E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU] TUGASAN JANUARI 2014 SEMESTER KOD KURSUS EMB 415 NAMA KURSUS PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR MOHD AIDIL SHAHWAL B. MAT ZUKI NO. MATRIK E30203120511 NAMA FASILITATOR AKADEMIK WAN BUANAN B. WAN HUSSAIN PUSAT PEMBELAJARAN AeU KUANTAN
41
Embed
Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]
TUGASAN
JANUARI 2014 SEMESTER
KOD KURSUS EMB 415
NAMA KURSUS PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
DALAM BAHASA MELAYU
PROGRAM
SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR MOHD AIDIL SHAHWAL B. MAT ZUKI
NO. MATRIK E30203120511
NAMA FASILITATOR
AKADEMIK
WAN BUANAN B. WAN HUSSAIN
PUSAT PEMBELAJARAN AeU KUANTAN
E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]
ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK MUKA
SURAT
1. “Guru Tidak Menggunakan Pelbagai Kaedah Mengajar
Kemahiran Membaca Bahasa Melayu di Sekolah Rendah”
2 - 4
2. “Mempertingkatkan Kemahiran Membaca di Kalangan
Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen”
5 - 7
3. Rancangan Mengajar Harian
(Kemahiran Membaca)
8 - 14
4. Bahan Bantu Mengajar 15 -19
5. Refleksi 20 - 23
6. Lampiran 24 - 29
E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]
“Guru Tidak Menggunakan Pelbagai Kaedah Mengajar Kemahiran Membaca
Bahasa Melayu di Sekolah Rendah”
Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk
menjelaskan maksud bacaan. Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan
maksud bacaan. Kemahiran membaca sebenarnya amat penting dalam setiap mata pelajaran
di sekolah rendah. Tatkala para guru di sogok dengan pelbagai kemahiran yang baru,
pengajaran kemahiran membaca amat penting dalam pembinaan pelbagai kecerdasan kepada
murid – murid. Kemahiran membaca telah diajar dan dipelajari sejak dari peringkat
prasekolah lagi. Pernyataan “Guru Tidak Menggunakan Pelbagai Kaedah Mengajar
Kemahiran Membaca Bahasa Melayu di Sekolah Rendah” adalah tidak betul dan saya
kurang bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Asas kemahiran membaca sememangnya diperlukan di sekolah rendah. Murid –
murid telah didedahkan dengan kemahiran membaca sejak dari awal persekolahan lagi.
Kaedah – kaedah yang digunakan amat menepati kehendak dan kesinambungan pemerolehan
maklumat dari segi pembacaan. Terdapat beberapa kaedah mengajar membaca. Antaranya
ialah kaedah visual, audio dan kinestetik (VAK), kaedah Fernald dan kaedah Gillingham.
Kaedah VAK ini menggabungkan deria penglihatan , deria pendengaran dengan tulisan.
Murid – murid akan diajar dengan murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis
perkataan yang diingati oleh mereka semasa di dalam kelas. Proses ini akan diulang sehingga
semua murid boleh membaca dan juga menulis.
Pengajaran bacaan yang dijalankan boleh guru bahasa tertumpu kepada dua
kemahiran iaitu bacaan secara kuat (bacaan mekanis) dan bacaan secara senyap (bacaan
mentalis/akaliah). Kemahiran membaca kuat lebih menumpukan kepada kemahiran sebutan,
intonasi, dan gaya membaca (membaca berita). Manakala bacaan senyap merupakan
kemahiran membaca untuk memaham dan juga kepantasan membaca petikan sesuatu bahan.
Kaedah ini bersesuaian dengan tahap pembelajaran murid – murid dengan m,engenal huruf –
huruf terlebih dahulu dan seterusnya boleh menyebut serta membunyikan suku kata – suku
kata. Guru perlu pandai untuk menarik perhatian murid – murid dalam membaca. Kaedah
membaca secara didik hibur merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh guru bahasa
melayu di sekolah. Melalui kaedah ini, murid – murid dapat menonjolkan pelbagai kreativiti
dalam membaca.
E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]
Tumpuan dalam mengusai kemahiran membaca dikalangan murid dalam bahasa
melayu boleh juga ditingkatkan dengan menggunakan kaedah stesen. Sebagai contoh, guru
membuat beberapa stesen semasa pengajaran kemahiran membaca. Stesen – stesen tersebut
adalah berbeza dengan stesen yang ada. Guru boleh melakukan aktiviti stesen ini untuk
menggalakkan murid – murid untuk membaca. Stesen pertama murid hanya diperkenalkan
dengan huruf, stesen kedua pula murid – murid diminta untuk membunyikan huruf – huruf
tersebut secara berulang kali. Stesen yang ketiga, murid – murid menyebut suku kata terbuka
dan suku kata tertutup. Stesen yang keempat, murid menggabungkan beberapa suku kata
untuk menjadi perkataan yang bermakna dan stesen yang terakhir, murid diminta untuk
membacakan beberapa ayat tunggal yang mudah secara kuat dan jelas.
Kaedah ini amat memerlukan guru untuk membina keseronokkan mempelajari bahasa
melayu. Minat yang dibina akan lebih memudahkan kemahiran membaca ini dipelajari oleh
murid – murid. Setiap guru akan sentiasa memperbaharui teknik dan kaedah yang akan
digunakan untuk mengajar kemahiran membaca dikalangan murid – murid. Kaedah yang
digunakan untuk mengajar kemahiran membaca akan mempengaruhi minat murid – murid.
Sebagai seorang guru, saya berpendapat bahawa kaedah yang digunakan serta yang ada
sekarang amat dekat dengan murid – murid dalam mendalami kemahiran membaca. Kaedah
pembelajaran secara masteri juga dapat membantu murid – murid dalam menguasai
kemahiran membaca di sekolah rendah. Dalam kaedah pembalejaran masteri ini, murid –
murid diajar mengikut minat serta kecenderungan dalam menguasai kemahiran membaca.
Pengajaran dan pembelajaran melalui minat murid – murid akan lebih menyeronokkan dan
dapat membantu murid – murid menguasai kemahiran membaca. Pengajaran yang lebih
menumpukan kepada bunyi huruf – huruf juga akan dapat membantu murid – murid
menguasai kemahiran membaca.
Penggunaan kaedah bunyi atau lebih tepat lagi kaedah fonetik akan membantu murid
– murid menguasai kemahiran membaca dengan lebih efisyen. Guru akan dapat mengenal
pasti tahap penguasaan murid – murid dalam berbahasa dan juga mengujarkan bahasa itu
sendiri. Kebolehan individu murid – murid tidak sama dan guru boleh membentuk beberapa
kumpulan kecil dalam membantu menguasai kemahiran membaca. Kumpulan yang akan
dibentuk merupakan kumpulan yang terdiri daripada murid – murid yang boleh menguasai
kemahiran kecil dengan cepat dan juga kumpulan yang sedikit penguasaan dalam sesebuah
kelas. Ini dapat membantu guru dan murid dalam membina aktiviti yang sesuai dan mudah
diaplikasikan di setiap kemahiran membaca. Oleh itu, tidak timbul isu bahawa guru tidak
E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]
menggunakan pelbagai kaedah mengajar kemahiran membaca dalam bahasa melayu
disekolah rendah. Guru telah didedahkan dengan pelbagai kaedah dan teknik mengajar yang
sesuai digunakan dalam mengajar kemahiran membaca di sekolah rendah. Justeru itu,
kepelbagaian kaedah mengajar kemahiran membaca dalam bahasa melayu amat penting
dalam membantu murid – murid yang lemah.
Saya pasti pasti semua guru yang mempunyai visi dan misi yang tersendiri akan
bersetuju bahawa kaedah mengajar yang digunakan untuk mengajar kemahiran membaca
tidak terabai begitu sahaja. Ini merupakan salah satu daripada kemahiran yang perlu ada pada
setiap diri seorang guru. Setiap kemahiran yang diajar kepada murid – murid memerlukan
kaedah serta teknik mengajar yang baik dan dapat menarik perhatian murid – murid dalam
menumpukan perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran. Keterujaan murid – murid untuk
belajar bahasa melayu akan membuatkan gurunya akan lebih tersenyum dengan penerimaan
kaedah mengajar yang berkesan dan baik. Kaedah mengajar kemahiran membaca akan terus
berkembang mengikut peredaran masa dan akan terus digunakan disetiap sekolah dalam
mengajar bahasa melayu.
E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]
“Mempertingkatkan Kemahiran Membaca di Kalangan Murid Tahun Dua
Melalui Kaedah Stesen”
Dapatan daripada kajian yang dilampirkan serta sudah diteliti sepenuhnya oleh saya,
kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca kepada semua murid supaya
memenuhi impian warga sekolah agar kadar buta huruf murid – murid adalah sifar. Kajian ini
telah dilaksanakan di kalangan murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Rasah Jaya berdasarkan
kepada keputusan akhir tahun semasa murid ini berada di tahun satu. Berdasarkan keputusan
akhir tahun 2004, mendapati 26 orang murid atau sebanyak 18 peratus keseluruhan murid
tahu satu ini gagal menguasai kemahiran membaca secara menyeluruh.
Kajian ini telah mendapati bahawa murid – murid ini terbahagi kepada beberapa
kumpulan kecil yang mana majorotinya adalah daripada golongan berpendapatan rendah,
kurang pengetahuan dan juga murid yang menghadapi masalah keluarga. Kesinambungan
daripada kekurangan murid ini daripada beberapa segi, masalah kemahiran membaca
dikalangan murid begitu meruncing. Masalah kemahiran membaca berpunca daripada
keupayaan berfikir yang rendah, tidak dapat member tumpuan yang lama,tidak boleh
membaca perkataan yang melebihi dua suku kata dan juga tidak memahami apa yang dibaca
serta kemungkinan bacaan tersebut tidak bermakna.
Pelaksanaan kajian ini melibatkan 22 orang murid tahun dua Bestari yang mengambil
kira beberapa aspek utama iaitu mencakupi masalah membaca dikalangan murid – murid dan
dijalankan sepenuh masa selama tiga bulan. Permulaan rawatan pada kajian ini ialah dengan
menggunakan kaedah pembelajaran masteri di dalam bilik darjah. Ini amat bersesuaian
dengan kumpulan sasaran yang lebih menjurus kepada kebolehan individu seseorang. Kajian
ini telah menggunakan kaedah stesen yang pelbagai sewaktu di dalam kelas. Terdapat empat
stesen yang digunakan semasa kajian ini dilaksanakan. Semua stesen ini menggunakan teknik
bacaan daripada mudah kepada susah. Tumpuan pada stesen 1 ialah gabungan antara dua
suku kata sahaja iaitu suku kata KV dan KVK.
Pada stesen 1 ini, murid – murid dikehendaki untuk mengeja dan menyebut suku kata
terbuka dan tertutup berdasarkan warna – warna pada kad yang telah disediakan. Penggunaan
tulisan berwarna amat penting bagi memudahkan murid – murid mengenal pasti dan
membezakan antara suku kata KV dan suku kata KVK. Contoh perkataan ialah jalan dan
bakul. Murid – murid dikehendaki untuk mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan
tertutup berdasarkan pada warna – warna tulisan pada kad tersebut. Penggunaan tulisan yang
berwarna pada setiap perkataan adalah amat penting. Ia bertujuan bagi memudahkan
E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]
kumpulan sasaran mengenal pasti dan membezakan antara suku kata KV dan KVK.
Penggunaan warna ini juga memudahkan murid untuk mengeja dan membaca sesuatu
perkataan yang diberi serta secara tidak langsung, aktiviti ini dapat membantu murid
membaca dengan lebih cepat.
Berikut pula aktiviti yang dilakukan pada stesen yang kedua. Pada stesen ini,
pengakaji telah menyediakan kad perkataan yang mengandungi gabungan suku kata KV dan
KVK seperti (memasak, tembikai, permata dan membaca). Kad – kad ini masih lagi
menggunakan warna yang berbeza bagi memudahkan murid mengeja dan seterusnya
membaca kad perkataan tersebut. Stesen kedua ini merupakan stesen yang membolehkan
murid – murid membaca dengan lebih cepat dan merupakan satu ansur maju daripada stesen
pertama tadi. Pemerolehan maklumat daripada stesen pertama akan memudahkan murid –
murid untuk mengeja dan membaca kad – kad perkataan tersebut.
Bagi stesen yang seterusnya, pengkaji telah menyediakan kad – kad yang
mengandungi ayat tunggal yang mudah dibaca oleh murid – murid. Dalam melaksanakan
aktiviti ini pengkaji telah menggunkan dua langkah iaitu langkah pengukuhan dan pengayaan.
Dalam aktiviti pengukuhan, pengkaji telah meminta murid – murid untuk mengeja dan
membatangkan suku kata. Kemudian, murid – murid diminta untuk menyebut suku kata
berwarna dan membatangkan perkataan. Aktiviti ini dilaksanakan sebagai langkah
pengukuhan bagi aktiviti – aktiviti sebelumnya. Seterusnya melalui aktiviti pengayaan,
pengkaji telah meminta murid – murid membaca terus ayat – ayat tunggal tersebut.
Kemudian, pengkaji akan bersoal jawab dengan murid untuk mengetahui tahap kefahaman
murid tentang ayat yang dibaca sebentar tadi. Melaui cara soal jawab ini, murid – murid akan
mempelajari dua kemahiran iaitu membaca dan memahami teks atau ayat tunggal tersebut.
Stesen yang terakhir dalam kajian ini ialah stesen yang keempat. Stesen ini
merupakan stesen dimana pengkaji telah menyedikan sebyah buku besar atau ‘ big book’.
Buku ini telah dibesarkan tulisannya yang mempunyai gambar – gambar yang berwarna dan
menarik. Ayat yang mudah difahami dan pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar
belakang. Terdapat beberapa aktiviti ang dijalankan sewaktu di stesen keempat ini. Antaranya
ialah menjana idea supaya pengkaji dapat mencungkil pengetahuan sedia ada murid – murid,
bacaan terus yang mana murid terus membaca ayat tersebut tanpa mengeja terlebih dahulu,
aktiviti pengukuhan dan juga penilaian. Setelah kesemua stesen di lakukan oleh murid yang
dibantu, ujian pos akan dilaksanakan bagi melihat sejauh mana tahap penguasaan murid –
murid tahun dua ini bertambah ataupun masih lagi di tahap yang sama sebelum melakukan
kaedah stesen ini.
E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]
Dapatan daripada analisis yang telah dibuat oleh pengkaji, dapat dilihat murid – murid
berjaya menguasai kemahiran daripada kaedah yang digunakan. Dapat dilihat daripada
keputusan ujian pra dan uiian pos mengalami banyak penambahbaikkan dari segi peratus
murid yang lemah kepada peratus murid yang lebih baik. Ini terbukti kaedah stesen atau
kaedah pembelajaran mengikut kebolehan dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca kumpulan sasaran secara positif. Berdasarkan kepada kajian ini telah menunjukkan
bahawa kumpulan sasaran dapat mempelajari kemahiran membaca mengikut kebolehan
mereka tersendiri. Kajian nini juga dapat mengatasi masalah kemurungan murid – murid
sasaran ini semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan. Ini dapat meningkatkan
keyakinan murid – murid ini dalam melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang
dijalankan di dalam kelas.
Keyakinan yang ditunjukkan dalam setiap aktiviti yang disertai akan dapat membantu
guru melasanakan aktiviti yang lebih tersusun serta menyeronokkan. Guru juga dapat
membantu kumpulan sasaran ini dalam mambaca pelbagai bahan bacaan tidak kira dimana
sahaja dan juga apabila ketiadan guru di dalam kelas. Kekinan murid untuk berjaya akan
dapat membanu mereka dalam mengusai pelbagai lagi kemahiran yang akan di terapkan
kepada murid – murid sasaran ini.
E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]
BAHASA MELAYU TAHUN TIGA
MATA PELAJARAN : Bahasa Malaysia
TARIKH : 7 Februari 2014
MASA : 8.45 – 9.45 pagi
TAHUN : 2 Bestari
TEMA : Keluarga Harmoni
TAJUK : Hobi Mak Usu
BILANGAN MURID : 7 orang (3 perempuan / 4 lelaki )
FOKUS
Standard
Kandungan
2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan
ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan
yang betul
Standard
Pembelajaran 2.2.2
Membaca dan memahami frasa dalam ayat
yang mengandungi perkataan dua atau tiga
suku kata, diftong, vokal berganding, digraf
dan konsonan bergabung dengan sebutan yang
betul
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:
1. Membaca frasa yang mengandungi dua suku kata
atau lebih, diftong, vokal berganding dan konsonan
berganding dengan betul.
2. Membaca suku kata KVKV yang terdapat dalam seni
kata lagu.
E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]
SISTEM
BAHASA
Tatabahasa Kata Nama Khas
Sebutan dan intonasi Membaca ayat
Kosa kata .
KEMAHIRAN
BELAJAR
Kemahiran Bertutur
Kemahiran Membaca
Kemahiran Mendengar
Kemahiran Menulis
PENGISIAN
KURIKULUM
Ilmu
Pendidikan Sivik dan Kenegaraan, Pendidikan
Muzik Pendidikan Moral, Kemahiran Hidup
Nilai Rajin, Jujur, Tolong – menolong, kreatif
Kemahiran Bernilai
Tambah
Kemahiran Berfikir – KBKK ( menjana idea )
menyusun mengikut
keutamaan
Belajar Cara Belajar – mendengar dengan telti /
bacaan mekanis / bacaan mentalis
mencatat
Kecerdasan pelbagai – Kontekstual
verbal linguistik,
muzik
PENGETAHUAN
SEDIA ADA
MURID
Semua murid mempunyai hobi yang tersendiri
E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]
BAHAN SUMBER
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN
Bahan maujud
Media Cetakan
Media elektronik &
ICT
- Gambar
- lembaran kerja / keratan poster
( Jigsaw Puzzle ).
- cakera padat / komputer riba / videoklip.
PENEKANAN
KONSEP 5P
i.Penggabungjalinan
ii. Penyerapan
iii. Penilaian
iv. Pemulihan
v. Pengayaan
- Mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis.
- Pendidikan Muzik, Pendidikan Sivik.
- Murid membaca lirik lagu dengan intonasi
yang betul , sebutan yang jelas dan gaya
yang sesuai.
-Menulis perkataan berpandukan gambar
-Mengenalpasti dan menulis maklumat
LANGKAH /
MASA
HURAIAN HASIL
PEMBELAJARAN
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]