-
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
1
BAB 3: MEDIA PENGAJARAN
3.1 Konsep Media Pengajaran
Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio
visual yang
kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu,
bolehlah dikatakan media
pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi
pendidikan. Media
atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal
daripada perkataan Latin
yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja yang
membawa maklumat
daripada penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah
filem, televisyen,
radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan
pengajar. Media
pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk
menyalurkan pesanan
daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang
fikiran, perasaan,
perhatian, minat serta perhatian murid dan seterusnya terjadinya
proses pembelajaran.
3.2 Fungsi Media Pengajaran
Kesan menggunakan media yang terdiri daripada pelbagai jenis itu
didapati berbeza
antara satu dengan yang lain. Ada yang sesuai pada perkara yang
mempunyai unsur
abstrak ikonik dan enaktif. Ini dapat dilihat kon pengalaman
pembelajaran yang pernah
diketengahkan oleh Edgar Dale (Wah Wan Ali et al.2008)
sebagaimana yang terdapat
dalam rajah.
-
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
2
Rajah 1: Kon Pengalaman Dale
Media terdiri daripada pelbagai jenis boleh dimanfaatkan dalam
proses pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya ialah:
a) Media menjadi sumber yang dapat membantu guru dalam proses
pengajaran
dan pembelajaran berikut:
Memainkan peranan sebagai papan hitam.
Menjadi alat yang boleh mengawal disiplin murid semasa
pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Boleh mengurangkan kebosanan murid di mana menggunakan
pelbagai
multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
b) Media dapat membantu guru menyakinkan diri dan mengurangkan
darah
gemuruh (podium fright) semasa penyampaian pengajaran.
-
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
3
c) Media dapat membantu guru menyampaikan mesej dalam
pengajaran, memberi
maklumat yang tepat dan jelas, motivasi murid dalam pembelajaran
dan
memberi hiburan (entertainment).
d) Melalui media keterangan seribu perkataan dapat diperjelaskan
dengan
sekeping gambar. Di samping itu juga media dapat:
mengurangkan masa penerangan.
murid dapat belajar lebih.
murid dapat mengekakalkan kefahaman.
murid dapat meyakinkan kemahiran dan prestasinya pada subjek
yang
dipelajarinya.
e) Penggunaan alat bantu memudahkan kita mewujudkan pengalaman
konkrit.
Menurut kajian, kadar ingatan murid berbeza-beza jika mereka
membuat kerja
seperti berikut: Jika,
membaca mereka memperolehi 10% dari apa yang dibacanya
mendengar mereka memperolehi 20% dari apa yang didengar
mendengar dan melihat mereka
memperolehi
30% dari apa yang didengar
dan dilihat
memyebut mereka memperolehi 70% dari apa yang didengar,
dilihat dn disebut
membuat, menyebut mereka
memperolehi
90% dari apa yang didengar,
dilihat dan disebut
-
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
4
3.3 Jenis-Jenis dan Klasifikasi Media
Media pengajaran terbahagi kepada dua:
i. Media cetak
ii. Media bukan cetak
3.3.1 Media Cetak
Media cetak merupakan bahan-bahan maklumat yang dicetak di atas
kertas. Ia
berbentuk buku teks, buku kerja,buku rujukan, majalah, risalah,
surat khabar, nota-nota,
prosiding seminar, surat-surat berita, laporan tahunan dan
sebagainya. Tujuan bahan-
bahan ini dicetak adalah untuk:
i. Memberikan panduan.
ii. Menyampaikan maklumat.
iii. Mempertingkatkan tumpuan atau fokus perhatian pada bidang
yang dicetak.
3.3.1.1. Jenis Media Cetak
Secara umumnya media cetak boleh diklasifikasikan kepada empat
fungsi
sebagaimana yang dinyatakan seperti berikut:
a. Alat bantu mengajar
b. Bahan untuk latihan
c. Bahan maklumat
d. Bahan untuk peningkatan ilmu
Rajah 2: Contoh Media Cetak
Surat khabar
-
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
5
Media Sebagai Alat Bantu Mengajar
Bahan cetak yang berperanan sebagai alat bantu belajar merupakan
bahan-bahan
yang mempunyai instruksi atau panduan sumber belajar. Lazimnya
instruksi yang
terdapat dalam bahan bantu mengajar itu dibentuk tahap demi
tahap atau langkah demi
langkah untuk memudahkan murid mengguna dan memahamkan pelajaran
dengan
mudah. Ia berbentuk ’guide sheet’, ’jobs aids’ dan sebagai satu
gambar bersiri.
Maklumat dalam ”guide sheet” akan menampilkan kata-kata atau
arahan secara
keseluruhan sedangkan ”jobs aids” selain dari kata-kata atau
arahan tadi terdapat juga
beberapa ilustrasi atau gambar bersama-sama arahan tadi,
manakala ”picture series”
merupakan maklumat yang disampaikan dalam gambar bersiri.
Media Sebagai Bahan Untuk Latihan
Bahan yang berperanan sebagai bahan untuk latihan lazimnya ia
berbentuk intruksi. Di
sini pembaca akan disugukkan dengan pelbagai maklumat atau
petunjuk yang
berkaitan dengan pelajaran yang diajar. Bahan untuk latihan ini
adalah berbentuk
”manual” , ”handout” dan ada yang berbentuk Panduan
Pembelajaran(study guides).
Manual
Manual adalah petunjuk yang praktikal bagi sesuatu kerja yang
perlu dilaksanakan.
Biasanya pelatih-pelatih akan menggunakan manual ini untuk
melaksanakan sesuatu
kerja atau projek mengikut langkah-langkah yang instruktornya
telah rancang dan
catatkan di manual yang diedarkan itu.
Rajah 3: Contoh handout
Handout
-
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
6
Nota atau catatan yang dibuat oleh guru atau tenaga pengajar
yang diedarkan kepada
murid. Lazimnya catatan itu berkaitan dengan isi pelajaran.
Maklumat yang terdapat
dalam bahan edaran itu antara lainya adalah jadual pelajaran,
sinopsis pelajaran dan
objektif yang ingin dicapai, tugas-tugas yang perlu
disempurnakan, sumber-sumber
bahan untuk rujukan.
Panduan Pembelajaran (Study Guides)
Secara kasarnya ” study guides” ini mempunyai ciri seakan-akan
serupa dengan
”handout” dari aspek penggunaannya. Kedua-dua bahan ini
bertujuan untuk murid dan
poeserta membuat latihan. Perbezaan yang nyata terhadap
”handout” dengan ”study
guides” adalah dari aspek penjelasan isi bagi sesuatu topik
pengajaran. Pada ”handout”
penjelasan yang dapat kita lihat adalah ringkas terhadap sesuatu
topik manakala ”study
guides” maklumat yang diterangkan itu didapati terperinci.
Media Sebagai Bahan Maklumat
Media cetak berperanan sebagai bahan maklumat foreka dengan
tujuan untuk memberi
mahlumat dan mitibasi. Ia dapat menarik perhatian seseorang
dengan menampilkan
sesuatu yang dimiliki oleh sesebuah organisasi; Lazimnya, ia
berbentuk risalah
(brochure) surat khabar, laporan tahunan dan sebagainya.
Media Sebagai bahan Peningkatan Ilmu
Media cetak berbentuk buku boleh berperanan sebagai alat yang
dapat meningkatkan
ilmu seseorang dengan lebih mendalam. Jenis bahan berbentuk buku
dan bukan buku
ini boleh diklasifikasikan pada bahan rujukan, fiksyen dan bukan
fiksyen yang Dewey
klasifikasikan kepada 10 kod yang bermula dari kod 000 hingga ke
kod 999 dan
Library Congress menggunakan notasi bercampur seperti
berikut:
Sistem Perpuluhan Dewey (DDC) iaitu kod ringkasan pertama
000 Karya Am
100 Falsafah
200 Agama
300 Sains Sosial
400 Bahasa
500 Sains Tulin
-
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
7
600 Teknologi/Sains Gunaan
700 Kesenian
800 Kesusasteraan
900 Geografi, Biografi dan Sejarah
Kod Library Congress pula menggunakan kod pengklasannya seperti
berikut untuk
mengkelaskan bahan pendidikan di pusat pendidikan terutama di
institut pengajian
tinggi di Malaysia. Simbol-simbol pada kod Library Congress
adalah:
A, AS, AG, Ae, AY Karya Am
B, BH, BJ BF Falsafah
Bl, BX, BP, BZ Agama
H, HA, HJ HM, HX Sains Sosial
L, LH, LA, LC, LD, LG, LJ,LB Pendidikan
P, PE, PN, PR, PZ Bahasa
Q, Qa, QB, QC, QD, QE,QH Sains Tulin
TA, TE, TG, TH, TK, TP,TT,TE,
TX
Teknologi
K Undang-Undang
G,C, F Geografi Am dan Biografi
3.3.1.2. Kebaikan Media Bercetak
Media cetak sebagaimana yang tersenarai di atas jika
dibandingkan dengan media
lain, ia mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut:
i. Bentuk media cetak didapati mudah dibawa dan mudah juga
digunakan di mana
sahaja.
ii. Media cetak didapati lebih ekonomi, mudah disebar, mudah
dipindah-pindahkan
dari seorang pengguna kepada pengguna yang lain.
iii. Pembaca boleh mengambil masa yang lama untuk mencerna isi
maklumat yang
terkandung di dalamnya dan boleh diulang-ulang mengikut
keperluan pengguna.
-
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
8
iv. Media cetak mampu menyimpan maklumat yang konsisten dan
tepat dan dapat
menghasilkan kesamaan pengertian maklumat untuk hari ini dan
juga untuk
sedekad yang akan datang.
v. Bahan cetak digunakan begitu meluas kerana terdapat beberapa
ciri yang positif
seperti berikut:
a. Digunakan begitu meluas.
b. Mudah disedia dan diterbitkan.
c. Digunakan sebagai alat pengajaran utama.
d. Tidak menggunakan alat lain semasa menggunakannya.
e. Mudah dikemas kini.
f. Murid dapat mengawal masa, tempat dan tempoh pembelajaran
mereka.
g. Bahan bercetak mempunyai latihan di akhir modulnya,
mempunyai
pengajaran yang sudah dirancang dengan penerangannya
dilengkapkan
dengan gambar, carta, jadual dan gambar-gambar kartun.
3.3.1.3 Kelemahan Media Cetak
Media cetak apabila dibandingkan dengan media lain seperti
audio, video terdapat
beberapa kelemahan seperti berikut:
i. Media cetak tidak dapat menampilkan gambar bergerak dan
bersuara yang
dapat memberikan pengalaman murid bersifat konkrit.
ii. Keberkesanan media cetak banyak bergantung pada kebolehan
individu
menguasai bacaan. Jika kebolehan membaca lemah maka pembaca
akan
menghadapi masalah untuk memahami isi maklumat.
iii. Maklum balas tidak dapat disampaikan serta merta kecuali
menggunakan
kemudahan telefon atau internet.
-
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
9
3.3.2 Media Bukan Bercetak
Kumpulan bahan pengajaran yang kedua adalah bahan yang berbentuk
bukan bercetak
yang boleh diklasifikasikan pada jenis perkakasan (hardware) dan
jenis perisian
(software) dan bahan kos rendah dan papan peragaan.
3.3.2.1 Bahan Jenis Perkakasan (Hardware)
Kamera filem 35mm
Kamera video
Perakam audio
Radio
Televisyen
Projektor filem
Projektor OHP
Projektor slaid
Projektor LCD
Projektor legap
Rajah 4: Projektor slaid
Bahan Jenis Perisian (software)
Filem
Transparensi
Kaset audio
Slaid
Perisian komputer
Mikro filem
Rajah 5: Mikro filem
Kesemua media yang berbentuk perkakasan dan perisian tersebut
pada umumnya
boleh diklasifikasikan juga mengikut fungsinya seperti
berikut:
Projektor slaid
Mikro filem
Projektor slaid
-
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
10
3.3.2.2 Media Tayang
Bahan yang memerlukan projektor untuk menayangkan imej, gambar,
fakta dan teks
untuk ditonton. Projektor bagi bahan seperti berikut berbeza
antara satu dengan yang
lain. Ada yang memerlukan OHP, filem ptojektor, LCD, slaid
projektor dan mikro filem.
Slaid
Filem
Transparensi
Multimedia
Video
Produk komputer
Mikro filem
Rajah 6: Multimedia
3.3.2.3 Bahan Kos Rendah
Bahan kos rendah boleh dikategorikan kepada bahan 2 dimensi (2D)
dan bahan 3
dimensi (3D). Bahan 2D terdiri daripada bahan seperti carta,
bahan bercetak,graf,
lukisan, fotograf, poster, kartun,brosur dan akhbaryang guru
boleh gunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Bahan 3D adalah bahan sebenar (realia) ataupun bahan buatan
manusia yang
menyerupai bahan sebenar. Bahan 3D boleh dikategorikan kepada
kategori berikut:
i. Bahan berbentuk model
ii. Bahan realia
iii. Bahan berbentuk diorama
iv. Bahan berbentuk panel animasi dan si mulasi
v. Boneka-Boneka sarung tangan, boneka lidi, boneka wayang kulit
dan boneka
bertali.
vi. Bahan mudahalih (mobile)
Multimedia
Projektor slaid
-
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
11
3.4 Pemilihan Media Pengajaran
Media boleh digunakan dalam pelbagai cara dan bentuk dengan
tujuan untuk
membantu seseorang dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui
pengalaman yang lepas penggunaan media dalam proses pengajaran
dan
pembelajaran perlu dilakukan dengan berhemah untuk pemilihan
kesesuaian media
dengan pengajaran.
Terdapat enam panduan yang boleh dilakukan untuk kita membuat
pilihan media untuk
kegunaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
i. Sebelum membuat pemilihan media, pastikan perkara berikut
sudah diketahui,
a. Ciri murid yang akan menggunakan media dan kaedah
pembelajaran yang telah
dialaminya.
b. Bilangan murid dan tempat atau suasana yang kita akan gunakan
media
tersebut.
c. Matlamat dan objektif pengajaran tersebut.
d. Tajuk dan kandungan isi pelajaran yang hendak
disampaikan.
e. Pastikan bentuk aktiviti yang akan dilaksanakan nanti.
f. Alat kawalan media yang akan digunakan.
g. Strategi penyampaian guru (cara, mana satu yang akan
didahulukan).
ii. Tentukan jenis media seperti bahan-bahan cetak, slaid, OHP,
pita video, pita audio,
mikrokomputer dan kemudahan virtual yang hendak digunakan itu
ada dan boleh
digunakan.
iii. Tentukan sumber sokongan yang boleh digunakan, terutamanya
kakitangan
sokongan, kemudahan yang berkaitan dengan media, masa persiapan
juga kemahiran
teknikal tentang penggunaan media pengajaran tersebut semasa
pengajaran.
iv. Kenal pasti media dan kelengkapan yang murid boleh gunakan.
Hal ini perlu
diketahui kerana sebahagian murid kita sudah melihat, mengalami
dan menggunakan
-
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
12
beberapa alat di rumah dan di persekitaran hidup kita. Dari
kemahiran yang murid miliki
ini, guru boleh bekerjasama dan melibatkan murid yang mahir
dalam pengajarannya.
v. Tentukan cara penyampaian yang hendah digunakan, sama ada
komunikasi sehala
atau dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu
nanti.
vi. Pastikan tempat dan suasana fizikal yang guru hendak gunakan
media itu sesuai
dan boleh memberi kesan yang baik dan objektifnya tercapai.
RUMUSAN
Media pengajaran yang baru boleh digunakan terdiri dari pelbagai
bentuk. Ada yang
berbentuk tayang dan ada yang berbentuk bukan tayang. Setiap
bahan dan alat ini
berperanan sebagai alat yang boleh membantu guru dan murid
memahami sesuatu
ilmu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Fungsi setiap
alat dan bahan ini
berbeza mengikut keperluan pengguna. Dengan ini amat wajar bagi
setiap guru perlu
membuat pemilihan terlebih dahulu sebelum digunakannya di bilik
darjah.
-
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
13
Latihan 3
Jawab semua soalan berikut:
1. Tujuan media cetak digunakan adalah untuk
A. meningkatkan kemampuan pembaca
B. memotivasikan tingkat pemerhatian dan perilaku seseorang
C. menjelaskan kembali kepada orang lain mengenai maklumat yang
ada
D. menyamakan persepsi pembaca
2. Study Guides merupakan salah satu bentuk media untuk
menyampaikan maklumat,
dan digunakan sebagai
A. instruksi
B. bimbingan
C. latihan
D. praktik
3. Antara yang berikut, yang manakah media cetak yang berperanan
sebagai sebaran
maklumat
A. handout
B. manual
C. study guides
D. brochure
4. Huraikan empat kelebihan menggunakan bahan bercetak dalam
pengajaran dan
pembelajaran.
5. Senaraikan empat contoh bahan bukan bercetak.
6. Apakah perbezaan antara media cetak dengan media bukan
cetak?
7. Bagaimana media mampu membantu guru dalam proses pengajaran
dan
pembelajaran di bilik darjah?
-
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
14
BIBLIOGRAFI
Mohd Jizat Abdol, Abdul Razak Idris & Jessnor Elmy (2006).
Teknologi pengajaran dan
pembelajaran. UTM.
Ngui Kuan Sang.(1989).Teknologi pendidikan: penggunaannya dalam
pengajaran
Geografi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah
Ahmad Zain.(2009).
Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur:
Penerbitan
Multimedia.
Noriati A.Rashid, et. al. (2009).Teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Shah
Alam: Oxford Fajar.
Prcival, H.T., Ellington, H.I. dan Race,P., (1993). Handbook of
Educational Technology.
edisi ke-3. London: Kogan Page.
Smaldino, S.E., Russell, J., Heinnich, R. & Molenda, M.
(2005). Instructional technology
and media for learning. Edisi ke 8. New Jersey: Prentice
Hall.
Wah Wan Ali et al. (2008). HBEM3103. Prinsip teknologi
pengajaran. Kuala Lumpur:
OUM.