(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT
HADAPAN)
FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAANSEMESTER SEPTEMBER /
2014OUMM3203ETIKA PROFESSIONALNO. MATRIKULASI
: 810327145231001NO. KAD PENGNEALAN: 810327145231NO. TELEFON
: 018-2456739E-MEL
: [email protected] PEMBELAJARAN: PETALING
JAYAIndeks
1.0 Pendahuluan
2.0 Masalah-masalah Etika Dalam Sistem Pendidikan
3.0 Isu Kepimpinan Dalam Organisasi
4.0 Cadangan Penyelesaian Masalah Etika Kepimpinan
4.1 Penyelesaian Masalah Kepimpinan
a) Mengutamakan Pelanggan
b) Memperkukuh semangat Berpasukan
c) Mengadakan Pengukuran Prestasi
d) Menekankan Kapasiti Kualiti
5.0 Pemeriksaan Kualiti
a) Perancangan Output
b) Latihan Kepada Kakitangan
6.0 Kesimpulan
1.0 Pendahuluan
Etika adalah satu konsep yang menjelaskan tentang penilaian
terhadap satu perlakuan atau tindakan sama ada positif atau
negatif. Etika ditempat kerja perlu diberi penekanan sejajar dengan
usaha organisasi dalam mencapai kualiti kerja yang bermutu. Namun
apabila etika kerja tidak diamalkan atau dipraktikkan dengan cara
yang tidak betul, maka hasilnya akan dipandang negatif. Banyak
salah laku etika yang sering berlaku dalam sesebuah organisasi,
Sama ada yang serius atau kesalahan yang dianggap kecil. Antara isu
etika yang semakin menjadi perhatian adalah etika kepimpinan di
dalam organisasi.
Kecemerlangan sesebuah organisasi boleh dipengaruhi oleh
beberapa faktor. Namun ramai penyelidik dalam bidang kepimpinan dan
pengurusan cenderung untuk melihat kepimpinan sebagai penyumbang
utama atau penyebab kepada pencapaian organisasi. Antaranya adalah
Andersen (2002) yang mengatakan bahawa literatur mengenai
kepimpinan secara umumnya banyak berasaskan andaian bahawa
kepimpinan adalah penyebab kepada keberkesanan pengurusan
organisasi. Fiedler (1967) pula menyatakan, kepimpinan yang
berkesan sering dilihat sebagai sesuatu yang amat penting dalam
menerangkan atau membuat ramalan tentang kejayaan organisasi.
Manakala Bennis dan Nanus (1985), menyatakan kecekapan sesebuah
organisasi adalah disebabkan oleh kepimpinan. Begitu juga Yukl
(1998) yang berpendapat, kepimpinan memberi impak yang positif
terhadap kejayaan organisasi. Berdasarkan pendapat ini, isu
kepimpinan merupakan agenda penting bagi sektor awam dan juga
swast, baik dinegara maju atau Negara yang sedang membangun. Isu
kepimpinan menjadi suatu yang kompleks kerana persekitaran yang
sentiasa berubah dan perubahan merupakan cabaran berterusan yang
perlu dihadapi dan ditangani oleh pemimpin dalam setiap organisasi.
Pada tugasan kali ini, saya cuba untuk mengupas dan menganalisis
mengenai isu dan masalah etika yang berlaku dalam sektor pendidikan
awam khususnya.
Kepimpinan yang cemerlang merupakan kunci kepada kejayaan
sesebuah organisasi. Begitu juga dalam bidang pendidikan Perlu
diingatkan bahawa, kepimpinan dalam lapangan pendidikan adalah
suatu yang unik dan memerlukan pengetahuan yang luas kerana
melibatkan pengurusan pelbagai peringkat umur dan taraf pendidikan.
David M. Traversi (2007) menyatakan faktor kepimpinanlah yang akan
membezakan kejayaan antara sesebuah organisasi. Visi dan misi
merupakan objektif penting yang ingin dicapai oleh pemimpin dalam
sesuatu organisasi.
Setiap matlamat yang hendak dicapai biasanya akan melalui
pelbagai bentuk cabaran. Begitu juga dengan kepimpinan dalam bidang
pendidikan yang tidak lari daripada kenyataan ini. Pelbagai isu dan
masalah etika telah timbul dalam sistem pendidikan Malaysia. Maka
dengan itu, setiap pemimpin dari organisasi pendidikan perlu
mengenali gaya kepimpinan yang bersesuaian untuk membolehkan mereka
menguruskan kakitangan bawahan dalam menangani isu-isu yang
timbul.
2.0 Masalah Masalah Etika Dalam Sistem Pendidikan
Antara isu-isu yang sering berlaku dalam pengurusan sistem
pendidikan di sekolah-sekolah ialah:
a) Keselamatan
Soal keselamatan disekolah semakin meruncing akhir-akhir ini
apabila meningkatnya kes-kes serta kejadian yang tidak diingini ke
atas pelajar seperti kes culik, rogol, ragut, pelajar jatuh dari
tempat yang tinggi dan sebagainya. Malah terdapat juga guru yang
diugut oleh ibu bapa pelajar kerana tidak berpuas hati dengan
layanan kepada anak mereka. Isu-isu ini merupakan antara cabaran
utama kepada pemimpin sekolah dalam menjalankan tanggungjawab
mendidik generasi muda disamping mencari jalan penyelesaian
terhadap masalah tersebut.
b) Penyelewengan dalam pembangunan infrastruktur pendidikan.
Isu penyelewengan dalam pembangunan infrastruktur pendidikan
merupakan antara isu yang telah berlaku sekian lama. Kejadian
seperti keruntuhan makmal komputer, keretakan bangunan sekolah,
keruntuhan atap bilik darjah dan pelbagai lagi jelas menunjukkan
bahawa berlakunya penyelewengan dalam sistem pembangunan
infrastruktur. Permasalahan seperti ini tidak boleh dipandang
ringan kerana ianya melibatkan nyawa pelajar serta guru. Malah
pemimpin sekolah perlu mengorbankan masa yang lebih banyak dalam
proses membaiki dan membina semula kerosakan yang berlaku.
c) Etika dan Disiplin Guru
Selain murid, wujud juga soal etika dan masalah displin
dikalangan warga pendidik. Masalah keluarga, kewangan, keretakkan
rumah tangga, memikul beban dan tekanan kerja mendorong kepada
tercetusnya masalah ini. Kesan dari tekanan emosi yang berlaku
dirumah dan terbeban dengan persekitaran kerja akan mengganggu
prestasi serta tanggungjawab guru tersebut. Selain itu terdapat
juga segelintir dikalangan guru yang tidak menjalankan
tanggungjawab secara berdedikasi. Ini terjadi apabila seseorang
guru mempunyai kepentingan lain di luar bidang tugas, seperti
berniaga atau membuat kerja sambilan yang secara tidak langsung
akan menggangu fokus mereka dalam bidang pendidikan.
3.0 Isu Kepimpinan Dalam Organisasi
Pemimpin juga boleh menjadi penyumbang masalah kepada sesebuah
organisasi. Barisan pemimpin yang menerajui sesebuah organisasi
juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kecuaian. Sebuah
organisasi yang berjaya tidak hanya berbekalkan bakat kepimpinan
seorang pemimpin, malah ianya adalah gabungan ilmu, pengalaman dan
pengetahuan yang sentiasa dikembangkan. Pemimpin dan organisasi
hendaklah memiliki pengetahuan dan ilmu yang tinggi bagi
membolehkannya mencapai matlamat yang dirancang. Penjanaan idea
yang kreatif dalam pentadbiran mampu mengolah sebuah pentadbiran
dengan baik. Namun apabila sesetengah pemimpin tidak mahu berubah,
masih di tahap yang lama, ia tidak berupaya menarik minat pekerja
dan tidak mampu bersaing merebut pelanggan. Pendekatan gaya
kepemimpinan yang kreatif dan efisien merupakan pendekatan yang
sentiasa diperlukan oleh kakitangan bawahan. Pendekatan yang
kreatif daripada pemimpin kepada kakitangan bawahannya adalah
dengan cara memberi komitmen personel iaitu melalui mendengar
pandangan dan pendapatnya, bijak menilai sumbangan pekerja,
menjadikan diri sebagai contoh keterbukaan, imaginatif kepada yang
lain dan berjiwa besar untuk organisasi dan bukannya kepentingan
diri.
Terdapat juga segelintir pemimpin yang bersikap mementingkan
diri sendiri. Situasi sebegini sering berlaku dikalangan pemimpin
tahap rendah. Hal ini akan menimbulkan masalah yang serius kepada
organisasi dan menjejaskan kepimpinan dalam organisasi. Pemimpin
yang mencari kemenangan secara peribadi dan lebih mementingkan kaum
kerabat sehingga boleh menolak semangat ukhuwah antara pekerja,
kerjasama sesama pengikut, dan merencatkan pengembangan dalam
sesebuah organisasi. Kesan yang lebih meruncing lagi ialah pekerja
menolak penerimaan kepimpinan dalam organisasi, mempunyai sikap
yang prejudis dan negatif terhadap segala tindakan atau keputusan
seseorang pemimpin, menidakkan nasihat dan idea pemimpin, dan
seterusnya menggagalkan budaya motivasi dalam organisasi.
Mutakhir ini, banyak berlaku krisis kepemimpinan dalam
organisasi. Masalah kepemimpinan ini boleh berlaku dalam dua
keadaan iaitu antara sesama pemimpin dan juga antara pemimpin
dengan kakitangan bawahan. Antara isu kepimpinan yang lain termasuk
pemimpin tidak mempunyai kecekapan dalam mentadbir sesebuah
organisasi. Kecekapan atau kebolehan merupakan kualiti atau
keistimewaan yang wujud dalam ciri seorang pemimpin dan berupaya
menarik penerimaan kakitangan yang banyak serta memberi inspirasi
dan menggalakkan kecenderungan pekerja untuk meneladaninya. Maksud
kepada karisma boleh berubah mengikut corak komunikasi antara dua
pihak iaitu pemimpin dan pekerja. Yang mana, komunikasi tanpa lisan
mampu mempamerkan imej seorang pemimpin yang berkarisma seperti
cara berpakaian dan penampilan yang boleh meletakkan seorang
pemimpin ke arah kelompok korporat dalam konteks pemimpin
berkarisma dan hebat.
4.0 Cadangan Penyelesaian Masalah Etika Kepimpinan
Pemimpin perlu mempunyai komitmen yang tinggi terhadap matlamat
yang ingin dicapai. Nilai yang disalurkan ke peringkat bawahan
organisasi perlu diberikan oleh pemimpin dengan penuh komitmen atau
apa sahaja tindakan yang boleh menghasilkan output yang cemerlang.
Pemimpin perlu bertindak sebagai role model dengan cara meletakkan
piawaian integriti yang tinggi supaya dirinya menjadi role model
kepada semua kakitangan bawahan di dalam organisasi itu. Pemimpin
perlu bersikap terbuka kepada kritikan samada menerima segala
kegagalan dan juga cadangan dari kakitangan yang lain kerana
pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang menerima segala kritikan
dengan sikap terbuka. Pemimpin yang mengamalkan tingkah laku
beretika akan sentiasa mendengar dan menerima pandangan orang lain
kerana sedar dirinya juga adalah manusia biasa. Adlah perlu bagi
seorang pemimpin menghargai tugas-tugas cemerlang yang telah
dilaksanakan oleh kakitangannya. Ini penting kerana ianya bukan
sekadar menghargai kakitanggannya malah ianya memberi daya motivasi
peransang kepada mereka untuk terus bekerja bersungguh-sungguh
dalam mencapai matlamat organisasi. Pemimpin perlu mengelakkan
jalan pintas, membangunkan sesebuah organisasi dengan baik
memerlukan usaha yang keras. Sekiranya ia dibina melalui usaha yang
jujur dan ikhlas kemungkinan untuk kekal berjaya adalah lebih
kukuh.
4.1 Penyelesaian Masalah Kepimpinan
a) Mengutamakan Pelanggan
Kualiti merupakan sesuatu yang ditentukan oleh pelanggan.
Ciri-ciri yang berkualiti ialah keluaran yang dapat memuaskan hati
pelanggan. Maka itu adalah objektifnya. Kerana itu setiap
organisasi dikehendaki mengutamakan pelanggan masing-masing di
dalam segala aspek dan tindakan. Untuk membolehkan sesebuah
organisasi mengeluarkan output yang berkualiti, ianya perlulah
terlebih dahulu perlu mengetahui kehendak setiap pelanggan.
Maklumat yang diperolehi kemudiannya dijadikan asas untuk
menentukan ciri-ciri yang seharusnya ada pada output berkenaan.
Antaranya ialah
i. Kenalpasti pelanggan .
ii. Kenalpasti kehendak pelanggan.
iii. Terjemahkan kehendak pelanggan menjadi standard kualiti
output.
iv. Wujudkan proses penghasilan output.
v. Melaksanakan proses.
Bagi melaksanakan langkah-langkah seperti diatas, sistem
pengukuran prestasi kualiti hendaklah diwujudkan pada setiap
peringkat dengan bertujuan untuk mengukur kesempurnaan
langkah-langkah yang ingin dijalankan itu. Sekiranya terdapat
kecacatan yang dikenalpasti pada output yang telah diusahakan, maka
perlua ada tindakan yang membetulkan ketidaksempurnaan itu.
b) Memperkukuh Semangat Berpasukan
Semangat kerja berpasukan ialah unsur yang dapat menyatupadukan
kesemua staf dan kakitangan organisasi dalam mencapai matlamat yang
berkualiti. Semangat ini perlu dipraktikkan melalui kerjasama,
komitmen dan penyertaan kakitangan secara menyeluruh di dalam
program-program peningkatan kualiti yang diperkenalkan oleh
organisasi. Peningkatan kualiti bukanlah usaha yang boleh
diserahkan kepada kakitangan secara individu. Ini kerana
masalah-masalah dalam proses kerja adalah bersifat kompleks, yang
melibatkan pelbagai bahagian dan sistem. Oleh itu lazimnya
penyelesaian masalah tersebut adalah di luar kemampuan seorang
individu. Dalam keadaan yang sedemikian setiap pihak dalam
organisasi perlu bertindak secara berpasukan supaya segala kekuatan
dan sumber yang ada dalam organisasi tersebut dapat digembleng
sepenuhnya. Pelbagai kepakaran, pengetahuan dan nilai kemahiran
dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan
melahirkan sebuah penyelesaian yang berkesan seperti:
i. Tindakan secara berpasukan akan membantu mempertingkatkan
moral pekerja dan kepuasan bekerja kerana mereka sama-sama diberi
peluang untuk mencari jalan penyelesaian terhadap sebarang
masalah
ii. Segala masalah yang dikongsi bersama oleh pelbagi fungsi dan
jabatan boleh diselesaikan dengan lebih efektif.
iii. Cadangan yang dibuat secara berpasukan akan lebih mudah
untuk dilaksanakan berbanding dengan, cadangan-cadangan yang dibuat
secara individu.
c) Mengadakan Pengukuran Prestasi
Proses untuk meningkatkan kualiti dalam organisasi akan dapat
berjalan dengan lancar dan berterusan dengan adanya sokongan sistem
pengukuran prestasi kualiti yang baik. Ini adalah kerana apabila
diperkenalkan sesuatu penambahbaikan, unit organisasi perlu
mengetahui keberkesanannya terhadap tahap kualiti output serta
maklumbalasnya Bagi menjayakan sistem ini, setiap organisasi
hendaklah merangka sistem pengukuran yang sesuai supaya prestasi
pekerja dapat diukur dengan sistematik dan mendapat hasil yang
sempurna secara keseluruhannya. Pengukuran yang dilakukan akan
menyalurkan data dan maklumat yang penting kepada pihak pengurusan
tentang keadaan prestasi semasa sesuatu proses kerja yang
dijalankan. Data ini boleh digunakan untuk tujuan:
i. Menilai prestasi semasa sesuatu proses kerja.
ii. Mengesan perbezaan di antara prestasi semasa proses kerja
dengan matlamat atau standard kualiti yang ditetapkan
iii. Mengenalpasti peringkat-peringkat proses kerja yang
mempunyai masalah kualiti.
iv. Merancang tindakan-tindakan penambahbaikan yang sesuai.
v. Mewujudkan sistem pengukuran yanga berkesan bagi keluaran
atau perkhidmatan mereka.
vi. Menentukan ciri-ciri kualiti output yang hendak dikawal.
vii. Menentukan matlamat atau standard kualiti yang
dikehendaki
viii. Menyediakan saluran maklumbalas.
ix. Mewujudkan makanisme pengumpulan data
d) Menekan Kapisiti Kualiti
Adalah menjadi tanggungjawab pengurusan organisasi untuk
memastikan pelanggan-pelanggan mereka sentiasa berpuas hati dengan
keluaran atau perkhidmatan yang disediakan disamping mengekalkan
rasa keyakinan penuh bahawa mereka akan mendapat perkhidmatan yang
berkualit setiap kali membuat urusan. Matlamat ini boleh dicapai
dan diperolehi oleh jabatan melalui pengamalan kepastian. Kepastian
kualiti memberi penekanan kepada pencegahan daripada timbulnya
masalah-masalah kualiti dalam manhasilkan sesuatu output, melalui
tindakan-tindakan yang dirancang dengan sistematik. Dengan itu
barulah dapat dipastikan bahawa output yang dikeluarkan tidak
mempunyai sebarang kecacatan (defect free) atau kesilapan (error
free). Hasil seperti inilah yang akan membawa kepada kepuasan
pelanggan dan meyakinkan mereka kepada jabatan yang mereka
berurusan.
Bagi mencapai matlamat yang dikehendaki seperti kapasiti kualiti
ini, jabatan-jabatan bolehlah mengambil tindakan-tindakan yang
berikut:
i. Menjalankan Pemeriksaan Kualiti (Pemeriksaan Q).
ii. Melaksanakan Perancangan Output.
iii. Membuat Latihan Kakitangan.
5.0 PEMERIKSAAN KUALITI
Tujuan utama dijalankan pemeriksaan kualiti adalah untuk
mengenalpasti masalah kualiti berdasarkan standard yan telah
ditetapkan oleh jabatan sebelum ini. Setiap proes yang terlibat
perlu dianalisis untuk mencari punca dan sebab musabab dan
seterusnya menentuan tindakan yang perlu diambil bagi tujuan
penambahbaikkan yang diperlukan. Pemeriksaan bersifat menyeluruh
dan bermula sejak awal proses dijalankan iaitu bermula dari
pemeriksaan awal, proses kerja dan hasil yang diperolehi pada akhir
proses. Pada peringkat awal, pemeriksaan dilakukan supaya bahan,
sistem, proses, serta makmal dan data yang digunakan adalah
berkualiti supaya tidak timbul masalah sewaktu proses gerak kerja
seterusnya menjejaskan kualiti pada output akhir. Seterusnya
pemeriksaan pada setiap peringkat proses pula dijalankan agar
output dapat berjalan dengan lancar dan diharap dapat menepati
standard yang diinginkan oleh jabatan dan pelanggan. Pemeriksaan
kualiti pada peringkat ini akan menjadi lebih mudah sekiranya
pekerja dan staf yang menguruskan proses itu sendiri yang akan
memantau dan memeriksa agar dapat mengambil tindakan dengan kadar
yang segera apabila berlaku percangahan standard. Pemeriksaan
peringkat akhir atau final inspection merupakan peringkat
pemeriksaan yang dianggap paling kritikal. Pada peringkat ini
pemeriksaan adalah sangat penting sebelun ianya sampai ke tangan
pelanggan. Sesebuah jabatan atau organisasi wajib memastikan output
yang dikeluarkan akan menepati ciri-ciri dan kehendak pelanggan.
Melalui pemeriksaan dan dengan memastikan ciri-ciri yang tepat
dapat mengelakkan jabatan menanggung kos dan aduan dari
pelanggan.
a) Perancangan Output
Perancangan output adalah kaedah bagi memastikan output yang
dikeluarkan oleh jabatan atau organisasi adalah ditahap yang
berkualiti. Oleh yang demikian adalah amat penting bagi sesebuah
jabatan atau organisasi untuk mempunyai perancangan output yang
teliti dan bersistematik. Memunyai perancangan yang teliti dan
bersistematik akan memudahkan jabatan dan bahagian dalam organisasi
berurusan dengan pelanggan. Antara perancangan yang boleh
diaplikasi dan dilaksanakan adalah perancangan bermotifkan
pencegahan dalam mengelakkan jabatan dan organisasi tidak akan
dibelenggu dengan pelbagai masalah kos-kos kualiti yang tidak
diperlukan dalam organisasi. Terdapat dua peringkat perancangan
dalam pencengahan output iaitu:i. Rekabentuk produk - yang
bertujuan memastikan setiap produk mengikut kehendak pelanggan dan
menepati ciri-ciri yang tepat dan betul pada produk.
ii. Rekabentuk Proses - bertujuan bagi menentukan proses yang
akan dijalankan mampu menghasilkan keluaran yang berkualiti seperti
yang diinginkan oleh pelanggan. Proses yang perlu disempurnakan
akan ditentukan mengikut standard kualiti yang telah ditetapkan.
Proses dokumentasi dalam bentuk manual dan proses dan carta aliran
adalah amat penting bagi merekodkan segala peringkat dalam proses,
sistem dan peraturan yang terlibat dan dalam masa yang sama boleh
dijadikan sebagai bahan rujukan.b) Latihan Kepada Kakitangan
Kakitangan dan pekerja bawahan yang lain memerlukan latihan
dalam usaha untuk mencapai pengurusan kualiti menyeluruh. Latihan
perlu diadakan sebagai platform untuk kakitangan memahami dengan
lebih jelas dan memahami matlamat dan falsafah serta tanggungjawab
kerja yang perlu dijalankan sejajar dengan hasrat yang diinginkan
jabatan dan organisasi. Selain daripada itu, kakitangan perlu
melaksanakan penilaian kendiri terhadap proses-proses kerja yang
dijalankan agar menepati standard kualiti kerja. Melalui proses
latihan juga dapat membantu memperkayakan kesedaran dan komitmen
pekerja untuk mencapai tahap kualiti yang didambakan.
5.0 Kesimpulan
Kepimpinan beretika merupakan tonggak kepada integriti. Pemimpin
yang mementingkan kepimpinan beretika akan sentiasa menampilkan
aura dan gaya kepimpinan yang positif bukan sahaja kepada
organisasi tetapi juga kepada semua rakan sejawat yang lain. Etika
kepimpinan yang baik dan yang lahir dalam diri pemimpin dianggap
pemimpin yang amanah, jujur, sifat kebolehpercayaan yang tinggi dan
menjadi contoh serta ikon yang berwibawa kepada anggota organisasi
yang lain. Sekiranya tindakan yang ditonjolkan oleh pemimpin tidak
sejajar dengan ikrar serta janji yang lafazkan, maka tidak akan
lahir budaya yang baik dalam sistem organisasi tersebut. Kualiti
produktiviti sesebuah organisasi dicerminkan oleh budaya kerja yang
berhemah dan beretika selaras dengan matlamat yang ditetapkan.
Nilai tambah sesebuah organisasi akan menampakkan perkembangan
positif sekiranya organisasi mempraktikkan sifat integriti dan
etika kerja yang baik dan perhatian seharusnya diberi kepada
sebarang tindakan yang tidak beretika sebelum ianya merosakkan
sistem tadbir organisasi.
Kepemimpinan seringkali dikaitkan dengan proses seseorang yang
mempengaruhi orang lain supaya kakitangan yang lain dapat
melaksanakan tugas-tugas organisasi agar matlamat organisasi
tercapai. Dalam erti kata lain kepemimpinan perlu dijadikan sebagai
contoh dalam proses seorang nakhoda kapal di laut dalam menguruskan
dan mengarah anak kapalnya agar kapal yang dinaiki itu tidak
tenggelam dan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat
walaupun pada satu ketika terpaksa mengharungi cabaran lautan yang
bergelora. Hal ini hanya akan berlaku sekiranya nakhoda kapal
tersebut mampu memastikan anak kapalnya mendengar setiap arahan
serta menghormati keputusan yang dibuat olehnya dan mampu bekerja
sebagai satu pasukan.
Selain itu, Ishak Bin Sin (2002) berpendapat, kepimpinan ini
juga bererti seorang itu perlulah sanggup menanggung sebarang
risiko, demi menyelamatkan orang bawahannya, menjadi ketua dalam
misi yang berbahaya dan sama-sama merasai kepayahan yang dialami
orang-orang bawahan. Tindakan seperti ini akan membantu
meningkatkan semangat orang bawahan untuk melaksanakan tugas dengan
lebih cekap, bukan sahaja untuk organisasi, tetapi juga sebagai
petunjuk bahawa mereka menyenangi ketua mereka. Perbincangan dua
hala merupakan salah satu cara untuk menjana pemikiran orang
bawahnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang selalu timbul
serta berkeupayaan untuk meyakinkan orang bawahan tentang betapa
perlunya orang-orang bawahan bekerja secara berpasukan dan bukan
secara individu untuk mencapai matlamat yang diingini organisasi.
Malah, pemimpin organisasi juga perlu sering berusaha untuk
meningkatkan tahap keperluan dan kebolehanupayaan orang bawahnya
supaya lebih memiliki rasa bertanggungjawab dan berjaya
menyelesaikan sebarang tugas organisasi ke peringkat yang maksimum
walaupun terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran.
(2699 Patah Perkataan)
Rujukan
Azamri Husin (2007), Gaya Kepimpinan Dalam Pendidikan. Retrieved
September 1, 2008 dari
http://ppdmanjung.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=50&sd=de77d8b24afe9504be9ee9e9c667df84.
Fikrah Imayu (2008), Guru Perlu Ada Peguam. Retrieved September
12, 2008 dari
http://smktpg.kualalangat.net/index.php?option=com_fireboard&Itemid=169&func=view&id=3&catid=2.
Maimunah Binti Muda (2004), Kepimpinan Situasi Di Kalangan
Pengetua Sekolah Di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan dalam
Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12 pada
6-9 Disember 2004
Md Nordin Bin Haji Ismail (2008), Isu Dan Cabaran Dalam
Memperkasakan Sekolah. Ucapan Hari Guru, Sk Sri Setia Jaya, Kota
Tinggi, Johor
Norhannan Ramli, Jamaliah Abdul Hamid (2006), Gaya Kepimpinan
Pengetua Wanita dan
Hubungannya dengan Tahap Motivasi Guru Sekolah Menengah. Jurnal
Pendidikan Jilid
31, (53-69). Sajoli MD (2007), Pemimpin Dan Kerja Sepasukan.
Retrieved October 6, 2008 dari
http://www.freewebs.com/sajoli2007/rencanaakademik.htm.
Sapora Sipon (2006), Pengurusan stres Kerja Guru Melalui
Keberkesanan kaunseling
Kelompok. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan pendidikan Jilid 16
Bil. 02, (13-28).
Umsha (2007), Perubahan Sikap Cara Tangani Tekanan Emosi.
Retrieved September 10, 2008
dari http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2566.0.
Peranan Dan Implikasi Komunikasi Dalam Kepimpinan Organisasi,
October 20, 2014 dari
http://radzihamid.blogspot.com/2012_05_01_archive.html PAGE 1
_1253083327.bin