EmpayarTurki Uthmaniyyah(Turki Uthmaniyyah:Devlet-i Aliye-i
Osmaniye;Turki Moden:Osmanl mparatorluu;Arab: ,al-Dawla
al-'Uthmnyya) keluargaBani Osmaniini adalah sebahagian kecil dari
keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa
Turki yang masuk keAsia Kecilsemenjak abad ke sebelas yang lalu.
Bangsa ini adalah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang
menentangByzantine, terutama setelah mereka bergerak ke barat
lautAnatoliadi abad ke-13. Pengikut-pengikutnya direputasikan
sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang
berjuang memerangiKristiankeranajihaduntuk menegakkanIslam, dan
mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan
Uthmaniah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang
lain. Pemerintah Uthmaniyyah melihat diri mereka sebagai
"pemerintah universal" dan waris kepadaEmpayar RomdanIslam, maka
terjadilah "penyatuan kebudayaan".[7]Pada tahun1357mereka
menyeberangiDardanellesmenuju ke semenanjungGallipolidan sebelum
akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah
kerajaan Byzantine,
termasukGreecedanBulgaria.Constantinople(kemudian ditukar nama
kepadaIstanbul) jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniyyah pada
tahun1453. Pada tahun1526sebagian besar wilayahHungarytelahpun
berada di bawah kekuasaan Uthmaniyyah. Kerajaan Uthmaniyyah
mempunyai angkatan laut yang handal di Lautan Tengah dan
melaksanakan tugasnya dalam perang denganSepanyoldan kuasa-kuasa
Eropah yang lain.Algeriasegera mereka kuasai dan akhirnya
menambahkanTunisiasebagai wilayah kerajaan Uthmaniyyah. Uthmaniyyah
juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian
tenggara, mendudukiIraqdan bahagian-bahagian wilayahArabyang lain.
Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan Uthmaniyyah merupakan keganasan
Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa Islam adalah agama
kekejaman dan agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah
pada tahun1542, Dewan Kota Praja Basel diSwitzerlandmembekukan
penerbitan terjemahanAl-Quranyang diterjemahkan oleh Robert dari
Ketton. Dewan Kota Praja ini membantah dengan mengatakan "dongeng
dan bid'ah yang dibuat-buat" dalam Al-Quran itu akan mengganggu
penganut Kristian Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan
Uthmaniyah mulai terserlah selepas satu setengah abad berkuasa.
Pengepungan ke atasViennadi tahun 1683 turut menemui kegagalan dan
kerajaan Uthmaniah kini pula menghadapi Persekutuan
dariAustria,Poland,VenicedanPaus, dan bangsaRusia.Semenjak
tahun1699mereka telah banyak menemui kekalahan dan di
dalamperjanjian damai Karlovitz, Uthmaniyyah harus mempersetujui
penyerahan wilayah-wilayahnya kepada Austria, Vennice dan Poland.
Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak mereka di
bahagian tenggara Eropah, termasuk pantai barat dan utaraLaut
Hitam. Namun pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniyyah kembali
kehilangan sebahagian besar dari wilayah taklukkannya yang dimulai
dengan kemerdekaan Greece pada tahun 1829 dan pendudukanPeranciske
atas Algeria pada tahun 1830. Kerajaan Uthmaniyyah menjadi "the
sick man of Europe" iaitu Orang Eropah yang sakit dan hanya
persaingan mereka inilah yang mencegah terjadinya
perpecahan-perpecahan yang dahulunya pernah terjadi. Setelah
kekalahannya dalamPerang Dunia Idi tahun 1912-1919, semua wilayah
ini masih tetap berada di bawah Kerajaan Uthmaniyyah, dengan
wilayah Eropahnya adalah kawasan di sekitar Istanbul meluas sampai
ke sebelah utaraEdirne(Adrianople) dan ke barat sampai ke
Gallipoli. Bangsa Turki di bawah kekuasaanMustafa Kamal
Ataturktelah menghapuskan nama Kerajaan Uthmaniyyah pada1922dan
diganti denganRepublik Turki. Wilayah-wilayah jajahan
diAsiadanAfrikadahulu telah hilang kecuali Anatolia yang masih
berada di wilayah Republik Turki ini.SejarahWilayah Uthmaniyyah
pada mulanya dikenali sebagaiBeylikdi dalam KerajaanTurki
Seljukpada kurun ke-13. Pada tahun1299,Uthman Imengisytiharkan
kemerdekaan Wilayah Uthmaniyyah dan mengasaskan Kerajaan Turki
Uthmaniyyah.Penubuhan dan Kemajuan (1299-1453)Semasa penubuhan dan
perkembangan Empayar Uthmaniyyah, karakteristik empayar ini tidak
boleh disoal lagi lebih-lebih lagi semasa pemerintahan
SultanMuhammad al-Fatih. Hal ini menjadikan Empayar Uthmaniyyah
istimewa dalam sejarah ketamadunan manusia.
Sultan Muhammad Al-FatihSepanjang kurun ke-16, Empayar
Uthmaniyyah terus berkembang daripada segi wilayah dan kekuasaan
dengan mengembangkan kekuasaan sehingga keAfrika Utaradi barat daya
dan Parsi di sebelah timur. SemasaPertempuran Chaldiran, di sebelah
timurAnatolia, (sekarang di barat Tabriz, Turki) pada tahun1514,
tentera Uthmaniyyah di bawah pimpinan SultanSelim Imemenangi
pertempuran menentang tentera Parsi. Hal ini memastikan keselamatan
wilayah Uthmaniyyah di sebelah timurnya. Selepas itu tumpuan
Empayar Uthmaniyyah beralih kepada bahagian barat empayar terbabit.
SultanSulaiman I, selepas menaiki takhta pada tahun1518, mengetuai
beberapa siri ketenteraan di Balkan. Di bawah Suleiman yang juga
merupakan seorang strategis yang hebat, tentera Uthmaniyyah mara ke
utara dengan menguasaiBelgrade(1521),mengalahkan Hungary(1526), dan
menyerang Vienna (1529).Kejayaan pengembangan kuasa Uthmaniyyah
pada kurun ke-16 adalah kerana kemahiranbersenjata apidantaktik
peperangandi samping kesempurnaan sistem ketenteraan. Tentera
Uthmaniyyah juga amat mahir dalam melakukan serangan dan kepungan
kerana serangan seperti ini mendatangkan kesan kemusnahan yang
teruk terhadap musuh mereka.Salah satu contoh terbaik untuk
menunjukkan kemahiran mereka menyerang atau membuat pengepungan
ialah semasa peristiwa penaklukanConstantinople(Istanbul) pada
tahun1453. Semasa serangan terbabit,meriam-meriambesar digunakan
bagi memusnahkan tembok yang tinggi dan tebal. Meriam-meriam ini
diperbuat daripadagangsadan dibawa berdekatan dengan kota ini
menggunakan banyak tenaga manusia disamping penggunaan kerbau dan
lembu kerana berat yang melampau meriam-meriam ini. Meriam-meriam
ini kemudiannya ditanam di sebelah hujung bagi menyerap tekanan
letupannya. Seorang panglimaAustriapernah berkata bahawa tentera
Uthmaniyyah amat "kebal" semasa musim panas. Keterangan ini nyata
benar memandangkan banyak kejayaan dicapai semasa kempen-kempen
perangnya.Perkembangan (1453-1683)
Empayar Turki Uthmaniyyah,1299-1683Perkembangan kekuasaan
Uthmaniyyah boleh dikategorikan kepada dua zaman. Zaman pertama
boleh dikatakan semasa berlakunya penaklukan dan perkembangan
kuasa; iaitu bermula daripada penawananConstantinoplepada
tahun1453sehinggalah kemangkatan SultanSulaiman al-Qanuni(Suleiman
the Magnificent) pada tahun1566. Selepas berakhirnya zaman pertama,
zaman kedua pula muncul iaitu semasa struktur pentadbiran mula
menunjukkan kelemahannya akibat daripada perebutan kuasa dan rasuah
iaitu dari tahun 1566 sehinggalah kegagalan serangan ke
atasViennapada tahun1683.Bagi meluaskan pengaruh dan kawasan
Empayar Uthmaniyyah semasa zaman perluasaan kuasanya, pemimpin
memilih untuk menyebarkan melalui laluan air yakni laut.Selim
Imenawan Parsi sebelum tewas kepada tentera Parsi tidak lama
kemudian. Parsi kemudian menewaskan tentera Uthmaniyyah dan menawan
sebahagian kawasan milik Uthmaniyyah di timur empayar itu. Mereka
juga berjaya menawanBaghdad. Empayar Uthmaniyyah menubuhkan tentera
laut diLaut Merahbagi mengatasi pengaruhPortugisdalam perdagangan
rempah. Semasa zaman ini, Empayar Uthmaniyyah bersaing dengan
kuasa-kuasaEropahdiLautan Hindi. Empayar Uthmaniyyah juga
menghantar tentera lautnya bersama-sama dengan kelengkapan perang
dan askar keKenyadanAcehbagi membantu pemerintah-pemerintahMuslimdi
sana, di samping mempertahankan perdaganganrempahdanhamba. DiAceh,
Empayar Uthmaniyyah membinakubudan mempertahankannya
menggunakanmeriam, selain itu Sultan Aceh,Sultan Alauddin Riayat
Shah Al Qahartelah memimpin sebuah armada perang dibantu oleh
tentera turki Uthmaniyyah dengan meriam-meriam besar dari Istanbul
menggempurPortugisdi Melaka. Empayar Turki Uthmaniyyah juga
merupakan kuasa yang bertanggungjawab dalam membantu perjuangan
pihakProtestanBelandabagi menghadapai konflik mereka dengan
golonganKatolikSepanyol. Tentera laut Uthmaniyyah juga mempunyai
banyak pengaruh diLaut Mediterraneanmenjadikanperdagangandi sana
berkembang dengan pesat disebabkan kestabilan perdagangan di situ.
Zaman ini kemudiannya dikenali sebagai zaman "Pax Ottomanica" oleh
orang Barat.Serangan ke atas Vienna bukanlah satu siri pengembangan
kuasa Empayar Uthmaniyyah terhadapJerman. Sebenarnya pihak Turki
Uthmaniyyah hanyalah ingin bertindak terhadap campur
tanganHapsburgSepanyol ke atasHungary. Hal ini juga menyebabkan
sesetengah sekutu Uthmaniyyah membelot terhadap Empayar
Uthmaniyyah. Paus diItalikemudiannya meninggalkan kepentingan
sekularnya bagi membangkitkan semangat anti-Islam di samping ingin
melancarkanPerang Salibyang baru. Dalam masa yang akan datang,
Empayar Uthmaniyyah bukan sahaja sebuah kuasa penakluk tetapi juga
sebuah instrumen politik Eropah. Perang diViennamembawa kepada
zaman kemerosotan terhadap Empayar Utmaniyyah.
Genangan (1683-1827)
SultanMurad IVSelepas tewasnya tentera Uthmaniyyah dalam perang
diViennapada tahun1683yang menunjukkan bahawa Empayar Uthmaniyyah
bukan lagi kuasa besar diEropah. Pada tahun 1699, buat pertama kali
dalam sejarahnya, Empayar Uthmaniyyah mengakui bahawaAustriaadalah
sama taraf dengannya. Bukan sahaja itu, Empayar Uthmaniyyah juga
kehilangan wilayah besar dikuasainya sejak sekian lama. Terdapat
banyak sultan yang dilantik selepas itu yang tidak sekuat
generasiMehmed II,Selim IdanSuleyman I.Semasa zaman kemerosotan
ini, Empayar Uthmaniyyah lemah kerana masalah dalaman dan luarannya
disebabkan peperangan yang amat mahal terutamanya
menentangParsi,Persekutuan
Poland-Lithuania,Rusia,Austria-Hungary.Perang Rusia-Turkiialah
peperangan antaraRusiadan Empayar Uthmaniyyah semasa kurun ke-17,
ke-18, dan ke-19 masihi (kesemuanya 10 peperangan). Ia merupakan di
antara konflik yang paling lama dalam sejarah Eropah yang
berlarutan selama 241 tahun; lebih lama daripadaPerang Seratus
Tahundi antaraEnglanddanPerancis. Sebelum itu, Empayar Uthmaniyyah
tewas dalamPerang Lepantopada tahun 1571.Perjanjian Passarowitz
menghasilkan satu era yang aman di antara tahun1718-1730.
Pentadbiran Uthmaniyyah mula berubah dengan memajukan kota-kota
sekitar Balkan yang akan menjadi benteng pertahanan mereka
sekiranya peperangan meletus dengan kuasa Eropah. Pelbagai
perubahan dilakukan seperti mendapat pandangan rakyat, mengurangkan
cukai, memperbaiki kemudahan awam, dan berbagai-bagai lagi
perubahan. Walau bagaimanapun, Empayar Uthmaniyyah gagal bersaing
dalam bidangteknologidengan musuhnya di Eropah, terutamanya
Rusia.Pada penghujung kurun kelapan-belas menyaksikan Empayar
Uthmaniyyah ketinggalan jauh berbanding kuasa Barat. Peperangan
berlaku dan mengakibatkan Uthmaniyyah kehilangan banyak wilayah
kepadaRusiadanAustria. Kawasan sepertiMesirjuga mencapai
kemerdekaan. Semasa zaman ini, bermula dengan pemerintahan
SultanSelim IIIterdapat usaha-usaha untuk memodenkan sistem-sistem
di Turki. Banyak reformasi yang dilakukan oleh pemerintah dihalang
oleh golongan-golongan konservatif di dalam Turki Uthmaniyyah
sendiri sama ada oleh golongan keagamaan atau oleh
golonganJanissariyang pada masa ini telah menjadirasuah. Walaupun
tentera elit Janissari ini dimansuhkan pada tahun1826, usaha ini
masih mendapat tentangan.Kemerosotan dan pemodenan
(1828-1908)Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah
dibentuk oleh pengstukturan semula dan transformasi dalam setiap
aspek Empayar Uthmaniyyah. Walau bagaimanapun, usaha yang
berterusan tidak membantu dalam menghalang proses kemerosotan
sistem Uthmaniyyah. Satu perubahan yang signifikan hanyalah apabila
Empayar Uthmaniyyah mula menjadi sekutu kuasa-kuasa Eropah.
Terdapat beberapa siri pakatan dengan beberapa negara Eropah
sepertiPerancis,Belanda,BritaindanRusia. Salah satu contoh yang
nyata ialah semasaPerang Krimea, yang mana Perancis, Britain, dan
Uthmaniyyah berpakat menentangTsar Rusia.Terdapat pada satu masa
iaitu antara tahun1839dan1876, reformasi dilaksanakan. Semasa zaman
ini tentera moden ditubuhkan.Sistem perbankanjuga disusun semula di
samping pembinaan kilang-kilang yang moden. Dari struktur ekonomi
pula, pihak pentadbir Uthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar
balik pinjaman yang dibuat dengan bank-bank di Eropah. Dari segi
ketenteraan, ia menghadapi masalah mempertahankan dirinya daripada
diduduki kuasa-kuasa asing
(cth:MesirdidudukiPerancispada1798;CyprusdidudukiBritishpada1876,
dll.).Dalam semua idea Empayar Uthmaniyyah dapati daripada kuasa
Barat sepertinasionalismeetnik. Kebangkitan nasionalisme etnik
mengancam kestabilan Uthmaniyyah kerana rakyatnya yang berbilang
bangsa. Banyak peristiwa pemberontakan atas nama nasionalisme
muncul dan mengugat Empayar Uthmaniyyah.
Pembukaan ttihat ve Terakki CemiyetiKebangkitan nasionalisme
memaksa Empayar Uthmaniyyah untuk bertindak. Sepanjang enam abad
yang lalu banyak yang telah berubah kecuali sistem kerajaan. Ada
juga sekumpulan orang dari Uthmaniyyah yang mempunyai pendidikan
barat berpendapat bahawa konsep raja berpelembagaan dapat
mengurangkan tekanan di dalam negara. ttihat ve Terakki Cemiyeti
(Perhimpunan Perpaduan dan Kemajuan) mempunyai hubungan yang
istimewa dalam kumpulan ini. Menurut buku yang dikeluarkan oleh
ttihat ve Terakki Cemiyeti, kejayaan dapat dicapai sekiranya
perubahan dilakukan terhadap institusi sosial dan politik
Uthmaniyyah. Menerusi sebuah penggulingan ketenteraan, ttihat ve
Terakki Cemiyeti memaksa Sultan Abdul Aziz untuk menyerahkan takhta
kepada Murad V. Bagaimanapun, Murad V mempunyai masalah mental.
Sultan Abdul Aziz terpaksa dipanggil semula dengan syarat baginda
akan mengubah sistem politiknya. Sultan Abdul Aziz mengubah
struktur pentadbiran yang berusia ratusan tahun ini23 November1876.
Baginda mengubah nama perlembagaan baru ini kepada "Kanun-i Esasi".
Perlembagaan ini bertahan sehinggalah bermulanyaPerang
Krimea.Menjelang penghujung kurun kesembilan belas, keadaan politik
Empayar Uthmaniyyah menunjukkan keadaan kucar-kacir pada masa akan
datang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa reformasi dan perubahan
tidak cukup untuk membuat perbezaan dan tidak cukup untuk
menghalang pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah.
Pembubaran (1908-1922)Dari sudut sosial, kebangkitan semangat
nasionalisme dan perubahan untuk demokrasi menjadikan rakyat
semakin tidak tenteram. Hal ini akhirnya menyebabkan beberapa siri
perebutan kuasa yang mengakibatkan konsepraja berperlembagaan
ditubuhkan yang mana sultan mempunyai sedikit kuasa
manakalaPartiJawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan, lebih dikenali
sebagai Turki Muda, memerintah keseluruhan Empayar Uthmaniyyah.
Peta terakhir kawasan Empayar Uthmaniyyah selepas Perjanjian
Sevres.Tiga buah negara Balkan yang baru terbentuk pada penghujung
abad kesembilan belas. Keseluruhan wilayah itu
termasukMontenegromencari kawasan tambahan di dalam
wilayahAlbania,Macedonia, danThraceyang berada di bawah pentadbiran
Uthmaniyyah. Dengan dorongan dariRusia, beberapa siri perjanjian
ditandatangani: antaraSerbiadanBulgaria(Mac 1912) dan
antaraGreecedanBulgaria(Mei 1912). Perjanjian di antara Serbia dan
Bulgaria mendesak kepada perpisahan Macedonia yang
mengakibatkanPerang Balkan I. Selepas itu terjadi pulaPerang Balkan
II.Dalam usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah terbabit
kekal dalam kekuasaan Uthmaniyyah,Enver Pashamenyertai kuasa tengah
dalamPerang Dunia Pertama. Semasa waktu ini,Landasan Kereta Api
Baghdadyang dikuasaiJermanmenjadi punca pertenglikaian antarabangsa
dan memainkan peranan dalam punca tercetusnya Perang Dunia
Pertama.[8]Empayar Uthmaniyyah mendapat beberapa kejayaan dalam
tempoh awal peperangan terbabit. Pihak bersekutu, termasuk unit
tentera baru,ANZACdikalahkan diGallipoli,IraqdanBalkan, dan
beberapa kawasan diperolehi. DiCaucasus, tentera Uthmaniyyah tewas
dalam beberapa siri pertempuran dan ini membolehkan tentera Rusia
bergerak dari Trabzon, Erzurum, ke arah Van. Empayar Uthmaniyyah
bagaimanapun tewas pada akhir peperangan ini terhadap pihak
bersekutu dan mengakibatkan ia kehilangan wilayahnya.Mustafa Kemal
Pasha, yang memperoleh reputasi yang baik semasa kempen
diGallipolidanPalestin, dengan rasmi dihantar daripada Istanbul
(ditawan) untuk memerintah dan membubarkan tentera Uthmaniyyah di
Caucasus. Pada awalnya pihak Uthmaniyyah hanya mengikuti arahan
sahaja. Walau bagaimanapun dalam masa tahun kemudian, berlakunya
perang kemerdekaanTurki(1918-1923) menentang kuasa asing.
Perjuangan mereka ini mengakibatkan penggulingan kuasa SultanMehmet
VIoleh Perhimpunan BaruTurki.Republik Turkikemudian diasaskan
pada29 Oktober1923.Sejarah ekonomiKerajaan Uthmaniyyah meneruskan
polisi pembangunan Bursa, Edirne (Adrianople) dan Istanbul, yang
kesemuanya merupakan ibu negara Uthmaniyyah, untuk menjadikan
bandar-bandar ini pusat komersial dan industri, dengan mengajak
pedagang-pedagang untuk mencipta satu metropolis baru.[9]Mehmed dan
penggantinya Bayezid, juga menggalakkan dan menerima migrasi
puak-puak Yahudi daripada pelbagai bahagian Eropah, yang tinggal di
Istanbul dan bandar-bandar pelabuhan yang lain seperti Salonica.
Minda ekonomi Uthmaniyyah adalah berasaskan konsep asas negara dan
masyarakat di Timur Tengah yang mana matlamat utama sebuah negara
adalah untuk memperkembangkan lagi kekuasaan pemerintah dan salah
satu cara untuk mencapainya adalah dengan mendapatkan sumber
kekayaan dengan menjadikan kelas produktif berkembang.[10]Matlamat
paling penting adalah untuk meningkatkan pendapatan negara sebanyak
yang mungkin tanpa merosakkan kemakmuran rakyat bagi menghalang
kekacauan masyarakat dan memastikan konsep tradisional masyarakat
terpelihara.Organisasi Jabatan Perbendaharaan berkembang di bawah
Empayar Uthmaniyyah berbanding kerajaan-kerajaan Islam lain dan
sehingga kurun ke-17, Empayar Uthmaniyyah adalah organisasi
peneraju berbanding yang lain.[11]Organisasi ini menghasilkan satu
kumpulan masyarakat yang baru, yang mana ulama yang terlatih
menghasilkan badan profesional kewangan.[11]
NegeriTerdapat beberapa ciri didalam negeri kekuasaan Turki
Uthmaniyyah yang mana tidak menunjukkan perubahan setelah sekian
lama.Negeri-negeri Uthmaniyyah merevolusikan sistem pentadbiran
dengan bantuan dan pengalaman masyarakat Kristian dan Yahudi
sementara negeri-negeri lain masih berpegang kepada agama dan
identiti mereka sendiri. Hal ini adalah salah satu cara
mengembangkan kawasan mereka dengan pesat yang memerlukan sumber
tempatan untuk menguruskan sistem pentadbiran terbabit. Contohnya;
perlantikan penasihat kepada sultan. Ada diantara mereka ini
dilantik daripada masyarakat bukan Islam dan bukan berbangsa Turki
tetapi amat setia kepada negara..Dalam linkungan diplomatik,
Empayar Uthmaniyyah seringkali ditafsir sebagai Bb-i-l, atauSublime
Porte("pintu besar") - sebuah ilusi terhadap pintu besar Istana
Topkap di mana sultan menyambung wakil-wakil dan duta-duta kerajaan
asing. Ada sesetegah pihak menafsirkan gelaran tersebut berikutan
kedudukan geografi empayar ini. Hal ini bermakna Istanbul, ibu
negeri Uthmaniyyah menjadi gerbang di antara Eropah dan Asia.
Masyarakat barat seringkali menganggap Empayar Uthmaniyyah sebagai
Empayar Turki ataupun Turki; yang kemudiannya tidak patut
dikelirukan dengan negaraTurkimoden.
SultanSultan ialah pemerintah tunggal Empayar Uthmaniyyah
walaupun pada akhir zaman empayar ini, kuasa mereka menjadi semakin
terhad.Dinasti ini dikenali sebagai Osmanli atau Uthmaniyyah oleh
sesetengah pihak. Pemerintah pertama empayar ini menggelar diri
mereka sebagaiBey. Oleh itu mereka mereka mengakui kesetiaan kepada
KerajaanSeljuk. SultanMurad Iialah pemerintah pertama yang
menggunakan gelaran "sultan". Dengan
tertawannyaConstantinople(Istanbul) pada tahun1453, empayar ini
semakin menuju ke kemuncak kehebatannya. Mulai tahun1517,
sultan-sultan Uthmaniyyah juga merupakan Khalifah umatIslam.
Sultan-sultan juga digelar dengan pelbagai gelaran, antaranya ialah
Sultan bagi segala Sultan, Panglima orang-orang Mukmin, dan waris
Rasulullah s.a.w.
Undang-undangTerdapat tiga jenis sistem perundangan di dalam
Empayar Uthmaniyyah: satu bagi orang Islam (kadi), satu bagi orang
bukan Islam, dan satu bagi perdagangan. Undang-undang tertinggi
empayar ini ialah Undang-Undang Kanun. Mahkamah utama dalam empayar
ini ialah Mahkamah Syariah. Pentadbiran tempatan adalah salah satu
cara untuk menyamaratakan kuasa pusat dan tempatan.[12]Terdapat dua
sistem kehakiman iaitu Undang-UndangSyariahdan Undang-Undang Kanun.
Tidak berlaku percampuran kuasa bagi masalah agama yang lain.
Undang-undang Syariah ialah berdasarkanAl QurandanAs Sunnah.
Undang-undang kanun (juga dikenali sebagai Undang-undang sivil)
ialah undang-undang yang ditetapkan oleh sultan. Kedua-dua sistem
ini diajar di sekolah undang-undang yang wujud diBursadanIstanbul.
Mahkamah diuruskan oleh seorang kadi yang dilantik
sultan.KetenteraanPengambilan askar baru untuk menjadi sebahagian
daripada tentera Uthmaniyyah merupakan satu sistem yang kompleks.
Didalam tentera Uthmaniyyah, askar berkuda merupakan unit utamanya.
Askar berkuda ini menggunakan panah dan pedang pendek sambil
mempraktikkan taktik seperti yang ditunjukkan oleh tenteraMongol.
Tentera Uthmaniyyah pernah menjadi tentera termoden dan terkuat di
dunia, menjadikannya kerajaan pertama menggunakan khidmat askar
bersenapang (Bahasa Inggerismuskets). Unit tentera elit Uthmaniyyah
ialah tenteraJanissariyang juga merupakan pengawal peribadi
sultan-sultan. Selepas kurun ke 17, Kerajaan Uthmaniyyah tidak lagi
mampu menghasilkan angkatan tentera moden disebabkan kurangnya
reformasi dan askar-askar Janissari yang korup. Pembubaran unit
Janissari pada tahun1826sudah terlambat dan ketika perang
menentangRusia, Empayar Uthmaniyyah kekurangan senjata moden dan
teknologi.Pemodenan Empayar Uthmaniyyah pada kurun ke-19 bemula
dengan pemodenan angkatan tenteranya. Empayar ini merupakan
institusi pertama mengupah pakar asing dan menghantar
pegawai-pegawai kanan mereka untuk menjalani latihan di
negara-negara Barat. Dengan cara ini teknologi dan senjata baru
tiba di sini seperti senapang dariJermandanBritish, tentera udara
dan tentera laut moden. Empayar Uthmaniyyah berjaya dalam
memodenkan angkatan tenteranya, walau bagaimanapun mereka masih
tidak dapat menandingi kuasa-kuasa Barat.Kebudayaan
Taman IstanbulKajian terkini menunjukkan bahawa Empayar
Uthmaniyyah sememangnya kaya dengan kebudayaan. Pada asalnya,
orang-orang Uthmaniyyah tergolong dalam kebudayaan orang-orangAsia
Tengah. Mereka kemudiannya mengintegrasikan
kebudayaanParsidanByzantinedalam kehidupan harian mereka. Apabila
melihat seni-seni Uthmaniyyah, kita dapat mengetahui bahawa mereka
mewarisinya daripada asal-usul mereka. Mereka menggunakan banyak
budaya Parsi. Empayar ini menunjukkan terdapat keharmonian di
antara bangsa Turki dan bangsa Parsi. Bukan sahaja itu, terdapat
juga pengaruh Eropah dan Byzantine.Empayar ini juga kaya dengan
pelbagai kebudayaan sepertiArab,Eropah, dan lain-lain lagi kerana
empayarnya yang luas merangkumi pelbagai latar belakang dan budaya.
Dengan berlakunya asimilasi antara mereka, lahirlah budaya baru di
empayar ini.
Kronologi Empayar Uthmaniyyah Askar-askar Uthmaniyyah selepas
tamat Perang Balkan Pertama. 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara
nomad menetap secara tetap diAsia Kecil. 1299M- Sebuah wilayah
pemerintahan kecil Turki di bawahTurki Seljukditubuhkan di
baratAnatolia. 1301M-Osman Imengisytiharkan dirinya sebagaisultan.
Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah. 1345M- Turki Seljuk
menyeberangiSelat Bosporus. 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan
tenteraSerbdiKosovo. 1402M-Timurlane, RajaTartar(Mongol)
menumpaskan tentera Uthmaniyyah diAnkara. 1451M- SultanMuhammad
al-Fatihmenjadi pemerintah. 1453M-Constantinopleditawan.
BerakhirnyaEmpayar Byzantine. 1520M- SultanSulaiman
al-Qanunidilantik menjadi sultan. 1526M- Perang Mohacs 1529M-
Serangan dan kepungan ke atasVienna. 1571M-Perang Lepantoberlaku.
1641M- Pemerintahan SultanMuhammad IV 1683M- Serangan dan kepungan
ke atas Vienna buat kali kedua. 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal
dunia. 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah SultanAhmed III.
1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca. 1792M- Perjanjian Jassy. 1793M-
SultanSelim IIImengumumkan "Pentadbiran Baru". 1798M-Napoleoncuba
untuk menawanMesir. 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan
bangsaSerbiapertama. 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa
Serbia kedua. 1822M- Bermulanya perang kemerdekaanGreece. 1826M-
Pembunuhan beramai-ramai tentera elitJanissari. Kekalahan tentera
laut Uthmaniyyah diNavarino. 1829M- Perjanjian Adrianople. 1830M-
Berakhirnya perang kemerdekaan Greece. 1841M- Konvensyen Selat.
1853M- BermulanyaPerang Krimea. 1856M- BerakhirnyaPerang Krimea.
1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan. 1878M-
KongresBerlin.Serbia dan Montenegrodiberi
kemerdekaan.Bulgariadiberi kuasa autonomi. 1908M- Jawatankuasa
Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagaiTurki
Mudaditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah
dikembalikan.AustriamenyerangBosnia dan Herzegovina. 1912M-Perang
Balkanpertama. 1913M- Perang Balkan kedua. 1914M- Empayar
Uthmaniyyah memasukiPerang Dunia Isebagai sekutu kuasa tengah.
1919M-Mustafa Kemal Ataturkmendarat diSamsun. 1923M- Sistem
kesultanan dihapuskan.Turkidiisytiharkan sebagai sebuah Republik.
1924M- Pejabatkhalifahdihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar
Turki Uthmaniyyah.