1
1
2
EBOOK NI ADALAH RAHSIA ANTARA
KITA
TOLONG JANGAN SEBARKAN!
ANDA DAH BACA EBOOK PERCUMA
YANG KAMI BAGI SEBELUM INI?
TAPI MASIH TAK TAHU MACAM MANA
NAK CARI PEMBEKAL UNTUK UNTUK
MULAKAN PERNIAGAAN ANDA?
JOM KAMI AJAR CARA UNTUK CARI
PEMBEKAL DENGAN CARA YANG
SANGAT MUDAH!
TERUSKAN MEMBACA EBOOK INI
SAMPAI HABIS!
3
TEKNIK DAPATKAN SUPPLIER
Membeli barang dari pembekal bergantung pada bajet yang anda ada. Jadi anda boleh beli
stok barang secara borong ,runcit atau anda juga boleh jadi dropship.
1. BORONG - Jika anda mempunyai bajet yang banyak, saya sarankan anda terus beli
produk dalam kuantiti yang banyak. Maksudnya anda dapatkan stok produk dengan
cara wholesale/borong dan pastikan anda membelinya terus dari pembekal yang
sebenar. Biasanya jika anda beli lebih dari 100 unit, anda akan dapat harga yang murah
daripada pembekal.
2. RUNCIT- Jika anda ada bajet yang sederhana dan nak dapatkan produk di bawah 100
unit, disarankan anda dapatkan stok produk dengan cara belian runcit dari retailer
produk tersebut. Harganya akan jadi sedikit mahal dari wholesale, tetapi masih murah
dari harga pasaran.
3. DROPSHIP – Jika anda betul-betul mahu mulakan perniagaan secara online tanpa
perlukan modal, cara terbaik adalah dengan menjadi agen dropship. Dropship
merupakan salah satu cara perniagaan online yang terkenal zaman sekarang. Anda
boleh rujuk gambar di bawah untuk fahamkan sistem dropship yang sebenar.
Sistem Dropship
4
Dropship adalah satu model perniagaan yang mana anda tidak perlu simpan stok
produk, anda hanya perlu mempromosikan produk di laman web, facebook, instagram
dan pelbagai medium lagi. Apabila anda mendapat tempahan serta bayaran dari
pelanggan, anda perlu membuat tempahan kepada pembekal. Pembekal yang akan
menguruskan tempahan tersebut dan pos kepada pelanggan anda.
Contoh, harga agen dropship untuk 1 kasut ialah RM30, manakala harga pasarannya
ialah RM50, jadi apabila anda jual RM50 kepada pembeli, anda akan untung RM20.
Jadi anda sebagai agen dropship hanya fokus melakukan promosi manakala pembekal
hanya fokus memproses tempahan, urusan pengeposan produk kepada pelanggan
anda dan pengurusan stok.
Tapi untuk dropship di marketplace seperti Shopee,Lazada, 11street dan Lelong
sistemnya agak berbeza sedikit berbanding dropship biasa . Anda boleh rujuk gambar
di bawah untuk fahamkan sistem sebenar dropship di marketplace.
Sistem Dropship di Marketplace
5
Di marketplace anda akan menerima bayaran selepas pelanggan menerima barang yang
telah di hantar oleh pembekal. Untuk memudahkan anda faham saya akan terangkan
satu situasi peniaga yang menjual di Shopee dan menggambil barang dari pembekal
secara dropship.
Contohnya, pembeli membuat tempahan dan bayaran kasut yang berharga RM50 di
store Shopee anda, kemudian anda menerima notification dari store Shopee dan anda
membuat pesanan kepada pembekal anda dengan membayar RM30 menggunakan duit
anda terlebih dahulu. Selepas itu, pembekal akan terus menghantar kasut tersebut
kepada pembeli. Setelah pembeli menerima kasut tersebut barulah anda akan terima
bayaran RM50 dari Shopee.
CARA CARI AGENT DROPSHIP DI FACEBOOK
Ramai yang ingin mulakan perniagaan dengan modal yang rendah. Jadi saya sarankan anda
mencari pembekal untuk dropship di facebook kerana sangat ramai pemilik perniagaan
mengiklankan pernigaan mereka di facebook.
Langkah cari produk dropship di facebook group
1. Taip keyword dropship di ruang search facebook.
2. Klik see all result
6
3. Facebook akan paparkan group-group dropship yang ada. Anda boleh join group yang
mempuinyai ramai members.
4. Anda perlu buat post untuk cari pembekal barang yang anda ingin jual.
5. Ramai pembekal akan komen di ruang komen post anda. Selain itu, anda juga boleh
cari pembekal di post-post orang lain di group tersebut.
7
Contoh-contoh post yang anda boleh buat di group dropship
8
Langkah cari produk dropship di facebook page
1. Taip keyword dropship barang yang anda ingin jual di ruang search facebook.
2. Klik see all result
3. Facebook akan paparkan dropship barang yang anda cari dan anda boleh masuk ke
page berkaitan barang yang anda cari.
9
4. Scroll dalam page yang anda masuk untuk lihat barang-barang yang mereka jual.
Sekiranya anda berminat dengan barang yang di jual anda boleh terus message
mereka untuk urusan seterusnya.
10
CARA CARI AGENT DROPSHIP DI GOOGLE
Google merupakan medium carian yang paling terkenal. Jadi anda juga boleh cuba buat carian
dropship barang yang anda ingin jual di google.
Langkah cari produck dropship di google.
1. Taip keyword dropship barang yang anda ingin jual di ruang search google.
2. Masuk ke website dropship barang yang anda cari
11
3. Setelah masuk ke website dropship anda perlu cari contact no dropship untuk
bertanya lebih detail lagi.
TIPS UNTUK CONTACT DROPSHIP
Apa yang perlu anda tanya ketika contact dropship?
1. Adakah masih lakukan servis dropship produk tersebut?
2. Berapa harga agen dropship dan berapa harga jual di pasaran?
3. Adakah mempunyai yuran untuk jadi agen dropship?
4. Bagaimana proses dropship melalui vendor tersebut?
12
Tahniah kerana berjaya menghabiskan ebook kali ini!
Tapi…kali ni kami dah sediakan action plan supaya anda baca dan terus mulakan
business part time anda.
ACTION PLAN
1. Cari produk hot yang anda ingin jual
2. Market test produk/ Validate di group facebook untuk tengok permintaan
terhadap produk tersebut. Pastikan anda validate di group yang betul.
3. Cari pembekal produk. Anda boleh mulakan dengan dropship terlebih dahulu
untuk mengelakkan sebarang risiko
4. Buat promotion secara percuma di facebook profile, facebook group, shopee,
lazada dan medium lain untuk lajukan jualan anda.
5. Setelah dapat tempahan boleh terus contact agen dropship atau pembekal.
Jika anda pening tak tahu nak jual apa dan takut nak keluarkan modal untuk stok??
Jangan risau sebab kalau korang dapatkan Panduan Part Time Shopee, kami ada
sediakan lebih 200 produk yang boleh di dropship. Jadi anda tak perlu pening cari
stock dan tak perlu pening nak pos barang. Team Kami akan handle semua postage.
Yang paling best anda dapat join group support dan akan di bantu sekiranya ada
masalah berkenaan Shopee.
Nak tahu macam mana nak dapatkan Panduan Part Time Shopee?
Sekarang jualan Panduan Part Time Shopee sudah di buka. Kalau korang serious
berminat nak belajar Shopee dan nak tahu teknik-teknik yang lebih advance, boleh
dapatkan Panduan Part Time Shopee bersama 6 BONUS POWER yang kami sediakan.
Cepat dapatkan kerana bonus ni TERHAD untuk 200 yang terawal sahaja!
buy.aksesinfo.com/shopee