ELM 3102 1 UNIT 2 PENGENALAN KEPADA KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL Sinopsis Unit ini mengandungi empat tajuk. Tajuk pertama menjelaskan tentang sejarah perkembangan Pendidikan Moral di Malaysia. Di samping itu unit ini turut membincangkan kepentingan Pendidikan Moral dalam memenuhi cita-cita Negara dan hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam bahagian ini juga turut menghuraikan struktur kandungan organisasi Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral. Tajuk kedua membincangkan pendekatan-pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral bertujuan memberi kemahiran dalam memilih berbagai-bagai pendekatan pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral. Pendekatan-pendekatan yang dibincangkan mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Pelajar harus mahir untuk menggunakan pendekatan-pendekatan yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dijalankan. Tajuk ketiga membincangkan kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral. Kandungannya meliputi teknik-teknik pengajaran pembelajaran pendidikan Moral iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah, perbincangan, projek, lawatan, perbahasan dan tunjuk cara. Tajuk keempat membincangkan pendekatan dan kaedah projek yang dapat meningkatkan kefahaman nilai moral melalui pengalaman sebenar. Kaedah projek bertujuan menimbulkan perasaan dan kesedaran moral serta memupuk sikap positif untuk menjalankan kerja- kerja amal melalui projek khidmat bakti.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
ELM 3102
1
UNIT 2 PENGENALAN KEPADA KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
Sinopsis
Unit ini mengandungi empat tajuk. Tajuk pertama menjelaskan tentang sejarah
perkembangan Pendidikan Moral di Malaysia. Di samping itu unit ini turut
membincangkan kepentingan Pendidikan Moral dalam memenuhi cita-cita Negara dan
hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam bahagian ini juga turut
menghuraikan struktur kandungan organisasi Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral.
Tajuk kedua membincangkan pendekatan-pendekatan yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral bertujuan memberi kemahiran dalam
memilih berbagai-bagai pendekatan pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.
Pendekatan-pendekatan yang dibincangkan mempunyai kekuatan dan kelemahannya
tersendiri. Pelajar harus mahir untuk menggunakan pendekatan-pendekatan yang
sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dijalankan.
Tajuk ketiga membincangkan kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran Pendidikan
Moral. Kandungannya meliputi teknik-teknik pengajaran pembelajaran pendidikan Moral
iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah,
perbincangan, projek, lawatan, perbahasan dan tunjuk cara. Tajuk keempat
membincangkan pendekatan dan kaedah projek yang dapat meningkatkan kefahaman
nilai moral melalui pengalaman sebenar. Kaedah projek bertujuan menimbulkan
perasaan dan kesedaran moral serta memupuk sikap positif untuk menjalankan kerja-
kerja amal melalui projek khidmat bakti.
ELM 3102
2
Objektif
Pada akhir unit ini pelajar dapat :
1. menghuraikan sejarah perkembangan Pendidikan Moral di Malaysia dan
menjelaskan kepentingan Pendidikan moral dalam merealisasikan aspirasi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hasrat negara.
2. menghuraikan matlamat dan objektif Pendidikan Moral KBSR dan memperincikan
sturktur organisasi kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Moral KBSR.
3. Mengenal pasti unsur Kemahiran Berfikir dan Kajian Masa Depan yang sesuai
bagi setiap cadangan isu dan situasi di dalam mata pelajaran Pendidikan Moral
4. menghuraikan pendekatan-pendekatan yang sesuai untuk mengajar di samping
mengaitkan isu-isu dan situasi dalam pengajaran dan pembelajaraan .
5. memahami teknik-teknik pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral;
6. mengetahui cara-cara menggunakan teknik-teknik pengajaran pembelajaran
Pendidikan Moral yang telah dipelajari;
7. mengetahui kebaikan, kelemahan dan kesesuaian teknik dengan tajuk-tajuk yang
diajar dan kemampuan pelajar;
8. menguasai kemahiran menguruskan projek secara proses dan
mengaplikasikannya dalam pembelajaran yang sebenar sesuai dengan kandungan
sukatan Pendidikan Moral.
ELM 3102
3
TAJUK 1 SEJARAH DAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
Pengenalan
Pendidikan Moral sudah lama dijalankan di sekolah-sekolah secara langsung dan tidak
langsung, di mana secara langsung ianya di ajar dalam mata pelajaran seperti agama
dan etika. Bagaimanapun Pendidikan Moral pada masa dulu tidaklah sekompleks
sekarang kerana pada masa dulu Pendidikan Moral hanya diberi penekanan dari segi
pembentukan nilai serta perwatakan yang baik di kalangan pelajar sekolah oleh pihak
sekolah. Dalam konteks masyarakat yang sedang berubah Pendidikan Moral dilihat
sebagai satu program formal dan tidak formal yang bertujuan menerapkan nilai-nilai
kemanusiaan selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara supaya mereka boleh
menyumbang sepenuhnya untuk kebaikan masyarakat dan negara.
1.1 Sejarah Pendidikan Moral di Malaysia
• Pendidikan Moral tidak ditonjolkan sangat sebelum 1982.
• Nilai-nilai baik seperti kebersihan diajar dalam mata pelajaran kesihatan,
manakala nilai-nilai kasih sayang, kerjasama dan sebagainya diajar melalui
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
• Nilai patriotisme dan cinta akan negara diajar melalui mata pelajaran sivik
dan tata rakyat.
• 1983 – Berasaskan KBSR mata pelajaran Pendidikan Moral diperkenalkan
dengan 12 nilai utama. Antara tahun 1983 dan 1984 Pendidikan Moral diajar
dalam darjah 1 dan 2. Antara tahun 1986 dan 1988 di keseluruhan Tahap
Dua.
• 1989 - 16 nilai mula diajar dengan pecahan-pecahan nilai yang berkaitan
iaitu: baik hati, berhemah tinggi, kasih sayang, kebebasan, kebersihan fizikal
dan mental, kerajinan, kesederhanaan, rasional, berdikari, hormat
menghormati, keadilan, keberanian, kejujuran, kerjasama, kesyukuran dan
semangat bermasyarakat
• 1993 – Pendidikan Moral menjadi mata pelajaran peperiksaan pada peringkat
SPM.
ELM 3102
4
• 1999 – Penyemakan semula kurikulum
• 2001 – Penyediaan buku teks tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 4
• 2002 – Kursus orientasi kurikulum baru edisi penyemakan 2000 untuk guru-
guru.
• 2003 – Pelaksanaan kurikulum baru di peringkat sekolah menengah
(tingkatan 1 dan 4) dan peringkat sekolah rendah (tahun 1 dan 4).
• Sebelum itu mata pelajaran Pendidikan Moral boleh dikatakan diajar secara
sambil lewa sahaja. Pendidikan Moral hanya diajar kepada pelajar-pelajar
bukan muslim yang masa pengajaran sama dengan pengajaran mata
pelajaran pendidikan Islam.
• Guru yang mengajar juga bukan dari opsyen moral dan mereka bukan sahaja
tidak tahu mengajar Pendidikan Moral mereka juga bersikap sambil lewa
sahaja kerana menganggap mata pelajaran ini tidak penting kerana bukan
mata pelajaran peperiksaan. Oleh sebab itu, mereka lebih cenderung
mengajar mata pelajaran peperiksaan yang dianggap lebih penting.
• Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah
menggubal sukatan dengan struktur baru yang telah dikeluarkan pada tahun
2003.
1.2 Kepentingan Pendidikan Moral
Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat
pendidikan dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Antara kepentingan
Pendidikan Moral adalah:
• Untuk mencapai aspirasi negara untuk melahirkan generasi yang seimbang
dan berakhlak mulia yang berpegang kepada nilai-nilai murni dalam kehidupan
mereka seharian ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin
dan terlatih. Sebagai langkah mencapai hasrat negara, ciri - ciri utama yang
perlu dilihat adalah;
a) mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama
dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan
nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia
ELM 3102
5
b) menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan, berdasarkan
berkerja atau membuat sesuatu hingga sempurna
c) Menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkah laku yang baik dan
tidak menjejaskan kepentingan orang lain
d) Menghormati dan mempunyai semangat membaiki keadaan secara membina
dan bersedia berkhidmat untuk negara
e) Mendapat pendidikan dan latihan supaya boleh menyertai kegiatan
pembangunan negara secara berkesan.
• Pendidikan Moral selaras dengan kehendak Rukun Negara untuk mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan kaum dan memelihara suatu cara hidup
yang demokrasi. Lima prinsip dalam Rukun Negara adalah untuk membina satu
masyarakat yang adil dan harmoni dan masyarakat yang progresif dan maju.
• Matlamat Wawasan 2020 memerlukan generasi yang terdidik dengan sifat-sifat
kemoralan untuk membawa Malaysia ke arah kemajuan dari segi ekonomi,
sosial, perpaduan dan taraf hidup rakyat yang lebih sempurna. Nilai-nilai moral
yang terkandung dalam sembilan cabaran Wawasan 2020 dapat dicapai melalui
Pendidikan Moral.
• Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan
warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Wargenagara yang bermoral harus
mempunyai ciri-ciri:
- percaya dan patuh kepada Tuhan
- berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif dan rasional
- berakhlak mulia
- berketrampilan
- berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran
negara
- setia kepada raja dan negara serta sedia bertanggungjawab untuk
menjaga hubungan baik dan mesra di antara insan dan memupuk
perpaduan masyarakat Malaysia.
ELM 3102
6
• Persoalan moral yang berlaku akibat pengaruh pemodenan yang tidak mampu
dikawal memerlukan benteng pertahanan dalaman yang kuat pada generasi
muda.
• Pelajar terdedah kepada berbagai-bagai sumber media yang menguji pendirian
dan kematangan memerlukan bimbingan bukan sahaja dari kalangan ibu bapa
tetapi juga pihak di sekolah. Pendidikan Moral di sekolah dapat membantu
pelajar menangani situasi yang menimbulkan isu atau masalah moral dengan
lebih rasional dan berkesan.
• Perubahan dalam masyarakat hasil daripada pembandaran dan globalisasi
memberikan kesan negatif terhadap sistem nilai masyarakat sehingga nilai-nilai
tradisi kian terhapus. Percanggahan nilai-nilai ini boleh mengelirukan kanak-
kanak serta remaja tentang persoalan serta isu-isu yang melibatkan nilai-nilai
moral tradisi. Di sini Pendidikan Moral dilihat sebagai satu benteng terhadap
kesan-kesan pembandaran dan globalisasi. Oleh itu, Pendidikan Moral dapat
memainkan peranan mengimbangi nilai-nilai tradisi masyarakat Malaysia
dengan nilai-nilai yang berkaitan pembandaran .
• Pendidikan Moral merupakan intipati dalam pendidika n yang sememangnya
tidak boleh diabaikan.
Renung sejenak: Adakah amalan masyarakat Malaysia sekarang mencapai hasrat negara dan menepati kehendak Rukun Negara?.
Anda boleh juga mendapatkan maklumat lain di perpustakaan. Ia sangat membantu pemahaman anda.
Latihan 1.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut:
ELM 3102
7
Soalan 1
Jelaskan bagaimanakah Pendidikan Moral dilihat penting dalam memenuhi matlamat
Wawasan 2020.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan banyak menekankan nilai moral, huraikankan nilai-
nilai yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Soalan 2
Lakarkan dalam peta minda tentang sejarah perkembangan Pendidikan Moral di
Malaysia, tuliskan tarikh-tarikh penting serta peristiwa yang berlaku.
Rumusan
1. Sejak kemerdekaan sehingga tahun-tahun 1980-an Pendidikan Moral diabaikan
kerana dianggap tidak penting.
2. Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat
Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara.
3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 mempunyai nilai-nilai yang
dapat dicapai melalui Pendidikan Moral.
4. Sejak kebelakangan ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil berat
tentang mata pelajaran Pendidikan Moral dan telah dijadikan sebagai mata pelajaran
teras dan mata pelajaran peperiksaan SPM.
1.3 Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR
Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral telah digubal untuk mendidik pelajar menjadi insan
bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan dimensi pemikiran moral, emosi
moral serta tingkah laku moral pelajar.
Pendidikan Moral memberikan tumpuan untuk memupuk kekuatan kerohanian dan
moral pelajar melalui penghayatan dan amalan nilai murni masyarakat Malaysia.
ELM 3102
8
Pemilihan prinsip-prinsip dalam Pendidikan Moral adalah selari dengan aspirasi
kerajaan, Prinsip-prinsip Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Prinsip-prinsip ini bertujuan melahirkan generasi muda yang seimbang
dan berpegang teguh kepada nilai-nilai yang baik.
Struktur 16 nilai utama dalam Sukatan Pelajaran telah diperbaharui kepada 5 bidang
pembelajaran untuk sekolah rendah dan tujuh bidang pembelajaran untuk sekolah
menengah
RANGKA KONSEPSI
INSAN BERAKHLAK
MULIA
TINGKAH LAKU MORAL
PERASAAN MORAL
PEMIKIRAN MORAL BP5 : NEGARA
BP4 : ALAM SEKITAR
BP3 : MASYARAKAT
BP2 : KEKELUARGAAN
BP1 : PERKEMBANGAN DIRI
KESEDARAN HATI NURANI (MORAL CONSCIENCE)
ELM 3102
9
1.4 Matlamat Pendidikan Moral
Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk individu yang berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara
serta masyarakat global.
1.5 Objektif Pendidikan Moral
1. Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
2. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia.
3. Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi
mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga,
masyarakat, negara serta alam sekitar.
4. Mengembangkan pemikiran moral, emosi moral dan amalan moral dalam membuat
sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia.
1.6 Kandungan Sukatan Pelajaran
Untuk membolehkan pelajar memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip
yang ditetapkan , sebanyak lima bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai
moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian
dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan
dan kebudayaan.
1. NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI
1.1 Kepercayaan kepada 1.5 Hemah Tinggi
Tuhan 1.6 Kasih Sayang
1.2 Kebersihan Fizikal dan 1.7 Kesederhanaan
Mental 1.8 Kejujuran
1.3 Harga Diri 1.9 Baik Hati
1.4 Kerajinan 1.10 Berterima Kasih
ELM 3102
10
2. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA
2.1 Kasih sayang terhadap Keluarga
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
2.3 Tanggungjawab terhadap Keluarga
3. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT
3.1 Tanggungjawab terhadap Masyarakat
3.2 Toleransi dalam Masyarakat
3.3 Semangat Bermasyarakat
3.4 Peka terhadap Isu-isu Sosial
4. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM SEKITAR
4.1 Kebersihan dan Keindahan Persekitaran
4.2 Menyayangi Alam Sekitar
4.3 Peka terhadap Isu Alam Sekitar
5. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA
5.1 Hormat dan Setia kepada Pemimpin, Raja Dan Negara
5.2 Patuh kepada Peraturan dan Undang-Undang
5.3 Cinta Akan Negara
5.4 Keamanan dan Keharmonian
(Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral (2003), Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia)
Berhenti sejenak: Rujuk Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral dan Huraian Sukatan Pendidikan Moral. Untuk lebih memahami struktur kandungan sukatan anda boleh berbincang dengan guru mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut
ELM 3102
11
Latihan 1.2 Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab latihan berikut
Soalan 1
Berikan prinsip-prinsip Pendidikan Moral KBSR yang digariskan dalam Sukatan
Pendidikan Moral. Buatkan peta minda berhubung dengan struktur organisasi
Pendidikan Moral .
1.7 Huraian Sukatan Pendidikan Moral KBSR
Tujuan huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral ini adalah untuk membantu guru
merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan tahap kematangan pelajar. Huraian ini juga sebagai panduan untuk guru
melaksanakan kurikulum Pendidikan Moral di bilik darjah dengan lebih berkesan.
(i) Lajur-lajur dalam Huraian Sukatan Pelajaran
Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang pelajaran, nilai, penerangan nilai,
kandungan akademik, hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti pembelajaran.
Bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar setiap tahun. Kandungan skop
akademik dan contoh-contoh diperincikan mengikut tahap perkembangan murid-
murid. Kandungan akademik yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam
mengikut tahap kematangan murid.
Terdapat empat lajur utama iaitu:
• Lajur Nilai
• Lajur Kandungan Akademik
• Lajur Hasil Pembelajaran
• Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran.
ELM 3102
12
(Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Edisi Semakan 2002, Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia)
(a) Lajur Nilai
Dalam lajur ini disenaraikan nilai yang terkandung di bawah bidang
pembelajaran. Setiap nilai disertakan dengan penerangannya secara
terperinci.
(b) Lajur Kandungan Akademik
Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik yang diolah dengan
kebolehan dan tahap kematangan murid yang merangkumi skop diri,
keluarga, masyarakat, alam sekitar, negara sehingga ke peringkat
antarabangsa.
Kandungan akademik bagi setiap tahun disusun dengan jelas bermula
dengan tema diikuti dengan tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran
yang disertakan dengan contoh yang berkaitan untuk memudahkan
pengajaran guru.
Dalam perkembangan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran,
nilai dan kemahiran tidak boleh dipisahkan daripada kandungan akademik.
Murid akan berfikir secara kritis serta bertindak lebih efektif jika mereka
dapat mengkaji konsep sesuatu isu, asal usulnya dan kesan-kesannya.
Dengan adanya kandungan akademik yang mantap murid dapat memahami
dan mengkaji bahan-bahan pelajaran secara lebih terperinci. Kandungan
akademik meliputi pelbagai bidang seperti sejarah, geografi, alam sekitar
dan sebagainya. Kandungan itu perlu diajar bersama dengan nilai dan
kemahiran dalam usaha mencapai matlamat Pendidikan Moral.
(c) Lajur Hasil Pembelajaran
Lajur ini memuatkan cadangan aktiviti, contoh situasi dan juga isu yang
sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Lajur ini bukan sahaja
ELM 3102
13
berkaitan dengan pengalaman murid tetapi juga ada hubungannya dengan
keluarga, komuniti, negara dan peringkat antarabangsa. Aktiviti, isu atau
situasi tersebut tidak hanya terbatas kepada cadangan yang terdapat
dalam Huraian Sukatan Pelajaran tetapi juga boleh diambil contoh-contoh
lain daripada pelbagai sumber yang boleh mengukuhkan nilai-nilai yang
diajar.
Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran adalah kepada satu nilai,
nilai-nilai lain yang sesuai perlu digabungjalinkan supaya pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan dan menyeluruh. Unsur-
unsur ilmu yang ada dalam mata pelajaran lain juga harus disepadukan
dalam merancang aktiviti Pendidikan Moral.
Sila buat rujukan tentang contoh-contoh isi kandungan lajur-lajur yang
dibincangkan di atas. (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Edisi
Semakan 2002)
(ii) Pemupukan Kemahiran Menerusi Pendidikan Moral
Selain pengajaran nilai melalui kandungan akademik, kemahiran-kemahiran dalam
bidang lain juga perlu disertakan menerusi pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.
a. Kemahiran utama – memberikan peluang kepada pelajar-pelajar
menguasai kemahiran generik, kemahiran berfikir, menyelesaikan
masalah yang akan membantu daya tahan menghadapi segala cabaran
hidup di alaf ini.
b. Kemahiran menyelesaikan konflik – Guru membantu murid dalam
kemahiran menyelesaikan konflik akibat pertentangan nilai sendiri
dengan nilai masyarakat atau orang lain. Kemahiran ini menggalakkan
pelajar berkomunikasi dengan orang lain dengan cara yang lebih
berkesan.
ELM 3102
14
c. Kemahiran pemikiraan kritis – Guru mengajar murid berfikir secara
kritikal dalam menilai satu-satu isu moral yang boleh dihayati dan
membantunya dalam membuat keputusan yang tepat.
d. Kemahiran pemikiran kreatif – Kemahiran berfikir secara kreatif akan
membantu dalam mencari alternatif yang lebih baik dan sesuai dalam
menyelesaikan masalah.
e. Kemahiran menentang tekanan rakan sebaya – Kemahiran menentang
tekanan rakan sebaya amat penting untuk mempertahankan nilai-nilai
dengan cara menasihati dan berbincang tentang nilai-nilai moral.
f. Kemahiran mengkaji masa depan – Memupuk kemahiran mengkaji
masa depan dengan pendekatan pembelajaran yang membolehkan
murid-murid menyedari isu-isu moral masa lampau, masa kini dan masa
depan. Ini membolehkan murid membuat ramalan menjangka akibat
serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin
berlaku.
g. Kemahiran teknologi maklumat – Sesuai dengan masa, Pendidikan
Moral juga memberikan kesempatan kepada murid-murid menggunakan
teknologi maklumat dan telekomunikasi moden dengan menjaga batas-
batas moral.
h. Kemahiran sosial – Pendidikan moral memberikan penekanan kepada
kebolehan bersosial dan berkomunikasi dengan masyarakat dengan
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.
Latihan 1.3 Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab latihan berikut
Soalan 1
Dengan menggunakan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, cuba lengkapkan
grafik berikut dengan memilih Bidang Pembelajaran 3 bagi masa satu minggu.
ELM 3102
15
Nilai Kandungan Akademik Hasil
pembelajaran
Cadangan aktiviti
pembelajaran
Mungkin anda keliru. Ambil peluang untuk bertanya kepada rakan yang dapat membantu. Anda akan maju beberapa langkah ke hadapan. Syabas!
Rumusan
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral amat penting dan perlu difahami oleh
setiap guru Pendidikan Moral kerana huraian membantu guru dalam menyediakan
perancangan dan aktiviti untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral di sekolah.
ELM 3102
16
TAJUK 2
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
Pengenalan
Konsep pendekatan dalam konteks pendidikan ialah cara mendekati sesuatu.
Pendekatan merujuk kepada bagaimana cara sesuatu mata pelajaran diajar
berdasarkan objektifnya. Pendekatan dalam bidang pendidikan pula merujuk kepada
satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran
sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Pendekatan harus berlandaskan
model, prinsip atau teori pembelajaran.
Pendekatan pengajaran-pembelajaran yang biasa digunakan dalam Pendidikan Moral
ialah seperti berikut:
• Perkembangan moral kognitif
• Pemupukan nilai
• Penjelasan nilai
• Analisis nilai
• Bertimbang rasa
• Pembinaan rasional
• Tindakan sosial
Ciri-ciri yang perlu ada dalam pendekatan Pendidikan Moral
• Memberikan ilmu – kognitif
• Membina kemahiran dan amalan – psikomotor
• Memupuk dan menanam penghayatan – afektif
• Membentuk pandangan, sikap dan akhlak – afektif
• Mewujudkan hubungan mesra antara guru dengan pelajar
• Menyatu padukan faktor dan nilai
• Merentasi kurikulum
ELM 3102
17
• Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai
• Memotivasikan pelajar dalam pembelajaran
Renungkan Sejenak!!!!
Sebelum meneruskan lagi bacaan andai, bayangkan dahulu ciri-ciri pendekatan pengajaran dan pembelajaran di atas. Bayangkan keseronokan murid dan keceriaan mereka mempelajari Pendidikan Moral jika guru kreatif dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Kelas tidak akan menjadi gersang dan membosankan jika guru menggunakan pelbagai pendekatan dan BBM yang sesuai dengan pelajaran pada hari itu. Unsur kecindan guru sudah tentu dapat menceriakan keseluruhan pengajaran dan pembelajaran. 2.1 Perkembangan Moral kognitif
Pendekatan Perkembangan moral kognitif adalah berasaskan teori perkembangan
moral Kohlberg (1962) yang berfokuskan kepada merangsang penaakulan moral
pelajar. Pendekatan ini membantu pelajar membina kebolehan menaakul di peringkat
yang lebih tinggi.
Perkembangan moral merupakan satu transformasi atau perubahan yang berlaku dalam
bentuk pemikiran dan kelakuan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak itu membesar,
mereka berfikir tentang isu-isu yang sama dengan cara yang berbeza. Perubahan ini
berlaku mengikut satu urutan yang tertentu dan tidak mengira jantina.
Peringkat-peringkat perkembangan moral ini boleh diringkaskan seperti berikut:
Peringkat 1: Orientasi dendaan dan kepatuhan.
Seseorang individu memikirkan kesan-kesan fizikal sesuatu tindakan untuk
menentukan apakah yang baik atau jahat.
Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi (ínstrument-relativist).
Seorang individu menganggapkan sesuatu yang adil atau benar dari segi
pembalasan.
Peringkat 3: Orientasi harmoni antara peribadi (good boy / nice girl).
Kelakuan yang baik akan membantu dan menyenangkan orang lain.
ELM 3102
18
Peringkat 4: Orientasi undang-undang dan peraturan.
Kelakuan yang baik dapat melaksanakan tugas atau tanggungjawab sosial
seperti yang ditentukan oleh sesuatu institusi.
Peringkat 5: Orientasi kontrak-sosial (social-contract legalistic).
Kelakuan yang benar adalah dari segi hak-hak individu dan nilai-nilai yang
dipersetujui masyarakat.
Peringkat 6: Orientasi prinsip etika sejagat.
Kelakuan yang benar adalah soal hati kecil yang secucuk dengan prinsip
etika sarwajagat seorang individu. Prinsip-prinsip ini merupakan keadilan
berhubung dengan persamaan hak sesama manusia dan menghormati sifat
kemuliaan manusia sebagai individu.
Mengikut Kohlberg, penaakulan seorang kanak-kanak akan menjadi lebih matang ketika
usianya bertambah disebabkan pengalaman berinteraksi dengan orang lain dan semasa
cuba menyelesaikan masalah-masalah moral. Contohnya apa yang dianggap bermoral
bagi seorang kanak-kanak yang berumur lapan tahun berbeza daripada pendapat
seseorang yang berumur 18 tahun.
Oleh itu, strategi Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif ialah mengemukakan
dilema atau masalah moral berasaskan perkara-perkara berikut:
1. Persembahan dan pemahaman dilema moral
2. Menyatakan pendapat dan justifikasinya
3. Menilai sebab-sebab yang dikemukakan
4. Menyimpul sebab-sebab yang diberikan serta memberi sebab-
sebab lain jika ada.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. Ia sangat membantu pemahaman anda.
ELM 3102
19
Latihan 2.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.
Soalan 1
Situasi
Loceng terakhir berbunyi. Sebelum balik ke rumah, Leena ditugaskan untuk menutup
semua tingkap kelasnya. Semasa sedang menutup tingkap, dengan secara tidak
sengaja Leena telah memecahkan salah satu keping daripada cermin tingkap itu. Ketua
tingkatan melaporkan perkara tersebut kepada guru kelas.
Jika anda menjadi guru tersebut apakah tindakan yang anda lakukan?
Soalan 2
Apakah kaedah yang paling sesuai untuk menjayakan pendekatan perkembangan moral
kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral anda?
Rumusan
Pendekatan perkembangan kognitif relevan digunakan kerana salah satu daripada
matlamat Pendidikan Moral di Malaysia adalah untuk membolehkan pelajar membuat
keputusan yang berautonomi ke atas isu moral berlandaskan kepada prinsip moral.
Pendekatan ini memupuk kepekaan pelajar terhadap nilai-nilai moral diri sendiri serta
orang lain: menyelesaikan konflik yang bermoral berdasarkan kepada sebab-sebab;
menimbangkan hak-hak, pendapat dan perasaan orang lain dan mengaitkan
penaakulan, emosi serta tingkah laku.
2.2 Pendekatan Pemupukan Nilai
Pendekatan pemupukan nilai merujuk kepada proses pemupukan budi pekerti yang
baik pada diri kanak-kanak. Oleh sebab pendekatan ini digunakan secara sedar dan
tidak sedar, pemupukan merupakan pendekatan yang paling luas digunakan dalam
Pendidikan Moral sekolah rendah. Pendekatan ini juga sesuai digunakan pada peringkat
sekolah menengah rendah. Objektif pendekatan ini adalah untuk menanam nilai
tertentu yang dianggap baik dan patut dimiliki oleh pelajar.
ELM 3102
20
Menurut pendekatan ini, nilai dilihat sebagai piawai atau peraturan tingkah laku yang
tetap dan sarwajagat dalam sesuatu masyarakat atau budaya. Pendokong pemupukan
nilai percaya bahawa pendekatan ini dapat memenuhi keinginan dan matlamat
masyarakat untuk mengatasi, malahan menentukan keperluan dan matlamat individu.
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendekatan ini adalah seperti berikut:
1. Menentukan nilai yang akan dipupuk.
2. Mengenalpasti taraf penghayatan yang dikehendaki.
3. Menentukan objektif-objektif pelajaran.
4. Memilih teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai:
a) meningkatkan tingkah laku yang bermoral
b) mengajar tingkah laku moral yang baru
c) mengukuhkan tingkah laku yang bermoral
d) mengurangkan tingkah laku yang yang tidak bermoral
5. Melaksanakan pengajaran – pembelajaran dalam kelas
6. Menilai pengajaran - pembelajaran
Kesimpulannya tugas guru Pendidikan Moral adalah untuk menanam atau memupuk
nilai yang individu mesti miliki agar dia dapat dengan cekap memainkan peranan yang
ditetapkan oleh masyarakat.
Latihan 2.2 Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab latihan berikut:
Soalan 1
Apakah tanggapan anda terhadap peraturan yang terdapat di sekolah dalam
pembentukan tingkah laku murid-murid?.
Pandangan saya tentang peraturan-peraturan sekolah:
Mungkin anda keliru. Ambil peluang untuk bertanya kepada rakan yang dapat membantu. Anda akan maju beberapa langkah ke hadapan. Syabas! Halangan boleh diatasi jika anda berfikiran positif
Rumusan
Melalui pendekatan pemupukan nilai, pelajar-pelajar perlu memahami, menganalisis dan
menerima konsep-konsep asas yang ditegaskan dalam setiap nilai moral sebelum
menghayatinya dan mengambil keputusan yang berautonomi ke atas isu-isu moral
berlandaskan kepada prinsip-prinsip moral yang sarwajagat. Pendekatan ini adalah
relevan untuk sekolah-sekolah kerana pembentukan tabiat moral yang baik adalah satu
daripada matlamat program Pendidikan Moral.
2.3 Penjelasan Nilai
Pendekatan penjelasan nilai dipelopori oleh Louis Raths dan rakan-rakan. Pendekatan
ini melibatkan penggunaan pemikiran rasional dan kesedaran emosi dalam
pembentukan dan perkembangan set nilai-nilai seseorang individu. Dengan pendekatan
ini, nilai-nilai tidak diberikan kepada pelajar, sebaliknya mereka diajar menghargai atau
memberikan nilai kepada sesuatu. Andaian yang dibuat di sini ialah individu-individu
tidak boleh dipaksa menerima satu-satu nilai.
ELM 3102
22
Sesuatu nilai perlu membayangkan pilihan individu. Teras kepada andaian ini ialah
pelajar seharusnya dihormati sebagai individu yang boleh membuat pilihan tentang nilai
yang sedia ada. Pendekatan ini membantu pelajar menjelaskan apa yang mereka
anggap sebagai bernilai dan memperoleh satu set nilai yang nyata, yang boleh
digunakan sebagai panduan hidup.
Proses penjelasan nilai mengandungi tiga subproses seperti berikut:
.
1 Memilih
a. secara bebas
b. daripada beberapa alternatif
c. selepas mempertimbangkan kesan setiap alternatif
2. Menghargai
a. berasa gembira dengan pilihan
b. secukupnya hingga mahu atau sanggup menyerahkan pilihan itu
kepada orang lain
3. Mengambil tindakan
a. melakukan sesuatu terhadap apa yang dipilih
b. berulang-ulang dalam suatu pola kehidupan.
Latihan 2.3 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut
Setelah mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM, anda mendapat
peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan yang paling anda minati. Anda perlu
membuat satu keputusan yang muktamad dalam pemilihan tersebut.
ELM 3102
23
1. Memilih
a. Tempat untuk melanjutkan pelajaran 1. IPT di bandar tempat
Pendekatan bertimbang rasa dapat memberikan sumbangan secara positif kepada
Pendidikan Moral. Ini berdasarkan alasan bahawa pelajar-pelajar yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang terutama dari segi etnik, budaya, sosial dan agama perlu peka
kepada keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain.
2.6 Pembinaan Rasional
Seperti pendekatan perkembangan moral kognitif dan pendekatan analisis nilai,
pendekatan pembinaan rasional menekankan kepada pemikiran yang rasional dan kritis.
Pendekatan ini melibatkan pelajar meneliti makna dan fungsi nilai serta menganalisis
sifat dan dimensi nilai masyarakat demokratik. Dalam pendekatan ini sesuatu nilai
dianalisiskan bukan sahaja yang berkaitan dengan sesuatu tindakan atau pertimbangan
tertentu tetapi juga yang berkaitan dengan nilai-nilai yang lain.
Menurut James Shaver dan William Strong, “nilai” berbeza daripada “sikap”.
Sungguhpun ada aspek emosi dalam nilai, nilai sebenarnya adalah standard nasional
ELM 3102
29
dan prinsip untuk mempertimbangkan sesuatu yang dikatakan baik. Mereka
kemudiannya membezakan beberapa kategori nilai, iaitu nilai moral dan bukan moral,
yang intrinsik dan instrumental, serta mencadangkan bahawa nilai moral dianggap
sebagai standard peribadi dan prinsip asas dalam bermasyarakat. Mereka menegaskan
bahawa konflik nilai merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan konflik ini perlu
diselesaikan sebelum sesuatu pertimbangan dibuat.
Berikut ialah garis panduan bagaimana pendekatan pembinaan rasional boleh
digunakan.
1. Kenal pasti dan jelaskan nilai dari segi maksud dan perhubungan antara satu
dengan lain
2. Membuat generalisasi konsep nilai diri dan nilai diterima oleh masyarakat
3. Menimbangkan implikasi dan kesan yang mungkin timbul dalam situasi berkonflik
4. Membuat keputusan munasabah dengan kriteria mengutamakan nilai
5. Memupuk penglibatan diri secara emosi
Rehat sebentar, mungkin anda perlu membuat refleks i diri! Pernahkah anda melakukan pendekatan ini dalam pengajaran dan pembelajaran? Apakah reaksi pelajar anda ketika itu?
Latihan 2.6 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut
Soalan 1
Situasi
Anda seorang guru wanita yang baru bertugas di sebuah sekolah luar bandar.
Pada suatu hari hujan turun dengan lebatnya semasa anda dalam perjalanan ke tempat
kerja. Anda berasa risau dan bimbang akan lambat sampai ke sekolah. Seorang
perempuan tua mencadangkan anda menumpang kereta salah seorang pemuda yang
berada di tempat itu. Anda berada dalam dilema, bimbang akan disalahtafsirkan oleh
masyarakat dan tanggapan buruk pihak sekolah disebabkan kelewatan anda. Apakah
tindakan yang patut anda lakukan?
ELM 3102
30
Rumusan
Pendekatan pembinaan rasional lebih berfaedah kepada pelajar-pelajar di sekolah
menengah dan peringkat pengajian tinggi berbanding dengan pelajar di sekolah rendah.
Ini adalah kerana pendekatan ini melibatkan kebolehan pelajar menganalisis dan
menyatakan pendapat mereka dalam perkataan-perkataan yang abstrak.
2.7 Tindakan Sosial
Pelajar sekalian, kini anda akan mempelajari tajuk ke -7 dalam pendekatan pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Moral. Diharap anda bersedia untuk mempelajarinya.
Pendekatan tindakan sosial yang dimajukan oleh Fred Newmann dianggap sebagai satu
pendekatan yang memberikan peluang tertentu kepada pelajar untuk bertindak ke atas
nilai-nilai kendiri sebagai agen moral. Sebagai agen moral, pelajar perlu
mempertimbangkan apakah yang sepatutnya dibuat dalam situasi yang melibatkan
konflik. Konflik ini mungkin berlaku antara kepentingan diri dan kepentingan orang lain,
atau di antara hak-hak seorang individu dalam konflik itu. Pendekatan ini meningkatkan
keprihatinan murid kepada isu-isu masyarakat dan mereka bersikap pro aktif
menyelesaikan masalah dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu pendekatan ini
melibatkan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Nilai-nilai yang diperlihatkan
lebih luas bukan sahaja di dalam sesebuah masyarakat atau pada diri seorang individu,
tetapi meliputi interaksi antara individu dan masyarakat keseluruhannya.
Untuk mencapai matlamat ini guru boleh menggunakan garis panduan di bawah.
1. menyedari isu atau masalah yang dihadapi oleh pelajar dan komuniti
2. memahami isu
3. memutuskan tindakan yang akan diambil
4. merancang dan menggubal matlamat dan strategi
5. melaksanakan rancangan tindakan sama ada secara individu atau kumpulan
6. merenung tindakan-tindakan yang telah diambil dan menimbangkan tindakan
selanjutnya.
ELM 3102
31
Latihan 2.7 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut
Soalan 1.
Sebagai guru Pendidikan Moral anda telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan
khidmat Bakti Murni ke rumah orang-orang tua. Projek tersebut akan dikendalikan oleh
pelajar kelas Pendidikan Moral. Rangkakan objektif lawatan dan aktiviti-aktiviti yang