-
Etika Idalam Sains dan Teknologi IslamBIV.IPengenalan etika
IslamIV.2Kepentingan etika Islam dalam sains dan
teknologiII.3Isu-isu etika dalam dains dan teknologi moden.
ModeratorHJ FADZLULLAH HJ SHUIBCITUUITM KAMPUS KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN
-
KONSEP ETIKA
-
Individu atau komuniti yang beretika cemerlang akan mendapat
faedah dari sistem etika yang dianuti dan diamalkannya itu.Reputasi
dirinya akan menjamin kejayaannya dalam menempuh arus kehidupan
yang deras ini.Tegasnya orang yang berakhlak adalah seseorang yang
berpakaian sempurna yang menutupi auratnya.Adapun orang yang tidak
beretika diibaratkan seorang bertelanjang yang terdedah kepada
kehinaan dan keaiban.Sehubungan ini perbahasan etika memiliki
relavansi dengan sains dan teknologi Islam yang menampilkan
keunikannya jika dibandingkan dengan krisis etika dan moral dalam
sains dan teknologi Moden yang semakin tenat.
-
Objektif etika Islam dalam sains dan teknologiiProses pembinaan
syakhsiyyah ( jatidiri ) sesebuah bangsa / ummah dapat dilaksanakan
dengan sempurna.iiKod etika yang luhur berupaya menangani persoalan
keruntuhan moral yang sedang melanda masyarakat kontemporari.
-
iiiKehidupan seharian boleh dilaksanakan dengan lancar apabila
adanya suatu kod etika yang standard dan seimbang.ivSistem etika
yang mantap mampu menyelami dan menanggapi fenomena etika semasa
yang memiliki kepelbagaian dan dinamik.
**
-
vDalam perbahasan etika kita perlu mendalami dan menghalusi
teori-teori etika yang relevan dengan keperluan
masyarakat.viSehubungan ini perlunya kajian perbandingan serta
mensintesiskan berbagai teori etika yang bersifat sejagat untuk
digubal dan diketengahkan dalam masyarakat global.**
-
Interaksi Etika dengan Falsafah dan TeologiAristotle
membahagikan falsafah kepada
:LogikEtikaEstetikaPsikologiPolitikFizikMetafizik**
-
Klasifikasi Falsafah al-Ghazzali
MatematikLogikFizikMetafizikEtikaPolitik**
-
Falsafah EtikaEtika : Ia juga disebut aksiologi atau teori
nilai.Falsafah etika merupakan cabang utama aksiologi.Etika ialah
pola umum tentang cara hidup serta set peraturan tentang
perlakuan.**
-
5.2Kepentingan Etika Islam dalam Sains dan TeknologiIslam
merupakan sistem hidup ciptaan Ilahi yang tidak bercampur-aduk sama
sekali dengan pemikiran manusia.Justeru itu,kriteria utama sistem
Islam ialah fitrah ( suci ),sempurna,teguh,menyeluruh,sediakala dan
abadi iaitu sifat-sifat yang merujuk kepada penciptaNya. **
-
**Islam tetap memberi ruang dan tempat kepada kegiatan akal
manusia dengan batas-batas yang tertentu menurut keupayaan akal itu
sendiri.Dalam hal ini panduan dan penjelasan wahyu amat diperlukan
oleh manusia dalam persoalan metafizik ( alam ghaib ) yang diluar
jangkauan akal dan pancaindera manusia.Walhal metafizik itu menjadi
asas kepada kewujudan alam fizik
-
**Kepentingan falsafah dan etika Islam kepada sains dan
teknologi iSains dan teknologi yang berteraskan falsafah Islam akan
berpaksikan pentafsiran metafizik iaitu yang berlandaskan
tauhid.Sains yang berteraskan falsafah Islam mempunyai sifat-sifat
kerohanian yang tersendiri yang dikembangkan oleh para sarjana
Islam.Falsafah Islam akan menjadikan alam tabii ini mempunyai
postulate yang bersifat metafizik.
-
**iiFalsafah Islam telah meletakkan sains dalam kerangka
epistemologi ( teori ilmu ) yang betul,saksama dan sah.Umpamanya
dilihat dari aspek hierarki ilmu bahawa ilmu syariah adalah ilmu
fardu ain dan sains dalam berbagai bidang adalah ilmu fardu
kifayah.iiiFalsafah dan etika Islam mensejajarkan sains dengan
syariah.Setiap kegiatan sains perlu dipertimbangkan dengan
hukum-hukum dan etika-etika syariah.ivFalsafah dan etika Islam
telah menggalurkan sains yang dapat direalisasikan demi keperluan
ummah.
-
**vEtika merupakan satu bidang falsafah yg membicarakan tentang
tingkahlaku manusia dari aspek2 lahiriah dan batiniahnya.Dalam
hubungan dengan sains,etika adalah satu bidang ilmu yang mengkaji
soal kebaikan dan keburukan dalam aplikasi sains serta berhubung
dengan tatacara untuk mempraktiskan kebaikan dan menolak keburukan
dalam amalan dan penggunaan sains dan teknologi. Justeru itu benar
sekali ungkapan yg ditegaskan oleh Einstein bahawa Science without
philosophy is blind,and philosophy without science is empty.
-
**5.3ISU-ISU ETIKA SAINS DAN TEKNOLOGI MODEN SERTA CABARAN
KONTEMPORARISains Barat Moden didakwa sebagai ilmu terunggul
merentasi segala budaya dan bebas nilai.Faham etnosentrik memuja
sains Barat dan tidak mengiktiraf sumbangan dunia di luar komuniti
Barat.Tamadun klasikal seperti tamadun
Cina,India,Islam,Yunani,Mesir telah memberi sumbangan yang besar
kepada kelahiran peradaban moden.
-
**Isu-isu Etika dalam Sains dan Teknologi ModenPensekularan
Sains Moden : Pemisahan persoalan agama & dunia.Krisis Sains
Moden : Implikasi ke atas alam sekeliling hasil kemajuan sains dan
kesan kepada aspek falsafah.Isu moral dan etika dalam budaya sains
Moden yang diklasifikasikan kepada tujuh segmen :iMoral sains dari
perspektif Budaya Barat terhadap alam dan sains.iiMoral agama dan
tradisi dalam Sains Moden.
-
**iiiMoral sosial dari perspektif kemusnahan oleh Sains
Moden.ivKedudukan nilai dari perspektif Sains BaratvMoral
pengajaran dalam pendidikan Sains ModenviMoral sains dalam konteks
pengkajian kontemporari mengenai sains di Malaysia.viiMoral dan
etika dalam bioteknologi dan kejuruteraan genetik.
-
**Sains Moden Barat memiliki citra sebagai ilmu yg unggul &
sejagat merentasi semua bentuk budaya & tidak terikat dengan
sebarang nilai.Pandangan tersebut dikritik hebat oleh para saintis
& failasuf Barat & Timur tetapi pandangan etnosentrik
tentang keunggulan sains Moden Barat masih berakar umbi di seluruh
dunia sehingga kini.Berikutnya sains yang di luar dunia barat
dipandang rendah dan dianggap tidak saintifik.Sains klasikal spt
sains Islam,Cina,Mesir & India tidak diiktiraf oleh komuniti
sains antarabangsa yg ditunggangi oleh kuasa2 Barat.
-
**Pada hakikatnya sains yg tumbuh & berkembang di luar
daripada tradisi Barat mempunyai konsep2 asas dan epistemologi yg
tersendiri spt sains Islam,Cina & India.Justeru itu perbahasan
tentang sains yg berkembang di luar drp sains Barat adalah
sah.Demikian halnya apabila kita memperkatakan sains Barat Moden.Ia
mempunyai kosmologi sosial yg sama.Ia tidak berkembang secara
kebetulan atau sebagai hasil akumulatif ilmu2 moden.Tegasnya,sains
moden adalah ilmu yg berkembang dalam situasi & suasana yg
bersifat bebas nilai,& dilatari oleh falsafah & fahaman yg
serasi dengan doktrin Barat.Misalnya ilmu biologi moden amat
dipengaruhi oleh teori evolusi Darwin yg amat bercanggah dengan
perspektif sains Islam dan pelbagai sains klasikal yg lain.
-
**Tidak tepat andainya kita menyatakan bahawa sebelum sains
Islam,Barat tidak mempunyai sains.Apa yang benar ialah sains Barat
amat merosot di Eropah pada lingkungan jangkamasa 400-1100 M.Alasan
sebenar mengapa sains Barat tidak berkembang dalam tempoh tersebut
ialah :
-
**ketidaksetabilan politik di Eropahketiadaan unsur patronage (
naungan politik terhadap para saintis failasuf )sikap gereja
Kristian yang tidak menggalakkan mempelajari ilmu daripada orang
bukan Kristian
-
**Institusi gereja mempunyai tanggapan bahawa ilmu yang berasal
daripada peradaban yang bukan Kristian adalah ilmu yang sesat
lantaran tidak berpandukan kitab Injil.Mereka juga menolak semua
ilmu yang berasal daripada Tamadun Yunani yang dihasilkan oleh
Plato,Aristotle,Socrates,Thales dan lain-lain kerana sains Yunani
didakwa bercanggah dengan ajaran Kristian.
Seyyed Hossein Nasr menegaskan bahawa sains Barat berkembang
berdasarkan ilmu sains yang dikembangkan dan disintesiskan oleh
saintis-failasuf dalam peradaban Islam yang diwakili oleh
Khawarizmi,Jabir bin Hayyan,Ibn Sina,Ibn Haytham,al-Kindi,Banu
Musa,Umar Khayyam,Ibn Firnas,al-Idrisi dan ramai lagi.Sains dalam
peradaban Islam telah berkembang dengan gemilang dari tahun 900 M
hingga 1400 M dalam pelbagai bidang.Dalam lapangan logik dan
perubatan perkembangan mengunjur hingga 1750 M.
-
Budaya sains Barat menjelang tahun 1100 1400 M semakin kurang
permusuhan dengan ilmu asing terutama yang dimajukan oleh saintis
Muslim.Tempuh ini disebut sebagai era pertembungan Barat dan
Islam.Pope Sylvester II ( 999 1003 M ) memainkan peranan
mendekatkan jurang di antara orang-orang Kristian dengan budaya
ilmu Islam.Beliau telah mengarahkan penterjemahan karya-karya sains
berbahasa Arab ke bahasa Latin.Pope tersebut mendapati sains Islam
lebih dekat dengan ajaran Kristian jika dibandingkan dengan sains
Yunani.Pengetahuan sains Islam juga boleh digunakan untuk meneroka
mengenai astrolabe dan abacus.
-
Rentetan dari perkembangan itu menjelang pertengahan abad
kesepuluh Masihi penterjemahan karya sains Islam ke bahasa Eropah
telah berjalan pesat di Sepanyol terutama di Biara Santa
Maria.Kebanyakan karya tersebut di sekitar ilmu astronomi dan
geometri.Kegiatan penterjemahan tersebut berjalan dengan lebih
pesat selepas kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.Para penterjemah
tersebut terdiri dsaripada Plato dari Trivoli,Gerard dari
Cremona,Adelard dari Bath,Robert dari Chester dan Dominicus
Gondisalvo.Manakala saintis failasuf Muslim yang menjadi idola
mereka ialah Ibn Sina yang mana 276 karyanya diterjemahkan ke
pelbagai bahasa Eropah.Tidak keterlaluan andainya dirumuskan bahawa
pemikiran yang terdapat dalam buku-buku karya Ibn Sina dan Ibn
Rushd yang bertanggungjawab menanamkan benih-benih Renaisans yang
pada awalnya tercetus di Itali dan akhirnya merebak ke seluruh
Eropah.
-
Sungguhpun sumbangan sains moden menatijahkan kemudahan dan
kesempurnaan hidup kepada manusia,namun tidak boleh disangkal sama
sekali bahawa ia telah mengakibatkan krisis nilai dan konflik
pemikiran yang penuh tragis.Faktor utama yang mencetuskan fenomena
itu ialah penyingkiran dan peminggiran agama dan aspek-aspek
metafizik dalam budaya sains moden.Pertumbuhan dan perkembangan
sains moden telah mengakibatkan dua dampak dalam kehidupan manusia
kontemporari.
-
Pertama : Dampak terhadap alam natijah daripada kemajuan dan
perkembangan sainsKedua : Dampak kepada aspek falsafah.Alam
misalnya telah menderita akibat pencabulan dan manipulasi dahsyat
yang dilakukan oleh manusia yang bersenjatakan sains
moden.Kerakusan manusia mengakibatkan berlaku kerosakan alam
sekitar dan system ekologinya.Ini semua diakibatkan manusia terlalu
mengkagumi kebolehan sains.Antara kedurjanaan yang melimpah boleh
diteliti daripada isu pengklonan,ponografik,perlumbaan senjata,isu
nuclear dan seumpamanya.
-
Implikasi lain yang menonjol dalam perkembangan sains moden
ialah perubahan dalam aspek falsafah,baik ditinjau daripada aspek
metafizik,epistemologi dan etika.Dalam bidang metafizik,peranan
Tuhan disangkal sehingga mewujudkan fahaman eteisme.Begitu juga
perubahan dalam epistemology akibat fahaman rasionalisme yang
didakwa oleh sains moden sebagai satu-satunya cara yang sah untuk
mendapat ilmu pengetahuan membawa kepada penolakan wahyu dan juga
ilham sebagai sumber ilmu.Akibat daripada perubahan ini sains moden
berjaya meminggirkan agama daripada arena ilmu lantaran agama
dianggap sebagai tidak rasional.Dalam bidang etika pula, nilai yang
tertinggi bagi pendokong sains moden ialah nilai gunaan seperti
yang ditayangkan oleh fahaman utilitarianisme.Semua pengadilan
nilai dianggap sebagai cirri kuno dan lantaran itu sains dianggap
neutral atau bebas nilai.Dengan perkataan lain sains didakwa tidak
mempunyai pertimbangan nilai yang menyebelahi mana-mana pihak.
-
KRISIS SAINS MODENAntara bidang yang perlu dianalisis secara
kritis tentang hal ini ialah :1.Moral sains daripada perspektif
budaya Barat terhadap alam dan sains2.Moral agama dan tradisi dalam
sains moden3.Moral sains daripada perspektif kemusnahan alam oleh
sains moden4.Kedudukan nilai dalam perspektif sains Barat5.Moral
pengajaran dalam pendidikan sains moden6.Moral sains dalam konteks
pengkajian kontemporari mengenai sains di Malaysia7.Moral dan etika
dalam bioteknologi dan kejuruteraan genetik.
-
Falsafah sains Barat berlandaskan rasionalisme.Sungguhpun
komuniti sains moden Barat mengakui adanya Tuhan tetapi mereka
menafikan peranan Tuhan dalam menentukan segala kejadian yang
berkaitan dengan manusia dan alam semesta.Salah seorang tokoh
saintis Barat yang bernama George Leclerc ( 1707 1788 ) menyatakan
bahawa Tuhan memberi daya ( a force of impulsion ) kepada
planet-planet sewaktu menciptakannya dengan alam ghaib kerana
sebab-sebab yang menasabah yang boleh diterangkan melalui
hukum-hukum mekanik.Sebaliknya beliau mendakwa bahawa Tuhan tidak
terbabit di dalam kejadian tersebut.
-
Manakala Albercht Von Haller ( md 1740 ), saintis daripada Swiss
telah menegaskan bahawa jirim memiliki keupayaan sendiri untuk
bergerak.Hujah beliau bersandarkan kenyataan bahawa magnet
bertindak menarik besi.Demikian juga Abraham Trembley,seorang
biologis telah membuat penemuan yang mendapati hidra,sejenis haiwan
mampu membiak walaupun dikerat kepada beberapa kepingan.Penemuan
ini telah menyebabkan orang ramai percaya bahawa jisim boleh
menerbitkan dirinya sendiri,iaitu bebas tanpa pertolongan
Tuhan.Pendapat Trembley disokong oleh paderi John Turbeville ( md
1745 ) yang menemui hidupan-hidupan halus daripada sayuran yang
telah mati.
-
Tokoh2 saintis yang disebut tadi telah menimbulkan keraguan
terhadap peranan Tuhan ke atas alam dan manusia,disana terdapat
tokoh-tokoh saintis dan failasuf moden yang lebih hebat pengaruhnya
dalam menyingkirkan pengaruh keagamaan dalam kehidupan
manusia.Antaranya ialah Francis Bacon,Rene Descartes,Galileo,Kepler
dan Newton yang telah membangunkan sains moden tulen di dalam
lapangan matematik dan mekanik.Mereka menganggap dunia seperti
sebuah mesin yang canggih dengan segala kegiatan yang memerlukan
matematik dan mekanik di dalam berinteraksi.Antara peranan mereka
dapat dirumuskan seperti berikut :
-
iNicholas Copernicus ( 1473 1543 ) telah memulakan revolusi
sains moden dengan menggagalkan teori Ptolemy dan Bible tentang
pusat bumi yang telah diterima lebih beratus tahun yang
lalu.iiJames Kepler ( 1571 1630 ) menurut jejak langkah Copernicus
dengan menghasilkan undang-undang formula empiric tentang
pergerakan bintang-bintang ( planet ).
-
iiiGalileo Galilie ( 1571 - 1642 ) merupakan tokoh saintis Barat
yang benar-benar berjaya mengubah paradigma sains.Kejayaan beliau
mencipta teleskop iaitu alat cerapan bintang telah memperkecilkan
fakta kosmologi kuno dan mengiktiraf hipotesis Copernicus yang
muncul sebagai teori sains unggul.ivRene Descartes pula merupakan
failasuf saintis yang lebih tersohor dalam lapangan
matematik.Pandangan dan penerokaan falsafahnya amat dipengaruhi
oleh fizik moden dan astronomi.Beliau tidak menerima sebarang
pengetahuan tradisi,tetapi berjaya menegakkan sistem pemikiran
baru,beliau menyatakan :
-
" All science is certain evident knowledge.We reject all
knowledge which is merely robable and judge that only those things
should be believed which are perfectly known and about which there
can be no doubt " ( Garber,1978, Science in certainly in Descartes,
in Hooker,Michael ed. Descartes,Baltimore : John Hopkins Unly.
Press ).
-
Bagi pendokong Cartesian,matematik merupakan penentu bagi dunia
yang nyata.Descartes percaya bahawa struktur matematik adalah kunci
kepada alam semesta dan sains pula merupakan sinonim dengan
matematik.Beliau membentuk kaedah baru dalam penulisan sains
semulajadi yang lengkap.Descartes menganggap bahawa bahan2 yang
terdapat di dunia ini adalah mesin.Ini bermaksud tiada
keazaman,tiada kehidupan ataupun tiada semangat dalam hal ini.Semua
perbuatan manusia terikat dengan hukum mekanik dan setiap bahan
dapat dijelaskan pergerakannya berdasarkan hukum ini.Beliau
menggariskan pemikiran saintifik secara kerangka umum bagi
pandangan semulajadi seperti mesin yang sempurna,diperintah oleh
undang2mekanik untuk organisasi hidup.
-
2Moral Agama dan Tradisi dalam Sains ModenSemua agama berusaha
mencari doktrin tersendiri tentang sains.Apa jua penemuan dan teori
sains yang bercanggah dengan ajaran agama akan ditentang.Contohnya
teori evolusi Darwinisme disanggah sekeras2nya oleh para ilmuan
Islam.Walaupun teori itu dianggap hebat oleh sesetengah saintis dan
rasional,namun ia ternyata tidak dapat menyelesaikan hakikat
sebenar kejadian dan perkembangan hidup manusia.Teori tersebut
tidak dapat memberi jawapan tentang asl usul manusia yang pertama
kali.Sehubungan ini apakah manusia harus menerima kembali teori
generasi spontan yang telah terlanjur ketika itu,ataukah terpaksa
menerima ajaran agama wahyu yang menyatakan bahawa kehidupan
manusia dan seluruk makhluk adalah ciptaan Tuhan.Konsep makhluk
yang diciptakan dianggap tidak ada keterangan yang jelas mengenai
bagaimana cara menciptakannya.Justeru itu ia disifatkan mengganggu
pengertian tentang alam sains ( fizikal dan teknologi).
-
Ilmu pengetahuan atau sains,secara ringkasnya dinisbahkan
sebagai himpunan pengetahuan manusia yang dikumpulkan melalui
suatyu proses pengajian dan yang dapat diterima oleh rasional.Sains
yang dihasilkan oleh ajaran agama seperti sains Islam telah
menyumbangkan budaya dan tamadun intelektual yang mantap.Pemangkin
kepada sains Islam ialah agama dan tradisi.Sebaliknya sains moden
Barat menghadapi dilemma dalam hal ini.Timbul pertanyaan yang
bertali arus apakah sains Barat benar-benar ilmu atau hanya sekadar
maklumat yang belum pasti benarnya.
-
3MORAL SOSIAL DARI PERSPEKTIF KEMUSNAHAN OLEH SAINS MODENAkibat
agama dan tradisi tidak menunjangi sains moden maka fenomena
berikut telah menjadi lumrah di dunia kontemporari,antaranya
:iPencemaran Alam SekitarPencemaran alam sekitar menjadi fenomena
lazim natijah daripada perkembangan dan kemajuan hidup yang ditaja
oleh sains dan teknologi.Pencemaran alam sekitar meliputi kumbahan
kimia yang mencemarkan air,udara dan persekitaran.Pencemaran
nuklear,penggunaan bahan kimia sebagai baja dan racun,pencemaran
bioteknologi dalam penyelidikan menyusun semula DNA dan
kejuruteraan genetik ( baka ).Ia bukan sekadar mendatangkan masalah
kepada manusia sejagat tetapi juga menjatuhkan imej sains itu
sendiri.
-
Pembakaran arang batu merupakan pencemaran yang paling merbahaya
ke atas alam sekitar.Di samping itu pencemaran alam sekitar yang
berpunca daripada asap,debu,gas,sesetengah bahan organic telah
dikategorikan sebagai punca yang menghasilkan toksik atau
karsigonik.Punca apencemaran alam sekitar yang lain ialah sulfur
dioksida yang boleh membawa penyakit kanser paru-paru.Demikian juga
nitrogen oksida yang disebabkan oleh penggunaan bahan berjentera
juga mengakibatkan pencemaran alam sekitar.Ia akan menyebabkan
berlakunya hujan asid iaitu sebagai satu tindakbalas 02 dengan air
meruap yang akan membentuk SO2NO2.
-
iiPencemaran nuklearPengajian tentang nuklear telah menjadi
agenda utama kritikal evolusi hasil daripada kemajuan sains dan
teknologi.Kebanyakan negara maju berlumba-lumba untuk memajukan
senjata nuklear dan ada juga yang mendapat bekalan tenaga
nuklear.Senjata dan reaktor nuklear tidak dapat dipisahkan.Jika
berlaku perang nuklear seluruh muka bumi dan sega isi kandungannya
akan menghadapi kemusnahan.
-
4Kedudukan Nilai Daripada Perspektif Sains ModenSains adalah
pengetahuan mengenai dunia fizikal,manusia dan masyarakat.Ia
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sains tulen,sains sosial dan
sains gunaan.Sehubungan ini sains gunaan merupakan teknologi yang
membolehkan manusia mencipta alat atau perkakas dan rekaan-rekaan
lain bagi membantu manusia memenuhi hukum alam tabii.Ia juga boleh
dilihat sebagaimana kenyataan J.Brronowski : " Sains merupakan
rekaan konsep dan fakta yang berlandaskan kebenaran."
-
Nilai akan wujud apabila dibandingkan sesuatu benda atau
tindakan atau kualiti sesuatu bahan dengan pandangan atau pendapat
golongan lain.Sistem nilai dipengaruhi oleh keprcayaan,tamadun dan
amalan manusia dan ia berbeza mengikut kaum,agama dan masa.Menurut
J.Bronowski lagi,nilai etika tidak mempunyai sempadan yang jelas,ia
wujud di kalangan ahli sains,para artis.ahli teologis dan
kelompok-kelompok manusia yang lain.
-
Period sebelum Masihi,kebanyakan para failasuf bersetuju bahawa
tanpa kewujudan unsure-unsur etika dalam sains,sudah tentunya
falsafah Aristotle dan Plato tidak dapat memenuhi keperluan
masyarakat Greek purba.Kenyataan ini menjadi benar apabila
diperhatikan kehidupan masyarakat Grek purba berlandaskan kepada
pengamatan deria dan logik.Apabila ditinjau pandangan Plato dan
Aristotle,didapati karya falsafah mereka amat sarat dengan
unsur-unsur etika.
-
Period sebelum Masihi,kebanyakan para failasuf bersetuju bahawa
tanpa kewujudan unsure-unsur etika dalam sains,sudah tentunya
falsafah Aristotle dan Plato tidak dapat memenuhi keperluan
masyarakat Greek purba.Kenyataan ini menjadi benar apabila
diperhatikan kehidupan masyarakat Grek purba berlandaskan kepada
pengamatan deria dan logik.Apabila ditinjau pandangan Plato dan
Aristotle,didapati karya falsafah mereka amat sarat dengan
unsur-unsur etika.
-
Sains merupakan satu konsep yang mempunyai skop yang luas
meliputi manusia,kosmos dan masyarakat. Sebaliknya nilai dan etika
pula merupakan suatu pengukuran terhadap sesuatu dengan membuat
perbandingan terhadap benda,pandangan manusia atau
masyarakat.Apabila sesuatu rekaan sains tercipta misalnya pancaran
radioaktif diperkenalkan kepada orang ramai ,penilaian terhadap
rekaan sains ini akan timbul samada dari segi moral,kegunaan atau
aplikasinya.Mungkin ada pihak menyatakan bahawa pancaran radioaktif
itu membahayakan manusia.Tetapi pihak lain pula mempertahankan
penggunaannya demi membantu perkembangan sosioekonomi negara.Di
sinilah timbulnya konflik mengenai nilai tentang sesuatu penemuan
atau teori sains.
-
Meskipun demikian,tidak boleh disangkal lagi bahawa rekaan sains
atau ciptaan teknologi adalah penting bagi sesebuah negara yang
sedang memacu perkembangan yang pesat dalam sektor
perindustrian.Pada masa yang sama semua pihak perlu memikirkan
tentang aspek nilai yang berkait dengan rekaan sains atau teknologi
itu.Kerajaan dan para saintis usahlah memikirkan keuntungan
material dan kegunaan sesuatu rekaan sains tanpa mempertimbangkan
keselamatan nyawa,harta benda masyarakat,negara dan manusia
sejagat.Unsur etika patut diletakkan di tempat yang tinggi
seiringan dengan inovasi sains dan teknologi.Ini disebabkan
pembangunan sosial yang menyeluruh tidak akan tercapai seandainya
penekanan hanya diberikan kepada rekaan sains dan bukan kedua-dua
aspek tersebut secara serentak.
-
Revolusi sains abad ke 17 Masihi mencetuskan suatu pembaharuan
atau reformasi sains yang ditanggapi oleh Thomas S.Kuhn ( 1970 ),di
dalam bukunya The Structure of Scientific Revolution,sebagai satu
kumpulan pernyataan yang telah mencapai puncak
kegemilangannya.Sains klasikal telah mengalami anjakan secara
revolusi ke sains moden.Sehubungan ini para saintis seperti
Kepler,Galileo,Francis Bacon,Descartes dan Newton telah melakukan
pelbagai spekulasi dan ujikaji yang menghasilkan implikasi besar
dalam dunia sains,falsafah dan pemikiran..Menjelang berakhirnya
abad ke 20 muncul pula perkembangan sains yang lebih radikal
seperti bercambahnya penciptaan computer,robot kerdikan buatan (
artificial intelligence ) dan penyelidikan serta penerokaan angkasa
lepas.
-
Meskipun sains telah berkembang secara drastik sejak era
revolusi sains tetapi fungsi unsur-unsur etika dan nilai tidak
berkembang pesat seiringan dengannya,malah telah merudum jatuh.Apa
yang berubah ialah penilaian manusia terhadap etika itu
sendiri.Pada dasawarsa mutakhir ini manusia lebih cenderung kepada
fahaman dan aliran kebendaan.Dalam konteks ini mereka mementingkan
keuntungan dan status bukannya rekaan sains itu sendiri.Malah
timbul soalan-soalan yang bercelaru dalam pemikiran para peninjau
sains moden.
-
Antaranya apakah unsur-unsur kemanusiaan masih ada tempat di
hati sanubari komuniti sains kontemporari ? Sejauhmanakah
aspek-aspek kemanusiaan dan moral dihayati oleh para saintis dan
failasuf moden baik di Timur mahupun di Barat ? Dengan kata-kata
lain boleh ditegaskan bahawa sains Barat moden berterusan mendokong
nilai materialisme dan konsumerismenya.Selanjutnya saintisme Barat
masih menguasai etika ilmiah dan khidmat.Barat telah menjadikan
sains sebagai ideologi tunggangannya.
-
Moral Pengajaran Dalam Pendidikan Sains Moden Pada hakikatnya
sains dan teknologi adalah disiplin ilmu yang menjadikan alam dan
manusia sebagai objeknya.Justeru itu ia wajar dikembangkan dan
dibudayakan dalam persekitaran dan lingkungan umat Islam dengan
menjadikan sistem pendidikan Islam sebagai pemangkin yang
membangunkannya.Sebaliknya sistem pendidikan global di
negara-negara umat Islam masih berorientasikansistem pendidikan
kebaratan yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi menjerumuskan
umat Islam kea rah krisis akidah dan nilai.Lebih-lebih lagi aliran
rasionalisme masih menguasai pemikiran sains kontemporari yang
memencilkan pegangan keagamaan.Malah proses pencernaan sains yang
membuahkan teknologi juga masih berlandaskan dimensi dualisme dan
sekularisme.
-
Daripada perspektif saintisme Barat,sistem pengajaran mutakhir
tidak menjejaskan pengajaran sains.Sebaliknya sistem yang sama amat
mencabar kewibawaan serta keunggulan sistem kepercayaan dan
kebudayaan Islaqm.Situasi ini timbul disebabkan pengajaran sains
moden menafikan pandangan semesta yang berpaksikan agama.Pendokong
sains moden berhasrat menjadikan disiplin sains bersifat objektif
dengan memutuskannya daripada sebarang nilai dan kepercayaan atau
pegangan agama.
-
Segelintir saintis dan pemikir sains moden turut mengkritik
metodologi sains moden.Misalnya Wellington ( 1989 ) di dalam
tulisannya " Skill and Process in Science Education,A Critical
Analysis, menyatakan bahawa pengajaran sains moden berkecenderungan
menjadi 'over specific" dan " restrictive'. Manakala C.R.Benge (
1972 ), di dalam bukunya,Communication and Identity, menggariskan
:" The manace of scientism that is largely psychological,not that
of the scientific process.'
-
6Moral Sains Dalam Konteks Pengkajian Kontemporari Mengenai
Sains di MalaysiaSebenarnya permasalahan mekanikalisme dalam sains
bukan lagi satu fenomena ketokohan Si Isaac Newton, akan tetapi
teori deterministik Newton yang merujuk kepada fizik semata-mata
telah dicabar oleh para saintis Barat sendiri misalnya Heisenberge
dengan teori relativitinya ( Heisenberge's Uncertainty Principle )
yang dibentangkan pada tahun 1927.Heisenberge sebagai pendokong dan
pengasas fizik kuantum telah membuktikan dakwaan bahawa ketiaan
Tuhan oleh sains moden adalah sudah ketinggalan zaman.Malah kuasa
Tuhan sentiasa wujud dalam semua aspek kehidupan manusia dan
alam,akan tetapi bahasa sains sudah tentu berbeza dengan stail
bahasa agama.
-
Tokoh2 saintis Barat sendiri seperti Einstein dan De Broglie
mendekati kebenaran Tuhan dalam pentafsiran dan tentangan mereka
terhadap fenomena sementara yang belum diketahui manusia,walhal ia
berkemungkinan bersifat deterministik.Sebenarnya teori hidden
variables yang dikemukakan oleh Einstein dan para saintis Barat
bukanlah sesuatu yang asing dalam konsep ketuhanan
Islam.Angkubah-angkubah atau variables yang dianggap tersembunyi (
hidden ) itu adalah persoalan-persoalan ghaybiyyat dan sam'iyyat (
metafizika ) seperti Zat Allah SWT,para malaikat,alam ruh,alam
akhirat dan lain-lain seumpamanya.
-
7Moral dan Etika Dalam Bioteknologi dan Kejuruteraan GenetikIsu
teknologi gabungan DNA ( asid nokliek Deoksiribosa ) dan
kejuruteraan genetik turut diperdebatkan oleh para ilmuan Islam
yang menghasilkan beberapa rumusan tentang keabsahannya menurut
syariah Islam.Islam menggariskan prinsip-prinsip tertentu dalam
melaksanakan proses kejuruteraan baka atau lebih khusus lagi
disebut pengklonan.Misalnya Islam menolak pengklonan manusia dengan
alasan :aManusia adalah ciptaan Allah.Justeru itu pihak lain tidak
berhak campurtangan dalam urusan penciptaanNya
-
bpembikinan klon manusia akan mendatangkan kemusnahan kepada
alam ciptaan Allahcpengklonan manusia pula akan merosakkan system
kekeluargaandpengklonan menyanggahi sunnah Allah yang menciptakan
manusia dengan hikmah-hikmah yang tertentu dan unikepengklonan
manusia melalui proses yang diluar batas hukum syarak atau di luar
institusi perkahwinan Islam yang mantap
-
Apa yang terjadi di kalangan saintis Barat yang melakukan
kegiatan genetic engineering untuk kepentingan kebendaan dan
keangkuhan ilmu untuk mencabar kuasa Tuhan Yang Maha
Pencipta.Akibat daripada kerakusan saintisme Barat akan menimbulkan
krisis nilai dalam kehidupan manusia.Masalah sosial akan terus
meningkat berikutan hubungan suci manusia melalui ikatan
perkahwinan dan kekeluargaan telah dihakis dan dimusnahkan.Apabila
situasi itu terjadi para saintis tidak lagi dapat dikawal oleh
undang-undang kerana dunia sains semakin eksklusif dan memiliki
imuniti tersendiri.
-
Prof Azizan Baharuddin di dalam bukunya Science and Belief
Discources on New Perceptions telah membahaskan persoalan biologi
kontemporari yang berdepan dengan beberapa pertimbangan nilai dan
etika tentang sehingga sejauhmanakah teknologi-teknologi yang
berkaitan mengancam keadaan berahsia ( privacy )
,kebebasan,kesihatan,keamanan,malah kewujudan manusia,keseimbangan
pelbagai ekosistem serta futuristic planet bumi.Beliau menampilkan
polemik antara golongan yang memegang prinsip hormic dengan
golongan yang mendokong konsep pure chance tentang menjelaskan
mekanisme kehidupan yang mempunyai implikasi besar terhadap
etika.Antaranya :
-
aKesan-kesan bahaya molekul-molekul DNA menghasilkan
perbincangan tentang keselamatan manusiabcampurtangan manusia dalam
proses kehidupan asas tentang bentuk dan aturan struktur
genetikctentang pengawalan ekspresi gen ( control of gene
expressions )dtentang proses pembezaan sel
-
Semua proses tersebut memerlukan satu disiplin dan etika yang
tinggi.Para penyelidik saintifik mesti memahami bagaimana sesuatu
itu berlaku dan bagaimana ia berfungsi.Mereka tidak boleh
mengabaikan juga persoalan kenapa sesuatu itu berlaku.Ini
membabitkan persoalan yang melepasi dimensi fizikal
semata-mata.
-
PENGEMBALIAN SAINS KE PANGKUAN ISLAMUsaha terpenting umat Islam
pada masa kini ialah bagaimana amengembalikan semula sains kepada
paksinya yang satu iaitu agama.Antara rumusan untuk melaksanakan
usaha-usaha murni kea rah pengIslaman sains ini ialah :aKeharmonian
agama dan sains,tiada pertentangan di antara kedua-duanyabTerdapat
proses pertumbuhan yang selari di antara agama dan sains di dalam
sejarah dan dalil-dalil menunjukkan agama mencetuskan kegiatan
sains
-
cFakta yang relevan mengisyaratkan bahawa sains telah
memantapkan lagi ajaran agama dan demikian juga
sebaliknyadPenampilan sains adalah dari cetusan agama malah
prinsip-prinsip dan fakta-fakta sains terdapat di dalam teks
keagamaan
-
eTerdapat stimuli dan stigma dari falsafah ketuhanan yang
menjadi mekanisme kepada eksperimen sains.Justeru itu agama
membentuk pemangkin kepada sains dengan rujukan kepada suruhan dan
ajaran TuhanfHubungan sains dan agama dari segi fungsinya adalah
untuk mencapai kebahagiaan manusia
-
**SEKIAN. TERIMA KASIH