e-PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASI UMS
e-PANDUAN
PENDAFTARAN
PELAJAR BAHARU
ASASI UMS
SESI 2021/2022
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 1
AMARAN
Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu/ tidak benar/ manipulasi maklumat berkaitan dengan:
⮚ Kewarganegaraan Malaysia, bangsa Melayu, Pribumi Sabah/ Sarawak dan Orang Asli
Semenanjung.
⮚ Keputusan peperiksaan dalam borang permohonan kemasukan.
Akan diambil tindakan seperti berikut:
⮚ Surat tawaran ditarik balik, dan
⮚ Dikenakan tindakan undang-undang
Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran.
PERINGATAN PENTING
SEORANG PENAGIH, PENGEDAR ATAU TERLIBAT
DENGAN KEGIATAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ADALAH TIDAK
LAYAK UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR UMS
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
LATAR BELAKANG PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS 3
❖ Visi
❖ Misi
❖ Sistem pengajian di UMS
PANDUAN PENDAFTARAN SECARA ATAS TALIAN (E-DAFTAR) 4-7
❖ Tindakan yang perlu diambil oleh calon
❖ Syarat-syarat tawaran kemasukan ke UMS
❖ Pengguguran tawaran
CARTA ALIR PENDAFTARAN SECARA ATAS TALIAN (E-DAFTAR) PROGRAM ASASI SESI 2021/2022 8-10
❖ Carta alir proses pendaftaran Universiti (E-daftar)
❖ Carta alir proses pendaftaran secara talian melalui E-daftar
PERSEDIAAN SEBELUM KEHADIRAN SECARA FIZIKAL PELAJAR KE KAMPUS 11-18
❖ Dokumen yang perlu disediakan
❖ Borang yang perlu dilengkapkan
❖ Proses pembayaran yuran pengajian pelajar
❖ Kaedah pembayaran yuran pengajian pelajar
❖ Biasiswa/ Tajaan
❖ Akaun bank
❖ Struktur yuran pengajian
❖ Gambar berukuran pasport
❖ Keperluan peribadi
SEMASA KEHADIRAN SECARA FIZIKAL 19-22
❖ Sahsiah rupa diri
❖ Tentatif Program Minggu Suai Mesra (MSM) 2021/2022
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM 23-27
❖ Pengangkutan Bas
❖ Pusat Kesihatan
❖ Perpustakaan
❖ Perkhidmatan ICT
❖ Kemudahan-Kemudahan Lain
SOALAN-SOALAN LAZIM 28-30
KANDUNGAN
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 3
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi ditubuhkan pada 25 Januari 2010. Pusat ini menawarkan Program
Asasi dengan matlamat untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan asas yang kuat dan juga minat
yang mendalam di dalam bidang sains agar dapat melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana
Muda di Universiti Malaysia Sabah.
VISI
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi bertekad untuk menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran
untuk persediaan bagi program prasiswazah berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan gabungan amali dan teori bagi perkembangan sains dan teknologi yang mapan.
MISI
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi berdedikasi dalam penyediaan pelajar untuk program prasiswazah
melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dengan menyemai nilai-nilai murni di
dalam kecemerlangan akademik beserta tanggungjawab etika.
SISTEM PENGAJIAN
Pelajar hendaklah mengikuti minimum 50 kredit kursus atau yang ditetapkan oleh Senat untuk layak
dianugerahkan sijil asasi. Kalendar Akademik Program Asasi UMS dibahagikan kepada dua semester.
Pelajar mestilah mengikuti program asasi selama tidak kurang daripada dua (2) semester dan tidak lebih
daripada empat (4) semester dikira dari tarikh pendaftaran masuk ke Pusat Persediaan Sains dan
Teknologi.
PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 4
PANDUAN PENDAFTARAN
SECARA ATAS TALIAN
(E-DAFTAR)
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 5
PANDUAN PENDAFTARAN
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON
1. Calon hendaklah mencetak surat tawaran dalam talian dan hendaklah dibawa bersama semasa
kehadiran fizikal ke kampus.
2. Calon hendaklah mengesahkan penerimaan atau penolakan tawaran melalui talian dalam
tempoh 10 hari (17 Julai 2021 - 26 Julai 2021) bermula daripada tarikh surat tawaran diterima.
Sekiranya dalam tempoh tersebut universiti tidak menerima sebarang pengesahan, pelajar
dianggap telah menolak tawaran tersebut. Pengesahan tawaran boleh dibuat melalui pautan
laman web http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS. Untuk makluman, pihak Universiti tidak akan
menghantar sebarang PERINGATAN.
Nota:
Anda dinasihati supaya membuat keputusan yang teliti termasuk berbincang dengan ibu bapa sama
ada menerima atau menolak tawaran. Ini kerana setelah keputusan dibuat, keputusan tersebut tidak
boleh lagi dipinda.
SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI
1
.
Tawaran ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
i. Saudara/i diminta membuat pengesahan penerimaan tawaran melalui laman web
http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS yang dibuka bermula 17 Julai 2021 - 26 Julai 2021.
ii. Tawaran ini adalah tertakluk kepada pengesahan Senat Universiti Malaysia Sabah.
iii. Program yang ditawarkan adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran tidak
dibenarkan.
iv. Tawaran ini adalah terbatal dengan sendirinya sekiranya pihak Universiti mendapati
maklumat kelayakan masuk adalah tidak benar / manipulasi maklumat.
v. Pelajar diwajibkan untuk melengkapkan proses E-daftar dalam tempoh yang ditetapkan.
vi. Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda masih terikat kontrak dengan mana-
mana pihak.
vii. Tawaran ini sah untuk sesi kemasukan yang dinyatakan sahaja. Sebarang penangguhan
pendaftaran adalah tidak dibenarkan.
viii.
ix.
x.
Pihak UMS berhak membatalkan tawaran yang telah dikeluarkan, sekiranya didapati calon
tidak memenuhi syarat kelayakan masuk.
Tidak terdapat sebarang kesilapan mengenai syarat minima yang diperolehi oleh calon dan
calon mestilah memenuhi syarat-syarat khas program yang ditawarkan untuk diterima masuk
oleh Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS ini.
Segala perbelanjaan yang timbul bersabit dengan pembatalan tawaran ini TIDAK akan
ditanggung oleh Universiti Malaysia Sabah.
PANDUAN PENDAFTARAN SECARA TALIAN (E-DAFTAR)
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 6
xi.
xii.
Dengan penerimaan tawaran ini bermakna calon bersetuju mematuhi syarat-syarat yang
ditetapkan oleh Universiti Malaysia Sabah.
Adalah menjadi tanggungjawab calon membaca dan memahami semua maklumat yang
dibekalkan oleh Universiti Malaysia Sabah.
xiii. Sila bawa kad pengenalan dan sijil-sijil asal (Sijil Lahir, Sijil SPM) dan Slip Gaji, Surat Pengesahan
Pendapatan, Surat dari penaja Kewangan (sekiranya ada) semasa kehadiran fizikal ke
kampus.
2
.
Setelah mendaftar sebagai pelajar, seseorang calon adalah WAJIB :
i. Mematuhi Undang-undang Negara dan Undang-undang Universiti termasuk Akta Universiti
dan Kolej Universiti (AUKU).
ii. Mematuhi Peraturan Kaedah Pengajian Program Asasi Sains, Peraturan Asrama Universiti,
Peraturan Perpustakaan serta peraturan-peraturan Pusat yang berkaitan.
iii. Mematuhi Peraturan Lalulintas dan Undang-Undang Lalulintas Negara serta Peraturan
Keselamatan Universiti.
iv. Sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta benda serta kemudahan
perkhidmatannya daripada dirosak oleh sesiapa juga.
v. Menghormati para Pegawai Universiti.
vi. Mengambil bahagian dalam segala kegiatan akademik, ko-kurikulum, khidmat masyarakat
dan aktiviti lain yang berkenaan yang dianjurkan oleh Pusat Persediaan Sains dan Teknologi,
Universiti dan Negara.
vii.
viii.
ix.
Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan Universiti.
Menjelaskan semua yuran yang dikenakan oleh Universiti.
Mematuhi Etika Pakaian Universiti.
3
.
4
.
Pelajar DIWAJIBKAN mengikuti Minggu Suai Mesra (MSM) kecuali mendapat kebenaran bertulis
daripada pihak Universiti.
Pihak berkuasa Universiti berhak menarik balik tawaran sekiranya pelajar didapati melanggar syarat-
syarat tersebut di atas.
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 7
PENGGUGURAN TAWARAN
1. Pihak Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS berhak menarik balik tawaran sekiranya syarat-
syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi dan sekiranya calon mengemukakan maklumat/ dokumen
palsu semasa permohonan/ pendaftaran.
2. Calon yang tidak melengkapkan proses E-daftar dalam tempoh yang ditetapkan, tawaran
tersebut akan terbatal dengan sendirinya.
* sila rujuk laman web http://www.ums.edu.my/ppstv2 untuk keterangan lanjut dan maklumat terkini
bagi proses pendaftaran dan minggu suai mesra seperti butiran berikut:
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 8
CARTA ALIR PENDAFTARAN
2021/2022
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 9
CARTA ALIR PROSES PENGESAHAN SETUJU TERIMA
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 10
CARTA ALIR PROSES SEMASA E-DAFTAR
Nota : Manual E-daftar boleh di akses di pautan ini
(https://www.ums.edu.my/ppstv2/ms/panduan-kemasukan-sesi-2021-2022)
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 11
PERSEDIAAN
SEBELUM KEHADIRAN
SECARA FIZIKAL
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 12
1. Tarikh pergerakan pelajar baharu secara fizikal ke kampus adalah tertakluk kepada arahan
semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) Malaysia.
2. Calon hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut:
i. Surat Tawaran (2 Salinan Akademik)
ii. 2 salinan kad pengenalan pelajar, ibu dan bapa / penjaga
iii. 1 salinan Sijil Mati (bagi ibu bapa yang meninggal dunia)
iv. 1 salinan Sijil Kelahiran pelajar, ibu dan bapa / Penjaga
v. 1 salinan Sijil Perakuan Cerai yang disahkan (bagi ibu bapa yang bercerai)
vi. 1 salinan Surat Akuan Hak Jagaan (bagi yang tidak dijaga oleh ibu bapa kandung)
vii. 1 salinan Sijil SPM
viii. 1 salinan Sijil Berhenti Sekolah
ix. 2 salinan muka depan Buku Akaun Bank
x. 2 salinan Slip Gaji/Akuan Pendapatan ibu dan bapa
xi. Sekeping gambar untuk fail pelajar (berukuran pasport)
xii. UMS/HEP/01 Ikrar
xiii. UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian
xiv. UMS/HEP/03 Akujanji
xv. Borang Laporan Pemeriksaan Perubatan (*Sekeping gambar berukuran pasport)
Nota : Semua salinan (v,vi,vii,viii) sijil ini perlu disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas yang
tidak mempunyai kaitan persaudaraan dengan calon/Pesuruhjaya Sumpah/Ketua
Kampung/Pengerusi JKK /Ketua Kampung/Pengerusi JKK/ Wakil Rakyat/Pegawai Daerah.
3. PROSES PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN PELAJAR
i. Yuran Tidak Berulang (A) dan Yuran Semester (B) hendaklah DIJELASKAN semasa pelajar
membuat proses pendaftaran Universiti melalui E-daftar secara talian.
ii. Jumlah yuran yang perlu dibayar boleh dirujuk pada perkara 6. Struktur Yuran Pengajian
Program Asasi. Sila rujuk Jumlah Keseluruhan (A+B) atau Yuran Pengajian Semester 1.
iii. Proses pengesahan bayaran akan dikemaskini sebaik sahaja pihak Jabatan Bendahari
menerima pengesahan Terimaan bayaran daripada pihak bank.
iv. Bagi bayaran yang dibuat pada hari Jumaat / Cuti Hujung Minggu / Cuti Umum, pengesahan
bayaran hanya akan dibuat pada hari bekerja berikutnya.
v. Sila pastikan status bayaran pelajar dalam sistem e-Daftar telah dikemaskini oleh pihak Jabatan
Bendahari sebelum tarikh tutup proses iaitu pada 03 Ogos 2021.
vi. Sila buat pembayaran selewat-lewatnya 48 jam sebelum tarikh tutup e-Daftar.
vii. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UMS
seperti berikut:
PERSEDIAAN SEBELUM PERGERAKAN SECARA FIZIKAL KE KAMPUS
Salinan ii. dan iii. perlu disahkan oleh
Pegawai Jabatan Pendaftaran
Negeri/ Cawangan
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 13
KAMPUS INDUK K.K
Emel [email protected]
No. Telefon 088-320057
No. Faks 088-320235 (u/p: Bahagian Kewangan Pelajar)
Kaunter Jabatan Bendahari, Aras 3, Blok Utara, Bangunan Canselori.
3. KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
i. Kaedah bayaran juga boleh dibuat melalui:
❖ Portal e-Payment UMS di laman sesawang: https://fpx.ums.edu.my
❖ Perkhidmatan Jom Pay (Biller code : 65292) dengan memasukkan maklumat seperti berikut:
● Rujukan 1: No. Matrik
● Rujukan 2: Tujuan Bayaran (contoh: Yuran pengajian)
ii. Kaedah bayaran di Bank Islam Malaysia Berhad:
❖ Bagi pemegang akaun Bank Islam, pembayaran melalui ATM (Automatic Teller Machine),
boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.
atau;
❖ Bagi bukan pemegang akaun Bank Islam, pembayaran boleh dibuat melalui Kaunter Bank di
mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.
4.
BANTUAN KEWANGAN
i.
ii.
Bantuan kewangan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah layak dipohon oleh
pelajar Program Asasi Sains Sahaja (tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh KPT).
Pelajar yang mendapat bantuan kewangan DIWAJIBKAN untuk mengemukakan surat tawaran
tajaan tersebut kepada Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah semasa
hari pendaftaran atau pada bila-bila masa setelah mendapat tawaran daripada pihak penaja.
iii. Sila pastikan maklumat penaja sentiasa dikemaskini di dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP)
untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
5. AKAUN BANK ISLAM
i. Pelajar DIGALAKKAN membuka akaun di Bank Islam bagi tujuan memudahkan pembayaran
yuran pengajian melalui kaedah:
● Pindahan Wang dan bayaran Bil Pelajar melalui ATM (Automatic Teller Machine)
● Pindahan Wang melalui Perbankan Internet
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 14
ii. Pelajar yang telah membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad atau di lain-lain bank WAJIB
mengemaskini maklumat akaun bank dalam E-daftar dengan menyatakan NOMBOR AKAUN
dan juga NAMA BANK bagi memudahkan sebarang urusan bayaran pemulangan kepada
pelajar sepanjang berada di universiti.
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 15
6. Struktur Yuran Pengajian Program Asasi Sains dan Asasi Teknologi Maklumat, Pusat Persediaan
Sains dan Teknologi:
a) Struktur Yuran Pengajian Program Asasi Sains, 1 tahun (2 Semester):
BIL. YURAN TIDAK BERULANG (A) AMAUN (RM)
1 Wang Hemat Diri 378.00
2 Insuran Kelompok Pelajar 25.00
JUMLAH 403.00
BIL. YURAN SEMESTER (B) AMAUN (RM)
1 Yuran Pengajian 675.00
2 Yuran Asrama 336.00
JUMLAH 1,011.00
JUMLAH KESELURUHAN (A+B) 1,414.00
Caj Yuran Amaun (RM)
Jumlah Yuran Semester 1 1,414.00
Jumlah Yuran Semester 2 1,011.00
Jumlah Keseluruhan 2,425.00
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 16
b) Struktur Yuran Pengajian Program Asasi Sains (Komersial), 1 tahun (2 Semester):
Local Students :
STUDY FEES
NO. REGISTRATION FEES (PAYABLE ONLY ONCE
BY EVERY LOCAL STUDENT) AMOUNT (RM)
1 Registration Fees 700.00
2 Personal Deposit (Refundable) 1,000.00
TOTAL 1,700.00
NO. PAYABLE EVERY SEMESTER AMOUNT (RM)
1
Tuition Fees Per Semester (RM180.00 X 25
Credit Hour) 4,500.00
2 Bench Fee (RM200.00 X 3 Subject) 600.00
3 Student Activities (Plus Transportation Fee) 450.00
TOTAL 5,550.00
OVERALL TOTAL 12,800.00
International Students :
STUDY FEES
NO. REGISTRATION FEES (PAYABLE ONLY ONCE
BY EVERY INTERNATIONAL STUDENT) AMOUNT (RM)
1 Registration Fees 700.00
2
3
International Students Bond & Personal
Deposit (Refundable)
International Office Fee (Visa, Insurance,
Medical check-up & Agency Fee)
2,000.00
2,500.00
TOTAL 5,200.00
NO. PAYABLE EVERY SEMESTER AMOUNT (RM)
1
Tuition Fees Per Semester (RM250.00 X 25
Credit Hour) 6,250.00
2 Bench Fee (RM200.00 X 3 Subject) 600.00
3 Student Activities (Plus Transportation Fee) 450.00
TOTAL 7,300.00
OVERALL TOTAL 19,800.00
*Total fees excluding hostel RM665.00 (MALAYSIAN) and RM1,835.00 (INTERNATIONAL) per semester.
*Application Fee RM150.00 needs to be submitted with the application form.
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 17
Local Students :
Fee Charges Amount (RM)
Total Fees for Semester 1 7,400.00
Total Fees for Semester 2 5,550.00
Overall Total 12,800.00
International Students :
Fee Charges Amount (RM)
Total Fees for Semester 1 12,500.00
Total Fees for Semester 2 7,300.00
Overall Total 19,800.00
c) Struktur Yuran Pengajian Program Asasi Teknologi Maklumat, 1 tahun (2 Semester):
BIL. YURAN TIDAK BERULANG (A) AMAUN (RM)
1 Wang Hemat Diri 378.00
2 Insuran Kelompok Pelajar 25.00
JUMLAH 403.00
BIL. YURAN SEMESTER (B) AMAUN (RM)
1 Yuran Pengajian 675.00
2 Yuran Asrama 336.00
JUMLAH 1,011.00
JUMLAH KESELURUHAN (A+B) 1,414.00
Caj Yuran Amaun (RM)
Jumlah Yuran Semester 1 1,414.00
Jumlah Yuran Semester 2 1,011.00
Jumlah Keseluruhan 2,425.00
d) Struktur Yuran Pengajian Program Asasi Teknologi Maklumat (Komersial), 1 tahun (2 Semester)
Local Students :
STUDY FEES
NO. REGISTRATION FEES (PAYABLE ONLY ONCE
BY EVERY LOCAL STUDENT) AMOUNT (RM)
1 Registration Fees 700.00
2 Personal Deposit (Refundable) 1,000.00
TOTAL 1,700.00
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 18
NO. PAYABLE EVERY SEMESTER AMOUNT (RM)
1
Tuition Fees Per Semester (RM180.00 X 25
Credit Hour) 4,500.00
2 Facilities Computer Fee (RM300.00) 300.00
3 Student Activities (Plus Transportation Fee) 430.00
TOTAL 5,230.00
OVERALL TOTAL 12,160.00
International Students :
STUDY FEES
NO. REGISTRATION FEES (PAYABLE ONLY ONCE
BY EVERY INTERNATIONAL STUDENT) AMOUNT (RM)
1 Registration Fees 700.00
2
3
International Students Bond & Personal
Deposit (Refundable)
International Office Fee (Visa, Insurance,
Medical check-up & Agency Fee)
2,000.00
2,500.00
TOTAL 5,200.00
NO. PAYABLE EVERY SEMESTER AMOUNT (RM)
1
Tuition Fees Per Semester (RM250.00 X 25
Credit Hour) 6,250.00
2 Facilities Computer Fee (RM300.00) 300.00
3 Student Activities (Plus Transportation Fee) 430.00
TOTAL 6,980.00
OVERALL TOTAL 19,160.00
*Total fees excluding hostel RM665.00 (Malaysian) and RM1,835.00 (INTERNATIONAL) per semester.
*Application Fee RM150.00 needs to be submitted with the application form.
Local Students :
Fee Charges Amount (RM)
Total Fees for Semester 1 6,930.00
Total Fees for Semester 2 5,230.00
Overall Total 12,160.00
International Students :
Fee Charges Amount (RM)
Total Fees for Semester 1 12,180.00
Total Fees for Semester 2 6,980.00
Overall Total 19,160.00
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 19
Buku Teks/Kursus Amaun (RM)
1. BUKU MANUAL AMALI
2. BUKU KERJA
3. MUET
200.00
PERINGATAN : Bayaran buku teks WAJIB dijelaskan pada hari pendaftaran secara fizikal
e) Jadual Yuran MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Caj Yuran Amaun (RM)
Yuran menduduki peperiksaan MUET 101.00
Nota : Jumlah dan bayaran yuran adalah tertakluk kepada perubahan dan makluman
daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
7. Membuat Pemeriksaan Kesihatan
● Pelajar boleh membuat pemeriksaan kesihatan di mana-mana klinik kesihatan atau hospital
kerajaan sahaja.
Atau;
● Pelajar boleh membuat pemeriksaan di Pusat Rawatan Warga, UMS.
8. Penyediaan Gambar
Anda diminta menyediakan tiga (3) keping gambar berukuran pasport sebagai persediaan
membuat permohonan yang berkaitan. Sila sediakan softcopy gambar yang terbaru dalam
format PNG atau JPG untuk dimuat naik dalam sistem E-daftar bagi pembuatan kad matriks.
9. Keperluan Peribadi
Persiapan Keperluan Peribadi Siswa/Siswi adalah seperti berikut:
● Pakaian formal (Etika berpakaian pelajar Universiti Malaysia Sabah)
● Pakaian sukan
● Kelengkapan solat
Nota : Segala keperluan harian boleh didapati di kedai serbaneka yang terdapat di dalam Kampus UMS.
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 20
SEMASA KEHADIRAN SECARA
FIZIKAL KE DALAM KAMPUS
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 21
1. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA MENDAFTAR.
1. SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA KEHADIRAN SECARA FIZIKAL KE KAMPUS
i. Pelajar hendaklah memakai pakaian mengikut etika berpakaian pelajar UMS.
ii. Pelajar DILARANG BERPAKAIAN TIDAK SOPAN dan MENCOLOK MATA seperti berikut:
• Berselipar
• Memakai skirt atau berseluar pendek di atas paras lutut
• Berbaju T tanpa kolar
• Berbaju tanpa lengan
• Berseluar ketat
• Berpakaian nipis
iii. Pakaian yang menutup sebahagian muka (BERPURDAH) TIDAK DIBENARKAN kerana
menyukarkan pihak berkuasa universiti mengenali pelajar.
iv. Untuk aktiviti makmal, sukan dan kebudayaan, pelajar hendaklah mematuhi amalan
pakaian yang dikuatkuasakan.
v. Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar jeans untuk ke kuliah, perpustakaan dan semasa
berurusan di pejabat. Amalkan berpakaian kemas dan sopan di semua aktiviti rasmi dalam
kampus (baju kemeja biasa, baju T berkolar, berkasut, berseluar panjang,berskirt panjang di
bawah paras lutut) terutamanya di khalayak ramai seperti di dewan kuliah, perpustakaan,
pejabat dan dewan makan.
SEMASA KEHADIRAN SECARA FIZIKAL
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 22
PELAJAR DIKEHENDAKI MEMATUHI ETIKA PAKAIAN DAN RAMBUT SUPAYA KELIHATAN KEMAS DAN SOPAN
SEPERTI BERIKUT:
DILARANG BERAMBUT PANJANG (SISWA),
MEWARNAKAN RAMBUT (SISWA/SISWI),), DAN
MEMAKAI SELIPAR UNTUK URUSAN RASMI &
MENGHADIRI KULIAH.
DILARANG BERAMBUT PANJANG (SISWA),
MEWARNAKAN RAMBUT (SISWA/SISWI), DAN
MEMAKAI SELIPAR UNTUK URUSAN RASMI &
MENGHADIRI KULIAH.
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 23
PROGRAM MINGGU SUAI MESRA (MSM)
TARIKH ATURCARA PROGRAM
26 Julai – 3
Ogos 2021
Isnin - Selasa
Pendaftaran Universiti Secara Atas Talian (e-Daftar)
*Pendaftaran dan pengisian sepanjang program Minggu Suai Mesra Asasi UMS Sesi 2021/2022 dijalankan
sepenuhnya secara atas talian.
4 Ogos 2021
Rabu
Taklimat Pusat
9.30 pagi – 10.00 pagi
Ucapan Aluan oleh Pengarah Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah
10.00 pagi – 11.00 pagi
Taklimat Program Asasi (Timbalan Pengarah Akademik PPST)
11.00 pagi – 12.00 t/hari
Taklimat Hal Ehwal Pelajar & Biasiswa Asasi (Timbalan Pengarah HEP & Penyelidikan PPST)
2.30 petang – 3.30 petang
Taklimat e-Pembelajaran
3.30 petang – 4.30 petang
Taklimat Keselamatan dan Tatacara di Makmal Pusat
5 Ogos 2021
Khamis
Taklimat Pusat
9.30 pagi -10.30 pagi
Taklimat Kursus Fizik
10.30 pagi – 11.30 pagi
Taklimat Kursus Biologi
2.30 petang – 3.30 petang
Taklimat Kursus Kimia
3.30 petang – 4.30 petang
Taklimat Kursus Matematik
6 Ogos 2021
Jumaat
Taklimat Pusat
& Universiti
9.30 pagi – 10.30 pagi
Taklimat Kursus Bahasa Inggeris
10.30 pagi – 11.30 pagi
Taklimat Kursus Umum
11.30 pagi – 12.30 pagi
Taklimat Kursus Program Asasi Teknologi Maklumat
*Hanya pelajar Program Asasi Teknologi Maklumat sahaja
2.30 petang – 3.30 petang
Taklimat Hal Ehwal Pelajar UMS
3.30 petang – 4.30 petang
Sesi Bersama Kaunselor UMS
9 Ogos 2021
Isnin
Majlis Perasmian
Penutupan MSM
Asasi UMS Sesi
2021/2022
9.30 pagi – 10.00 pagi
Raptai Majlis Perasmian Penutupan
Minggu Suai Mesra Asasi UMS Sesi 2021/2022 (Kali Ke-12)
10.00 pagi – 11.30 pagi
Majlis Perasmian Penutupan
Minggu Suai Mesra Asasi UMS Sesi 2021/2022 (Kali Ke-12)
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 24
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN
UMUM
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 25
PENGANGKUTAN BAS
UMS menyediakan kemudahan pengangkutan bas untuk memudahkan pelajar pergi dan balik ke
Fakulti/Pusat masing-masing yang beroperasi pada waktu kuliah mulai jam 6.00 pagi hingga 10.00
malam. Kemudahan ini disediakan dari kawasan asrama ke blok-blok Fakulti/Pusat, perpustakaan dan
juga kawasan yang berhampiran seperti Kolej Kediaman USIA-1B dan Taman Eco-Park, Sulaman. Pelajar
dikehendaki menunjukkan kad pelajar semasa menaiki bas.
PUSAT KESIHATAN
Pelajar dibenarkan menggunakan kemudahan rawatan yang disediakan seperti berikut:
● Pusat Rawatan Warga yang terletak di dalam kampus.
PERPUSTAKAAN
Kumulatif bahan di Perpustakaan UMS ialah lebih kurang 399,671 naskhah buku dan media, 186 judul
jurnal, 23 pangkalan data elektronik, 21,022 judul e-books dalam pelbagai bidang dan 19,859 koleksi
UMSIR yang boleh diakses secara atas talian. Disamping itu, perpustakaan juga menyediakan
perkhidmatan dan kemudahan seperti;
Perkhidmatan
❖ Perkhidmatan Pinjaman, Pemulangan dan Tempahan.
❖ Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) dan Perkhidmatan Pembekalan Dokumen
(PPD)
❖ Perkhidmatan Rujukan dan Informasi
❖ Perkhidmatan Pangkalan Data Komersial, E-Jurnal dan E-Book
❖ Perkhidmatan Terbitan Bersiri
❖ Perkhidmatan Koleksi Khas (Perdana, Nobel Laureate, American Corner, Aseana dan
(Kanak-kanak)
❖ Perkhidmatan Pelanggan
❖ Kelas Literasi Maklumat
Kemudahan
❖ Auditorium
❖ Bilik Tayangan
❖ Bilik Latihan
❖ Bilik Multimedia
❖ Bilik Seminar
❖ Bilik Kubikal
❖ Bilik 24 jam
❖ Surau
❖ Peti Cadangan dan E- Aduan
❖ Katalog Awam Atas Talian (WebOPAC) melalui iPortal
❖ Wireless
❖ Komputer
❖ Mesin Pinjaman Sualayan
❖ Peti Pemulangan Buku
❖ Xpress OPAC
❖ Taklimat pelawat, dan
❖ Induksi Perpustakaan
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 26
PERKHIDMATAN ICT
BIL MAKLUMAT PERKHIDMATAN MASA OPERASI RUJUKAN/URL
1
Perkhidmatan Internet & Pendaftaran
Akaun Pengguna Rangkaian tanpa
Wayar (Wireless)
ISNIN – KHAMIS
8.00 Pg – 12.15 Tgh
2.00 Ptg – 4.15 Ptg
JUMAAT
8.00 Pg – 11.15 Pg
2.30 Ptg – 4.15 Ptg
SABTU & AHAD
(TUTUP)
Borang boleh didapati di
(Bangunan JTMK, Aras
Bawah Kaunter Teknikal)
2 Perkhidmatan Instalasi Perisian Berlesen
(MS Office, SPSS,Visual Studio)
3 Perkhidmatan Video Conferencing
4 Perkhidmatan Pinjaman Alat Bantu
Mengajar (ABM)
5 Percetakan Kad Pelajar Kaunter Kad Pelajar
(Bahagian Keselamatan)
6 Perkhidmatan E-Learning 24 Jam (Dalam Talian) http://smartv3.ums.edu.m
y
7 Sistem Maklumat Pelajar (SMP) 24 Jam (Dalam Talian) http://smp.ums.edu.my
8 Perkhidmatan 1 Megalab (Thin Client)
HARI BIASA
ISNIN – JUMAAT
8.30 Pg – 10.00 Mlm
SABTU & AHAD
8.30 Pg – 6.00 Ptg
CUTI SEMESTER
ISNIN – JUMAAT
8.30 Pg – 5.00 Ptg
SABTU & AHAD
8.30 Pg – 6.00 Ptg
MINGGU ULANGKAJI
ISNIN – JUMAAT
8.30 Pg – 12.00 Mlm
SABTU & AHAD
8.30 Pg – 6.00 Ptg
Tiket Penggunaan
Perkhidmatan 1 Megalab
boleh diperolehi di
kaunter Perpustakaan,
Aras Bawah
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN
● Kompleks Sukan merangkumi Gimnasium, gelanggang bola tampar, tenis, bola jaring dan lain-
lain
● Stadium
● Padang Kawad
● Mesin ATM (Maybank, Bank Rakyat dan Bank Islam)
● Kolej Kediaman
● Kafeteria
● Koperasi (perkhidmatan mesin cetak dan penjualan cenderahati)
SILA HUBUNGI BAHAGIAN-BAHAGIAN BERIKUT UNTUK MAKLUMAT DAN PERTANYAAN:
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 27
PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI
No.Tel: 088-320000
Samb: 212700/212702
No. Faks: 088-329 240
E-mel: [email protected]
Laman Web: www.ums.edu.my/ppstv2
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (KOTA KINABALU)
Pejabat Pentadbiran
No. Tel: 088-320 000 samb. 201 700
No. Faks: 088-329 216
E-mel: [email protected]
PUSAT PERUMAHAN PELAJAR DAN HOSPITALITI (KOTA KINABALU)
Kolej Kediaman Tun Mustapha
No. Tel: 088-320000 samb. 205504
No. Faks: 088-329227
E-mel: [email protected]
Kolej Kediaman E
No. Tel: 088-320000 samb. 205505
No. Faks: 088-329227
E-mel: [email protected]
Kolej Kediaman Kingfisher
No. Tel: 088-320000 samb. 205506
No. Faks: 088-329227
E-mel: [email protected]
Kolej Kediaman 1 Borneo
No. Tel: 088-320 000 samb. 205507
No. Faks: 088-329227
E-mel: [email protected]
Kolej Kediaman Tun Fuad
No. Tel: 088-320000 samb. 205503
No. Faks: 088-329227
E-mel: [email protected]
FAKULTI PERTANIAN LESTARI, SANDAKAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
No.Tel: 089-248100
No. Faks: 089-220703
E-mel: [email protected]
JABATAN BENDAHARI
(BAHAGIAN KEWANGAN PELAJAR) KOTA KINABALU
No.Tel: 088 - 320057
No.Faks: 088 – 320235
E-mel: [email protected]
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 28
PERPUSTAKAAN
Kampus Kota Kinabalu
No.Tel: 088 – 320 000 samb. 200800
No.Faks: 088 – 320 232
E-mel: [email protected]
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Kampus Kota Kinabalu
No.Tel: 088-329000
No.Faks: 088 - 320234
E-mel: [email protected]
BAHAGIAN KESELAMATAN UMS
KAMPUS KOTA KINABALU
No.Tel: 088-320000 Samb : 200300
No.Faks: 088 – 329215
E-mel: [email protected]
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Kampus Kota Kinabalu
No.Tel: 088-320000 Samb. 21232/
(Farmasi): 212390
E-mel: [email protected]
Poliklinik UMS
No.Tel: 088-435281
E-mel: [email protected]
Pusat Kesiapsagaan COVID19
No.Tel: 019-884 2400
PUSAT ISLAM UMS
Pejabat Am PIUMS
No.Tel: 088-320000 Samb : 203200
No.Faks: 088-329220
E-mel: [email protected]
Pejabat Masjid
No.Tel: 088-320000 Samb: 203203
No.Faks: 088-329220
E-mel: [email protected]
Web Rasmi
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Kota Kinabalu: http://www.ums.edu.my.
UMS Kampus Antarabangsa Labuan: http://wwwkal.ums.edu.my.
HOTLINE (Waktu Pejabat):
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi : 088-320 000 samb. 212 700
Jabatan Bendahari : 088-320 000 samb. 200 500
Jabatan Hal Ehwal Pelajar : 088-320 000 samb. 201 700
HOTLINE (24 Jam):
Bahagian Keselamatan : 088-320 000 Samb. 200 300
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 29
SOALAN-SOALAN LAZIM
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 30
S1: Apakah kesannya jika saya tidak mendaftar secara atas talian (E-daftar)?
J1: Tawaran kemasukan akan terbatal kecuali anda mengemukakan rayuan bertulis dengan alasan
munasabah dan mendapat kebenaran daripada Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.
Tiada rayuan akan dipertimbangkan setelah tawaran kemasukan terbatal.
S2: Adakah penangguhan kehadiran secara fizikal ke dalam kampus dibenarkan?
J2: Tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan PPST.
S3: Adakah saya perlu membawa bersama salinan asal buku bank semasa menghadirkan diri
secara fizikal di kampus?
J3: Ya, bagi tujuan memudahkan proses mengemaskini data akaun pelajar dalam portal sistem
maklumat pelajar (SMP).
S4: Adakah saya perlu membayar yuran pendaftaran dan pengajian semasa hari pendaftaran
secara atas talian?
J4: Ya, melalui sistem E-daftar.
S5: Bolehkah saya mendaftar jika dokumen-dokumen tidak mendapat pengesahan?
J5: Tidak boleh.
S6: Jika saya lewat hadir secara fizikal ke kampus, ke mana harus saya tuju?
J6: Anda dinasihatkan untuk memaklumkan lebih awal kepada Pusat Persediaan Sains dan
Teknologi, UMS.
S7: Siapa yang layak mendapat kemudahan di kolej kediaman?
J7: Kolej Kediaman disediakan bagi pelajar yang mengikuti pengajian di Pusat Persediaan Sains dan
Teknologi, UMS tertakluk kepada syarat-syarat oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan pelajar
DIWAJIBKAN tinggal di Kolej Kediaman yang disediakan.
S8: Adakah pelajar Asasi dibenarkan tinggal di luar?
J8: Tidak. Pelajar DIWAJIBKAN tinggal di Kolej Kediaman yang disediakan sepanjang sesi pengajian
Asasi UMS.
S9: Apakah saya perlu membawa wang saku?
J9: Ya.
S10: Berapakah bayaran buku teks dan lab manual? Bila dibayar?
J10: RM200. Bayaran boleh dibuat semasa kehadiran secara fizikal ke kampus.
S11: Saya belum membuat pemeriksaan kesihatan, bolehkah saya hadir secara fizikal?Bolehkah
saya buat pemeriksaan kesihatan di klinik swasta?
J11: Boleh. Anda diberi tempoh selama tiga (3) minggu untuk membuat pemeriksaan kesihatan.
Boleh membuat pemeriksaan di klinik swasta.
S12: Sebagai pelajar baharu, bolehkah saya membawa kenderaan sendiri?
J12: Tidak boleh.
S13: Apakah pakaian yang sesuai semasa hadir secara fizikal?
J13: Rujuk garis panduan etika berpakaian pelajar.
S14: Bilakah sesi pengajaran dan pembelajaran bagi Asasi UMS sesi 2021/2022 akan bermula?
J14: Pembelajaran dan pengajaran bermula pada 16 Ogos 2021 secara atas talian (tertakluk kepada
sebarang perubahan dari masa ke semasa).
S15: Saya menghidap penyakit asma, adakah kemudahan perubatan disediakan di setiap kampus?
J15: Ada. UMS mempunyai Pusat Rawatan Warga yang terletak di dalam kampus.
SOALAN-SOALAN LAZIM
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2021/2022 | 31
SOALAN-SOALAN LAZIM UNTUK BENDAHARI
S16: Bolehkah saya mendaftar jika tidak membayar yuran pengajian?
J16: Tidak boleh. Pembayaran Yuran Tidak Berulang (A) dan Yuran pengajian untuk Semester 1
perlu dijelaskan dan diselesaikan semasa proses E-daftar. Sila rujuk Jumlah Yuran Semester 1.
S17: Sekiranya saya tidak mempunyai akaun bank, bolehkah saya menggunakan akaun bank
ibu atau bapa saya untuk dimasukkan ke dalam maklumat e-daftar?
J17: Tidak boleh.
S18: Bagaimana kaedah bayaran yuran yang boleh dibuat oleh pelajar semasa Pendaftaran
Universiti?
J18: Pembayaran boleh dibuat melalui:
● Portal e-payment UMS di laman sesawang: https://fpx.ums.edu.my
● Perkhidmatan Jom Pay (Biller code: 65292) dengan memasukkan maklumat berikut:
❖ Rujukan 1: No. Matrik
❖ Rujukan 2: Tujuan Bayaran (contoh: Yuran pengajian)
● Bank Islam Malaysia Berhad iaitu:
❖ ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja di mana-
mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.
❖ Kaunter Bank di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.
S19: Apakah MEPS FPX?
J19: MEPS FPX (Financial Process Exchange) adalah payment gateway yang membenarkan anda
untuk membuat pembayaran secara online melalui akaun simpanan atau akaun semasa
anda. Anda cuma memerlukan talian internet, akaun bank dengan mana-mana bank yang
terlibat dengan MEPS FPX. Ia adalah satu proses yang mudah, senang dan selamat.
S20: Adakah saya perlu mendaftar dengan MEPS FPX untuk menggunakan perkhidmatan MEPS
FPX?
J20: Tiada pendaftaran diperlukan untuk menggunakan kemudahan MEPS FPX. Anda cuma
perlukan akaun Internet Banking dengan mana-mana bank yang terlibat dengan MEPS FPX
untuk menggunakan kemudahan ini.
S21: Bolehkah saya membuat pembayaran secara tunai di Universiti?
J21: Tidak boleh. UMS telah melancarkan Kampus Tanpa Tunai. Kaunter bayaran hanya akan
menerima bayaran melalui Kad Kredit/ Debit, serta melalui aplikasi Maybank QR Pay, Boost
dan AliPay sahaja.