MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA E E 4 4 1 1 2 2 0 0 PENYENGGARAAN & BAIKPULIH ALAT ELEKTRONIK MOHD AFLI B. HJ. ABDULLAH (PKB), WAN ZAIN BIN WAN DOLLAH (PKB) MOHD ASRI BIN MAHMOOD (PKB), MOHD RIZUHAN BIN JAAFAR (PKB). http://modul2poli.blogspot.com/
197
Embed
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
MOHD AFLI B. HJ. ABDULLAH (PKB), WAN ZAIN BIN WAN DOLLAH (PKB) MOHD ASRI BIN MAHMOOD (PKB), MOHD RIZUHAN BIN JAAFAR (PKB).
http://modul2poli.blogspot.com/
BIODATA PENULIS MODUL E4120 PENYELENGGARAAN & BAIKPULIH ALAT
ELEKTRONIK
Nama : Wan Zain bin Wan Dollah No K/P : 650313-03-5605 Alamat : Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kota Bharu Km 24, Pangkal Kalong 16450 Kota Bharu, Kelantan. Telefon : 09-7889344 ext. e-mail : [email protected] Kelulusan : B.Eng (Hons) Electrical Engineering UTM, Sijil Perguruan (MPT) Jawatan : Pensyarah Teknik
Nama : Mohd Afli bin Abdullah No K/P : 610623-03-5145 Alamat : Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kota Bharu Km 24, Pangkal Kalong 16450 Kota Bharu, Kelantan. Telefon : 09-7889344 ext e-mail : Kelulusan : Sarjanamuda Teknologi Serta Pendidikan (Kej. Elektrik)(Kepujian),UTM, Sijil Perguruan (MPT) Jawatan : Pensyarah Teknik
http://modul2poli.blogspot.com/
BIODATA PENULIS MODUL E4120 PENYELENGGARAAN & BAIKPULIH ALAT
ELEKTRONIK
Nama : Mohd Asri bin Mahmood No K/P : 640707-03-5641 Alamat : Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kota Bharu Km 24, Pangkal Kalong 16450 Kota Bharu, Kelantan. . Telefon : 09-7889344 ext. e-mail : [email protected] Kelulusan : B. Eng (Hons) Electrical & Electronic
Engineering, USM Diploma Pendidikan (UTM) Jawatan : Pensyarah Teknik
Nama : Mohd Rizuhan bin Jaffar No K/P : 661011-03-5005 Alamat : Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kota Bharu Km 24, Pangkal Kalong 16450 Kota Bharu, Kelantan. Telefon : 09-7889344 ext e-mail : [email protected] Kelulusan : B.Eng (Hons) Electrical Engineering UTM
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) - UTM, Sijil Perguruan (MPT)
Jawatan : Pensyarah Teknik
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120 PENYENGGARAAN DAN BAIKPULIH ALAT ELEKTRONIK PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL
1. Modul ini dibahagikan kepada 11 unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang
sama.
2. Muka surat dinomborkan berdasar kepada kod subjek, unit dan halaman.
E4120 / UNIT 1 / 5
Subjek
Unit 1
Halaman 5
3. Pada permulaan unit, objektif am dan khusus dinyatakan.
4. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan symbol berikut:-
OBJEKTIF
Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus
setiap pembelajaran.
INPUT
Input mengandungi maklumat yang akan anda pelajari.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120 PENYENGGARAAN DAN BAIKPULIH ALAT ELEKTRONIK
5. Anda perlu mengikuti unit demi unit yang disediakan.
6. Anda boleh meneruskan unit selanjutnya setelah berjaya melalui unit
sebelumnya dan yakin dengan pencapaian anda.
AKTIVITI
Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara aktif
untuk menguji kefahaman anda. Anda perlu ikuti dengan teliti dan
melaksanakan arahan yang diberikan.
MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI
Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang
dikemukakan dalam aktiviti.
PENILAIAN KENDIRI
Penilaian kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap unit.
MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI
Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang
dikemukakan dalam penilaian kendiri.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120 PENYENGGARAAN DAN BAIKPULIH ALAT ELEKTRONIK (i) GRID KURIKULUM Grid kurikulum modul ini adalah berdasarkan kepada kurikulum yang sedang digunakan di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia
TOPIK UNIT SENGGARAAN 1 2 3 4 5 SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM) 6 SISTEM TEATER RUMAH (HOME THEATRE)
7 8
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL 9 10 11 UNIT 1: SENGGARAAN 1.0 Menerangkan definisi dan objektif senggaraan.
1.1 Mencegah dan mengurangkan kerosakan 1.2 Kos senggaraan yang minimum 1.3 Memastikan tempuh hayat mesin
UNIT 2: SENGGARAAN 2.0 Menerangkan fungsi senggaraan.
2.1 Memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi 2.2 Memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan 2.3 Memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara
optimum. UNIT 3: SENGGARAAN 3.0 Mengkelaskan jenis-jenis senggaraan.
E4120 PENYENGGARAAN DAN BAIKPULIH ALAT ELEKTRONIK (ii) UNIT 5: SENGGARAAN 5.0 Menerangkan organisasi senggaraan.
5.1 Pekerja di bahagian senggaraan 5.2 Pasukan senggaraan dalaman 5.3 Pasukan senggaraan luaran
UNIT 6: SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM) 6.0 Menerangkan System Bunyi
6.1 Sistem mono 6.2 Sistem stereo 6.3 Sistem quad 6.4 Sistem surround dan system pro-logic surround 6.5 Pengenalan kepada sistem siaraya 6.6 Kaedah pengagihan kuasa kepada speaker dengan talian 6.7 Pengenalan kepada system “sound reinforcemant” dan perbezaan
dengan Sistem Siaraya 6.8 Fungsi dan kegunaan flat-flat audio, audio mixer,
compresser/limiter,equalizer, delay, sound processor, power amplifier
6.9 Memilih, memasang dan membuat penyambungan Sistem bunyi 6.10 Menyenggara peralatan Sistem Bunyi.
UNIT 7: SISTEM HI-FI DAN SISTEM TEATER RUMAH (HOME
THEATRE) 7.0 Menerangkan dan menganalisa Sistem Hi-Fi.
7.1 Peranti-peranti dan cara pemasangan 7.2 Gambarajah blok dan fungsi setiap blok 7.3 Penguat 7.4 Kawalan nada 7.5 Peranti masukan 7.6 Penala 7.7 Pemain kaset 7.8 Peranti keluaran
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120 PENYENGGARAAN DAN BAIKPULIH ALAT ELEKTRONIK (iii) UNIT 8: SISTEM HI-FI DAN SISTEM TEATER RUMAH (HOME
THEATRE 8.0 Menerangkan dan menganalisa Sistem TeaterRumah
8.1 Peranti-peranti sistem teater rumah 8.2 Melukis Gambarajah Blok Sistem Teater Rumah. 8.3 Fungsi setiap blok. 8.4 Cara Pemasangan Sistem Teater Rumah
UNIT 9: PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL 9.0 Menerangkan dan menganalisa DVD
9.1 Fungsi DVD 9.2 Gambarajah blok dan fungsi setiap blok DVD 9.3 Litar DVD 9.4 Kerosakan dan cara membaiki DVD
UNIT 10: PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL 10.0 Menerangkan dan menganalisa Audio CD
10.1 Fungsi Audio CD 10.2 Gambarajah blok dan fungsi setiap blok Audio CD 10.3 Litar Audio CD 10.4 Kerosakan dan cara membaiki Audio CD
UNIT 11: PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL 11.0 Menerangkan dan menganalisa Digital Audio Tape (DAT)
11.1 Menganalisa Digital Audio Tape (DAT) 11.2 Fungsi DAT 11.3 Gambarajah blok dan fungsi setiap blok DAT 11.4 Litar DAT 11.5 Kerosakan dan cara membaiki DAT
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120 PENYENGGARAAN DAN BAIKPULIH ALAT ELEKTRONIK PERNYATAAN TUJUAN Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar Semester 5 yang mengikuti kursus Diploma di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, POLITEKNIK Malaysia. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep sesuatu unit kearah pembelajaran kendiri atau dengan bimbingan daripada pensyarah. PRA-SYARAT KEMAHIRAN & PENGETAHUAN Pra-syarat untuk mengikuti modul ini adalah lulus dalam modul Baikpulih Alat Elektronik E3006. OBJEK TIF AM Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat:-
• Memahami Senggaraan. • Memahami Sistem Bunyi. • Memahami serta menganalisa Sistem Hi-Fi dan Sistem Teater Rumah. • Memahami Sistem Audio CD.
PERALATAN & SUMBER YANG DIPERLUKAN BERSAMA MODUL
1. Pemain CD, DVD dan DAT 2. Hi-Fi dan PA sistem 3. Litar Skematik CD , DVD dan DAT 4. Sistem Penguat Lengkap ( Mono, Stereo, quad dan surround) 5. Sistem Teater Rumah.
RUJUKAN
1. Neil Heller and Thomas Bentz, Compact Disc Troubleshooting & Repair, Howard W.Sams & Company, 1987
2. George Zwick and Homer, Electronic Troubleshooting Procedures and Servicing Techniques, L. Davidson, 1985
3. Pohlmann, K.C., Principles of Digital Audio (McGraw-Hill Video/Audio Professional), McGraw-Hill,
4. Roger Dressler, Dolby Surround Pro Logic Decoder Principles Of Operation, Dolby Laboratories
5. Bruce bartlet, How to Maintain Your DAT and MDM. 6. DAT Machine Repair Tips and Idioyncrasies, Lats Update July 2000
http://modul2poli.blogspot.com/
SOAL SELIDIK MODUL OLEH PELAJAR
Tajuk Modul : _________________________ Kod Modul : _____________ Nama Pelajar : _______________________ No. Pendaftaran: ____________ Kursus : ____________________________________ Nama Penulis Modul : ______________________________ Sila gunakan skala berikut untuk penilaian anda.
4 Sangat setuju 3 Setuju 2 Tidak setuju 1 Sangat tidak setuju Arahan : Tandakan √ pada ruangan skor yang dipilih.
Bil ELEMEN PENILAIAN SKALA
A. FORMAT 1 2 3 4 1 Susun atur muka surat adalah menarik. 2 Saiz font yang digunakan adalah senang untuk dibaca.
3 Saiz dan jenis gambar serta carta yang digunakan sesuai dengan input.
4 Carta dan gambar senang dibaca dan difahami.
5 Jadual yang digunakan tersusun dengan teratur dan mudah difahami.
6 Teks input disusun dengan cara yang mudah difahami. 7 Semua ayat berbentuk arahan dipamerkan dengan jelas. B. ISI KANDUNGAN 1 2 3 4
8 Saya faham semua objektif dengan jelas. 9 Saya faham pada idea yang disampaikan.
10 Cara persembahan idea adalah menarik. 11 Semua arahan yang diberikan mudah difahami.
12 Saya boleh melaksanakan semua arahan yang diberikan dalam unit ini.
13 Soalan dalam aktiviti adalah mudah dijawab. 14 Saya boleh menjawab soalan-soalan dalam penilaian kendiri. 15 Maklum balas boleh membantu mengenalpasti kesilapan saya. 16 Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami. 17 Gaya penulisan menarik. 18 Saya boleh mengikuti unit ini dengan mudah. 19 Unit ini memudahkan saya mempelajari & memahami topik ini. 20 Penggunaan modul ini menarik minat saya.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 1/1
Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Objektif am : Memahami Sistem Senggaraan
Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-
• Menerangkan definisi dan objektif senggaraan.
• Menerangkan pencegahan dan mengurangkan kerosakan.
• Menerangkan kos senggaraan yang minima.
• Menerangkan tentang tempoh hayat sesebuah mesin.
OBJEKTIF
UNIT 1
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 1/2
Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
1.0 PENGENALAN
Sebelum kita mempelajari penyenggaraan dan baikpulih alat elektronik dengan
lebih luas, kita perlulah mengetahui dan memahami tentang senggaraan itu sendiri seperti
definisi, jenis-jenis senggaraan serta konsep-konsep penting dalam senggaraan. Setelah
mendapat gambaran yang jelas, maka bolehlah kita mempelajari tiap-tiap tajuk tersebut
secara berperingkat-peringkat dengan lebih mudah dan cepat.
Ini adalah unit satu dalam siri Modul Penyenggaraan dan Baikpulih Alat Elektronik
yang mengandungi 11 unit pada keseluruhannya. Anda diharap dapat memulakan unit ini
dengan tenang tetapi bersungguh-sungguh.
Selamat Mencuba
1.1 DEFINISI SENGGARAAN
Mengikut kamus teknikal senggaraan atau “maintenance” adalah kombinasi di
antara semua proses teknikal dan hal yang menghubungkan pergerakan sistem
penyenggaraan (peralatan atau mesin) yang bertujuan untuk menjadikan peralatan dalam
sebuah sistem agar berfungsi mengikut perlaksanaan perancangan yang diperlukan.
Definisi/Istilah dari kamus “Radio Shack's Dictionary of electronic” senggaraan
bermaksud melihat dan menyemak bagi mengesan dan menghapuskan (mencegah) segala
proses yang salah atau kegagalan berfungsi di dalam sebuah peralatan elektronik.
Walau bagaimanapun, definisi kedua senggaraan adalah bertujuan daripada
kewujudan kesan balik (feedback) oleh sebuah peralatan/mesin yang beroperasi secara
senyap dan yang mungkin sempurna di mana mencapai tahap maksima dalam sesebuah
peralatan elektronik.
Input
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 1/3
Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
1.1.1 Contoh aktiviti-aktiviti senggaraan.
Berikut adalah beberapa contoh aktiviti senggaraan yang biasa dilakukan pada
peralatan elektrik/elektronik.
• Mengenalpasti kawasan berlakunya masalah mengikut penentuan yang telah
dirancangkan dan diteliti.
• Menandakan masalah yang dihadapi atau diperolehi dengan membetulkan dan
menyemak segala kesalahan mengikut penentuan yang telah dirancangkan supaya
senang untuk disenggarakan dengan betul dan sempurna.
• Rutin senggaraan motor dilengkapi dengan senarai seperti pemeriksaan berus
karbon, bering, komutator dan suhu kendalian
• Melaraskan regulators mengikut prestasi yang tepat.
• Melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti kesalahan sizing untuk setiap
peralatan.
• Pemeriksaan transmission kuasa mengikut syaratnya.
• Merekodkan data mengenai kendalian sesuatu sistem seperti kelajuan, ketegangan
bacaan arus, voltan dan sebagainya.
1.2 OBJEKTIF SENGGARAAN
Cuba anda fikir, apakah objektif senggaraan ?
Objektif senggaraan adalah seperti berikut;
Dapat mengemaskini sistem peralatan atau sesuatu mesin.
Dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan terhadap peralatan yang
disenggarakan.
Dapat meningkatkan kualiti dan nilai peralatan ke tahap maksimum.
Mempertingkatkan ketahanan dan kelasakan peralatan yang disenggarakan.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 1/4
Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Dapat memudahkan mengenalpasti kerosakan sesuatu peralatan yang
disenggarakan.
Dapat menghasilkan dan menganggarkan kos minimum untuk sebuah peralatan
yang disenggarakan.
Dapat menjangka tempoh hayat mesin yang disenggarakan.
1.3 KOS SENGGARAAN YANG MINIMUM
Untuk meminimumkan kos penyenggaraan, setiap proses senggaraan peralatan
perlulah dirancang dengan teliti. Rajah1.0 menunjukkan satu contoh carta rancangan
senggaraan bagi mengurangkan kos. Kalau dilihat pada carta tersebut didapati, senggaraan
yang dirancang mempunyai perancangan pencengahan, pembaikan, jadual senggaraan dan
syarat dan dasar senggaraan.
Rajah 1.0 : Perancangan Senggaraan
Senggaraaan
Senarai Perancangan Senggaraan
Tiada Perancangan Senggaraan
Perancangan Senggaraan Pencegahan
Senggaraan Pembaikan (Senggaraan
Kecemasan)
Senggaraan Pembaikan (Senggaraan Kecemasan)
Jadual Senggaraan Syarat dan Dasar Senggaraan
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 1/5
Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
1.3.1 Perancangan Senggaraan
Perancangan senggaraan merupakan tempat pengaturan proses senggaraan dan
membawa keluar atau maklumat dengan disertakan perancangan masa depan. Kawalan dan
tempat menyimpan data-data penentuan sebuah perancangan yang hendak dilakukan.
1.3.2 Tiada Perancangan Senggaraan
Merupakan senggaraan yang tidak mempunyai penentuan dalam perancangan untuk
menyelenggarakan sesuatu peralatan atau mesin.
1.3.3 Senggaraan Pencegahan
Pencegahan senggaraan ini membawa maksud sesuatu penentuan yang dibuat
adalah mengikut kepada sesuatu pemerhatian atau menggunakan kriteria yang ada
bersuaian dengan tujuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan dalam
sesuatu sistem yang hendak dibuat.
1.3.4 Senggaraan Pembaikan
Merupakan senggaraan yang dilakukan selepas terjadinya sesuatu kerosakan di
dalam sesuatu peralatan atau mesin yang disenggarakan dan juga bertujuan untuk
menyimpan item mengikut keadaan dimana senggaraan ini boleh melakukan dan
melaksanakan satu fungsi yang diperlukan.
1.3.5 Senggaraan Kecemasan
Senggaraan ini diperlukan dimana untuk membaiki sesuatu mesin atau peralatan
adalah dengan segera untuk mengelakkan daripada menerima akibat yang lebih serius.
Senggaraan ini memakan masa yang agak lama iaitu lebih daripada sehari, biasanya
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 1/6
Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
keputusan akibat daripada terjadinya senggaran ini adalah berpunca daripada penglibatan
persekitaran iaitu angin, kebocoran dan lain-lain.
1.3.6 Syarat dan Dasar Senggaraan
Merupakan senggaraan yang bersifat kepada pencegahan yang bermula daripada
keputusan perbincangan dengan syarat semua item mestilah diulangi (routine ) atau proses
penyambungan monitoring.
1.3.7 Jadual Senggaraan
Merupakan satu sistem jadual yang lengkap yang lebih tertumpu jadual sengaraan
cara-cara pencegahan yang meliputi penentuan masa, hari, nombor pengeoperasian, proses
yang disenggarakan, teknik, kawalan teknikal, dan lain-lain. Dengan adanya sistem
perancangan yang dibuat seperti di atas maka kadar kos minimum dapat ditentukan dan
digunakan sebagai peruntukan untuk satu peralatan atau mesin elektronik. Untuk mendapat
kos yang minimum juga, maka mestilah menggunakan satu dasar sistem yang digunakan
untuk pemeriksaan perancangan dan senggaraan akan mempunyai kos melebihi takat tinggi
iaitu melebihi kos perancangan tetapi kos perancangan juga secara bersesuaian dengan
tujuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan dalam sesuatu sistem yang
hendak dibuat.
Dengan adanya sistem perancangan yang dibuat seperti di atas maka kadar kos
melebihi takat tinggi iaitu melebihi kos perancangan tetapi kos perancangan juga akan
mendahului takat rendah senggaraan perbelanjaan. Untuk sistem perancangan yang lengkap
tidak selalu banyak yang layak dan perlindungan diperlukan untuk mencipta sistem yang
bagus untuk mendapatkan tahap kos yang lebih minimum. Rajah 1.1 menerangkan
perhubungan kos dengan masa bagi penyenggaraan berperancangan dan tanpa perancangan.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 1/7
Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Rajah 1.1: Hubungan di Antara Kos Minima dan Sistem Berperancangan & Tiada
Perancangan
Pelakar senggaraan mestilah melengkapi binaan lakarannya dengan memuaskan, ini
perlu kerana ia dapat mengukuhkan baki di antara kos minimum dengan kos kemudian hari.
Oleh kerana senggaraan ini penting untuk itu bahagian lakaran hendaklah lebih
mengembangkan kaedah yang lebih berkesan dan meramalkan setiap fungsi lakaran yang
menjimatkan. Apabila lakaran atau planning untuk senggaraan lengkap maka ia akan
memperolehi nilai kos yang terbaik. Apabila tiada keuntungan jumlah kos pelaksanaan
sesuatu senggaraan kerapkali susah untuk dinilai dan maklumbalasnya akan menghadkan
senggaraan tersebut akibat kekurangan maklumat yang terbaik.
Rajah 1.2 adalah menerangkan ‘The breakdown of total costs’ yang melibatkan
kepada skop tentang aliran kos. Dimana jumlah kos senggaraan adalah juga melibatkan
kos perkhimatan operasi dan pembersihan.
Kos (RM)
Senggaraan tanpa perancangan
Senggaraan berperancangan
Masa (tahun)
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 1/8
Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Jumlah Kos
(Waktu Senggaran}
Rajah 1.2 : Breakdown of total costs.
1.4 Memastikan Tempoh Hayat Mesin
Jangka hayat bagi setiap mesin biasanya tidak tetap dimana bergantung kepada
beberapa faktor tertentu. Selain dari itu juga ianya turut bergantung kepada jenis mesin
ataupun peralatan yang digunakan dan dimana ianya digunakan. Kebiasanya cara dan jenis
senggaraan pencegahan yang, dilakukan ke atas mesin tersebut yang mana perlu mengikut
cara yang betul, contohnya sengaraan yang tidak sewajarnya dilakukan ke atas motor
elektrik dan penjana akan menyebabkan kewujudan habuk dan kotoran melekat padanya
yang boleh menyebabkan berlakunya hakisan pada bearing. Seharusnya sistem senggaraan
berjadual perlu diwujudkan bagi memastikan setiap peralatan sentiasa disenggarakan .
Selain daripada itu faktor perubahan suhu, tahap kelembapan, keadaaan persekitaran
yang berkimia turut memendekkan tempoh hayat mesin terutama peralatan elektronik yang
mudah rosak seperti Pemacu Elektronik dan PLC yang banyak digunakan di dalam industri.
Kos Permulaan Kos Pengguna
Kos Tanah Kos Pembinaan Bayaran Profesional
Aliran Kos Tukaran Penempatan
Penyenggaraan Khidmat operasi (Operasi & Pembersihan
Kadar (rates) Insuran
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 1/9
Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Cara penggunaan juga banyak mempengaruhi tempoh hayat mesin terutama kepada
peralatan yang melibatkan penggunaan di dalam rumah seperti radio, televisyen dan
komputer peribadi. Kebanyakkan peralatan ini kurang diselenggarakan oleh penggunanya
dan mungkin juga terdapat kesalahan cara penggunaan.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 1/10
Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Soalan 1 Terangkan definisi senggaraan. Soalan 2 Nyatakan syarat operasi di bawah takat normal dan lingkungan kawalan senggaraan. Soalan 3 Huraikan matlamat objektif senggaraan. Soalan 4
Anda dikehendaki merujuk kepada Rajah 1.1 pada modul ini, cuba terangkan apakah yang
hendak di sampaikan oleh rajah tersebut.
AKTIVITI 1
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 1/11
Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Soalan 1
Senggaraan atau “maintenance” adalah kombinasi di antara semua proses teknikal dan hal
yang menghubungkan pergerakan system penyenggaraan (peralatan atau mesin) yang
bertujuan untuk menjadikan peralatan dalam sebuah system agar berfungsi mengikut
perlaksanaan perancangan yang diperlukan.
Soalan 2
Syarat-syarat operasi di bawah takat normal dan linkungan kawalan senggaraan adalah:-
• Mengenalpasti kawasan berlakunya masalah mengikut penentuan yang telah
dirancangkan dan diteliti.
• Menandakan masalah yang dihadapi atau diperolehi dengan membetulkan dan
menyemak segala kesalahan mengikut penentuan yang telah dirancangkan supaya
senang untuk disengarakan dengan betul dan sempurna.
• Routine senggaraan motor dilengkapi dengan senarai: pemeriksaan brushes,
bearing, commutator dan suhu kendalian
• Melaraskan regulators mengikut performance yang tepat.
• Melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti kesalahan sizing untuk setiap
peralatan.
• Pemeriksaan transmission kuasa mengikut syaratnya.
MAKLUMBALAS 1
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 1/12
Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
• Merekodkan parameter system ( Speed, tension, amperes, voltan etc ) meliputi
oscilloscope traces dan carta rakaman.
Soalan 3
Matlamat objektif senggaraan adalah :-
• Dapat mengemaskini sistem peralatan atau mesin elektronik.
• Dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan terhadap peralatan yang
disenggarakan.
• Dapat meningkatkan kualiti dan nilai peralatan ke tahap maksimum.
• Mempertingkatkan ketahanan dan kelasakan peralatan yang disenggarakan.
• Dapat memudahkan mengenalpasti kerosakan sesuatu peralatan yang
disenggarakan.
• Dapat menghasilkan dan menganggarkan kos minimum untuk sebuah peralatan
yang disenggarakan.
• Dapat menjangka tempoh hayat mesin yang disenggarakan.
Soalan 4
Adakan perbincangan dengan pensyarah anda di dalam kelas.
MAKLUMBALAS 1
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 1/13
Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Soalan 1 Apakah yang dimaksudkan dengan pencegahan bagi mengurangkan kerosakan dalam senggaraan.? Soalan 2 Terangkan dengan ringkas bagaimana kos senggaraan dapat diminimakan. Soalan 3 Apakah factor yang memendekkan tempoh hayat sesebuah mesin yang menggunakan komponen elektronik.?
PENILAIAN KENDIRI 1A
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 1/14
Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Jawapan 1
Pencegahan bagi mengurangkan kerosakkan dalam senggaraan Senggaraan ini membawa
maksud sesuatu penentuan yang dibuat adalah mengikut kepada sesuatu pemerhatian atau
menggunakan kriteria yang ada bersuaian dengan tujuan untuk pengurangkan kemungkinan
berlakunya kegagalan dalam sesuatu sistem yang hendak dibuat.
Jawapan 2
Untuk meminimakan kos senggaraan, setiap kerja-kerja senggaraan perlulah dirancang
dengan teliti dan setiap perancangan senggaraan mesti pempunyai bahagian-bahahian
seperti senggaraan pencegahan, pembaikan, jadual senggaraan dan syarat-syarat dan dasar
senggaraan.
Jawapan 3 Faktor yang memendekkan tempuh hayat sesebuah mesin yang menggunakan komponen
elektronik adalah faktor perubahan suhu, tahap kelembapan, keadaaan persekitaran yang
berkimia turut memendekkan tempoh hayat mesin terutama peralatan elektronik yang mudah
rosak seperti Pemacu Elektronik dan PLC yang banyak digunakan di dalam industri. Cara
penggunaan juga banyak mempengaruhi tempoh hayat mesin terutama kepada peralatan yang
melibatkan penggunaan di dalam rumah seperti radio, televisyen dan komputer peribadi.
Kebanyakkan peralatan ini kurang diselenggarakan oleh penggunanya dan mungkin terdapat
kesalahan cara penggunaan.
MAKLUMBALAS KENDIRI 1A
Adakah anda telah mencuba dahulu ?
Jika “YA”, sila semak jawapan anda
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 1/15
Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
(case study)
Anda dikehendaki membuat kajian/tinjauan di sebuah kedai komputer. Anda dikehendaki
mendapatkan maklumat tentang kos senggaraan bagi sebuah komputer dan tentukan faktor-
faktor yang menyebakan peningkatan kos senggaraan. Cadangkan langkah-langkah yang
diambil untuk meminimakan kos senggaraan.
PENILAIAN KENDIRI 1B
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 1/16
Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Anda seharusnya membuat tinjauan ke atas syarikat-
syarikat tersebut.
Bincanglah jawapan anda dengan pensyarah anda.
MAKLUMBALAS KENDIRI 1B
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 2/1
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Objektif am : Memahami Fungsi Senggaraan
Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-
• Menerangkan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi.
• Mempastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan.
• Mempastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara
optimum.
• Menerangkan fungsi senggaraan.
OBJEKTIF
UNIT 2
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 2/2
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
2.0 Fungsi Senggaraan.
Senggaraan berfungsi untuk :-
1. Memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi
2. Memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan
3. Memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara optimum
2.1 Memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi
Seringkali berlaku barangan atau komponen yang dibeli dari kedai atau barangan
ektronik yang dihasilkan sering tidak memenuh spesifikasi atau kehendak. Ini mungkin
disebabkan oleh beberapa faktor dan di antaranya ialah :-
a. Komponen yang ada dalam litar.
b. Silap aturcara proses.
c. Keupayaan komponen melebihi piawai.
d. Kesilapan install dalam operasi
e. Tekanan dari keadaan sekeliling.
Sebagai seorang pengguna atau juga seorang pembuat barangan elektronik, kita
haruslah peka dalam memastikan sesuatu barangan itu memenuhi spesifikasi atau tidak.
Oleh yang demikian bagi merealitikan perkara yang telah dinyatakan tadi, penyenggaraan
menyeluruh amatlah diperlukan.
Input
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 2/3
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
2.1.1 Penyelenggaraan Menyeluruh.
Penyelenggaraan menyeluruh merangkumi perkara-perkara seperti berikut.
1. Pengetahuaan yang dimiliki.
2. Pelindungan.
3. Pembaikan.
4. Pemeriksaan.
Pengetahuan yang dimiliki.
Pengetahuan disini bermaksud apakah kebolehan atau kekurangan yang ada pada
barangan atau komponen tersebut . Sebagai pengguna atau pembuat, kita hendaklah tahu
ketahanan komponen tersebut. lni termasuklah ketahanan dari segi suhu, getaran dan juga
peringkat akhir had produk. Selain ketahan perkara lain yang perlu diambil kira bagi
memastikan barangan memenuhi spesifikasi adalah:-
a. Kepekaan.
b. Ketepatan.
c. Kejituan
d. Kelinaran.
e. Histeris.
Sekiranya pengetahuan sebegini dimiliki, sudah pastilah kita mengetahui sama ada
barangan tersebut memenuhi spesifikasi atau tidak.
Pelindungan
Dengan pengetahuan yang dimiliki atau yang telah dinyatakan tadi, sudah pastilah
kita mampu memberi pelindungan yang maksimum kepada barangan yang dimiliki.
Sebagai contoh ketahanan, katakanlah ketahanan suhu .Sekiranya komponen tersebut tidak
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 2/4
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
mampu menahan suhu yang panas dan getaran yang kuat oleh itu kita terpaksa meletakkan
disuhu yang sejuk tanpa mempunyai getaran yang kuat dengan ini kita telah memberi
pelindungan kepada komponen atau barangan tersebut.
Pembaikan
Bagi memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi. Pembaikan
hendaklah sentiasa dilakukan. Tidak kira kecil atau besar, sekiranya kerosakkan berlaku
sehingga mampu melumpuhkan operasi dan ketahanan barang. Maka pembaikan harus
dibuat dengan segera.
Pemeriksaan
Pemeriksaan adalah perkara yang amat penting dalam penyenggaraan Menyeluruh.
Bagi memastikan pemeriksaan sentiasa dilakukakan, satu buku rekod hendaklah dlsediakan
agar pemeriksaan dijalankan mengikut prosedur . Pemeriksaan terbaik adalah pemeriksaan
yang merangkumi pemeriksaan harian, mingguan, bulanan dan juga pemeriksaan tahunan.
Dengan ini spesifikasi dan jangka hayat sesuatu barangan dapat ditentukan. Untuk
pemeriksaan juga terdapat pelbagai alatan pengukuran yang mampu digunakan untuk
mengukur ketahanan barangan elektronik, ini termasuklah seperti Osiloskop, Ammeter,
Voltmeter, Ohmmeter atau juga meter pelbagai. Dengan peralatan seperti ini pengukuran
dapat dijalankan dengan lebih mudah dan sistematik
2.2 Memastikan Kos Barangan Yang Dihasilkan Berpatutan.
Untuk memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan , perkara utama yang
perlu diambil kira ialah dengan membuat ANALISIS. Tidak kira sesiapun samada individu,
kumpulan ataupun syarikat besar sekalipun, ana1isis perlu di1akukan agar kos barangan
yang dihasilkan dapat memberi pulangan yang berpatutan kepada mereka. Kos yang
dimaksudkan disini ialah dari segi kos kewangan (Untung/ Rugi), tenaga kerja, masa dan
sebagainya.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 2/5
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Bagi sebuah Firma yang besar seperti Industri, analisis merangkumi kos seperti berikut : -
1. Kos hilang masa operasi ( operation time loss)
~ Masa ketika penyelenggaraan.
~ Masa untuk melakukan pembaikan/baikpu1ih.
~ Masa ketika melaporkan sebarang masalah.
2. Kos Penyelenggaraan.
3. Kos Tenaga Kerja.
4. Kos ketika "machine breakdown"
Keempat-empat kos ini amat penting untuk dianalisis bagi firma tersebut agar
barangan yang dihasilakn mampu memberi keuntungan yang berpatutan kepada mereka.
Bagi individu pula atau pengguna, untuk memastikan barangan yang diperolehi atau dibeli
berpatutan dengan harga yang ditawarkan maka perkara yang harus dilakukan ialah dengan
melakukan pemeriksaan. Pemeriksaan di sini bermaksud pemeriksaan kebolehan dan
kekurangan yang terdapat pada barangan tersebut.
2.3 Memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara optimum.
Untuk memastikan agar mesin atau perlatan dapat digunakan secara optimum,
beberapa langkah perlu dilaksanakan sebagai contohnya; penyelenggaraan bagi mesin atau
alatan perlu dilakukan dengan segera. Tahap keupayaan bahagian ini akan mengurangkan
kos dan meningkatkan hasil. Antara bahagian penyenggaraan yang diperlukan ialah
seperti:-
a) Breakdown Maintenance (Penyenggaraan Kerosakan)
- Dilakukan setelah mesin atau peratalan mengalami kerosakan.
b) Preventive Maintenance (Penyenggaraan Pencegahan)
- Dilakukan sebelum mesin mengalami kerosakan untuk mengelakkan
kerosakan yan lebih besar akan berlaku.
.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 2/6
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
c) Predictive Maintenance (Penyenggaraan Jangkaan)
Kaedah ini adalah salah satu daripada senggaraan cegahan.la dilakukan dengan
membuat analisa ke atas keadaan mesin untuk mengesan masaalah atau kerosakan. Analisa
dibuat berpandukan beberapa kriteria atau parameter mengikut jenis mesin seperti keadaan
getaran, suhu dan aliran bendalir (penyejuk, pelincir dan sebagainya). Proses ini dilakukan
tanpa mengganggu jadual pengeluaran.
d) Condition-based Maintenance (Penyenggaraan Berdasarkan Keadaan)
Senggaran ini dilakukan apabila perlu sahaja bagi sesetengah mesin yang
mempunyai sistem pengurusan berterusan. Ia dilakukan dengan menggunakan sistem PLC
(programmable Logic Controller) dimana ia disambungkan dengan mesin terus kepada
komputer yang mengawasi keadaan mesin tersebut ketika beroperasi. Jika terdapat masalah
ke atas mesin, komputer akan membuat penjajaran secara automatik atau komputer akan
mengeluarkan tanda amaran jika mesin tersebut perlu dibaiki atau diservis secara manual.
Kaedah ini akan memberikan keadaan mesin yang beroperasi dalam keadaan optimum.
Kaedah ini amat efektif tetapi kos permulaan untuk pemasangan alat PLC agak tinggi tetapi
ia memberikan pulangan jangka panjang yang amat tinggi.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 2/7
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Soalan 1
Kenapakah barangan yang dibeli selalunya tidak memenuhi spesifikasi atau kehendak
pengguna ?
Soalan 2
Mengapakah perlu dilakukan penyenggaraan menyeluruh terhadap seseuatu peralatan atau
perkakasan ?
Soalan 3
Nyatakan perkara-perkara asas yang perlu di dalam melakukan penyenggaraan
menyeluruh.
Soalan 4
Nyatakan Pengetahuan yang perlu ada semasa menentukan sesuatu barangan itu memenuhi
spesifikasi.
AKTIVITI 2
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 2/8
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Soalan 5
Apakah yang dimaksudkan dengan perlindungan di dalam penyenggaraan menyeluruh.
Soalan 6
Apakah jenis kos yang perlu di ambil kira supaya barangan yang dihasilkan mempunyai
kos yang berpatutan.
Soalan 7
Senaraikan bahagian penyenggaraan yang diperlukan bagi memastikan mesin atau
peralatan dapat digunakan secara optima.
AKTIVITI 2
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 2/9
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Soalan 1
Terdapat beberapa factor seperti berikut;
a. Komponen yang ada dalam litar.
b. Silap aturcara proses.
c. Keupayaan komponen melebihi piawaian.
d. Kesilapan dalam operasi
e. Tekanan dari keadaan sekeliling.
Soalan 2
Supaya peralatan atau perkakasan tersebut sentiasa memenuhi spesifikasi.
Soalan 3
a. Pengetahuaan yang dimiliki.
b. Pembaikan
c. Pelindungan.
d. Pemeriksaan
Soalan 4
Pengetahuan tentang kebolehan atau kekurangan yang ada pada barangan/komponen seperti
ketahanan terhadap suhu, getaran dan peringkat akhir produk.
MAKLUMBALAS 2
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 2/10
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Soalan 5
Adalah kaedah melindungi barangan atau komponen. Sebagai contohnya perlindungan
terhadap ketahanan alatan, seperti suhu dan getaran. Sekiranya komponen tersebut tidak
mampu menahan suhu yang panas dan getaran yang kuat oleh itu kita terpaksa meletakkan
di suhu yang sejuk tanpa mempunyai getaran yang kuat dengan ini kita telah memberi
pelindungan kepada komponen atau barangan tersebut.
Soalan 6
Jenis kos yang perlu diambil kira adalah;-
1. Kos hilang masa operasi ( operation time loss)
~ Masa ketika penyelenggaraan.
~ Masa untuk melakukan pembaikan/baikpu1ih.
~ Masa ketika melaporkan sebarang masalah.
2. Kos Penyelenggaraan.
3. Kos Tenaga Kerja.
4. Kos ketika "machine breakdown"
Soalan 7
a) Breakdown Maintenance. (Penyenggaraan Kerosakan)
b) Preventive Maintenance.(Penyenggaraan Pencegahan)
c) Predictive Maintenance.(Penyenggaraan Jangkaan)
d) Condition-based Maintenance.(Penyenggaraan Berdasarkan Keadaan)
MAKLUMBALAS 2
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 2/11
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan
semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul,
sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba, semoga berjaya !!!!!!
Soalan 2-1
Senaraikan 3 fungsi Senggaraan.
Soalan 2-2
Bandingkan di antara Penyenggaraan Kerosakan dengan Penyenggaraan Pencegahan.
Soalan 2-3
Terangkan skop analisis yang dibuat bagi memastikan kos barangan yang dihasilkan
berpatutan.
PENILAIAN KENDIRI
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 2/12
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Jawapan 2-1
1. Memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi
2. Memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan
3. Memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara optimum
Jawapan 2-2
Penyenggaraan Kerosakan Penyenggaraan Pencegahan
Dilakukan ketika mesin/alat sedang
beroperasi
Penjagaan mesin seperti pemeriksaan &
penjajaran semula mesin
membuat service terhadap mesin rosak Membuat service terhadap mesin masih
beroperasi
Jawapan 2-3
i. Kos hilang semasa operasi
ii. Kos Penyenggaraan
iii. Kos Tenaga Kerja
iv. Kos Ketika mesin “breakdown”
MAKLUMBALAS
Adakah anda telah mencuba dahulu ?
Jika “YA”, sila semak jawapan anda
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 3/1
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Objektif am : Memahami Jenis-jenis Senggaraan
Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-
• Menerangkan tentang Senggaraan Kerosakan.
• Menerangkan tentang Senggaraan Perlindungan.
• Menerangkan tentang Senggaraan Pembaikan.
• Menerangkan tentang Senggaraan Ubahsuai.
OBJEKTIF
UNIT 3
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 3/2
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
3.0 PENGKELASAN JENIS-JENIS SEGGARAAN
3.1 Senggaraan Kerosakan
Ia dilakukan apabila mesin atau peralatan mengalami kerosakan ketika sedang
beroperasi. Kebiasaannya juruteknik akan hanya membuat servis keatas mesin yang mengalami
kerosakan. Kaedah ini cepat tetapi untuk sesetengah mesin ianya tidaklah berkesan dari segi kos.
Pada kebiasaannya punca kerosakan bagi sesebuah peralatan elektrik adalah disebabkan
oleh bahagian-bahagian atau komponen di dalam peralatan tersebut mengalami kerosakan kerana
telah lama beroperasi. Tanpa penjagaan rapi komponen di dalam litar akan lebih mudah rosak.
Sebagai contoh, berikut adalah jenis-jenis kerosakkan yang biasa berlaku bagi sebuah radio:-
3.1.1 Kerosakan Litar Bekalan Kuasa
Kerosakkan alat ubah kuasa
Salah satu gelung alatubah terbakar putus (litar buka), bekalan elektrik radio akan
terganggu, misalnya lilitan utama atau dinamakan gelung utama putus, radio tidak dapat bekalan
elektrik.
Kerosakan Kapasitor Penapis Masukan
Litar Pintas
Kapasitor penapis berkeadaan selari dengan punca positif dan punca negatif voltan
tinggi. Kapasitor ini bertujuan untuk menyimpan cas dan membuang cas supaya arus arusterus
Input
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 3/3
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
licin dan tetap. Kalau ia kurang baik/sempurna ia akan mudah rosak, misalnya apabila C1
berlaku litar pintas, beban arus tinggi yang melalui diod penerus adalah lebih daripada arus
biasa. Ini menyebabkan ia panas dan terbakar.
Litar Buka
Kapasitor elektrolitik dibuat daripada bahan elektrolitik, setelah lama digunakan kesan
kimia itu akan diwap mengakibatkan kekurangan dan kering, menyebabkan kapasitor hilang
keupayaan. Apabila keupayaan berkurang daripada nilai tertentu radio akan berdengung lebih
daripada biasa. Voltan arus akan menjadi lebih rendah daripada biasa, kadang kala kerana buatan
kapasitor kurang baik akan menyebabkan sambungan di dalamnya akan tertanggal
mengakibatkan litar buka.
Kebocoran
Kapasitor elektrolitik memang mempunyai sedikit kebocoran. Setiap microfarad
dipasang kepada 300 voltan arus terus, arus kebocoran adalah lebih kurang 0.1-0.25 miliampiar.
Sebuah kapasitor yang baik kebocorannya tidak melebihi 10 ohm. Kebocoran yang lebih
mengakibatkan bahan kimia meleleh keluar. Bagi menguji samaada kapasitor tersebut rosak atau
sebaliknya, laraskan meter pada julat ohm, apabila jarum meter naik mendadak kemudian turun
perlahan-lahan ini menunjukkan kapasitor tersebut berada dalam keadaan baik manakala jika
jarum meter tidak berlaku apa-apa perubahan, kapasitor tersebut mengalami kebocoran atau
rosak.
3.2 Senggaraan Perlindungan
Ia meliputi proses penjagaan peralatan dari segi membuat pemeriksaan dan penjajaran
semula peralatan tersebut. Kaedah ini lebih praktikal kerana setiap peralatan akan dibetulkan dari
dari semasa ke semasa ketika proses pemeriksaan. Ini akan meningkatkan tempoh hayat
peralatan dan mengelakkannya dari mengalami kerosakan ketika sedang beroperasi
Dengan Pengetahuan yang dimiliki atau yang telah dinyatakan tadi, sudah pastilah kita
mampu memberi pelindungan yang maksimum kepada barangan yang dimiliki. Sebagai contoh
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 3/4
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
ketahanan, katakanlah ketahanan suhu .Sekiranya komponen tersebut tidak mampu menahan
suhu yang panas dan getaran yang kuat oleh itu kita terpaksa meletakkan disuhu yang sejuk
tanpa mempunyai getaran yang kuat dengan ini kita telah memberi pelindungan kepada
komponen atau barangan tersebut.
3.2.1 Cara perlindungan sesebuah peralatan elektrik.
Bagi penjagaan sesebuah peralatan elektrik perlindungan yang berterusan adalah perlu
bagi menjamin jangka hayat sesuatu peralatan elektrik tersebut. Bagi memastikan komponen-
komponen di da1am pera1atan elektrik tersebut berada pada keadaan baik dan tahan lama, buka
casing kemudian bersihkan setiap komponen yang ada pada litar dengan menggunakan sehelai
kain kering dan bersih. Tujuannya adalah untuk memastikan tiada habuk-habuk yang boleh
menyebabkan terhasilnya sedikit elektrostatik yang boleh merosakkan fungsi sesebuah
komponen. Bagi membersihkan pada bahagian yang tersembunyi dan sempit jangan
menggunakan penyembur angin bertekanan tinggi sebaliknya menggunakan berus yang lembut,
ini kerana jika menggunakan penyembur angin akan menyebabkan habuk tersebut berterbangan
pada bahagian lain menyebabkan ia memasuki bahagian-bahagian lain.
Bagi memastikan tiada kerosakkan yang timbul, pastikan wayar-wayar yang
menghubungkan antara satu bahagian ke bahagian yang lain berada pada keadan baik dan diikat
kemas. Pastikan kedudukan wayar tidak bersentuhan dengan komponen-komponen yang
mengeluarkan haba yang tinggi yang menyebabkan wayar tersebut terbuka atau rosak. Jika
berlaku walau sedikit kerosakkan pada wayar tersebut, pastikan wayar tersebut diganti terlebih
dahulu.
Bagi memastikan setiap butang pelarasan pada bahagian peralatan elektrik beroperasi
dengan baik gunakan 'cleaner degreaser'. Semburkan pada bahagian-bahagian yang bergerak.
Bagi peralatan yang menggunakan bateri, pastikan bateri yang sudah habis kuasanya dibuang
bagi memastikan asid yang dikeluarkan bagi bateri lama tidak merosakkan komponen
berhampiran.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 3/5
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
3.3 Senggaraan Pembaikkan
Bagi memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi, pembaikan hendaklah
sentiasa dilakukan. Tidak kira kecil atau besar, sekiranya kerosakkan berlaku sehingga mampu
melumpuhkan operasi dan ketahanan barang. Maka pembaikan harus dibuat.
Bagi membaik pulih peralatan-peralatan elektrik yang rosak, pengetahuan tentang
peralatan tersebut dan kemahiran membaiki adalah sangat perlu, berikut adalah contoh bagi
membaiki sebuah radio (sila rujuk rajah 3.0 di bawah).
Rajah 3.0 : Litar Penguat Pemacu
Jadual 3.1 menunjukkan tanda-tanda kerosakan, cara memeriksa dan tempat kerosakan pada
penguat sebuah radio bagi rajah 3.0 di atas.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 3/6
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Tanda Kerosakan Cara Memeriksa Tempat Kerosakan
Tiada Suara - Pemungut transistor pemacu
tidak mempunyai voltan.
- Isyarat audio alat jana
masukan ke pemungut
transistor pemacu
menghasilkan suara dan
masukan ke tapak transistor
tidak mengeluarkan suara.
1. Gelung pertama
alat ubah masukan
litar buka.
2. Perintang R1 litar
buka.
Suara bising Kawalan bahana dikecilkan
ada juga hingar
Transistor pemacu rosak
Suara Serak Voltan pincang tapak dan
pengeluar sempurna.
Transistor penguat pemacu
rosak.
Suara lemah Voltan pincang tapak dan pengeluar baik.
Kapasitor salur pirau , C4 litar buka.
Kadang-kadang ada suara
Voltan dan arus peringkat penguat pemacu sempurna.
1. Kawalan bahana rosak
2. Kapasitor penjodoh C5 sentuhan kurang baik.
Jadual 3.1 Cara Memeriksa Peringkat penguat Pemacu
3.4. Senggaraan Ubahsuai.
Senggaraan ubahsuai adalah senggaraan yang dilakukan terhadap peralatan mengikut
keperluan semasa ataupun mesin tersebut tidak lagi boleh di perbaiki supaya beroperasi seperti
keadaan asalnya. Ini mungkin berlaku terhadap peralatan-peralatan atau mesin-mesin yang lama
yang mana alat-alat gantinya sukar diperolehi.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 3/7
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
3.1 Senaraikan TIGA jenis-jenis senggaraan.
a…………………………………. b…………………………………. c…………………………………..
3.2 Nyatakan 2 sebab suatu peralatan itu mudah mengalami kerosakan.
b. Perlindungan ~ berterusan-buka casing dan bersih guna kain kering, pasti tiada
habuk yang boleh menghasilkan elektrostatik, gunakan berus yang lembut.
c. Pembaikan ~ pembaikpulih kerosakkan kecil
3.2 Dua sebab peralatan mudah mengalami kerosakkan.
a. Wayar-wayar bersentuhan dengan komponen yang mengeluarkan haba yang
tinggi.
b. Bateri yang sudah habis kuasanya tidak diganti menyebabkan asidnya
merosakkan komponen lain yang berhampiran.
3.3 Tiga jenis kerosakkan yang sering berlaku pada komponen.
a. Terbuka
b. Bocor
c. Pintas
3.4 Langkah-langkah perlindungan peralatan elektrik atau mesin-mesin.
a. Pastikan wayar yang menghubungkan antara satu bahagian ke bahagian yang lain
berada dalam keadaan baik dan diikat dengan kemas.
b. Pastikan kedudukan wayar tidak bersentuhan dengan komponen-komponen yang
mengeluarkan haba yang tinggi yang menyebabkan wayar tersebut terbuka.
MAKLUMBALAS 3
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 3/9
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Soalan 3.1 Nyatakan dua punca utama alat-alat elektrik mudah mengalami kerosakkan. 3.2 Terangkan cara-cara menguji satu kapasitor elektrolitik dan nyatakan berapakah nilai arus
bocor bagi satu kapasitor yang bernilai 1μf yang menggunakan voltan arus terus 300V. 3.3 Apakah tujuan komponen-komponen elektrik dihindari dari habuk-habuk dan bagaimana
cara untuk membersihkannya. 3.4 Nyatakan kerosakan-kerosakan biasa yang berlaku pada penguat pemacu dan komponen
manakah yang mungkin rosak.
PENILAIAN KENDIRI
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 3/10
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Jawapan 3.1 Punca utama alat-alat elektrik mengalami kerosakkan ialah : peralatan tersebut mungkin
sudah lama beroperasi dan tiada penjagaan yang rapi. 3.2 Cara menguji kapasitor elektrolitik ialah dengan menggunakan multimeter julat ohm,
apabila jarum meter naik mendadak kemudian turun perlahan-lahan – ini menunjukkan kapasitor berada dalam keadaan baik dan jika jarum meter tidak berlaku apa-apa perubahan kapasitor tersebut mengalami kebocoran , terbuka atau pintas.Nilai arus bocor bagi kapasitor yang bernilai 1uf yang menggunakan voltan arus terus 300V ialah 0.1-0.25mA dan tidak lebih 10mA.
3.3 Tujuan komponen-komponen elektrik di hindari dari habuk-habuk ialah:-
Untuk memastikan tiada elektrostatik yang boleh merosakkan fungsi sesuatu komponen elektrik- cara membersihnya ialah dengan menggunakan kain kering dan tempat yang sempit guna berus yang lembut dan jangan guna penyembur angin yang bertekanan tinggi.
3.4 Kerosakkan-kerosakkan biasa yang berlaku pada penguat pemacu ialah:-
a. Tiada suara ~Gelung pertama alatubah masukan terbuka atau perintang penjodoh terbuka.
b. Suara serak ~ Transistor penguat pemancu rosak c. Suara bising ~Kawalan bahana kotor atau teras alatubah ulangan antara pecah. d. Suara lemah ~Kapasitor pirau di kaki pengeluar transistor keluaran litar buka. e. Kadang-kadang ada suara ~Kawalan bahana kotor atau sesentuh bahana kurang
baik
MAKLUMBALAS
Adakah anda telah mencuba dahulu ?
Jika “YA”, sila semak jawapan anda
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 4/1
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Objektif am : Memahami Rekod Senggaraan
Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-
• Menghasilkan satu contoh jadual senggaraan.
• Menerangkan tentang kos senggaraan pencegahan.
• Menerangkan tentang kos senggaraan baikpulih.
• Menghasilkan satu rekod senggaraan.
OBJEKTIF
UNIT 4
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 4/2
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
4.0 MENGHASILKAN REKOD SENGGARAAN
4.1 Jadual Senggaraan
Setiap penyelenggaraan yang hendak dan akan dilakukan memerlukan satu jadual
penyelengaraan. Jadual senggaraan amatlah diperlukan kerana seseorang yang ingin
melakukan penyelengaraan akan membuat pemerhatian ke atas apa yang telah dilakukan
semasa senggaraan dijalankan dan juga tarikh senggaraan tersebut dilakukan. Dengan
adanya jadual senggaraan ini maka mudahlah seseorang itu menganalisis tentang
kekerapan peralatan tersebut mengalami kerosakan iaitu apa jenis kerosakannya, bila dan
juga langkah yang telah dilakukan untuk membaikpulih kerosakan tersebut.
Peringkat Jadual Senggaraan
Jadual senggaraan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat yang tertentu di
antaranya ialah:-
a) Jadual senggaraan untuk 25 hingga 50 jam atau bulanan.
b) Jadual senggaraan unutk 300 hingga 500 jam atau 6 bulan
c) Jadual senggaraan untuk 1000 jam atau tahunan.
d) Jadual senggaraan sampingan (jika perlu).
Dengan adanya jadual senggaraan ini maka penyelenggaraan yang dilakukan oleh
seseorang individu atau juruteknik itu akan lebih teratur dan terurus serta lebih selamat. Di
antara jadual senggaraan yang ada di sebelah ialah senggaraan yang dijalankan ke atas
VCR (Video Cassette Recorder).
Input
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 4/3
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Jadual Senggaraan 25-50 Jam atau Bulanan.
Jadual ini terdiri daripada pemeriksaan yang perlu dilakukan setiap 25 hingga 50
jam ataupun setiap satu bulan sekali keatas peralatan elektronik seperti VCR. Di antara
langkah-langkah senggaraan yang harus dilakukan dan direkodkan di dalam jadual bulanan
ini ialah: -
~ Mencuci kepala main balik VCR.
~ Memeriksa kesan kehausan kepala main balik.
~ Memeriksa soket sesentuh yang terdapat pada board dan lain -lain.
Jadual 4.1 di bawah ini adalah contoh jadual senggaraan yang perlu diselenggarakan setiap
25 hingga 50 jam ataupun sebulan sekali.
Perkara Tarikh Jenis kerosakan Langkah diambil
Cuci kepala main balik
Cuci bahagian mekanikal tape
Menyah-magnet pada head
Memeriksa kesan kehausan
Jadual 4.1: Jadual Senggaraan 25-50 jam atau Sebulan
Jadual Senggaraan untuk 300-500 jam ~ 6 bulan.
Manakala jadual 4.2 di bawah ini pula terdiri daripada tugasan yang perlu dilakukan
oleh seseorang individu atau jurukteknik setiap 300-500 jam atau 6 bu1an seka1i. Yang
mana diantara perkara perkara yang sela1u diperiksa setiap 300-500 atau 6 bu1an sekali
ia1ah:-
~ Periksa belts http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 4/4
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
~ Cuci bahagian bawah.
~ Melaras ketegangan belts dan lain- lain.
Di bawah ini ada1ah bentuk jadual dan perkara -perkara yang perlu diselenggarakan pada
setiap 300-500 jam atau 6 bu1an sekali.
Perkara Tarikh Jenis Kerosakan Langkah diambil
Periksa belt
Cuci bahagian bawah
Periksa spring rollers dan capstans shaft
Laras ketengangan belts
Tukar silika gel packet
Cuci penala (tuner)
Jadual 4.2: Jadual Senggaraan 300-500 jam atau 6 Bulan
Jadual Senggaraan untuk 1000 Jam atau Tahunan.
Jadual 4.3 ini merupakan satu jadual yang mempunyai tugasan yang perlu dilakukan
di dalam jarak tempoh masa yang agak jauh iaitu ianya perlu dilakukan setiap 1000 jam
ataupun setiap satu tahun seka1i. Manakala tugasan yang perlu dilakukan dalam jarak masa
im ialah melaras ketetapan kepala main balik . Di bawah ini adalah jadual dan perkara yang
perlu dilakukan.
Perkara Tarikh Jenis Kerosakan Langkah diambil
Melaras semula ketetapan kepala pemain
Membuat pemeriksaan di tempat Service
Jadual 4.3: Jadual Senggaraan 1000 jam atau Tahunan
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 4/5
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
4.2 KOS SENGGARAAN
4.2.1 Pengenalan
Setiap peralatan elektronik mestilah diselenggarakan bagi menjamin keselamatan
dan ketahanan pera1atan tersebut. Setiap pera1atan yang elektronik mempunyai cara
penyelenggaraannya yang tersendiri. Oleh kerana setiap pera1atan elektronik harus
diselenggarakan, maka satu perkara yang harus dititikberatkan dan perlu di ambil kira ke
atas peralatan yang disenggarakan ialah mengenai kos senggaran yang terlibat. Perkara ini
perlu diambil kira dan dititik beratkan oleh setiap pihak yang terlibat adalah supaya tidak
berlakunya pembaziran seperti terlebih barang dan sebagainya ketika penyelenggaraan
di1akukan keatas sesuatu peralatan elektronik.
Setiap pihak terlibat dengan senggaraan harus membuat perancangan yang rapi ke
atas kos senggaraan yang ingin dilakukan, tidak kiralah sama ada penyelenggaraan yang
ingin dilakukan itu ada1ah untuk pencegahan ataupun penyelenggaraan untuk baik pulih
peralatan. Dengan adanya perancangan yang rapi ini maka pihak yang terlibat dapat
menjimatkan kos senggaraan yang terlibat. Di da1am perihal kos senggaraan ini pula ianya
dapat dibahagikan kepada 2 bahagian yang utama iaitu:-
4.2.2 Kos Senggaraan untuk Pencegahan.
Kos senggaraan untuk pencegahan adalah kos yang diperuntukkan keatas peralatan
mahupun perkakasan yang digunakan atau ditukar sebelum sesuatu peralatan elektronik
tersebut mengalami kerosakan yang tidak dikehendaki. Pada kebiasaanya peruntukan ke
atas penyelenggaran pencegahan ini akan digunakan untuk menyediakan peralatan dan
perkara yang perlu ditukar semasa kerja-kerja menyelenggara peralatan elektronik
dijalankan, sebagai contoh:-
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 4/6
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
" Peruntukan yang digunakan untuk menyediakan perkara-perkara yang diperlukan
untuk meyelenggara VCR iaitu menyediakan pencuci kepada main balik setiap satu bulan
sekali bagi menggelakkan daripada kepala main balik mengalami kerosakan. Sekiranya
langkah untuk menyediakan kos untuk senggaraan pencegahan ini dilakukan dengan betul
maka pihak tebabit akan dapat mengelak daripada berlakunya kerosakan-kerosakan yang
lebih teruk dan melibatkan belanja yang lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan kos
yang sepatutnya disediakan untuk senggaraan baik pulih.”
4.2.3 Kos Membaik Pulih.
Kos baikpulih pula ada1ah kos ataupun peruntukan yang digunakan untuk
membaiki peralatan-peralatan elektronik yang telah mengalami kerosakan sama ada ianya
melibatkan komponen ataupun perkara yang lain. Pada kebiasaannya kos yang digunakan
untuk baikpulih ini diperlukan secara kecemasan, ini kerana kerosakan yang akan berlaku
tidak diketahui masanya. Dengan kata lain kos baikpulih adalah kos yang digunakan untuk
menukar komponen-komponen ataupun peralatan yang mengalami kerosakan dan tidak
dapat digunakan lagi.
Kos untuk baikpulih ini terpaksa dikeluarkan oleh pihak yang terlibat bagi
membolehkan pihak berkenaan dapat melakukan tugas seperti sedia kala. Contoh
peruntukkan yang digunakan untuk baik pulih ialah:-
Untuk peralatan biomedical yang seperti mesin x-ray yang mengalami kerosakan
pada salah satu kabel yang penting maka pihak berkenaan harus mengeluarkan peruntukan
untuk membeli kabel berkenaan bagi membolehkan mesin x-ray tersebut berfungsi semula .
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 4/7
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Soalan 1 Apakah tujuannya jadual senggaran bagi sesebuah mesin? Soalan 2 Terangkan maksud kos senggaraan pencegahan. Soalan 3 Jadual senggaraan yang perlu dilakukan oleh seseorang individu atau juruteknik bagi sebuah VCR ada beberapa peringkat antaranya:-
a. Senggaraan kegunaan 25 ~50 jam pertama b. Senggaraan kegunaan 300 ~500 jam atau 6 bulan c. Senggaraan kegunaan 1000 jam atau setahun.
Nyatakan perkara-perkara yang perlu di senggarakan bagi setiap jam / bulan mengikut peringkat – peringkat diatas.
AKTIVITI 4
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 4/8
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Jawapan 1 Tujuan jadual senggaraan bagi sesuatu mesin adalah kerana seseorang yang ingin
melakukan penyelengaraan akan membuat pemerhatian keatas apa yang telah dilakukan
semasa senggaraan dijalankan dan juga tarikh senggaraan tersebut dilakukan. Dengan
adanya jadual senggaraan ini maka mudahlah seseorang itu menganalisis tentang
kekerapan peralatan tersebut mengalami kerosakan iaitu apa jenis kerosakannya, bila dan
juga langkah yang telah dilakukan untuk baik pulih alatan tersebut.
Jawapan 2
Kos senggaraan pencegahan adalah kos yang diperuntukkan keatas peralatan mahupun
perkakasan yang digunakan atau ditukar sebelum sesuatu peralatan elektronik tersebut
mengalami kerosakan yang tidak dikehendaki. Pada kebiasaanya peruntukkan ke atas
penyelenggaran pencegahan ini akan digunakan untuk menyediakan peralatan dan perkara
yang perlu ditukar semasa kerja-kerja meyelenggara peralatan elektronik dijalankan
Jawapan 3
Perkara-perkara yang perlu di senggarakan bagi setiap jam / bulan adalah:-
a. Untuk 25 ~50 jam pertama
~ Mencuci kepala main balik VCR.
~ Memeriksa kesan kehausan kepala main balik.
~ Memeriksa soket sesentuh yang terdapat pada board dan lain -lain.
MAKLUMBALAS 4
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 4/9
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
~ Mencuci bahagian mekanikal tape
~ Menyah magnet pada head
~ Memeriksa kesan kehausan
b. Untuk 300 ~500 jam atau 6 bulan
~ Periksa belts
~ Cuci bahagian bawah
~ Melaras ketegangan belt
~ Periksa spring rollers dan capstans shaft
~ Tukar silica gel packet
~ Cuci penala (tuner)
c. Untuk 1000 jam atau setahun
~ Melaras semula ketetapan kepala main balik
~ Membuat pemeriksaan menyeluruh di pusat service.
MAKLUMBALAS 4
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 4/10
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Soalan 4.1 Berikan perbezaan antara kos penyenggaraan dengan kos baikpulih. 4.2 Nyatakan cara-cara penjagaan untuk memanjangkan hayat kaset video tape. 4.3 Bagaimanakah caranya untuk menggelakkan kehilangan mutu suara dan gambar bagi
pemain VCR? 4.4 Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang individu atau
pemilik sebuah VCR untuk menjamin mutu suara dan gambar yang dihasilkan memuaskan. Buat satu jadual senggaraan yang mana bahagian-bahagian sepatutnya di dahulukan dan berikan jenis kerosakan yang biasa berlaku dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi pemasalahan tersebut.
a. Cuci penala ( tuner ) b. Cuci bahagian bawah c. Cuci bahagian mekanikal tape d. Cuci kepala main balik e. Laras ketegangan belts f. Periksa belt g. Periksa spring rollers dan capstans shaft h. Tukar silica gel packet i. Menyah magnet pada head j. Memeriksa kesan kehausan k. Membuat pemeriksaan di pusat service l. Melaras semula ketetapan kepala pemain balik.
PENILAIAN KENDIRI
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 4/11
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Jawapan
4.1 Kos penyenggaraan adalah kos yang diperlukan untuk menyenggara peralatan
tersebut dari mengalami kerosakan dan juga kos yang diperlukan untuk
membaikpulih kerosakan peralatan tersebut manakala kos baikpulih adalah kos
ataupun peruntukan yang digunakan untuk membaiki peralatan yang telah
mengalami kerosakan sama ada ianya melibatkan komponen ataupun perkara yang
lain. Pada kebiasaannya kos yang digunakan untuk baik pulih ini diperlukan secara
kecemasan ini kerana kerosakan yang akan berlaku tidak diketahui masanya.
Dengan kata lain kos baik pulih adalah kos yang digunakan untuk menukar
komponen-komponen ataupun peralatan yang mengalami kerosakan dan tidak dapat
digunakan lagi.
4.2 Cara-cara penjagaan untuk memanjangkan hayat kaset video tape adalah:-
a. Jangan simpan di tempat suhu yang dingin, lembap atau suhu yang panas –
mesti disimpan di kawasan suhu bilik.
b. Jangan terkena air, alkohol dan debu.
c. Jangan simpan dekat dengan magnet atau punca-punca elektrik yang
mengeluarkan urat daya magnet.
4.3 Cara-cara untuk mengelakkan kehilangan mutu suara dan gambar bagi pemain VCR
adalah :-
MAKLUMBALAS
Adakah anda telah mencuba dahulu ?
Jika “YA”, sila semak jawapan anda
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 4/12
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
a. Jangan memainkan tape yang berkualiti rendah atau yang telah rosak.
b. Jangan kerap mencuci kepala main balik atau membiarkan kepala main balik
kotor.
c. Dapatkan jawapan anda sendiri……
4.4 Susunan turutan langkah-langlah yang perlu diambil oleh seorang pemilik VCR.
PERKARA
JENIS KEROSAKAN LANGKAH DIAMBIL
Cuci kepala main balik Kotor,berkarat atau calar Cuci,tukar baru Cuci bahagian mekanikal tape
Berdebu, Bersih,lap
Menyah magnet pada head
Terdapat habuk magnet di head
Cuci
Memeriksa kesan kehausan
Haus Tukar baru
Periksa belt Putus,kendur Tegangkan,tukar baru Cuci bahagian bawah Berhabuk,berdebu Cuci Periksa spring rollers dan capstans shaft
Spring-lembut,putus Capstans shaft-bergetah,cair
Tukar baru
Laras ketegangan belts Kendur Tegangkan Tukar silica gel packet Kering,cair Tukar baru Cuci penala (tuner) Kotor,berminyak Bersihkan Melaras semula ketetapan kepala pemain
Gambar-bererut,horz.line Suara-bererut,pelahan
Laras
Membuat pemeriksaan di pusat service
Tiada gambar/suara. Hantar ke pusat service
MAKLUMBALAS
Adakah anda telah mencuba dahulu ?
Jika “YA”, sila semak jawapan anda
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 5/1
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Objektif am : Memahami Organisasi Senggaraan
Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-
• Menerangkan tentang pekerja di bahagian senggaraan.
• Menerangkan tentang pasukan senggaraan dalaman.
• Menerangkan tentang pasukan senggaraan luaran.
• Menerangkan satu contoh organisassi senggaraan.
OBJEKTIF
UNIT 5
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 5/2
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
5.0 ORGANISASI SENGGARAAN
Senggaraan bermaksud gabungan di antara tugasan yang perlu dilakukan untuk
menjaga, dan membaikpulih sesuatu barang atau produk kepada satu tahap yang lebih baik
dan memuaskan. Antara tugasan yang berkaitan dengan senggaraan adalah seperti mengajar
cara-cara penggunaan dan penjagaan sesuatu produk atau peralatan.
Terdapat 2 Jenis Tugas Senggaraan Iaitu:-
1. Senggaraan Pencegahan (Preventive Maintanane)
Senggaran Pencegahan (preventive maintenance) bermaksud tugas yang dilakukan
untuk mencegah atau menggelakkan kerosakan.
2. Senggaraan Pembaikan (corrective maintanance)
Senggaraan Pembaikan (corrective maintenance) yang bertujuan untuk kerja-kerja
pembaikan yang perlu dilakukan jika terdapat kerosakan pada peralatan atau produk.
Sistem penyelenggaraan yang betul dan berkesan perlu dibuat supaya tidak berlaku
pembaziran dari segi kos, masa dan tenaga kerja. Perancangan kerja senggaraan berjadual
adalah lebih baik dan efektif dan kerja-kerja penyelenggaraan harian.
Input
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 5/3
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
5.1 PEKERJA Dl BAHAGIAN SENGGARAAN
Pekerja di bahagian senggaraan dibahagikan kepada beberapa bahagian atau unit
mengikut keperluan. Setiap unit ini mempunyai fungsi atau tugas yang tertentu. Terdapat
beberapa pecahan bahagian yang selalu di gunakan pada bahagian senggaraan sesuatu
syarikat :-
Complete In-House Staff
Ia digunakan oleh syarikat di mana pekerja bahagian senggaraan ini digaji sepenuh
masa oleh syarikat tersebut.
Combine In-House Staff
Ini adalah gabungan pekerja tetap syarikat dengan pembekal. Pekerja syarikat
seperti juruteknik akan menjalankan tugasan servis rutin biasa manakala pembekal akan
melakukan sesetengah tugas servis khusus. Selalunya tugas servis ini memerlukan
kepakaran tertentu untuk membaik pulih atau menservis alatan tersebut. Pembekal hanya
dipanggil jika khidmat servis tersebut diperlukan sahaja. Ini kerana ia akan menjimatkan
kos dan mengurangkan bilangan pekerja di bahagian senggaraan.
Contract Maintenance
Ia terdiri oleh penyelia syarikat dan pekerja ( contohnya juruteknik ) kontrak.
Kontraktor akan membekalkan tenaga pekerja yang berkemahiran tertentu dan bekerja di
bawah seliaan penyelia syarikat tersebut. Kaedah ini akan mengurangkan kos training dan
mengurangkan beban masalah pada bahagian pentadbiran. Sebagai contoh pekerja
dibahagikan mengikut unit atau bahagian ialah seperti Rajah 5.0.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 5/4
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
SENGGARAAN
Rajah 5.0: Contoh Pecahan Pekerja Mengikut Unit/Pecahan
Fungsi Setiap Unit
Pengurus Senggaraan
Pengurus bahagian senggaraan ini akan mengawasi pekembangan dan produktiviti
setiap unit dibawahnya. Ia akan membuat pengawasan berdasarkan laporan yang dibuat
setiap oleh pengurus teknikal.
Pengurus Teknikal
Pengurus teknikal akan memberi arahan kepada setiap unit berdasarkan arahan
Pengurus Senggaran. Pengurus teknikal juga akan menyelesaikan apa-apa permasalahan
yang timbul pada setiap unit sebelum dirujuk kepada Pengurus Senggaraan.
Pengurus Senggaraan
Pengurus Teknikal
Penyelia (Stock) Penyelia (Service) Kewangan Site Support (Supplier/Contract)
Kira-kira 32m persegi Kira-kira 64m persegi Kira-kira 80m persegi Kira-kira 100m persegi
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 06/20
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)
persembahan muzik dan vokal. Bagi PA sistemnya sangat sesuai sekali untuk ucapan
syarahan dan sebagainya.
Sistem ini boleh dihasilkan dengan beberapa kaedah yang digunakan untuk
mendapatkan keluaran bunyi yang lebih baik berbanding dengan sistem siaraya.
Penggunaan peralatan-peralatan tambahan lain dapat membantu meningkatkan keupayaan
sistem PA. Cara menentukan kedudukan dan pemilihan tempat yang sesuai bagi
penempatan pembesar suara, kedudukan mikrofon dan keadaaan penonton yang
menyaksikan persembahan tersebut seperti konsert, ceramah dan lain-lain lagi.
6.7.1 Kelebihan Sistem Sound Reinforcement
Di dalam sistem sound reinforcement ini terdapat beberapa unsur-unsur yang
digunakan bagi menghasilkan bunyi yang lebih baik berbanding dengan sistem siaraya.
Antara unsur-unsur yang digunakan ialah seperti:-
a) Reka bentuk sistem
Faktor yang perlu diambilkira di dalam rekabentuk sistem menyeluruh adalah
bahagian mikrofon dan penggunaannya, pimilihan pembesar suara, jenis dan penempatan,
dan kesan keluaran bunyi, bahagian dan penggunaannya. Di dalam sebuah tempat yang
besar misalnya, mungkin akan terdapat suatu keperluan untuk beberapa jumlah pembesar
suara ditentukan kedudukan dalam bahagian yang berbeza tempat, masing-masing dengan
program yang lain. Bunyi-keliling dan kesan keluaran pembesr suara perlu dikaji supaya
tiada gangguan atau hingar yang akan berlaku.
Strategi untuk rekabentuk sistem adalah supaya bunyi yang terhasil nanti adalah
tersebar bukannya dalam satu hala sahaja. Pembesar suara tambahan juga perlu untuk
memastikan kesebaran bunyi serta kesan khas yang terhasil adalah baik bergantung kepada
program serta kedudukan pembesar suara yang ditempatkan.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 06/21
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)
6.7.2 Perbezaan antara Sistem Siaraya dan Sistem Sound Reinforcement.
Didalam hal ini tidak terdapat banyak perbezaan antara sistem siaraya dengan
sistem sound reinforcement. Antara kedua-dua sistem ini masing-masing mempunyai
kelebihan yang hampir serupa kecuali pada penggunaan serta peralatan-peralatan yang
digunakan adalah berbeza kerana sistem siaraya menggunakan peralatan yang dikawal
secara kawalan biasa sementara sistem sound reinforcement menggunakan sistem yang
lebih teratur dan bersistematik.
Antara perbezaan yang ada pada sistem siaraya dengan sistem sound reinforcement
ialah seperti berikut:-
Sistem Siaraya
a) Kawasan penempatan peralatan adalah terhad.
b) Tahap kesebaran bunyi tidak luas
c) Kos sederhana
d) Penggunaan kuasa serta peralatan kurang
e) Sesuai untuk penyiaran umum
f) Mempunyai satu channel sahaja untuk keluaran
g) 1-channel keluaran tersebut mempunyai banyak pembesar suara
Sistem Sound Reinforcement
a) Kawasan penempatan peralatan adalah luas
b) Tahap kesebaran bunyi lebih luas
c) Kos tinggi
d) Penggunaan kuasa tinggi serta peralatan yang banyak.
e) Sesuai untuk pendengaran muzik
f) Mempunyai 2-channel untuk keluaran
g) 2-channel keluaran tersebut masing-masing mempunyai 1 pembesar suara
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 06/22
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)
6.7.3 Penentuan kedudukan pembesar suara
Penempatan pembesar suara adalah merupakan salah satu unsur–unsur yang
digunakan bagi sistem sound reinfotcement. Kedudukan penempatan pembesar suara
adalah bergantung kepada kawasan untuk program yang ingin dijalankan serta tujuan dan
pemilihan pembesar suara yang sesuai.
Ini dilakukan supaya para pendengar atau penonton yang hadir dapat mendengar
keluaran yang dihasilkan dari pembesar suara yang di letakkan secara stratigik itu dengan
sempurna tanpa ada gangguan lain seperti hingar atau bunyian bergema.
Keadaan penyebaran bunyi secara asas yang keluar dari pembesar suara boleh dilihat pada
Rajah 6.7 di bawah ini.
Rajah 6.7. Penyebaran bunyi secara asas
a) Keadaan penyebaran bunyi boleh didapati pada gambarajah diatas. Iaitu
dimana luas penyebaran bunyi yang boleh didengar terletak dititik A,B dan C.
b) Tetapi di titik A tahap bunyi yang didengar adalah sempurna dan kualitinya
adalah bagus.
c) Manakala dititik B dan C tahap bunyi dan kualitinya adalah kurang sedikit
berbanding dengan titik A. d) Ini kerana keadaan bunyi yang keluar melalui pembesar suara pada titik A
adalah dalam keadaan tegak 90° dan terus memberikan tahap penyebaran bunyi
yang jelas dan sempurna tidak seperti pada titik B dan C yang penyebaran
Pembesar suara Titik B titik A Titik C
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 06/23
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)
bunyinya telah tersebar dengan merata atau pun tidak lurus bagi menghasilkan
bunyi yang jelas dan berkualiti. 6.8 Kegunaan Audio Compresser, audio mixer, Equalizer, Delay, Pemproses Bunyi
(Sound Processer) dan Penguat Kuasa (Power amplifier) .
6.8.1 Audio Compressor
Audio compressor (pemampat audio) adalah peralatan yang biasa digunakan di
dalam studio rakaman. Audio compressor digunakan untuk memampatkan atau
menghadkan julat isyarat audio yang dinamik. Penggunaan audio compressor dapat
menghalang pita rakaman mengalami overload bila isyarat terlalu tinggi dan tidak
kehilangan bila isyarat terlalu rendah. Dengan kata lain audio compressor bertugas untuk
merendahkan isyarat audio yang terlalu tinggi untuk didengar dan dalam masa yang sama
meninggikan isyarat audio yang terlalu rendah kepada paras yang sesuai. Sila rujuk rajah
6.8.
Rajah 6.9 di bawah menunjukkan suatu contoh litar audio compressor. Bagi litar
ini perubahan masukan sebanyak 29dB menghasilkan perubahan pada keluaran sebanyak
9dB. Gandaan litar ini dikawal berdasarkan kepada pengesanan isyarat keluaran
menggunakan litar precision rectifier dan juga pengesan puncak (peak detector). Gandaan
juga dapat dikawal secara manual iaitu dengan mengubah suis ke kedudukan VR1 dan
VR1 dilaraskan untuk mengawal gandaan. Sila kaji litar di rajah 6.9 bersama-sama
pensyarah anda !!!!.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 06/24
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)
(Sumber : POPtronix/www.poptronix.com) a. Isyarat bunyi yang kuat (atas) terlalu kuat untuk didengar.
b. Isyarat bunyi perlahan berada di paras hingar untuk didengar
c. Isyarat yang telah dimampatkan – Kedua-dua isyarat kuat dan perlahan berada pada
paras yan sesuai.
Rajah 6.8. Perandingan isyarat yang telah dimampatkan dengan isyarat yan
belum dimampatkan.
Rajah 6.9: Litar Skematik Audio Compressor
6.8.2 Audio mixer
Audio mixer digunakan untuk mencampur berbagai sumber isyarat bunyi. Gandaan
bagi isyarat-isyarat bunyi ini dapat dikawal okeh pengguna mengikut keperluan dan kesan-
kesan khas yang dikehendaki.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 06/25
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)
6.8.3 Audio Graphic Equalizer
Graphic Equalizer digunakan untuk membetulkan isyarat bunyi supaya
bunyi yang dihasilkan seolah-olah menyamai sumber bunyi yang sebenar. Biasanya
equalizer mempunyai galangan masukan yang tinggi supaya isyarat masukannya tidak
akan mengalami kesan beban. Terdapat pelbagai jenis equalizer dipasaran sekarang ini.
Sebagai contoh, litar pada rajah 6.10. merupakan graphic equaliser dengan lima band
frekuensi kawalan.
Bagi litar ini gandaan isyarat pada frekuensi 100Hz, 300Hz, 1kHz, 3kHz dan
10kHz dapat dikawal antara ±10dB. Pada asasnya graphic equalizer adalah terdiri
daripada beberapa bilangan penapis band-pass (band pass filter) yang mana julat frekuensi
tertentu dapat ditapis, digandakan ataupun dilemahkan mengikut kehendak pengguna.
Cuba kaji litar pada rajah 6.10 dan bincangkan dengan pensyarah anda !!!!.
Rajah 6.10 Contoh litar Five Band Graphic Equaliser
6.8.4. Pemproses Bunyi (Sound Processor)
Pemproses bunyi digunakan pada perisian muzik pada komputer. Ianya berfungsi
untuk mengubah dan melaraskan struktur bunyi supaya menghasilkan bunyi yang sebenar.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 06/26
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)
Kesan-kesan yang boleh diberikan oleh pemproses bunyi adalah gema, modulasi keliling,
tremola dan lain-lain. Ia dapat menghasilkan bunyi yang cukup sempurna dan hidup. Ia
berfungsi pada kadar frekuensi audio hampir 48KHz. Bunyi yang dihasilkan adalah kemas
dan ianya dapat didengar dengan jelas dan sempurna. Ia biasa digunakan pada komputer
dan television yang berteknologi tinggi.
6.8.5. Sound Delay Circuit.
Sound delay circuit adalah suatu litar yang dugunakan untk melengahkan bunyi ke
suatu masa tertentu. Biasanya litar ini terdapat dalam litar surround decoder yang mana
keluaran daripada litar delay ini akan disambungkan ke pembesar suara kiri dan kanan
yang ditempatkan di bahagian belakang penonton/pendengar. Dengan adanya litar ini,
bunyi yang didengar seolah-olah benar-benar datang dari belakang. Rajah 6.11 adalah satu
contoh litar delay jenis digital yang digunakan dalam litar surround decoder. Bagi litar ini,
isyarat bunyi akan dilengahkan dalam masa 20 milisaat dan menggunakan litar bersepadu
jenis Mitshubishi M65830.
(Sumber: Elliott Sound Product)
Rajah 6.11. Contoh litar Delay jenis digital
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 06/27
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)
6.8.5. Penguat Kuasa
Fungsi penguat kuasa ini adalah bagi menguatkan dan memberi kestabilkan bunyi
pada rakaman cakera keras. Ia biasa digunakan pada studio rakaman dan pada set
pengambaran filem yang berteknologi tinggi.
6.9 Memilih, Memasang Dan Membuat Penyambungan Sistem Bunyi
Sistem audio ataupun sistem bunyi adalah dimana bunyi dirakam atau diambil
melalui mikrofon dan ditukarkan kepada denyut arus elektrik (isyarat audio) dan kemudian
isyarat ini akan ditukarkan kepada isyarat asal melalui pembesar suara dimana penerima
dapat mendengar bunyi yang dikeluarkan.
Rajah 6.12: Rajah Blok Unsur-unsur Sistem Bunyi
6.9.1 Prosedur Pemilihan dan Perangkaan Sistem Audio
• Menentukan fungsi serta tujuan sistem audio digunakan dan alatan pemasangan
yang dilperlukan adalah merupakan satu prosedur perangkaan sistem.
• Sebelum memulakan sesuatu pemasangan peralatan untuk sistem audio
perancangan yang teliti diperlukan untuk mengetahui spesikasi, anggaran kos serta
tujuan sistem ini digunakan.
• Faktor lain yang berkaitan dengan prosedur perangkaan sistem audio ini ialah
seperti berikut:-
a. mengkaji keadaan bunyi dikawasan pemasangan dan persekitaran.
b. Pemilihan audio sistem dan kedudukan tempat pemasangan ditentukan.
c. Pemasangan dan pendawaian bagi alatan sistem audio yang telah dipilih.
AUDIO CAPTURE
STROERAGE AND TRAMISSION
RECEIVER
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 06/28
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)
d. Membuat lukisan gambarajah blok sistem, gambarajah litar, susunan dan
spesifikasi.
6.10 Menyenggara Peralatan Sistem Bunyi
Pada asasnya penyelenggaraan system bunyi adalah melibatkan kerja-kerja
penyelenggaraan yang melibatkan membaikpulih komponen-komponen atau peralatan
yang terdapat dalam sesuatu system bunyi tersebut seperti pembesar suara, penguat pra,
system pendawaian dan juga penguat kuasa. Komponen yang paling penting dalam system
bunyi adalah system penguatnya. Rajah 6.12 menunjukkan tatacara ujian asas bagi sesuatu
penguat manakala rajah 6.13 menunjukkan rajah skematik bagi system pembesar suara.
6.10.1 Tatacara Ujian Asas
R input
L input
Balance
BassTreble
Stereo IntegratedAmplifier
Audio generator
L loudseaker
Oscilloscop or meter
R loudspeaker
Rajah 6.12 : Tatacara Ujian Asas
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 06/29
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)
woofer
midrange
tweeter
Rajah 6.13 : Litar skematik Pembesar suara
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 06/30
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)
Soalan 1
Dengan bantuan gambarajah yang sesuai terangkan tentang:
a. Sistem Mono
b. Sistem stereo
c. Sistem Quad
Soalan 2
Terangkan perbezaan antara sistem Sound Reinforcement dengan Sistem Siaraya.
Soalan 3
Terangkan dengan secara ringkas tentang Sistem Siaraya.
Soalan 4
Dengan bantuan rajah yang sesuai terangkan tentang satu contoh penyambungan sistem
bunyi . Nyatakan spesifikasi setiap peralatan yang digunakan secara terperinci.
Soalan 5
Merujuk kepada rajah di bawah, kira jumlah rintangan dan kuasa pembesar suara tersebut,
jika rintangan pembesar suara masing-masing bernilai 20 ohm, 40 ohm, 16 ohm, 8 ohm
dan 26 ohm.
AKTIVITI 6
200V
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 06/31
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)
Soalan 1
a) Sistem Mono
• melibatkan satu saluran atau siaran
• mempunyai 1 pembesar suara
• dikenali sebagai monaural atau monophonic
• maklumat yang disampaikan adalah kurang jelas
• mengambil isyarat bunyi pada satu punca sahaja
b) Sistem Stereo
• melibatkan dua saluran atau siaran
• mempunyai 2 pembesar suara
• dikenali sebagai stereophonic
• maklumat yang disampaikan adalah jelas dan berkualiti
• mengambil isyarat bunyi pada dua punca dan pendengar dapat
mendengar bunyi tersebut pada semua arah
c) Sistem Quad
• melibatkan 4 saluran atau siaran
• mempunyai 4 pembesar suara
• dikenali sebagai quadraphonic
• maklumat yang disampaikan adalah jelas dan berkualiti
• mengambil isyarat bunyi pada empat punca dan pendengar dapat
mendengar bunyi tersebut pada semua arah
MAKLUMBALAS 6
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 06/32
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)
Soalan 2
Sistem Siaraya Sound reinforcemant
-Kawasan penempatan peralatan adalah
terhad.
-Tahap kesebaran bunyi tidak luas
-Kos sederhana
-Penggunaan kuasa serta peralatan
kurang
-Sesuai untuk penyiaran umum
-Mempunyai satu channel sahaja untuk
keluaran
-Satu saluran bagi satu keluaran
mempunyai banyak pembesar suara
-Kawasan penempatan peralatan adalah
luas
-Tahap kesebaran bunyi lebih luas
-Kos tinggi
-Penggunaan kuasa tinggi serta peralatan
yang banyak.
-Sesuai untuk pendengaran muzik
-Mempunyai 2-channel untuk keluaran
-2 saluran keluaran tersebut masing-
masing mempunyai 1 pembesar suara
Soalan 3
Oleh kerana suara semulajadi tidak cukup kuat bagi pendengar yang berada jauh dari
sumber bunyi, terutama dalam jumlah yang ramai, maka perlu suatu system siaraya bagi
mengatasinya Keperluan asas dalam sistem siaraya adalah terdiri daripada mikrofon,
penguat kuasa dan pembesar suara. Siaraya mempunyai 2 paras iaitu paras rendah dan
paras tinggi dimana Sistem siaraya paras tinggi digunakan bagi kawasan yang akan
diliputi oleh pembesar suara yang luas seperti di dalam dewan, masjid, stadium dan
Auditorium. Kedudukan pembesar adalah di pepenjuru ruang supaya tidak ada pantulan
berlaku dan ini mengelakkan berlakunya bunyi yang berekor. Manakala Sistem paras
rendah digunakan bagi kaawasan yang sempit dan jumlah pendengar yang sedikit. Ini
seperti bilik kuliah , bilik mesyuarat dan bilik taklimat.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 06/33
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)
Soalan 4
1/RT = 1/20 + 1/40 + 1/16 + 1/8 + 1/26
= 0.278
maka RT = 3.59 ohm
dari formula P=I2R dan V=IR
Maka P = V2/R = (200)2/3.59 = 11.142 KWatt
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 06/34
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)
Soalan 1
Dengan bantuan gambarajah yang sesuai bezakan tentang:
a. Sistem stereo
b. Sistem Quad
Soalan 2
Senaraikan cirri-ciri sistem Sound Reinforcement dan Sistem Siaraya.
Soalan 3
Senaraikan 3 prosedur pemilihan dan perangkaan system audio.
Soalan 4
Lukis dan labelkan rajah tatacara ujian asas bagi suatu penguat stereo.
Soalan 5
Nyatakan 2 daripada komponen system bunyi dan terangkan fungsinya.
Soalan 6
Nyatakan ciri-ciri yang perlu diambilkira semasa memasang sistem bunyi di bilik
mesyuarat.
PENILAIAN KENDIRI 6
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 06/35
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)
Soalan 1
Sistem stereo
Stereo adalah pemain rakaman (record player) yang membekalkan atau
mengeluarkan bunyi dari dua tempat atau arah. Adakalanya, sistem stereo disebut sebagai
‘stereophonic’ dan biasanya hanya dikenali sebagai stereo sahaja.
Rajah 6.1: Gambarajah blok sistem stereo
Satu sistem stereo yang baik dapat menghasilkan ilusi bunyi yang ditetapkan
posisinya seperti merintangi pentas bunyi. Dalam sistem hi-fi, keadaan ini adalah dikenali
sebagai imej stereo (stereo image).
Sistem bunyi stereo tidak hanya menyampaikan maklumat pada satu arah sahaja. Ini
adalah kerana pendengar boleh mengasingkan atau membandingkan bunyi yang didengar.
MAKLUMBALAS KENDIRI 6
Adakah anda telah mencuba dahulu ?
Jika “YA”, sila semak jawapan anda
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 06/36
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)
Kualiti bunyi yang didengar juga boleh diperbaiki dengan mengambil kira keseimbangan,
frekuensi dan akustik bunyi bagi kedua-dua sumber iaitu muzik instrumen dan juga
kawasan sekitar rakaman yang didengari. Rajah 6.1 di atas menunjukkan susunan bagi
system stereo.
Sistem Quad
Sistem quad adalah sistem yang lebih di kenali sebagai Quadraphonik atau lebih jelas lagi
adalah sistem yang menggunakan 4 pembesar suara keluaran. Sistem bunyi ini di letakkan
untuk meninggikan stereo. Walau bagaimanapun, bunyi quadraphonic ini akan
memantulkan kembali bunyi yang di siarkan di dalam sesuatu bilik kepada bunyi yang
lebih baik . Bunyi ini dapat di dengar atau di bezakan oleh para pendengar dari bunyi yang
asal sebelum proses sistem quad. Ia juga bergantung kepada jenis rakaman bunyi yang di
gunakan atau di siarkan.
Soalan 2
Sistem Siaraya
a) Kawasan penempatan peralatan adalah terhad.
b) Tahap kesebaran bunyi tidak luas
c) Kos sederhana
d) Penggunaan kuasa serta peralatan kurang
e) Sesuai untuk penyiaran umum
f) Mempunyai satu channel sahaja untuk keluaran
g) 1-channel keluaran tersebut mempunyai banyak pembesar suara
Sistem Sound Reinforcement
a) Kawasan penempatan peralatan adalah luas
b) Tahap kesebaran bunyi lebih luas
c) Kos tinggi
d) Penggunaan kuasa tinggi serta peralatan yang banyak.
e) Sesuai untuk pendengaran muzik
f) Mempunyai 2-channel untuk keluaran
g) 2-channel keluaran tersebut masing-masing mempunyai 1 pembesar suara
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 06/37
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)
Soalan 3
3 prosedur pemilihan dan perangkaan system audio adalah seperti berikut :-
1. Menentukan fungsi serta tujuan sistem audio digunakan dan alatan pemasangan
yang dilperlukan adalah merupakan satu prosedur perangkaan sistem.
2. Sebelum memulakan sesuatu pemasangan peralatan untuk sistem audio
perancangan yang teliti diperlukan untuk mengetahui spesikasi, anggaran kos serta
tujuan sistem ini digunakan.
3. Faktor lain yang berkaitan dengan prosedur perangkaan sistem audio ini ialah
seperti berikut:-
• mengkaji keadaan bunyi dikawasan pemasangan dan persekitaran.
• Pemilihan audio sistem dan kedudukan tempat pemasangan ditentukan.
• Pemasangan dan pendawaian bagi alatan sistem audio yang telah dipilih.
• Membuat lukisan gambarajah blok sistem, gambarajah litar, susunan dan
spesifikasi.
Soalan 4 Rajah tatacara ujian asas bagi suatu penguat stereo
R input
L input
Balance
BassTreble
Stereo IntegratedAmplifier
Audio generator
L loudseaker
Oscilloscop or meter
R loudspeaker
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 06/38
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)
Soalan 5 Pemproses Bunyi (Sound Processor)
Pemproses bunyi digunakan pada perisian muzik pada komputer. Ianya berfungsi
untuk mengubah dan melaraskan struktur bunyi supaya menghasilkan bunyi yang sebenar.
Kesan-kesan yang boleh diberikan oleh pemproses bunyi adalah gema, modulasi keliling,
tremola dan lain-lain. Ia dapat menghasilkan bunyi yang cukup sempurna dan hidup. Ia
berfungsi pada kadar frekuensi audio hampir 48KHz. Bunyi yang dihasilkan adalah kemas
dan ianya dapat didengar dengan jelas dan sempurna. Ia biasa digunakan pada komputer
dan television yang berteknologi tinggi.
Penguat Kuasa
Fungsi penguat kuasa ini adalah bagi menguatkan dan memberi kestabilkan bunyi pada
rakaman cakera keras. Ia biasa digunakan pada studio rakaman dan pada set pengambaran
filem yang berteknologi tinggi.
Soalan 6
Ciri-ciri yang perlu diambilkira semasa memasang sistem bunyi di bilik mesyuarat
2 ruang hala pembesar suara kuantiti
A B
Keluasan daripada pembesar suara bagi memperolehi tekanan bunyi pada 90dB pada keluaran maksimun pada satu peralatan audio
Keluasan daripada pembesar suara bagi memperolehi tekanan bunyi pada 85dB pada keluaran maksimum pada satu peralatan audio
(15W)
2 4
Kira-kira 10m persegi Kira-kira 14m persegi
Kira-kira 18m persegi Kira-kira 25m persegi
(30W)
2 4
Kira-kira 18m persegi Kira-kira 25m persegi
Kira-kira 32m persegi Kira-kira 45m persegi
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 7/1
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
Objektif am : Mempelajari dan Memahami Sistem
Hi-fi dan Sistem Teater Rumah.
Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat dapat :-
• Menerangkan Sistem Hi-Fi
• Menganalisa Sistem Hi-Fi.
• Mengenal Peranti-peranti Hi-Fi.
• Melukis Gambarajah Blok system Hi-fi.
• Menerangkan Fungsi setiap blok berikut;
i. Penguat ii. Kawalan Suara iii. Peranti Masukan iv. Penala v. Pemain Kaset vi. Peranti Keluaran
• Menerangkan Cara Pemasangan Sistem Hi-Fi.
OBJEKTIF
UNIT 7
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 7/2
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
7.0 Pengenalan
Hari ini ramai pengemar muzik samada di rumah atau di dalam kenderaan ingin
mendapatkan mutu bunyi yang menarik dan baik, oleh itu perancangan yang baik telah di
buat untuk mendapatkan suara ‘high fidelity’ atau ‘hi-fi’. Mutu suara terbaik seperti itulah
yang dicari pengemar audio.
Kita telah diperkenalkan pada produk pemain stereo yang unggul seperti
‘walkman’ yang sangat kecil dan ringan hingga dapat dibawa kemana-mana serta
dilengkapi pula dengan ‘head phone’ yang ringan. Hingga sekarang ‘walkman’ masih lagi
popular biarpun di pasaran ia sudah banyak berkurangan. Agar dapat didengar sambil
belajar, ‘walkman’ kini telah dilengkapi dengan sepasang pembesar suara mini tanpa
mengurangi mutu suaranya.
Memang kebelakangan ini terdapat kurang permintaan terhadap peralatan hi-fi. Ini
bukan lagi zaman untuk berdisko dengan muzik yang berdentam bunyinya. Tetapi
sekarang ini ramai pengguna mula menyukai muzik yang berbentuk ringan, sedap
didengar atau berat tetapi enak buat dijadikan halwa telinga. Sekarang ini nampaknya
pengeluar-pengeluar sistem stereo hi-fi sedang giat merancang produk hi-fi yang canggih,
mudah dibawa dan mudah di tempatkan di mana pun di segenap penjuru ruang. Contohnya
hi-fi jenis compo adalah salah satu produk yang amat popular di saat ini dan banyak
penggemarnya dan sangat sesuai untuk seseorang seperti karyawan, mahasiswa dan orang
perseorangan. Mutu suara serta bunyi yang dihasilkannya amat hebat jika dibandingkan
dengan peringkat hi-fi besar. Dimana hi-fi compo terdiri dari komponen-komponen hi-fi
yang lengkap sehingga kita dapat menikmati sajian hi-fi yang benar-benar memuaskan.
Input
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 7/3
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
7.1 Apa Itu Sistem Hi-Fi ?
Rajah 7.0 dibawah menunjukkan bahagian rangkaian hi-fi stereo mudah. Sistem ini
terdiri dari pra penguat yang dipasang sebagai penguat penyama tape head, penguat pick-
up, penguat mikrofon ataupun hanya sebagai pra penguat linear. Kemudian peringkat
selanjutnya adalah terdiri daripada alat-alat kawalan paras isyarat atau volume, kawalan
suara bass dan treble, dan kawalan keseimbangan stereo atau balance.
Pada peringkat terakhir pula merupakan penguat kuasa yang akan menggerakkan
serta memacu speaker agar dapat mengeluarkan isyarat suara. Rangkaian pra penguat ini
dapat diubahsuaikan supaya sesuai dengan sumber isyarat yang akan kita masukkan.
Rajah 7.0. Rangkaian sistem hi-fi stereo mudah.
Sumber Masukan
Isyarat
Kuasa
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 7/4
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
7.1.1 Pra Penguat
Bila kita ingin menggunakan isyarat-isyarat dari tape head, jarum magnetik, atau
mikrofon sebagai isyarat masukan, maka ia mesti melalui rangkaian penguat isyarat kecil
yang dikenali sebagai pra penguat. Pada peringkat ini semua frekuensi isyarat masukan
akan diperkuat dengan gandaan yang sama besar.
Sebagai contoh, IC uPC1032H buatan NEC digunakan untuk keperluan ini.
Sebagai penguat awal, uPC1032H memenuhi standard low noise dan sesuai bila
digunakan untuk menguatkan isyarat daripada tape head atau isyarat jarum magnetik yang
mana nilainya adalah amat kecil. Pada rajah 7.1 di bawah menunjukkan rangkaian pra
penguat yang sederhana. Rangkaian penyama ditentukan oleh nilai-nilai R1, R2, R3, C2, C3,
dan C4, pemilihan nilai komponen-komponen ini dapat ditentukan dengan merujuk pada
jadual 7.1.
Rajah 7.1. Rangkaian pra penguat menggunakan IC uPC1032H
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 7/5
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
Pra penguat Head Tape Pick Up Mic Aux1
X C:500 pF R:47 k R:47 k R:47 k
R1 810 1k 1 k 1 k
R2 12 k 560 k Hub. Singkat Hub. Singkat
R3 330 k 56 k 100 k 10 k
C2 22 uF 47 uF 47 k 47 uF
C3 - 6,8 nF - -
C4 10 nF 1,5 nF 100 pF -
Jadual 7.1 Jadual nilai-nilai komponen pada pra penguat
7.1.2 RANGKAIAN KAWALAN NADA
Rangkaian kawalan nada pada sistem hi-fi digunakan untuk mengawal gandaan
isyarat dari rangkaian pra penguat. Biasanya isyarat yang dapat dikawal pada peringkat ini
adalah seperti kawalan volume (bahana), kawalan treble, kawalan mid, suis pemilih
loudness dan juga kawalan bass. Pada amnya rangkaian kawalan nada terbahagi kepada
dua jenis iaitu jenis pasif dan juga jenis aktif. Rangkaian kawalan nada jenis aktif terdiri
daripada penapis band-pass yang dibina bersama penguat manakala jenis pasif hanyalah
terdiri daipada penapis-penapis band-pass pada julat frekuensi tertentu. Rajah 7.2 di
bawah menunjukkan rangkaian kawalan nada jenis Baxandall. Rangkaian ini cukup
memadai untuk sistem menerangkan suati sistem hi-fi yang mudah.
Input rangkaian kawalan nada ini adalah melalui suis pemilih yang dapat dipilih
daripada samada dari pra penguat atau sumber lain. Kemudian pada meterupaya 'volume'
dipasangkan suatu rangkaian 'loudness' yang digunakan untuk menonjolkan suara-suara
bass. Untuk potensiometer volume boleh digunakan samada jenis logaritmik (A) ataupun
jenis linear (B). Bila meterupaya linear digunakan maka R6 harus disambungkan supaya
meterupaya tetap bekerja secara logaritmik.
Sebelum masukan litar kawalan nada, terdapat satu penguat transistor yang
disusun dengan konfigurasi colector-base feedback. Pengawal keseimbangan diletakkan
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 7/6
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
pada masukan transistor tersebut, iaitu dengan P2 linear. Suara bass dikawal oleh P3,
sedangkan suara treble dikendalikan oleh P4. Keluaran dari rangkaian kawalan nada diberi
tambahan untuk kemudahan saluran keluar (line out) bagi membolehkan ia dihubungkan
dengan penguat kuasa di luar yang lebih besar.
Rajah 7.2 Rangkaian kawalan nada
7.1.3 Penguat Kuasa Stereo
Penguat kuasa stereo berfungsi untuk menguatkan isyarat yang diambil daripada
rangkaian kawalan nada kepada suatu nilai yang lebih besar supaya isyarat tersebut dapat
menggerakan atau memacu speaker.
Sebagai contoh, IC penguat stereo jenis TA7230P dibincangkan dalam topik ini. IC
ini mengandungi penguat kuasa stereo terbina dalam dan ianya dikeluarkan oleh syarikat
Toshiba dari negara Jepun. Rangkaian luarnya sangat sederhana seperti yang ditunjukkan
pada rajah 7.3. R14, R15, C24, dan C25 pada inputnya merupakan rangkaian low pass filter.
C15 dan C18 digunakan untuk menjodohkan isyarat input dan menghalang voltan a.t. pada
pin 3 dan 8, C16 dan C17 merupakan penjodoh kepada pada isyarat a.u. agar suara-suara
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 7/7
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
frekuensi rendah tidak diredam. C19 adalah bypass filter untuk voltan riak untuk penguat
AF-nya. Keluaran penguat ini diambil dari pin 2 dan 10 melalui kapasitor C22 dan C23,
Manakala bekalan kuasanya dibekalkan pada pin1 dan 8.
Rajah 7.3. Rangkaian penguat kuasa stereo.
7.1.4 Bekalan Kuasa
Bahagian ini tidak boleh tertinggal pada sistem audio mana sekali pun. Di sini
hanya bekalan kuasa yang sederhana dibincangkan seperti yang terdapat pada rajah 7.4
dibawah.
Untuk bekalan kuasa, sebuah transformer tap-tengah digunakan dengan kadaran
1A, 12-0-12 volt. Diod D1 dan D2 berfungsi sebagai liter penerus menukarkan voltan a.u.
kepada voltan a.t. dan ditapis oleh kapasitor C26. Titik positif C26 dibekalkan ke penguat
kuasa, iaitu pada titik VCC. Bekalan kuasa untuk rangkaian kawalan nada dan pra penguat
di ambil dari titik A dan B setelah voltan melalui penapis gyrator R17, C27, R18 dan
transistor BC 107.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 7/8
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
Rajah 7.4 Litar bekalan kuasa.
7.1.5 Litar Hi-Fi Lengkap
Rajah 7.5 merupakan litar lengkap dari sistem stereo hi-fi ini. Setelah mengenal
bahagian-bahagian dengan secara satu persatu, kita juga dapat menggabungkan bahagian-
bahagian yang telah dibincangkan di atas secara lengkap.
Rajah 7.5. Litar lengkap penguat stereo hi-fi
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 7/9
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
7.2 Rajah Blok Sistem Hi-Fi
Gabungan bahagian-bahagian yang dibincangkan dalam bahagian 7.1.1 hingga 7.1.5
dapat digambarkan menggunakan gambarajah blok seperti di bawah :-
Rajah 7.6. Rajah blok system hi-fi.
7.3 Fungsi Setiap Blok Fungsi setiap blok seperti yang digambarkan pada rajah 7.6 di atas boleh diterangkan seperti berikut ;
1. Tranduser masukan 1.1 Mikrofon
- Menukar isyarat bunyi kepada isyarat audio
1.2. Tape head
- Bahan rakaman magnetic kepada isyarat audio
1.3. Antena
- Menukar isyarat gelombang kepada isyarat frekuensi radio.
2. Pra-penguat 1dan 2
- Menguatkan isyarat audio untuk dihantar ke penguat pemacu
3. Kawalan nada
1
3
2 Penguat pemacu
Penguat kuasa
Pra - penguat
Tranduser masukan seperti mic, tape head dsb.
speaker
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 7/10
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
• Volume / bahana
- mengawal isyarat audio
- mengawal amplitud isyarat audio
- kawalan maksima
• Bass
- mengawal amplitud isyarat frekuensi rendah diperlukan atau tidak
• Treble
- mengawal isyarat frekuensi tinggi perlu atau tidak
6. Penguat pemacu
- menguatkan isyarat yang diterima dari litar kawalan nada
- Pemisah fasa : jika penguat kuasa menggunakn jenis tolak-tarik
- Memandu / memacu penguat kuasa supaya bekerja
7. Penguat kuasa
- biasanya menggunakan penguat dari jenis tolak tarik.
- Menguatkan isyarat dari penguat pemacu ke nilai yang sesuai supaya dapat
memacu speaker
8. Speaker
- menukarkan isyarat audio kepada isyarat bunyi
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 7/11
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
7.4 Cara Pemasangan Sistem Hi-Fi
Rajah 7.7 di bawah menunjukkan kaedah memasang sistem hi-fi.
Rajah 7.7 : Cara Pemasangan Sistem Hi-Fi
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 7/12
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
7.5 Contoh-Contoh Kerosakan Pada Sistem Hi-Fi
Contoh-contoh kerosakan dalam sistem hi-fi adalah sama seperti kerosakan yang biasa
berlaku dalam sistem audio yang lain. Antaranya adalah seperti berikut :-
i) Tiada keluaran
ii) Keluaran berayun
iii) Keluaran herotan
iv) Keluaran lemah
v) Penerima mati
vi) Kendalian terputus-putus
vii) Gangguan hingar
7.6 Cara Mengesan Kerosakan
i) Deria pendengaran
Penggunaan telinga untuk mendengar kerosakan pada hi-fi. Bunyi yang
dileluarkan oleh pembesar suara mungkin berayun atau tiada keluaran.
ii) Deria pandang
Penggunaan deria pandang untuk memerhatikan kesan kerosakan yang berlaku,
contohnya kesan kepada isyarat bunyi bagi set penguat audio yang rosak
seperti tiada isyarat keluaran audio.
iii) Teknik suntikan isyarat
Ia bermakna memasukkan isyarat yang sesuai daripada penjana isyarat (audio
generator) ke dalam sesuatu litar penguat audio untuk mengesan kerosakan
yang berlaku dalam set penguat tersebut
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 7/13
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
iv) Teknik surihan isyarat
Surihan isyarat ialah kita melihat atau menganalisa isyarat dengan
menggunakan osiloskop pada setiap bahagian litardan dibandingkan dengan
bentuk isyarat normal pada litar tersebut dimana ia dilakukan dengan
menggunakan bantuan litar skematik hi-fi.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 7/14
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
Soalan 1 Terangkan secara ringkas ciri-ciri system Hi-Fi Soalan 2 Senaraikan komponen-komponen yang terdapat dalam system Hi-Fi Soalan 3 Terangkan fungsi
i. Penala ii. Kawalan suara iii. Penguat iv. Peranti keluaran
Soalan 4 Namakan bahagian yang berlabel A, B, C, D & E
AKTIVITI 7
1
3
2 B
D
A
C
E
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 7/15
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
Soalan 1 Hi-fi adalah berasal daripada perkataan “High Fidality” iaitu mutu suara yang baik dan sedap didengar. Ia mempunyai ciri-ciri seperti berikut ;
- Keluaran dalam bentuk stereo - Bunyi yang dikeluarkan mempunyai suara bass, treble dan balance yang
boleh dikawa. Soalan 2 Komponen-komponen yang terdapat dalam system hi-fi adalah seperti berikut ;
- tranduser masukan seperti tape head, mic, aux in - peringkat pra penguat - litar kawalan nada dan kawalan keseimbangan - penguat pemacu - penguat kuasa - speaker
Soalan 3
i. Penala - Menerima isyarat yang dihantar melalui system penyiaran samada dalam
bentuk AM atau FM. ii. Kawalan nada
- mengawal kekuatan isyarat audio frekuensi rendah atau tinggi mengikut keperluan pendengar.
iii. Penguat - Menguatkan isyarat audio daripada pra penguat supaya dapat
menggerakkan atau memacu speaker. iv. Peranti keluaran
- Menukar isyarat audio kepada kepada bunyi. Soalan 4 A – Pra Penguat B – Penguat pemacu C – speaker D – Penguat kuasa E – tranduser masukan seperti mikrofon, penala, tape head dsb.
MAKLUMBALAS 7
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 7/16
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
Soalan 1
Senaraikan EMPAT jenis kerosakan yang biasa berlaku kepada system hi-fi.
Soalan 2
Bagi suatu system hi-fi, bunyi hanya terhasil pada speaker bahagian kanan sahaja.
Senaraikan bahagian-bahagian mana yang mengalami kerosakan.
Soalan 3
Merujuk kepada litar di bawah, terangkan secara ringkas fungsi-fungsi potentiometer
P2, P3 dan P4.
PENILAIAN KENDIRI 7A
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 7/17
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
Soalan 1
Pilih mana-mana 4 dari berikut;
i) Tiad keluaran
ii) Keluaran berayun
iii) Keluaran herotan
iv) Keluaran lemah
v) Penerima mati
vi) Kendalian terputus-putus
vii) Gangguan hingar
Soalan 2
Bahagian yang mungkin mengalami kerosokan ialah;
i. Speaker sebelah kiri
ii. Penguat kuasa sebelah kiri
iii. Kawalan Balance
Soalan 3
P2 – Mengawal Balance P3- Mengawal Suara bass P4- Mengawal Suara treble
MAKLUMBALAS
KENDIRI 7A
Adakah anda telah mencuba dahulu ?
Jika “YA”, sila semak jawapan anda
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 7/18
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
Case Study
Dapatkan EMPAT contoh servis manual dan spesifikasi system hi-fi yang terdapat
dipasaran sekarang. Bincangkan ciri-ciri hi-fi tersebut dan cuba pastikan yang manakah
mempunyai ciri-ciri terbaik.
PENILAIAN KENDIRI 7B
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 7/19
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
Anda seharusnya mendapatkan maklumat daripada pusat service peralatan
elektronik atau kedai elektronik yang berhampiran dengan anda.
Bincanglah jawapannya dengan pensyarah anda.
MAKLUMBALAS
KENDIRI 7B
Adakah anda telah mencuba dahulu ?
Jika “YA”, sila semak jawapan anda
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 08/1
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
Objektif am : Mempelajari dan Memahami Sistem
Teater Rumah.
Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-
• Menerang dan menganalisa Sistem Teater Rumah.
• Mengenal Pasti Peranti-peranti Sistem Teater Rumah.
• Melukis Gambarajah Blok Sistem Teater Rumah.
• Menerangkan Fungsi setiap blok.
• Menerangkan Cara Pemasangan Sistem Teater Rumah.
OBJEKTIF
UNIT 8
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 08/2
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
8.0 PENGENALAN
Pada asasnya teater rumah (home theater) merupakan suatu pembangunan dalam
meningkatkan mutu dalam sistem tayangan di rumah.
8.1 Peranti-Peranti Sistem Teater Rumah
Di antara komponen atau peranti yang berkaitan dengan sistem ini adalah seperti
di rajah 8.0 di bawah.
Rajah 8.0 : Gambar peralatan sistem teater rumah
8.2 Gambarajah Blok Sistem Teater Rumah
Input
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 08/3
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
Rajah 8.1 di bawah menunjukkan gambarajah blok sistem teater rumah. Perhatikan
bahawa dalam sistem ini semua peralatannya adalah terdiri daripada peralata audio video
iaitu seperti Digital satelite reciver, Hi fi VCR, DVD player, VHS recoder, A/V reciver,
sistem pembesar suara dan juga television digabungkan menjadi suatu sistem untuk
meningkatkan mutu audio dan video di rumah.
Rajah 8.1. Gambarajah blok sistem teater rumah 8.3 Fungsi Setiap Blok Atau Peralatan Pada Sistem Teater Rumah
i) Penerima A/V
- Merupakan pusat kawalan kepada sistem teater rumah, dimana semua
perkakasan akan disambung kepadanya bagi melengkapkan sistem ini.
- Sebagai pusat penyambungan kepada sistem teater rumah, penerima A/V
akan melakukan tugasan-tugasan yang berbeza-beza mengikut fungsi
HIFI VCR
VHS Recorder DVD player
A/V Reciever
Speaker Speaker Video display TV
Digital Satellite / Cable
Universal Remote Control
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 08/4
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
perkakasan tersebut. Diantara tugasan yang dijalankan adalah seperti
memproses / mentafsir tulisan yang dihantar kepadanya dalam bahasa kod,
sebagai pusat pensuisan dan juga berfungsi untuk membesarkan isyarat
yang diterima olehnya kepada keluaran asas sesebuah sistem teater rumah.
Gambar pada rajah 8.2 di bawah menunjukkan sebuah penerima A/V
keluaran Sony.
Rajah 8.2 : Gambar Penerima A/V Keluaran Sony
ii) Sumber Masukan Penerima A/V.
- Merupakan sistem penghantaran isyarat ‘Dolby’ kepada sistem teater
rumah bersepadu ( penerima A/V ). Diantara sumber-sumber tersebut
adalah seperti pemain DVD ( Digital Versatile Disc ), Hi-Fi VCR ( High
Fidelity VCR ), ataupun sistem TV satelit ( DBS ). Rajah di bawah
menunjukkan penerima A/V.
iii) Speakers dan ‘Powered Subbwoofer Speaker’
- Penerima ‘Amplifier’ A/V dan sumber isyarat adalah dua keadaan yang
berbeza, ini membolehkan penerima tersebut menghantar bunyi kepada
pembesar suara secara bunyi keliling ( Sorround sound ).
- Secara umumnya, pembesar suara ini direka berpasangan di bahagian
hadapan kanan dan kirinya bagi menyampaikan maklumat kepada ‘stereo
soundtrack’, manakala bagi pusat pembesar suara pula adalah untuk
dialog. Pasangan pada bahagian belakang pembesar suara adalah untuk
kesan bunyi khas.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 08/5
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
- Dengan adanya kuasa ‘Subwoofer’, ia telah membuat tambahan kepada
seluruh laluan bunyi ( soundtrack ) dimana kita dapat merasai bahawa
bunyi nada rendah yang terhasil adalah benar-benar hidup dengan bunyi
yang menyeluruh.
iv) ‘Video Display’ TV
- Bagi memperolehi tayangan gambar yang akan dipaparkan, kita perlu
memperolehi skrin TV ataupun projektor. Di mana TV ini telah
disambungkan kepada sistem penerima A/V.
- Kebiasaannya skrin paparan minima yang diperlukan adalah 27”, ia
merupakan skrin paparan terbaik bagi tayangan sistem teater rumah.
Dibawah ini terdapat empat perbezaan bahagian-bahagian ‘Home Video
Display’ :
a) Tayangan hadapan TV atau projektor
- Projektor merupakan salah satu pilihan yang mahal, tetapi ia dapat
menghasilkan gambar yang lebih baik dan jelas.
- Diantara jenisnya adalah :
• DLP projektor
• LCD projektor
• CRT projektor
• D-ILA projektor
b) Tayangan belakang TV
- Tayangan belakang TV adalah sentiasa ada / berterusan atau untuk
memberi sokongan kepada mod skrin yang lebih luas semasa
menonton dan memberi keluasan yang lebih daripada pemandangan
TV secara terus.
c) Normal Dived View TV
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 08/6
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
- Bahagian ini merupakan CRT ( Tiub Sinar Katod ) warna bagi TV,
bagi keluaran terbaru ini ia adalah sebahagian daripada keadaan
HDTV. Bagi skrin TV normal ia bersaiz antara 36” diatas
pepenjuru.
d) Plasma TV
- Skrin ini berbentuk rata dan ianya kelihatan seperti lukisan, serta
mempunyai sudut pandangan yang amat luas secara terus.
v) ‘Universal Remote Control’
c) Apabila kesemua elemen sistem teater rumah ( TV, VCR , DBS, AC
receiver, DVD ) disatukan berkemungkinan kita tidak dapat mencari alat
kawalan jauh ( Remote Control ) yang tepat, ini kerana bilangannya terlalu
banyak akibat daripada setiap satu elemen telah dilengkapi dengan satu unit
alat kawalan jauh.
d) Keadaan ini akan menyebabkan pengguna tidak dapat menikmati
keseronokan dengan sistem teater rumah mereka yang bercelaru disebabkan
kawalan teater rumah tidak dapat dibuat hanya pada satu alat kawalan jauh.
e) Oleh sebab itu, dengan adanya ‘Universal Remote Control’ dan hanya
dengan mempelajari sebahagian daripada perisian tersebut, maka ini dapat
membantu supaya ia dapat diprogram dengan sempurna.
8.4 Pemasangan Sistem Teater Rumah
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 08/7
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
Rajah 8.3 di bawah menunjukkan suatu contoh bagaimana sistem teater rumah di
pasang. Perhatikan komponen-komponen yang diperlukan untuk menjadikan suatu teater
rumah itu lengkap dan dapat memberikan hiburan yang terbaik.
Rajah 8.3 : Rajah pemasangan sistem teater rumah
8.4.1 Cara Pemasangan Sistem Teater Rumah Secara Ringkas
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 08/8
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dijadikan panduan kepada
juruteknik yang ingi memasang sisten teater rumah :-
Langkah satu
– Pastikan kesemua komponen dapat bekerja secara serentak. Apabila di buka,
sambungkan kesemua bersama-sama dan pastikan ianya boleh berfungsi.
Langkah dua
– Apabila semua pemasangan telah siap disambung dan dapat berfungsi dengan
sistematik, sekarang kesemua barangan ini perlu ditempatkan dan pastikan sambungan
kabelnya adalah sempurna.
Langkah tiga
– Sambungan kabel perlu mengikut sistem kod warna, dimana sistem tersebut adalah
seperti berikut :
# pembesar suara kiri ( warna putih )
# pembesar suara kanan ( warna merah )
# video ( warna kuning )
8.4.2 Pemasangan Sistem Teater Rumah Dolby Digital 5.1
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 08/9
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
Rajah 8.4 : Pemasangan Sistem Teater Rumah Jenis Dolby Digital
8.4.3 Pemasangan Sistem Teater Rumah Dolby Digital Ex
Format ini hampir sama dengan format ‘Dolby Digital 5.1’. Walaubagaimanapun,
ia mempunyai enam ‘sound channel’ untuk pembesar suara di bahagian belakang
pendengar.
Fungsi pembesar suara ini menyamai fungsi pembesar suara utama iaitu ia
menyeimbangkan bunyi yang dihasilkan dari pembesar suara kiri dan kanan
pendengar.
Pembesar suara keenam beroperasi dengan cara yang sedikit berlainan berbanding
lima pembesar suara yang lain.
‘Ex receiver’ menarik isyarat dari ‘rear left channel’ dan ‘rear right channel’.
Pada masa ini ‘Dolby Digital Ex’ masih belum digunakan secara meluas, tetapi
pada masa akan datang lebih banyak DVD dan penyiaran digital menggunakan
format ini untuk meningkatkan kemampuan sistem bunyi kelilingnya.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 08/10
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
Rajah 8.5 : Pemasangan Sistem Teater Rumah Jenis Dolby Digital EX
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 08/11
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
Soalan 1 Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan sistem teater rumah ? Soalan 2 Senaraikan peranti-peranti yang digunakan dalam sistem teater rumah. Soalan 3 Lukiskan rajah cara pemasangan teater rumah jenis ‘Dolby digital 5.1’ Soalan 4 Lukiskan rajah blok suatu system teater rumah serta nyatakan fungsi setiap blok. Soalan 5 Senaraikan 3 jenis projector yang boleh digunakan untuk paparan bagi satu sistem teater rumah. Soalan 6 Apakah kegunaan ‘Universal Remote Control’
AKTIVITI 8
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 08/12
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
Soalan 1 Teater Rumah adalah merupakan suatu system audio visual bagi meningkatkan system tayangan di rumah. Saolan 2
i. Hi-fi VCR ii. DBS satelit TV iii. Pemain DVD iv. Pemain CD v. Penerima A/V
Soalan 3
MAKLUMBALAS 8
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 08/13
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
HIFI VCR
Penerima A/V
Skrin TV
DBS Satellite TV / Cable
Soalan 4
Rajah 8.0 : Rajah Blok Sistem Teater Rumah
Fungsi Setiap Blok
i) Penerima A/V
- Merupakan pusat kawalan kepada sistem teater rumah, dimana semua
perkakasan akan disambung kepadanya bagi melengkapkan sistem ini.
- Sebagai pusat penyambungan kepada sistem teater rumah, penerima A/V
akan melakukan tugasan-tugasan yang berbeza-beza mengikut fungsi
perkakasan tersebut. Diantara tugasan yang dijalankan adalah seperti
memproses / mentafsir tulisan yang dihantar kepadanya dalam bahasa kod,
sebagai pusat pensuisan dan juga berfungsi untuk membesarkan isyarat
yang diterima olehnya kepada keluaran asas sesebuah sistem teater rumah.
CD Player DVD player
Pembesar suara Pembesar Suara
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 08/14
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
ii) Pembesar Suara
- Secara umumnya, pembesar suara ini direka berpasangan di bahagian
hadapan kanan dan kirinya bagi menyampaikan maklumat kepada ‘stereo
soundtrack’,
iii) Skrin TV
- Bagi memperolehi tayangan gambar yang akan dipaparkan, kita perlu
memperolehi skrin TV ataupun projektor. Di mana TV ini telah disambungkan
kepada sistem penerima A/V.
- Kebiasaannya skrin paparan minima yang diperlukan adalah 27”, ia
merupakan skrin paparan terbaik bagi tayangan sistem teater rumah. Dan
memberi keluasan yang lebih daripada pemandangan TV secara terus.
iv) DVD & CD player, DBS Satelit TV dan Hi-fi VCR Ia berfungsi sebagai sumber masukan kepada penerima A/V Soalan 5 Diantara projektor yang boleh digunakan dalam teater rumah adalah.
• DLP projektor
• LCD projektor
• CRT projektor
• D-ILA projektor
Soalan 6 Alat Kawalan Jauh ‘Universal’ digunakan bagi mengawal kesemua komponen pada system teater rumah beroperasi dengan baik supaya pengguna dapat menikmati keseronokan dengan sistem teater rumah mereka.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 08/15
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
Case Study Anda di kehendaki membuat tinjauan di kedai elektronik yang menjual produk teater rumah. Sila dapatkan risalah mengenai jenis teater rumah dari kedai yang anda lawati. Terangkan bagaimana sambungan dibuat bagi teater rumah yang anda tinjau itu.
PENILAIAN KENDIRI
Adakah anda telah mencuba dahulu ?
Jika “YA”, sila semak jawapan anda
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 08/16
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013
PERALATAN
SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH
MAKLUMBALAS
Adakah anda telah mencuba dahulu ?
Jika “YA”, sila semak jawapan anda
Anda seharusnya membuat tinjauan ke atas syarikat-
atau kedai elektronik tersebut. Bincanglah jawapan
dengan pensyarah anda.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 09/1
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Objektif am : Memahami Digital Vedio Disk (DVD)
Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-
• Menerangkan fungsi DVD.
• Menerangkan Rajah Blok dan Fungsi Setiap Blok.
• Menerangkan jenis-jenis kerosakan dan cara membaikpulih DVD.
OBJEKTIF
UNIT 9
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 09/2
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
9.0 Pengenalan
Kedatangan teknologi Cakera Video Berdigit (Digital Video Disk - DVD) telah
membawa banyak penggunaan elektronik kepada pengemar wayang video dan mutu audio di
zaman moden ini. Pada masa sekarang, ramai orang belum lagi terdedah kepada DVD kerana
ia adalah satu alat yang baru dan harganya masih mahal jika dibanding dengan CD-ROM.
9.1 Fungsi DVD
DVD dapat melaksanakan dan menyimpan data daripada setiap arahan yang diperolehi
dari pelbagai sistem multimedia. DVD berupaya menjalankan dan menyimpan berbagai jenis
data seperti audio, fail teks, video hingga ke gambar foto yang diambil melalui kamera digital
dan televisyen.
DVD mempunyai data pada lapis tunggal dengan kapasiti penyimpanan data yang
sangat besar bermula daripada 4.7GB sehingga 17GB. DVD berupaya menyimpan 135 minit
data di dalam format video yang dimampatkan dalam format MPEG-2. Cakera dengan dua
lapisan yang berkapasiti 8 hingga 16GB ini biasa digunakan untuk merakam filem yang lebih
lama atau program perasmian dan program-program khusus yang lain.
DVD juga mempunyai jarak di antara trek lebih kurang setengah kali lebih pendek
dari trek yang terdapat pada CD-ROM untuk mengolah data dengan lebih cepat. Selain
daripada itu DVD mempunyai bahagian yang khas untuk penempatan laser dengan panjang
gelombang dan disk drive yang mempunyai tafsiran dan ukuran yang tepat. Pemain DVD
Input
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 09/3
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
yang disambungkan ke TV dapat digunakan untuk menayangkan filem dan drive DVD-ROM
yang telah dipasang pada PC dan merupakan pengganti kepada CD-ROM.
9.1.1 DVD-RAM
Merupakan sebahagian daripada DVD. DVD-RAM ialah Digital Versatile Disc-
Random Access Memory yang mampu menyimpan data sebesar 5.2GB, atau setara dengan
filem dengan tayangan selama 1 jam yang telah ditempatkan pada disc dua muka. Kapasiti
sebesar ini merupakan kesempatan yang baik untuk menyimpan atau menampung data–data
video dengan lebih sempurna.
Sebelum wujudnya DVD-RAM, DVD-ROM (Read Only Memory) merupakan sebuah
drive yang berkapasiti tinggi yang mempunyai peringkat tertinggi untuk penggunaan dalam
pelbagai PC. Tetapi sebelum drive ini benar-benar dapat beroperasi dengan lebih baik,
Toshiba sudah bergerak lebih jauh dengan mereka cipta DVD-RAM yang diarahkan untuk
menjadi pelengkap perisian yang memiliki fasiliti untuk DVD-RAM.
9.1.2 DVD + RW
DVD+RW atau Digital Verasatile Disc + rewriteable adalah salah satu teknologi
yang dikeluarkan di bawah DVD. Disk DVD+RW berupaya menyimpan data sebesar 3GB
sahaja. Walau bagaimanapun teknologi ini dalam proses untuk dikeluarkan dan DVD+RW ini
serasi berbanding dengan teknologi CD yang lain. Teknologi ini merupakan versi terbaru dari
DVD-ROM yang mampu membaca disk-disk daripada DVD+RW. Disk-disk yang terdpat
pada DVD+RW tidak semestinya di simpan di dalam kotak tertutup yang khusus untuk
menjaga kemampuan daya rakamannya. Data-data dapat ditulis berulang kali pada cakera
DVD+RW ini.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 09/4
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
9.2 Gambarajah Blok Pemain DVD Rajah 9.0 di bawah menunjukkan rajah blok bagi pemain DVD.
Rajah 9.0 Gambarajah blok bagi pemain DVD
9.2.1 Fungsi Setiap Blok Merujuk kepada rajah blok 9.0. fungsi-fungsi bagi setiap blok boleh diringkaskan
seperti berikut :-
1. Motor
Memutar cakera pada kelajuan tertentu berdasarkan kepada pickup lens. Kelajuan
pusingan cakera adalah paling laju bila ‘pickup lens’ berada pada trak paling luar.
2. Pickup Unit
Membaca data audio dan video yang dimampatkan daripada cakera. Pickup unit ini
akan bergerak dari trak paling dalam ke track paling luar semasa ia membaca data-
data ini.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 09/5
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
3. Front-End-Processor
Berfungsi untuk memproses isyarat yang di ambil dari pickup unit iaitu dengan
menguatkan dan menyahmodulatkan isyarat tersebut.
4. Optical Disk Controller
Menentukan dan mengawal kedudukan pickup unit supaya alur pancaran laser tepat
mengenai setiap trak, iaitu dari trak paling dalam ke trak yang paling luar cakera.
5. MPEG-2 Decoder
Menyahkod isyarat yang di mampatkan dalam format MPEG-2 (Motion Picture
Expert Group) kepada isyarat video dan audio.
6. Spindle Motor driver
Mengawal kelajuan motor spindle yang memutar cakera pada kelajuan yang sesuai
dengan kedudukan pickup unit.
7. Servo DSP
Melakukan penyegerakan motor yang mengawal kedudukan pickup unit dengan motor
spindle.
8. Control panel
Sebagai pengantara antara pemain DVD dengan pengguna seperti arahan ‘play’, ‘feed
forward’, ‘search’ dan lain-lain fungsi lagi. Ia juga sebagai pemberi maklumat kepada
pengguna seperti kedudukan trak, masa tayangan dan sebagainya.
9. System CLK
Menjana klok untuk digunakan oleh optical disk controller, MPEG2-decoder dan
system controller.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 09/6
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
9.3 Jenis-Jenis Kerosakan Dan Cara Membaikpulih DVD.
Terdapat pelbagai jenis kerosakan yang mungkin berlaku kepada pemain DVD,
antaranya adalah seperti berikut :-
Kerosakan pada bahagian bekalan kuasa.
Terdapat pelbagai kemungkinan yang menyebabkan perkara ini berlaku, iaitu mungkin
disebabkan oleh kerosakkan pada alatubah, diod penerus, pengatur voltan dan sebagainya.
Kesan daripada kerosakan ini ialah pemain DVD tidak dapat beroperasi langsung.
Cara membaiki kerosakan begini adalah sama dengan membaiki peralatan elektronik
lain iaitu dengan cara merujuk litar skematik bahagian bekalan kuasa dan lokasi kerosakan
ditentukan dengan teknik surihan isyarat ataupun memastikan komponen-komponen terlibat
digantikan.
Kerosakan pada Sistem kawalan .
Kerosakkan pada system kawalan adalah seperti tiada sebarang tindak balas pada
pemain DVD jika butang operasi ditekan sebagai contoh, butang operasi PLAY dilakukan
pemain DVD tidak berfungsi seperti yang diarahkan. Kerosakkan begini berlaku di bahagian
control panel. Periksa bahagian control panel, ataupun mikroprosesor mengalami kerosakan
dan periksa bahagian litar tercetak pada IC mikropemprosesor dan ujian jika ada bekalan pada
mikroprosesor atau tidak.
Kerosakan pada Sistem ‘Loading Disc’.
Masalah pada loading disc adalah seperti ‘CD Tray’ tidak terbuka semasa butang
‘open’ ditekan. Masalah ini terdapat banyak kemungkinan yang menjadi faktor kerosakan
pada ‘CD Mekanism’. Periksa bahagian ini, kemungkinan ‘Belting’ pada ‘loading disk tray’
terputus atau tiada tegangan (kendur) dan juga periksa pada gear-gear mekanisma CD jika
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 09/7
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
ianya retak atau tercabut, serta pada ‘loading motor’ jika ianya sudah rosak atau tiada
sebarang voltan diberikan kepadanya. Oleh itu, periksa pada ‘loading switch ’atau pada
bekalan kuasa ‘loading motor’ tersebut.
Kerosakan pada Mekanisma Servo
Kerosakan begini terjadi disebabkan banyak punca, contohnya litar servo untuk
mengawal spindle motor mengalami kerosakan ataupun litar yang mengawal pergerakan lensa
mengalami kerosakan. Masalah ini akan menyebabkan data yang terdapat pada cakera DVD
tidak dapat dibaca dan diproses.
Kerosakan Calaran yang Sedikit pada cakera
Gunakan cecair pembersih 'acrylic' ( contoh Prist ) dan ikut arahan, sentiasa. ingat
cara membersihkannya iaitu bermula dari titik tengah cakera DVD ke bahagian luar dalam
satu garis lurus dengan cara sapuan yang lembut. Jangan gunakan banyak masa pada satu
tempat semasa membuat sapuan kerana ia akan menghasilkan haba yang akan memberikan
kesan sampingan ke atas data yang tersimpan dalam cakera DVD ataupun filem aluminium
pada cakera tersebut. Kemudian lap cakera tersebut menggunakan tuala yang lembut. Jangan
lap cakera, cuma tekap bahagian yang basah untuk mengeringkannya. Selepas, itu masukkan
ke dalam pemacu cakera supaya ia berpusing dan biarkannya lebih kurang 20 minit untuk
membuang kelembapan pada cakera tersebut.
Kerosakan CD Gagal Dibaca
'Laser Root' merupakan dimana pemacu gagal membaca perisian yang terdapat di dalam
Cakera. la tidak boleh dibaiki dan terpaksa ditukar.
Kebanyakan jenis kerosakan pada DVD adalah lebih kurang sama dengan kerosakan
yang berlaku pada Audio CD. Sila rujuk pada unit 10 untuk penerangan yang lebih lanjut.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 09/8
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Soalan 1 Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan DVD dan nyatakan fungsi DVD.
Soalan 2 Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan DVD- RAM dan DVD+RW. Soalan 3 Berpandukan rajah blok DVD, terangkan fungsi bagi blok berikut;
i. Optical Disk Controller ii. Spindle Motor Drive iii. Servo DSP iv. Front-end Processor
Soalan 4
Apakah kebaikan–kebaikan DVD jika dibandinggkan dengan video CD
AKTIVITI 9
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 09/9
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Soalan 1
DVD adalah singkatan dari perkataan ‘Digital Versatile Disk’ atau nama umumnya ia lebih
di kenali sebagai ‘Digital Video Disk’. Ia berfungsi untuk menyimpan data pelbagai jenis
sistem multimedia seperti data audio, teks, video hinggalah ke gambar foto.
Soalan 2
DVD-RAM adalah ‘Digital Versatile Disk-Random access Memory’ ia mampu menyimpan
data sebasar 5.2 GB (Gygabite) atau setara dengan tayangan filem selama 1 jam. Manakala
DVD+RW adalah ‘Digital Versatile Disk-rewritable’ adalah satu teknologi baru yang
dikeluarkan dibawah DVD. Cakera DVD + RW berupaya menyimpan data sebesar 3GB
sahaja. Walaubagaimanapun teknologi ini dalam proses untuk dikeluarkan dan DVD + RW
ini serasi berbanding dengan teknologi CD yang lain. Teknologi ini merupakan versi
terbaru dari DVD ROM yang mampu membaca disk-disk daripada DVD + RW . Disk-disk
yang terdapat pada DVD + RW tidak semestinya disimpan di dalam kotak tertutup yang
khusus untuk menjaga kemampuan daya rakamannya. Data-data pada cakera DVD+RW
dapat ditulis dan dipadamkan berulang kali.
Soalan 3
1. Optical disk controller.
Menentukan dan mengawal kedudukan pickup unit supaya alur pancaran laser
dapat mengenai setiap trak iaiatu dan trak paling dalam ke trak paling luar cakera.
MAKLUMBALAS 9
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 09/10
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
2. Spindle Motor Drive
Mengawal kelajuan motor spindle yang memutar cakera pada kelajuan yang sesuai
dengan kedudukan unit pickup.
3. Servo DSP
Melakukan penyegerakan motor yang mengawal kedudukan pickup unit dengan
motor spindle
4. Front-End-Processor
Memproses isyarat yang diambil dari pickup unit iaitu menguatkan isyarat tersebut
dan menyahmodulatkannya.
Soalan 4
Kelebihan DVD ialah ;
1. dapat menyimpan berbagai jenis data seperti audio, teks file, video hingga ke
gambar foto yang diambil melalui kamera dan televisyen.
2. mempunyai kapasiti penyimpanan data yang sangat besar bermula daripada
4.7GB sehingga 17GB.
3. Data boleh di simpan pada kedua- dua lapisan cakera.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 09/11
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Soalan 1
Apabila butang play ditekan unit paparan memaparkan perkataan ’ No Disc’ bahagian
manakah yang mengalami kerosakan. ?
Soalan 2
Nyatakan fungsi blok ‘ Optical disc controller’.
Soalan 3
Apakah akan berlaku jika pick up unit mengalami kerosakan.
Soalan 4
Bahagian manakah yang mengalami kerosakan jika operasi pemain DVD dalam
keadaan ‘ Intermittent’ bila di ‘ON’ kan.
Soalan 5
Apakah kesan kepada pemain DVD jika bahagian unit bekalan kuasa mengalami
kerosakan.
PENILAIAN KENDIRI 9
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 09/12
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Jawapan 1
Kemungkinan kerosakan
a. bahagian Pick- up unit rosak.
b. Lensa pada pick up unit kotor.
c. Disc tercalar teruk.
d. Disc diletakkan dalam keadaan terbalik.
e. Bahagian Litar Servo DSP mengalami kerosakan
Jawapan 2
Tugas bahagian optical disc controller ialah untuk menentukan kedudukan pickup unit
supaya alur pancaran laser tepat mengenai setiap trak, iaitu dari trak paling dalam ke
trak paling luar cakera.
Jawapan 3
Jika Pick-up unit mengalami kerosakan, unit paparan akan menunjukkan perkataan ‘no
disc’ dan tiada gambar dan suara pada monitor.
Jawapan 4
Bahagian unit bekalan kuasa beroperasi secara ‘intermittent’. Kemungkinan berlaku
‘dry joint’ pada mana-mana bahagian dalam unit pemain DVD tersebut.
Jawapan 5
Pemain DVD tersebut tidak beroperasi.
MAKLUMBALAS KENDIRI 9
Adakah anda telah mencuba dahulu ?
Jika “YA”, sila semak jawapan anda
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/1
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Objektif am : Memahami Peralatan Cakera Padat Audio (Audio CD).
Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-
• Menyatakan kegunaan dan fungsi Cakera Padat Audio.
• Menerangkan Struktur Binaan Cakera Padat Audio.
• Menerangkan Cara CD di baca.
• Melukis Rajah Blok Pemain Cakera Padat Audio.
• Menerangkan fungsi blok Laser Pickup.
• Membaca Litar Skematik Unit Bekalan Kuasa Pemain Cakera
Padat Audio.
• Mengenal pasti beberapa Kerosakan pada Pemain Cakera Padat
Audio.
• Membaikpulih Kerosakan yang berlaku pada Pemain Cakera
Padat Audio.
OBJEKTIF
UNIT 10
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/2
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
10.0 Pengenalan
Secara amnya, cakera padat audio merupakan satu media yang digunakan sebagai
penyimpanan sampel audio berdigital. Ia mempunyai kepadatan yang tinggi untuk
menyimpan data audio. Suatu cakera padat audio dapat menyimpan lebih kurang 74 minit
musik stereo yang direkod berserta 16 resolution dan menggabungkan suatu nombor
kesalahan seperti kesalahan potongan, pengesanan dan teknik pembetulan.
10.0.1 Struktur Binaan Fizikal Cakera Padat (Cd)
Sesuatu cakera padat adalah berdiameter 120mm dibina daripada bahan jenis
polikarbonat. Bahagian tengah mengandungi satu lubang yang berdiameter 15mm. Bahagian
yang paling dalam adalah bahagian disk yang tidak mempunyai data. Bahagian data yang
aktif adalah bermula dari diameter 46mm dan berakhir pada diameter 117mm. Cara data
ditulis dan dibaca adalah daripada bahagian tengah ke bahagian luar.
Suatu cakera padat (CD) mengandungi susunan ‘pits’ memanjang melingkari cakera
tersebut dari bahagian tengah ke bahagian tepi membentuk satu trek yang halus dan panjang
dan kelihatan berlingkar pada disk.
Setiap pits adalah lebih kurang 0.5 mikron lebarnya dan panjangnya adalah 0.83
mikron ke 3.56 mikron. Kawasan di antara pits dikenali sebagai ‘land’. Pits adalah dibentuk
dalam disk polikarbonat melalui proses ‘injection molding’. Lebar suatu pits CD adalah lebih
kurang gelombang cahaya hijau (green light). Laluannya adalah dipisahkan lebih kurang tiga
kali ganda daripada gelombang cahaya hijau. Pemecahan suluhan cahaya kepada pelbagai
Input
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/3
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
jalur warna. Daripada ciri-ciri inlah yang membuatkan permukaan CD kelihatan berwarna
menarik.
Satu lapisan nipis (50-100nm) logam (contohnya: aluminium, emas atau perak)
membaluti pits. Satu tambahan lapisan nipis (10-30 mikron) polimer membaluti logam.
Akhirnya, satu label dibentuk daripada silk-screened pada bahagian atas. Diketahui bahawa
pits adalah lebih dekat kepada sisi silk-screened disk (20 mikron) daripada bahagian sisi baca
disk (1.55 mm). Maka, ia adalah lebih mudah terdedah kepada kerosakan pada suatu disk
melalui goresan pada bahagian atas berbanding daripada bahagian bawah. Rajah 10.1
menunjukkan struktur binaan cakera padat. Rajah 10.2 pula menunjukkan susunan pits pada
suatu CD.
(Sumber : Ken Pohlmann, Principle of Digital Audio p.221)
Rajah 10.1 : Struktur Binaan Cakera Padat (CD)
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/4
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
(Sumber : Professor Kelin J. Kuhn, Audio Compact Disk - An Introduction) Rajah 10.2 : Susunan Pit pada Trek CD
Membaca Pits.
(Sumber : Professor Kelin J. Kuhn, Audio Compact Disk - An Introduction) Rajah 10.3 : Bentuk ‘Pit/Bump’
Suatu cakera padat kebiasaannya akan dibaca daripada bahagian hujung bawah. Dengan
itu, daripada pandangan laser beam membaca disk. Pits yang dilihat kebawah dalam CD
adalah sebenarnya suatu ‘bump’ yang dilihat ke atas oleh pancaran laser.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/5
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Polikarbonat sebenarnya ialah suatu bahagian sistem optikal untuk membaca pits. Indek
biasa untuk udara adalah 1.0 manakala indek untuk polikarbonat adalah 1.55. cahaya laser
berlaku pada permukaan polikarbonat akan dibias pada sudut yang lebih besar ke
permukaan.
Laser digunakan untuk pemain CD adalah kebiasaannya suatu AlGaAs diod laser dengan
satu gelombang dalam udara pada 780nm. Gelombang di dalam polikarbonat adalah satu
factor pada n=1.55 kecil ataupun dalam lingkungan 500nm.
Pits/ bump adalah dibina secara berhati-hati supaya ia adalah satu per empat pada satu
gelombang tinggi. Cahaya dipantul daripada ‘land’ akan ditangguh melalui 1/2 daripada
gelombang dan ia adalah tepat keluar daripada fasa dengan cahaya yang dipantul daripada
pits. Dua gelombang ini akan diganggu dan dirosakkan dengan berkesan tiada cahaya
dipantul.
Jarak di antara pits adalah dipilih dengan sama rata, iaitu; secara berhati-hati.
10.3 Fungsi Pemain Audio CD
Fungsi pemain audia CD ialah untuk memproses isyarat audio dalam bentuk digital
yang terdapat pada cakera CD audio dan menukarkan isyarat tersebut kepada isyarat suara
yang boleh di dengar. Contohnya lagu-lagu, syarahan dan sebagainya.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/6
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
10.2 Gambarajah Blok Dan Fungsi Setiap Blok Bagi Pemain Audio CD
Rajah 10.4 menunjukkan rajah blok bagi pemain cakera padat audio.
Rajah 10.4 : Rajah Blok Pemain Audio CD
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/7
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Laser Pickup
Fungsi laser pickup adalah untuk membaca data audio dari setiap trek pada cakera.
Bentuk data yang di baca berdasarkan susunan pit/bump pada trek tersebut.
Optical Train
Optical train yang paling umum dalam pemain CD yang moden adalah tiga beam
pick-up. Cahaya yang dipancarkan melalui diod laser dan memasuki kisi-kisi pemecahan
suluhan cahaya kepada pelbagai jalur warna. Kekisi menukarkan cahaya ke dalam satu
bahagian tengah puncak tambah sisi puncak. Puncak tengah utama dan dua sisi puncak adalah
penting dalam laluan mekanisma.
Tiga Kedudukan Focus Beam
Terdapat tiga kedudukan fokus alur cahaya laser yang mengena pada trek CD, iaitu;
i. Terlalu dekat
Jika objektif lensa adalah dekat pada CD daripada tumpuan panjang objek lensa, maka
lensa silinder mencipta satu imej berbentuk bujur pada photodetector yang teratur. Rujuk
Rajah 10.5
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/8
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
(Sumber : Professor Kelin J. Kuhn, Audio Compact Disk - An Introduction) Rajah 10.5 : Kedudukan Fokus Cahaya Laser Terlalu Dekat Dengan Disk (pit)
ii. Terlalu Jauh
Jika objektif lensa adalah jauh daripada tumpuan panjang daripada objek lensa, maka
lensa silinder akan mencipta lagi imej pada photodectector. Walaubagaimanapun, imej
berbentuk bujur ini adalah berbentuk tepat kepada imej pertama. Rujuk Rajah 10.6
(Sumber : Professor Kelin J. Kuhn, Audio Compact Disk - An Introduction) Rajah 10.6 : Kedudukan Fokus Cahaya Laser Terlalu Jauh dari Disk (pit)
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/9
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
iii. Kedudukan Tepat
Jika disk berada tepat pada tumpuan panjang daripada lensa objektif, maka lensa silinder
tidak mempengaruhi imej dan ia berputar dengan sempurna. Rujuk Rajah 10.7
(Sumber : Professor Kelin J. Kuhn, Audio Compact Disk - An Introduction) Rajah 10.7 : Kedudukan Fokus Cahaya Laser Tepat Pada Disk (pit)
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/10
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
10.3 Litar Skematik Bekalan Kuasa Pemain Cakera Padat Audio. Rajah 10.8 menunjukkan litar skematik bekalan kuasa pemain cakera padat audio
Rajah 10.8 : Litar Skematik Bekalan Kuasa Pemain Cakera Padat Audio (Sumber :
Compact Disc Troubleshooting & Repair, Neil Heller, Thomas Bentz)
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/11
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
10.4 Kerosakan Dan Cara Membaiki
Terdapat pelbagai jenis kerosakan yang mungkin berlaku kepada pemain cakera
padat audio, antaranya adalah seperti berikut :-
Pengaturan voltan yang lemah.
Terdapat pelbagai kemungkinan yang menyebabkan perkara ini berlaku, iaitu mungkin
disebabkan oleh kerosakkan pada transistor pengatur pada litar tersebut atau ‘semiconductor
drive’ yang lain. Keadaan ini berlaku input d.c pada collector transistor adalah rendah.
Periksa transistor tersebut yang mungkin ia pintas atau terbuka atau mungkin tiada pengatur
langsung juga disebabkan oleh tiada transistor pengatur voltan. Sila rujuk Rajah 10.8.
Kerosakan pada Sistem kawalan .
Kerosakkan pada system kawalan adalah seperti tiada sebarang tindak balas pada
ACD jika butang operasi ditekan sebagai contoh, butang operasi PLAY dilakukan pemain
cakera padat audio tidak berfungsi seperti yang diarahkan. Kerosakkan begini berlaku di
bahagian litar prosessor. Periksa bahagian control panel, ataupun mikroprosesor mengalami
kerosakan dan periksa bahagian litar tercetak pada IC mikropemprosesor dan ujian jika ada
bekalan pada mikroprosesor atau tidak. Rujuk Rajah 10.4.
Kerosakan pada Sistem ‘Loading Disc’.
Masalah pada loading disc adalah seperti ‘CD Tray’ tidak terbuka semasa butang
‘open’ ditekan. Masalah ini terdapat banyak kemungkinan yang menjadi faktor kerosakan
pada ‘CD Mekanism’. Periksa bahagian ini, kemungkinan ‘Belting’ pada ‘loading disk tray’
terputus atau tiada tegangan (kendur) dan juga periksa pada gear-gear mekanisma CD jika
ianya retak atau tercabut, serta pada ‘loading motor’ jika ianya sudah rosak atau tiada
sebarang voltan diberikan kepadanya. Oleh itu, periksa pada ‘loading switch ’atau pada
bekalan kuasa ‘loading motor’ tersebut.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/12
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Kerosakan pada Fokus Servo
Masalah pada focus servo ini berlaku pada litar servo pemain CD, masalah ini agak
rumit untuk diperbaiki. Tapi jika lensa tidak bergerak atau tidak berfungsi ini disebabkan
oleh focus coil pada lensa CD itu rosak ataupun masalah berlaku pada ‘driver circuit’ jika
masalah ini berlaku maka CD lensa perlu diganti dan ‘drive circuit heart’ diperiksa. Rujuk
pada rajah Example of a APC circuit (Toshiba).
Kerosakan Calaran yang Sedikit pada Disk
Gunakan cecair pembersih 'acrylic' ( contoh Prist ) dan ikut arahan, sentiasa. ingat
cara membersihkannya iaitu bermula dari titik tengah CD ke bahagian luar dalam satu garis
lurus dengan cara sapuan yang lembut. Jangan gunakan banyak masa pada satu tempat semasa
membuat sapuan kerana ia akan menghasilkan haba yang akan memberikan kesan sampingan
ke atas data yang tersimpan dalam CD ataupun filem aluminium pada CD tersebut. Kemudian
lap CD tersebut menggunakan tuala yang lembut. Jangan lap CD, cuma tekap bahagian yang
basah untuk mengeringkannya. Selepas, itu masukkan ke dalam pemacu CD supaya ia
berpusing dan biarkannya lebih kurang 20 minit untuk membuang kelembapan pada CD
tersebut.
Kerosakan Calar yang Banyak pada Disk
Mula-mula cuba gunakan cara pembersihan untuk calaran yang sedikit. Jika ianya
tidak berkesan, gunakan cara ini. Sila berhati-hati apabila mengaplikasikan cara ini. Gunakan
CD yang tidak digunakan lagi untuk latihan kerana cara ini agak susah. Gunakan 'Micro-Mesh
kit'. Ikut arahan / langkah-langkah yang diberi dimana ia memberitahu anda arah gerakan
untuk pembersihan CD. Pastikan setiap langkah pembersihan ditamatkan pada bahagian luar
CD dan bermula dari tengah. Berkerja pada bahagian yang rosak sahaja. Selepas setiap sapuan
yang kasar, sapukan pula dengan lembut pada bahagian yang dibersihkan untuk
menghilangkan kesan calar. Jangan terlalu menekan CD semasa membuat gosokan dan jangan
mengambil masa yang panjang pada satu-satu titik. Ini kerana gosokan yang lama akan
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/13
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
menghasilkan haba yang akan memusnahkan CD tersebut. Jika ia rosak, ia tidak boleh
diperbaiki lagi. Selepas selesai, CD tersebut seharusnya licin seperti kaca dan tiada kesan
calar.
CD Yang Melengkung
CD yang melengkung boleh dibetulkan semula dengan meletakkannya di antara dua plat gelas
yang rata dan menekannya dalam tempoh yang panjang. CD yang diperbuat daripada plastic
boleh melengkung sekiranya terdapat kepanasan yang melampau. Mula -mula panaskan CD
ke 100 darjah Fahrenhait. Pastikan CD bersih atau bebas dari kekotoran. Bersihkan semula
menggunakan benda yang lembut. Apabila kepanasan CD mencapai tahap yang diminta iaitu
100 Fahrenhait, letakkan di antara dua keping kaca yang rata dan tindihkan kaca tersebut
dengan buku yang beratnya lebih kurang 10 paun. Pastikan berat yang menekan CD adalah
sama rata. Biarkan untuk 2 atau 3 hari.
Kerosakan CD Gagal Dibaca
'Laser Root' merupakan dimana pemacu gagal membaca perisian yang terdapat di dalam CD.
la tidak boleh dibaiki dan terpaksa ditukar.
CD Yang Retak (Cracked CDs)
Jika CD retak, ja mungkin boleh dimainkan tapi hanya pada track yang pertama sahaia. la
merupakan kerosakan kekal dan tidak boleh dibaiki. Jadi, cara yang paling mudah adalah
menukarnya kepada yang baru.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/14
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Soalan 1 Merujuk kepada rajah sekeping CD, labelkan bahagian-bahagian yang penting dalam pembinaan CD. Soalan 2 Nyatakan 3 kedudukan titik focus yang mungkin berlaku ketika ‘laser pickup unit’ membaca data dari cakera. Soalan 3
Rajah 10.8 menunjukkan pengatur bekalan kuasa pemain CD Philips, Jika didapati voltan -
6V lemah, Komponen manakah yang mungkin mengalami kerosakan dan juga kesannya ,
voltan AC 9V daripada transformer kuasa adalah normal.
Soalan 4
Bahagian manakah yang mungkin mengalami kerosakan jika butang open CD ditekan tetapi
CD tray tidak terbuka. Nyatakan bahagian-bahagian yang mungkin mengalami kerosakan.
Soalan 5 Anda dikehendaki mendapatkan manual satu Model audio CD yang terdapat di pasaran hari
ini. Dari manual tersebut senaraikan blok-blok yang terdapat pada litar Audio CD serta
terangkan fungsi setiap blok tersebut.
AKTIVITI 10
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/15
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Soalan 1
Soalan 2
i. Terlalu dekat dari pit/bump – iaitu titik focus berada melepasi pit/bump
ii. Terlalu Jauh dari pit/bump – tidak kena pada pit/bump
iii. Tepat pada pit/bump.
Soalan 3
Terdapat 2 kemungkinan iaitu IC pengatur voltan 79M06CT mengalami kebocoran atau
kapasitor 2519 bocor atau transistor pengatur BC328/16 mengalami kerosakan. Kesan dari
kerosakan tersebut menyebabkan bahagian litar yang mendapat bekalan daripada punca –
6V ini tidak dapat berfungsi.
MAKLUMBALAS 10
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/16
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Soalan 4
Kemungkinan peralatan yang rosak adalah;
i. Sistem Loading Disk
Iaitu mungkin kerosakan pada ‘belting’, gear-gear pada system mekanisma tray mengalami
kerosakan seperti gear pecah atau retak atau tercabut.
ii. Loading Motor
Mengalami kerosakan atau tidak mendapat bekalan.
Soalan 5
Buat perbincangan dengan pensyarah anda.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/17
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Soalan 1. Nyatakan TIGA kerosakan utama pada pemain cakera padat audio dan terangkan secara ringkas ketiga-tiga kerosakan tersebut. Soalan 2. Merujuk kepada rajah blok di bawah (Rajah S.2) namakan blok-blok yang berlabel A, B, C, D dan E. Soalan 3. Merujuk kepada rajah litar bekaian kuasa pemain cakera padat pada rajah 10.8.
i. Jika I.C. 7815 (6517) terpintas antara pin 1 dan pin 2. Apakah kesan terhadap voltan keluarannya.
ii. Kapasitor 2513 terpintas. Apakah kesan terhadap litar paparan ?. iii. Kapasitor 2509 terpintas. Apakah kesan terhadap keluaran I.C. 6506.
Soalan 4. Dengan bantuan gambarajah yang sesuai terangkan tentang proses membaca data pada CD. Soalan 5. Terangkan fungsi “Laser Pickup Unit”.
PENILAIAN KENDIRI 10
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/18
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Rajah S.2 (Untuk soalan 2)
A
B
C
D
E
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/19
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Soalan 1 Tiga kerosakan utama yang selalu berlaku adalah seperti berikut :-
Pengaturan voltan yang lemah.
Terdapat pelbagai kemungkinan yang menyebabkan perkara ini berlaku, iaitu mungkin
disebabkan oleh kerosakkan pada transistor pengatur pada litar tersebut atau ‘semiconductor
drive’ yang lain. Keadaan ini berlaku input d.c pada collector transistor adalah rendah.
Periksa transistor tersebut yang mungkin ia pintas atau terbuka atau mungkin tiada pengatur
langsung juga disebabkan oleh tiada transistor pengatur voltan. Sila rujuk Rajah 10.8.
Kerosakan pada Sistem kawalan .
Kerosakkan pada system kawalan adalah seperti tiada sebarang tindak balas pada
ACD jika butang operasi ditekan sebagai contoh, butang operasi PLAY dilakukan pemain
cakera padat audio tidak berfungsi seperti yang diarahkan. Kerosakkan begini berlaku di
bahagian litar prosessor. Periksa bahagian control panel, ataupun mikroprosesor mengalami
kerosakan dan periksa bahagian litar tercetak pada IC mikropemprosesor dan ujian jika ada
bekalan pada mikroprosesor atau tidak. Rujuk Rajah 10.4.
MAKLUMBALAS KENDIRI 10
Adakah anda telah mencuba dahulu ?
Jika “YA”, sila semak jawapan anda
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/20
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Kerosakan pada Sistem ‘Loading Disc’.
Masalah pada loading disc adalah seperti ‘CD Tray’ tidak terbuka semasa butang
‘open’ ditekan. Masalah ini terdapat banyak kemungkinan yang menjadi faktor kerosakan
pada ‘CD Mechanism’. Periksa bahagian ini, kemungkinan ‘Belting’ pada ‘loading disk tray’
terputus atau tiada tegangan (kendur) dan juga periksa pada gear-gear mekanisma CD jika
ianya retak atau tercabut, serta pada ‘loading motor’ jika ianya sudah rosak atau tiada
sebarang voltan diberikan kepadanya. Oleh itu, periksa pada ‘loading switch ’atau pada
bekalan kuasa ‘loading motor’ tersebut.
Soalan 2
A. Post Amplifier
B. Serial EEPROM
C. Laser Pickup Unit.
D. RF Amplifier
E. NTSC/PAL Encoder
Soalan 3
i. Voltan keluaran +15V akan berkurang menjadi sifar.
ii. Unit pemapar tidak boleh berfungsi kerana tidak mendapat bekalan kuasa.
iii. Voltan keluaran -15V akan berkurang menjadi sifar.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 10/21
Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Soalan 4
Data audio pada cakera akan dibaca oleh photodetector yang berada di pickup unit
pada setiap trek iaitu dari trek yang paling tengah ke trek yang paling hujung. Cakera akan
berputar pada kelajuan yang sesuai dengan kedudukan lensa pickup unit. Cahaya akan
dipancarkan dari diod laser akan melalui polarizing beam splitter, collimator lens, ¼ wave
plate dan objective lens akan mengena samada pit atau bump pada cakera. Cahaya tersebut
akan dibalikkan oleh pit atau bump akan melalui objective lens, ¼ wave plate, collimator
lens akan dibiaskan oleh polarizing beam splitter seterusnya melalui concave singlet lens
dan cylindrical lens dan mengena pada photodetector array. Photodetector array akan
menukar isyarat cahaya ini kepada isyarat elektrik untuk diproses dan ditukarkan kepada
isyarat bunyi. Rujuk rajah di bawah, anak panah menunjukkan arah pergerakan cahaya.
Rajah S.4. Bagaimana photodetector array membaca data pada cakera.
Soalan 5
Fungsi laser pickup adalah untuk membaca data audio dari setiap trek pada cakera.
Bentuk data yang di baca berdasarkan susunan pit/bump pada trek yang terdapat pada cakera
tersebut.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 11/1
Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Objektif am : Memahami Peralatan Digital Audio Tape (DAT)
Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-
• Menerangkan jenis-jenis pemain DAT.
• Melukis gambarajah blok unit Audio dan Syscon bagi pemain
DAT.
• Menyenaraikan jenis-jenis kerosakan dan cara membaikpulih.
OBJEKTIF
UNIT 11
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 11/2
Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
11.0 Pengenalan
Digital Audio Tape (DAT) dicipta pada tahun 1987, adalah satu sistem rakaman digital
di mana dapat merakam lebih daripada 3 jam suara digital pada setengah saiz daripada kaset
analog, dimana ia adalah sama dengan Compact Disk (CD). (menggunakan 44.1kHz Sampling
Frequency dan 16 bit). Ini hanya rakaman biasa yang tidak menggunakan teknik mampatan
data (data compression). Ini bermaksud, keseluruhan daripada isyarat berada dalam keadaan
kekal seperti asal. Kualiti format DAT mempunyai standard perakam digital dan boleh di
adaptasi dengan cepat dan mudah pada mana-mana system digital.. Lebih-lebih lagi DAT
yang menawarkan keselesaan penggunaan yang jauh lebih baik daripada Tape Analog. Selain
itu, penggulungan semula tape adalah sangat laju iaitu mengambil masa selama 50 saat untuk
pita rakaman selama 120 minit dan mempunyai fasiliti capaian yang mudah pada mana-mana
bahagian tape yang telah dirakam.
11.1 Jenis-Jenis Dat
DAT terbahagi 2 bahagian iaitu Stationary Head Digital Audio Tape (S-DAT) dan
Rotary Head Digital Audio Tape (R-DAT).
11.1.1 Stationary head Digital Audio Tape (S-DAT)
Stationary head Digital Audio Tape (S-DAT) digunakan sebagai rotary head, ia
seakan-akan sama dengan perakam VCR. Format ini telah banyak digunakan dalam kerja-
kerja penyiaran dan penerbitan..
Input
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 11/3
Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
11.1.2 Rotary head Digital Audio Tape (R-DAT)
Rotary head Digital Audio Tape (R-DAT) dikukuhkan dalam penyiaran. Pada asalnya
ia tidak terikat pada asas VCR dimana rotary head berfungsi melalui satu bahagian besar.
Perbezaan yang jelas ialah dalam Pemain VCR, tape terus berhubung dengan tape head.
Tetapi dalam R-DAT yang mempunyai 90° wrap bermaksud kepala (head) yang hanya
berhubung dengan tape sebanyak 50% pada setiap masa. Ini wujud oleh ‘time compression’
dari data audio. Rujuk Rajah 11.0 di bawah. Rajah 11.1 menunjukkan bagaimana data audio
disimpan pada tape dengan format helical scan. Rajah 11.2 pula menunjukkan gambar bagi
pita DAT.
Rajah 11.0 : Rajah menunjukkan kawasan yang tersentuh antara tape dengan
drum head bagi VHS, VTR dan DAT
DAT
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 11/4
Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Rajah 11.2 Gambar DAT Cassete. 11.2 FORMAT SISTEM DAT
Diameter Head Drum bagi DAT adalah 30mm dan mempunyai kelajuan 2000 r.p.m.
Sudut pengesan Recording Azimut adalah bersudut lebih kurang 62 darjah . Sistem ini akan
kembali normal apabila dibahagi-bahagikan dalam bentuk format Video–8VCR. Litar ATF
(automatic tracking following) pada amnya boleh dipercayai dan sangat lengkap untuk
Rajah 11.1 : Helical Scan tape format for DAT
PLL+PCM Audio
Automatic track following
Margin
Recording Azimuth 62°
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 11/5
Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
menghapuskan kerosakan pada servo sebelum menjumpai kerosakan yang lebih rumit lagi.
Kaset mestilah dipastikan berukuran 73x54x10.5mm dan mempunyai berat yang lebih kurang
20g sahaja. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 di atas.
11.3 SENGGARAAN DAT 11.3.1 Senggaraan pada Head Drum Pada amnya sistem mekanisma DAT mempunyai persamaan dengan pemain VCR
terutamanya pada bahagian Head Drum. Untuk membersihkannya ia mestilah dalam keadaan
tidak berputar. Penelitian yang rapi perlu dijalankan dalam membuat senggaraan pada head
pemain DAT. Manakala prosedurnya dalah sama dengan prosedur sengaraan untuk head VCR
dan tidak sukar dilakukan. Jika terdapat gangguan audio, seperti bunyi-bunyi yang gemersik,
dan bunyi yang tidak jelas,, kebiasaannya adalah disebabkan oleh kerosakan atau kekotoran
pada Head Drum. Head Drum ini hendaklah sentiasa bersih supaya dapat menghasilkan bunyi
yang berkualiti dan dapat mengelakan daripada berlakunya kerosakan pada pita DAT.
Untuk memastikan Head yang dicuci itu telah bersih , kita bolehlah menggunakan
osiloskop dan mengukur gelombang keluaran, Dengan membuat analisa terhadap bentuk
gelombang keluaran tersebut, kita boleh menentukan samada head itu telah sempurna atau
sebaliknya. Daripada bentuk gelombang yang diperolehi juga , karosakan yang berlaku pada
head dapat ditentukan.
Dengan meneliti cara-cara penggunaan komponen dalam mekanisma DAT
didapati bahawa adalah sama seperti cara penggunaan dalam komponen mekanisma unit
VCR. Kita juga boleh mengkaitkan hubungan jenis kerosakan yang dihadapi dalam VCR.
Kekurangan sela pada bunyi, herotan dan juga bunyi bising ataupun kekurangan isyarat yang
disebabkan oleh kerosakan pada bahagian-bahagian ini.
Jika tape yang tidak tersusun rapi akan menyebabkan kerosakan atau kekotoran
pada Head Drum. Untuk mengatasi masalah ini kita mestilah melihat pada isyarat RF
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 11/6
Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
daripada Head. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai komponen mekanisma DAT sila
rujuk Rajah 11.3 dimana susunannya sama seperti VCR .
Rajah 11.3 : Bentangan Mekanisma Panduan Kedudukan Tape (DAT)
Panduan dari segi aspek keluaran ataupun masukan pada Head Drum serta panduan
tindakan tape yang betul sila rujuk Rajah.11.4
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 11/7
Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Rajah 11.4 : Bentangan Mekanisma keseluruhan Tape (DAT)
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 11/8
Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
11.3.2 Perlarasan elektik
Terdapat banyak pelarasan yang jelas seperti Capstan Speed yang mana boleh
selari dengan VCRS. Pada DAT terdapat pelarasan untuk Capstan pada pelbagai kelajuan
yang boleh digunakan seperti x1.5, x16 dan sebagainya. Drum Drive Motor hanya digunakan
untuk gelendong yang terbaik untuk Capstan, dan Drum Drive yang bermaksud meneruskan
kajian semula pada tanda Torque pada semua set elektronik dimana ia mengalami tegangan
balik. Bagi memastikan ia masih kekal dalam sistem mekanikal yang boleh digunakan
walaupun menggunakan meter Torque.
11.3.3 Senggaraan Sistem Servo
Litar ATF digunakan untuk mengawal Capstan Servo dan mengutamakan dahulu
digunakan untuk mendapatkan litar Servo yang lebih moden dan lebih canggih lagi. Mengenai
masalah kerosakan pada Servo yang kurang dijumpai pada litar ATF, jadi masalah kerosakan
yang biasa dijumpai dalam bahagian Servo.
11.3.4 Litar ATF (Automatic Track Following) Sistem ATF agaknya masih belum dikenali pada orang ramai terutamanya dalam
perkhidmatan audio. ATF pada mulanya digunakan dalam format video-8, dimana sekarang ia
diperluaskan penggunaannya dalam gabungan kamera video dan perakam suara. Format bagi
Video-2000 telah bertahun menggunakan DTF (Dinamik Track Following) dengan
menggunakan keupayaan yang sama seperti sekarang. Sistem ATF ini telah digunakan dalam
perkhidmatan audio.
Pada asasnya bunyi mencatatkan hanya dalam bentuk Helical Track pada kedudukannya
pada litar tersebut. Rujuk Rajah 11.1. Ia akan mengulang pada setiap 4 track seperti 4 nada
frekuensi, Rujuk Rajah 11.0.
Satu data terbentuk di akhir 2 track. Oleh itu satu bentuk system ATF yang telah
lengkap di dalam 2 bentuk ataupun 4 Track :- hanya terdapat dalam bentuk satu A(+20) dan
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 11/9
Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
satu B(-20) track. Operasi yang dilakukan pada fakta tersebut berbeza dengan bentuk tetap
dan bertentangan dengan penyatuan dan panjangnya. Campuran perbincangan maklumat
diambil daripada bersebelahan atau berdekatan dari Track dan rakaman Azimut digunakan
untuk ATF.
Frekuensi rendah F1 adalah rendah menghampiri kepada ralat Azimut sepanjang
bacaan keluaran. Terdapat rangkaian yang boleh mengubah 4 Track dalam mengimbangi
Track yang sesuai untuk gerakan sebelum tape. Jadi, bila mana Head Main Balik F2 atau F3
manakala nada akan pecah pada nada F1 pada bahagian yang bersebelahan dan dengan senang
mengambil isyarat sambilan.
11.4 Kerosakan Dan Cara Membaiki
11.4.1 Kerosakan yang biasa berlaku pada DAT
(1) Pita jam
Satu daripada masalah biasa pada DAT ialah Pita tidak keluar apabila butang eject di
tekan, ini kerana pita jam. Punca kepada masalah ini ialah biasanya kerana kekotoran pada
sistem mekanikal, pelarasan yang tidak betul dan suhu (panas) pada bahagian mekanikal
yang terlibat. ( Rujuk rajah 11.6 )
Rajah 11.6 : Sistem Mekanikal Head Drum DAT
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 11/10
Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Cara mengatasinya:
Bersihkan bahagian yang terlibat dengan menggunakan contact cleaner .
Betulkan pelarasan, contohnya pelarasan pada belt tension.
(2) Kekotoran pada head drum
Kekotoran pada head drum akan menyebabkan gangguan pada bunyi, bunyi yang bising
dan tidaj jelas.
Cara mengatasinya :
Bersihkan head Drum. ( Rujuk Rajah 11.7 )
Rajah 11.7 : Cara Mencuci Head Drum
(3) Bateri Lemah
Data untuk initial setup akan hilang
Cara mengatasinya:
Tukar bateri baru atau buat proses “re initialize”
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 11/11
Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
(4) Bateri rosak – Bocor
Cecair yang keluar dari bateri terkena pada track litar
Cara mengatasinya:
Tukar bateri dan cuci track yang terkena cecair dari bateri.
daripada isyarat main balik r.f daripada masuk ke separuh jalan daripada LHS dari blok
diagram. Isyarat ini adalah kawalan gandaan dan masuk ke dalam pasangan gate pegang
melalui amplifier perbezaan yang terdapat di dalam IC 527. Apabila isyarat utama tiba, get
pegang akan buka melalui ATSI dan kedua-dua isyarat dibuka oleh ATS 2, dimana kedua-dua
isyarat datang dari IC demodulator utama. Keluaran daripada pin 13, isyarat kesalahan
dihantar terus ke penapis melalui laluan rendah dan kawalan pengesan bermula dengan
amplifier, IC 526 dari sini ia dapat melalui terus ke kawasan buffer ke drive motor Capstan.
Rajah 11.8 : R.f waveform from a DAT unit in play mode wing specified test tape. The
alignment should be such that amplitudes X and Y are equal.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 11/12
Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Rajah 11.9 : Rajah Blok Kawalan Mekanisma dan Servo
IC518
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 11/13
Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Rajah 11.10 : Rajah Blok Kawalan Mekanisma dan Servo (sambungan dari atas)
IC5311
IC401
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 11/14
Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Soalan 1 Dalam digital Audio Tape ( DAT ) terbahagi kepada dua bahagian iaitu stationary Head
Digital Audio Tape ( S- DAT ) dan Rotary Head Digital Audio Tape ( R- DAT )Terangkan
secara ringkas bahagian - bahagian tersebut.
Soalan 2 Kerosakan yang biasa berlaku dalam R – DAT adalah seperti pita jam, kotoran pada head,
bateri lemah dan bocor. Apakah penyebab utama berlakunya kerosakan tersebut dan cara
mengatasinya.
Soalan 3 Dalam peralatan elektronik, system ATF banyak digunakan untuk meningkatkan system
VHS, VCR servo seperti FG, PG untuk mengawal kerosakan. Dalam peralatan manakah
system ATF biasanya digunakan.
Soalan 4
Rajah 11.10 menunjukkan blok diagram litar proses ATF, terangkan cara proses ATF
dilakukan.
AKTIVITI 11
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 11/15
Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Soalan 1
Stationary head Digital Audio Tape (S-DAT) digunakan sebagai rotary head, ia
seakan-akan sama dengan perakam VCR. Format ini telah banyak digunakan dalam kumpulan
penyiaran dan penerbitan..
Rotary head Digital Audio Tape (R-DAT) dikukuhkan dalam penyiaran. Pada asalnya
ia tidak terikat pada asas VCR dimana rotary head berfungsi melalui satu bahagian besar.
Perbezaan yang jelas ialah dalam Pemain VCR, tape terus berhubung dengan tape head.
Tetapi dalam R-DAT yang mempunyai 90° wrap bermaksud kepala (head) yang hanya
berhubung dengan tape sebanyak 50% pada setiap masa. Ini wujud oleh ‘time compression’
dari data audio. Rujuk Rajah 11.0 di bawah. Rajah 11.1 menunjukkan bagaimana data audio
disimpan pada tape dengan format helical scan. Rajah 11.2 pula menunjukkan struktur binaan
bagi pita (tape) DAT.
Rajah 11.0 : Rajah menunjukkan kawasan yang tersentuh antara tape dengan
drum head bagi VHS, VTR dan DAT
MAKLUMBALAS 11
DAT
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 11/16
Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Soalan 2
Kerosakan yang biasa berlaku pada DAT
1. Pita jam
Satu daripada masalah biasa pada DAT ialah Pita tidak keluar apabila butang eject di
tekan, ini kerana pita jam. Punca kepada masalah ini ialah biasanya kerana kekotoran pada
sistem mekanikal, pelarasan yang tidak betul dan suhu (panas) pada bahagian mekanikal
yang terlibat. Rujuk rajah di bawah
Cara mengatasinya:
Bersihkan bahagian yang terlibat dengan menggunakan contact cleaner .
Betulkan pelarasan, contohnya pelarasan pada belt tension.
2.Kekotoran pada head drum
Kekotoran pada head drum akan menyebabkan gangguan pada bunyi, bunyi yang bising
dan tidak jelas.
Cara mengatasinya :
Bersihkan head Drum. ( Rujuk Rajah di bawah)
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 11/17
Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
3. Bateri Lemah
Data untuk initial setup akan hilang
Cara mengatasinya:
Tukar bateri baru
Buat proses “re initialize”
4. Bateri rosak – Bocor
Cecair yang keluar dari bateri terkena pada track litar
Cara mengatasinya:
Tukar bateri dan cuci track yang terkena cecair dari bateri.
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 11/18
Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Soalan 1 Merujuk kepada rajah 11.9 dan 11.0 terangkan kesan terhadap pemain DAT jika kerosakan bahagian berikut berlaku
i. IC 518 ii. IC 531
Soalan 2 Terangkan secara ringkas fungsi I.C 401 pada litar rajah 11.10. Soalan 3 Terangkan senggaraan yang perlu dilakukan pada Head Drum sesebuah pemain DAT. Soalan 4. Dapatkan litar skematik bagi pemain DAT dan daripada litar tersebut kenalpasti komponen-komponen utama dalam unit bekalan kuasa dan system servo. Terangkan secara ringkas fungsi komponen tersebut.
PENILAIAN KENDIRI 11
http://modul2poli.blogspot.com/
E4120/UNIT 11/19
Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013
PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL
Soalan 1
Sistem servo tidak berfungsi
- Motor drum tidak berputar
- Capstan motor tidak berputar.
Soalan 2.
Kerosakan yang berlaku pada IC531 akan menyebabkan ketegangan tape tidak dapat
dikesan. Ini mungkin akan menyebabkan tape akan putus atau terlalu kendur dan
menyebabkan ia terbelit pada drum.
Soalan 3
Fungsi IC401 adalah untuk motor drum apabila menerima isyarat daripada I.C.
microcontroller drum dan capstan. Ia juga memastikan drum akan berputar pada suatu
kelajuan tertentu bagi memastikan head dapat membaca maklumat pada tape.