NASIONALISME DAN PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN oleh: Alwi B. Sudin Dunia Kedua' dan keupayaan tentera Jepun menyingkirkan pemerintahan penjajah British secara mendadak ke atas Semenanjung Tanah Melayu atau lebih di kenali sebagai Malaya ketika itu, turut merombak corak nasionalis dan mengubah struktur kepimpinan po litik yang sedia ada. Walaupun 'Zaman Pemerintahan Jepun' dikenang sebagai zaman yang penuh dengan kepayahan, kepe ri tan hidup, kesengsaraan, ketakutan serta kekejaman , namun baiknya pemerintahan Jepun kerana memberi kesedaran, ruang, peluang dan galakan terhadap pertubuhan serta perkembangan semangat juang di kalangan pejuang-pejuang kebangsaan . Situasi ini amat berguna dan membawa impak penting dalam usaha membebaskan Negeri Perlis bersama negeri-negeri Melayu la in di Semenanjung Ta nah Melayu kemudiannya. 'Nasionalisme ' atau ' Fa haman Kebangsaa n atau 'Perjuangan Ke bang saa n' di Perlis adal ah seal ira n dengan kebangkitan 'N asionali sme di Nege ri -negeri la in di Tanah Melayu. 'Kes ed aran Awal' atau asas pe rubahan di cetuskan ol eh cerd ik pandai golongan agama Islam berpunca daripada kebangkitan atau pe mbaharuan yang berla ku di Timur Tengah pada akhir abad ke-19. Di Perl is idea pembaharuan atau 'I slah' ini di ketu ai oleh Dato' Wan Ahmad Wan Daud dan rakan-rakannya. Puak ini terkenal dengan jolo kan 'Kaum Muda'. Matlamat dan tujuan asal perjuangan golongan in i tertumpu ke pa da pembaikan dalam hal-hal keagamaa n disamping memperlihatkan kesedaran bagi menghadapi cabaran-cabaran terha da p perubahan-perubahan radikal yang di bawa oleh pihak British, orang Cina dan India yang memasuki Perlis semakin ramaL Dalam ma sa yang sama golongan ini memperlihat bibit-bibit perjuangan ke arah anti- penjajah dan mula cenderung kepada 'berpolitik' seperti mana di tunjukkan oleh Tuan Hj.Mohamad Nor seorang Kadhi dan adiknya Tuan Hj. Ahmad. Namun demikian golongan ini tidak dapat bergerak jauh kerana tidak mendapat sokongan ketika itu. Walau bagaimanapun pembaharuan dan perubahan dalam bidang agama Islam dapat di perkuatkan , sebahagian besar amalan-amalan 'bid'ah' dan 'khurafat' yang memundurkan rakyat Perlis dapat di lenyapkan. Golongan nasionalisme kedua yang muncul di Perlis di pelopori oleh para pegawai Melayu yang berkhidmat dengan kerajaan British di Perlis. Mereka ini mendapat pendidikan Inggeris dan berhubung baik dengan pegawai-pegawai I't,j atasan British, maka perjuangan mereka hanya berupa tuntutan dan rayuan untuk menambahbaik sedikit nasib bangsa "". Melayu terutama di bidang pendidikan, ekonomi dan layanan yang lebih istimewa berbanding dengan kaum lain. Ketika itu, rakyat Melayu Perlis jauh ketinggalan dalam semua aspek jika di bandingkan dengan kaum pendatang dari benua kecil India dan China. Sebagai landasan perjuangan puak elit ini berjaya membentuk 'Persatuan Melayu Perl is ' di awal tahun 1930-an. Persatuan ini dipimpin oleh Tuan Syed Mahazar B. Syed Husain selaku Yang Dipertua, Ustaz Salleh B. Osman menjadi Naib Yang Dipertua, manakala Syeikh Ahmad Mohd Hashim memegang jawatan Setiausaha dan Bendaharinya En.Tahrin B. Arifin . Perjuangan golongan ini adalah bersandar kepada berkerjasama dengan pihak British untuk mencapai segala hasrat dan tuntutan mereka. Kumpulan ini mempunyai pelbagai pengistilahan, ada sejarawan menamakan 'nasionalis sederhana' ada pula yang menyebut 'n asionalis kanan' dan ada juga yang memberi nama 'nasionalis tengah'. Nasionalis ini tidak menentang British, tidak anti-British mereka bekerjasama dan taat kepada pemerintahan British walaupun terdapat percanggahan. " ateue fit old fI4«9 fit akd k-ltJ .. Hakcipta Terpelihara © 2008 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Hakcipta Terpelihara © 2008 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis