Top Banner
NILAI DAN ETIKA
31

Etika kerja 2

Jan 14, 2017

Download

Education

Rosemini Salam
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Etika kerja 2

NILAI DAN ETIKA

Page 2: Etika kerja 2
Page 3: Etika kerja 2

Etika Kerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia Bermula di awal tahun 1990-an,

Perkhidmatan Awam di negara ini telah mengalami reformasi secara besar-besaran di bawah pimpinan Ketua Setiausaha Negara YB Tan Seri Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid. Di bawah pimpinan beliau berbagai perubahan dan pendekatan baru telah diperkenalkan bagi mematapkan khidmat yang diberikan oleh setiap anggota dalam Perkhidmatan Awam melalui Budaya Kerja Cemerlang.

Page 4: Etika kerja 2

Salah satu perubahan yang dibawa ialah menerapkan nilai-nilai murni dan etika kerja yang positif. Pembentukan sikap dan nilai yang positif itu sangat penting bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kelebihan bersaing di peringkat antarabangsa. Selaras dengan itu sebuah buku bejudul "Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam" telah diterbitkan dalam tahun 1991 untuk dijadikan rujukan oleh semua peringkat dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. Buku ini telah membantu mempertingkatkan kefahaman semua anggota Pekhidmatan Awam mengenai nilai dan etika yang perlu dihayati dan diamalkan.

Page 5: Etika kerja 2

DEFINISI NILAI 

Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat.

Mengikut kajian sejarah, ilmu, kebijaksanaan, keadilan dan iktidal ( temperance ) merupakan nilai-nilai utama masyarakat.

 ( Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam INTAN,1991 )

Page 6: Etika kerja 2

Nilai Agama ( Religious Value )

 

Di dalam bentuk yang paling tinggi, perlakuan agama yang ditujukan bagi mencapai nilai kerohanian diri yang sejati.

Inilah sebabnya mengapa Nilai Etika menjadi nilai yang tertinggi dalam keseluruhan kehidupan ini selalu dikaitkan dengan nilai keagamaan.Jadi istilah nilai yang akan kita beri perhatian di dalam kursus ini adalah lebih kepada nilai di dalam konteks keempat iaitu Nilai Etika yang di dasarkan kepada nilai keagamaan.

Page 7: Etika kerja 2

Definisi sarjana Barat mengenai Nilai:

 ‘ a relatively permanent perceptual framework which shapes and influences the general nature of an individual’s behaviour’

(England,1967)

‘ a conception, explicit or implicit, distinctive of an individual or character of a group, of the desirable which influences the selection from available modes, means and ends of action’.

( Kluchkhohn,1956)

Page 8: Etika kerja 2

Nilai berperanan sebagai kayu ukur (standard) kepada apa-apa jua yang manusia lakukan, yang diingini dan dicita-citakan dan yang dialami oleh pancaindera manusia.Nilai juga menunjukkan arah, menjadi penentu dalam membuat pilihan atau tindakan.

Pada keseluruhannya, nilai membentuk peribadi dan tingkahlaku seseorang.Nilai-nilai yang dipegang oleh seseorang membentuk sikap-sikap tertentu terhadap sesuatu.

Page 9: Etika kerja 2

NILAI NILAI PERIBADI ASAS      Amanah

      Bertanggungjawab

      Ikhlas

      Berdedikasi

      Berdisiplin

      Bekerjasama

      Bersih

      Tekun

      Sederhana

Page 10: Etika kerja 2

NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

NILAI-NILAI PERIBADI ASAS

-AMANAH

-BERTANGGUNGJAWAB

-IKHLAS

-BERDEDIKASI

-BERDISIPLIN

-BEKERJASAMA

-BERSIH

-TEKUN

-SEDERHANA

Page 11: Etika kerja 2

NILAI-NILAI YANG MENGUTAMAKAN PELANGGAN

- BERBUDI MULIA

- BERSOPAN SANTUN

- BERSABAR

- PERAMAH

Page 12: Etika kerja 2

NILAI-NILAI PROFESIONAL

- BERILMU

- KREATIF

- INOVATIF

- BERINTEGRITI

- KEJUJURAN

- INTELEKTUAL

- AKAUNTABILITI

- BERKECUALI

Page 13: Etika kerja 2

NILAI-NILAI KEAGAMAAN

- BERSYUKUR

- BERIMAN

- BERTAQWA

- BERAMAL

Page 14: Etika kerja 2

NILAI – NILAI KEPIMPINAN

- ADIL

- BERANI

- MENGAMALKAN SYURA

Page 15: Etika kerja 2

NILAI – NILAI PRODUKTIVITI DAN KUALITI

- PRODUKTIVITI

- KUALITI

Page 16: Etika kerja 2

DEFINISI ETIKA Etika bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Seseorang anggota perkhidmatan awam berkewajipan memahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang pekerja dalam kerajaan.

 

( Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan

Awam-INTAN, 1991 )

Page 17: Etika kerja 2

DEFINISI ETIKAEtika merupakan prinsip moral atau nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Prinsip moral dan kesedaran akhlak ini tidak boleh dicapai oleh seseorang tanpa menjalin perhubungan sosial dengan orang lain.

 

 ( Shukri Ahmad & Razali Mat Zin,

2001-Adab & Etika Kerja dalam Organisasi )

Page 18: Etika kerja 2

DEFINISI ETIKA

ETIKA DIDEFINISIKAN SEBAGAI SAINS MORAL DAN PRINSIP-PRINSIP MORAL

ETIKA ADALAH FALSAFAH TINGKAHLAKU MANUSIA DILIHAT DARI ASPEK LAHIRIAH DAN BATINIAH

ETIKA ADALAH DISIPLIN DAN PERATURAN YANG MENENTUKAN SEMUA PERBUATAN ITU BAIK ATAU JAHAT

ETIKA BIASANYA DIKAITKAN DENGAN NILAI MORAL DAN ESTETIKA

Page 19: Etika kerja 2

Terdapat berbagai definisi yang dikemukakan oleh sarjana Barat mengenai takrif etika dan antaranya seperti berikut:

 

Oxford English Dictionary defines ethics as “ the sciences of moral or moral principles.” The word moral itself id defined as “ concerned with goodness or badness of character or disposition, or with the distinction between right and wrong”.

Page 20: Etika kerja 2

Al Ghazali memberi takrif etika sebagai “ Is the study of a certain religious belief i ‘ tiqadat, and of rightness and wrongness of action for the purpose of practice, and not for the sake of mere knowledge”.

Page 21: Etika kerja 2

Etika dapat ditakrifkan sebagai satu

pertanyaan/pengusulan secara sistematik terhadap perlakuan manusia dengan tujuan untuk mengetahui peraturan-peraturan yang seharusnya mengawal tindakan kita dan kebaikan yang patut kita cari dalam kehidupan ini.Etika juga dijelaskan sebagai “ pemakaian

( application ) nilai kepada perangai dan tindakan individu.Ia mengadakan asas moral bagi memandu perlakuan individu di dalam perbagai situasi”.Oleh itu, pengajian etika ini memberi jawapan kepada:

1) Apa yang betul/salah

2) Apa yang baik/buruk

Page 22: Etika kerja 2

ETIKA KERJA DALAM

PERKHIDMATAN AWAM  DARI SEGI DEFINISINYA ETIKA KERJA ADALAH PRINSIP-PRINSIP MORAL YANG DITETAPKAN OLEH ORGANISASI BAGI MENGAWAL TINGKAH LAKU PEKERJA ATAU AHLI ORGANISASI.

  ETIKA ADALAH SATU BENTUK KAWALAN BAGI MEMASTIKAN PERLAKUAN PEKERJA SENTIASA SELARAS DENGAN SISTEM NILAI ORGANISASI.

   MELALUI PRINSIP-PRINSIP YANG DINYATAKAN, SESEORANG AKAN DAPAT MENGETAHUI PERBUATAN-PERBUATAN YANG DILARANG DAN YANG DIGALAKKAN OLEH ORGANISASI.

  ETIKA KERJA DIBENTUK BERDASARKAN NILAI-NILAI UNIVERSAL YANG DISESUAIKAN DENGAN LUNAS-LUNAS UNDANG-UNDANG NEGARA,SISTEM MASYARAKAT SETEMPAT DAN PERATURAN-PERATURAN TERTENTU YANG DITETAPKAN OLEH ORGANISASI.

Page 23: Etika kerja 2

TAKRIF ETIKA KERJA

ETIKA KERJA IALAH PANDUAN TINGKAH LAKU YANG MENJADI PEGANGAN SETIAP WARGA KEMENTERIAN BERDASARKAN NILAI-NILAI AKHLAK MULIA

Page 24: Etika kerja 2

BAGI PERKHIDMATAN AWAM,ETIKA KERJA ADALAH UNSUR YANG SANGAT MUSTAHAK UNTUK DITITIK BERATKAN KERANA SETIAP KAKITANGAN KERAJAAN PERLU MEMILIKI TINGKAH LAKU YANG SEMPURNA SEPERTI YANG DIKEHENDAKI OLEH MASYARAKAT.

DISAMPING ITU MEREKA PERLU BERPEGANG TEGUH KEPADA SIKAP POSITIF, BERDISIPLIN, BERINTERGRITI DAN BERTANGGUNGJAWAB

Page 25: Etika kerja 2

KONSEP ETIKA KERJA

KEWAJIPAN AGAMA DAN MORAL

KEPENTINGAN ORGANISASI DAN BUKAN PERIBADI

BANGGA DENGAN KERJAYA

KESETIAAN PADA KERJA DAN RASA KEKITAAN

PRESTASI KERJA YANG CEMERLANG

Page 26: Etika kerja 2

PELAKSANAAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM

DIKUATKUASAKAN MELALUI SURAT PEKELILING AM 5/79 YANG DITANDATANGANI OLEH KETUA SETIAUSAHA MALAYSIA ( ATAS NAMA PERKHIDMATAN AWAM ).

DILANCARKAN PADA JANUARI 1979.

Page 27: Etika kerja 2

TERAS PERKHIDMATAN AWAM

-BERAZAM MEMPERTINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN

-BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB

-KIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI

-BERKHIDMAT DENGAN PENUH MUHIBAH DAN KEMESRAAN

-MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PEMBANGUNAN NEGARA

-BEKERJASAMA MEMBENTERAS MUSUH NEGARA

-BERPEGANG TEGUH PADA AJARAN AGAMA

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Page 28: Etika kerja 2

PELAKSANAAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM PENDAHULUAN

HASRAT KERAJAAN………….MEMBERI PERKHIDMATAN TERBAIK KEPADA PELANGGAN

USAHA MENCAPAINYA……….DILAKSANAKAN DISEMUA PERINGKAT JENTERA PENTADBIRAN

DENGAN BANTUAN……….ALAT CANGGIH, SISTEM / STRUKTUR PENTADBIRAN

Page 29: Etika kerja 2

ETIKA DAN PRINSIP UTAMA KERJA ISLAM

ETIKA KERJA DALAM ISLAM

BERSIFAT MENYELURUH / SEJAGAT

BEKERJA KERANA ALLAH ( KONSEP IBADAH )

BEKERJA UNTUK KESEJAHTERAAN / KESELAMATAN DUNIA DAN AKHIRAT

TAKUT / PATUH KEPADA PERINTAH ALLAH:

MENJUNJUNG AQIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK ISLAM

Page 30: Etika kerja 2

PRINSIP UTAMA ETIKA KERJA ISLAM

BEKERJA DENGAN AZAM MENGABADIKAN

DIRI KEPADA ALLAH

BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN AMANAH

BEKERJA DENGAN TEKUN DAN CEKAP

BEKERJA DENGAN SEMANGAT BERGOTONG-ROYONG, MESYUARAT DAN BERFIKIRAN SIHAT

BEKERJA DENGAN MATLAMAT KESEJAHTERAAN DAN KEBAHAGIAAN MANUSIA SEJAGAT

Page 31: Etika kerja 2

SEKIAN TERIMA

KASIH