADAT KEMATIAN