Top Banner
EDU 3053: TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TOPIK 6: PENGGUNAAN BAHAN- BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI
25

EDU 3053

Jan 19, 2016

Download

Documents

kellylow57

hhj
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: EDU 3053

EDU 3053: TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TOPIK 6: PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI

Page 2: EDU 3053

Tajuk ini menjelaskan : Jenis-jenis 2 dimensi dan 3 dimensi yang

biasa digunakan di sekolah Bagaimana bahan-bahan tersebut dapat

meningkat proses pengajaran dan pembelajaran

Page 3: EDU 3053

JENIS BAHAN 2 DIMENSI (2D) Dalam perkembangan teknologi dan bahan

digital, banyak guru dan pendidik kurang memberikan nilai kepada bahan pengajaran 2D yang ada kalanya percuma dan ada pula yang murah. Ada antara bahan pengajaran ini boleh diperoleh dengan kos yang rendah atau tanpa kos untuk digunakan dalam bilik darjah. Antara bahan 2D yang dimaksudkan termasuk:

1.    Bahan bercetak2.    Carta3.    Graf4.    Poster5.    Gambar dan Peta

Page 4: EDU 3053

1. BAHAN BERCETAK Pembelajaran dalam bilik darjah

sememangnya bermula dengan penggunaan bahan bercetak sebagai bahan pengajaran guru. Sejak dahulu buku teks merupakan asas dalam pengajaran bilik darjah yang merangkumi buku teks, buku rujukan, panduan guru dan pelajar, lembaran kerja serta bahan-bahan bercetak yang disediakan oleh guru. Apabila penggunaan surat khabar dalam pendidikan dilaksanakan, surat khabar dan majalah kini digunakan sebagai bahan sokongan kepada guru dalam bilik darjah.

Page 5: EDU 3053

 KELEBIHAN BAHAN BERCETAK1. Bahan cetak amat mudah diperoleh

dalam pelbagai topic dan bentuk.2. Kebanyakan bahan boleh digunakan

dengan mudah dan tidak perlu banyak   penerangan.3. Bahan ini boleh dialih dari satu tempat

ke tempat yang lain.4. Secara bandingan, bahan bercetak

lebih murah dari segi penghasilan atau  pembelian. Ada yang boleh diperoleh dengan percuma.

Page 6: EDU 3053

KELEMAHAN BAHAN BERCETAK1. Bahan bercetak ditulis dengan sasaran

pembaca tertentu. Maka ada kalanya pelajar tidak dapat memahami kandungan kerana terlalu sukar untuk mereka.

2. Ada guru yang menyuruh pelajar manghafal bahan, terutamanya fakta dan definisi. Maka, amalan penggunaan bahan bercetak telah dianggap sebagai bahan hafalan.

3. Ada kalanya terlalu banyak perbendaharaan kata dalam satu petikan. Ini akan menyebabkan beban kognitif terhadap pelajar.

4. Bahan bercetak tidak bersifat interaktif dan merupakan persembahan maklumat secara satuhala.

Page 7: EDU 3053

Walau bagaimanapun, bahan bercetak paling sesuai dalam menyampaikan maklumat. Pelajar sentiasa diperlukan untuk membaca tugasan bertulis, ujian, dan lembaran kerja buatan guru. Tambahan pula, pelajar menggunakan bahan bercetak untuk menambah maklumat yang tidak diperleh daripada buku teks.

Page 8: EDU 3053

2. CARTA Carta pada amnya merupakan kumpulan gambarajah yang

menunjukkan sesuatu konsep atau idea yang kompleks secara lisan dan bertulis. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun aliran perubahan sesuatu. Menurut Smaldino et al. (2005), carta sentiasa dipamerkan dalam buku teks dalam bentuk carta aliran dan jadual. Ia juga dicetak sebagai carta dinding dalam bentuk carta organisasi, carta kasifikasi, dan garisan masa digunakan untuk tontonan semua daam kelas atau secara berkumpulan.

 Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan bahawa carta tersebut ada tujuan pengajaran yang jelas. Maklumat yang ingin disampaikan harus minimum dan bermakna serta tidak terlalu padat sehingga mengelirukan pemahaman pelajar. Secara amnya, carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visualnya.

Page 9: EDU 3053

JENIS-JENIS CARTA Jenis-jenis carta termasuk carta organisasi, carta klasifikasi, carta

garisan masa, jadual-jadual, carta aliran.

Carta Organlsasi yang menunjukkan hubungan atau rantaian pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam suatu organisasi, kumpulan dan sebagainya.

Carta klasifikasi menyerupai carta organisasi dan lebih kerap digunakan untuk  mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa, sepsis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya. Pelajar boleh melihat dengan jelas jika guru menunjukkan carta klasifikasi. Kaedah pengajaran berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar boleh digunakan. 

                                                                                                          Garisan masa (timelines) menggambarkan perhubungan secara

kronologi antara peristiwa. Ia boleh menunjukkan peristiwa bersejarah seperti dalam contoh penaklukan Melaka mengikut kronologi masa reka cipta jeni pengangkutan dan sebagainya. Garisan masa ini amat berguna utuk merumuskan satu siri peristiwa dalam bentuk yang mudah.

Page 10: EDU 3053

Carta jadual/ tabular biasanya mengandungi data dalam bentuk nombor, peratus ataupun masa. Carta ini memberikan maklumat ringkas mengenai jadual seperti pelepasan dan ketibaan penerbangan, kereta api ataupun import/ export barangan. Jenis jadual ini memberikan maklumat yang lengkap adan mudah tentang masa/ peratus yang dipersembahkan dalam kolum.

Page 11: EDU 3053

Carta aliran merupakan carta proses yang menggambarkan satu sekuen, prosedur atau aliran sesuatu proses (Smaldino, 2005). Carta ini menunjukkan bagaimana sesuatu saktiviti atau prosedur berhubung kait antara satu sama lain.

Page 12: EDU 3053

3. GRAF Graf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai

data yang dapat memberi penerangan boleh-tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu. Graf adalah satu persembahan visual yang menarik dan berguna dalam pengajaran-pembelajaran.

Terdapat empat jenis graf yang biasa digunakan. Pemilihan jenis graf untuk dipergunakan di dalam bilik darjah bergantung kepada 2 faktor penting:

 i. kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan,

 ii. tahap fahaman atau penerimaan anak murid.

Page 13: EDU 3053

Penggunaan graf menjadi amat efektif, guru patutlah memilih jenis yang sesuai dengan keperluan faktor-faktor di atas.

 Jenis-Jenis Graf     i.        Graf Bar atau Batang,    ii.        Graf Gambar atau Pictograf,

 iii.        Graf Bulat atau Pie,  iv.        Graf Garisan.

Page 14: EDU 3053

Graf Bar atau BatangData-data ditukar menjadi blok atau batang atau bar yang mempunyai nilai-nilai tertentu. Selalunya graf ini dilukis menegak, dimana skala memenunjukkan perubahan kuantiti.

Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku, adalah baik jika ketebalan atau lebar blok yang dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa. Graf bar adalah mudah untuk dibaca dan amat sesuai untuk murid tahap rendah.

Graf Gambar atau PictografUntuk graf ini pula, data-data ditukarkan menjadi gambar atau symbol ringkas yang membawa nilai-nilai tertentu. Graf jenis ini kelihatan menarik walaupun nilai-nilai yang dipaparkan tidak begitu tepat. Untuk pastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan, adalah baik kalau guru dapat menulis unit nilai setiap gambar atau simbol yang digunakan itu dengan jelas dan nyata.

Page 15: EDU 3053

Graf Bulat atau PieSatu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa segmen. Setiap segmen merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai utama satu set data. Graf ienis ini adalah mudah untuk diterjemahkan jika data atau nilai utamanya boleh difaham oleh anak murid.

Graf garisanIni ialah bentuk graf yang paling tepat dan paling kompleks. Graf garisan ditulis berpandukan kepada dua paksi bersudut tepat. Setiap paksi membawa skala-skala masing-masing. Titik-titik ditandakan mengikut kordinat pada satu set nilai data-data. Kemudian titik-titik tadi disambungkan dengan garis lurus ataupun garis lengkung.

      Graf garisan dapat menunjukkan perubahan atau perkembangan unit-unit data dalam 2 dimensi - bagaimana 2 atau lebih unit data berubah atau berkembang mengikut jangka masa tertentu.

Page 16: EDU 3053

4.POSTER Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang menggabungkan

penggunaan garisan-garisan, hurufan-hurufan dan warna-wama di dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai satu daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan.

 Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna-warna dapat menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesejnya dengan spotan. Walaupun demikian, guru haruslah berwaspada kerana sesuatu poster itu boleh lapuk dek masa -- mesejnya akan hilang sedikit demi sedikit kerana poster itu sudah menjadi satu bahan 'kebiasaan'! Oleh yang demikian, agar sebarang poster itu betul-betul berkesan, guru mesti sentiasa menukarnya apabila peristiwa atau acara tersebut telah lama berlalu. Begitu juga dengan carta atau grafik-grafik yang lainnya- usahlah jadikan bahan-bahan tersebut sebagai perhiasan dinding semata-mata! Selepas bahan-bahan im selesai dipergunakan, tanggalkan dan disimpan untuk kegunaan pada masa lain pula.

Page 17: EDU 3053

KELEBIHAN POSTERPoster boleh digunakan dengan baik untuk beberapa situasi pengajaran dan pembelajaran:1.    Sebagai perangsang untuk menarik minat murid kepada satu topik baru atau satu kelas baru atau peristiwa sekolah tertentu.2.    Sebagai motivasi menggalakkan murid menghadiri aktiviti-aktiviti sekolah   perjumpaan GERKO, aktiviti Pusat Sumber Sekolah, Kempen Gerakan Membaca, dan lain-lain.3.     Sebagai peringatan keselamatan di dalam makmal atau bengkel atau situasi-situasi tertentu.4.     Sebagai promosi untuk memberi latihan atau membentuk amalan kesihatan yang baik atau sikap yang murni.

Page 18: EDU 3053

5. GAMBAR DAN PETA Gambar

Gambar merupakan bahan visual 2D yang paling kerap digunakan selain bahan bercetak. Gambar merupakan perwakilan visual manusia, tempat-tempat atau benda-benda. Gambar boleh diperoleh daripada majalah, surat khabar, poster, poskad dan kalender. Gambar membantu guru menerangkan sesuatu yang mungkin sukar untuk dihuraikan dengan perkataan, seperti pepatah Inggeris yang berbunyi a picture is worth a thousand words. Mamandangkan gambar merupakan suatu universal language which is self explanatory, ia dapat menyampaikan maklumat tanpa bantuan perkataan. Gambar dapat membantu pelajar yang lemah utuk memahami sesuatu walaupun manghadapi masalah perbendaharaan kata semasa membaca.

Page 19: EDU 3053

Gambar yang diperoleh daripada pebagai sumber adalah murah dan mudah diperoleh. Gambar harus digunakan dengan baik untuk membawa pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. Guru harus memilih, mengkatalog dan memfailkan gambar secara teratur sebelum ia mempunyai niai dalam pengajaran.

 Guru boleh mengguakan gambar utuk memulakan sesuatu topic atau unit; semasa penerangan dalam peringkat perkembangan atau pada penutup pelajaran. Semasa menggunakan gambar, pastikan gambar adalah besar dan boleh dilihat oleh semua pelajar dalam bilik darjah. Guru perlu menarik perhatian pelajar kepada gambar supaya pelajar dapat mentafsir dan memahami mesej yang terdapat dalam gambar.

Page 20: EDU 3053

 Guru juga perlu memberikan peluang pelajar membincang serta mengesan perkara-perkara penting dalam gambar. Dalam hal ini, guru bertindak sebagai pemudah cara dala perbincangan untuk menarik minat pelajar kepada perkembangan idea baharu serta ciri ingin tahu pelajar terhadap perbincangan.

Page 21: EDU 3053

Beberapa soalan perlu dikemukakan semasa memilih gambar sebagai bahan pengajaran.

1.    Adakah gambar autentik?2.    Adakah gambar menunjukkan situasi sebenar?3.    Adakah gambar itu mudah untuk difahami?4.    Adakah gambar ingin menunjukkan terlalu banyak

aspek?5.    Adakah gambar baik secara teknikal- fokus betu dan

jelas?6.    Adakah gambar itu dapat menarik minat dan

perhatian pelajar?7.    Adakah gambar besar dan jelas?8.    Adakah gambar relevan untuk topik yang diajar?

Page 22: EDU 3053

KELEBIHAN MENGGUNAKAN GAMBAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Antara kelebihan menggunakan gambar dalam pengajaran dan pembelajaran termasuklah:

1.    Gambar adalah murah dan mudah diperoleh.2.    Perincian visual gambar memudahkan

permahaman topik-topik dalam mata pelajaran yang mungkin sukar difahami.

3.    Gambar dapat membantu dalam mengelakkan salah tanggapan serta berupaya untuk membetulkannya.

4.    Gambar memberikan rangsangan kepada sesiapa untuk melanjutkan kajian, bacaan tambahan, dan penyelidikan. Gambar sebagai bukti visual merupakan alat yang amat berkesan dalam hal ini.

5.    Gambar dapat memfokuskan tumpuan pelajar dan memperkembang penghakiman kritis.

Page 23: EDU 3053

PETAPeta merujuk kepada perwakilan abstrak tempat sebenar di mana manusia tinggal. Peta terdiri daripada simbol visual, garisan, dan warna yang mungkin tidak ada kaitan atau persamaan dengan bahan-bahan sebenar yang diwakili.

           Membaca dan mentafsir peta perlu diajar kerana simbol-simbol tidak bermakna kepada pelajar sehingga mereka diajar tentang simbol-simbol peta yang mewakili benda-benda sebenar. Setelah memahami konsep ini, barulah pelajar dapat mentafsir simbol-simbol untuk menjadi sesuatu yang bermakna.

          Penggunaan warna dalam peta juga menunjukkan dengan jelas pelbagai perbandingan dan klasifikasi. Sebagai contoh, warna yang berbeza untuk tanah tinggi dengan tanah pamah, pelbagai jenis tumbuhan, dan tanah dengan laut.

Page 24: EDU 3053

Peta dinding mempunyai beberapa kelebihan walaupun agar sukar untuk memprojeksikan ke atas satu peta dinding. Dengan beberapa projeksi peta, banyak kesukaran dapat diatasi dengan setiap peta menunjukkan pelbagai ciri bentuk, arah, jarak, dan kawasan daripada bahagian bumi.

Peta dinding yang mempunyai nilai yang tinggi harus tidak padat dengan maklumat dan hanya menekankan beberapa maklumat serta memfokus kepada ciri/ aspek-aspek penting sahaja.

                                                                                                            

Page 25: EDU 3053

JENIS BAHAN 3 DIMENSI (3D)