ISI KANDUNGAN Tajuk Mukasura t Pendahuluan 2 Pengenalan 3 Amalan kebudayaan kaum Kadazandusun Kepercayaan & adat resam Bahasa Makanan tradisional Pakaian tradisional Tarian tradisional Perayaan 6 Implikasi budaya terhadap keperibadian diri dan pencapaian akademik 18 Cadangan pembentukan pengajaran dan pembelajaran mesra budaya 20 Refleksi 23 Rujukan 25 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
ISI KANDUNGAN
Tajuk Mukasurat
Pendahuluan 2
Pengenalan 3
Amalan kebudayaan kaum Kadazandusun
Kepercayaan & adat resam
Bahasa
Makanan tradisional
Pakaian tradisional
Tarian tradisional
Perayaan
6
Implikasi budaya terhadap keperibadian diri dan pencapaian akademik 18
Cadangan pembentukan pengajaran dan pembelajaran mesra budaya 20
Refleksi 23
Rujukan 25
1
PENDAHULUAN
Tugasan projek bagi kursus EDU3106 pad kali ini adalah berkisar tentang
kajian mengenai kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia. Antara perkara yang
difokuskan didalam tugasan ini adalah amalan kebudayaan yang diamalkan oleh
kaum yang dipilih bermula daripada mereka lahir sehinggalah ke akhir kehidupan
mereka.
Selain itu, tugasan ini juga menghendaki untuk membuat penulisan mengenai
kesan atau implikasi budaya terhadap keperibadiaan diri serta tahap pencapaian
akademik kaum yang dipilih. Tugasan yang seterusnya pula adalah untuk
menghasilkan satu buku skrap yang menunjukkan secara keseluruhan mengenai
kaum yang dipilih.
Untuk itu, saya telah memilih kaum Kadazandusun sebagai bahan kajian saya
kerana kaum ini merupakan kaum yang terbesar di Sabah. Tambahan pula, didalam
kaum ini, terdapat banyak jenis amalan dan adat resam yang diamalkan oleh mereka
sehingga menjadikan kaum ini pada pandangan saya begitu unik dan menarik untuk
dibuat kajian.
2
PENGENALAN
Kemunculan masyarakat kadazandusun ini boleh dikaitkan dengan cerita orang
dahulu iaitu kisah lagenda Nunuk Ragang. Masyarakat Kadazandusun mempercayai
bahawa Nunuk Ragang adalah merupakan suatu lembaga merah yang tinggal
dikawasan sungai Liwogu. Masyarakat Kadazandusun menganggap bahawa asal
tempat tinggal mereka adalah daripada kawasan Nunuk Ragang ini.
Manakala, melalui kajian-kajian ilmiah pula, menurut Ivor H.N Evans (1923) dan
T.R Williams (1965), kaum kadazandusun berasal daripada keturunan mongoloid.
Menurut pendapat yang lain pula, masyarakat kadazandusun ini dikatakan
berketurunan indo-Malayan, kacukan kaum Cina dan orang purba madai.
Pada masa kini, masyarakat Kadazandusun ini merupakan satu masyarakat
pribumi Sabah yang tinggal disekitar kawasan pantai barat Sabah. Kaum ini
terbentuk hasil daripada gabungan kaum yang berlainan iaitu kaum Kadazan dan
kaum dusun. Ini berikutan daripada persamaan ketara yang wujud antara kaum
kadazan dan dusun seperti bahasa, sistem sosial, adat kepercayaan dan lain-lain.
Oleh itu, masyarakat kadazandusun ini telah membentuk satu kaum etnik peribumi
terbesar di Sabah. Kaum Kadazandusun terdiri daripada pelbagai suku kaum,
berdasarkan laporan daripada Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah
(KDCA), Suku kaum yang terdapat didalam Kadazandusun tidak kurang daripada 30
etnik iaitu
1. Bisaya
2. Kuijau
3. Murut
4. Sungai
5. Bonggi
6. Lingkabau
7. Nadai
8. Tatana
9. Bundu
10.Liwan
11.Paitan
12.Tanggara
13.Dumpas
14.Lobu
15.Pingas
16.Tidong
17.Gana
18.Lotud
19.Rumanau
20.Tindal
21.Garo
22.Lundayo
23.Rungus
24.Tobilung
3
25. Idaan
26.Makiang
27.Sinobu
28.Tolinting
29.Kadayan
30.Malapi
31.Sinorupu
32.Tombonuo
33.Kimaragang
34.Mangkaak
35.Sonsogon
36.Tuhawon
37.Kolobuan minokok
38.Sukang
39.Tutung
Daripada senarai suku kaum yang telah dinyatakan diatas, terdapat
banyak lagi suku kaum yang dinyatakan. Ini kerana suku kaum tersebut terlalu
kecil bilangannya sehingga agak sukar untuk mengenalpasti jenis suku kaum
mereka itu. Menurut statistik banci penduduk dan perumahan Malaysia 2010,
jumlah penduduk di negeri Sabah adalah 3.2 juta, dimana 568 ribu adalah
etnik Kadazandusun yang menjadikan mereka sebagai kaum terbesar di
Sabah. Jadual 1 dibawah menunjukkan bilangan dan peratusan masyarakat
Sabah mengikut kaum.
KAUM BILANGAN PERATUSAN
Kadazandusun 568,575 17.7%
Bajau 450,279 14%
Cina 295,674 9.2%
Melayu 184,197 5.8%
Murut 102,393 3.2%
Bumiputera lain 659,865 20.6%
Lain-lain 55,980 1.7%
Warga asing 889,779 27.8%
JUMLAH: 3,206,742
(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)Jadual 1
4
Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, masyarakat Kadazandusun
merupakan kaum terbesar di Sabah dan mempunyai pelbagai suku kaum
didalamnya. Justeru, masyarakat ini mempunyai pelbagai warisan budaya,
adat istiadat, amalan turun-temurun, kepercayaan dan lain-lain. Oleh itu,
masyarakat Kadazandusun ini boleh dikatakan sebagai lambang dan identiti
masyarakat Sabah secara umumnya. Ini kerana, apabila kita membicarakan
mengenai masyarakat di Sabah, maka kita sering kali akan mendengar
tentang perayaan pesta kaamatan. Selain itu, masyarakat ini juga jelas
menunjukkan keunikan dan keaslian mereka melalui adat resam dan
kepercayaan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian dimana
dalam setiap amalan yang diamalkan oleh masyarakat ini mempunyai unsur
ritual dan animisme. Selain itu, keunikan masyarakat Kadazandusun ini juga
dapat dilihat dari segi asal-usul dan perkembangan suku kaum mereka iaitu
mengenai lagenda Nunuk Ragang, loghat bahasa yang pelbagai dan berbeza
mengikut suku kaum tertentu, pakaian tradisi yang berlainan mengikut kaum,
kawasan, dan sosiobudaya dimana perbezaan itu dapat dilihat dari segi corak
pakaian mereka itu. Manakala, dari segi muzik dan alatan muzik masyarakat
ini juga dapat dilihat keunikan mereka seperti gong, sompotan, kulintangan,
togunggu, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali dan sebagainya.
Seterusnya, keunikan masyarakat ini boleh juga dilihat dari aspek corak
kehidupan setiap sukukaum Kadazandusun dimana corak kehidupan setiap
sukukaum dipengaruhi oleh kawasan setempat dan adat resam penduduk
setempat. Tuntasnya, masyarakat kaum Kadazandusun ini kaya dengan
pelbagai budaya, adat resam, dan kepercayaan yang boleh diwarisi oleh
masyarakat pada masa kini supaya kebudayaan yang wujud didalam
masyarakat Kadazandusun ini dapat dipelihara dan kekal sepanjang hayat.
5
AMALAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT KADAZANDUSUN
Amalan kebudayaan masyarakat Kadazandusun yang akan
dibincangkan adalah seperti rajah 1 dibawah.
6
Amalan kebudayaan
kaum Kadazandusun
Kepercayaan & adat resam
Bahasa
Makanan tradisional
Muzik tradisional
Pakaian tradisional
Perayaan
Rajah 1
KEPERCAYAAN DAN ADAT RESAM KAUM KADAZANDUSUN
Antara kepercayaan dan adat resam kaum kadazandusun yang akan
dibincangkan adalah seperti rajah 3 dibawah.
7
Kepercayaan & adat resam kaum
Kadazandusun
Adat kelahiran
Adat perkahwinan
Adat kematian
Menginakan
ketianManakau
Kepingaian Miadpinai
Melapau
Adat Makanan
Rajah 3
ADAT KELAHIRAN
Dalam adat kelahiran ini, terdapat 3 fasa yang akan dibincangkan iaitu
sewaktu mengandung, semasa bersalin, dan selepas bersalin. Bagi fasa
pertama iaitu sewaktu mengandung, bidan merupakan orang yang
bertanggungjawab bagi menjalankan proses kelahiran. Bidan kebiasaanya
adalah kaum wanita yang sudah tua dimana mereka mengetahui dan pakar
dalam bidang perubatan masyarakat Kadazandusun. Tugas bidan sewaktu
ibu mengandung adalah memastikan kandungan dalam keadaan sihat dengan
memberi beberapa pantang larang kepada ibu mengandung. Setelah bayi itu
selamat dilahirkan, tugas bidan yang seterusnya adalah memastikan bayi
dalam keadaan sihat terutamanya bagi bayi sulung. Si ibu akan dikenakan
pantang dimana tempoh pantang itu berbeza mengikut darjat atau kedudukan
seseorang itu. Sebagai contoh, bagi orang kebanyakan tempoh pantang
adalah selama 7 hari, manakala bagi orang yang berkedudukan pula adalah
selama 21 hari dan orang yang lebih lagi berkedudukan tinggi adalah selama
44 hari. Selain itu, si ibu mengandung juga akan dijaga rapi oleh bidan agar
tidak diganggu oleh makhluk halus dengan menggunakan jampi mantera.
Antara pantang yang mesti dipatuhi oleh si ibu adalah seperti berikut.
1. Tidak boleh makan ikan yang bertulang keras
2. Ikan yang berduri
3. Nasi sejuk
4. Nasi bercampur air (bubur)
5. Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah
Selain itu, bagi ahli keluarga yang lain pula, mereka diminta untuk
memastikan pintu rumah diikat dengan daun wongkong sebagai tanda rumah
tersebut telah menerima ahli baru. Bidan juga akan menyiapkan bahan-bahan
perubatan untuk si ibu yang mana kebanyakannya diperbuat daripada akar
kayu, herba dan sebagainya. Antara bahan perubatan yang sering digunakan
adalah cekur, kacip fatimah, halia dan sebagainya. Seterusnya, masyarat
Kadazandusun mempunyai satu kepercayaan yang unik dalam memberi
nama kepada bayi mereka dimana bayi itu akan diberikan nama sebanyak
8
dua kali iaitu nama sementara dan nama sebenar. Nama sementara berfungsi
untuk memastikan roh jahat iaitu Rogon Gaiyah tidak memberikan nama
terlebih dahulu kepada bayi tersebut dan seterusnya akan menuntut bayi itu.
Nama sebenar akan diberikan setelah bayi itu berumur lapan hari di
beranda rumah dimana ahli keluarga, jiran tetangga, dan orang kenamaan
dijemput ke rumah untuk berbincang dan menentukan nama anak tersebut.
Setelah bayi itu berumur sebulan, upacara turun tanah atau mintuhun akan
dilaksanakan dimana anak itu akan dibawa sendiri oleh ibunya.
ADAT PERKAHWINAN
Bagi masyarakat Kadazandusun, ibu bapa yang akan bertanggunjawab
untuk mencari pasangan kepada anak lelaki mereka. Dalam adat masyarakat
Kadazandusun, mereka mempunyai adat merisik, bertunang, mendiri dan
masuk rumah baru. Dalam adat merisik, perkara utama adalah pemberian
cincin dari pihak lelaki sebagai tanda peminangan. Waktu peminangan hanya
boleh dilakukan pada waktu pagi sahaja dan mestilah menggunakan wakil
yang bukan dari kalangan keluarga terdekat untuk pergi meminang.
Seterusnya, dalam adat bertunang, ibu bapa bagi pihak perempuan akan
menentukan sama ada menerima pinangan daripada pihak lelaki melalui
mimpi. Jika mimpi baik, majlis pertunangan akan dijalankan, jika tidak, ia boleh
menjadi sama ada pinangan terpaksa ditolak atau pihak lelaki mestilah
membuat bayaran yang dinamakan sebagai sugit kepanasan mimpi. Setelah
itu, upacara majlis perkahwinan dijalankan mestilah dibuat dengan upacara
adat, pemujaan agama, pesta sukaria dan makan minum. Majlis mesti dibuat
selama dua hari paling kurang sehingga boleh dibuat selama 14 hari.
Pasangan pengantin hanya boleh bersatu pada hari kedua atau pada hari
seterusnya bergantung kepada tempoh majlis perkahwinan itu dijalankan.
Hantaran perkahwinan kebiasaanya adalah seperti makanan, alat adat istiadat
atau tinokol dan tasor iaitu barang untuk memperteguhkan semangat.
Upacara utama semasa majlis perkahwinan adalah miohon pinisi iaitu
upacara menukar gumpalan nasi dan setelah upacara ini dilaksanakan,
tetamu akan mula menjamu selera, gong dibunyikan, dan diikuti dengan
pertunjukkan tarian sumazau. Akhir sekali adalah adat mendiri dan masuk
9
rumah baru. Upacara tumedek atau menanda akan dilaksanakan pada hari-
hari penting mengikut masyarakat kadazandusun seperti,
1. Tadau rampagas
2. Tanob
3. Selimpunan do kesilau
4. Selimpunan tadau daat
5. Selimpunan tulan daat
6. Kepuposan tulan daat
7. Selimpunan tulan kelimo
MENGINAKAN
Menginakan merupakan hari keluarga bagi masyarakat Kadazandusun.
Seluruh ahli keluarga akan berkumpul dan satu upacara menyembahyangkan
arak gampian kinombol akan dijalankan. Upacara ini akan diketuai oleh
mengendi dan ia dijalankan pada waktu malam. Setelah itu, bambu atau
telutuk akan digunakan untuk memukul tontongan dimana menurut
kepercayaan mereka, memukul bambu bertujuan untuk memperbaiki dunia.
Menginakan ini kebiasaanya dijalankan selama 7 hari.
KETIAN
Seorang lelaki yang menyebabkan seorang wanita mengandung tanpa
hubungan perkahwinan yang sah adalah dipanggil sebagai ketian. Lelaki
tersebut akan dikenakan hukuman iaitu bayaran denda atau sogit berupa
khinzir atau kerbau.
MANAKAU
Manakau adalah sama erti dengan mencuri dimana apabila berlakunya
kecurian, bomoh akan menjalankan satu upacara mengintutun bagi
mengenalpasti si pencuri. Kebiasaanya, masyarakat kampung dan keluarga
yang dicuri itu akan mempercayai tuduhan yang dibuat oleh si bomoh. Bagi
kes kecurian yang kecil, pesalah hanya akan dicaci dan dicela oleh
masyarakat kampung pada tempoh tertentu. Manakala, bagi kes kecurian
yang besar seperti mencuri kerbau, pesalah akan dihalau keluar dari
kampungnya.
KEPINGAIAN MIADPINAI
10
Kepingaian miadpinai atau kahwin bersaudara adalah dilarang dalam
masyarakat Kadazandusun. Jika bakal pengantin masih lagi mahu
meneruskan perkahwinan, mereka boleh memutuskan talian persaudaraan itu
melalui hukuman denda iaitu pitas. Pitas terdiri daripada 7 kerbau, 7 ayam, 7
perang, 7 tajau, dan 7 mangkuk. Pihak pengantin lelaki mestilah membayar
kepada pihak pengantin perempuan dan begitulah sebaliknya. Pembayaran ini
dinamakan sebagai sebagai mesulak.
MELAPAU
Melapau adalah curang bagi masyarakat Kadazandusun iaitu sama ada
lelaki atau perempuan yang berlaku curang akan dikenakan denda iaitu
bayaran kerbau atau babi kepada ahli keluarga yang dicuranginya.
ADAT MAKANAN
Bagi aspek makanan, terdapat banyak kepercayaan dan adat yang
diamalkan oleh masyarakat Kadazandusun ini. Sebagai contoh, upacara
momohizan dan humabot. Upacara momohizan bertujuan untuk memuja
semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan padi dan melindungi
padi daripada sebarang penyakit atau bencana alam. Upacara ini diadakan
pada bulan ogos atau september iaitu setelah padi selesai dituai.
Kebiasaannya, upacara ini dilaksanakan oleh golongan berada sahaja dimana
golongan yang kurang berada hanya sekadar meminta untuk didoakan
bersama atau dalam bahasa kadazandusunnya mikiompit.
Seterusnya, upacara humabot adalah merupakan adat yang diamalkan
oleh golongan nenek moyang suku kaum ini apabila hendak mendirikan
rumah baru. Bagi tujuan ini, tuan rumah akan meminta bobohizan untuk
menjampi tanah kawasan rumah itu didirikan. Seterusnya, upacara momodu
atau memandikan rumah akan dijalankan. Masyarakat Kadazandusun
mempercayai bahawa ia bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat pembawa
malapetaka. Sebulan selepas itu, upacara momohontog sisit akan dijalankan
11
iaitu bertujuan untuk menghormati tiang rumah dimana ianya merupakan
acara keramaian seperti mamagang, sumazau dan makan besar. Setelah itu,
upacara magavau akan diadakan apabila genap setahun rumah itu telah
didiami dimana ia diadakan untuk memuja semangat rumah. Seminggu
selepas upacara magavau barulah upacara humabot diadakan. Upacara ini
bertujuan untuk menghormati rumah dimana tapai akan dihidangkan bagi
menjamu tetamu yang hadir. Dalam upacara ini, bobohizan akan menjampi
nasi untuk membuat tapai. Air perahan nasi tapai itu akan diminum dan
nasinya pula akan dilontarkan ke dalam bekas menyimpan padi. Upacara ini
berterusan sehinggalah nasi itu habis dilontarkan.
ADAT KEMATIAN
Apabila berlakunya kematian atau kepataiyen dalam sesebuah keluarga,
ahli keluarga si mati akan memukul gong tontong sanang dimana ia bertujuan
untuk memberitahu ada kematian dalam ahli keluarga. Setelah itu, ahli
keluarga si mati juga akan turun dari rumah iaitu mencuba untuk menahan roh
si mati melalui barang yang diambil sekitar halaman rumah untuk disapukan
pada ubun-ubun kepala si mati dengan harapan si mati hidup semula. Selain
menggunakan gong, buluh yang dibunyikan atau mengarasapong juga
digunakan oleh kaum Kadazandusun untuk memberitahu penduduk kampung
tentang kematian ahli keluarganya. Satu upacara ikidan atau angkiban akan
dijalankan setelah masuknya hari ketiga kematian. Upacara ini bertujuan
untuk mengadakan pembahagian harta bagi simati. Terdapat banyak adat
yang dijalankan oleh kaum Kadazandusun semasa berlakunya kematian,
antaranya ialah:
1. Memberitahu
2. Berjaga-jaga
3. Moginupus
4. Pengebumian
5. Majlis makan
12
Seperti yang dibincangkan sebelum ini, apabila berlakunya kematian,
semua penduduk kampung akan diberitahu dimana ia bertujuan untuk
memastikan supaya setiap penduduk dikawasan tersebut tidak melakukan
apa-apa pekerjaan sehinggalah habis proses pengebumian. Mereka
mempercayai bahawa apabila terdapat juga penduduk kampung yang
melakukan mana-mana pekerjaan, maka pekerjaannya itu dianggap sia-sia
dan tidak mendatangkan hasil. Manakala, adat berjaga-jaga pula adalah
bertujuan untuk menjaga mayat si mati daripada iblis atau jin yang digelar
sebagai pendaatan. Mengikut kepercayaan mereka, pendaatan akan
menyerang dan menerbangkan mayat itu dimana sebelum mayat itu
dikebumikan, mayat itu akan disimpan didalam rumah selama tiga, lima, atau
tujuh hari. Bagi adat moginupus pula, ia bermaksud simpati terhadap si mati
dimana ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat-handai, dan saudara-mara akan
menangis sekuat hati sebagai tanda bersimpati. Bagi keluarga yang berada,
lembu atau kerbau akan disembelih pada hari pengkebumian bagi membuat
penghormatan yang terakhir kepada si mati.
Bagi adat pengkebumian pula, mayat akan dibawa ke kubur dengan
menggunakan keranda atau tajau. Mayat akan dibalut dengan kain dan
diikatkan pada sebatang kayu. Sepanjang perjalanan ke kubur, paluan gong,
gendang, letupan mercun atau senapang akan dibunyikan dimana ia
bertujuan untuk menakutkan hantu daripada meresap masuk ke tubuh si mati.
Semasa sampai di perkuburan, mayat akan dijampi oleh seorang tua sebelum
mayat itu diletakkan kedalam liang kubur. Setelah itu, mayat itu akan
diletakkan sebatang kayu beringin diatasnya sebelum ia dikambus dengan
tanah. Ini bertujuan untuk mengetahui sama ada si mati masih mengingati ahli
keluarganya atau tidak. Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada
setiap petang selama tujuh hari secara berterusan. Masyarakat
Kadazandusun percaya bahawa roh si mati memerlukan makanan daripada
keluarganya yang masih hidup. Setelah selesai proses pengkebumian, majlis
makan akan diadakan secara berperingkat-peringkat iaitu makan tiga dan
tujuh hari, makan empat puluh hari, makan seratus hari, dan makan tiga
tahun.
13
BAHASA KAUM KADAZANDUSUN
Keluarga dusun menggunakan empat belas bahasa pertuturan
(Jacqueline Pugh-Kitingan, 1987). Antara bahasa dusun tersebut adalah:
1. Liwan
2. Tagas
3. Dusun Tambunan
4. Tuhauwon
5. Kuruyou
Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, masyarakat Kadazandusun ini
merupakan suku kaum terbesar di negeri Sabah. Justeru, terdapat banyak dialek
dalam bahasa kadazandusun yang dituturkan oleh masyarakat Kadazandusun.
Walaupun terdapat perbezaan dalam setiap dialek tersebut, ia masih dianggap
dalam rumpun suku kaum Kadazandusun. Bagi memelihara bahasa
Kadazandusun, banyak badan organisasi dan persatuan telah dibentuk seperti:
1. Kadazandusun Language Foundation(KLF)
2. Koisaan Cultural Development Institute(KDI)
3. Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah(KDCA)
4. Perpustakaan Negeri Sabah(PNS)
MAKANAN TRADISIONAL KAUM KADAZANDUSUN
Pesta kaamatan amat sinonim dengan masyarakat Kadazandusun dimana ia
dirayakan pada setiap 30 dan 31 Mei. Semasa perayaan ini, kita akan dapat melihat
terdapat pelbagai jenis makanan tradisional yang dihidangkan kepada para tetamu.
Antara makanan tradisional masyarakat Kadazandusun adalah seperti berikut:
1. Hinava
2. Noonsom
3. Pinaasakan
4. Bosou
5. Tuhau
6. Sup Kinoring Bakas
7. Sup Manuk Lihing
Hinava adalah makanan yang popular dalam kalangan masyarakat
Kadazandusun. Hinava merupakan isi ikan yang dihiris halus dicampur dengan biji
14
buah bambangan yang diparut, cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan
garam. Noonsom pula boleh dikenali sebagai jeruk. Terdapat banyak jenis noonsom,
antara yang popular adalah Noonsom sada, noosom Bambangan dan Noonsom
Tuhau. Seterusnya, Pinaasakan adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada
ikan yang dicampurkan dengan biji kunyit dan halia, asam jawa atau buah asam,
garam, dan sedikit air. Ia akan direbus sehingga air hampir kering. Sup manuk Lihing
pula dikenali sebagai sup ayam lihing. Makanan ini diperbuat daripada ayam dan
dicampur dengan lihing iaitu sejenis minuman keras serta sedikit halia, garam dan
serbuk perasa. Menurut tradisi, makanan ini amat sesuai untuk wanita yang baru
lepas bersalin.
MUZIK TRADISIONAL KAUM KADAZANDUSUN
Terdapat empat jenis alatan muzik tradisional masyarakat Kadazandusun, iaitu: