Page 1
PENGGUNAAN KAEDAH PENGEKOSAN KITARAN HAYAT BERASASKAN.
AKTIVITI (ACTIVITY BASED LIFE CYCLE COSTING) DALAM
MENGKAJI KOS PELAJAR DI FAKULTI PENGURUSAN
DAN EKONOMI, UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS
Penyelidik:ROSMINI BINTI ISMAIL
760220-01-5370
KHALIZUL BIN KHALID
720320-07-5673
KOD PENYELIDIKAN 2011-0138-106-01
GERAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Page 2
iii
ABSTRAK
Menggunakan kaedah pengekosan kitaran hayat (Life Cycle Costing - LCC), kajian ini
mengira kos setiap pelajar yang mendaftar bagi program Sarjana Muda Perakaunan
Pendidikan ambilan semester 1 sesi 2008/200. Program ini dikendalikan oleh Fakulti
Pengurusan dan Ekonomi. Pengiraan kos ini melibatkan langkah-langkah yang terangkum
dalam kaedah Pengekosan Aktiviti (ABC) dan Pengekosan Kitar Hayat dalam membuat
anggaran kos bagi menghasilkan seorang garduan. Kos keseluruhan bagi menghasilkan
seorang graduan pada ambilan 2008/2009 ialah RM14,539 termasuk kos bergraduat.
Berpandukan langkah-langkah pengiraan kos yang dikira bagi program Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Perakaunan, satu aplikasi ringkas menggunakan Microsoft Excel
sedang dibina bagi memudahkan proses pengiraan kos bagi program-program pengajian
lain di bawah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi. Adalah disarankan agar aplikasi ini
digunakan bagi mengira kos pelajar di fakulti lain, program pengajian jarak jauh dan
kursus-kursus pasca siswazah. Ini akan dapat membantu universiti untuk menilai aktiviti
semasa bagi mengoptimumkan sumber dan merancang pelan strategik masa hadapan
kewangannya.
iii
Page 3
-,iv
ABSTRACT
EmployingActivity based life cycle costing, this study calculates costper head ofstudents
enrolled for Bachelor in Accounting Education Semester 1 200812009 intake. The
program is within the Management & Economics Faculty. It involves steps ofAcitivity
Based Costing (ABC) and Life Cycle Costing in order to estimates costs to produce a
student. Step by step calculation were shown in tables in order to clearly illustrate cost
per semester until graduation. The total costs of producing a single Bachelor of
Accounting student for 200812009 intake were RM 14,539 including graduation cost.
Following the calculation steps of Bachelor Of Accounting Education, a simple
application using Microsoft Office Excel is being build to ease the calculation for other
programs under the Management & Economics Faculty. It is also recommended that this
applcations to be used for calculating the cost of students for other faculties, Distance
Learning programs andpost graduate level courses. This would assist the University to
evaluate its current activity in order to optimize resources and strategize future financial
plans.
iv
Page 4
v
KANDUNGAN
Mukasurat
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Latarbelakang Kajian1.2 Pemyataan Masalah
1.2.1 Persoalan Kajian1.3 ObjektifKajian1.4 Signifikan Kajian4.5 Limitasi Kajian
BAB2 SOROTANKAJIANLAMPAU
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Reka bentuk Kajian3.2 Kerangka Konseptual & Model
3.3 Proses Pengumpulan Data dan Kaedah Analisis
3.4 Kaedah Pengiraan Kos
BAB4 DAPATAN
BAB 5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
RUJUKAN
ii
iii
iv
v
vi
x
1
1
3
5
5
6
6
8
11
11
12
17
24
35
122
124
v
Page 5
vi
SENARAI JADUAL
Jadual
Jadual 1: Struktur Program
Jadual 2: Kursus Universiti
Iadual3: Kursus Teras: Kursus Profesional Pendidikan
Jadual 4: Kursus Major
Muka surat
27
27
27
28
Iadual5: Senarai Bidang Minor Untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Perakaunan Dan
Kewangan) Dengan Kepujian 28
Jadual 6: Tempoh Pengajian Pelajar yang Terlibat dalam Kajian 29
Jadual 7: Cadangan Pendaftaran Kursus Mengikut Semester Untuk Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (Perakaunan) Dengan Kepujian 30
Jadual 8: Cadangan Pendaftaran Kursus Mengikut Semester Untuk Ijazah SarjanaMuda
Pendidikan (Pengurusan Pemiagaan) Dengan Kepujian 31
Jadual 9: Cadangan Pendaftaran Kursus Mengikut Semester Untuk Ijazah SarjanaMuda
Pendidikan (Keusahawanan dan Perdagangan) Dengan Kepujian 32
Jadual10: Cadangan Pendaftaran Kursus Mengikut Semester Untuk Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (Ekonomi) Dengan Kepujian 33
Jadual 11: Bilangan Pelajar Ijazah Sarjanamuda PemdidikanMengikut Sesi Pengajian 36
Jadual 12: Statistik Graduan ISMP (Mengikut Program) Bagi Tahun 2008-2012 37
Jadual 13: Enrolmen Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Mengikut Fakulti Bagi
Tahun 2008-2012 38
Jadual 14: Enrolmen Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Bagi Fakulti
Pengurusan &Ekonomi Bagi Tahun 2008 - 2012 39
Jadual 15: Statistik Graduan Bagi DPLI Tahun 2008-2012 (Mengikut program dan
Fakulti) 40
Jadual 16: Bilangan Pelajar Sarjana di Upsi Mengikut Fakulti dan Sesi 41
Jadual 17: Bilangan Pelajar Sarjana Fakulti Pengurusan & Ekonomi Mengikut Sesi 42
Jadual 18: Bilangan Calon Doktor Falsafah Mengikut Fakulti Dan Sesi Pengajian 43
VI
Page 6
vii
Jaduall9: Bilangan Calon Doktor Palsafah Pakulti Pengurusan & Ekonomi Mengikut
SesiPeng�ian 43
Jadual 20: Bilangan Pelajar Ijazah Sarjanamuda Pemdidikan Di Pakulti Pengurusan Dan
Ekonomi Mengikut Program Dan Sesi Pengajian 44
Jadual 21: Bilangan Pelajar PPE Mengikut Semester Bagi Sem 1 2008/2009 45
Jadual 22: Bilangan Pelajar PPE Mengikut Semester Bagi Sem 2 2008/2009 45
JaduaI23: Bilangan Pelajar PPE Mengikut Semester Bagi Sem 1 2009/2010 46
JaduaI 24: Bilangan Pelajar PPE Mengikut Semester Bagi Sem 2 2009/2010 46
Jadua125: Bilangan Pelajar PPE Mengikut Semester Bagi Sem 1 2010/2011 47
Jadual26: Bilangan Pelajar PPE Mengikut Semester Bagi Sem 2 2010/2011 47
Jadua127: Bilangan Pelajar ISMP PPE Mengikut Semester Bagi Sem 1 201112012 47
Jadual28: Unit Penggerak Kos Bagi Peringkat Universiti Dan Fakulti Pengurusan &
Ekonomi Bagi Sesi Pengajian 200812009 48
Jadual 29: Agihan Kos Tahun 2008 Bagi Sem 1 2008/09 49
Jadual30: Agihan Kos Tak Langsung Dan Langsung Mengikut Tahap Pengajian Bagi
Sem 1 2008/09 53
Jadual 31: Agihan Kos Mengikut Jabatan Bagi Sem 1 2008/09 54
Jadual 32: Agihan Kos Mengikut Jam Beban Tugas Bagi Sem 1 2008/09 55
JaduaI 33: Agihan Kos Kursus Mengikut Jam Kredit Bagi Sem 1 2008/09 56
Jadual 34: Bilangan Pelajar Bagi Sem 1 2008/2009 Mengikut Kursus 57
Jadua135: Agihan Kos Pelajar Program Pendidikan Perakaunan Bagi Semester 1
2008/2009 58
Jadual 36: Agihan Kos Tahun 2009 Bagi Sem 2 2008/09 59
JaduaI 37: Agihan Kos Tak Langsung dan Langsung Mengikut Tahap Pengajian Bagi
Sem 2 2008/09 63
Jadual38: Agihan Kos Mengikut Jabatan Bagi Sem 2 2008/09 64
Jadual39: Agihan Kos Mengikut Jam Beban Tugas Bagi Sem 22008/09 65
Jadua140: Agihan Kos Kursus Mengikut Jam Kredit Bagi Sem 2 2008/09 66
Jadual 41: Bilangan Pelajar Bagi Sem 2 2008/2009 Mengikut Kursus 67
Jadual 42: Agihan Kos Pelajar Program Pendidikan Perakaunan Bagi Semester 2
2008/2009 68
vii
Page 7
viii
Jadua143: Unit Penggerak Kos Bagi Peringkat Universiti Dan Fakulti Pengurusan &
Ekonomi Bagi Sesi Pengajian 2009/2010 69
Jadua144: Agihan Kos Tahun 2009 Bagi Sem 1 2009110 70
Jadua145: Agihan Kos Tak Langsung Dan Langsung Mengikut Tahap Pengajian BagiSem 12009/2010 74
Jadual46: Agihan Kos Mengikut Jabatan Bagi Sem 1 2009/2010 75
Jadua147: Agihan Kos Mengikut Jam Beban Tugas Bagi Sem 1 2009/2010 76
Jadual48: Agihan Kos Kursus Mengikut Jam Kredit Bagi Sem 1 2009/2010 77
Jadual49: Agihan kos pelajar program pendidikan perakaunan bagi semester 1 2009/2010
79
Jadual50: Agihan Kos Tahun 2010 Bagi Sem 22009/10 80
Jadual 51: Agihan Kos Tak Langsung Dan Langsung Mengikut Tahap Pengajian BagiSem 2 2009/2010 84
Jadual52: Agihan Kos Mengikut Jabatan Bagi Sem 2 2009/2010 85
Jadual53: Agihan Kos Mengikut Jam Beban Tugas Bagi Sem 2 2009/2010 86
Jadual54: Agihan Kos Kursus Mengikut Jam Kredit Bagi Sem 2 2009/2010 87
Jadual 55: Kos Pelajar Perakaunan Bagi Sem 2 2009/2010 88
Jadual 56: Agihan Kos Pelajar Program Pendidikan Perakaunan Bagi Semester 2
2009/2010 89
Jadual57: Unit penggerak kos bagi peringkat universiti dan fakulti pengurusan &
ekonomi bagi sesi pengaj ian 2010/2011 90
Jadua158: Agihan Kos Tahun 2010 Bagi Sem 1 2010111 91
Jadual 59: Agihan Kos Tak Langsung Dan Langsung Mengikut Tahap Pengajian Bagi
Sem 1 2010/2011 95
Jadual 60: Agihan Kos Mengikut Jabatan Bagi Sem 1 2010/2011 96
Jadua161: Agihan Kos Mengikut Jam Beban Tugas Bagi Sem 1 2010/2011 97
Jadual62: Agihan Kos Kursus Mengikut Jam Kredit Bagi Sem 1 2010/2011 98
Jadua163: Kos Pelajar Perakaunan Bagi Bagi Sem 1 2010/2011 99
Jadual 64: Agihan Kos Pelajar Program Pendidikan Perakaunan Bagi Semester 1
2010/2011 100
Jadual65: Agihan Kos Tahun 2011 Bagi Sem 2 2010/2011 101
viii
Page 8
ix
Jadua166: Agihan Kos Tak Langsung Dan Langsung Mengikut Tahap Pengajian Bagi
Sem 22010/2011 105
Jadua167: Agihan Kos Mengikut Jabatan Bagi Sem 2 2010/2011 106
Jadua168: Agihan Kos Mengikut Jam Beban Tugas Bagi Sem 22010/2011 107
Jadua169: Agihan Kos Kursus Mengikut Jam Kredit Bagi Sem 2 2010/2011 108
Jadual 70: Kos Pelajar Perakaunan Bagi Bagi Sem 2 2010/2011 109
Jadual 71: Agihan Kos Pelajar Program Pendidikan Perakaunan Bagi Semester 2
2010/2011 110
Jadual 72: Unit Penggerak Kos Bagi Peringkat Universiti Dan Fakulti Pengurusan &
Ekonomi Bagi Sesi Pengajian 201112012 111
Jadual 73: Agihan Kos Tahun 2011 Bagi Sem 1 201112012 112
Jadual 74: Agihan Kos Tak Langsung Dan Langsung Mengikut Tahap Pengajian Bagi
Sem 1 201112012 116
Jadual 75: Agihan Kos Mengikut Jabatan Bagi Sem 1 2011/2012 117
Jadual 76: Agihan Kos Mengikut Jam Beban Tugas Bagi Sem 1 2011/2012 118
Jadual 77: Agihan Kos Kursus Mengikut Jam Kredit Bagi Sem 1 201112012 119
Jadual 78: Kos Pelajar Perakaunan Bagi Sem 1 2011/2012 120
Jadual 79: Agihan Kos Pelajar Program Pendidikan Perakaunan Bagi Semester 1
201112012 121
Jadua180: Kos Pengajian Pelajar Program Perakaunan Kemasukan Semester 1 Sesi
2008/2009 122
ix
Page 9
SENARAI RAJAH
Rajah 1: Doyle, Ken J. Life Cycle of Institutional Activities Contributing to Student Cost
13
Rajah 2 : Carta Organisasi UPS!
Rajah 3: Struktur Ringkas Klasifikasi Mengikut Fungsi dan Hubungan
Rajah 4: Klasifikasi PIJ mengikut Fungsi
Rajah 5: Klasifikasi PIJ Mengikut Hubungan
Rajah 6: Penggerak Kos Bagi Ptj-Ptj Di bawah Klasifikasi Unit Akademik
Rajah 7: Penggerak Kos Bagi Ptj-Ptj Di bawah Klasifikasi Unit Sokongan Akademik 20
Rajah 8: Penggerak Kos Bagi Ptj-Ptj Di bawah Klasifikasi Unit Pentadbiran 21
Rajah 9: Penggerak Kos Bagi Ptj-Ptj Di bawah Klasifikasi Lain-lain Unit
Rajah 10: Agihan kos di Fakulti mengikut peringkat pengajian
Rajah 11: Carta alir pengiraan kos pelajar mengikut kaedah pengekosan berasaskan
aktiviti
Rajah 12: Enrolmen ISM 2003-2012 UPS!
x
x
14
15
16
18
19
22
23
26
35
Page 10
BAB1
PENGENALAN
1.1 Latarbelakang Kajian
Dalam menjalankan operasi harian, Universiti perlu memastikan kos yang terlibat dalam
mengeluarkan produknya iaitu pelajar dilakukan secara efisyen. lni hanya dapat
dilakukan dengan cara meminimakan pembaziran sumber-sumbemya melalui kaedah
pengekosan yang sistematik. Sejajar dengan itu, adalah amat penting bagi Universiti
mengetahui kos bagi setiap aktiviti termasuk mengajar, pembelajaran pelajar-pelajar,
penyelidikan, pemasaran, kaedah penghantaran dan perkhidmatan sandaran. Di samping
itu, dengan mengetahui kos yang terlibat akan membantu dalam pembuatan kepuasan
bagi meminimakan kos tanpa mengorbankan kualiti.
Mengetahui kos pelajar mengikut program akan membantu Universiti merancang dan
menawarkan bidang-bidang yang mendapat permintaan tinggi dengan yuran yang
kompetitif. lni merupakan salah satu cara bagi Universiti untuk terus maju, reievan dan
merupakan langkah survival pada masa kini yang perlu mengurangkan kebergantungan
terhadap kerajaan dalam membiayai operasi universiti. Perkara ini begitu signifikan
terhadap Universiti Pendidikan Sultan ldris (UPSl) yang mana pelajar bagi program
1
Page 11
pendidikan semakin berkurang dan setiap Fakulti perlu menawarkan pelbagai program
baru. Dengan mengetahui setiap kos bagi setiap aktiviti universiti dan kos pelajar, akan
membantu membentuk program yang lebih efektif dan ekonomikal oleh Fakulti khasnya
dan Universiti umumnya.
Maka dengan itu, kajian ini akan membuat anggaran kos pelajar bagi program ljazah
Sarjanamuda Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) dengan menggunakan kaedah
pengekosan kitaran hayat berasaskan aktiviti (acitivity based life cycle costing). Kaedah
pengekosan berasaskan aktiviti (Activity Based Costing - ABC) merupakan kaedah yang
telah lama digunapakai dalam pelbagai industri terutama sekali perkilangan. Kelebihan
kaedah ini ialah dari segi pembahagian atau peruntukan kos tidak langsung atau kos
overhed dilakukan dengan lebih tepat berbanding kaedah tradisional. Manakala
pengekosan kitaran hayat (Life Cycle Costing - LCC) pula merujuk kepada pengiraan kos
bagi sepanjang pembuatan produk tersebut. Apabila kedua-duanya digabungkan, maka
apa yang terhasil ialah pengiraan kos produk yang meliputi kos langsung dan peruntukan
kos overhead mengikut aktiviti yang digambarkan mengikut kitaran hayat produk
tersebut. Walaupun kebanyakkan kajian lampau menunjukkan penggunaan ABC tanpa
melihat kitaran hayat. lni kerana kajian-kajian yang dilakukan di UTM dan di UKM
memfokus kepada pecahan perbelanjaan atau pengekosan mengikut fakulti di universiti
tersebut. Namun bagi kajian ini, fokus utama adalah pengekosan mengikut program.
Maka, adalah lebih bertepatan sekiranya pengiraan kos ditunjukkan dari perspektifkitaran
hayatnya.
Hasil yang diharapkan daripada kajian ini bukan sahaja maklumat bagi kewangan yang
terlibat dalam mengeluarkan seseorang pelajar tetapi juga, penilaian boleh dilakukan
secara terperinci bagi memastikan kos-kos yang terlibat dilakukan secara efisyen. Selain
daripada itu, kajian ni juga menghasilkan aplikasi komputer ringkas berdasarkan
pengiraan kos pelajar FPE yang diharapkan dapat digunapakai untuk pengiraan kos
pelajar program-program lain di UPSI. Selain itu, aplikasi ni juga boleh digunakan bagi
program-program di luar arus perdana, program eksekutif, pengijazahan khas guru,
diploma dan program pengajian luar.
2
Page 12
1.2 Pernyataan Masalah
Melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjanamuda kini lebih mudah berbanding 15
tahun dahulu yang memerlukan seseorang bakal pelajar itu memikirkan sumber kewangan
bagi membiayai pelajarannya. Ini kerana terdapat pelbagai skim pembiayaan pelajaran
yang mempunyai prosedur permohonan yang lebih mudah dan ianya tidak hanya terhad
kepada pelajar cemerlang yang ingin menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA), malah kemudahan ini boleh dinikmati oleh pelajar kurang cemerlang yang ingin
melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Tambahan pula,
faktor kemudahan untuk mencapai maklumat berkaitan universiti dan bidang-bidang yang
ditawarkan boleh diperolehi melalui internet.
Maka dengan itu, wujudnya persaingan antara IPTA dan IPTS untuk mendapatkan bakal
pelajar. Malah, dengan munculnya beberapa IPTA baru turut merancakkan persaingan ini.
Namun begitu, IPTA, buat masa kini masih lagi merupakan pilihan utama bakal pelajar.
Ini dibuktikan di mana terdapat seramai 79,633 enrolmen pelajar di IPTA di peringkat
pascasiswazah berbanding 20,267 di IPTS (Amanat Menteri KPT). Antara faktor yang
mempengaruhi pemilihan ini adalah daripada segi kos pengajian tersebut di mana yuran
pengajian IPTA adalah jauh lebih rendah berbanding di IPTS. Sebagai contoh, pengajian
program kejuruteraan di IPTS seperti di Vniversiti Tenaga Nasional dan Universiti
Petronas (VTP) adalah dalam lingkungan RM50,000 bagi program prasiswazah.
Manakala program yang sarna di IPTA seperti di Vniversiti Teknologi Malaysia (VTM)
dan Vniversiti Sains Malaysia (VSM), yuran pengajian adalah dalam lingkungan
RM13,OOO. Yuran rendah yang dikenakan oleh IPTA adalah disebabkan sebahagian besar
kos operasi universiti dibiayai oleh kerajaan persekutuan. IPTS pula membiayai
operasinya dengan pendapatan yang diperoleh daripada yuran pengajian pelajar. Namun
begitu, melihat kepada perkembangan terkini, kerajaan telah mula menggalakkan IPTA
untuk menjana pendapatannya sendiri. Sekiranya pada masa hadapan, pembiayaan
3
Page 13
semakin berkurang atau tiada langsung, maka IPTA periu beroperasi seperti IPTS iaitu
dengan mengenakan yuran yang sepatutnya bagi menampung perbelanjaan operasinya.
Sebagai salah satu IPTA, Universiti Pendidikan Sultan ldris (UPSI) juga menerima
pembiayaan daripada kerajaan persekutuan. Tidak seperti IPTA yang lain, di peringkat
Ijazah Sarjana muda, UPSI hanya menawarkan program-program pendidikan. lni
menimbulkan masalah kerana kemasukan bilangan pelajar semakin menurun disebabkan
unjuran dari Kementerian Pengajian Tinggi. Namun begitu, fakulti-fakulti di UPSI kini
telah mula menawarkan pelbagai program-program lain di peringkat Diploma, Sarjana
dan Doktor Falsafah. Sekiranya, pembiayaan dari kerajaan pusat semakin dikurangkan,
bilangan pelajar bagi program Ijazah Sarjana muda yang semakin sedikit tidak mungkin
dapat menampung perbelanjaan menghasilkan pelajar ini sendiri. Malah persoalan juga
boleh ditimbulkan sejauh manakah program-program lain yang ditawarkan dapat
menampung perbelanjaan mereka sendiri.
Oleh itu, membuat kajian kos pelajar adalah sangat bertepatan masanya bagi
membolehkan penilaian terhadap perbelanjaan bagi aktiviti universiti ini dilakukan.
Penggunaan kaedah Activity Based Costing bagi mengira kos pelajar adalah kaedah ini
telah berulang kali dibukti sebagai kaedah pengekosan yang memberikan hasil yang tepat
berbanding kaedah konvensional. lni dibuktikan dengan pelbagai institusi pengajian yang
telah mula menggunakan ABC untuk mengira kos pelajar. Contohnya di Malaysia, UTM
dan UKM telah membuat pengiraan kos menggunakan kaedah yang sarna. Manakala
sebilangan IPT di Amerika Syarikat yang telah mengaplikasikan ABC, kebanyakan
penggunaannya terhad kepada peruntukan kos overhed dalam unit perpustakaan dan unit
pendaftaran. Manakala di UK pula, beberapa lnstitusi Pengajian Tinggi telah
menggunakan ABC dan berjaya memperbaiki pengurusan kewangan dan peruntukkan
sumber kewangan. Selain dari itu, pentadbir Kansas State University (K-State)
menyedari bahawa panduan-panduan dalam ABC boleh digunakan untuk pengajian
tinggi. Dengan itu, K-State telah melaksanakan dan menyesuaikan pendekatan ABC di
mana peruntukkan masa ahli-ahli fakulti kepada jenis-jenis aktiviti yang berbeza.
Universiti New Castle, Australia juga mengaplikasikan pengekosan berasaskan aktiviti
4
Page 14
dalam perkhidmatan perpustakaan dan teknologi maklumat manakala di Universiti
Teknologi, Sydney pula menggunakan kaedah ini untuk pengiraan kos pelajar separuh
masa dengan bantuan konsultan Ernst & Young.
Berdasarkan contoh-contoh IPT luar dan dalam negara, dapat kita lihat bahawa
penggunaan kaedah pengekosan aktiviti tidak terbatas kepada sektor pembuatan sahaja
malah ia juga sesuai digunakan di sektor perkhidmatan mengikut aktiviti yang
bersesuaian. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengira kos pelajar Fakulti Pengurusan
dan Ekonomi berasaskan aktiviti dari perspektif kitaran hayat pelajar tersebut. Maka,
dengan itu, kajian ini akan menjawab beberapa persoalan utama berkaitan pengaplikasian
kaedah pengekosan aktiviti dalam menganggarkan kos bagi program perakaunan. Secara
umumnya, persoalan kajian tertumpu kepada aspek berikut:
1.2.1 Persoalan Kajian
• Apakah aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam pengiraan kos bagi program
Ijazah Sarjana muda Pendidikan Perakaunan, Ekonomi, Pengurusan
Perniagaan serta Perdagangan dan Keusahawanan di UPSI?
• Apakah penggerak kos yang sesuai digunakan untuk mengira kos?
1.3 ObjektifKajian
Kajian ini telah memfokuskan kepada beberapa objektif iaitu:
• Mengenal pasti semua aktiviti yang wujud dalam program pengajian
termasuk sandaran (pentadbiran dan kewangan).• Mengenal pasti semua sumber yang dibelanjakan dalam program pengajian
seperti gaji/orang, susut nilai, utiliti dan lain-lain.
• Mengenal pasti jenis-jenis kos yang wujud (kos tetap, kos berubah, kos
peringkat)
5
Page 15
• Mengenal pasti penggerak kos atau kos pemandu seperti bilangan pelajar,
bilangan komputer, amaun ruang dan lain-lain bagi setiap sumber untuk
menghubungkan sumber kepada aktiviti yang dibelanjakan dalam program
ini.
• Mengkoskan aktiviti sepenuhnya dengan sumber kewangan yang digunakan
melalui kos pemandu.• Mengira kos yang terlibat mengikut pelajar-pelajar dengan membuat agihan
berasaskan aktiviti yang telah dikenal pasti.
1.4 Signifikan Kajian
Walaupun, kajian ini hanya membuat pengiraan bagi program Ijazah Sarjanamuda Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, namun aplikasi ringkas yang dihasilkan
boleh diguna pakai bagi mengkaji kos program-program lain di peringkat
Diploma, Sarjana, Doktor Falsafah serta program Pengajian Luar.
4.5 Limitasi Kajian
i. Pengiraan kos pelajar hanya mengambil kira perbelanjaan di Kampus Sultan
Abdul Jalil Shah. Ini kerana kitaran penghasilan pelajar di Kampus Sultan
Azlan Shah baru sahaja bermula pada tahun 2012. Oleh itu, pengiraan kos
pelajar ini adalah untuk pelajar yang memasuki UPSI pada 2008 dan selesai
dan bergraduat 2011.
ii. Pengesanan bagi gaji pensyarah mengikut jabatan di Fakulti Pengurusan dan
Ekonomi diperuntukkan sebaik mungkin mengikut pusat koso Namun terdapat
beberapa elemen yang diabaikan dalam membuat peruntukan tersebut seperti
pensyarah yang mengajar kursus teras fakulti dan universiti serta pelajar minor
dari luar fakulti yang menghadiri kelas di FPE. Dalam erti kata lain,
pembahagian gaji pensyarah adalah mengikut jabatan.
6
Page 16
iii. Penggerak kos utama yang dikenal pasti adalah bilangan pelajar.
Memandangkan pelajar UPSI di peringkat Ijazah Sarjana muda mempunyai
aktiviti yang hampir sarna bagi kos tidak langsung, maka penggerak kos yang
sarna digunakan bagi mengagihkan kos tidak langsung ini. Namun begitu,
sekiranya kajian ini dilanjutkan untuk mengkaji kos pelajar bagi program
Pengajian Luar, maka terdapat beberapa penggerak kos yang perlu digunakan.
Contohnya, gaji tenaga pengajar menggunakan jam mengajar, manakala kos
utiliti boleh diagihkan mengikut ruang dan jam penggunaan.
iv. Kos penginapan pelajar di asrama tidak dimasukkan dalam pengiraan
memandangkan terdapat sebahagian pelajar yang menetap di kediaman luar.
v. Terdapat beberapa penggerak kos yang telah dikenal pasti tetapi tidak dapat
digunakan kerana sistem pelaporan bagi kebanyakan urusan tidak dapat
dihasilkan dalam bentuk yang lebih sistematik. Sebagai contoh, pelaporan bagi
aduan kerosakan bilik kuliah tidak dapat dilaporkan mengikut fakulti. Begitu
juga untuk mendapatkan laporan mengenai urusan kewangan dan aset
mengikut fakulti, sarna ada ia tidak tersedia ataupun memerlukan masa untuk
mengolah data tersebut bentuk yang diperlukan. Disebabkan ketiadaan data
bagi maklumat-maklumat tersebut, penyelidik terpaksa menggunakan
penggerak kos yang paling hampir. Sebagai contoh, penggerak kos yang
paling sesuai untuk mengagihkan kos dari JPPHB adalah jumlah penggunaan
bilik kuliah mengikut program dan fakulti. Namun, bagi mendapatkan data
penggunaan bilik kuliah oleh fakulti, walaupun sistem pengkomputeran telah
digunakan, staf dari JPPHB terpaksa meluangkan terlalu banyak masa hanya
untuk menyediakan maklumat yang dikehendaki bagi tujuan kajian ini. Ini
mungkin berlaku kerana maklumat yang dikehendaki tidak diperlukan oleh
pengurusan universiti sebelum ini. Maka sistem yang sedia ada tidak dibina
bagi memaparkan pelaporan dalam bentuk yang diperlukan oleh kajian.
7
Page 17
BAB2
SOROTAN KAJIAN LAMPAU
Pengekosan berasaskan aktiviti (ABC) adalah alat perakaunan pengurusan yang mendapat
perhatian sejak ia diperkenalkan. Ia dibangunkan oleh Cooper dan Kaplan (1988)
digunakan dalam sektor pengeluaran kerana kurang berpuas hati dengan teknik
perakaunan tradisional yang bergantung kepada kaedah berasaskan volum dalam
mengagihkan overhed kepada produk. Cooper dan Kaplan (1988) mengatakan kaedah
pengekosan aktiviti memberikan kos produk yang lebih tepat berbanding dengan kaedah
pengekosan tradisional kerana ABC turut mengambil kira aktiviti bukan volum
pengeluaran. Kelemahan pengekosan tradisional sememangnya mendapat kritikan kerana
ia menjuruskan kepada kesilapan dalam membuat peletakan harga. Sejak diperkenalkan
kelebihan yang ada pada ABC dipersetujui oleh ramai penyelidik sehingga ke hari ini
seperti Zeller, Siegel, Kaciuba & Lau (1999), Fayek (2001), Cardinaels, Roodhooft &
Luk (2004), Rivero & Emblemsvag (2007), Carmo & Padovani (2012) dan ramai lagi.
Sistem pengurusan kos tradisional selalunya mengagihkan kos overhed perkhidmatan
kepada perkhidmatan atau jabatan pada mulanya untuk menyumbangkan overhed tersebut
bagi tujuan pelaporan kewangan. Kos-kos diagihkan melalui proses satu langkah
menggunakan kaedah pembahagian yang mudah selalunya memberikan maklumat yang
8
Page 18
tidak tepat dan salah. Dalam banyak institusi perkhidmatan sumbangan overhed telah
dilihat sebagai tidak penting dan tidak relevan. Di samping itu, sistem pengekosan
tradisional gagal untuk memahami bahawa jarak aktiviti yang dijalankan dalam institusi
menimbulkan kos dan setiap aktiviti ini dipandu oleh keunikan seperti keseragaman dan
ciri-ciri yang tertentu. Berbanding dengan kaedah pengekosan aktiviti yang lebih
tertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk menghasilkan beberapa keluaran
contohnya satu pendidikan kepadajenis-jenis pelajar tertentu.
Selain daripada industri pengeluaran, pengekosan berasaskan aktiviti (ABC) adalah juga
mendapat perhatian daripada organisasi perkhidmatan.Ini adalah kerana kebanyakan
sistem pengekosan dalam sektor perkhidmatan adalah diambil daripada sektor
pengeluaran. Majoriti organisasi perkhidmatan mengikut langkah dengan mengguna
pakai teknik yang serupa untuk membantu dalam pengurusan koso Di peringkat awal,
ABC tidak dikaitkan dengan institusi pendidikan yang mana masih mengekalkan sistem
perakaunan tradisional. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, perubahan telah
berlaku di mana Australia dan di beberapa buah negara lain telah menilai penggunaan
pengekosan aktiviti di Institusi Pengajian Tinggi. Sebagai contoh, Ellis-Newman (2003)
membuat pengiraan kos pelajar bagi penggunaan di perpustakaan. Manakala Krishnan
(2006) pula mengkaji sarna ada penggunaan ABC di institusi pengajian tinggi boleh
membantu meningkat kecekapan dan pemantau terhadap koso Hasil kajiannya mendapati
bahawa dengan menggunakan ABC bagi mengira kos pelajar, ia akan membantu
universiti untuk menilai setiap aktiviti bagi mencapai kos yang optimum dalam
mengeluarkan pelajar.
Seperti yang kita ketahui, kaedah pengekosan aktiviti ini telah dipraktikkan secara meluas
oleh syarikat-syarikat besar di seluruh dunia terutama bagi syarikat pembuatan atau
pengilangan . Walau bagaimanapun terdapat juga sektor perkhidmatan seperti kesihatan,
perbankan dan insurans menggunakan sistem ABC ini. Perlu ditekankan bahawa kaedah
pengekosan aktiviti ini adalah alat pengurusan yang lebih berguna untuk pengurus
universiti di mana ia memberi maklumat tentang kos menyediakan perkhidmatan dan apa
yang menyebabkan kos itu terlibat. Selain itu, kaedah ini juga menyediakan kepada
9
Page 19
pengurus tentang maklumat yang membolehkan mereka mengetahui keputusan berkenaan
pembahagian sumber-sumber secara optimum (Ismail, 2010; Lima, 2011; Lutilsky &
Dragija, 2012; Maelah, Amir, Ahmad, & Auzair, 2011). Dengan itu, mana-mana sumber
yang tidak menambah nilai boleh ditangguhkan dan sumber-sumber tersebut diagih
kepada aktiviti yang memberikan nilai tertinggi kepada universiti. Ini menyebabkan
penggunaan ABC di IPTA sarna ada di dalam negara (Amir, Auzair, Maelah, & Ahmad,
2012; Ismail, 2010; Krishnan, 2006) mahupun luar negara (Al-Awawdeh & Al-Sharairi,
2012; Alejandro, 2000; Burton, 1998; Croppera & Cook, 2000; Evans, 2004; Granof,
Platt, & Vaysman, 2000; Heskin & Sharma, 2000; Lutilsky & Dragija, 2012; Moore,
1998; Valderramaa & Sancheza, 2006) kini semakin mendapat perhatian. Pengumpulanmaklumat yang tepat tentang perbelanjaan kos akan membantu dari segi masalah
kewangan yang dihadapi dan sekali gus membolehkan pihak IPT membuat keputusan
yang lebih baik agar dapat mengekalkan prestasi akademik di samping tidak
membebankan penuntutnya.
Kaedah pengekosan aktiviti (ABC) menganalisis kos di peringkat aktiviti selain daripada
di peringkat unit. Reka bentuk semula proses ini membawa kepada peringkat produktiviti
yang lebih tinggi sarna ada mengekalkan atau mengurangkan koso Di peringkat pengajian
tinggi menghadapi masalah serupa, kaedah ABC dilaksanakan di persekitaran kolej atau
universiti. Dengan rasa untuk 'balik kepada asas' iaitu mengenal pasti aktiviti, mengenal
pasti kos dan menjana semula proses-proses dan konsep-konsep tersebut, kolej atau
universiti telah merancang dan mengurus sumber kewangan dengan efisien.
Oleh kerana, penggunaan ABC memberi manfaat kepada institut pengajian tinggi, kajian
ini mengira kos pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Namun begitu, terdapat
sedikit perbezaan pengiraan yang dilakukan berbanding dengan kajian-kajian lampau.
kajian membuat pengiraan dari segi peringkat pengajian (prasiswazah dan pasca
siswazah), kajian ini membuat pengiraan yang lebih terperinci di peringkat program
pengajian mengikut semester. Seterusnya aplikasi ringkas akan dibangunkan daripada
kajian ini.
10
Page 20
BAB3
METODOLOGI
3.1 Reka bentuk Kajian
Kajian ini telah memfokuskan kepada sumber-sumber aktiviti yang telah dikenal pasti
bermula dengan pengiraan kos pelajar perakaunan dan berakhir dengan kos seorang
pelajar Ijazah Sarjana muda bagi semua program di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi,
UPSI Tanjong Malim. Dua perkara akan difokuskan dalam kajian ini iaitu sumber yang
digunakan akan dianggarkan mengikut aktiviti yang telah dikenal pasti bagi mengira koso
Kedua ialah melihat perbezaan di antara yuran yang dikenakan bagi setiap pelajar dengan
kos sebenar pelajar apabila kaedah ini digunakan.
Selain itu, kajian ini memfokuskan kepada kos yang terlibat mengikut kitaran pengajian
iaitu bermula dari tahun pertama sehinggalah pelajar selesai pengajian dan bergraduat.
Dalam erti kata lain, peruntukan kos bagi aktiviti pengajian mengikut kitaran seperti kos
latihan mengajar dan bergraduat hanya dimasukkan sekali sahaja iaitu pada tahun akhir
pengajian. Untuk itu,
11
Page 21
3.2 Kerangka Konseptual & Model
Kajian ini menggunakan kaedah pengekosan berasaskan aktiviti (ABC) bagi mengirakankitar hayat pengajian pelajar. Oleh itu, selain daripada kaedah-kaedah ABC yang
dikemukakan dalam kajian lampau, kajian ini juga akan merujuk kepada kaedah-kaedah
pengekosan kitar hayat produk (life cycle costing method - LCC). Rajah 1 (Doyle, 1991)
menyenaraikan jabatan-jabatan dan unit-unit yang kebiasaannya terdapat di institut
pengajian tinggi. Terdapat unit-unit yang terlibat secara langsung dalam mengeluarkan
seorang pelajar dan ada yang terlibat secara tidak langsung.
Rajah 2 pula menunjukkan jabatan-jabatan dan unit-unit yang terdapat di Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Kos-kos yang terlibat bagi setiap jabatan akan diagihkan
mengikut penggerak kos yang bersesuaian untuk mengira kos pelajar yang lebih tepat.
Bagi memudahkan pengiraan agihan kos sumber, klasifikasi dilakukan kepada peringkat
yang lebih tinggi dan lebih terperinci dilakukan bagi setiap kategori hierarki organisasiSemua pusat tanggungjawab (Ptj) dikenal pasti dan dikategorikan mengikut fungsi
masing-masing iaitu unit akademik (sekiranya ada), unit sokongan akademik, unit
pentadbiran dan unit lain-lain.
Langkah seterusnya, Ptj-Ptj diasingkan pula mengikut jenis hubungan iaitu sarna ada PTj
tersebut berurusan secara langsung atau tidak langsung dengan proses pengeluaran
pelajar. Contohnya, kebanyakan jabatan-jabatan di bawah bidang tanggu jawab Timbalan
Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa akan di anggap berhubung kait secara
langsung dengan proses pengeluaran pelajar. Pusat Latihan Mengajar dan Industri
(PULAMI) dikategorikan sebagai unit akademik yang secara langsung menghasilkan
pelajar. Akan tetapi bagi Bahagian Pembangunan Akademik & Kualiti (BPAQ), Ia
terlibat secara tidak langsung dengan pelajar tetapi di kategorikan sebagai akademik.
Contoh lain pula, Bahagian Hal Ehwal Akademik yang terlibat secara langsung dengan
pelajar, namun ianya dikategorikan sebagai unit pentadbiran di bawah tanggungjawab
Pendaftar. Manakala Pusat Pembangunan Keusahawanan yang di bawah tanggungjawab
TNCHEP terlibat secara langsung dengan pelajar dan di kategori sebagai unit sokongan
12
Page 22
akademik. Struktur ringkas bagi pengklasifikasian secara umum ditunjukkan dalam
Rajah 3. Manakala Rajah 4 menyenaraikan Ptj-Ptj yang diklasifikasikan mengikut fungsi.
Rajah 1: Doyle, Ken 1. Life Cycle of Institutional Activities Contributing to Student Cost
Admissions Enrolment/ Re- Course
Advertising-UAC enrol information
-Promotion -Enquiry office -admin staff -Calendars
-Brochures -Admin Staff -forms/ processing -Timetables
-Career -Faculty Borads -computing/ -Course outlines
�n�lrn+ -Graduate records -Course notes
-manual files -Facultvadmin
OverheadsAdmin-Admin staff-utilities
-security-maintenance
communication
Overheadsacademic
support-researchoffice-Accreditation& reviewoffice
STUDENTCOSTS
Central Overheads- VC division
-U/Secretary's division-Planning & MIS
-System review/Audit-HRU
Graduation-Admin staff-notification
/paperwork-space-faculty boards-gowns/hoods
13
Library-Admin staff
-Opening hours
Hardware/software
-Space/carrels
Teachingcosts
-By discipline-By level-Admin costs
Assessment
Exams/papers/ processing-Admin staff
Page 23
Rajah 2 : Carta Organisasi UPSI
CARTA ORG'A,NI'SASI UPSI' (IVIAC 2(12)
.Ir '··1
NAIB CANSELOR
TIMBALAN NAJBCANSELOR ("&1)_W1"�"1:CI(.J;;:l_
1.
Sumber: http://www.upsi.edu.my/ms/halaman-utama/upsi-sepintas-IaluIcarta-organisasi-upsi
14
Page 24
Rajah 3: Struktur Ringkas Klasifikasi Mengikut Fungsi dan Hubungan
NAIBCANSELOR
1 1 1 1-
-1-----
I r--
1CANSELORI PENDAFTAR TNCA TNCPI TNCHEPA PERPUSTAKAAN JPPHB BENDAHARI
I I\/ 1 1 1
UNIT SOKONGAN AKADEMIK I UNIT lPENTADBliRANUNITAKADEMIK
\I; 1 1 1 1 1SECARA II SiI��� II SECMA I SECARA S:E;CARA �ARALANGSUNG
LANGSUNGLANGSUNG .• TIDAK DAK
LANGSUNGLANGSUNG GSUNG
15
I LAIN-LAIN I