PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH KAEDAH E-PEMBELAJARAN (PPT POWERPOINT) DALAM INOVASI ”JAWI BEST” UNTUK MURID PROGRAM PEMULIHAN JAWI Tulisan jawi dan Pendidikan Islam Sebelum negara mencapai kemerdekaan, Pendidikan Islam diajar secara tidak formal, iaitu dengan belajar di rumah guru, pondok dan madarasah. Sistem persekolahan formal mula diperkenalkan setelah negara mencapai kemerdekaan dengan menjadikan Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran yang wajib bagi setiap pelajar beragama Islam (Pusat Perkembangan Kurikulum,1991). Buku teks yang digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran ditulis dalam tulisan jawi dan ada yang ditulis dengan Bahasa Arab ( Abdullah Ali Hassan,1980;Abdullah Jusoh,1990). Tulisan Jawi ialah hasil pengubahsuaian dan penambahan huruf-huruf hijaiyyah untuk disesuaikan dengan pertuturan penduduk tempatan. Ubahsuai ini bertujuan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Syed Naquib al Attas (1990) menyatakan huruf Ga ( ك) diperkenalkan berasaskan huruf Kaf ( ك), huruf Jim ( جserta Cha ( ج)berasaskan bunyi huruf Ta ( ت) dan Jim ( ج). Kang Kyoung Seouk (1990) berpendapat tulisan jawi merupakan medium asas yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada hari ini terutama dalam pembelajaran Al Quran.Pelajar dilengkapkan dengan kemahiran mengeja , menulis dan membaca sebagai matlamat Pelajaran Jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam. 1 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
KAEDAH E-PEMBELAJARAN (PPT POWERPOINT) DALAM INOVASI ”JAWI BEST”
UNTUK MURID PROGRAM PEMULIHAN JAWI
Tulisan jawi dan Pendidikan Islam
Sebelum negara mencapai kemerdekaan, Pendidikan Islam diajar secara tidak formal, iaitu
dengan belajar di rumah guru, pondok dan madarasah. Sistem persekolahan formal mula
diperkenalkan setelah negara mencapai kemerdekaan dengan menjadikan Pendidikan Islam
sebagai mata pelajaran yang wajib bagi setiap pelajar beragama Islam (Pusat
Perkembangan Kurikulum,1991). Buku teks yang digunakan sebagai bahan pengajaran
dan pembelajaran ditulis dalam tulisan jawi dan ada yang ditulis dengan Bahasa Arab
( Abdullah Ali Hassan,1980;Abdullah Jusoh,1990).
Tulisan Jawi ialah hasil pengubahsuaian dan penambahan huruf-huruf hijaiyyah untuk
disesuaikan dengan pertuturan penduduk tempatan. Ubahsuai ini bertujuan memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran. Syed Naquib al Attas (1990) menyatakan huruf Ga (
berasaskan bunyi( ج ) serta Cha ج ) huruf Jim ,(ك ) diperkenalkan berasaskan huruf Kaf ( ك
huruf Ta ( ت ) dan Jim ( ج ). Kang Kyoung Seouk (1990) berpendapat tulisan jawi
merupakan medium asas yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada hari ini terutama dalam pembelajaran Al
Quran.Pelajar dilengkapkan dengan kemahiran mengeja , menulis dan membaca sebagai
matlamat Pelajaran Jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam
Pendidikan Islam.
Keperluan ICT dalam pendidikan
ICT dalam Pendidikan ialah informasi komunikasi teknologi (ICT) yang digunakan untuk
pendidikan. Penyelidikan di seluruh dunia menunjukkan ICT boleh menolong proses
pengajaran dan pembelajaran. Sebuah laporan yang dibuat oleh National Institute of
Multimedia Pendidikan di Jepun, membuktikan bahawa peningkatan pendedahan pelajar
melalui kurikulum pendidikan integrasi ICT mempunyai kesan yang signifikan dan positif
tentang prestasi pelajar, terutama dalam hal "Pengetahuan · Pemahaman" · "kemahiran
praktikal" dan "Presentasi kepakaran" dalam bidang pengajian seperti matematik, sains, dan
pendidikan sosial.
Perkembangan teknologi maklumat di Malaysia bermula pada tahun 1960-an dengan
penggunaan komputer yang digunakan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran
1 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
Malaysia. Namun, ia hanya digunakan untuk memproses data untuk kegunaan pentadbiran
dan pengurusan pendidikan. Kini, bidang teknologi maklumat ini terus berkembang dengan
drastiknya di Malaysia, dengan penubuhan MSC (Multimedia Super Coridor) yang bertujuan
menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada abad ke-21. Perubahan ini juga turut akan
memberi kesan terhadap corak pemikiran rakyat supaya memiliki pemikiran yang lebih
terbuka dan mampu membentuk pemikiran kelas pertama ke arah lebih berdaya saing
seiring dengan kemajuan teknologi kini.
3 Kelebihan utama ICT dalam pendidikan :
a. dengan mudah gambaran dapat digunakan untuk pengajaran dan
meningkatkan memori pelajar.
b. dengan mudah pengajar dapat menjelaskan arahan kompleks untuk
pemahaman pelajar.
c. pengajar boleh membuat sesi interaktif dan membuat pelajaran lebih menarik,
yang boleh meningkatkan kehadiran pelajar serta konsentrasi.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan satu bidang yang utama dalam dunia era
milenium selepas meninggalkan era pertanian dan perindustrian. Celik ICT menjadi
prasyarat ke arah menjadi seseorang yang berilmu kerana melalui ICT seseorang dapat
meneroka ilmu pengetahuan yang berguna dan mampu menempuh segala rintangan
kehidupan moden ini.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2010-2025) Kementerian telah
mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang
dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia.Salah satu daripada anjakan tersebut ialah
Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Di Malaysia. Antara perincian
bagi anjakan ini ialah :-
Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui
1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013.
Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula
dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata
pelajaran kritikal pada 2013
Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan
kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus
2 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
Maka melihat kepada perkembangan inilah, selaku warga guru dan pendidik seharusnya
tidak lagi memandang sebelah mata kemampuan ICT dalam memaksimumkan fungsi
pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan negara.Persiapkanlah diri kita dengan
kemahiran menerokai teknologi baru ini, agar selari dengan kemajuan semasa. Ketrampilan
dalam ICT adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke-21.
Integrasi ICT dalam Pdp Pendidikan Islam
Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran penting yang memberi penekanan kepada
pembentukan akhlak yang mulia. Namun, sehingga kini kemampuan mata pelajaran ini
dalam menjana akhlak mulia terus menjadi persoalan. Justeru itu, corak P&P Pendidikan
Islam yang sering dianggap mundur dilihat sebagai punca yang menjadi penyumbang
kepada masalah ini.
Justeru itu, pendekatan yang digunakan oleh guru Pendidikan Islam (GPI) dalam
menyampaikan pengajaran mereka seharusnya lebih mampu untuk mendekatkan ilmu-ilmu
agama ini dengan jiwa pelajar. Untuk mewujudkan keadaan ini, saya berpendapat bahawa
penggunaan ICT sebagai cara terbaik untuk menarik perhatian dan minat pelajar
mempelajari ilmu.
Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan antara satu
sama lain. Ilmu ialah sumber teknologi yang mampu menjadi pemagkin munculnya berbagai-bagai
penemuan, reka cipta dan idea baru. Fenomena ini terjadi kerana teknologi itu sebenarnya muncul
hasil daripada aplikasi ilmu yang ditunjukkan dalam bentuk nyata yang lebih canggih. Malah
kecanggihan ini seterusnya mendorong manusia untuk mengembangkan lagi ilmu teknologi
tersebut.
Menerusi hakikat inilah membuktikan bahawa Islam tidak menghalang atau mengharamkan
teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan. Menurut
pandangan Islam, hukum asal segala sesuatu itu adalah mubah (harus) termasuk segala apa yang
dibawa oleh pelbagai peradaban sama ada yang lama ataupun yang baru. Dalam Islam tidak ada
hukum sesuatu itu haram kecuali jika terdapat nas atau dalil yang terang dan jelas yang menyatakan
3 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
sesuatu itu haram. Perlu diketahui juga bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam ini
umumnya melibatkan beberapa komponen yang dilihat bersesuaian dengan tema
penggunaan ICT dalam P&P (Pengajaran dan Pembelajaran). Oleh itu, guru dicadangkan
supaya menggunakan komputer untuk memastikan keberkesanan P&P Pendidikan Islam di
samping dapat menarik minat pelajar untuk belajar.
Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi
video, audio, teks, grafik dan animasi (Baharuddin & Mohd, 1995). Multimedia berasaskan
komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan
menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan
mudah (Brown & Bush, 1992).
Definisi Pemulihan
Pemulihan mengikut terjemahan bahasa Arab ialah islah, yang membawa maksud
mendamaikan atau membetulkan. Menurut Kamus Dewan (2007) ialah perbuatan memulih
atau mengembalikan kepada keadaan semula, pemulangan atau pengembalian hak, harta
benda dan lain-lain. Pemulihan bertujuan untuk membetulkan sesuatu yang kurang dan
berbeza dengan aktiviti biasa semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Kaedah yang dikenali sebagai pemulihan dilaksanakan khusus untuk pelajar yang
menghadapi kesukaran menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira atau
ringkasnya untuk kumpulan yang lambat atau lemah (Sharifah Alwiah, 1983) Robiah
Kulop (1992) menyatakan bahawa Pringle mentakrifkan pemulihan sebagai pengajaran
yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semuapelajar yang mundur dalam
satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar melalui latihan yang
sistematik dan dapat memenuhi keperluan mereka.
Pemulihan juga dikenali sebagai satu program pengajaran khas yang dirangka bagi
memenuhi keperluan pendidikan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran di kalangan murid di sekolah biasa. Ini bermakna pemulihan sebagai tindakan
khusus yang diambil untuk mengatasi kesusahan dari segi pembelajaran dalam kelas khas
di sekolah biasa atau di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan dalam
kumpulan yang diasingkan untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan (Ab. Halim
Tamuri. 2007). Sang M.S (1998) berpendapat pendidikan pemulihan adalah suatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran membantu pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran
di dalam kelas.
4 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
Menurut Yakop (1985), kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini
boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang mempunyai kebolehan dan potensi
berbeza.Kaedah pembelajaran berbantukan komputer ini dapat mengatasi masalah guru
dalam mengajar pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan berbeza.Jean Piaget (1950)
berpendapat kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya
menyesuaikan diri dengan persekitaran.Menurut Kalat (1999) kecerdasan adalah gabungan
antara kebolehan umum dan kemahiran praktis.Pembelajaran berbantukan komputer dapat
memberikan peluang kepada pelajar belajar dan memahami sesuatu konsep mengikut
keupayaan sendiri.Menurut Rashidi (1986), kaedah pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer ini dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baru dan
suasana pembelajaran yang sihat dan seronok kepada pelajar.Walaubagaimanapun,
Rashidi (1986) menyatakan sebenarnya komputer tidak boleh menggantikan guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.Peranan guru sebagai fasilitator atau pembimbing
yang bertanggungjawab untuk menggerakkan dan menghidupkan perbincangan dan
penerokaan ilmu di kalangan pelajar.Memandangkan penggunaan komputer telah
berkembang pesat, maka tumpuan seharusnya diberikan untuk menghasilkan perisian yang
berkualiti (Yusuf Hashim, 1998).
Pengenalan Konsep Pemulihan Jawi/Model Kelas Pemulihan Jawi
Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada
tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran dua waktu seminggu pada enam bulan pertama
di Tahun Satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan
tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan
khasnya kepada pelajar yang tercicir supaya semua pelajar boleh menguasai Jawi setelah
diberi bimbingan secara berterusan. Model Kelas Pemulihan Jawi ini diajar oleh guru khas
pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas.
Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas pemulihan Jawi
j-QAF untuk memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. kelas ini dijalankan serentak
dengan jadual waktu persekolahan sedia ada.
5 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang-kurangnya dapat
mengenal,menyebut, dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka, suku kata tertutup
dan perkataan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup
Kumpulan sasaran ialah murid-murid tahun satu yang tidak dapat melepasi ujian khas
seperti tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka. Mata pelajaran ini hendaklah
menggunakan pendekatan yang dapat menarik minat murid-murid, mudah dan tidak
membebankan. Pendekatan tersebut hendaklah lebih berkesan dan sesuai dengan tahap
kemampuan murid-murid bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
jawi serta menarik minat mereka untuk terus belajar sehingga mampu membaca dan
menulis jawi.
Model Kelas Pemulihan Jawi
Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada
tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran dua waktu seminggu pada enam bulan pertama
di Tahun Satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan
tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan
khasnya kepada pelajar yang tercicir supaya semua pelajar boleh menguasai Jawi setelah
diberi bimbingan secara berterusan. Model Kelas Pemulihan Jawi ini diajar oleh guru khas
pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas
Kaedah, Konsep dan Strategi menurut Sarjana Islam
Menurut Kamus Dewan (2007) perkataan strategi dihuraikan sebagai rancangan yang
teratur untuk mencapai matlamat atau kejayan. Strategi juga bererti kebijaksanaan dalam
mengurus sesuatu perkara. Perkataan strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti
sering digunakan adalah merujuk kepada istilah yang sama. Kelima-lima perkataan ini
mempunyai ciri-ciri persamaan dan saling melengkapi namundalam konteks pendidikan
pengertian di antaranya berbeza.
Kajian Ab. Halim (2003) terdapat pelbagai kaedah dan strategi pengajaran yang
dikemukakan oleh pakar pendidikan untuk dijadikan panduan oleh guru. Rashidi dan Abd.
Razak (1995) membahagikan kaedah pengajaran kepada beberapa bahagian, iaitu kaedah
6 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
pengajaran mendengar-bertutur, kaedah membaca –menulis, kaedah memerhati dan
membuat. Guru sentiasa perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah yang bersesuaian
dengan masa yang diperuntukkan dan juga tahap pengetahuan sedia ada pelajar.
Kepentingan membentuk insan beriman dan bertakwa seperti ini menjadikan guru-guru
agama sangat perlu menguasai penggunaan kaedah pengajaran agar dapat menyampaikan
setiap ilmu agama dengan sempurna dan lebih baik. Selain itu, kaedah pengajaran juga
dapat memudahkan pelajar menerima setiap ilmu yang diberikan terutamanya dalam aspek
penghayatan.
Menurut al-Syaibani dalam Ismail Ab. Rahman (1992:165) menyatakan kaedah mengajar
bermaksud segala segi kegiatan terarah yang dikerjakan oleh guru dalam rangka tuntutan
mata pelajaran yang diajarnya, ciri-ciri perkembangan murid-muridnya dan suasana alam
sekitarnya dengan tujuan menolong murid-murid untuk mencapai pembelajaran yang
diinginkan dan perubahan yang dikehendaki pada tingkahlaku mereka. Selanjutnya
menolong mereka memperolehi maklumat, pengetahuan, kemahiran, kebiasaan, sikap,
minat, dan nilai-nilai yang diinginkan.
Penggunaan kaedah pengajaran dalam pendidikan Islam secara berkesan akan
menampakkan hasil apabila pelajar dapat menerima pengajaran yang disampaikan serta
dapat menggunakan ilmu yang dipelajari. Namun begitu, terdapat juga guru-guru yang
mengajar tidak menitikberatkan penggunaan kaedah yang sesuai dengan pelajar.
Menurut Ibnu Khaldun dalam Ismail Abdul Rahman (1992) kami perhatikan ramai
dikalangan guru-guru yang ada pada zaman kami tidak mengetahui kaedah-kaedah
pengajaran dan faedahnya. Diperingkat awal lagi mereka memulakan dengan masalah-
masalah yang susah untuk pelajar memahaminya. Ramai guru yang merumitkan keadaan
semasa proses pengajaran berlaku dan ini boleh menyebabkan pelajar rasa terbeban dan
akhirnya pelajar tidak dapat menerima ilmu yang diajarkan.
Kepentingan Konsep dan Kaedah dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kesediaan belajar merujuk kepada keadaan dalam diri seseorang yang bersedia dan
berkebolehan untuk memperolehi sesuatu pengalaman baru (Sharifah Alwiah,1985).
Kesediaan perkembangan berkait pula dengan kematangan kognitif yang bergantung
kepada beberapa perubahan intelek yang berperingkat umur. Kementerin pelajaran
7 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
malaysia (1990) menyatakan guru boleh menggunakan budi bicara dalam memilih pelbagai
aktiviti. Guru boleh menggunakan beberapa panduan sebelum mengaplikasikan sesuatu
kaedah pengajaran, antaranya ialah:
1. kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran;
2. kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai;
3. kaedah juga haruslah sesuai dengan tabiat (nature) pelajaran yang diajar;
4. kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar kaedah itu mestilah yang boleh
atau mampu diaplikasi oleh guru;
5. mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan
An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi
kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang
memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan
memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan
bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan
yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar
(BBM) yang canggih dan menarik.
Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang
tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak
dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang angat penting
dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Salleh Lebar (2007)
murid-murid bosan dengan sebahagian guru yang mengajar sambil lewa dan tidak banyak
perubahan dalam teknik pengajaran. Ini bukan sahaja berlaku pada kelas yang lemah tetapi
juga berlaku pada kelas yang bijak.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, guru dikehendaki melaksanakan aktiviti pemulihan
bagi pelajar yang lemah untuk membantu mereka menguasai sesuatu kemahiran sebelum
berpindah kepada tajuk atau kemahiran yang baru. Pelajar yang sangat lemah akan
dikumpul dan diletakkan di dalam satu kelas yang berasingan supaya dapat dibimbing oleh
guru pemulihan khas untuk beberapa ketika. Sekiranya pelajar dapat menguasai atau
melepasi tahap kemahiran yang ditetapkan mereka akan di pindahkan ke kelas mereka
yang asal.
8 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
Esah Sulaiman (2003) berpendapat guru bertanggungjawab mengenalpasti pelajar yang
lemah dan memerlukan pemulihan melalui beberapa cara:
1. memerhati pelajar belajar;
2. menemubual pelajar berkenaan
3. menganalisa kerja bertulis pelajar;
4. mengadakan ujian yang dapat membezakan pencapaian pelajar lemah, sederhana dan
cerdas.
Terdapat dua strategi yang boleh dilaksanakan dalam aktiviti pemulihan (Sang M.S,1998):
1. secara berkumpulan: apabila terdapat sekumpulan kecil pelajar yang mempunyai
masalah pembelajaran yang sama, maka strategi kumpulan paling sesuai
digunakan.Guru perlu merancang dan melakukan aktiviti pemulihan dengan
sekumpulan pelajar yang lemah;
2. secara individu: apabila terdapat sekumpulan kecil pelajar yang mempunyai
masalah pembelajaran yang berlainan, strategi secara individu digunakan. Guru
memberi tumpuan kepada pelajar yang mempunyai masalah tertentu dan selepas
itu beralih kepada pelajar bermasalah yang lain pula. Bimbingan individu dalam
kumpulan dilakukan secara bergilir.
Kebolehan setiap pelajar di dalam kelas adalah berbeza dari segi minat, kebolehan dan
bakat tetapi proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh kebanyakan guru
pada masa kini adalah kaedah secara menyeluruh. Keadaan ini menyebabkan sebahagian
pelajar tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar oleh guru. Maka hasilnya, pelajar yang
tercicir akan ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain.Pelajar yang bermasalah ini
memerlukan bantuan individu dan program pemulihan.
Aktiviti yang dijalankan secara individu memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi
secara personal dengan guru dan secara tidak langsung guru dapat mengetahui kelemahan
pelajar.Melihat kepada keterbatasan waktu guru untuk berinteraksi secara langsung dengan
murid berkenaan, perlunya guru menghasilkan bahan bantu mengajar kendiri yang berupaya
untuk diterokai tanpa bantuan penuh oleh guru.
9 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
Strategi Pengajaran – Pembelajaran Pemulihan
Mok Soon Sang (2003) menambah yang aktiviti pemulihan mempunyai strategi-strategi
berikut;.
a) Strategi pengajaran-pembelajaran pemulihan secara berkumpulan.
Aktiviti dijalankan apabila terdapat sekumpulan murid yang menghadapi
masalah pembelajaran yang sama. Murid-murid yang dapat menguasai
kemahiran yang diajar akan diberikan aktiviti pengayaan semasa guru
mengelolakan aktiviti pemulihan.
b) Strategi pengajaran-pembelajaran secara individu.
Aktiviti dijalankan apabila terdapat sekumpulan kecil murid yang menghadapi
masalah pembelajaran yang berlainan. Guru boleh memantau atau
membetulkan murid-murid secara bergilir-gilir.
c) Strategi bimbingan rakan sebaya
Murid yang dapat menguasai kemahiran boleh membantu murid yang lemah.
d) Strategi untuk murid-murid yang mempunyai kecergasan fizikal yang
lemah.
Guru mesti memastikan yang bahan-bahan permainan/alatan mengajar
adalah cukup besar supaya murid-murid boleh memegang atau
memanipulasinya dengan mudah.
e) Strategi untuk murid-murid yang mempunyai masalah keupayaan visual
yang kurang.
Bahan-bahan pemulihan mesti menarik dan berwarna-warni supaya dapat
menarik perhatian murid-murid. Guru juga perlu menggunakan tulisan yang
bersaiz besar supaya murid dapat membaca arahan–arahan yang
disediakan oleh guru dengan mudah.
f) Strategi untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan mendengar
yang lemah.
10 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
Guru mesti memberi penerangan dengan suara yang kuat, terang dan jelas
serta pastikan apa yang hendak disampaikan itu dapat di terima oleh murid-
murid.
Kaedah Pengajaran dan pembelajaran Pemulihan jawi
a. Kaedah Pandang Dengar ( Audio Visual)
Penggunaan sebarang jenis audio visual seharusnya menjelaskan maksud yang hendak
disampaikan. Alat audio visual seharusnya digunakan untuk mempamirkan imej huruf jawi
dan menbunyikan sebutan yang betul. Dan lebih penting suara dan objek dan apa sahaja
adalah berkaitan dengan tajuk atau masalah yang dipelajari. Ini bertujuan supaya segala
yang dapat dilihat dan didengar boleh memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar.
b. Kaedah Demonstrasi Dan Tunjuk Ajar
Kaedah ini menuntut pemerhatian murid terhadap perlakuan guru dan kemudian murid akan
mengikuti gerak laku guru. Cara ini dapat menarik minat kerana mereka turut serta mencuba
sesuatu langkah pengajaran bersama-sama.
c. Kaedah Latih Tubi .
Dalam Islam kaedah latih tubi mempunyai sejarah yang panjang. Malaikat Jibril sendiri telah
menggunakan kaedah ini sewaktu mengajar Rasul Allah membaca ayat yang pertama turun
Baginda diajar membaca berulang kali. membaca berulang kali merupakan prinsip . ( ' اقراء )
utama dalam latih tubi.
Latih tubi adalah satu cara penyampaian pengajaran yang mengulang-ulang fakta atau
perlakuan untuk mendapatkan kemahiran. Cara ini adalah berdasarkan pengajaran cara
deduktif di mana murid- murid diberikan satu-satu rumusan, penyeluruhan atau aturan dan
mereka diminta menghafalnya secara berulang-ulang untuk mengingat perkara-perkara
yang diajarkan itu dan untuk digunakan pada situasi-situasi yang sesuai.
Kaedah Pelaksanaan
11 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
Dicadangkan kepada murid-murid pemulihan jawi yang bermasalah dalam aktiviti
berasaskan tulisan supaya melalui dua peringkat pemulihan iaitu :-
1. Pemulihan pratulisan (Persediaan).
2. Pemulihan mekanis (Mendirikan asas).
i. Cadangan aktiviti-aktiviti pemulihan pratulisan
a) Melakukan latihan-latihan khusus bagi perkembangan otot-otot jari dan tangan seperti:
Senaman tangan dan jari
Memerah span
Memasukkan air ke dalam botol
Menguli tanah liat
Mengoyak kertas
Menggunting kertas.
Memasukkan manik ke dalam tali
Menyusun blok dan bongkah mainan.
Menampal kolaj.
Membaling dan menangkap objek.
b) Latihan menguasai gerak tangan yang bebas seperti:
Cara duduk yangbetul.
Menulis di awan.
Cara memegang pensil
Aktiviti mengacau adunan kuih.
Latihan membuat garisan-garisan seperti lurus, lengkung, panjang, pendek tegak,
condong dan sebagainya.
Latihan membuat bentuk asas seperti bulat, bujur, segiempat dan sebagainya.
Menekap huruf.
Mengikut acuan (stensel plate).
Mewarna.
c) Latihan-latihan pergerakan mata seperti:-
12 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
Mengerling ke kiri dan ke kanan, atas dan bawah.
Mata mengikut arah yang ditunjuki oleh guru.
d) Aktiviti keselarasan (koordinasi) mata dan tangan seperti:-
Menyambung garisan putus-putus lurus dan bengkok dari kanan ke kiri, atas ke
bawah dan membentuk bulatan.
Mengecam bentuk huruf
Mewarnai huruf yang sama bentuk.
Membuat urutan
Melakar perjalanan arnab untuk menyelamatkan dirinya daripada dimakan ular.
Stensilan
Menggunting
Menekap
ii. Cadangan aktiviti pemulihan mekanis (mendirikan asas)
a) Menekap dan menulis mengikut huruf yang ditekap.
b) Menulis huruf mengikut acuan-acuan huruf yang disediakan guru.
c) Melukis bentuk-bentuk yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf mengikut teknik yang betul
seperti:-
Melukis bentuk bulat mengikut arah pusingan jam.
Melukis garisan menegak dari atas ke bawah.
Melukis garis melintang dari kanan ke kiri.
Campuran garisan menegak dan melintang.
d) Melukis gambar-gambar yang mirip kepada bentuk huruf seperti:-
Gambar tiang bendera bagi huruf ا.
Gambar mangkuk bagi huruf بتث dan ن
Gambar mata kail bagi huruf ل-Gambar itik bagi huruf ي
e) Latih tubi menulis huruf yang dicontohkan.
13 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
f) Menyalin urutuan-urutan huruf yang bersambung menjadi sukukata terbuka dan tertutup,
dan seterusnya menyalin perkataan dan ayat
Tiada kaedah khusus diajarkan sebelum ini untuk memahamkan murid-murid tentang cara
menyambung malah tiada penerangan yang sesuai yang digunakan sebelum ini bagi
menerangkan samada suatu huruf itu bersambung atau tidak.
Projek Inovasi ”JAWI BEST”
Isu
Dalam pelajaran Jawi, menguasai setiap kemahiran mengenal huruf jawi amatlah perlu
dilalui oleh setiap murid apatah lagi kepada murid-murid yang lemah, terutama dalam
mengenal huruf jawi tunggal. Jika diteliti dan diperhatikan kumpulan murid pemulihan jawi
sebenarnya mengalami masalah-masalah seperti seringkali sukar mengingat kembali apa
yang telah diajar, terutama mereka keliru dengan bunyi dan bentuk-bentuk huruf jawi
tunggal.
Masalah penguasaan jawi murid Tahap Satu di kebanyakan sekolah kebangsaan sering
berlaku pada murid apabila mereka tidak mengenali huruf tunggal sepenuhnya dan ini
mengakibatkan murid tidak dapat menguasai kemahiran mengenal, mengeja, menulis dan
membaca jawi sebelum memasuki Tahap 2. Meskipun program j-Qaf dilaksanakan tetapi
murid yang berada di kelas pemulihan jawi perlu dibantu. Justeru itu guru perlu melipat
gandakan usaha dan mencari kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat
murid melepasi tahap pemulihan. Kelemahan murid mengenal huruf hijaiah dan lemah
dalam bacaan jawi akan menjadi faktor penyumbang kepada kegagalan murid membaca Al-
Quran. Teknik dan metodologi yang berkesan perlu diajar supaya murid-murid ini dapat
menguasai setiap kemahiran jawi yang menjadi sebahagian daripada mata pelajaran
pendidikan islam.
Masalah
Secara umumnya, murid-murid yang sentiasa menghadapi masalah pembelajaran adalah
terdiri daripada murid-murid yang mempunyai I.Q yang rendah. Konsep pendidikan
pemulihan di dalam KBSR dan KBSM tertumpu kepada kemahiran membaca, menulis dan
14 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
mengira. Justeru itu, sebelum melaksanakan aktiviti pemulihan, seseorang guru itu harus
mengenal pasti apakah masalah penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira
yang seringkali dihadapi oleh murid-murid. (Mok Soon Sang, 2003)
Berikut adalah Beberapa masalah yang wujud berkaitan kemahiran menulis jawi di kalangan
murid-murid pemulihan jawi :
a. Tulisan yang terlalu buruk sehingga sukar untuk dibaca atau tidak boleh dibaca
langsung.Mengubah bentuk huruf dengan menambahkan garis-garis tertentu
pada huruf.Contoh: ذ ditambah ekor dihujung huruf tersebut menjadi ذ
b. Menulis dengan cara terbalik iaitu memulai dengan huruf terakhir ke huruf
terawal, atau dari kiri ke kanan.Contoh: اعوذ .Murid menulis huruf ذ terlebih
dahulu kemudian diikuti dengan huruf ع .ا danو
c. Tulisan tanpa ketentuan dan ketetapan jarak huruf atau perkataan seperti
menulis satu huruf dalam perkataan lebih jauh daripada huruf-huruf yang
lain.Contoh: اعوذ ditulis ذ اعو
d. Tulisan tanpa ketetapan bentuk dan condong huruf seperti tulisan semakin lama
semakin mengecil, atau semakin lama semakin membesar, atau terlalu condong
ke bawah atau terlalu condong ke atas.
e. Tulisan yang menaik dan menurun dan tidak selari dengan garisan yang
ditentukan.Tidak boleh membezakan bentuk huruf jawi ketika menulis huruf
tunggal yang serupa.
f. Sukar menulis bentuk huruf jawi tunggal kerana keliru dengan cara penulisan
jawi dari kanan ke kiri.
g. Sukar menulis bentuk huruf jawi bercantum dan keliru ketika menyambungnya
sama ada di awal, di tengah dan di akhir perkataan.
h. Murid tidak dapat membezakan matapelajaran jawi dan iqra’.
i. Murid-murid keliru dengan bentuk huruf yang sama dan bunyi yang hampir
serupa.
j. Murid-murid juga sukar mengingat huruf-huruf jawi yang terlalu banyak.
15 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
Kesukaran murid yang lemah dalam pelajaran jawi untuk memperolehi dengan cepat untuk
kerana mereka hanya diperuntukkan masa belajar dan berlatih mempraktikkan kemahiran
menulis jawi yang hanya dipelajari pada waktu persekolahan sedia ada atau yang belajar
pada masa tambahan di sekolah agama petang mereka. Selain daripada itu peruntukan
masa untuk pemulihan jawi hanya 30 minit seminggu tidak mencukupi kerana pelajaran jawi
memerlukan mereka diberi latihan yang banyak terutama dari segi penulisan.
Kelemahan murid-murid sekolah rendah dalam kemahiran menulis huruf bersambung jawi
amat ketara sekali sehingga mereka gagal dalam menjawab soalan-soalan yang
menggunakan tulisan jawi.Maka guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah sewajarnya
mengatasi faktor yang mempengaruhinya, mengenal pasti masalah dalam menulis jawi dan
mengambil beberapa langkah yang dikirakan perlu untuk menanam minat murid menulis
jawi (Mohammad Amin Dan, 2009).
Norhawati Salimuddin (2000) dalam kajian Shazana Muhamed Sa’ad (2009)
menyatakan menguasai kemahiran menulis termasuk tulisan jawi bukanlah semudah seperti
kemahiran bahasa yang lain. Ia memerlukan keupayaan kognitif dan psikomotor,
perkembangan dan kecekapan deria motor yang sempurna untuk membentuk dan
menghasilkan bentuk-bentuk huruf di samping memerlukan koordinasi mata dan otak. Ini
kerana tulisan jawi merupakan suatu hasil kraf dan seni yang mesti diajar dengan cara dan
teknik yang betul sejak awal lagi.
Oleh itu, kemahiran menulis jawi pastinya memerlukan latihan dan bimbingan bagi
melahirkan murid yang mampu dan berupaya menghasilkan tulisan dengan bentuk yang
sempurna dengan menggunakan deria dan mental. Usaha untuk melahirkan murid yang
berupaya menghasilkan tulisan dengan bentuk yang sempurna ini tidak dapat diteruskan jika
murid mengalami masalah menguasai kemahiran menulis jawi.
Latar Belakang Projek
Murid-murid Tahun 2 Damai yang saya fokuskan dalam kajian singkat saya ini menunjukkan
mereka berhadapan masalah tidak mahir untuk menulis jawi dan lemah dalam menyambung
16 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
huruf-huruf tunggal jawi sewaktu saya mengajar tajuk perkataan 2 dan 3 suku kata,
perkataan pinjaman Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Arab.
Murid-murid saya ini ada yang hanya boleh membaca tetapi tidak tahu menulis jawi, dan ada
juga yang boleh menulis tetapi tidak tahu cara menulis dan menyambung huruf-huruf
tunggal jawi dengan betul menyebabkan mereka bermasalah dalam penulisan jawi. Bagi
kemahiran menyambung huruf tunggal jawi pula, banyak soalan yang sering saya terima
daripada para pelajar diantaranya ialah “ustazah, huruf alif boleh disambungkan tak dengan
huruf dal? “ “Ustazah, boleh tak huruf kaf disambungkan dengan huruf ya?”.
Saya juga telah mengesan masalah yang sering berlaku dalam kalangan murid setelah
memeriksa buku latihan mereka. Didapati beberapa orang murid tidak dapat menyambung
huruf jawi dengan betul di mana mereka akan menulis semula kesemua huruf tersebut tanpa
menyambung sebarang huruf dan ada yang menulis semula huruf-huruf tunggal tersebut
dengan menyambung semua huruf-huruf sama ada huruf yang boleh disambung atau tidak.
Perkara ini disebabkan mereka tidak mengetahui kaedah untuk menyambung huruf tunggal
apabila ia berada di hadapan, di tengah mahupun di hujung. Kajian Zamferi Ibrahim (2009)
juga mendapati ramai murid yang lemah dan kurang memahami kaedah bagaimana untuk
menyambung huruf-huruf jawi yang diberikan, sehinggakan mereka sering gagal untuk
menulis perkataan yang tepat dan betul.
Walaupun murid dapat mengenal semua huruf jawi, namun timbul pula masalah mengenai
bagaimana menulis perkataan jawi menggunakan huruf yang bersambung.
Definisi Menulis
Menulis ialah menurunkan atau melukiskan lambang-lambang grafik yang menggambarkan
suatu bahasa yang dipahami oleh seseorang sehingga orang lain dapat membaca lambang-
lambang grafik tersebut kalau mereka memahami bahasa dan gambaran grafik itu (Tarigan,
2008). Djibran (2008) menyatakan bahawa menulis adalah menggambarkan fikiran,
perasaan, pengalaman, dan hasil bacaan dalam bentuk tulisan, bukan dalam bentuk
percakapan.
Menulis menurut Gie (2002) diistilahkan sebagai mengarang, iaitu seluruh kegiatan
seseorang untuk menggambarkan gagasan dan menyampaikannya melalui bentuk tulisan
kepada masyarakat pembaca untuk difahami. Dalam kehidupan moden ini jelas bahawa
17 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
keterampilan menulis sangat diperlukan. Menulis digunakan untuk mencatat atau merakam,
meyakinkan, melaporkan atau memberitahu, dan mempengaruhi orang lain. Maksud dan
tujuan sedemikian hanya dapat dicapai dengan baik oleh mereka yang dapat menyusun
fikirannya dan mengutarakannya dengan jelas, yang berantung pada fikiran, organisasi, dan
kata-kata yang jelas dan baik. Dari beberapa pendapat di atas, dapat disimpulkan bahawa
menulis adalah suatu kegiatan seseorang dalam mengungkapkan idea, gagasan atau buah
fikiran melalui tulisan. Buah fikiran tersebut mungkin dalam bentuk pendapat, pengetahuan,
pengalaman, keinginan, atau pun perasaan seseorang. Menulis tidak hanya
menggambarkan gagasan melalui tulisan sahaja.
Maka timbul idea untuk menghasilkan bahan inovasi yang berupaya membantu mereka
mengenalpasti huruf-huruf yang boleh disambung dengan huruf lain di sebelumnya dan
sebaliknya tidak boleh disambung selepas huruf tersebut. Sebagai menyokong sesi
pembelajaran kendiri mereka bahan ini diterjemahkan semula dalam bentuk multimedia
interaktif yang berupaya membantu pelajar pemulihan jawi belajar secara kendiri.Kad-kad
digital menggantikan kad huruf biasa.
Objektif Projek
a. Objektif Umum
Membantu meningkatkan kemahiran murid dalam menyambung dan menulis jawi
dengan betul dengan menggunakan carta huruf jawi best.
b. Objektif Khusus
i. Menguji keberkesanan bahan inovasi ”JAWI BEST” dan membantu kumpulan murid
yang lemah dalam penulisan huruf jawi.
ii. Menarik minat kumpulan murid ini mempelajari kemahiran jawi dengan baik.
iii. Mengurangkan keciciran murid dalam penguasaan pembelajaran jawi.
Kaedah Penggunaan Inovasi ”JAWI BEST”
Bahan inovasi terdiri daripada 3 komponen utama :
a. Kad sifir abjad ”JAWI BEST”
b. Carta sifir ”JAWI BEST”
18 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
c. Slide PPT interaktif
Aktiviti I: Mengesan masalah lazim dalam aktiviti penulisan jawi
Diperingkat awal projek, kami telah melakukan pemerhatian rawak semasa Pdp berlangsung
di kelas dan cuba mengenalpasti isu utama yang melibatkan kumpulan murid pemulihan
jawi.Hasil pemerhatian kami mendapati, kumpulan murid ini menghadapi masalah mengenal
keseluruhan huruf walaupun di tahun 1 diapati mereka telah mengenal huruf, namun
mungkin atas beberapa faktor seperti kurang sokongan pembelajaran di rumah, mereka
selalu lupa huruf-huruf tertentu.Ini mengakibatkan kumpulan murid ini tercicir daripada
menguasai kemahiran menulis huruf dan melakukan penyambungan huruf apatah lagi
membentuk perkataan tertentu serta mengecam perkataan tersebut.
Aktiviti II: Memperkenalkan formula konsep “JAWI BEST”
Saya memperkenalkan formula konsep JAWI BEST kepada murid-murid serta menerangkan
berkenaan konsep tersebut.Konsep JAWI BEST menekankan kod warna huruf, simbol +
dan – bagi menggambarkan huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung
sebelum dan selepas huruf-huruf tersebut.Dengan berpandukan kad digital JAWI BEST,
saya menerangkan mengenai huruf-huruf JAWI BEST .Selain daripada huruf-huruf JAWI
BEST boleh disambung dipangkal dan di hujungnya.Murid diminta menghafal formula
konsep JAWI BEST ini dan kemudian murid diminta menjawab soalan latihan untuk melihat
kefahaman mereka terhadap penerangan saya mengenai formula ini.Pada soalan latihan
tersebut diselitkan nota huruf-huruf JAWI BEST ini agar memudahkan mereka menguasai
konsep ini.
Aktiviti III: Memperkenalkan Penggunaan Simbol (+) dan (-) pada JAWI BEST
Selepas murid diberi pengenalan yang ringkas mengenai konsep JAWI BEST, murid
diterangkan pula dengan penggunaan simbol (+) dan (-) pada JAWI BEST.Maksud simbol
(+) dan (-) yang ada pada kad JAWI BEST ialah apabila sesuatu perkataan jawi
mengandungi salah satu huruf JAWI BEST, maka simbol (+) ditulis selepas huruf
tersebut.Tapi jika huruf selain huruf JAWI BEST maka simbol (-) ditulis selepas itu.Setelah
selesai simbol-simbol ditulis pada huruf-huruf yang ingin disambungkan, saya meminta
murid menyambung huruf-huruf tersebut mengikut simbol tersebut.Saya memberi
peringatan, sekiranya selepas sesuatu huruf ada tanda (+), maka huruf itu boleh
19 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
disambungkan dengan huruf di hadapannya.Tetapi jika selepas sesuatu huruf ditulis simbol
(-), maka huruf itu tidak boleh disambung
Aktiviti IV: Latih Tubi Dan Pemerhatian
Apabila telah pasti mereka dapat memahami bagaimana untuk menggunakan simbol (+) dan
(-) pada kaedah JAWI BEST, saya memberi soalan yang mengandungi perkataan yang
ditulis huruf tunggal jawi di hadapan kelas.Saya memanggil beberapa orang murid dan
meminta murid tersebut menyambung huruf-huruf jawi tersebut dengan menggunakan
simbol (+) dan (-) pada kaedah JAWI BEST dengan berpandukan nota jadual formula
kaedah JAWI BEST sebagai panduan.Murid-murid diminta menyambung dan menulis
perkataan tersebut dengan betul.Kemudian murid diberi soalan latihan untuk memastikan
mereka dapat menguasai konsep ini.Setelah semua murid telah menyiapkan latihan mereka,
saya menulis jawapan yang betul di papan hitam untuk dibincangkan bersama-sama.
Aktiviti V: Ujian Bertulis
Apabila mereka sudah diterapkan dan diajarkan dengan konsep bagaimana untuk
menggunakan penggunaan simbol (+) dan (-) pada kaedah JAWI BEST , murid diberi ujian
bertulis yang mana mereka dikehendaki menyambung huruf-huruf tunggal jawi yang
bercerai membentuk perkataan dengan betul.Dalam ujian ini mereka tidak lagi dibenarkan
merujuk nota jadual formula kaedah JAWI BEST yang digunakan sebelum ini. Ujian ini akan
menguji sejauh mana kefahaman mereka dan sejauh mana kaedah ini berjaya
meningkatkan pencapaian mereka dalam kemahiran menulis jawi.
Kesimpulan
Kaedah JAWI BEST yang diperkenalkan ini dapat membantu murid mengenali huruf-huruf
yang boleh dan tidak boleh disambung. Ia adalah sebagai kata kunci dalam menyambung
huruf-huruf jawi tunggal menjadi perkataan dan menulisnya dengan betul.
Penggunaan simbol (+) dan (-) serta kod warna pada JAWI BEST yang dilihat daripada
projek ini banyak membantu meningkatkan kemahiran murid pemulihan jawi dalam
menyambung huruf-huruf tunggal dan menulis jawi dengan betul.
20 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
Alat Bantu Mengajar yang disediakan oleh jabatan adalah sebagai dasar kepada sesuatu
program, namun sebagai guru seharusnya menggunakan kreativiti sendiri untuk
mempelbagaikan teknik dan strategi. Namun kekangan yang sering dihadapi oleh para guru
ialah kesempatan untuk mencipta kreativiti agak terhad.Selain daripada itu kelas pemulihan
Jawi memerlukan ramai guru terutama bagi kelas yang mempunyai ramai murid khasnya
seperti sekolah kami yang menggabungkan dua kelas pada satu masa. Bilangan murid yang
ramai tidak membolehkan kami mengenalpasti masalah murid dengan teliti serta tidak dapat
memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih efektif dan berkesan.
BIBLIOGRAFI
Ahmad bin Mohd Salleh (2008) Pengajian Agama Islam j-QAF, Metadologi dan Pedagogi
Pendidikan. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti.
Ee Ah Meng (2002) Pedagogi IV, Siri Diploma Perguruan.Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti.
Buku Panduan Perlaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajaran Dan Kokurikulum
j-QAF Tahun 1.
Mok Soon Sang (2003).Ilmu Pendidikan untuk KPLI: Psikologi Pendidikan &
Pedagogi.Subang Jaya.Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Che Siah Che Man,( 2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia.,( 2004).Buku Panduan Perlaksanaan Model-Model
Pengajaran dan Pembelajaran dan kokurikulum
21 ROSMAWATI ABDUL HAMID PPG PIM 4L
PROJEK INOVASI ‘JAWI BEST’ PIM 3108 PENDIDIKAN JAWI SEKOLAH RENDAH
Amat JuhariMoain. (1992). Sejarah Tulisan Jawi.Jurnal Bahasa35 (11): 101 1012.
Zamferi bin Ibrahim.(2009). Meningkatkan Kemahiran Penulisan Huruf Jawi Yang Berubah
Bentuk Apabila Disambungkan Bagi Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan Sastera Dan
Sains Sosial, Open Universiti Malaysia.
Sharifah Alwiyah Alsagof (1987), Psikologi Pendidikan II:Psikologi Pembelajaran Kognitif,
Bimbingan dan Kaunseling, Longman
Robiah Kulop (1997) , Fungsi dan masalah satu kajian, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala
Lumpur
Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Khadijah Abdul Razak, Shahrin
Awaludin dan Zamri Abdul Rahim. (2004). Kebersamaan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan Penelitian, Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian
Pelajaran Malaysia
Sang. Mak Song . (1997). Pedagogi 3 Pengujian dan Penilaian, Pemulihan, Penggayaan
dan Pendidikan Inklusif Pengajaran. Kumpulan Budiman. Kuala Lumpur
Ismail Abdul Rahman, 1992, Pendidikan Islam di Malaysia,Penerbit UKM.
Tarigan, H.G. 2008. Menulis Sebagai Suatu Keterampilan Berbahasa. Bandung: Angkasa.
Shazana Binti Muhamed Sa’ad. (2009). Kaedah Mananiyyah Dalam Meningkatkan
Kemahiran Mengeja Jawi Dalam Kalangan Murid Tahun Lima, Sekolah Kebangsaan Jalan
4, Bandar Baru Bangi.Fakulti Pendidikan Dan Bahasa, OUM.
Azhar Bin Muhammad & Nurul Huda Binti Abdul Wahab APLIKASI ICT DALAM
PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEMASA LATIHAN
MENGAJAR
Aazoura mohd salleh,2007Keberkesanan kaedah pembelajaran berbantukan komputer
(penggunaan perisian powerpoint interaktif) terhadap peningkatan pnguasaan konsep sains