FAKULTI PENDIDIKAN ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KOD KURSUS : GGGC 6033 TUGASAN INDIVIDU TAJUK TUGASAN : PENGHAPUSAN JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH NAMA : FARIHAH BINTI MOHD.JAMEL NOMBOR PELAJAR : P 66318 SESI : 2012/2013 PENSYARAH : PN.KHADIJAH ABD. RAZAK
34
Embed
EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
FAKULTI PENDIDIKAN
ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIAKOD KURSUS : GGGC 6033
TUGASAN INDIVIDU
TAJUK TUGASAN :PENGHAPUSAN JAMINAN PENEMPATAN GURU
PELATIH
NAMA : FARIHAH BINTI MOHD.JAMELNOMBOR PELAJAR : P 66318 SESI : 2012/2013
PENSYARAH : PN.KHADIJAH ABD. RAZAK
KANDUNGANHalaman
1.0 PENGENALAN 2
2.0 SEJARAH PENDIDIKAN TINGGI (PERGURUAN) DI MALAYSIA
2.1 Sejarah Pendidikan Tinggi (Perguruan) Sebelum Merdeka 2-3
2.2 Sejarah Pendidikan Tinggi (Perguruan) Selepas Merdeka 3-63.0 SENARIO JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH DI MALAYSIA 7-9
4.0 ISU-ISU BERKAITAN PENGHAPUSAN JAMINAN
PENEMPATAN GURU PELATIH 9-16
4.1 Isu-isu yang membawa kepada kesan positif 9 -134.2 Isu-isu yang membawa kepada kesan negatif 14-19
5.0 KESIMPULAN 19
RUJUKAN 20-22
TAJUK: PENGHAPUSAN JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH
1
1. PENGENALAN
Guru pembina negara bangsa. Itulah yang sering diungkapkan oleh masyarakat. Namun
untuk melahirkan bakal guru bukanlah sesuatu yang perkara yang mudah. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2007), penghapusan bermaksud perihal (perbuatan, tindakan dan
sebagainya) menghapuskan. Jaminan pula membawa maksud tanggungan. Jaminan atau
tanggungan di sini ditujukan kepada pihak kerajaaan. Manakala penempatan bermaksud
perihal menempati atau menempatkan. Bakal guru ataupun dikenali juga sebagai guru
pelatih adalah terdiri daripada penuntut-penuntut bidang pendidikan sama ada di Institusi
Pendidikan Guru (IPG) mahupun di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang
menawarkan bidang pendidikan tidak kira jurusan apa sekalipun. Jika sebelum ini, guru
pelatih Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Walau
bagaimanapun jaminan pelantikan ini telah dihapuskan dalam tempoh Rancangan
Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan
berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Pelbagai isu yang timbul hasil daripada
perubahan dasar yang baru sahaja ditimbulkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 yang
akan dilaksanakan sepanjang tahun 2011 sehingga 2015. Isu ini diperkemas lagi dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini.
2. SEJARAH PENDIDIKAN TINGGI (PERGURUAN) DI MALAYSIA.
2.1 Sejarah Pendidikan Tinggi (Perguruan) Sebelum Merdeka
Sejarah pendidikan (rendah, menengah dan tinggi) di Malaysia pada umumnya
dipengaruhi oleh gelombang politik yang berlaku di Tanah Melayu dan serantau. Apabila
British campur tangan dalam pemerintahan Tanah Melayu sejak 1874, sistem pendidikan
tradisional secara beransur-ansur digantikan dengan sistem pendidikan baharu yang
dicorakkan untuk kepentingan British. Kejutan semasa Perang Dunia Kedua,
2
menyemarakkan kesedaran politik dan menyuntik semangat dalam kalangan penduduk
tempatan agar mereka mengambil berat tentang pendidikan yang bakal menentukan masa
depan nusa dan bangsa.
Berkaitan pendidikan aliran Melayu, sebelum penubuhan Maktab Perguruan
Melaka pada tahun 1901, tidak wujud sebarang latihan formal perguruan di Negeri-Negeri
Selat. Kekurangan guru diatasi dengan mengamalkan sistem mengupah murid sekolah
darjah atas mengajar sebagai guru. Kelemahan sistem ini ialah tiadanya penyeliaan rapi
daripada pihak pengurusan sekolah dan ramai pelajar yang telah menamatkan kursus
dengan baik, akhirnya meninggalkan profesion perguruan kerana gaji yang rendah.
Akibatnya kerjaya guru sebelum tahun 1901 sebahagiannya diisi oleh para penganggur
yang separa terdidik. ( CO 717 Colonial Office – 119/51668 Federated Malay States
Annual Report of the Education for the year 1935: 9).
Penubuhan MPSI di Tanjung Malim pada 23 November 1922 meningkatkan mutu
latihan profesion perguruan aliran Melayu. Dalam sejarah pendidikan tinggi di Malaysia,
MPSI bukan sahaja penting sebagai tapak yang melahirkan ramai pejuang kemerdekaan,
tetapi juga sebagai institusi latihan perguruan yang banyak menyumbang kepada
pembangunan pendidikan sehingga zaman setelah merdeka..
2.2 Sejarah Pendidikan Tinggi (Perguruan) Selepas Merdeka.
Kemerdekaan membawa kesan yang besar kepada semangat dan prinsip pendidikan di
Tanah Melayu. Tumpuan kini ialah kepada usaha mewujudkan suatu sistem pendidikan
kebangsaan tetapi turut membenarkan pengamalan bahasa dan budaya orang bukan
Melayu di Tanah Melayu. Oleh hal yang demikian, penubuhan universiti dan kolej di
Malaysia selepas merdeka berkait rapat dengan keperluan guna tenaga manusia dan hal ini
kelihatan dalam semua Rancangan Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan. Sebagai
contoh, meskipun objektif utama RMK-1 (1996-1970) adalah untuk mengurangkan
masalah sosioekonomi dengan meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan jurang
pendapatan antara rakyat di negara ini, kerajaan sedar bahawa pertumbuhan ekonomi tidak
3
boleh bertunjangkan bekalan bahan mentah sedia ada sahaja tetapi juga kepada
pengemblengan daya cendekia atau kuasa akal penduduknya. Selaras dengan itu, institusi
pendidikan juga ditubuhkan dengan lebih banyak lagi bagi mendidik bakal-bakal guru dan
memenuhi keperluan pendidik di seluruh Malaysia demi melahirkan generasi yang
seimbang dalam aspek yang menyeluruh.
Pada 8.6.1960, Maktab Pergurusan Ilmu Khas telah dibuka dengan rasminya oleh
Menteri Pelajaran, Encik Abdul Rahman bin Haji Talib. Pembukaan Maktab ini
merupakan satu kemajuan dalam sejarah perkembangan pelajaran dan pendidikan di
Persekutuan Tanah Melayu. Ia adalah satu-satunya Maktab Perguruan yang bakal
melahirkan guru-guru terlatih dari segi teknikal dalam segala bidang pelajaran.
Dalam ucapan pembukaannya, Menteri Pelajaran menjelaskan bahawa kanak-kanak
berbakat di negara ini tidak diberi cukup galakan dan kesempatan untuk mereka tumpukan
perhatian dan kebolehan dalam bidang yang mereka minati. Justeru, adalah lebih penting
dan bermakna sekiranya kanak-kanak itu dapat melahirkan bakat mereka melalui cara
yang lebih teratur daripada berusaha untuk mendapatkan sijil.
Beliau selanjutnya menyarankan bahawa Maktab ini boleh menjadi sebuah pusat
penyelidikan dan latihan bagi guru-guru daripada pelbagai aliran sekolah di Persekutuan
Tanah Melayu. Di samping itu, ia juga boleh menjadi medan bagi guru-guru untuk
berkongsi masalah, bertukar-tukar pendapat dan melahirkan buah fikiran yang sesuai
dengan suasana pembelajaran di sekeliling mereka.
Maktab ini mengadakan kursus bagi mata pelajaran praktikal seperti penulisan,
pertukangan, sains rumahtangga, lukisan, pendidikan jasmani dan berbagai-bagai lagi. Ia
juga bertujuan untuk membantu guru-guru kaedah mengajar yang lebih baik. Seramai 160
orang guru bagi tiap-tiap kemasukan telah diterima masuk untuk mengikuti kursus selama
setahun itu. Guru-guru yang terpilih ini adalah mereka yang mempunyai pengalaman
mengajar sekurang-kurangnya dua tahun.
Perkembangan dalam pendidikan tinggi di Malaysia menjadi bertambah rancak
dan berdaya maju apabila pengurusan pendidikan diberi tumpuan khusus dengan
penubuhan Kementerian Pendidikan Tinggi yang tersendiri pada 27 Mac 2004. Salah satu
4
wawasan pendidikan tinggi Malaysia ialah menyumbang kepada tuntutan untuk
membangunkan masyarakat dan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan pada peringkat
kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Pertumbuhan di dalam sektor perkhidmatan ini
menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa. Ini dapat dilihat di dalam graf di
bawah.
Menurut Othman Mustapha (2010), di dalam RMK-10 (2011-2015) pula
memberikan penumpuan kepada lima teras strategis di mana salah satunya adalah
membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Rombakan di dalam sistem
pendidikan juga akan dilaksanakan dengan meningkatkan daya tarikan profesion
keguruan dan menghasilkan guru terbaik. Empat inisiatif utama mempertingkatkan kualiti
guru secara signifikan ialah :
2.2.1 Menjadikan profesion keguruan pilihan utama, dengan penekanan kepada ganjaran
kewangan, pembangunan kerjaya, berprestij, pembangunan nusa bangsa
2.2.2 Mengukuhkan latihan perguruan melalui latihan praktikum
5
2.2.3 Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih
2.2.4 Peralihan kepada ‘Sistem Terbuka’ dalam latihan guru
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian
tinggi yang penting dalam sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara
bertahap dari sebuah kolej kepada sebuah universiti. Agak menarik meneliti tahap
perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung
falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi,
perkembangan UPSI telah melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 -1957), era
MPSI (1957 – 1987), dan era IPSI (21 Februari 1987 – April 1997). Tiga era ini juga
memperlihat wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75
tahun. Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti,
apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris
(Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997
menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 dan 133 yang bertarikh 24 Februari 1997
(Sumber : Laman web UPSI). Perubahan demi perubahan dapat dilihat kepada
perkembangan pendidikan tinggi (perguruan) di Malaysia. Ini adalah selaras dengan
peningkatan pasaran global demi memenuhi sumber perkhidmatan perguruan.
6
3. SENARIO JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH DI MALAYSIA
Menurut Baharin Abu & Azura Abdul Aziz (2008), isu penempatan guru menjadi isu yang
paling hangat dikemukakan oleh guru pelatih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Guru pelatih yang berada di tahun terakhir iaitu semasa semester dua tahun empat,
kesemua guru pelatih ini dikehendaki mengisi boring penempatan. Mengikut prosedur,
guru pelatih dikehendaki mengisi dua tempat pilihan mengajar mengikut kehendak
masing-masing. Walaubagaimanapun penentuan lokasi penempatan mengajar bagi guru
pelatih hanya akan ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Oleh yang
demikian berbagai masalah masih juga timbul di mana terdapat guru pelatih yang engkar
dengan penempatan tersebut. Dato’ Noh Omar (Utusan Malaysia, 22 Mac 2007), masih
terdapat sekolah-sekolah yang kekurangan guru. Beliau turut menyatakan bahawa terdapat
guru yang enggan ditugaskan di kawasan luar bandar.
Setiap tahun, KPM menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai
profesion keguruan dan 20,000 orang ditempatkan di sekolah. Ramai pemohon tidak
mempunyai sikap dan aptitud yang sesuai untuk menjadi guru. Daripada permohonan
kemasukan ke program latihan perguruan di IPG pada tahun 2010, hanya 7% mendapat
7A dan ke atas dalam SPM. Bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah pula, hanya 3%
pemohon mempunyai purata gred terkumpul 3.5 dan ke atas daripada 4.0. Ini
menunjukkan profesion keguruan bukanlah pilihan calon cemerlang. Walhal, kita memang
telah sedia maklum bahawa kualiti guru amat berkait rapat dengan pencapaian pelajar. Ini
dapat dilihat di dalam graf di bawah.
7
Menurut Abdul Rasid et al. (2010) usaha bagi memartabatkan profesion perguruan di
Malaysia semakin sukar kerana terdapat guru-guru yang berat hati untuk menerima
penempatan yang ditawarkan. Ada guru juga yang merungut-rungut jika penempatan
mengajar tersebut tidak menepati kehendak pilihan mereka, bahkan ada yang sanggup
menganggur dan menukar profesion daripada dihantar bertugas nun jauh di pedalaman
(MyMetro, 28 Mac 2009).
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, hasrat teras kelima yang
mahu merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap
keupayaan pelajar mungkin akan berhadapan dengan cabaran, apabila terdapat guru-guru
yang berat hati untuk menerima penempatan yang ditawarkan. Baharin Bin Abu &
Norhidayah Ismail (2009) menyatakan daripada aspek sikap dan minat, guru pelatih masih
kurang bersedia untuk berkhidmat di kawasan pedalaman. Oleh itu ia perlu
dipertingkatkan bagi menghasilkan guru yang berkualiti yang mampu menyumbang di
dalam dunia pendidikan.
8
Justeru, senario penempatan guru pelatih ini diharap dapat diperbaiki ke arah yang
lebih baik dengan adanya pembentangan RMK-10 yang lalu dimana penghapusan jaminan
guru pelatih ini dihapuskan. Ini bermakna seandainya penempatan guru pelatih tiada lagi
jaminan dari KPM akan memberikan kesan kepada guru pelatih untuk mempertingkatkan
diri masing-masing dan lebih bersungguh untuk menerima penempatan di lokasi seluruh
Malaysia ini meskipun di kawasan luar bandar.
4. ISU-ISU BERKAITAN PENGHAPUSAN JAMINAN PENEMPATAN GURU
PELATIH
Setiap sesuatu perlaksanaan dasar yang baru pasti akan menimbulkan beberapa isu yang
akan diperkatakan oleh masyarakat, sama ada yang terlibat secara langsung mahupun
tidak. Isu-isu yang timbul terdiri daripada isu-isu yang membawa kepada kesan positif dan
juga kesan negatif:
4.1 Isu-isu yang membawa kepada kesan positif :
4.1.1 Hanya guru pelatih yang memperolehi pencapaian terbaik ditawarkan jawatan
guru
Menurut Mohamad Kamil Abd Majid & Rahimin Affandi Abd Rahim (2009), bagi
Institusi Pendidikan Negara, khususnya membabitkan IPTA, pihak kerajaan telah
menekankan prinsip dan falsafah kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan untuk
pembangunan tamadun manusia. Buktinya, RMK-9 telah memperuntukkan sejumlah bajet
yang cukup besar (RM 1.15 bilion) bagi membangun dan menambahbaikkan institusi
pendidikan negara di semua peringkat rendah,menengah dan tinggi. Yang lebih penting
lagi, institusi pendidikan tinggi (IPTA/IPTS) telah diberikan amanah mengambil inisiatif
utama untuk memodenkan dan memajukan ilmu pengetahuan, khususnya yang bakal
memberikan nilai tambah (value added) untuk program pembangunan negara menuju
wawasan 2020. Sehubungan itu guru-guru pelatih juga tidak terlepas daripada senario ini.
9
Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih akan menjadikan mereka berlumba-lumba
untuk memperolehi pencapaian terbaik bagi mendapatkan penempatan.
Bertepatan dengan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025
dalam Bab 5 berkenaan guru dan pemimpin sekolah telah menyatakan untuk
meningkatkan standard kemasukan bagi guru pelatih dan ambilan guru baharu.
Kementerian akan mengetatkan proses pemilihan ambilan guru ke IPG dengan memilih
calon guru pelatih daripada kumpulan 30% teratas bagi setiap kohort yang tamat
persekolahan. Kementerian juga bercadang mengecilkan saiz ambilan guru sekiranya
bilangan calon yang berkelayakan pada sesuatu tahun berkurangan; seterusnya,
bekerjasama dengan IPTA untuk menetapkan standard kemasukan yang setara bagi
program latihan perguruan. Syarat ini adalah untuk memastikan hanya guru yang terbaik
dan paling layak menyertai sistem pendidikan kita. Ini dapat dilihat di dalam graf di