TUGASAN
MEI 2014 SEMESTER
KOD MATA PELAJARAN
:ECT 312
NAMA MATA PELAJARAN
:PENILAIAN DAN PENGUJIAN
PROGRAM: SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR
:FADZILAH BINTI MOHD YUNUS
NO. MATRIK
:E30209130649
FASILITATOR AKADEMIK
:CIK SU AZIZAH BINTI HAMDAN
PUSAT PEMBELAJARAN
:KOLEJ MCS, BANTING
PENGHARGAANBismillahirrahmanirahim.Alhamdulillah, terlebih
dahulu saya bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpahan rahmat serta
nikmat masa, nyawa, tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat
juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus Penilaian dan Pengujian
dalam Bilik Darjah kod ECT312 yang diberikan. Seterusnya saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Su Azizah selaku
pensyarah saya kerana dengan tunjuk ajar dan bimbingannya kepada
saya dalam membantu menyelesaikan tugasan yang telah diberi dengan
jayanya.Dalam usaha mencari sumber rujukan, saya telah merujuk
beberapa rujukan yang berlainan seperti buku dan melayari laman
web. Semua maklumat yang saya gunakan adalah berdasarkan kepada
jenis sumber rujukan yang betul dan diambil daripada internet dan
buku rujukan. Melalui sumber-sumber tersebut saya telah mengolah
maklumat yang diperolehi menjadi esei dan laporan. Esei dan laporan
yang saya sediakan adalah mengikut format dan kehendak soalan.Saya
juga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada suami,
ibu bapa serta anak-anak yang memberi saya pemudahcara untuk
menyiapkan tugasan ini. Mereka telah memberikan saya segala
kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga
terhasillah tugasan ini.Selain itu, saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada guru besar dan semua guru yang terlibat
di Sekolah Kebangsaan Methodist, Telok Datok, Banting kerana telah
memberi kerjasama yang cukup baik kepada saya bagi menyiapkan kerja
kursus yang diberi ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan
kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan serta membimbing
saya untuk menghasilkan tugasan ini sebaik mungkin. Bimbingan
kalian tidak akan saya lupakan.Sekian.
SENARAI KANDUNGAN
MUKA SURAT
PENGHARGAAN2
SENARAI KANDUNGAN3
PENDAHULUAN4
1.0 BAHAGIAN A1.1 DAPATAN UTAMA TENTANG AMALAN PENTAKSIRANYANG
DILAKSANAKAN OLEH GURU-GURU DI MALAYSIA 5
1.2 PERSAMAAN DAPATAN KAJIAN DENGAN AMALANGURU-GURU DI SEKOLAH
SAYA8
2.0 BAHAGIAN B2.1 PENGENALAN102.2 PROSEDUR112.3 ANALISIS
UJIAN142.4 KESIMPULAN202.5 LAMPIRAN22
RUJUKAN26
PENDAHULUAN
Tugasan Penilaian dan Pengujian dalam bilik darjah adalah satu
daripada tugasan yang perlu dilaksanakan oleh semua pelajar yang
mengambil kursus ini. Tugasan ini merupakan salah satu komponen
penaksiran yang telah ditetapkan bagi kursus ini.Tugasan ini
terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian A dan bahagian B.
Bahagian A, menghendaki agar pelajar membaca artikel yang
diberikan, iaitu artikel yang bertajuk Pentaksiran Pembelajaran
Pelajar : Amalan Guru-guru di Malaysia oleh Suah See Ling, Ong Saw
Land an Shuki Osman, Universiti Sains Malaysia. Kami diminta
membincangkan dapatan utama kajian ini tentang amalan pentaksirtan
yang dilaksanakan oleh guru-guru di Malaysia dan menjelaskan sama
ada dapatan kajian ini sama seperti amalan guru-guru di sekolah
serta memberikan contoh-contoh yang spesifik bagi setiap dapatan
kajian tersebut.Manakala tugasan Bahagian B pula bertujuan menguji
kebolehan pelajar menganalisis Ujian Aneka Pilihan tentang Geografi
Eropah. Namun begitu, oleh kerana murid sekolah rendah tidak
mempelajari Geografi Eropah, saya telah menukarkan tumpuan soalan
kepada Kajian Tempatan. Soalan-soalan ditumpukan kepada Ibu Kota;
Bandar, negara dan benua, sungai, iklim, perdagangan dan eksport
serta Budaya kaum dan agama. Kami juga diminta mentadbir ujian
tersebut kepada sekumpulan 30 hingga 40 orang murid Tahun 5 atau 6.
Selepas markah diberi, kami diminta mengira indeks kesukaran setiap
soalan, indeks diskriminasi setiap soalan, min dan median serta
kira sisihan lazim. Kami diminta untuk melengkapkan tugasan
Bahagian B ini mengikut format laporan. Format ini mengandungi
Pengenalan, Prosedur, Analisis Ujian dan Kesimpulan. Tugasan ini
bertujuan untuk menilai peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi,
iaitu kebolehan mengaplikasikan prinsip dan konsep yang telah
dipelajari dalam penyelesaian sesuatu masalah, menilai dengan
kritis hasil yang diperolehi dan menghasil sesuatu yang baru atau
mengubahsuai sesuatu yang sedia ada.Semoga semua peserta kursus ini
dapat mengaplikasikan segala ilmu Penulisan Akademik dalam kerjaya
mereka agar menjadi insan yang tahan dengan cabaran dan mendokong
segala hasrat kerajaan untuk menghasilkan murid yang berjaya dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
BAHAGIAN A
1) Dapatan Utama Kajian : Amalan Pentaksiran yang dilaksanakan
oleh Guru-guru di Malaysia.Pelaksanaan penilaian bilik darjah
merupakan elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Justeru, dalam melaksanakan penilaian bilik darjah yang betul,
pengetahuan, pemahaman dan pengalaman terhadap proses-proses
melaksanakan penilaian dalam kalangan warga pendidikan merupakan
aspek paling penting dalam menghasilkan binaan-binaan soalan ujian
yang berkesan dan bermakna dalam menilai keberkesanan hasil
pembelajaran pelajar disamping dapat membuat penambahbaikan
pembelajarn mereka. Antara aspek-aspek penting dalam melaksanakan
penilaian bilik darjah ialah menentukan siibus, membina jadual
spesifikasi ujian (JSU), cara membina ujian, pentadbiran ujian,
semakan jawapan ujian, analisis item, pelaporan dan tindakan
susulan. Terdapat beberapa amalan pentaksiran yang dilaksnakan oleh
guru-guru di Malaysia, antaranya ialah:
a) Pengaruh peperiksaan awam.Kebanyakan pentaksiran yang
dilakukan oleh guru adalah jelas mengakui kaedah pentaksiran mereka
selalu dipengaruhi peperiksaan awam. Contohnya pentaksiran yang
dilakukan oleh guru terhadap murid-murid tahun 6, mereka lebih
memberi fokus mentaksir murid-murid sama seperti soalan peperiksaan
UPSR. Ia dilakukan untuk membiasakan murid tersebut cara menjawab
peperiksaan. Jika cara ini tidak dilakukan kemungkinan murid-murid
akan sukar untuk menjawab peperiksaan dengan baik.
b) Penilaian bertulis.Guru-guru sekolah rendah lebih banyak
menggunakan kaedah penilaian secara bertulis berbanding denga guru
sekolah menengah dan guru pra universiti. Antara kaedah yang paling
banyak digunakan oleh guru-guru sekolah ialah soalan objektif
aneka-pilihan dan diikuti oleh soalan berbentuk esei. Kaedah yang
paling kurang digunakan oleh guru-guru sekolah ialah soalan
pemadanan. Namun begitu, guru juga gemar menggunakan ujian objektif
aneka-pilihan untuk menilai pelajar dan guru-guru sangat kerap
menggunakannya. Guru pra universiti lebih banyak menggunakan soalan
esei untuk menilai pelajar berbanding dengan guru lain. Guru
sekolah rendah lebih banyak menggunakan soalan isi tempat kosong,
soalan betul/salah dan soalan pemadanan berbanding guru pra
universiti.
c) Penilaian Prestasi.Kerja rumah merupakan penilaian prestasi
yang paling popular digunakan oleh guru-guru sekolah dan diikut
pula oleh kerja amali. Kebanyakan guru kurang menggunakan portfolio
untuk tujuan penilaian pelajar, terutama bagi subjek-subjek utama.
Portfolio biasanya digunakan untuk menilai mata pelajaran seperti
Kemahiran Hidup, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan dan lain-lain. Bagi murid tahun 1, 2, 3 dan 4
mereka tidak dinilai melalui kerja-kerja rumah yang dilakukan
sebaliknya mereka di nilai pada setiap akhir pembelajaran.
d) Skema Pemarkahan.Cara pembentukan dan penggunaan skema
pemarkahan adalah berbeza bagi guru yang mengajar pada peringkat
persekolahan yang berlainan. Soalan esei lebih banyak dibina skema
jawapannya oleh guru yang mengajar di peringkat pra universiti.
Rubrik penskoran pula banyak digunakan oleh guru-guru sekolah
menengah untuk menilai jawapan pelajar. Rubrik penskoran yang
dibina pula banyak yang merujuk kepada rubrik peperiksaan awam dan
buku teks atau buku rujukan. Manakala guru sekolah rendah pula
banyak membina rubrik penskoran berdasarkan maklumat-maklumat yang
dibekalkan oleh guru-guru lain.
e) Maklum Balas Hasil Penilaian.Kebanyakan guru sekolah rendah
lebih banyak memberi maklum balas tentang penilaian berbanding
dengan guru-guru yang mengajar di sekolah menengah dan pra
universiti. Terdapat beberapa aspek maklum balas hasil penilaian.
Antaranya ialah maklum balas hasil penilaian kepada pelajar, ibu
bapa, guru lain dan pentadbir sekolah. Menurut kajian, guru sekolah
rndah lebih kerap memberi maklum balas kepada ibu bapa berbanding
dengan guru lain. Manakala guru pra universiti pula lebih banyak
memberi maklum balas kepada pelajar mereka. Guru-guru sekolah
rendah juga lebih banyak memberi maklum balas terhadap hasil
penilaian kepada pentadbir sekoalh berbanding guru pra
universiti.
f) Penggunaan Strategi Lain untuk Menilai Pelajar.Terdapat
beberapa strategi lain yang digunakan oleh guru-guru untuk menilai
pelajar. Antaranya ialah, menyoal secara lisan, pemerhatian, projek
kerja lain, penilaian kendiri oleh pelajar dan temubual. Strategi
ini banyak lebih banyak digunakan oleh guru-guru sekolah rendah
untuk menilai pelajar berbanding guru yang mengajar pra universiti.
Bagi penggunaan strategi lain untuk menilai pelajar, guru-guru
sekolah rendah lebih banyak menggunakan teknik pemerhatian dan
teknik menyoal secara lisan dan temubual untuk menilai pelajar.
g) Pentaksiran Berdasarkan Bidang Pengajaran Guru.Jika dilihat
amalan pentaksiran guru-guru sekolah berdasarkan bidang pengajaran,
ia tidak menunjukkan banyak perbezaan. Guru-guru yang mengajar
bidang yang berlainan tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dalam
amalan-amalan pentaksiran mereka, melainkan ujian bertulis. Ujian
bertulis banyak digunakan untuk menilai pelajar oleh guru-guru
sekolah yang mengajar mata pelajaran Bahasa. Manakala guru Sains
dan Matematik merupakan golongan yang kurang menggunakan ujian
bertulis. Mereka juga kurang menggunakan soalan isi tempat kosong,
soalan betul/salah dan soalan pemadanan untuk menilai pelajar
berbanding dengan guru-gurulain. Bagi guru bahasa pula mereka
banyak menggunakan soalan esei untuk membuat penilaian tentang
pelajar mereka berbanding guru lain.
2) Huraian Kajian.Amalan guru-guru di sekolah saya mempunyai
sedikit persamaan dengan kajian yang telah dilakukan oleh Suah See
Ling, Ong Saw Land an Shuki Osman mengenai Pentaksiran Pembelajaran
di Malaysia. Antaranya ialah:
a) Kerja RumahKerja rumah merupakan pentaksiran yang paling
polular yang dilaksanakan oleh kebanyakan guru. Melalui kerja-kerja
rumah yang diberi, murid dapat dinilai sejauh mana hasil
pembelajaran murid tersebut dapat dicapai. Ianya juga amatlah mudah
ditadbir. Kebanyakan guru akan memberi kerja rumah dengan memberi
soalan yang terdapat di dalam buku teks, terutamanya matematik
untuk diselesaikan oleh murid di rumah. Ini sekaligus dapat memberi
peluang kepada murid tersebut untuk mengulangkaji pelajaran yang
telah di ajar oleh guru. Setelah siap, keesokannya akan dikumpulkan
dan dinilai oleh guru. Maka, dari situlah guru-guru dapat menilai
sejauh mana keberkesanan pengajaran yang telah dijalankan oleh
mereka.
b) Pengaruh Peperiksaan AwamGuru-guru di sekolah saya lebih
gemar untuk menggunakan ujian objektif aneka-pilihan dalam membuat
pentaksiran tentang murid mereka. Ini mungkin disebabkan oleh
pengaruh peperiksaan awam. Kebanyakan guru, terutama guru-guru
tahun 6 lebih gemar mentaksir murid dengan dipengaruhi oleh
peperiksaan awam. Ini kerana peperiksaan awam memainkan peranan
penting dalam membuat keputusan tentang masa hadapan calon serta
sistem pendidikan Malaysia. Untuk memastikan murid berjaya dalam
peperiksaan UPSR, guru-guru sekolah berusah menyediakan murid
supaya biasa dengan format soalan peperiksaan awam. Apabila mereka
sudah terbiasa dengan kaedah pepeiksaan UPSR membolehkan mereka
dapat menjawab peperiksaan dengan lebih baik. Bagi murid KBSR,
mereka dinilai oeh guru menggunakan kerja rumah, manakala bagi
murid KSSR mereka dinilai tahap pencapaian mereka setiap kali habis
sesuatu kemahiran.
c) Ujian bertulisGuru-guru di sekolah saya lebih cenderung untuk
melaksanakan ujian bertulis ketika melaksanakan pentaksiran
terhadap murid-murid. Ujian bertulis amat sesuai untuk mendapatkan
diognastik tentang pengetahuan murid. Ianya amat sesuai diberi
sebelum topik baru disampaikan untuk mengetahui aras pengetahuan
murid. Ini amat memudahkan guru untuk menyusun strategi atau teknik
pengajaran yang lebih berkesan agar murid lebih faham dan menguasai
topik yang hendak disampaikan oleh guru.
d) Lembaran kerja.Lembaran kerja juga salah satu medium yang
digunakan oleh guru untuk menilai murid. Namun begitu, kebanyakan
guru lebih gemar memberi lembaran kerja yang telah sedia ada di
pasaran berbanding lembaran kerja yang dibina sendiri. Lambakan
buku kerja di pasaran ini memudahkan guru untuk diberi kepada
murid. Tetapi guru-guru terpaksa memilih lembaran yang sesuai
dengan tahap murid mereka agar penilaian dapat dijalankan dengan
memberi impak yang baik. Jika lembaran yang tidak sesuai diberi
kepada murid, akan menyebabkan proses penilaian lebih sukar
dijalankan kerana murid tidak faham dengan kehendak soalan.
e) Penyoalan Secara LisanPenyoalan secara lisan juga amat
popular dijadikan sebagai proses penilaian terutama ketika
pengajaran dijalankan. Ia adalah satu pentaksiran yang paling mudah
dan senang untuk menilai hasil pembelajaran sama ada telah dicapai
ataupun tidak. Hasil maklum balas daripada murid juga dapat
diperolehi ketika penyoalan dijalankan kerana murid dapat dinilai
dengan cepat. Hasilnya, guru boleh merancang strategi pengajaran
yang lebih berkesan sekiranya sesuatu hasil pengajaran tidak dapat
dicapai oleh guru tersebut.
f) Kerja Kursus / Kerja Projek.Kerja kursus pula lebih popular
dinilai oleh guru bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan dan Kemahiran Hidup pula dinilai melalui kerja
projek. Kedua-dua penilaian ini akan dinilai 40% daripada markah
yang keseluruhan.
2.0 BAHAGIAN B2.1 PENGENALANTugasan Bahagian B menghendaki kami
untuk mentadbir satu ujian terhadap sekumpulan murid tahun 5 atau
6. Saya memilih untuk mentadbir ujian ini untuk murid tahun 5
kerana murid tahun 6 telah mula sibuk dengan gerak gempur untuk
peperiksaan UPSR mereka.Tujuan tugasan ini dilakukan adalah untuk
menguji kebolehan kami menganalisis Ujian Aneka pilihan tentang
Geografi Eropah. Tumpuan soalan yang diuji ialah mengenai Geografi
Eropah [tidak ada soalan tentang Malaysia]. Antara contoh-contoh
topik daripada negara-negara Eropah yang diberi tumpuan ialah
soalan-soalan berkaitan Ibu kota; Bandar, Negara dan benua;
kedudukan; saiz, sungai, iklim, perdagangan dan eksport serta
budaya kaum dan agama.Soalan-soaloan ujian yang dibina ialah soalan
berbentuk aneka pilihan. Soalan yang diberi terdiri daripada 12
soalan atau item. Setiap soalan yang dibina mempunyai 4 pilihan
jawapan, iaitu satu jawapan dan 3 pengganggu. Melalui ujian ini,
murid dapat dikesan tentang pengetahuan mereka tentang Ibu kota,
negara dan benua, sungai, iklim, perdagangan dan eksport serta
budaya kaum dan agama penduduk Eropah.Tahap hasil pembelajaran yang
akan diukur hanyalah tahap pengetahuan, pemahaman, aplikasi dan
analisis sahaja. Manakala tahap sintesis dan penilaian tidak dapat
diukur kerana kebanyakan murid tidak terdedah dan kurang maklumat
mengenai Geografi EropahMurid-murid telah dimaklumkan mengenai
ujian ini sehari lebih awal supaya mereka lebih bersedia. Mereka
telah memaklumkan kepada saya bahawa mereka cuba untuk mencari
maklumat mengenai geografi eropah ini di dalam laman sesawang
kerana mereka tidak pernah mengetahui mengenai Geografi Eropah dan
tidak pernah mempelajarinya.Saya telah mentadbir ujian tersebut.
Ujian ini saya jalankan untuk kelas tahun 5 Berjaya. Ia juga telah
dijalankan selama 30 minit. Murid-murid menggunakan kertas jawapan
yang disediakan dengan menghitamkan kertas jawapan untuk menjawab
soalan yang diberikan. Kesemua murid dapat menjawab soalan tersebut
dengan baik.Setelah ujian dijalankan, saya juga dikehendaki untuk
mengira indeks kesukaran setiap soalan, mengira indeks diskriminasi
setiap soalan, mengira min dan median serta mengira sisihan lazim.
Semoga dengan terhasilnya tugasan ini dapat menjadikan saya lebih
mahir untuk membina, mentadbir dan menganalisis ujian yang telah
dijalankan, sekaligus dapat membina item yang baik untuk dijadikan
pentaksiran.2.2 PROSEDURProses mentadbir ujian dilakukan dengan
melalui beberapa prosedur, iaitu pembinaan ujian, pemilihan murid,
prosedur pentadbiran, penggubalan skema jawapan dan pemarkahan
ujian.2.2.1 Pembinaan Ujian.Sesebuah ujian perlu dirancang dengan
baik untuk memastikan keputusan yang diperolehi juga adalah yang
terbaik. Ia terhasil daripada perancangan yang teliti dan cermat.
Perancangan dilaksanakan melaui fasa-fasa berikut: memperjelaskan
tujuan, menyediakan jadual spesifikasi, menentukan format ujian,
menyemak semula, menghimpunkan, mereproduksi dan melaksanakan
ujian.Namun begitu, bagi melengkapkan tugasan Bahagian B ini,
proses menyediakan ujian itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya
kerana topik yang dikehendaki untuk menguji murid-murid adalah
topik yang langsung tidak dipelajari di sekolah. Jadual spesifikasi
tidak dapat dibuat sepenuhnya kerana tahap hasil pembelajaran
seperti sintesis dan penilaian kerana ia adalah terlalu sukar bagi
murid-murid untuk menjawabnya. Format ujian yang dibina ialah
berbentuk soalan aneka pilihan. Panjangnya ujian dan peruntukan
masa yang diberi kepada murid untuk menjawab semua soalan ujian
ialah selama 30 minit. Masa yang diperuntukkan adalah sangat sesuai
kerana ujian ini hanya mengandungi 12 soalan sahaja. Arahan-arahan
juga telah diberikan di muka surat pertama kertas soalan ujian
tersebut.Saya juga telah meminta rakan saya untuk menyemak semula
soalan bagi mendpatkan pandangan kritikan mereka. Perkara yang akan
disemak mengenai soalan ujian ini ialah menyemak pilihan jawapan,
menyemak sekiranya ada item-item atau soalan-soalan yang bertindih.
Menyemak respon set dimana tidak terdapat corak yang dapat
dikenalpasti dalam satu siri respon untuk item ujian
objektif.Setelah soalan disemak, saya menghimpun dan menyusun
soalan-soalan mengikut bidang atau kandungan yang dicakupi oleh
ujian. Kandungan yang diuji hendaklah berkaitan Ibu kota; bandar,
negara dan benua; kedudukan; saiz, sungai, iklim, perdagangan dan
eksport serta budaya kaum dan agama. Ia dibuat bagi memudahkan bagi
tujuan peeriksaan (ataupun pemarkahan) dan membuat interpretasi
tentang prestasi untuk menghimpun mengikut bidang tersebut dan
menyusunnya mengikut objektif pentaksiran.2.2.2 Pemilihan MuridBagi
pemilihan murid yang ingin ditadbir ujian, saya telah memilih murid
daripada kelas tahun 5 Berjaya sebagai kelas yang ingin saya tadbir
untuk ujian ini. Kelas ini mempunyai murid daripada pelbagai
kebolehan. 10 orang murid kelas ini adalah murid pencapaian tinggi;
10 orang murid pencapaian sederhana dan 10 orang murid pencapaian
rendah. Saya merasakan kelas ini amat sesuai untuk saya tadbir
ujian ini dan amat berpuas hati dengan pemilihan murid dan kelas
yang ingin saya jalankan ujian ini.
2.2.3 Prosedur PentadbiranMatlamat pentadbiran ujian adalah
untuk memastikan keadaan yang paling konsisten dengan tujuan ujian.
Ianya perlu dijalankan dengan keadaan yang akan memastikan kerja
yang paling cekap untuk murid mengambil yang mengambil ujian ini.
Dalam pentadbiran ujian terdapat beberapa aspek perlu diberi
penekanan antaranya ialah keadaan yang betul. Ia bermaksud guru
perlu memastikan bahawa semua keadaan fizikal menyokong kerja yang
baik. Harus ada cahaya dan aliran udara yang mencukupi, suhu yang
selesa, kesenyapan, kerusi yang selesa serta cukup ruang kerja agar
murid dapat menjawab soalan dengan baik dan selesa. Bagi mentadbir
ujian ini, saya hanya menjalankannya di kelas serta semua meja dan
kerusi telah di jarakkan kedudukannya. Saya tidak menggunakan
Sistem Audio kerana jumlah murid seramai 30 orang adalah memadai
bagi saya menggunakan suara biasa. Selain itu, ujian ini juga
dijalankan dengan cermat. Bahan ujian diagihkan dan dikumpulkan
mengikut rancangan. Saya telah mengedarkan terlebih dahulu kertas
jawapan, setelah itu barulah kertas soalan diedarkan. Saya juga
telah membaca beberapa arahan yang terdapat pada muka surat pertama
kertas soalan tersebut. Saya juga telah memberitahu kepada murid
masa yang diambil untuk menjawab soalan ini iaitu selam 30
minit.
2.2.4 Penggubalan skema jawapanPenggubalan skema jawapan telah
saya siapkan sejurus sahaja pembinaan item atau soalan siap. Ia
adalah dokumen yang mengandungi jawapan muktamad. Skema jawapan
amat penting untuk disiapkan lebih awal bagi membantu melancarkan
proses pemeriksaan.
2.2.5 Pemarkahan UjianCara pemarkahan ujian ini ialah contohnya,
jika seorang murid dapat menjawab 10 soalan daripada 12 soalan,
maka 10 dibahagi dengan 12 dan didarah dengan 100. Markah yang
diperolehinya ialah 83%.
Jumlah jawapan yang betul x 100% = __________%Jumlah soalan
10 x 100% = 83 %12
2.3 ANALISIS UJIANSaya telah menjalankan sebuah ujian objektif
dengan 12 item aneka pilihan dalam mata pelajaran Geografi Eropah
kepada 30 orang murid. Sebelum analisis dijalankan, langkah pertama
yang perlu saya lakukan ialah memeriksa setiap kertas jawapan.
Kemudian saya akan menyusun kertas jawapan daripada markah
tertinggi kepada markah terendah yang diteima. Seterusnya saya akan
kalikan 30 (bilangan buku jawaban) dengan 35% sebgai nilai iaitu
menjadi 10.5 dan dibulatkan menjadi 11. Langkah seterusnya saya
akan susunkan 30 buku jawaban tadi mengikut markah yang diterima
(daripada markah tertinggi kepada markah terendah). Saya akan
mengeluarkan 11 buku jawapan daripada atas longgokan tadi dan 11
buku jawapan daripada bawah longgokan. Longgokan tadi digelarkan
murid markah tinggi dan murid markah rendah. Kertas-kertas jawapan
dipertengahan diketepikan bagi memudahkan prosedur.Kemudian, saya
akan merujuk kepada Item #1 atau soalan #1. Saya akan mengira
bilangan murida daripada kumpulan markah tinggi yang menjawab
setiap pilihan (A, B, C atau D), dan saya juga akan mengira
bilangan murid daripada kumpulan markah rendah yang menjawab
pilihan A, B, C atau D.Soalan 1 : Ujian Geografi EropahApakah ibu
kota bagi United Kingdom?A. SydneyB. LondonC. ViennaD. Berlin
Analisis Item
PilihanABCDKosong
Kumpulan Markah Tertinggi (n=11)01010 0Kumpulan Markah
Terendah(n=11)1 351 0
Jadual 1 Analisis Item Untuk Satu Item atau Soalan
Daripada analisis ini, 10 pelajar daripada kumpulan Markah
Tinggi dan 3 murid daripada kumpulan Markah Rendah memilih jawapan
B iaitu jawaban yang betul. Ini bemakna bahawa 113 daripada 22
murid telah memilih jawaban yang betul.
2.3.1 Indeks Kesukaran ItemDengan menggunakan maklumat yang
diberi dalam Jadual 1, Indeks Kesukaran Item dapat dihitung iaitu
suatu indikator kuantitatif tentang tahap kepayahan setiap item
atau soalan. Ia dapat dihitung menggunakan formula berikut:Bilangan
Murid Dengan Jawaban Betul (R)Indeks Kesukaran =
____________________________________(p)Bilangan Murid Yang Cuba
Menjawab (T) R19 ===0.59 T22Apakah maksud Indeks Kesukaran (p) yang
berjumlah 0.59? Indeks Kesukaran merupakan pekali yang menunjukkan
peratusan murid yang menjawab dengan betul berbanding bilangan
murid dalam dua kumpulan tadi yang mendapat jawaban yang salah.
Dalam erti kata lain, 59% murid telah memilih jawaban yang betul.
Walaupun hitungan ini berdasarkan kumpulan markah tinggi dan rendah
sahaja, ia memberikan suatu anggaran yang hamper kepada anggaran
yang mungkin dibuat dengan kesemua murid. Dengan itu, kita boleh
katakana bahawa indeks kesukaran untuk item ini adalah 86% (untuk
kumpulan ini). Perhatikan, oleh kerana kesukaran merujuk kepada
peratusan yang menjawab item dengan betul, lebih kecil peratusan
maka lebih payah item tersebut. Lien (1980) memberikan beberapa
garis panduan tentang maksud indeks kepayahan seperti
berikut:>0.70=Mudah 0.30 - 0.69=Sederhana