Top Banner
EDM electronic distance measurement. PENGUKURAN JARAK SECARA ELEKTRONIK
21

EDM- Electronic Distance Measurement

Oct 28, 2015

Download

Documents

IsMe Alan

Alat ukur tanah
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: EDM- Electronic Distance Measurement

EDMelectronic distance measurement.

PENGUKURAN JARAK SECARA ELEKTRONIK

Page 2: EDM- Electronic Distance Measurement

EDM

• Pengukuran jarak lebih cepat dan jitu• Kaedah konvensional (pita ukur/rantai) =

merumitkan/masa yang panjang.

PENGGUNAAN EDM• Letakkan EDM di salah satu hujung garisan ukur,

setkan reflector pada hujung garisan yang lain.• Line of sight antara alat dan reflector tidak boleh

terhalang

Page 3: EDM- Electronic Distance Measurement

DEFINISI

Pengukuran jarak secara elektronik adalah berasal dari perkataan Inggeris iaitu ‘Electronic Distance Measurement’ dan disebut sebagai EDM iaitu awalan huruf pertama daripada setiap perkataan tersebut.

Di dalam pasaran terdapat pelbagai jenis alat Total Station seperti GEODIMETER, SOKKIA, LEICA, NIKON, TOPCON,

PENTAX, TRIMBELL dan sebagainya.

Page 4: EDM- Electronic Distance Measurement

.

Prinsip Asas• Prinsip Asas pengukuran jarak cara elektronik menggunakan

modulasi gelombang infra merah (infrared) yang diketahui frekuensinya dihantar kepada pemantul (reflektor) melalui pemancar dan pemantul akan mengembalikan semula frekuensi ke pemancar (Alat EDM). Dengan ini ia dapat mengira nilai bilangan gelombang ‘n’ dengan ketepatan 1/1000 bahagian daripada panjang satu gelombang.

• Nilai n/f (n = bilangan gelombang, f = frekuensi) dihitung secara manual atau secara automatik oleh alat EDM dan didarabkan dengan halaju piawai (v) menerusi atmosfera.

D = v x (n/f) (Jarak cerun diperolehi)D = vt (t = masa pergerakkan gelombang antara

titik dengan titik yang lain)

Page 5: EDM- Electronic Distance Measurement

Pancaran gelombang pergi dan balik

Stn A Stn B

Pemancar(Alat EDM)

Penerima (prisma)

Rajah 1.1: Prinsip Asas Pengukuran

Page 6: EDM- Electronic Distance Measurement

• Gelombang elektromagnetik dari pemancar di A diarah ke B, semasa gelombang mula dikeluarkan di A, jam dimulakan di A untuk mengukur masa perjalanan gelombang ke B. Jarak dapat dikira sekiranya halaju gelombang diketahui. Bagi EDM biasa, masa pergerakkan gelombang adalah di dalam lingkungan 1 x 10-6 saat.

• Gelombang elektromagnetik dipatul semula ke arah A dari B, dengan ini alat di A bertindak sebagai pemancar dan juga penerima. Masa dapat diukur dengan lebih tepat di A walaupun masa ini berganda dua.

Page 7: EDM- Electronic Distance Measurement

Prisma (pemantul)

EDM

Page 8: EDM- Electronic Distance Measurement
Page 9: EDM- Electronic Distance Measurement

Alat EDM dikelaskan mengikut jenis gelombang pembawa yang digunakan.

1. Alat Gelombang Mikro (micro wave)

2.Alat Infra Merah (Infra Red)

3.Alat Laser

Page 10: EDM- Electronic Distance Measurement

Alat Gelombang Mikro(micro wave)

• Frekunsi gelombang pembawa biasanya 10Ghz (1Ghz=109Hz)• Frekunsi mampu dihantar bagi jarak sejauh 100km (dlm cuaca

cerah)• Memerlukan reflector(pemantul) agar isyarat boleh dikembalikan.• Passive reflector digunakan untuk kembalikan isyarat yang lemah.• Reflector elektronik diguna untuk menguatkan lagi isyarat &

dihantar semula kepada alat induk dengan fasa yang sama seperti diterima.

• Memerlukan 2 alat dan 2 reflector• Julat maksimum 25-50 km• Contoh alat: Tellumat, Tellurometer, Geodimeter, Makometer

Page 11: EDM- Electronic Distance Measurement

Alat Laser

• Gelombang pembawa>> Laser Helium Neon• Kaedah paling berjaya.• Boleh mengukur julat yang jauh dengan kejituan

yang baik.• Julat maksimum >> 30-60 km• Kejituan 5mm ± 1 ppm (part per million)

Page 12: EDM- Electronic Distance Measurement

Alat Infra Merah

• Kaedah yang murah dan mudah• Punca gelombang pembawa >>diod yang memancarkan infra

merah galium arsenid (GaAs)• Doid boleh dimodulasi amplitudnya dengan mudah pada

frekuensi tinggi• Prisma digunakan sebagai reflektor• Single prism terhad kepada julat 1 km• Julat boleh ditambah hingga 2 atau 3km dengan

menggunakan 3 atau 9 prism.• Kejituan ± 10mm• Contoh alat: Wild, Geodimeter, Kern, Sokkia, Topcon, Leica

Page 13: EDM- Electronic Distance Measurement

SELISIH ALAT EDM

SELISIH BERKALA(anjakan frekuensi)

SELISIH SIFAR(selisih indeks)

SELISIH BERKITAR(ketidak linearan alat)

Page 14: EDM- Electronic Distance Measurement

SELISIH BERKALA (anjakan frekuensi)

• Selisih berkadaran dengan jarak di ukur• PUNCA :- perubahan frekuensi modulasi (f)

pada alat EDM• KESAN :- ketara untuk jarak jauh

Page 15: EDM- Electronic Distance Measurement

SELISIH SIFAR(selisih indeks)

• Selisih ini tidak bergantung kepada julat jarak.• PUNCA :- ada perbezaan pada pusat mekanik,

pusat elektrik, dan pusat optik pada alat EDM dan pemantul.

• Selisih ini perlu di hapuskan.• CARA ATASI :- lakukan kalibrasi pada alat

EDM.

Page 16: EDM- Electronic Distance Measurement

SELISIH BERKITAR(ketidak linearan alat)

• PUNCA :- wujud gangguan yang tidak dikehendaki antara isyarat elektrik alat EDM.

• Selisih ini boleh dikenalpasti dengan mengukur beberapa siri jarak yang telah diketahui.

• Alat EDM mempunyai selisih ini jika gelombang berkala diperolehi setelah jarak yang dicerap dipelot.

• KESAN :- boleh diabaikan untuk ukur kejuruteraan biasa.

Page 17: EDM- Electronic Distance Measurement

UJIAN ALAT EDM

• UJIAN KALIBRASI• DIFFERENTIAL FIELD TEST• SEMAKAN HARIAN

Page 18: EDM- Electronic Distance Measurement

KALIBRASI

Alat EDM dan pemantul perlu di uji di tapak ujian sekali dalam tempoh tidak lebih 3 bulan.

Page 19: EDM- Electronic Distance Measurement

SEMAKAN HARIAN

• Setiap kali menyambung kerja, perlu mengukur semula garisan terakhir yang di ukur pada hari sebelumnya.

• Pengukuran ini dianggap sebagai ujian alat sahaja.

• Jika ∆ > 10mm : perlu lakukan DFT• Andai tetap ∆ > 10mm, penggunaan alat

hendaklah dihentikan. Alat perlu kalibrasi.

Page 20: EDM- Electronic Distance Measurement

DIFFERENTIAL FIELD TEST (DFT)

• DFT perlu di lakukan apabila memulakan kerja ukur yang baru.

• Tujuan:- untuk memastikan alat EDM sentiasa berkeadaan baik.

• Langkah-langkah DFT:– Tanam piket A dan B dengan jarak > 50m– Dirikan EDM di A dan pemantul di B– Ukur jarak AB– Tanam piket di C (± ditengah AB)

Page 21: EDM- Electronic Distance Measurement

– Pindah EDM ke C, pasang pemantul di A– Ukur jarak CA dan CB.– Bandingkan jarak AB dengan jumlah jarak CA+CB

Jika ∆ > 10 mm, alat perlu dikalibrasi/ dibaiki.