Indahnya HIDUP Bersyariat Islam Itu Indah 1 | Page Puasa wajib lain : 1) Jenis-jenis puasa lain yang wajib ialah puasa nazar (puasa yang diniatkan untuk dilakukan kerana terkabulnya sesuatu hajat seperti menang dalam perbicaraan atau berjaya dalam peperiksaan 2) Puasa kifarat (puasa dalam erti kata membayar denda kerana melanggar syarat-syarat berpuasa seperti bersetubuh dengan isteri pada waktu siang di bulan Ramadan. Puasa kifarat di sini ialah berpuasa selama 60 hari berturut-turut). Sebenarnya dalam bahasa Arab disebut kaffarah. PUASA Berpuasa pada bulan Ramadan hukumnya wajib (fardhu ain) berdasarkan al-Quran, al-hadis dan ijmak ulama. Dalil al-Quran... Maksudnya : Wahai orang yang beriman, diwajibkan atasmu berpuasa sebagai mana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah: 183) Dan FirmanNya lagi : Maksudnya: Pada bulan Ramadan, diturunkan al- Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadan hendaklah ia berpuasa. (Surah al-Baqarah: 185) Dalil al-Hadis Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Diasaskan Islam atas lima dasar, iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad SAW utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadan.” Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Ijmak Umat Islam telah Ijmak (bersepakat) atau sekata atas wajibnya puasa Ramadan lantaran ia merupakan salah satu daripada Rukun Islam dan telah termaklum kewajipannya dalam agama. Mengingkari kefarduannya adalah kafir dan terkeluar daripada Islam. “Puasa Ramadan mula diwajibkan pada hari Isnin dua haribulan Syaaban tahun kedua Hijrah.” Dari Segi Bahasa – Bererti menahan diri daripada sesuatu Dari Segi Syarak – Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa, kerana mengharapkan keredaan Allah SWT. Makna Puasa
Mengenai puasa, ramadhan, sunat harus makruh dan membatalkan puasa. puasa sunat dan puasa qada atau ganti
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Indahnya HIDUP Bersyariat Islam Itu Indah
1 | P a g e
Puasa wajib lain :
1) Jenis-jenis puasa lain yang wajib ialah
puasa nazar (puasa yang diniatkan
untuk dilakukan kerana terkabulnya
sesuatu hajat seperti menang dalam
perbicaraan atau berjaya dalam
peperiksaan
2) Puasa kifarat (puasa dalam erti kata
membayar denda kerana melanggar
syarat-syarat berpuasa seperti
bersetubuh dengan isteri pada waktu
siang di bulan Ramadan. Puasa kifarat di
sini ialah berpuasa selama 60 hari
berturut-turut). Sebenarnya dalam
bahasa Arab disebut kaffarah.
PUASA
Berpuasa pada bulan Ramadan hukumnya wajib
(fardhu ain) berdasarkan al-Quran, al-hadis dan
ijmak ulama.
Dalil al-Quran...
Maksudnya : Wahai orang yang beriman,
diwajibkan atasmu berpuasa sebagai mana telah
diwajibkan atas orang sebelum kamu semoga
kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah: 183)
Dan FirmanNya lagi :
Maksudnya: Pada bulan Ramadan, diturunkan al-
Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan
penjelasan daripada hidayah serta pembeza
antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang
melihat bulan Ramadan hendaklah ia berpuasa.
(Surah al-Baqarah: 185)
Dalil al-Hadis
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Diasaskan Islam atas lima dasar,
iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah
dan bahawa Muhammad SAW utusan Allah,
mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa
pada bulan Ramadan.” Hadis Riwayat al-Bukhari
dan Muslim.
Ijmak
Umat Islam telah Ijmak (bersepakat) atau sekata
atas wajibnya puasa Ramadan lantaran ia
merupakan salah satu daripada Rukun Islam dan
telah termaklum kewajipannya dalam agama.
Mengingkari kefarduannya adalah kafir dan
terkeluar daripada Islam.
“Puasa Ramadan mula
diwajibkan pada hari Isnin
dua haribulan Syaaban
tahun kedua Hijrah.”
Dari Segi Bahasa – Bererti menahan diri
daripada sesuatu
Dari Segi Syarak – Menahan diri daripada
perkara-perkara yang membatalkan puasa
dari terbit fajar hingga terbenam matahari,
dimulakan dengan niat berpuasa, kerana
mengharapkan keredaan Allah SWT.
Makna Puasa
Indahnya HIDUP Bersyariat Islam Itu Indah
2 | P a g e
HIKMAH BERPUASA DAN
KELEBIHAN RAMADAN
Ketibaan Ramadan, umat Islam di
seluruh pelusuk dunia serentak
mengerjakan puasa dalam satu masa
tertentu. Kesatuan hati dan niat
tulus ikhlas ini dilakukan semata-
mata untuk mengabdikan diri
terhadap Allah SWT.
Dengan diwajibkan berpuasa, semua
golongan Islam, kaya dan miskin,
berada dan tidak berada, terpaksa
menempuh ujian yang sama. Dengan
berpuasa menimbulkan keinsafan
dan perasaan bertimbang rasa serta
kasih-mengasihi sesama umat Islam.
Amalan berpuasa melahirkan jiwa
insan yang selalu taat kepada Allah,
justeru itu akan lahir pula
ketenangan jiwa dan ketakwaan.
Dari segi kesihatan, perut yang
melalui proses berpuasa dapat
dibersihkan, sekali gus beberapa
penyakit yang terdapat di dalam
tubuh badan manusia dapat diatasi.
Puasa disifatkan oleh Rasulullah SAW
sebagai separuh daripada kesabaran.
Orang yang berpuasa lebih disayangi
Allah, selamat daripada api neraka
dan menghapuskan dosa-dosa kecil.
Kedatangan Ramadan ada
keistimewaannya kerana dianjurkan
ibadah solat Tarawih, di samping itu
diwajibkan juga zakat fitrah (badan)
ke atas golongan yang mampu
sebagai satu kewajipan membantu
insan Muslim yang lain, khususnya
mereka yang daif.
Diriwayatkan sebuah hadis daripada
Nabi SAW yang Maksudnya :
“Sesiapa berpuasa Ramadan dengan
penuh keimanan, mengharap
balasan daripada Allah diampunkan
dosa-dosanya yang lalu.”
Ketibaan Ramadan menandakan
terbukanya pintu-pintu syurga,
ditutup pintu-pintu neraka dan
dirantaikan syaitan.
Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadan)
merupakan saat penting al-Quran
diturunkan dari langit ke dunia untuk
menjadi pedoman manusia hingga
ke akhir zaman.
Terdapatkan Lailatul Qadar iaitu satu
malam yang padanya terdapat saat
penuh keberkatan menyamai 1000
bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran
pahalanya daripada Allah SWT.
1
2
7
6
5
8
9
4
3
1
10
11
Indahnya HIDUP Bersyariat Islam Itu Indah
3 | P a g e
Mereka yang ingin berpuasa diwajibkan berniat di
dalam hati pada setia malam. Tempohnya
bermula sesudah tenggelam matahari
sehinggalah terbit fajar.
“Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam
menunaikan fardu bulan Ramadan pada tahun ini
kerana Allah Taala.”
Perkara-perkara yang
Membatalkan Puasa
Makan atau minum dengan sengaja
meskipun sedikit (jika terlupa tidak
membatalkan puasa tetapi wajib berhenti
sewaktu menyedari bahawa diri sedang
berpuasa).
Memasukkan dengan sengaja sesuatu
benda ke dalam rongga yang terbuka.
Muntah dengan sengaja.
Keluar haid dan nifas.
Gila.
Murtad.
Mengeluarkan mani dengan sengaja.
Bersetubuh (melakukan hubungan
kelamin pada siang hari bulan Ramadan).
Islam – Puasa tidak diwajibkan
kepada yang bukan Islam
Baligh – Tidak diwajibkan berpuasa
kepada mereka yang belum baligh
atau belum cukup umur. Namun
digalakkan latihan berpuasa kepada
kanak-kanak.
Berakal – Orang gila tidak diwajibkan
berpuasa.
Sihat – Orang yang sakit / uzur yang
akan bertambah sakit jika berdaya
berpuasa atau orang yang terlalu tua
tidak diwajibkan berpuasa tapi
diwajibkan fidyah.
Bermukim – Musafir tidak wajib
berpuasa tetapi wajib mengqada
(menggantikan) puasa selepas bulan
Ramadan.
Suci – Suci daripada haid dan nifas
bagi wanita
SYARAT WAJIB PUASA
1
2
3
4
5
6
Islam. Berakal dan mumayyiz (tahu membezakan yang mana najis dan yang mana tidak). Suci daripada haid dan nifas. Apabila nyata masuknya bulan Ramadan
SYARAT SAH PUASA
2
1
3
4
RUKUN-RUKUN PUASA
Orang yang berpuasa.
Berniat.
Menahan diri daripada perkara-perkara
yang membatalkan puasa mulai terbit
fajar hingga terbenam matahari.
Indahnya HIDUP Bersyariat Islam Itu Indah
4 | P a g e
Perkara-perkara Sunat Ketika
Berpuasa
Menyegerakan berbuka puasa.
Berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah manis yang lain.
Membaca doa sekurang-kurangnya:
“Ya Allah, bagi Engkaulah amalan puasaku ini, kepada Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka.”
Melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat.
Memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan.
Menjauhkan percakapan yang sia-sia
dan perbuatan yang tidak membawa manfaat.
Mandi junub lebih awal, sebelum
masuknya waktu Subuh.
Tingkatan Puasa
Imam al-Ghazali membahagikan puasa
kepada tiga tingkat:
3 TINGKAT PUASA
PUASA UMUM
Puasa yang kebanyakan umat Islam yang
sekadar mampu menghindarkan perut
daripada makan, minum dan menahan
keinginan berjimak.
PUASA ISTIMEWA
(Puasa Khusus) Puasa yang dapat
memelihara mata, telinga, lidah, tangan
dan kaki daripada melakukan dosa selain
menahan diri daripada perkara-perkara
di atas.
PUASA PALING ISTIMEWA
(Puasa Khusus al-Khusus) Merangkumi
puasa umum dan puasa istimewa.
Disempurnakan pula dengan hati
daripada semua keinginan lahir dan
batin. Inilah puasa tertinggi
kedudukannya di sisi Allah SWT dan
merupakan amalan puasa para rasul,
nabi, para sahabat, para wali dan
golongan ahli ibadah lain.
Makruh ketika Berpuasa
Perkara-perkara makruh dilakukan ketika
berpuasa ialah bersuntik, berbekam,
berkumur-kumur, memasukkan air ke
dalam rongga hidung secara berlebihan,
mandi yang berlebihan begitu juga merasa
makanan di hujung lidah.
Indahnya HIDUP Bersyariat Islam Itu Indah
5 | P a g e
“Fidyah puasa ialah
amalan memberikan
sedekah kepada fakir
miskin dengan secupak
beras bagi sehari
berbuka puasa mengikut
syarat-syaratnya.”
QADA DAN FIDYAH PUASA
Hukum qada puasa atau menggantikan puasa
Ramadan ini perlu dibuat mengikut bilangan hari
yang telah ditinggalkan.
Golongan yang Wajib Qada Puasa
Orang sakit yang ada harapan sembuh.
Orang yang bermusafir (bukan kerana maksiat) melebihi dua marhalah.
Orang yang kedatangan haid dan nifas.
Orang yang meninggalkan niat puasa.
Orang yang sengaja melakukan perkara-
perkara yang membatalkan puasa.
Orang yang pitam / mabuk sewaktu masuk bulan Ramadan.
Orang yang sangat lapar dan dahaga
yang tidak membolehkannya berpuasa Ramadan.
Orang yang hilang daya upaya
untuk berpuasa seperti sakit
perut dan sakit kepala yang
serius serta jenis-jenis penyakit
yang apabila berpuasa akan
menambahkan keuzuran.
Orang musafir dalam perjalanan
yang membolehkan qasar
(memendekkan rakaat) solat.
Orang yang terlalu tua dan amat
lemah untuk berpuasa.
Orang yang tersangat lapar dan
dahaga sehingga kalau
diteruskan akan mendatangkan
mudarat umpamanya ia bekerja
berat di tengah panas dan
sebagainya.
Perempuan hamil atau
perempuan menyusukan
anaknya yang apabila berpuasa
boleh memudaratkan diri sendiri
atau anak yang disusui itu.
1
2
3
4
5
Mereka yang dibenar
meninggalkan puasa
Indahnya HIDUP Bersyariat Islam Itu Indah
6 | P a g e
Golongan yang dikenakan membayar
fidyah puasa antaranya termasuklah:
Mereka yang tidak dapat mengqada puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua (fidyahnya satu cupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan di samping mengqada puasa) bagi setahun tertinggal. Kalau tidak diqada sehingga melampaui dua tahun maka dikenakan dua cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan).
Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh.
Orang yang terlalu tua dan tidak terdaya berpuasa.
Orang yang ada qada puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. (Fidyah dibuat oleh kerabat si mati atau diambil daripada harta pusakanya).
Perempuan yang mengandung dan perempuan yang menyusukan anaknya perlu mengqada puasa dan membayar fidyah secupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya, tetapi sekiranya dia takut mudarat pada dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.
Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadhan. Orang yang bersetubuh pada siang hari bulan
Ramadan, maka kedua-dua suami isteri tersebut
perlu mengqada puasa berkenaan dan suami
wajib membayar kifarat (denda) seperti:
1) Memerdekakan seorang hamba
Mukmin lelaki atau perempuan,
(sekiranya tidak mampu).
2) Berpuasa dua bulan berturut-turut
tanpa terputus (kalau tidak berdaya).
3) Memberi makan kepada 60 orang
fakir / miskin.
Bagaimanapun jika persetubuhan itu dilakukan
kerana terlupa, jahil tentang haramnya atau
dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat
SOLAT TARAWIH DAN WITIR
Dalam pada itu, bagi mereka yang menyesali
kesilapan-kesilapan masa lalu termasuk
meninggalkan kewajipan solat, dianjurkan supaya
mengqada bilangan solat-solat yang ditinggalkan
itu sedaya upayanya.
Melaksanakan Solat Tarawih adalah
antara amalan-amalan yang begitu dituntut
(sunat muakkad) dalam bulan Ramadan. Ia boleh
dilakukan secara perseorangan mahupun
berjemaah di masjid dan surau.
Waktu Solat Terawih bermula selepas
fardhu Isyak sehingga sebelum terbit fajar.
Umumnya,umat islam di Malaysia mendirikan
solat Tarawih sebanyak 20 rakaat.
Cara mengerjakannya adalah dengan dua
rakaat satu salam sehingga genap 20 rakaat.
Walau bagaimanapun ada juga yang
melaksanakannaya sebanyak 8 rakaat sahaja.
Niat Solat Tarawih
“Sengaja aku solat Tarawih dua rakaat (imam /
mengikut imam) kerana Allah Taala”
Rukun-rukun solat Terawih sama seperti solat
fardhu atau sunat yang lain. Lazimnya bacaan
surah-surah selepas al-Fatihah pada setiap rakaat
pertama bermula dari surah al-Takasur hingga
surah al-Lahab (dari malam 1 Ramadan hingga 15
1
2
3
4
5
Indahnya HIDUP Bersyariat Islam Itu Indah
7 | P a g e
Ramadan). Pada setiap rakaat kedua pula dibaca
surah al-Ikhlas.
Manakala dari malam 16 hingga keakhirnya pada
tiap-tiap rakaat pertama (selepas al-Fatihah)
dibaca surah al-Qadr dan pada susunan rakaat
kedua (selepas al-Fatihah) pula dibaca surah al-
Takasur sehingga surah al -Lahab.
Namun ada juga imam yang hafaz al-Quran
mengamalkan bacaan 30 juzuk al-Quran dari awal
Ramadan hingga keakhirnya sewaktu
mengerjakan solat Tarawih.
Bagi mereka yang mengikut imam di surau dan
masjid,harus juga bersama-sama imam,bilal dan
makmum lain membaca wirid-wirid,zikir dan
selawat yang diselang-seli antara rakaat-rakaat
solat Terawih tadi.
Solat Sunat Witir
Dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat,sebaik-
baiknya tiga rakaat dua salam dan sebanyak-
banyaknya 11 rakaat dengan 6 salam.
Niat Solat Witir
“Sengaja aku solat sunat Witir dua rakaat / satu
rakaat kerana Allah Taala.”
Bacaan surah dalam rakaat pertama selepas al-
Fatihah ialah surah al-A’la pada rakaat kedua
surah al-Kafirun dan rakaat ketiga surah al-Ikhlas,