8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
1/24
IBDP3073
ETIKA KERJA ISLAM
TAJUK:
ETIKA PEMAKAIAN DAN AURAT ATLET SUKAN: ISU DAN SOLUSI
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ AHMAD FAQIH BIN IBRAHIM
DISEDIAKAN OLEH
IRFAN ASYRAF BIN JAMALUDDIN 13BI05029
MOHAMMAD ZAHIRUL NUKMAN BIN MOHD NARAKNA 13BI05030
AFIQ AIMAN BIN ABDUL HALIM 13BI05022
SARJANA MUDA DAKWAH DENGAN PENGURUSAN SUMBER INSAN
SEMESTER 5, SESI 1 - 2015/2016
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
2/24
DAFTAR ISI
ABSTRAK 3
TOPIK 1: LATAR BELAKANG 4
TOPIK 2: DEFINISI TAJUK 5
1.1 Etika Islam 5
1.2 Aurat 5
1.3 Atlet Sukan 6
TOPIK 3: OBJEKTIF 7
TOPIK 4: METODE KAJIAN 8
TOPIK 5: PENEMUAN HASIL KAJIAN 9
5.1 Konsep Aurat 9
5.2 Isu-isu Sekitar Permasalahan Aurat dalam Kalangan Atlet 13
5.3 Solusi dalam menangani permasalahan aurat dalam golongan atlet 15
KESIMPULAN 17
RUJUKAN 18
LAMPIRAN 20
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
3/24
ETIKA PEMAKAIAN DAN AURAT ATLET SUKAN: ISU DAN SOLUSI
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenal pasti amalan menutup aurat dalam kalangan atlet
negara serta memberikan pendedahan, pengetahuan dan kesedaran kepada
masyarakat Islam khususnya atlet sukan negara dalam pensyariatan penjagaan aurat.
Metode pengumpulan data, kajian perpustakaan dan wawancara telah digunakan
dalam kajian ini. Kajian dilakukan adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan dan
pemahaman atlet sukan negara terhadap kewajipan menutup aurat dan mengetahui
kedudukan aurat dai perspektif Islam. Konklusinya dapatan kajian menunjukkan
bahawa responden dan indiidu-individu yang bergiat aktif dalam bidang sukan
mengetahui konsep, kewajipan serta tujuan menutup aurat namun culas dari segi
pengamalannya. Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi, kami telah
mengemukakan beberapa cadangan bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab
dapat mengaplikasikan pensyariatan penjagaan aurat dalam bidang yang mereka
ceburi.
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
4/24
TOPIK 1: LATAR BELAKANG
Islam adalah agama universal yang mencakupi segala aspek kehidupan termasuk
sukan. Islam tidak melarang penganutnya dari menjadikan bidang sukan sebagai hobi
mengisi masa lapang mahupun sebagai kerjaya demi memenuhi tuntutan negara.
Rasulullah s.a.w sendiri menggalakkan umatnya untuk menceburi bidang sukan
sebagaimana hadith Baginda s.a.w1.
“Segala sesuatu yang tidak mengandung dzikirullah padanya maka itu adalah kesia-
siaan dan main-main kecuali empat perkara: iaitu senda gurau suami dengan
isterinya, melatih kuda, berlatih memanah, dan mengajarkan renang.”
Di samping itu, tubuh badan adalah amanah Allah s.w.t yang wajib dipelihara dari
sebarang perbuatan yang merosakkan diri sendiri serta mengundang kemurkaan
Allah s.w.t. Namun begitu, terdapat ramai dalam kalangan Muslim yang
beranggapan tubuh badan mereka adalah hak peribadi masing-masing sehingga bebas
untuk melakukan apa sahaja tanpa memikirkan halal dan haram dalam Islam. Begitu
juga yang terjadi dalam kalangan atlet negara dewasa ini, kewajipan menutup aurat
hanya dipandang sepi semata-mata demi meraih kebanggaan dan kemasyhuran di
dunia.
Perlu dipertegaskan adalah bahawasanya tuntutan memelihara aurat tidak tergugur
kepada atlet-atlet sukan negara yang berjuang mengharumkan nama negara.
Kewajipan menutup aurat ini adalah tetap terpakai kepada atlet-atlet sukan negara
sama seperti individu-individu muslim yang lain. Sebagai sebuah agama yang
syumul dan menepati fitrah hidup manusia, Islam bertindak memelihara kesucian dan
maruah penganutnya agar tidak kelihatan sama seperti penganut agama-agama lain
yang hidup dalam keadaan kebebasan tanpa sempadan sehingga hilang rasa malu dan
segan dalam diri.
1 Hadith riwayat al-Nasaie no.8890. Al-Albani menyatakan bahwa hadith itu sahih (Shahih al-Jami'
ash-Shaghir no.4534)
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
5/24
TOPIK 2: DEFINISI TAJUK
1.1 Etika Islam
Kamus Dewan edisi keempat, Etika bermaksud prinsip moral atau akhlak atau nilai-
nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan2.
Manakala, Islam pula didefinisikan dengan agama yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad s.a.w3.
Oleh itu, Etika Islam merupakan satu ilmu atau prinsip yang mengajar tentang
perlakuan yang bermoral berdasarkan ajaran Allah s.w.t dan Rasul-Nya Muhammad
s.a.w4. Etika Islam ini sangat bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia dan juga
akal pemikiran yang waras.
1.2 Aurat
Perkataan aurat berasal dari kalimah dalam bahasa arab yang berbunyi ‘aar’ yang
bermaksud sesuatu yang dikeji, aib dan dicela yang patut disembunyikan, sama ada
ia berbentuk perbuatan, sifat atau perkataan5. Perkataan aurat juga diguna pakai ke
dalam Bahasa Melayu yang membawa maksud bahagian tubuh yang tidak boleh
kelihatan atau wajib ditutup6. Maksud dari segi bahasa ini jelas menyatakan bahawa
aurat ini perlu ditutup dan dipelihara.
Menurut Mahmud Muhammad, aurat dari segi istilah adalah sesuatu yang tidak
dibenarkan kepada perempuan memperlihatkannya di hadapan lelaki ajnabi dan
begitu juga sebaliknya7.
2 Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2015. Kamus Dewan Edisi Keempat . Kuala Lumpur: Sinaran Bros Sdn
Bhd. Hlm 401.3 Ibid. Hlm 590.4 Wan Aminurrashid, Drs. 2002. Etiket Islam, Panduan Sopan Santun. Pahang: PTS Publications &
Distributor Sdn Bhd. Hlm 1.5 Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin. 2004. Aurat: Kod Pakaian Islam. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd. Hlm 2.6 Dewan Bahasa Dan Pustaka. Op. Cit. Hlm 90.7 Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin. Op. Cit . Hlm 3.
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
6/24
Dengan itu, kesepakatan ulama’ telah memutuskan hukum menutup aurat yang
merupakan suatu kewajipan ke atas individu Muslim8. Kewajipan ini tidaklah terhad
hanya menutup sebahagian anggota sahaja, malahn ianya merangkumi perhiasan-
perhiasan dalaman, fesyen-fesyen tertentu, suara wanita dan juga perkara-perkara
yang lain.
1.3 Atlet Sukan
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, atlet ialah orang yang giat dalam lapangan
sukan. Ia berasal dari perkataan Greek, athlos yang bermaksud peraduan atau
pertandingan9.
8 Ibid. 9 Kerajaan Malaysia. 2010. Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan Dan Padang (Olahraga)
Di Sekolah. Putrajaya : Kementerian Sukan Malaysia. Hlm. 1
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
7/24
TOPIK 3: OBJEKTIF
1. Mengenalpasti konsep aurat dari perspektif syarak
2.
Mengenalpasti isu-isu yang berhubungkait dengan permasalahan aurat dalam
kalangan atlet sukan
3. Mengenalpasti solusi yang perlu diambil dalam menangani permasalahan
aurat dalam golongan atlet
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
8/24
TOPIK 4: METODE KAJIAN
Kajian kualitatif ini menggunakan rekabentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan ini
menggunakan makanisme rujukan buku, akhbar dan laman sesawang dan juga
temubual.
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
9/24
TOPIK 5: PENEMUAN HASIL KAJIAN
5.1 Konsep Aurat
5.1.1 Aurat
Perkataan aurat berasal dari kalimah dalam bahasa arab yang berbunyi ‘aar’ yang
bermaksud sesuatu yang dikeji, aib dan dicela yang patut disembunyikan, sama ada
ia berbentuk perbuatan, sifat atau perkataan10. Perkataan aurat juga diguna pakai ke
dalam Bahasa Melayu yang membawa maksud bahagian tubuh yang tidak boleh
kelihatan atau wajib ditutup11. Maksud dari segi bahasa ini jelas menyatakan bahawa
aurat ini perlu ditutup dan dipelihara.
Menurut Mahmud Muhammad, aurat dari segi istilah adalah sesuatu yang tidak
dibenarkan kepada perempuan memperlihatkannya di hadapan lelaki ajnabi dan
begitu juga sebaliknya12.
Dengan itu, kesepakatan ulama’ telah memutuskan hukum menutup aurat yang
merupakan suatu kewajipan ke atas individu Muslim13. Kewajipan ini tidaklah terhad
hanya menutup sebahagian anggota sahaja, malahn ianya merangkumi perhiasan-
perhiasan dalaman, fesyen-fesyen tertentu, suara wanita dan juga perkara-perkara
yang lain.
5.1.2 Kewajipan Menutup Aurat
Jumhur ulamak telah bersepakat bahawa hukum menutup aurat adalah wajib14.
Pendapat ini diambil berdasarkan firman Allah s.w.t15:
10 Ibid . Hlm 2.11 Dewan Bahasa Dan Pustaka. Op. Cit. Hlm 90.12 Shofian Ahmad, Lotfiah Zainol Abidin. Op. Cit. Hlm 3.
13 Ibid. Hlm. 314 Ibid. Hlm. 415 Al-A’raf, 7: 31
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
10/24
Maksudnya:
“Wahai anak -anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap
kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta
minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan
orang-orang yang melampaui batas.”
Ayat ini menunjukkan perintah Allah s.w.t kepada manusia untuk menutup aurat dan
tidak juga berlebih-lebihan dalam berhias.
5.1.3 Batas Aurat Lelaki dan Wanita
Sepertimana yang sedia maklum, aurat antara lelaki dan wanita adalah berbeza. Ia
adalah kerana bentuk tubuh badan yang berbeza yang boleh mengundang kepada
ketelitian yang melihat yang boleh mengundang kepada ketidakstabilan syahwat16.
Ulamak telah bersepakat bahawa aurat bagi wanita itu adalah seluruh anggotanya
kecuali muka dan kedua telapak tangan17. Batas aurat wanita juga tertakluk kepada
siapa wanita itu berhadapan18.
Menurut mazhab Shafie, Hanafi dan Maliki, aurat bagi wanita adalah keseluruhan
anggotanya kecuali muka dan telapak tangannya. Sebahagian besar daripadanya juga
menyatakan kedua tapak kaki juga bukanlah aurat bagi wanita19. Sabda Rasulullah
s.a.w yang bermaksud20:
“Daripada Aisyah menayatakan bahawa Asma’ binti Abu Bakar masuk ke rumah
Rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang dipis. Lalu Rasulullah s.a.w
menegur perbuatannya lalu bersabda: “Wahai Asma’ , sesungguhnya seorang wanita
16 Ma’rifa Muhaimin. Aurat Dalam Perspektif Ulama Mazhab Dan Relavansinya Dengan Masa Kini.
Tesis Sarjana. Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah. 2008. Hlm 15.17 Ma’rifa Muhaimin. Ibid. Hlm 16.
18 Ma’rifa Muhaimin. Ibid. Hlm 16.19 Ma’rifa Muhaimin. Ibid . Hlm 17.20 Hadith Riwayat Abu Daud, daripada Aisyah r.ha.
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
11/24
itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya
kecuali ini dan ini”. Lalu baginda menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
Manakala, mazhab Hambali meletakkan aurat wanita adalah keseluruhan anggotanya
kecuali di dalam solat dan beberapa keadaan yang memerlukan. Tetapi ada
sebahagiannya mewajibkan menutup seluruh anggotanya termasuk di dalam solat21.
Walau bagaimanapun, aurat wanita adalah berbeza apabila mereka berhadapan
dengan golongan yang berbeza. Menurut Yusuf al-Qardhawi, wanita boleh
menampakkan tempat perhiasan batinnya seperti leher, telinga, rambut, tangan, betis,
dan juga rambut di hadapan mahramnya22. Firman Allah s.w.t23:
21 Ma’rifa Muhaimin. Ibid. Hlm 17.22 Ma’rifa Muhaimin. Ibid. Hlm 20.23 Al-Nur, 24: 31
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
12/24
Maksudnya:
“ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan
leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau
bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau
saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum
mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya
kamu berjaya.”
Ayat ini jelas menyatakan tentang golongan yang dikecualikan terhadap wanita
untuk memperlihatkan perhiasan batinnya.
Manakala aurat lelaki sepertimana yang telah disepakati ulamak adalah terdapat di
antara pusat hingga ke lutut24. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan
dari sudut pandangan ulamak mazhab terhadap batasan pusat dan lutut yang terdapat
dalam batasan aurat lelaki.
Menurut pandangan Imam al-Shafie, Hanafi dan Maliki bahawa aurat lelaki adalah
antara pusat dan lutut. Pandangan ini adalah berbeza dengan situasi orang yang
melihatnya. Tetapi, Imam al-Shafie berpendapat bahawa memperlihatkan pusat dan
lutu adalah haram secara mutlak 25. Adalah menjadi kewajipan untuk menutup pusat
dan lutut kerana kaedah fiqh menyatakan:
و جا
ف
ه
بج ل متي
24 Ma’rifa Muhaimin. Ibid. Hlm 27.25 Ma’rifa Muhaimin. Ibid. Hlm 28.
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
13/24
Maksudnya:
“Tidak sempurna suatu yang wajib itu, melainkan dengannya itu adalah wajib.”
Maka dengan itu, menutup lutut dan pusat menurut mazhab Shafie adalah wajib dan
membukanya adalah haram sekiranya berhadapan dengan golongan yang bukan
muhrim.
5.2 Isu-isu Sekitar Permasalahan Aurat dalam Kalangan Atlet
Beberapa isu atau permasalahan timbul berkaitan konsep aurat dalam kalangan atlet.
Dalam subtopik ini, disertakan beberapa isu yang menjadi topik hangat di dada
akhbar.
Isu 1: Pemakaian Atlet Gimnastik Artistik Malaysia, Farah Ann Abdul Hadi.
Isu berkaitan atlet gimnastik artistik Negara, Farah Ann Abdul Hadi bermula apabila
sebuah stesen televisyen swasta tempatan memuat naik gambar yang dikatakan
menjolok mata di laman Faceook rasmi milik mereka, selepas beliau memenangi
pingat emas ketiga skuad gimnastik melalui kategori rutin lantai di kejohanan Sukan
SEA 2015 yang bertempat di Singapura.
Isu ini menjadi hangat kerana mendapat respon dan kritikan daripada pengguna
laman sosial, dan tidak terkecuali maklum balas daripada beberapa tokoh tempatan.
Antara tokoh yang memberi maklum balas sama ada mengkritik atau menyokong
atlet tersebut adalah Y.B. Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar, Menteri Belia dan
Sukan Malaysia26; Sahib as-Samahah Tan Sri Dr. Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan
Negeri Perak 27; Dr. Fathul Bari Mat Jahaya, Exco Pergerakan Pemuda UMNO
26 T K Letchumy Tamboo (2015) Biarlah Tuhan sahaja yang menghakimi Farah Ann - Khairy
Jamaluddin. Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/biarlah-
tuhan-sahaja-yang-menghakimi-farah-ann-khairy-jamaluddin-62364
27 Wan Syamsul Amly (2015) Isu Farah Ann: 'Gimnastik bukan untuk wanita Islam' - Mufti Perak .Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-farah-ann-
gimnastik-bukan-untuk-wanita-islam-mufti-perak-62368
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
14/24
Malaysia28; Prof. Madya Dr Mariani Mohd Nor, Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi
Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya29; dan Ustazah Wan
Hasrina Wan Hassan, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia30.
Secara rumusannya, isu berkaitan atlet Farah Ann Abdul Hadi ini berkait secara
langsung dengan etika pemakaian seseorang gimnas yang langsung tidak menepati
kehendak syarak.
Isu 2: Pemakaian Atlet Pasukan Bola Keranjang Wanita Qatar.
Isu berkenaan pasukan bola keranjang wanita dari negara Qatar bermula apabila
Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) melarang pemakaian hijab dalam
sukan tersebut31.
Akhrnya, pasukan bola keranjang wanita Qatar menarik diri daripada kejohanan di
Sukan Asia tersebut pada saat-saat terakhir gara-gara peraturan yang melarang
mereka memakai hijab ketika beraksi di gelanggang.
Hal ini mendapat respon hebat daripada Majlis Olimpik Asia32 yang merasakan ianya
suatu yang tidak masuk akal kerana hijab sudah diterima dalam acara sukan yang lain
seperti bola sepak, bola tampar, olahraga dan acara padang.
Selain itu, Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia33 juga turut memberi maklum balas
dalam isu ini dengan menuntut agar FIBA menghentikan diskriminasi terhadap atlet
wanita berhijab yang jelas bercanggah dengan semangat Olimpik.
28 Wan Syamsul Amly (2015) Isu Farah Ann: 'Ahli politik dan artis pun kena tutup aurat' - Dr Fathul .
Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari http://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-farah-ann-ahli-
politik-dan-artis-pun-kena-tutup-aurat-dr-fathul-6258529 Wan Syamsul Amly (2015) 'Bising hanya pada Farah Ann, diam bila tengok drama peluk-peluk' -
Dr Mariani Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bising-
hanya-pada-farah-ann-diam-bila-tengok-drama-peluk-peluk-dr-mariani-6235030 Wan Hasrina bt Wan Hassan (2015) Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia Terhadap
Isu Pemakaian Ahli Sukan Negara. Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari http://www.pas.org.my/berita-
kenyataan-dmpp/5099-kenyataan-media-dewan-muslimat-pas-malaysia-terhadap-isu-pemakaian-ahli-
sukan-negara31 BH Online (2014) Sukan Asia: Wanita Qatar tarik diri kerana isu hijab. Dicapai pada 5 Ogos 2015,
dari : http://www.bharian.com.my/node/771532 BH Online (2014) Sukan Asia: Pemakaian hijab perlu diterima - Presiden OCA. Dicapai pada 5
Ogos 2015, dari : http://www.bharian.com.my/node/9742
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
15/24
Secara rumusannya, isu berkaitan pasukan Qatar ini berkait secara langsung dengan
prinsip atlet berhijab yang bercanggah etika pemakaian atau garis panduan yang
dikuatkuasakan oleh pihak penganjur.
5.3 Solusi dalam menangani permasalahan aurat dalam golongan atlet
Dalam mendepani isu berkaitan aurat ini, beberapa solusi dilontarkan untuk diambil
tindakan secara bersama oleh pihak yang bertanggungjawab. Antaranya:
5.3.1 Penguatkuasaan Etika Pemakaian Atlet Muslim
Sebuah garus panduan berkaitan etika pemakaian dan panduan bersukan dari sudut
Islam perlu dikuatkuasakan dengan serius. Garis Panduan Bersukan Menurut
Perspektif Islam terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu
dikuatkuasakan, malah dinaik taraf sebagai sebuah akta yang sah dalam
perlembagaan bagi memudahkan ia diaplikasikan dalam segala sektor.
Senada dengan saranan daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia34, kerajaan
Malaysia khususnya Kementerian Belia dan Sukan perlu menyemak kembali etika
pemakaian ahli sukan muslim supaya ia selaras dengan tuntutan syarak.
Ini adalah disebabkan, ramai antara pemain Negara yang boleh sahaja menutup aurat,
namun mereka dalam keadaan serba salah kerana tidak menuju program yang
menarik.
5.3.2 Pengasingan Tempat Acara Wanita dan Lelaki
33 Che Asmah Ibrahim (2014) Kenyataan Media IKRAM – Hentikan Diskriminasi Terhadap Atlet
Berhijab. Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari : http://wanita.ikram.org.my/index.php?option=com
_content&view=article&id=118:kenyataan-media-hentikan-diskriminasi-terhadap-atlet- berhijab&catid=6:berita&Itemid=2434 Wan Hasrina Wan Hassan (2015) op. cit.
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
16/24
Cadangan untuk mengasingkan tempat acara bagi sukan wanita dan lelaki turut perlu
dipandang baik. Ini sekaligus menjamin kehormatan khususnya atlet wanita daripada
menjadi paparan umum.
Cadangan ini melibatkan semua pihak, khususnya pihak penganjur atau organisasi
tertinggi bahagian sukan.
5.3.3 Pengkhususan Acara untuk Muslim dan Non-Muslim
Kerajaan disarankan untuk memberi penetapan khusus berkenaan acara yang hanya
disertai oleh atlet Muslim dan non-Muslim. Ini sekaligus memudahkan cara
berpakaian yang sesuai khususnya kepada atlet wanita. Kerajaan turut perlu
menyedari bahawa tidak semua acara tidak boleh dicampurkan atlet lelaki dan
perempuan. Justeru, ia memerlukan kerajaan adil dalam menentukan keputusan.
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
17/24
KESIMPULAN
Islam hadir dengan beberapa peraturan dan garis-garis panduan tertentu bagi
menghalang manusia bertindak semberono hingga membawa padah kepada diri
sendiri. Antara peraturan dan garis panduan yang dijalankan oleh Islam adalah
kewajipan memelihara aurat dalam segala hal termasuk ketika bersukan. Maka ianya
mesti dipatuhi oleh setiap muslim tanpa sebarang alasan kerana di antara hikmah
kewajipan menutup aurat ini disyariatkan adalah bagi memelihara kehormatan diri.
Sebagai seorang muslim yang dipertanggungjawabkan untuk menggalas amanah
negara, atlet-atlet sukan negara juga perlu bertanggungjawab kepada agama dengan
mentaati syariat Allah s.w.t. Bersukan tidak boleh dijadikan alasan untuk sengaja
mendedahkan aurat di hadapan khalayak ramai.
Justeru, segala isu yang diketengahkan diharapkan dapat dibahaskan di laman ilmiah
yang lain, manakala cadangan solusi dapat dilaksanakan oleh pihak yang berautoriti.
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
18/24
RUJUKAN
1. Al-Quran al-Kariim
2.
Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2015. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala
Lumpur: Sinaran Bros Sdn Bhd.
3. Wan Aminurrashid, Drs. 2002. Etiket Islam, Panduan Sopan Santun. Pahang:
PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.
4. Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin. 2004. Aurat: Kod Pakaian Islam.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
5.
Kerajaan Malaysia. 2010. Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan
Dan Padang (Olahraga) Di Sekolah. Putrajaya: Kementerian Sukan
Malaysia.
6. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2015. Garis Panduan Bersukan Menurut
Perspektif. Kuala Lumpur : JAKIM
7. Ma’rifa Muhaimin. Aurat Dalam Perspektif Ulama Mazhab Dan
Relavansinya Dengan Masa Kini. Tesis Sarjana. Universitas Islam Negeri
Syarif Hidayatullah. 2008. Hlm 15.
8. T K Letchumy Tamboo (2015) Biarlah Tuhan sahaja yang menghakimi
Farah Ann - Khairy Jamaluddin. Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari :
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/biarlah-tuhan-sahaja-yang-
menghakimi-farah-ann-khairy-jamaluddin-62364
9. Wan Syamsul Amly (2015) Isu Farah Ann: 'Gimnastik bukan untuk wanita
Islam' - Mufti Perak. Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari :
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-farah-ann-gimnastik-bukan-
untuk-wanita-islam-mufti-perak-62368
10.
Wan Syamsul Amly (2015) Isu Farah Ann: 'Ahli politik dan artis pun kena
tutup aurat' - Dr Fathul. Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-farah-ann-ahli-politik-dan-
artis-pun-kena-tutup-aurat-dr-fathul-62585
11.
Wan Syamsul Amly (2015) 'Bising hanya pada Farah Ann, diam bila tengok
drama peluk-peluk' - Dr Mariani Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bising-hanya-pada-farah-ann-
diam-bila-tengok-drama-peluk-peluk-dr-mariani-62350
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
19/24
12.
Wan Hasrina Wan Hassan (2015) Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS
Malaysia Terhadap Isu Pemakaian Ahli Sukan Negara. Dicapai pada 5 Ogos
2015, dari http://www.pas.org.my/berita-kenyataan-dmpp/5099-kenyataan-
media-dewan-muslimat-pas-malaysia-terhadap-isu-pemakaian-ahli-sukan-
negara
13. Che Asmah Ibrahim (2014) Kenyataan Media IKRAM – Hentikan
Diskriminasi Terhadap Atlet Berhijab. Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari :
http://wanita.ikram.org.my/index.php?option=com
_content&view=article&id=118:kenyataan-media-hentikan-diskriminasi-
terhadap-atlet-berhijab&catid=6:berita&Itemid=24
14. BH Online (2014) Sukan Asia: Wanita Qatar tarik diri kerana isu hijab.
Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari : http://www.bharian.com.my/node/7715
15. BH Online (2014) Sukan Asia: Pemakaian hijab perlu diterima - Presiden
OCA. Dicapai pada 5 Ogos 2015,dari http://www.bharian.com.my/node/9742
16. Pemain bola sepak tempatan. Temuramah biasa. 20 Julai, 2015
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
20/24
LAMPIRAN
Temubual atas talian antara Irfan Asyraf & salah seorang pemain bola sepak
tempatan.
Soalan:
Apakah saudara mengetahui anggota-anggota aurat bagi lelaki & perempuan?
Jawapan:
Tahu…dari pusat hingga lutut, bagi perempuan pula saya kurang pasti tapi mungkin
seluruh badan kecuali muka dengan tapak tangan.
Soalan:Apakah pandangan saudara mengenai aurat dalam sukan?
Jawapan:
Sebagai seorang Muslim, kita tidak terepas dari garis panduan aurat.. Mahu atau
tidak, suka atau tidak, saya dan atlet-atlet lain perlu ikut kewajipan ini.
Soalan:
Sepanjang saudara bergiat aktif dalam arena sukan Negara, apakah saudara
merasakan kewajipan menutup aurat ini mengganggu prestasi atlet Negara ?
Jawapan:
Bagi saya tidak..(ini) kerana saya sendiri sudah 12 tahun berkecimpung dalam bola
sepak walaupun menutup aurat.. Saya juga melihat rakan sepasukan saya dalam
pasukan Selangor, Bunyamin Omar mampu mengekalkan pretasi terbaik walaupun
menutup aurat sampai pernah menjadi kapten team kami beberapa sesi lepas. Macam
tu jugak dengan kawan saya dalam bidang sukan lain macam Azizul Hasni Awang.
Soalan:
Apakah saudara melihat ada atlet sukan Negara yang berdepan kesulitan untuk
menutup aurat ?
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
21/24
Jawapan:
Kalau dalam sukan bola sepak, saya rasa tiada masalah kerana kami dibenarkan
untuk memakai tight dan penjaga gol boleh memakai tracksuit, tapi bagi acara-acara
seperti renang dan gimnastik yang sudah sinonim dengan sut sukan khas jadi agak
payah bagi atlet-atlet Islam kita terutama perempuan untuk membantah garis
panduan pakaian yang dah ditetapkan itu . Saya akui ramai atlet kita yang tidak
berpakaian seperti yang sepatutnya dalam Islam macam kes Farah Ann baru-baru ini
tapi mereka terpaksa akur dengan arahan .
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
22/24
LAMPIRAN
Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia Terhadap Isu Pemakaian Ahli
Sukan Negara.
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan jutaan tahniah buat atlet
Negara Farah Ann Abdul Hadi kerana berjaya merangkul pingat emas dalam sukan
Sea di Singapura baru-baru ini. DMPM turut berbangga kerana saudari Farah mampu
mengharumkan nama Malaysia di persada sukan gimnastik Asia.
Berkenaan isu pemakaian yang hangat diperkatakan baru-baru ini di media sosial.
DMPM berpendapat bahawa isu pemakaian ahli gimnastik atau ahli sukan lain
bukanlah suatu perkara baru. Walaubagaimanapun, cara pemakaian ini perlulah
dipandang serius kerana ia melibatkan aurat muslim tidak kira kaum perempuan
mahupun lelaki. Sejajar dengan seruan Allah dalam surah Al-Ahzab:59 yang
berbuny.
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan
isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh
tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal yang
dengannya mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.”
Islam tidak menolak aktiviti sukan bahkan Islam menggalakkan aktiviti yang boleh
mendatangkan kesihatan yang baik kepada umatnya. Islam juga meraikan bakat dan potensi seseorang serta mengiktiraf kebolehan dan kehebatan wanita tetapi semua
kurniaan Allah mesti digarap dalam ruang lingkup syariat,halal dan haram demi
menjaga maruah wanita Islam.
Oleh itu, DMPM menyeru kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Belia dan
Sukan supaya menyemak kembali etika pemakaian ahli sukan muslim supaya ia
selaras dengan tuntutan syarak. Sudah sampai masanya JAKIM perlu menyediakan
etika pemakaian menurut Islam untuk para etlit lelaki dan wanita. Dengan ini dapat
mengharumkan lagi nama Malaysia sebagai negara Islam sebagaimana yang
dipertegaskan selama ini. Dengan penguatkuasaan etika pemakaian ini, ajaran lslam
dapat dipraktikkan secara menyeluruh di Malaysia.
USTAZAH WAN HASRINA BINTI WAN HASSAN
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia
16 Jun 2015
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
23/24
LAMPIRAN
Kenyataan Akhbar Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia: Hentikan Diskriminasi
Terhadap Atlet Berhijab
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia merakamkan rasa kecewa dan kesal terhadap
tindakan yang diambil oleh Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) yang
melarang atlet wanita memakai hijab (pakaian menutup aurat menurut ajaran Islam)
sehingga memaksa pasukan bola keranjang wanita Qatar menarik diri daripada
bertanding melawan pasukan Mongolia di Kejohanan Sukan Asia 2014 di Incheon,
Korea Selatan.
Jelas sekali tindakan ini adalah merupakan satu diskriminasi terhadap Atlet wanita
Islam di dalam acara sukan.
Wanita IKRAM berbangga dan menyokong pendirian tegas pasukan bola keranjang
wanita Qatar dalam mempertahankan hak mereka melaksanakan ajaran agama.
Kengganan mereka untuk menanggalkan hijab menghantar mesej yang jelas kepada
penganjur sukan khususnya dan dunia amnya bahawa larangan sedemikian adalah
tidak adil dan mendiskriminasikan wanita Islam.
Kehadiran mereka pada sukan kali ini juga menunjukkan bahawa pasukan mereka
bersedia untuk bermain namun pihak penganjur yang tidak bersedia meraikan
kepelbagaiaan yang ada pada mereka.
Tindakan penganjur amat bertentangan dengan matlamat Jawatankuasa Olimpik
Antarabangsa yang mahukan faktor kepelbagaian budaya di antara negara-negara
diraikan dalam temasya sukan kali ini.
Ia juga jelas bertentangan dengan slogan Sukan Asia di Incheon iaitu 'Diversity
Shines Here” (kepelbagaian bersinar di sini).
Wanita IKRAM berpandangan menghalang atlet sukan berhijab adalah merupakan
satu pelanggaran terhadap perjuangan hak asasi manusia yang selama ini melaung-
laungkan agar semua agama diberi layanan dan kebebasan untuk mengamal ajaran
agama masing-masing. Dunia sukan seharusnya tidak terkecuali daripada memenuhi
tuntutan ini.
Sehubungan dengan itu, Wanita IKRAM menyeru Kerajaan Malaysia, yang
merupakan negara umat Islam yang dihormati, agar menggunakan saluran diplomatik
yang ada untuk menyuarakan bantahan kepada tindakan berbaur diskriminasi ini
kepada pihak penganjur.
8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da
24/24
Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa juga digesa supaya mencontohi
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan beberapa persekutuan sukan yang
lain yang membenarkan atlet mereka memakai pakaian sukan yang menutup aurat
berikutan perubahan dalam peraturan mereka .
Perubahan ini akan menampakkan kematangan dunia sukan dalam menghormati dan
meraikan kepelbagaian manusia sejagat.
DATIN PADUKA HAJJAH CHE ASMAH IBRAHIM
Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
26 September 2014