PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN (AT58)KUMPULAN: A
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA(HNT3013)
TAJUK TUGASAN:
PERISTIWA 13 MEI 1969&DISKRIMINASI WANITA DALAM
POLITIK:ANALISIS DAN KAJIAN KES BERDASARKAN TEORI KONFLIK DAN TEORI
FEMINISME
PENSYARAH:
CIK SITI NORANIZAHHAFIZAH BINTI BOYMAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMANO. MATRIK
MUHAMAD AL-MU`IZZ BIN OMARD20121059092
ROSHAIDIH BIN MADING D20131064804
RONALD AGAN TOM D20131064785
MOHAMMAD ABDUL HAKIMI BIN YAACOB D20131064780
MOHD SHAHRIL BIN MD. ZIND20131064782
PROGRAM PENDIDIKAN PENGAJIAN MALAYSIA (AT48)SEMESTER 1
2014/2015KUMPULAN: A
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA(HNT3013)
TAJUK TUGASAN:
PERISTIWA 13 MEI 1969:KAJIAN KES DAN ANALISIS BERDASARKAN TEORI
KONFLIK
PENSYARAH:
CIK SITI NORANIZAHHAFIZAH BINTI BOYMAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMANO. MATRIK
MUHAMAD AL-MU`IZZ BIN OMARD20121059092
ROSHAIDIH BIN MADING D20131064804
RONALD AGAN TOM D20131064785
MOHAMMAD ABDUL HAKIMI BIN YAACOB D20131064780
MOHD SHAHRIL BIN MD. ZIND20131064782
TARIKH HANTAR:
3 NOVEMBER 2014
ISI KANDUNGANBILTAJUKMUKA SURAT
1.0Pengenalan3
2.0Aliran Teori Konflik-Aliran Marx-Aliran Webber3 4
3.0Kajian Kes: Peristiwa 13 Mei4 6
4.0Analisis Kajian7 - 9
5.0Kesimpulan10
6.0Rujukan 11
1.0PengenalanTeori konflik telah diasaskan oleh Karl Marx yang
kemudiannya diikuti olehWeber. Beliau ialah seorang ahli sains
sosial dan ahli ekonomi yang berasal dari Jerman. Antara karya yang
telah dihasilkan dalam memperkatakan mengenai teori konflik ini
adalah melalui karyanya terkenal iaitu The Communist Menifesto.
Pandangan teori konflik mengutamakan kaedah determinisme di mana
ada kuasa yang meramalkan sesuatu. Konflik bukanlah bermaksud di
dalam keadaan yang ganas tetapi berlaku dalam bentuk perjuangan
parti-parti, persaingan dalam institusi agama dan sebagainya.
Konflik ialah sesuatu yang semulajadi dalam sesuatu masyarakat.
Sesuatu konflik yang berlaku boleh mempercepatkan proses kesetiaan
dan keharmonian di dalam sesuatu kolompok sosial. Terdapat tiga
andaian penting mengenai teori konflik iaitu konsep dialektik,
determinisme dan aktivisme sosial. Konsep dialektik bermaksud
evolusi bukan merupakan proses utama kepada perubahan sosial tetapi
sebab utama yang menghasilkan perubahan sosial ialah konflik.
Determinisme ekonomi pula bermaksud asas kepada perubahan sosial
adalah ditentukan oleh persaingan-persaingan ekonomi. Manakala
aktivisme sosial bermaksud tugas utama analisisi sosial adalah
kritikan. 2.0Aliran Teori KonflikA. Aliran Karl MarxPandangan teori
konflik aliran Marx adalah berasaskan tarsiran-tafsiran
sosiologikal terhadap karya-karya Marx. Mengikut pandangan pengikut
teori aliran Marx, mereka berpandangan bahawa teori bukanlah
semata-mata sebagai satu cara menganalisis struktur masyarakat
tetapi lebih kepada cara bagaimana sesuatu reformasi sosial berlaku
dalam masyarakat. Konsep sejarah materialisme Marx mempunyai tiga
elemen penting iaitu ia merupakan satu teori atau kaedah ilmiah,
merupakan satu ajaran politik dan satu pegangan hidup seakan agama.
Teori konflik aliran Marx beranggapan asas kepada pembentukan
sesebuah masyarakat adalah disebabkan oleh faktor-faktor ekonomi
seperti tanah, modal, industri dan perdagangan. Asas kepada
perubahan sesebuah struktur masyarakat adalah disebabkan
faktor-faktor berkaitan dengan pengeluaran ekonomi. Faktor lain
seperti agama, institusi politik, kekeluargaan dan pendidikan pula
menjadi superstruktur masyarakat. Sebarang perubahan yang berlaku
pada superstruktur masyarakat hanyaakan berlaku jika terdapat
perubahan pada asasnya.
B. Aliran WebberTokoh yang membawa aliran teori konflik aliran
ini ialah Max Weber. Walaupunteori konflik berasaskan daripada
teori konflik Marx, namun pandangan aliran ini banyak bercanggah
pendapat dengan teori konflik aliran Marx. Weber menghujahkan
bahawa perubahan sosial masyarakat bukanlah hanya disebabkan oleh
faktor konflik kelas sosial yang berpunca daripada faktor ekonomi
semata-mata tetapi turut berpunca daripada pelbagai faktor.
Perkembangan kapitalisme di barat bukanlah disebabkan faktor
pengeluaran sahaja tetapi disebabkan oleh faktor keagamaan
(kristian protestan). Dalam proses menganalisis, Weber mengelaskan
tiga dimensi konsep iaitu kelas, status dan parti. Konsep kelas
Weber menyerupai konsep Marx kerana turut dihubungkan dengan faktor
ekonomi tetapi tidak bersetuju dengan pandangan Marx yang
menyatakan kuasa hanya berpunca daripada faktor ekonomi, tetapi
turut dipengaruhi oleh faktor lain iaitu status dan parti. Status
merupakan penghormatan sosial yang terdapat dalam struktur sosial
yang tersendiri. Status bukanlah dinilai berdasarkan kekayaan,
kuasa dan kelas sosial tetapi ditentukan oleh gaya hidup. Kuasa
pula merupakan bentuk kepimpinan yang menyebabkan seseorang
individu memaksa orang lain bagi mencapai matlamat individu ataupun
organisasi. Dapat disimpulkan kelas wujud dalam hubungan ekonomi,
status wujud dalam hubungan sosialdan parti wujud dalam hubungan
politik. Kumpulan status dan kelas akan menggunakan parti sebagai
organisasi bagi memperjuangkan objektif mereka. Dapat disimpulkan
di sini bahawa aliran Weber menyatakan konflik dan perjuangan yang
berlaku alam masyarakat bukanlah disebabkan faktor ekonomi
semata-mata tetapi disebabkan memperjuangkan hak masing-masing
supaya dipandang tingi oleh masyarakat.3.0Kajian Kes : Peristiwa 13
MEI 1969Melihat kepada sejarah awal penubuhan Malaysia yang kini
telah menjadi sebuah persekutuan selama 51 tahun, pelbagai cabaran
telah dihadapi sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi
dalam masyarakat majmuk. Majmuk menurut kamus dewan edisi keempat
adalah terdiri atau terbentuk daripada beberapa bahagian tetapi
merupakan kesatuan. Masyarakat majmuk pula memberi maksud
masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa (kamus
dewan edisi keempat, 2005, m/s 976). Masyarakat majmuk ini menjadi
cabaran dalam perlaksanaan Malaysia kerana setiap kaum mempunyai
kepentingannya tersendiri. Sebelum tertubuhnya Malaysia, Tanah
Melayu telah didatangi oleh orang China dan juga orang India
disebabkan oleh dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh British
pada masa itu. Namun demikian, dasar pecah dan perintah oleh
British membuatkan masyarakat pribumi dan juga masyarakat yang
bermigrasi pada masa itu tidak bersatu. Mereka hanya menjalankan
kehidupan sosial dan juga aktiviti ekonomi dalam kelompok
tersendiri. Perbezaan tempat tinggal dan tidak bergaul ini menjadi
faktor masyarakat pada masa itu tidak memahami budaya masing-masing
dimana interaksi sosial itu tidak berlaku dan seterusnya
mencetuskan rusuhan kaum pada 13Mei setelah semuanya diluar
kawalan.Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 adalah diantara
kaum Cina dan juga kaum Melayu. Walaupun rusuhan kaum yang sering
berlaku di masa kini akan melibatkan seluruh negara, rusuhan kaum
ini pula hanya berlaku di Kuala Lumpur. Ianya bermula selepas
pilihanraya 1969 di mana parti pembangkang pada masa itu iaitu
Parti Tindakan Rakyat dan Gerakan mendapat kemenangan yang
memberangsangkan berbanding sebelumnya. Parti kerajaan iaitu Parti
Parikatan masih berjaya membentuk kerajaan tetapi mereka mengalami
kemerosotan jumlah kerusi yang dimenangi. Situasi kempen merupakan
detik permulaan bagi detik sejarah hitam negara ini dimana
sesetengan parti memgetengahkan manifesto yang berunsurkan
perkauman dan juga mencemarkan imej individu tertentu semasa
berkempen.Keadaan semakin hangat apabila parti pembangkang iaitu
DAP dan Gerakan melakukan perarakan besar-besaran bagi meraikan
kejayaan mereka mendapat lebih banyak kerusi dalam pilihanraya ini.
Namun demikian, peristiwa ini pada asalnya adalah perarakan jenazah
seorang pemuda cina yang terkorban semasa bertempur dengan pihak
polis semasa pilihanraya dilakukan (Mardiana Nordin, 2011). Namun
demikian, kesilapan dalam kepimpinan UMNO pada masa itu juga turut
menjadi punca kepada perbalahan kaum ini. Pemimpin dan penyokong
UMNO pada masa itu terasda tercabar dengan perarakan yang dilakukan
oleh kaum Cina tersebut. Oleh yang demikian, UMNO juga turut
melakukan satu perarakan balas yang bertujuan untuk meraikan
kejayaan mereka membentuk kerajaan pada masa itu. Perarakan ini
diketuai oleh Datuk Harun Idris yang merupakan Menteri Besar
Selangor pada masa itu. Perarakan yang berunsurkan provokasi ini
seterusnya mencetuskan sentimen perkauman antara orang Cina dan
juga orang Melayu. Kesan daripada rusuhan kaum itu, angka kematian
yang amat tinggi dicatatkan sepanjang darurat.Beberapa faktor lain
yang dilihat merupakan penyumbang kepada berlakunya rusuhan kaum
ini adalah seperti pemisahan tempat tinggal atau penempatan.
Hubungan rasmi dinasti Ming dengan empayar Melaka pada abad ke-15
adalah detik bermulanya hubungan diplomatik dengan china (Liang
Liji, 2009). Semenjak dari zaman ini, wujud perkampungan mengikut
kaum maka wujudlah perkampungan seperti kampung Jawa, Kampung Cina
dan juga Kampung Melayu. Pengasingan tempat kediaman ini dilakukan
adalah untuk memudahkan pentadbir untuk mengurus mereka. Oleh yang
demikian wujudlah ekonomi yang berbeza dalam kalangan masyarakat
ini berdasarkan tempat-tempat mereka tinggal. Pengasingan yang
dilakukan ini hampir menjadikan masyarakat Cina dan juga masyarakat
Melayu khasnya tidak bercampur gaul dan memahami adat satu sama
lain. Dari itu juga berlaku perbezaan ekonomi apabila kebanyakan
kaum Cina ini tinggal di bandar-bandar dan menjalankan kegiatan
perniagaan manakala masyarakat Melayu pada masa itu Cuma melakukan
ekonomi saradiri dan juga mempunyai pendapatan yang amat rendah
berbanding dengan kaum Cina. Hal ini membuatkan masyarakat Melayu
pada masa itu merasa mereka ditindas dari segi ekonomi sedangkan
mereka merupakan penduduk asal kepada tanah Melayu. Hal ini
membangkitkan semangat perkauman yang sangat tinggi dalam kalangan
orang Melayu pada masa itu.Salah satu punca yang menyebabkan
berlakunya rusuhan itu juga adalah pengasingan sistem pendidikan
yang dijalankan pada awal penubuhan malaysia. sistem pendidikan ini
merupakan diwariskan oleh british dimana sistem persekolahan pada
masa itu adalah diasingkan mengikut kaum selarasa dengan ekpimpinan
British pada masa itu yang menjalankan pemerintahan berkonsepkan
pecah dan perintah. Pada masa tersebut, orang CIna, Orang India dan
juga orang Melayu masing-masing memiliki sistem persekolahan yang
tersendiri. British memang tidak mencadangkan untuk menyatukan
kaum-kaum di Tanah Melayu pada masa itu kerana mereka risau
masyarakat ini akan bangkit dan bersatu menentang British jika
semangat perpaduan wujud dalam kalangan mereka. Disebabkan
pengasingan yang berlaku ini, masyarakat pada masa itu tidak dapat
berkomunikasi dan menjalinkan hubungan baik sesama mereka dan
mereka tidak mengalami percampuran budaya. Semasa Laporan Razak
diteliti,sebahagian orang Cina melihat ianya sebagai percubaan
untuk menjatuhkan bahasa ibunda mereka (Kua Kia Soong, 2008). Kaum
Cina pada masa ini risau bahawa perubahan dalam pendidikan ini
merupakan salah satu daripada cara kerajaan untuk menghapuskan
bahasa Ibunda mereka. Hal ini seterusnya menjadikan mereka sangat
tidak sehaluan dengan pihak kerajaan pada masa
tersebut.Kesimpulannya, jelaslah bahawa setiap kaum mempunyai
sensitiviti mereka yang tersendiri. Sebagai masyarakat yang
bertanggungjawab, kita haruslah mengambil ikhtibar daripada rusuhan
yang berlaku ini. Masyarakat dan kerajaan Malaysia kini dilihat
sangat mengambil serius terhadap ancaman perkauman ini. 4.0Analisis
: Kesesuaian Teori Konflik dengan Peristiwa 13 Mei 1969Teori
Konflik merupakan teori alternatif kepada Teori Fungsionalisme
Struktural dalam bidang sosiologi. Teori ini menganggap konflik itu
merupakan satu aspek utama (fundamental) dalam kehidupan masyarakat
dan ini tidak mungkin dapat diatasi semua permasalahan yang berlaku
itu. Dari perspektif teori konflik, undang-undang merupakan alat
yang sangat penting untuk digunakan oleh kerajaan atau badan
berkuasa dalam masyarakat untuk menjamin semua masyarakat tidak
melanggar peraturan dan tidak melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan institusi utama dalam masyarakat. Salah seorang tokoh
utama yang menyokong kuat Teori Konflik ini adalah Karl Marx.
Pemikir Karl Marx ini sangat berpengaruh dan menjadikan dasar
daripada teori konflik ini. Teori ini mula berkembang dan merebak
dari tahun 1950an dan 1960an. Selain itu, antara tokoh yang
bersetuju dengan teori konflik ini juga adalah Weber, Simmel,
Danredolf dan Coser. Setiap daripada mereka mempunyai persepsi
masing-masing dalam teori konflik ini. Di Malaysia, ketika
pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos
1957, Perdana Menteri Malaysia pertama telah meluahkan rasa
gembiranya kerana kejayaan beliau yang mampu menyatupadukan tiga
komuniti etnik utama yang berbeza peradaban dan budaya bersama-sama
membina negara bangsa yang baru dan maju. Komuniti utama inilah
yang terdiri daripada etnik Melayu selaku penduduk asal dan
komuniti majoriti di Tanah Melayu, manakala komuniti kedua terbesar
ialah komuniti etnik Cina dan diikuti komuniti etnik India,
kedua-dua etnik inilah merupakan golongan pendatang pada asalnya.
Walau bagaimanapun, kerjasama antara kaum ataupun etnik ini yang
diharap untuk terus berterusan kembali bergelora selepas merdeka
kesan daripada perubahan di Persekutuan Tanah Melayu seperti
penubuhan Malaysia 1963, penyingkiran Singapura 1965, rusuhan kaum
13 Mei 1969 dan setiap kali pilihan raya diadakan akan berlaku
konflik atau permasalahan. Namun begitu, untuk mewujudkan sebuah
negara bangsa yang bersatu, sudah menjadi lumrah akan munculnya
koflik nilai induk antara komuniti etnik yang berbeza ketika
meluahkan pandangan dan mempertahankan rukun teras masing-masing.
Sejauhmanakah konflik ini berterusan, ia bergantung pada tahap
ancaman dan persaingan yang dihadapi melalui tindakan
masing-masing. Teori konflik mempunyai perkaitan dalam peristiwa 13
Mei 1969, kerana teori konflik menggunakan pendekatan teori konflik
horizontal dimana peristiwa ini berlaku disebabkan oleh perbalahan
antara kaum atau ras.Dasar pemerintahan British telah dianggap
sebagai pencetus perkauman. Ini dapat dilihat melalui aspek
bagaimana reaksi etnik-etnik tertentu terhadap polisi tersebut.
Analisis dan kajian dapat dibuktikan melalui tindakan etnik Melayu,
terutamanya apabila kelas bawahan berhadapan dengan
pendiskriminasian dalam bidang ekonomi, pendidikan dan tindakan
etnik Cina yang dihadkan dalam pentadbiran. Polisi bumiputera dan
bukan bumiputera yang dikatakan bersifat perkauman sehingga
meminggirkan kedudukan etnik Cina dan Etnik bukan Melayu juga
dititikberatkan. Abraham mengatakan bahawa beliau tidak yakin
bahawa kekuatan etnisiti sebagai pencetus konflik antara etnik
Melayu dengan etnik Cina. Hal ini demikian kerana menurut Khoo Kay
Kim, etnisiti merupakan faktor yang sangat kuat mempengaruhi
manusia dan ini sukar dikikis menerusi ideologi. Menurut Karl Von
Vorys, kegagalan sistem demokrasi yang menyebabkan peristiwa
berdarah 13 Mei 1969 telah menyebabkan kebanyakan pemimpin lebih
cenderung untuk mengekalkan sifat sosial masyarakat sebangsa namun,
secara tidak sedar ia melibatkan pentadbiran yang bersifat
autokrasi. Peristiwa 13 Mei inilah membuktikan bahawa ketegangan
hubungan etnik masih gagal diatasi walaupun teras formula ini tetap
diteruskan.Selepas penyingkiran Singapura, etnik Cina berasaskan
hala tuju kepada pemerintahan Kerajaan Pusat lebih kepada menjurus
kepada pro-Melayu dan ketika itu seluruh etnik Cina ataupun India
telah pun diterima sebagai warganegara dan bukan lagi warga asing.
Namun, berlaku pertelingkahan antara UMNO dan PAS yang hangat
memperdebatkan bahawa parti pelindung Melayu itu gagal melindungi
hak etnik orang Melayu. Kesan daripada pertembungan nilai induk dan
rukun teras ini akhirnya berlaku pertumbuha melampau dalam kalangan
etnik. Isu yang menjadikan kempen Pilihan raya 1969 lebih menjurus
kepada perjuangan melindungi rukun teras bagi meraih undi daripada
komuniti etnik masing-masing sehingga mencetuskan sentimen
perkauman.Faktor yang mencetuskan peristiwa 13 Mei ini adalah
berpunca daripada hasutan komunis. Corak kempen pilihan raya etnik
Melayu dan bukan Melayu adalah provokasi yang dimulakan oleh etnik
Cina. Ada juga yang berpendapat kejadian ini berpunca
ketidakseimbangan ekonomi dan kedudukan ekonomi etnik Melayu yang
jauh lebih mundur jika dibandingkan dengan penguasaan ekonomioleh
etnik Cina dan bukan Melayu. Walau bagaimanapun, konflik 13 Mei ini
berpunca daripada persepsi negatif etnik Melayu terhadap etnik Cina
atau sebaliknya ini termasuklah etnik Melayu penyokong UMNO atau
PAS, mereka ada pandangan tindakan agresif etnik Cina selepas
pilihan raya 10 Mei 1969. Keputusan Pilihan Raya 1969 memeranjatkan
semua pihak apabila UMNO dan MCA kalah teruk dan hampir separuh
kerusi di Parlimen dan Negeri parti Perikatan itu kehilangan
kerusi. Kebanyakan kerusi UMNO berjaya dikuasai oleh PAS. UMNO
tidak puas hati kerana kegagalannya melindungi hak kebajikan dan
rukun teras Melayu secara menyeluruh manakala etnik Cina menganggap
UMNO peneraju Perikatan lebih cenderung mendiskriminasikan mereka
yang pro-Melayu. Malahan, peranan polis dan tentera menyemarakkan
huru-hara kerana mereka berperanan menyebarkan maklumat dan bukan
bekerjasama menyeleraikan pertelingkahan. Rusuhan 13 Mei 1969
tercetus apabila etnik Cina di bawah hasutan PKM/Cina bertindak
agresif menghina, memprovokasi nilai Kemelayuan-Islam ketika
mengadakan perarakan kemenangan. Hasilnya, kesabaran etnik Melayu
semakin pudar dengan tindakan etnik Cina yang menghina secara
melampau nilai Kemelayuan-Islam. Mereka pada awalnya tergamam, lalu
terimbaulah memori hitam sewaktu pemerintahan di bawah penguasaan
MPAJA/Cina. Lalu, etnik Melayu mula bersepakat membuat perarakan
namun, penghinaan daripada etnik Cina semakin menjadi-jadi walaupun
mereka belum memulakan perarakan. Akhirnya, pada petang 13 Mei
1969, etnik Melayu bersedia dengan ilmu persilatan yang telah
direstui oleh para kiyai mengamuk apabila mereka mendengar khabar
angin bahawa surau dibakar oleh etnik Cina. Etnik Melayu membakar
kereta di jalan raya justeru ketika itu seruan pemimpin Melayu
sudah tidak dihiraukan lagi. Akibatnya, pembunuhan beramai-ramai
terjadi apabila seramai 196 orang di kalangan etnik Cina (125
orang), etnik Melayu (37 orang) manakala etnik India (17 orang).
Rentetan inilah, di bawah MANGERAN, Tun Abdul Razak telah membentuk
Jabatan Perpaduan Negara, Majlis Penasihat Kebangsaan, Rukun Negara
sebagai ideologi negara dan menyusun semula masyarakat melalui
Dasar Ekonomi Baru. Peristiwa 13 MEI berlaku diantara kaum cina
dengan kaum melayu selepas selesai pilihanraya dimana parti
perikatan yang majoriti disokong oleh orang melayu gagal memenangi
2/3 walaupun berjaya membentuk kerajaan. Konflik berlaku apabila
hak istimewa orang Melayu di negara ini yang dipertikaikan oleh
kaum Cina, iaitu yang berkaitan dengan Perkara 152 dan 153 dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia tentang kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi bagi persekutuan.
5.0KesimpulanTeori konflik dapat menjelaskan bahawa Peristiwa 13
Mei 1969 bersesuaian dengan dimensi horizontal iaitu konflik
bersama rakyat dan rakyat. Walaupun ada sedikit kaitan faktor
dimensi vertikal di dalam kajian kes ini, ianya dapat menunjukkan
teori ini dapat menjelaskan peristiwa 13 Mei dengan baik dan
terperinci. Selain itu juga, pelbagai pendapat dan pandangan
tentang peritiwa hitam negara yang di kaitkan dengan mana-mana
teori yang bersesuaian mengikut pengkaji. Peristiwa ini membawa
pengajaran buat negara Malaysia untuk menjaga keamanan dan
kesejateraan bagi memastikan tiada rusuhan kaum yang berlaku di
negara ini. Bibit-bibit permulaan rusuhan kaum sudah bermula sejak
lama lagi tetapi ianya dapat dikawal atas faktor undang-undang dan
kesedaran tentang kesepaduan antara kaum serta penerimaan budaya
antara satu sama lain.
6.0RujukanKua Kia Sian.(2008). 13 Mei Dokumen-Dokumen
Deklasifikasi Tentang Rusuhan Kaum 1969 Malaysia, Suaram
Komunikasi, Petaling Jaya, Selangor.Liang Liji .(2009). Hubungan
Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad Ke-15, Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi SelangorMardiana Nordin Dan Hasnah
Hussin. (2011). Pengajian Malaysia, Oxford Fajar Sdn.Bhd, Selangor
Darul EhsanTurner, J. H. (1998). The Structure of Sosiological
Theory (Sixth Edition), Belmont, CA: Wadsworth Publishing
Company
PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN (AT58)KUMPULAN: A
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA(HNT3013)
TAJUK TUGASAN:
DISKRIMINASI WANITA DALAM POLITIK : ANALISIS DAN KAJIAN KES
BERDASARKAN TEORI FEMINISME
PENSYARAH:
CIK SITI NORANIZAHHAFIZAH BINTI BOYMAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMANO. MATRIK
MUHAMAD AL-MU`IZZ BIN OMARD20121059092
ROSHAIDIH BIN MADING D20131064804
RONALD AGAN TOM D20131064785
MUHAMMAD ABDUL HAKIMI BIN YAACOB D20131064780
MOHD SHAHRIL BIN MD. ZIND20131064782
TARIKH HANTAR:
3 DISEMBER 2014
ISI KANDUNGAN
BILTAJUKMUKA SURAT
1.0Pengenalan14
2.0Perkembangan Ideologi Feminisme Gelombang A Gelombang B Tokoh
dan aliran Feminisme15 - 18
3.0Kajian Kes: Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita19 - 22
3.1Analisis Kajian22 - 23
3.2Rumusan 23
4.0Kesimpulan 24
5.0Rujukan 25
1.0 PengenalanTeori Feminisme adalah berkaitan tentang
kepercayaan bahawa wanita dan lelaki adalah manusia yang mempunyai
sifat, kebolehan, dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan
kebudayaan. Gerakan Feminisme ini lahir dengan dua gelombang yang
berbeza dan masing-masing mempunyai tujuan asal namun gerakan
mereka bertambah radikal dan profesional. Pada abad ke-19, Pelopor
gerakan ini ialah Lady Mary Montagu dan Marquis de Condoracet yang
muncul di Eropah dan memperjuangkan hak mereka yang dipanggil
universal sisterhood
(http://elib.unikom.ac.id/files/disk1/543/jbptunikompp-gdl-eighwikaku-27140-6-unikom_e-i.pdf,
Tarikh akses 27. Nov. 2014 ) . Disebabkan masalah penindasan
terhadap kaum wanita terlalu ketara pada abad ke-18, kemunculan
tokoh-tokoh feminisme wujud bagi membincangkan soal-soal berkaitan
gender ini. Masalah ini telah menimbulkan ketidakpuashatian di
kalangan wanita khususnya bagi wanita yang mempunyai keupayaan
dalam pelbagai aspek namun terhalang atas sebab jantina atau
biologi. Terdapat dua gelombang tahap perkembangan teori Feminisme
iaitu ;
2.0 Perkembangan Ideologi FeminismeA. Gelombang pertama :
Perkataan feminisme adalah berasal dari seorang tokoh sosiologi
iaitu Charles Fourier yang telah pun tersebar luas sekitar tahun
1837. Penulis John Stuart Mill (1869) yang menerbitkan sebuah buku
yang berjudul The Subjection of women yang dulunya berpusat di
Eropah kini berkembang sehingga ke Amerika. Fahaman feminisme pada
masa ini dianggap sebagai kelahiran gerakan feminisme yang terawal
pernah dicatatkan. Pada abad ke-18, penindasan terhadap hak-hak
wanita kian berleluasa dan banyak kes yang melibatkan wanita
dipandang rendah dan dihina sehingga mereka tersisih dari arus
pembangunan. Kedudukan mereka yang dianggap rendah seolah-olah
golongan wanita tidak mempunyai peranan setaraf dengan lelaki. Pada
abad ke-18 dilihat sebagai suatu tahap yang mencerminkan kedudukan
dan martabat wanita sehingga menjadi mangsa dalam arus permodenan
sehingga menjadi alat penindasan semata-mata. Pada tahap ini,
wanita telah mula bangkit bahkan ada di antara mereka yang
mengetuai gerakan tersebut adalah dari kalangan yang berpengaruh
dan dianggap berkerjaya. Sejarah dunia juga membuktikan bahawa
golongan wanita sering dimanipulasi dalam soal sosial kerana
dianggap tidak mempunyai kredibiliti berbanding lelaki. Dalam
bidang politik, ekonomi, sosial mahupun budaya, golongan lelaki
lebih diutamakan berbanding wanita kerana faktor kemampuan,
pemikiran, daya tahan dan sebagainya. Semasa kedatangan era
Liberalisme di Eropah dan selepas kejadian Revolusi Perancis pada
abad ke-18, gerakan feminisme di kalangan wanita kian bertambah
disebabkan wujudnya kesedaran terhadap penindasan terhadap mereka.
Malahan, golongan wanita telah berani untuk keluar rumah walhal
mereka sedar akan kemampuan mereka dan percaya bahawa apa yang
dimiliki lelaki juga mampu dimiliki oleh golongan wanita. Dalam
soal keagamaan contohnya dalam aspek kepimpinan, harta, rumah
tangga, wanita lebih cenderung dilihat sebagai institusi kedua
terpenting selepas lelaki. Hal ini dibuktikan oleh Agama Islam
sendiri. Namun, tidak semestinya apa yang dimiliki oleh lelaki
bermaksud untuk menindas wanita semata-mata. Tanggungjawab berat
yang terpaksa dipikul oleh lelaki dalam hal-hal kekeluargaan
seperti menjadi pemimpin atau ketua keluarga merupakan tuntutan
yang perlu dipenuhi dan dilaksanakan. Namun, ada yang menganggap
bahawa hukum tersebut tidak seimbang malah mengenepikan peranan
wanita. Keperluan semasa yang tidak relevan juga dianggap satu
penindasan terhadap wanita.Pada tahun 1792, Mary Wolllstoncraft
telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Vindication of the
right of Woman yang di dalamnya terdapat prinsip-prinsip feminisme.
Selain itu, pada tahun 1830-1840, pembebasan wanita daripada
penindasan berserta hak-hak wanita mula diberi perhatian. Perkara
yang berkaitan tentang bidang pekerjaan mula diperbaiki seperti
waktu bekerja, gaji mengikut tahap pendidikan dan keterbukaan hak
untuk memilih tanpa mengira jantina.
B. Gelombang Kedua Pada tahun 1960, Jutaan wanita di seluruh
dunia terutamanya golongan muda seperti pelajar, pekerja dan suri
rumah yang berlatar belakangkan pendidikan yang lebih tinggi.
Mereka menolak beberapa pandangan yang lebih ke arah fundamental
disebabkan penindasan terhadap mereka sejak berabad lamanya.
Kemunculan fenomena massa yang begitu radikal adalah seperti yang
berlaku di Amerika di mana golongan wanita begitu menyerlah untuk
memperjuangkan feminisme malah tersebar ke negara-negara dunia
ketiga.
Pada gelombang kedua perjuangan feminisme menyaksikan peranan
yang lebih besar ditunjukkan oleh golongan wanita untuk menentang
isu reaksioner, hukum perkahwinan yang menindas, hukum pewaris
harta, Mereka menggunakan banyak kaedah dan metode dari pelbagai
sudut untuk mengakses maklumat untuk kajian dalam politik,
pekerjaan dan pendidikan hingga hal-hal peribadi.Tuntutan bagi
memenuhi kesamaan dalam apa jua bidang adalah idealisme feminisme
yang menuntut keseimbangan dalam institusi masyarakat. Mereka
merasakan dengan adanya keseimbangan tanpa memilih jantina adalah
suatu yang dianggap transformasi seluruh hubungan sosial antara
manusia. Mereka tidak lagi ingin dianggap sebagai golongan bawahan
yang tidak memberi faedah kepada pembangunan malah tidak menganggap
golongan ini tidak berkepentingan. Mereka ingin memperjuangkan
kebebasan dalam apa jua bidang sekali gus dianggap sebagai golongan
yang berstatus tinggi dalam masyarakat setanding dengan kaum
lelaki. Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, kemunculan
negara-negara bebas dari penjajahan oleh Negara Eropah juga telah
mewujudkan ideologi feminisme yang bersifat terbuka. Pada tahun
1980, gelombang kedua gerakan feminisme mencapai tahap yang begitu
tinggi yang mana suara wanita kian lantang dalam kerajaan malahan
pada masa itu telah wujud wakil-wakil wanita yang tampil untuk
mewakili parlimen.
2.1 Tokoh-Tokoh dan Aliran FeminismeAntara tokoh yang terkemuka
dalam Teori Feminiseme adalah seperti Jean Elstain, Cynthia Enloe,
J. Ann Tickner dan Christine Sylvister.Jenis-jenis Aliran Feminime
:1) Feminisme LiberalPelopor teori ini adalah Mary Wollstonecraft
(1929) dan BettyFriedan (1965), mereka berpendapat bahawa antara
lelaki dan wanita tidak ada jurang perbezaan. Dalam sistem sosial
masyarakat khususnya dalam sistem politik dan pekerjaan dimana
taraf dan penglibatan wanita perlu diseimbangkan. Kesamarataan
antara wanita dan lelaki perlu diutamakan tanpa adannya penindasan
terhadap golongan tertentu. 2) Feminisme RadikalUntuk
mempertahankan hak wanita dalam sistem sosial masyarakat, peranan
waniita dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat adalah
pendekatan perjuangan mereka. Mereka menganggap bahawa dengan
menuntut segala pembebasan dalam pemilihan perlu diberi keutamaan
kerana ia melibatkan soal sejagat dan umum. Sistem patriarki dalam
masyarakat juga dianggap sesuatu yang bercanggah dengan hak asasi
manusia kerana melanggar nilai-nilai asasi manusia. Dalam
perkahwinan, menurut Simon de Beauvoir ( 2008) menyatakan bahawa
tidak semestinya wanita menyerahkan kebebasan dan kemerdekaannya
kepada lelaki seperti yang berlaku di India.3) Feminisme
BudayaIdealisme ini merupakan kepercayaan bahawa lelaki dan wanita
adalah berbeza. Perbezaan ini wujud dari segi didikan, peranan,
tanggungjawab, sikap kewanitaan menjadikan golongan ini lebih baik
berbanding lelaki. Naluri seorang wanita adalah sangat berbeza
dengan lelaki kerana nilai-nilai yang ada pada seorang wanita juga
menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana wanita
lebih berpengaruh dalam bidang tersebut. Wanita dianggap sebagai
pelengkap dalam institusi keluarga kerana seorang wanita semestinya
akan melahirkan seorang anak dan memberi sepenuh kasih sayang
berbeza dengan peranan lelaki yang hanya mencari rezeki dan mencari
punca pendapatan keluarga. Namun fahaman ini bertentangan dengan
fahaman feminisme yang lain kerana peranan yang wujud itu boleh
dipelajari oleh golongan lelaki. Apa yang kita lihat berlaku pada
hari ini adalah peranan yang dulunya dikuasai oleh wanita juga
dikuasai oleh lelaki seperti memasak, penjagaan anak dan mengemas
rumah.4) Feminisme Sosialis-MarxisTeori ini adalah kepercayaan di
mana wanita berpegang teguh kepada aspek diskriminasi dan kelas
gender. Wanita yang sering diabaikan dari segi peranannya dalam
masyarakat juga menjadi objektif perjuangan mereka kerana hanya
mementingkan satu kelas gender sahaja. Mereka berpendapat bahawa
untuk menjadikan sesuatu sistem masyarakat itu benar-benar memenuhi
keseimbangan ialah dengan mengkaji peranan masing-masing boleh
mewujudkan sesuatu yang dianggap memenuhi hak asasi manusia.
3.0 Kajian Kes dan Bentuk Diskriminasi Terhadap WanitaPendekatan
Feminisme merujuk kepada unsur-unsur kebebasan terhadap wanita
bahawa dunia ini adalah perkongsian bersama. Konsep ini adalah
sinonim dengan masalah yang menimpa kaum wanita sejak berabad
lamanya. Biarpun wanita pada hari ini memiliki sifat kepimpinan
namun disebabkan jantina mereka tidak layak untuk memegang sebarang
jawatan yang lebih tinggi melebihi kaum lelaki. Perubahan ketara
oleh golongan feminin ini adalah sangat baik dari semasa ke semasa
dari segi penglibatan mereka dalam bidang politik adalah sesuatu
yang menjadi sumber inspirasi kepada parti-parti politik. Mereka
sedar akan keterbatasan fizikal, sifat kewanitaan, sifat kepimpinan
yang tidak setanding lelaki tapi disebabkan pada hari ini wanita
telah mula membina institusi sendiri contohnya dengan penubuhan
Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga, masyarakat Malaysia
(KPWKM) yang bertanggungjawab menilai dasar dan arah untuk mencapai
sasaran kesamarataan jantina, pembangunan keluarha dan masyarakat
penyayang selari dengan komitmen kerajaan kepada persidangan
penghapusan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita. Diskriminasi
wanita yang berlaku pada hari ini bukanlah sesuatu yang dianggap
sebagai perkara biasa. Masalah ini telah pun berlaku sejak ke abad
ke 18 lagi, wanita diperlakukan seperti hamba perdagangan, menjadi
pelacur, menjadi hamba abdi malahan menjadikan mereka sebagai suri
rumah sepenuh masa tanpa membenarkan mereka melakukan perkara yang
dilakukan oleh golongan lelaki. Di Eropah, migrasi yang berlaku
oleh golongan wanita secara beramai-ramai adalah disebabkan dasar
diskriminasi yang terlalu menindas golongan wanita malah tidak
menganggap mereka sebagai warganegara. Penglibatan wanita dalan
arena politik adalah objektif dan saranan daripada kemodenan yang
semakin pesat. Golongan wanita mempunyai potensi untuk membangunkan
negara dan membawa perubahan di dalam masyarakat. Penglibatan
mereka di dalam badanbadan pentadbiran di peringkat kebangsaan dan
tempatan boleh membawa kepada dasar-dasar dan undang-undang yang
lebih mengutamakan kepada wanita dan keluarga. Biarpun dalam arena
politik wanita mempunyai halangan untuk menyertai parlimen di
peringkat kebangsaan dan tempatan telah pun dihapuskan hampir di
setiap negara, namun ia masih tidak mencukupi untuk memberikan
keseimbangan gender yang sepenuhnya di dalam pentadbiran. Melihat
daripada bentuk politik yang lebih terbuka, peratus peningkatan
penglibatan tidak berlaku secara terus malah ia berlaku secara
berperingkat untuk mencapai tahap itu. Bermula dari zaman
kanak-kanak, wanita menghadapi diskriminasi yang berbeza daripada
peringkat bawah pendidikan sehingga kepada gaya sosial semasa
adalah sangat diragui kecekapan mereka sebagai pembuat keputusan
yang bernas. Bentuk diskriminasi ini juga terjadi akibat daripada
tanggungjawab yang besar oleh wanita di dalam institusi keluarga
adalah keutamaan yang diberikan lebih kepada wanita berbanding
lelaki. Di Indonesia, wanita mempunyai peranan yang cukup besar
dalam politik kerana wujudnya perjanjian tentang hak asasi wanita.
Kedudukan wanita di Indonesia secara formal adalah cukup kuat
kerana proses penentuan undang-undang serta peraturan yang telah
diwujudkan adalah berkaitan soal hak asasi manusia. Namun, secara
praktiknya wanita masih lagi mengalami satu penjajahan dan
diskriminasi. Menurut Pof. Miriam Budiardjo ( 2008: 257) menyatakan
bahawakedudukan perempuan secara de jure jauh berbeda dengan
kedudukannya secara de fact. Selain itu, kekuatan wanita dalam
politik Indonesia telah mewujudkan beberapa perjanjian mengenai hak
politik wanita ( Convention on the Political Rights of Women) dan
perjanjian penghapusan Diskriminasi terhadap wanita (Convention on
the Political Elimination og All Forms of Discrimination againts
Women atau CEDAW. Pada tahun 1993, Deklarasi Wina juga telah
memberi kesempatan kepada wanita untuk memenuhi 30% kerusi wakil
rakyat mengikut Undang-Undang Pemilihan Umum 2004.Konvensyen PBB
juga telah mengeluarkan tindakan yang sewajarnya untuk
mempertahankan hak wanita antaranya menetapkan bahawa wanita berhak
untuk menyuarakan segala unsur penindasan tanpa diskriminasi oleh
golongan lelaki. Wanita juga berhak untuk memegang mana-mana
jawatan setelah memenangi pilihan raya tanpa mengira badan elektif
berlandaskan undang-undang pilihan raya. Selain itu, wanita berhak
menduduki jabatan-jabatan dalam kerajaan bagi menyelanggara semua
proses pentadbiran selagi tidak bercanggah dengan
undang-undang.
Antara isu yang dilihat sebagai amat menindas golongan wanita
ialah isu dalam rumah tangga, kewarganegaraan, dan perdagangan
(trafficking) wanita dan anak-anak. Pada dasarnya, peranan wanita
lebih terserlah dalam institusi keluarga. Mereka kurang memahami
soal-soal politik mahupun soal berkaitan negara bukanlah disebabkan
kekurangan ilmu dan pendidikan namun atas nilai-nilai kecekapan
yang lebih dimonopoli golongan lelaki. Pada tahun 2007, wanita di
Indonesia terlalu kuat untuk memperjuangkan hak mereka sehingga
Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) mengesahkan undang-undang tentang
penghapusan kekerasan rumah tangga, undang-undang tentang
kewarganegaraan dan undang-undang pemerdagangan wanita. Penglibatan
wanita dalam politik juga berada di tahap yang rendah. Semenjak
Malaysia mengecapi kemerdekaan, bilangan calon wanita yang telah
dipilih untuk memasuki badan-badan pembuat keputusan politik di
Malaysia semakin bertambah, tetapi hanya pada kadar sederhana dan
masih di tahap sederhana. Pada tahun 1990, dianggarkan hanya 5%
daripada ahli-ahli parlimen adalah wanita. Namun bilangan ini terus
bertambah pada tahun 1999 kepada 10%. Selepas pilihan raya 2004,
bilangan ini tidak mengalami perubahan sedangkan wanita-wanita
adalah lebih ramai mempunyai pendidikan lebih tinggi berbanding
lelaki. Kekurangan bilangan wanita dalam politik adalah disebabkan
faktor yang disebabkan individu itu sendiri kerana dengan
dasar-dasar yang telah diwujudkan untuk memberi keseimbangan dalam
politik sebagai galakan kepada mereka. Peranan wanita Malaysia
bermula dengan kemenangan Halimaton Saadiah dalam pilihan raya
Persekutuan Tanah Melayu yang pertama iaitu pada tahun 1955. Dengan
pelantikan beliau sebagai Menteri Kebajikan Am pada 20 Mei 1969
menyemarakkan lagi penglibatan wanita dalam politik negara masa
itu. Kesetaraan gender oleh Feminis sebenarnya tidak terdapat dalam
hukum Islam. Kemunculan ideologi feminisme muncul di Barat semasa
era pencerahan (enlightenment era) iaitu semasa kebangkitan wanita
bagi menuntut hak-hak mereka. Sebelum zaman pencerahan iaitu pada
zaman gelap (dark ages), golongan lelaki lebih mendominasi sistem
dalam masyarakat malah tidak membenarkan wanita untuk melibatkan
diri dalam soal pendidikan pekerjaan luar rumah atau berpolitik.
Bahkan lebih teruk lagi wanita dianggap tidak mempunyai status
keberadaan dan dipertikaikan taraf kewarganegaraan mereka sehingga
pada masa itu wanita di Eropah benar-benar kehilangan kemuliaannya.
Kedudukan wanita dalam Islam adalah sama darjatnya malah dilayan
sebagai manusia iaitu makhluk Allah. Wanita diberi kesempatan dan
peluang untuk menimba ilmu dan menceburi bidang politik. Pada zaman
Rasullullah S.A.W dan Umar Al-Khattab r.a di mana Nabi memberi ilmu
berkaitan Al-Quran kepada wanita dan menerima baiat (ikrar) dari
dua orang perempuan semasa Baiat Al-Aqabah 2. Malahan, pada zaman
Umar Al-Khattab, ada seorang wanita yang menegur Umar berkaitan
nilai mahar perkahwinan. Dalam Islam juga, politik yang
dilaksanakan adalah sangat berbeza dengan politik sekuler. Namun,
idealisme dalam Teori Feminisme dalam Islam hanya wujud seperti
dalam perkahwinan, poligami, harta dam sebagainya. Undang-undang
dalam Islam juga menjadikan golongan lelaki sebagai pemimpin dalam
sosial masyarakat contohnya pemimpin dalam keluarga dan pemimpin
kerajaan. Umat Islam yang menjadikan hukum-hukum ini sebagai
pedoman hidup semestinya tidak akan melahirkan sentimen ataupun isu
melibatkan gender. Segala panduan yang terkandung di dalam Al-Quran
perlu dipatuhi dan diikuti kerana di dalamnya terdapat
undang-undang dan peraturan yang telah dikhaskan bagi mengimbangi
peranan wanita dalam masyarakat. Dalam Islam sendiri menyeru
umatnya untuk berdawah dengan mengajak kepada yang maaruf dan
menjauhi perkara mungkar. Kewajipan setiap umat manusia tidak kira
lelaki mahupun wanita adalah suatu yang dituntut bahkan menjadi
sebahagian dari dakwah Islam.3.1 Analisis Kajian Untuk menjelaskan
masalah yang berlaku akibat daripada diskriminasi wanita dalam
politik Teori Feminisme liberal adalah sangat sesuai untuk
merungkai masalah yang berlaku. Dalam Teori Feminisme percaya
bahawa wanita dan lelaki adalah sama dan tidak wujud perbezaan.
Perbezaan hanyalah wujud pada struktur biologi dan fizikal. Dalam
politik, peranan wanita adalah cukup besar untuk membina sebuah
institusi kerajaan yang lebih manpan. Golongan wanita dilihat
sebagai individu yang mempunyai latar belakang pendidikan yang jauh
lebih baik berbanding lelaki. Peranan mereka juga amat diperlukan
dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan lebih-lebih lagi dalam proses
penggubalan undang-undang dalam institusi kekeluargaan dan
anak-anak. Teori Feminisme Liberal juga menjelaskan bahawa
kecenderungan golongan lelaki mendominasi institusi politik
sehingga mencemar martabat dan status wanita adalah bercanggah
dengan konsep hak asasi manusia itu sendiri. Dalam arena politik,
penglibatan wanita hanya cukup rendah contohnya di Malaysia, pada
tahun 1990 hanya 5% dari ahli-ahli parlimen adalah wanita. Kerajaan
cukup menitikberatkan soal-soal hak-hak wanita di Malaysia sehingga
memperuntukkan dana untuk melaksanakan pembangunan wanita. Dengan
ini, teori feminisme sangat menyokong sokongan yang diberikan
kerajaan biarpun hanya sedikit berlaku diskriminasi gender dalam
institusi kekeluargaan. Secara praktiknya, pengaruh wanita dalam
politik tidaklah sehebat lelaki yang hampir mengeksplotasi segala
sudut sistem sosial dalam masyarakat. Teori Feminisme Liberal ini
juga sangat bersesuaian digunakan bagi membahas tentang pembebasan
terhadap wanita tanpa adanya diskriminasi berkaitan gender. Mereka
diberi peluang dan ruang untuk bersama-sama membangunkan negara ini
demi kepentingan umum. Wanita bebas menyuarakan pendapat mereka
tanpa adannya diskriminasi. Pada zaman moden ini, wanita bukan
sahaja boleh menjadi pemimpin malah menjadi simbol
perjuangan-perjuangan wanita bagi mempertahankan institusi wanita
di seluruh dunia seperti yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia
Dalam institusi masyarakat, wanita yang sering dilabel sebagai
individu yang kurang cekap malah tidak tegas adalah faktor yang
menjadi penghalang kepada teori feminisme liberal ini. Masalah yang
menimpa golongan wanita ini adalah disebabkan kurangnya daya fikir
untuk membuat keputusan dalam bentuk krisis pemikiran yang lebih
kompleks. Dalam institusi yang melibatkan kerajaan adalah amat
sukar bagi wanita untuk menangani masalah-masalah yang lebih serius
disebabkan faktor persekitaraan politik yang mana lelaki lebih
mendominasi ruang tersebut. Masalah ini juga timbul akibat daripada
desakan agama yang lebih mengutamakan lelaki untuk menjadi pemimpin
atau khalifah di muka bumi ini. Setiap individu sama ada lelaki
ataupun wanita adalah berfungsi untuk melengkapi hidup antara satu
sama lain. Fungsi ini juga boleh difahami dengan fungsi Kontra
antara dua gender yang berbeza3.2 Rumusan: Terima atau Menolak
Teori Berdasarkan analisis kajian tentang diskriminasi terhadap
wanita, dapat digambarkan dan dinilai bahawa golongan wanita
mempunyai potensi untuk membangunkan negara dan membawa perubahan
dalam masyarakat. Melihat daripada bentuk politik yang lebih
terbuka, peratus peningkatan penglibatan tidak berlaku secara terus
malah ia berlaku secara berperingkat untuk mencapai tahap itu.
Wanita juga berhak untuk memegang mana-mana jawatan setelah
memenangi pilihan raya tanpa mengira badan elektif berlandaskan
undang-undang pilihan raya. Selain itu, wanita berhak menduduki
jabatan-jabatan dalam kerajaan bagi menyelenggarakan semua proses
pentadbiran selagi tidak bercanggah dengan undang-undang.
Perwakilan wanita-wanita dalam badan-badan perundangan adalah
merupakan salah satu petunjuk yang membuktikan komitmen masyarakat
di dalam memperkasakan wanita Teori feminisme liberal yang
dipopularkan oleh Wollstonecraft (1929) dan Betty Friedan (1965),
bertetapan dengan kajian ini iaitu diskriminasi terhadap wanita dan
dapat menjelaskan bahawa antara lelaki dan wanita tidak ada jurang
perbezaan. Aliran pemikiran politik yang merupakan asal mula
feminisme liberal, berada dalam proses pemikiran dan penstrukturan.
Feminisme liberal menekankan, bahawa keadilan gender menuntut kita
untuk membuat peraturan yang adil. Tujuan umum dari feminisme
liberal adalah untuk menciptakan masyarakat yang adil dan peduli
tempat kebebasan. Hanya di dalam masyarakat seperti itu perempuan
dan lelaki dapat mengembangkan diri. Dalam sistem sosial masyarakat
khususnya dalam sistem politik dan pekerjaan di mana taraf dan
penglibatan wanita perlu diseimbangkan. Kesamarataan antara wanita
dan lelaki perlu diutamakan tanpa adanya penindasan terhadap
golongan tertentu. Teori feminisme liberal bertetapan dengan kajian
ini kerana kedudukan wanita dalam Islam adalah sama darjatnya malah
dilayan sebagai manusia iaitu makhluk Allah. Wanita diberi
kesempatan dan peluang untuk menimba ilmu dan menceburi bidang
politik. Jelaslah bahawa feminisme liberal berkeinginan untuk
membebaskan perempuan dari diskripsikan atau kebebasan untuk
memberikan alasan yang lebih rendah atau tidak memberikan tempat
sama sekali terhadap wanita baik dalam akademik mahupun pasaran.
Mereka menekankan bahawa masyarakat mencampur adukan seks dan
gender sebagai serta menganggapnya sebagai suatu tindakan yang
dihubungkan dengan keperibadian feminisme yang layak untuk
perempuan.4.0 KesimpulanTeori Feminisme adalah sesuatu mekanisme
bagi wanita untuk terus memperbaiki mutu kehidupan dalam apa jua
bidang yang mereka ceburi. Landasan yang menjadi faktor penentu
kesamarataan (equality) turut diperkukuhkan dengan berpandukan
kepada kajian, metode dan tinjauan yang menyeluruh. Peranan mereka
adalah sangat dialu-alukan dalam politik dalam kebanyakan
negara-negara membangun kerana mereka lebih mengutamakan hak
sejagat bukannya menjalankan kekuasaan dengan kekerasan yang hanya
mementingkan nilai-nilai peribadi semata-mata. Namun, masalah teori
feminisme ini ialah sifat wanita yang lahirnya kerana tentangan
daripada hukum-hukum agama. Mereka membangkitkan soal-soal
pemilikan harta, poligami, hak penceraian dan sebagainya yang mana
perkara itu adalah ketentuan yang perlu dipatuhi di dalam agama
Islam. Kitab yang diturunkan adalah wahyu yang di dalamnya terdapat
hukum hakam kehidupan dan ini juga adalah soal ketaatan seseorang
terhadap agamanya. Oleh yang demikian, Teori feminisme adalah
tujuan asalnya hanyalah berkaitan pembebasan penindasan terhadap
wanita disamping memperjuangkan keseimbangan dalam kehidupan agar
boleh dinikmati.
5.0RujukanBUKU1. Prof Miriam Budiardjo (2008), Dasar-Dasar
Politik. Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama. JURNAL1. Nyoman Yatmi
Pravitra Dewi (2004). Bab 2, Landasan Teori, Pendekatan Feminisme,
Pergerakan Perempuan, Subordinasi Perempuan dan Stereotip jender.
2. Penulis tidak dinyatakan. Bab2, Landasan Teori. Boleh diperolehi
dari Laman Web :
http://elib.unikom.ac.id/files/disk1/543/jbptunikompp-gdl-eighwikaku-27140-6-unikom_e-i.pdf3.
Jai Nurrozaq ( 2014 ). Nilai-Nilai Feminisme. Boleh diperolehi dari
Laman Web :
http://digilib.ump.ac.id/files/disk1/25/jhptump-ump-gdl-jainurroza-1228-3-babii.pdf4.
Universitas Sumatera Utara. Konsep, Landasan Teori, dan Tinjauan
Pustaka. Boleh diperolehi dari Laman Web :
http://repository.usu.ac.id/bitstream/123456789/25836/3/Chapter%20II.pdf
22