950821-05-5463
ABSTRAKPENGARUH SUKAN BOLING TERHADAP PERPADUAN PELAJAR DI DALAM
KELAB BOLING DI SMK TINGGI PORT DICKSON.Penyelidikan ini bertujuan
untuk mengkaji pengaruh sukan boling terhadap perpaduan pelajar di
dalam kelab boling di Sekolah Menengah Tinggi Port Dickson. Saya
telah menjalankan kajian di dalam sekolah dan di Pusat Boling di
pusat membeli belah The Store, Port Dickson. Kawasan kajian ini
telah dipilih kerana lokasi pusat boling tersebut berdekatan dengan
rumah saya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi merupakan sekolah
dimana saya belajar. Ini membantu saya menyiapkan kajian tepat pada
masa yang ditetapkan. Sampel kajian terdiri daripada 23 orang
pelajar yang merupakan ahli kelab boling di sekolah. Sampel ini
merangkumi pelajar yang berbangsa Melayu, Cina, dan India. Soal
selidik telah diberikan kepada mereka untuk mendapatkan jawapan
tentang sebab mereka menyertai kelab boling di sekolah dan
mengetahui wujudnya perpaduan dalam kalangan pelajar kelab boling
di SMK Tinggi Port Dickson. Hasil kajian ini mendapati bahawa
pelajar menyertai permainan boling disebabkan beberapa faktor dan
permainan boling telah mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar
kelab boling Sekolah Menengah Tinggi Port Dickson. Kesimpulannya,
melalui kajian yang telah dijalankan, faktor-faktor pelajar
menyertai permainan boling dan kesannya terhadap perpaduan dalam
kalangan pelajar kelab boling di SMK Tinggi Port Dickson telah
dikenal pasti.
ISI KANDUNGANBILTAJUKHALAMAN
1.ABSTRAK1
2.KANDUNGAN2
3.PENGHARGAAN3
4.PENGENALAN4-5
5.OBJEKTIF KAJIAN6
6.LOKASI KAJIANi. Peta 1ii. Peta 27-8
7.KAEDAH KAJIANa) Persampelanb) Pengumpulan datac) Teknik
Penganalisan Data9-11
8.DAPATAN KAJIAN12-18
9.RUMUSAN DAN KESIMPULAN19
10.RUJUKAN20
11.LAMPIRAN21-22
PENGHARGAANAlhamdulillah hirabbil alamin, saya merafakkan
sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya, dapat
saya menyelesaikan tugasan dalam menyiapkan kerja khusus Pengajian
Am yang bertajuk Pengaruh Sukan Boling Terhadap Perpaduan Pelajar
dalam Kelab Boling di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port
Dickson.Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson, Puan Zainab binti
Yaacob yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan
kejian ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada guru Pengajian Am saya, Puan Jahara binti Mahbub yang banyak
memberi bimbingan dan tunjuk ajar hingga saya dapat melengkapkan
kajian ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sepenuh penghargaan
kepada pelajar kelab boling di SMK Tinggi Port Dickson atas
kesudian mereka membantu dalam menjalankan kajian ini.Saya juga
ingin merakamkan perhargaan dan ribuan terima kasih kepada semua
guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson yang telah
banyak membimbing, memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian
dijalankan.Terima kasih juga kepada kedua ibu bapa tercinta , Encik
Rozali bin Abdul Rahim dan Puan Norhayati binti Zuki diatas
sokongan moral, nasihat serta tunjuk ajar dan kewangan. Tidak
dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan, Ika, Ain, Yeo,
Kogul, Jennifer, Syafiqah, Syamimi, Aida, Ashekin, Farhanah dan
Syuhada dalam memberi pelbagai maklumat, berkongsi pengetahuan dan
membantu bersama-sama semasa menjalankan kajian ini. Jasa yang
telah diberikan amatlah dihargai.Sekian, terima kasih kepada
semua.
PENGENALANPerpaduan adalah satu proses yang menyatupadukan
anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi
negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama
di kalangan mereka.Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu
kestabilan dan kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah
memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai
dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa
perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020
tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan
untuk menjana kemajuan.Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan
perlu menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat Malaysia menjadikan
dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum.
Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan
asimilasi. Integrasi yang merupakan satu proses mewujudkan satu
identiti nasional di kalangan kumpulan- kumpulan yang terpisah dari
segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Asimilasi pula adalah satu proses dimana kumpulan-kumpulan minoriti
diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam
kumpulan etnik yang besar.Dalam dasar-dasar kerajaan dalam
membentuk perpaduan, salah satu dasar yang diperkenalkan ialah
Sukan Alat Perpaduan.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007),
sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau
kemahiran serta tenaga yang dilakukan sebagai acara hiburan seperti
pertandingan atau kegiatan untuk menyihatkan badan.Dasar Sukan Alat
Perpaduan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik
dalam kalangan rakyat. Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) yang
ditubuhkan pada peringkat sekolah dan Temasya Sukan Malaysia
(SUKMA) adalah contoh dasar ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum dan
hubungan antara negeri.Sukan boling adalah sejenis sukan kompetitif
dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola
di atas lorong yang diperbuat daripada kayu atau sintetik dengan
tujuan untuk mendapatkan mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang
mungkin. Permainan ini berasal daripada permainan skittle dan
sangat popular di Eropah dan Amerika Syarikat. Kini, pemain-pemain
dari Asia Tenggara telah mahir dalam permainan ini dan ramai juga
yang bergelar juara dunia. Semasa Sukan Asia tahun 2006, emas
Malaysia banyak disumbangi oleh pasukan boling negara.
OBJEKTIF KAJIANTerdapat dua objektif dalam menjalankan kajian
ini dan kajian yang dibuat adalah berdasarkan kepada objektif yang
disusun.i. Mengenalpasti faktor-faktor pelajar memilih sukan boling
sebagai permainan mereka.ii. Mengkaji kesan permainan boling
terhadap semangat perpaduan dalam kelab boling Sekolah Menengah
Kebangsaan Tinggi Port Dickson.
LOKASI KAJIANDalam membuat kajian, kawasan kajian merupakan satu
elemen yang penting. Kawasan kajian ini adalah berfokus di kawasan
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson yang terletak di Km
3, Jalan Pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan. Sekolah Menengah
Kebangsaan Tinggi Port Dickson merupakan salah sebuah sekolah yang
ada di Port Dickson yang telah ditubuhkan sebagai sekolah
persendirian pada 1910 dan menjadi sekolah menengah kebangsaan
sehingga kini. Dari Seremban ke Km 3, Jalan Pantai mengambil 3.8
kilometer.PORT DICKSON
Peta 1: Kawasan Port Dickson
Port Dickson merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri
Sembilan. Ia ialah kawasan kedua terkecil di Negeri Sembilan. Port
Dickson terletak 32 km dari Seremban dan 60 km dari Kuala
Lumpur.Port Dickson diberi sempena nama Sir John Frederick Dickson,
seorang pegawai British pada zaman penjajahan British. Nama asal
Port Dickson ialah Tanjung Tin.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI PORT DICKSON
Peta 2: Kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Port Dickson
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson terletak di Km
3, Jalan Pantai kira-kira 4 km dari Pekan Port Dickson.Sekolah ini
pada mulanya merupakan sekolah persendirian yang ditubuhkan pada
1910 dan pada tahun 1919, sekolah ini dipindahkan di tapak Sekolah
Rendah Kebangsaan Port Dickson.Selepas Perang Dunia Ke-2, sekolah
ini dibuka semula dan ditempatkan sementara di Sekolah Melayu
Kampung Gelam sementara sekolah sedia ada dibaik pulih. Pada tahun
1955, sekolah ini telah menyediakan kumpulan pelajar yang pertama
menduduki peperiksaan Senior Cambridge School Certificate.Kini,
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson ialah Puan
Zainab binti Yaacob.
3.0 KAEDAH KAJIANReka bentuk kajian adalah bertujuan untuk
menghubungkaitkan persoalan dan objektif kajian dengan hasil
kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini telah menggunakan
kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah persampelan rawak mudah ini
digunakan kena kaedah ini akan memberi maklumat yang tepat dan
mudah serta berkait rapat dengan objektif yang telah dibuat dan
ditetapkan. Kaedah ini menggunakan borang kaji selidik yang mudah
untuk mendapatkan kerjasama daripada responden.3.1 PERSAMPELANDalam
kajian ini, persampelan bertujuan untuk menjawab objektif yang
diutarakan oleh pengkaji. Seramai 23 orang responden telah dipilih
untuk menjawab soal selidik ini yang terdiri daripada pelajar
pelbagai kaum dan umur di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port
Dickson. Responden dipilih berdasarkan kesudian dan kelapangan
mereka semasa waktu rehat dan perjumpaan kelab boling pada setiap
hari Selasa dan Khamis.Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa
pemilihan responden adalah mereka seharusnya ahli kelab boling di
dalam kelab boling di sekolah. Umur untuk borang soal selidik pula
adalah 14, 16, 17 dan 19 tahun kerana pada peringkat umur tersebut,
pelajar mampu memberikan respon yang lebih matang dan mampu untuk
menjawab soalan yang diajukan.3.2 PENGUMPULAN DATAPengumpulan data
yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah mengkaji
selidik dan pemerhatian. Borang soal selidik telah dibentuk untuk
mengenalpasti sebab pelajar memilih boling sebagai permainan mereka
dan kesan permainan boling terhadap perpaduan di dalam kelab boling
di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson.
3.2.1 DATA SEKUNDERDalam kajian ini, data sekunder telah
diperolehi daripada Perpustakaan Awam Port Dickson. Data yang
digunakan adalah buku-buku, dan kamus untuk mencari maksud. Selain
itu, peta kawasan kajian diperolehi daripada melayari internet di
perpustakaan.3.2.2 DATA PRIMERUntuk mendapatkan data primer pula,
kaedah soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan jawapan
daripada 23 responden yang merupakan ahli kelab boling. Selain itu,
kaedah pemerhatian turut digunakan untuk melihat gelagat responden
ketika permainan boling sedang dijalankan di Pusat Boling di The
Store.3.2.2 (i) BORANG SOAL SELIDIKBorang soal selidik merupakan
kaedah yang utama dalam pengumpulan data kajian kerana kaedah ini
merupakan perhubungan terus kepada kumpulan sasaran. Borang soal
selidik ini telah dibentuk dengan strategik dan bersesuaian dengan
objektif kajian supaya tidak berlaku kesalahan dalam menjawab
objektif kajian. Kaedah ini merupakan kaedah yang digemari oleh
pengkaji untuk mendapatkan data primer. Borang soal selidik
perlulah mengikut objektif yang telah ditetapkan agar soalan yang
diutarakan tidak menyimpang jauh daripada sasaran. Malah, bahasa
yang digunakan juga merupakan bahasa yang mudah dan senang difahami
oleh semua golongan responden.Borang soal selidik ini berbentuk
soalan tertutup dan terbuka. Bagi soalan terbuka, rasionalnya
adalah untuk memudahkan responden bebas untuk memberikan pelbagai
bentuk jawapan, bebas untuk menjawab atau menanda di ruang jawapan
yang telah disediakan. Soalan tertutup pula dibuat untuk
mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah untuk dibandingkan
serta jawapan mudah diproses melalui sistem pengkodan yang bersifat
piawai dan mudah untuk dianalisis.3.2.2 (ii) PEMERHATIANKaedah
pemerhatian merupakan kaedah alternatif dalam pengumpulan maklumat
atau pengumpulan data selain daripada borang soal selidik.
Pemerhatian memerlukan penyelidik untuk memerhati keadaan di
kawasan kajian dan memahami situasi sebenar yang digambarkan oleh
responden.
3.3 TEKNIK PENGANALISIAN DATAPenganalisian data merupakan kaedah
diskriptif dalam bentuk peratusan, purata dan kekerapan.
Penganalisian data dilakukan setelah memperolehi data primer
seperti soal selidik yang diedarkan kepada responden dan melalui
pemerhatian. Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi
dipastikan, disunting dan ditukar menjadi angka. Data yang telah
dianalisis itu tadi dipersembahkan dalam bentuk jadual atau
rajah.
4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGANDapatan kajian akan
menghuraikan analisis data dan memaparkan hasil kajian daripada
soal selidik yang telah diisi responden. Data yang dimasukkan telah
diproses untuk mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, dan
purata.4.1 DEMOGRAFI RESPONDENUntuk mengkaji persepsi pelajar,
seramai 23 orang yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Tinggi Port Dickson. Huraian analisis latar belakang
responden melibatkan aspek jantina, umur, dan bangsa diilustrasikan
dalam bentuk rajah.
4.1.2 UMURJadual 1: Demografi responden berdasarkan umurUMUR
(TAHUN)JUMLAH (ORANG)PERATUS (%)
14730.44%
16313.04%
17313.04%
191043.48%
Rajah 1: Demografi responden berdasarkan umurSumber: Kajian
LapanganBerdasarkan hasil kajian, daripada 23 orang responden yang
menjawab soal selidik, seramai 7 orang (30.44 peratus) adalah
terdiri daripada responden yang berumur 14 tahun. Manakala
responden yang berumur 16 tahun terdiri daripada 3 orang (13.04
peratus).Responden berumur 17 tahun juga terdiri daripada 3 orang
(13.04 peratus) dan selebihnya berumur 19 tahun sebanyak 10 orang
(43.48 peratus) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di atas.
Responden yang berbeza usia ini akan memberikan pandangan dan
jawapan yang berbeza. Ini kerana pelajar yang lebih muda mempunyai
sebab dan kesan yang berlainan daripada pelajar yang lebih
dewasa.4.1.2 JANTINAJadual 2: Demografi responden berdasarkan
jantinaJANTINAJUMLAH (ORANG)PERATUS (%)
LELAKI939.13%
PEREMPUAN1460.87%
Rajah 2: Demografi responden berdasarkan jantinaSumber: Kajian
LapanganDapatan hasil kajian menunjukkan daripada 23 orang
responden, seramai 9 orang (39.13 peratus) adalah terdiri daripada
responden pelajar lelaki, manakala bakinya sebanyak 14 orang (60.87
peratus) adalah responden pelajar perempuan. Tidak ada perbezaan
jurang yang besar dalam pemilihan jantina responden. Maklumat yang
lebih jelas boleh dilihat pada Rajah 2 di atas.
Jadual 3: Demografi responden berdasarkan bangsa4.1.3
BANGSABANGSAJUMLAH (ORANG)PERATUS (%)
MELAYU834.78
CINA417.39
INDIA1147.83
Rajah 3: Demografi responden berdasarkan bangsaSumber: Kajian
LapanganDalam melakukan kajian ini, dapatan hasil menunjukkan
daripada 23 orang responden, seramai 8 orang (34.78 peratus) adalah
Melayu. Bangsa Cina pula adalah seramai 4 orang (17.39 peratus) dan
bangsa India seramai 11 orang (47.83 peratus) Tiada bangsa
lain-lain dicatatkan. Bangsa India mencatatkan peratus yang
tertinggi kerana majoriti permainan boling adalah India diikuti
dengan bangsa Melayu. Bangsa Cina mencatatkan peratus yang paling
rendah kerana majoriti pelajar Cina memasuki permainan bola
keranjang sebagai kelab sukan dan permainan di sekolah.
4.1.4 SEBAB MENYERTAI KELAB BOLINGJadual 4: Demografi responden
mengikut sebab menyertai kelab bolingSEBAB MENYERTAIBILANGAN
PERATUS (%)
MINAT1546.88
INGIN MENCUBA SESUATU YANG BARU1134.38
MENGIKUT KAWAN412.5
LAIN-LAIN26.25
Rajah 3:Demografi responden berdasarkan sebab mengikuti kelab
bolingDalam melakukan kajian ini, responden telah diajukan soalan
aneka pilihan tentang sebab-sebab mereka memasuki kelab boling di
sekolah. Responden diberi peluang untuk memilih lebih dari satu
jawapan dan menyatakan sekiranya terdapat sebab-sebab lain mereka
menyertai kelab boling di sekolah.Hasil kajian menunjukkan daripada
23 orang responden yang memberikan jawapan, seramai 46.88 peratus
daripada pelajar yang menyertai kelab boling di sekolah adalah
kerana minat yang mendalam terhadap permainan boling. Responden
memberitahu bahawa semasa di sekolah rendah, permainan boling tidak
digalakkan oleh ibu bapa kerana saiz badan mereka yang kecil.
Disebabkan ini, apabila melangkah ke sekolah menengah, mereka
menyertai permainan boling. Ada juga yang minat untuk menyertai
kelab boling kerana semua aktiviti kelab boling seperti
pertandingan dijalankan di luar, ini menarik minat pelajar kerana
kebanyakkan permainan yang lain dijalankan di sekolah sahaja.
Selain itu, sukan boling yang diadakan di tempat yang berbumbung
dan berhawa dingin menjadikan permainan boling sebagai pilihan
pelajar di kelab boling di SMK Tinggi Port Dickson.Selain daripada
itu, sebanyak 34.38 peratus pelajar menyertai kelab boling kerana
ingin mencuba sesuatu yang baru. Jawapan ini kebanyakkannya dipilih
oleh responden tingkatan enam iaitu pelajar yang berumur 19 tahun.
Ini kerana mereka telah menyertai kelab dan permainan yang lain
semasa di tingkatan satu sehingga lima. Disebabkan itu, semasa
berada di tingkatan enam, mereka telah diberi peluang untuk memilih
sukan dan permainan dan mereka telah memilih sukan dan permainan
boling kerana mereka ingin mengetahui peraturan-peraturan dan
skil-skil yang ada dalam permainan boling. Pelajar yang menyertai
kelab boling kerana mengikut kawan hanya mencatatkan 12.5 peratus.
Responden yang memilih jawapan memberitahu bahawa mereka menyertai
sukan dan permainan yang mempunyai kawan yang dikenali di dalam
permainan tersebut kerana tidak mahu berasa kekok semasa bermain.
Selain itu, ada juga pelajar yang menyertai kelab boling disebabkan
mengikut kawan kerana kawan mereka merupakan pemain yang mahir
dalam permainan boling. Dengan ini, kawan mereka dapat memberikan
tunjuk ajar. kerana dan sebab lain-lain menyertai kelab boling
seperti ingin menghilangkan tekanan belajar dan merupakan pemain
negeri hanya mencatatkan 6.25 peratus.4.1.5 SEMANGAT PERPADUAN
DALAM KALANGAN PELAJARPermainan boling merupakan permainan yang
semakin mendapat sambutan dalam kalangan pelajar Melayu, Cina,
India kerana permainan boling adalah sejenis permainan yang tidak
memerlukan banyak tenaga dan hanya memberi fokus kepada ketepatan
dan teknik yang digunakan oleh pemainnya. Seperti permainan bola
sepak, permainan boling juga melahirkan semangat perpaduan,
semangat kerjasama, semangat berpasukan dan semangat kesukanan.
Dalam kajian yang telah dilakukan, seramai 23 orang responden
daripada kelab boling di SMK Tinggi Port Dickson telah dipilih
untuk menjawab borang soal selidik. Seramai 14 responden daripada
23 responden (60.87 peratus) yang menjawab borang soal selidik
merupakan pelajar perempuan dan selebihnya ialah lelaki sebanyak 9
responden (31.13 peratus). Hal ini kerana kebanyakkan pelajar
lelaki menyertai permainan bola sepak, bola keranjang, dan bola
tampar.Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pelajar-pelajar
yang merupakan ahli di dalam kelab boling yakin permainan boling
dapat memupuk semangat perpaduan dalam diri mereka. Ini kerana di
dalam borang soal selidik yang telah diberikan, semua responden
(100 peratus) bersetuju permainan boling dapat memupuk semangat
perpaduan.Selain itu, permainan boling juga boleh merapatkan
silaturrahim antara kaum Melayu, Cina dan India. Sikap perkauman
dan mementingkan diri sendiri tidak akan wujud di dalam permainan
boling kerana dalam permainan boling, semua ahli pasukan akan
bekerjasama dan saling membantu kerana markah yang dikira adalah
markah kumpulan dan bukannya markah individu. Dalam borang soal
selidik yang diberikan, seramai 20 orang responden (86.96 peratus)
pernah bermain dalam satu kumpulan yang berbilang kaum manakala 3
yang lain (13.04 peratus) tidak pernah bermain bersama kerana
mereka merupakan ahli biasa di dalam kelab boling. Ini menunjukkan
bahawa pemain-pemain di dalam kelab boling di SMK Tinggi
mengamalkan sikap terbuka dan tidak hanya bermain bersama rakan
yang sama kaum.Berdasarkan pemerhatian secara langsung pula,
semangat perpaduan dalam kalangan responden dapat dilihat sebelum,
semasa dan selepas bermain. Sebelum bermain, ahli-ahli dalam
kumpulan akan melakukan aktiviti memanaskan badan bersama-sama.
Mereka menggunakan bahasa Melayu semasa berkomunikasi. Mereka juga
akan melaungkan sorakan kumpulan mereka dan memberi kata-kata
semangat untuk menenangkan ahli kumpulan yang akan bermain. Semasa
bermain, ahli-ahli kumpulan akan memberikan pandangan masing-masing
tentang teknik dan cara untuk menjatuhkan kesemua 10 pin. Sekiranya
berlaku spare, pemain akan meminta pertolongan kepada pemain lain
untuk menunjukkan cara untuk memastikan arah bola akan kena pada
pin yang tinggal. Ahli-ahli kumpulan juga akan bersorak apabila
ahli kumpulan mereka berjaya melakukan strike .Semangat kesukanan
dan perpaduan yang tinggi dapat dilihat dengan jelas selepas
berakhirnya permainan. Di dalam permainan, pasti ada yang menang
dan kalah, namun ahli-ahli kumpulan yang gagal mendapatkan mata
yang tinggi tidak dipersalahkan oleh rakan rakan yang lain tetapi
disambut dan diberi semangat untuk mencuba lagi. Mereka juga akan
melakukan aktiviti menyejukkan badan dan pergi makan bersama-sama.
Selain itu, permainan boling juga boleh mengurangkan pergaduhan
kerana pemain akan mengfokuskan perhatian mereka kepada permainan
semasa bermain dan tidak berfikiran negatif dan bertengkar.Pada
soalan terakhir di dalam borang soal selidik, responden telah
ditanyakan cadangan dan harapan mereka terhadap bidang sukan pada
masa akan datang. Seramai 12 orang responden (52.17 peratus)
berharap agar permainan boling akan terus berkembang dan dapat
menyertai sukan Olimpik. Seramai 11 orang responden (47.82 peratus)
mencadangkan agar pertandingan boling yang disertai oleh pelbagai
kaum lebih kerap diadakan setiap tahun.
5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULANKajian ini telah mengemukakan data
yang mencukupi bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini akan
merumuskan hasil dapatan kajian.Dapatan kajian menunjukkan bahawa
majoriti pelajar yang menyertai kelab boling adalah berumur 19
tahun. Berdasarkan soal selidik yang diberikan, pelajar menyertai
permainan boling sebagai kelab mereka kerana minat, mengikut kawan
dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Kajian juga menunjukkan bahawa
lebih dari 50% pelajar yang menyertai kelab boling adalah ahli
aktif di dalam kelab tersebut.Dapatan kajian juga mendapati bahawa
pelajar yang menyertai kelab boling juga mempunyai semangat
perpaduan di dalam diri mereka. Menurut soal selidik dan
pemerhatian yang telah dijalankan, tanda-tanda diskriminasi kaum
tidak ada di dalam diri pemain-pemain kelab boling.Bukan itu
sahaja, pelajar-pelajar yang menyertai kelab boling percaya bahawa
sukan boling merupakan sukan yang dapat mengeratkan perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia kerana sukan atau permainan boling ini
diminati oleh rakyat Malaysia dan telahpun berkembang menjadi sukan
digemari oleh rakyat Malaysia sebagai mengisi masa lapang.Hasil
daripada kajian yang dijalankan, didapati pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Tinggi Port Dickson yang menyertai kelab boling di
sekolah disebabkan beberapa faktor seperti mengikuti kawan,
keinginan untuk mecuba sukan boling dan minat terhadap sukan
boling.Perpaduan pula telah wujud dalam kalangan pelajar Sekolah
Menengah Tinggi Port Dickson yang menyertai kelab boling di skolah.
Ini dapat dibuktikan dengan tingkah laku mereka terhadap pelajar
bangsa lain seperti memberi tunjuk ajar kepada bangsa yang lain dan
bermain di dalam satu kumpulan.
RUJUKAN1. Abdul Razak Latif. Sukan alat perpaduan di Malaysia
dlm. Utusan Malaysia, 7 Ogos 2012.2. Amran bin Idris, 2014. Nota
Pembelajaran & Lembaran Praktis Pengajian Am STPM. Kuala Lumpur
:Local Publications.3. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007. Selangor:
Dewan Bahasa dan Pustaka.4. Mohamad Salleh Aman, 2004. Sukan Dalam
Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.5.
Sezali Din, 2014. Dasar-Dasar Pembangunan Negara. Kedah: Metafora
Training and Consultant.
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TINGKATAN 6SEKOLAH MENENGAH
TINGGI PORT DICKSONBORANG SOAL SELIDIK
NAMA :JANTINA : L / PUMUR :BANGSA:
1. Adakah anda menyertai aktiviti yang dijalankan oleh kelab
boling di sekolah? Ya Tidak
2. Adakah anda seorang ahli aktif di dalam kelab boling di
sekolah? Ya Tidak
3. Mengapakah anda memilih sukan boling sebagai kelab sukan dan
permainan? Mengikut kawan Ingin mencuba sesuatu yang baru Minat
Lain-lain. Nyatakan..
4. Adakah anda percaya sukan boling dapat memupuk semangat
perpaduan? Jika tidak, mengapa. Ya TidakJika tidak, sila
nyatakan
5. Pernahkah anda bermain boling dalam satu kumpulan yang
berbilang kaum Ya Tidak
6. Apakah yang akan dilakukan oleh anda sekiranya anda melihat
rakan anda yang berlainan kaum melakukan kesilapan semasa bermain?
Ketawakan dia Memberi tunjuk ajar Mengabaikannya Memarahinya
Lain-lain. Sila Nyatakan.......
7. Apakah harapan atau cadangan anda terhadap bidang sukan pada
masa akan datang (dalam konteks perpaduan)
20