Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS [CLO3]
Membincangkan prinsip syariah dan etika Islam dalam bidang Sains
Teknologi dan Kejuruteraan
TOPIK 3.0 : PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
1Memahami prinsip syariah dalam sains teknologi dan
kejuruteraan
i3.1.1Menerangkan prinsip syariah Islamiah dalam sains teknologi
dan kejuruteraan [ILO]Syariah adalah berasal dari perkataan syarak
yang memberi maksud jalan ke arah sumber air atau memberi makna
jalan yang kurus [al-Jathiyah : 18]
iiSyariah dari aspek istilah adalah merujuk kepada segala hukum
yang disyariatkan oleh Allah swt kepada umat manusia melalui
Rasulullah saw.
iiiDipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber
kehidupan manusia. Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga
syariat sangat diperlukan untuk menjadi nadi dalam hidup manusia.
Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat tanpa syariat.
Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi
kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.
BilPrinsip SyariahHuraian
1Rabbaniah[Ketuhanan] Prinsip yang pertama ini menjelaskan
syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah swt. Segala
kandungannya yang meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah
secocok dengan keperluan manusia. Alam yang terbentang luas dengan
segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi
peraturan Allah swt. Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah swt.
Maka kita sebagai khalifah tertakluk kepada peraturan alam
milikNya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada
pengabdian diri kepada Allah swt dan menginsafi keagunganNya. Para
saintis, teknokrat dan jurutera tertakluk kepada prinsip ketuhanan
dan bermatlamatkan kemakmuran sarwajagat.
2Wasatiah [Kesederhanaan] Kesederhanaan dalam syariat adalah
memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana.
Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan. Boleh
berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum
mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya solat fardu hendaklah
hendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan kelonggaran untuk
duduk bagi yang sakit. Wasatiah juga memberi makna pertengahan
antara dua perkara. Mengambil tindakan antara dua kecenderungan.
Contohnya antara kaya dan miskin. Maka mengambil pendirian
sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan.
3Tawazun[Keseimbangan] Keseimbangan dalam syariat bermaksud
segala kandungannya adalah mengimbangi antara keperluan manusia di
dunia dan akhirat. Contohnya manusia diminta untuk mencari rezeki
bagi menyara hidup diri dan keluarga. Dalam waktu yang sama rezeki
tersebut hendaklah dicari secara yang halal, baik dan dilaksanakan
secara paling terbaik. Impaknya dia akhir bulan gaji diperolehi,
pahala diganjari dan pengurusan kerja dihargai. Keseimbangan ini
menuntut saintis, teknokrat dan jurutera mengimbangi keperluan
manusia di dunia bagi menjadi bekalan di akhirat nanti.
4Mizan[Kesetaraan] Kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum
hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara.
Kesetaraan dalam syariat menuntut agar segala tindakan yang
dilaksanakan hendaklah meraikan keperluan dunia dan akhirat.
Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap perkara yang
dilaksanakan perlu ditimbang agar hukum-hakam tidak menjadi korban
atas nama penyelidikan dan pembangunan. Setiap perkara yang
dilakukan hendaklah mengambilkira item-item yang digunakan benar
menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat.
5Tetap & Anjal[Mutlak & Murunah] Tetap dan anjal menurut
syariat terlihat dalam aspek hukum hakamnya tetap untuk semua zaman
dan umat. Tiada berlaku sebarang perubahan hukum seperti
pengharaman arak. Namun begitu, pengharamannya boleh dikecualikan
atau digugurkan seandainya ada keperluan yang syari untuk
menggunakannya. Contohnya arak terpaksa digunakan untuk tujuan
perubatan. Kelonggaran ini boleh berlaku seandainya tiada pilihan
lain bagi mengubati penyakit yang merbahaya. Kemutlakan dalam hukum
diperlukan bagi memelihara kesucian prinsip syariat dan keanjalan
wajar dilakukan bagi meraikan sifat kehidupan manusia yang sentiasa
berubah dan dinamik.
3.1.2Menerangkan peranan Syariah Islamiah dalam Sains Teknologi
dan Kejuruteraan [ILO]
3.1.3Membincangkan pelaksanaan Syariah Islamiah dalam Sains
Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]
Utamakan Yang Utama
Islam menjadikan Awlawiyat atau keutamaan dalam melaksanakan
sesuatu perkara. Mengelakkan kemudaratan demi mencari kemaslahatan
adalah sangat diutamakan. Mendahulukan yang wajib lebih diutamakan
daripada yang sunat. Mengutamakan kepentingan ramai adalah wajar
didahulukan daripada kepentingan individu. Sebarang kegiatan sains
teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan keutamaan kepada
memelihara peranan syariah. Para saintis, teknokrat dan jurutera
seharusnya meletakkan keutamaan memakmurkan alam daripada mencari
keuntungan dan kemahsyuran. Pelaksanaan sesuatu perkara hendaklah
merujuk kepada mengutamakan agama, nyawa, akal, keturunan, maruah
dan harta.
Matlamat Tidak Menghalalkan Cara
Islam mengakui keperluan untuk membuat kajian tentang alam.
Manusia dibenarkan untuk menerokai daratan, lautan dan ruang udara
untuk tujuan pengimarahan alam. Ciptaan dan penemuan inovasi yang
melibatkan teknologi dan kejuruteraan adalah bukti kehebatan akal
manusia untuk keperluan dan kemaslahatan hidup manusia. Namun
begitu, syariat menegaskan setiap operasi untuk menghasilkan
ciptaan dan rekaan hendaklah menghormati peraturan dan etika Islam.
Tiada istilah untuk mencapai matlamat keperluan manusia, sebarang
kaedah boleh digunapakai dan menghalalkan proses yang bercanggah
dengan syariat. Dunia hari ini memaparkan kerakusan manusia untuk
maju dan moden hingga bergelar kuasa besar dunia melalui proses
mengorbankan alam. Sebagai contoh ujian huklear di lautan telah
mengakibatkan berlakunya kerosakan pada lapisan perut bumi yang
menjadi punca berlakunya tsunami.
Pelaksanaan Kajian Menepati Syariat Pelaksanaan syariat dalam
sains teknologi dan kejuruteraan mengutamakan nilai keagamaan yang
lebih fokus kepada etika dan adab dalam membangunkan alam.
Peraturan dan hukum yang melibatkan halal, haram, sunat, harus dan
makruh serta syubahat hendaklah menjadi asas rujukan dalam
pelaksanaan setiap proses kerja. Sebarang ciptaan, penemuan, kajian
dan penyelidikan sewajarnya mengambilkira kepentingan prinsip dan
etika syariat Islam. Kegagalan mematuhi prosedur ini akan
menyumbang kepada ketidakstabilan dan kepincangan pengurusan alam.
Andai berlaku pertembungan antara kepentingan keperluan manusia dan
pemeliharaan alam, maka syariat menetapkan untuk memilih
kemudaratan yang minima.
Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubat
Syariat Islam menetapkan prinsip mencegah adalah menjadi
keutamaan dalam pelaksanaan kerja manusia. Prinsip pencegahan yang
diminta oleh syariat Islam adalah untuk menolak dan mengelakkan
berlakunya kerosakan. Contohnya Islam mengharamkan perbuatan
mendekati zina. Maksud mendekati itu adalah termasuk berdua-duaan
atau sesuatu tindakan yang boleh membawa zina. Larangan perbuatan
yang boleh membawa kepada zina adalah dianggap langkah pencegahan
bagi mengelakkan zina dan lahirnya anak luar nikah. Kajian sains
dan rekaan teknologi serta kejuruteraan hendaklah mengambil langkah
pencegahan dalam segenap aspek dari mula hingga akhir. Akibat yang
besar akan menimpa umat manusia apabila langkah-langkah pencegahan
tidak diambil kisah. Prinsip mencegah sewajarnya menjadi agenda
utama para saintis, teknokrat dan jurutera melaksanakan tugasan
mereka. Pengabaian prinsip ini akan menempah suatu pengurusan kos
yang lebih besar serta pengorbanan masa yang bukan kepalang.
Justeru itu, fikirkan aspek pencegahan sebelum bertindak.
Akidah Diutamakan Syariat Didahulukan
Aqidah yang merupakan tunjang bagi terbangunnya insan terbaik di
sisi Allah swt tidak boleh dipandang rendah dalam apa jua
pelaksanaan hidup manusia. Syariat adalah peraturan Allah swt untuk
dijadikan panduan hidup bagi mengundang rahmat dan berkat.
Integrasi pelaksaanaan aqidah dan syariat akan membuahkan keadaan
yang harmoni bagi pembangunan modal insan dan pembangunan material
sesebuah negara. Pelaksanaan aktiviti sains teknologi dan
kejuruteraan haruslah mendahulukan keperluan aqidah sebagai teras
pengurusan penyelidikan. Dalam waktu yang sama, syariat menjadi
keutamaan bagi seluruh perancangan, program, aktiviti dan hasil
kajian menepati kehendak syariat.
3.2Memahami etika Islam dalam Sains Teknologi dan
Kejuruteraan3.2.1Menerangkan prinsip Etika Islam dalam Sains
Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]
3.2.2Membincangkan perlaksanaan prinsip etika Islam dalam Sains
Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]
MEMAHAMI KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN4.1Memahami Kaedah Fiqh dalam Sains Teknologi dan
Kejuruteraan4.1.1Menerangkan pengertian Kaedah Fiqh [ILO]
4.1.2Membincangkan peranan Kaedah Fiqh dalam Sains Teknologi dan
Kejuruteraan [ILO]
1Memudahkan pemahaman terhadap hukum untuk digunapakai kepada
persoalan sains teknologi dan kejuruteraan
Kaedah fiqh menetapkan formula teras atau asas untuk digunapakai
bagi menjadi rujukan sebelum memulakan penyelidikan. Setiap
persoalan yang baru dalam kajian sains teknologi dan kejuruteraan
boleh dirujuk kepada kaedah fiqh bagi menentukan hukumnya
2Membantu manusia khususnya para saintis, teknokrat dan jurutera
untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu sains
teknologi dan kejuruteraan
Kaedah-kaedah fiqh telah membantu saintis, teknokrat dan
jurutera mengenalpasti isu dalam operasi mereka untuk diselesaikan.
Isu-isu dalam sains, teknologi dan kejuruteraan mampu ditangani
melalui panduan kaedah ini bagi menjadikan operasi dalam
penyelidikan mendapat rahmat dan berkat ilahi.
3Menyediakan keperluan hukum-hukum yang menyeluruh bagi
menangani isu-isu kecil dalam sains teknologi dan kejuruteraan
Hukum-hukum yang sudah diputuskan dalam kaedah fiqh sangat
sesuai untuk menjawab segala persoalan cabangan atau sampingan yang
timbul dalam sains, teknologi dan kejuruteraan
Setiap Sesuatu Itu Bergantung Kepada Tujuannya
4.1.3Membincangkan konsep asas Kaedah Fiqh yang bertepatan dengan
Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]
1
1. Kaedah ini memberi maksud setiap amalan seseorang samada
pertuturan atau perbuatan, maka kedudukan atau hukum bagi amalan
tersebut adalah bergantung kepada niat atau tujuannya.
2. Persoalan yang timbul adalah apabila amalan yang dilakukan
tersebut mempunyai tujuan atau niat yang bukan untuk ibadat.
Mungkin juga berlaku sebahagian amalan tersebut bertujuan ibadat
dan sebahagian yang lain untuk tujuan tertentu.
3. Rujukan utama kaedah ini adalah hadis riwayat Saiyidina Umar
al-Khattab yang bermaksud :
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan
sesungguhnya kedudukan bagi amalan tersebut adalah tertakluk kepada
apa yang diniatkan".
Maksud Niat & Kepentingannya
1. Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati untuk melaksanakan
sesuatu perkara.
2. Niat diperlukan bagi membezakan antara ibadat dan adat,
berpahala atau berdosa, bermanfaat atau bermafsadah kepada
seseorang atau kumpulan.
3. Niat juga menentukan tingkatan atau kualiti ibadat seseorang
samada mendapat darjat amalan soleh atau amalan toleh, mendapat
status sekadar membuat amalan atau mencapai tahap seronok beramal,
mendapat balasan syurga atau mendapat status reda Allah swt.
Perbincangan Kaedah
1. Amalan selain adat seperti beriman kepada Allah swt tidak
perlukan niat kerana ia sudah dimaklumi berbeza dengan yang
lain.
2. Ibadat khusus seperti solat tidak disyaratkan niat ibadat
kecuali bagi penentuan klasifikasinya seperti berniat solat fardu
bagi membezakan dengan solat sunat atau niat solat zohur bagi
membezakan waktu.
3. Niat diperlukan bagi menentukan jenisnya samada wajib seperti
nazar dan kaffarat atau sunat contohnya puasa.
4. Bagi amalan selain ibadat khusus, niat sangat diperlukan bagi
tujuan mencapai status ibadat atau bernilai di sisi Allah swt
dengan memenuhi syarat-syarat berikut :
i.Kajian, rekaan dan penyelidikan hendaklah bertujuan baik dan
menepati syarak. Contohnya menghasilkan telefon pintar yang boleh
memudahkan dan membantu kerja manusia.
ii.Setiap perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai matlamat di
atas hendaklah disusun dengan baik dan menepati kualiti syarak dan
semasa. Contohnya menghasilkan sistem pengurusan yang mampu
menjadikan kerja tersusun dan efektif.
iii.Mendahulukan sesuatu yang terpenting daripada yang penting
sebagaimana yang diminta oleh tujuan syariat. Contohnya
menyelamatkan nyawa ramai manusia menjadi keutamaan dalam
menghasilkan kenderaan berbanding untuk tujuan keuntungan.
Keyakinan Tidak Boleh Disingkirkan Dengan Syak
2
1. Kaedah ini menjelaskan keyakinan pada sesuatu perkara tidak
boleh diubah kerana sesuatu keraguan. Perubahan keyakinan boleh
berlaku seandainya terdapat keyakinan lain yang mampu mengubah
keyakinan asal. Contohnya jika seseorang berkeyakinan bahawa dia
berada pada rakaat kedua dalam solat zohur, maka tiada sebab dia
perlu menambah satu rakaat untuk menghabiskan solat zohurnya.
Meskipun dia merasa syak atau ragu tentang rakaatnya samada dua
atau tiga. Maka ketika itu dia hendaklah memegang keyakinannya yang
asal iaitu hanya menambah dua rakaat sahaja.
2. Keyakinan adalah sesuatu yang dipegang atau dipercayai benar
pada asal sesuatu perkara. Syak atau ragu pula bermaksud
ketidakyakinan atau ketidakpastian terhadap sesuatu perkara.
3. Kaedah fiqh menetapkan keyakinan yang dipegang oleh seseorang
tidak boleh berubah dengan sewenang-wenangnya oleh gangguan syak
atau keraguan yang tidak pasti status kebenarannya.4. Dalil yang
menjadi sandaran kaedah ini adalah firman Allah swt dalam surah
Yunus : 36.
Dan kebanyakannya mereka tidak menurut melainkan suatu sangkaan
sahaja. Pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi
kehendak untuk menentukan sesuatu kebenaran.
Perbincangan Kaedah
1. Kaedah ini memberikan suatu konsep yang menjelaskan bahawa
pentingnya keyakinan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Keyakinan
tersebut mestilah berdasarkan sandaran atau sumber yang jelas dan
tiada keraguan padanya.
2. Keraguan pula merupakan musuh kepada manusia yang diilhamkan
oleh syaitan dan asas keyakinan yang tidak kukuh. Gangguan-gangguan
yang datangnya daripada kelemahan diri dan dibantu dengan dorongan
jahat syaitan menjadikan sesuatu perkara tidak pasti. Inilah punca
pendirian manusia kerap berubah dan berlakunya pergeseran sesama
manusia.
3. Dalam konteks sains teknologi dan kejuruteraan, maka kaedah
ini menuntut suatu keyakinan kepada ilmu yang dimiliki secara benar
mampu menghasilkankeputusan dan tindakan yang benar dan penuh
keyakinan.
4. Gangguan yang datang dalam diri berupa suara-suara meragukan
atau cuba untuk memperdayakan saintis dengan hasutan kebendaan,
kemahsyuran dan keuntungan pasti menjadi kekangan mereka
menghasilkan rekaan, ciptaan dan penyelidikan yang terbaik.
5. Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah berkeyakinan
bahawa segala usaha mereka adalah memenuhi tujuan syariat iaitu
untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia.
Di samping itu hasil kerja mereka dapat memberikan impak terbaik
bagi keselesaan dan kesempurnaan hidup manusia.
Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan
3
1. Masaqqah atau kesukaran atau kesempitan yang dimaksudkan
dalam kaedah ini adalah merujuk kepada beberapa keadaan kesukaran
yang melampaui tahap kebiasaan bagi manusia normal.
2. Kesukaran-kesukaran ini pasti akan barlaku dalam melaksanakan
kewajipan di dunia sehingga menimbulkan kemudaratan bagi
terlaksananya kewajipan tersebut.
3. Contohnya puasa dalam bulan ramadan tidak dapat diteruskan
kerana kesakitan yang melampaui hingga menyebabkan seseorang itu
terpaksa berbuka atau diberikan kelonggaran untuk tidak
berpuasa.
4. Dalil yang menjadi sumber rujukan untuk kaedah ini adalah
firman Allah swt dalam surah al-Baqarah : ayat 185
Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan
susah payah dalam perkara agama
Perbincangan Kaedah
1. Antara kesukaran yang boleh menjadi sebab berlakunya
kemudahan dan keringanan ialah :-
i. KekuranganKekurangan yang dimaksudkan adalah merujuk kepada
kegilaan hingga siuman, kanak-kanak sehingga umur baligh dan orang
yang tidur sehingga ia sedar.
ii. JahilKejahilan yang dimaksudkan merujuk kepada hilangnya
kewarasan biasa sebagai seorang manusia. Atau kejahilan juga
bermaksud suatu keadaan tidak tahu perkara sebenar. Namun diketahui
selepas berlakunya sesuatu perkara tersebut.iii. SakitKesakitan
memberi makna diberikan kemudahan untuk memilih kaedah lain untuk
melunaskan kewajipan. Contohnya seseorang itu dibenarkan untuk
bertayammum kerana sakit yang boleh memudaratkan dirinya andai ia
berwuduk.
iv. MusafirSeseorang yang bermusafir atas tujuan yang baik,
dibenarkan untuk menyempurnakan kewajipan tertentu andai urusan
musafir tersebut menimbulkan kesukaran baginya. Contohnya seseorang
itu dibenarkan untuk melakukan solat qasar dan jamak bagi
menggantikan solat fardu secara penuh.
v. Kelupaan atau terlupaSeseorang yang terlupa melaksanakan
sesuatu ibadat atau apa jua perkara dianggap tidak menanggung
apa-apa tanggungjawab. Contohnya tidak dianggap berdosa bagi
seseorang yang makan pada siang hari bila ia terlupa.
vi. PaksaanPaksaan yang diterima bagi melayakkan seseorang gugur
memikul tanggungjawab dalam agama adalah untuk menyelamatkan agama,
nyawa dan lain-lain maksud syariat.
vii. Umumul BalwaSuatu perkara yang telah diterima umum yang
boleh dimaafkan bila berlakunya perkara tersebut. Contohnya
percikkan tanah merah yang mengenai pakaian.
2. Konsep Rukhsah [Kelonggaran] yang dibenarkan oleh syarak
merangkumi perkara-perkara berikut :-
i. PengguguranDigugurkan sesuatu hukum atas sebab tertentu yang
boleh dianggap kesukaran. Contohnya dibenarkan meninggalkan puasa
ramadan disebabkan kesakitan yang berat.
ii. PenguranganPengurangan dalam melaksanakan ibadat boleh
berlaku apabila kesukaran boleh mengganggu tujuan sesuatu perkara.
Contohnya dibenarkan mengurangkan solat fardu empat rakaat menjadi
dua rakaat sahaja.
iii. PenggantianKesukaran bagi melakukan sesuatu ibadat atau
kerja boleh diganti dengan sesuatu yang lain. Contohnya
bertayyammum untuk menggantikan wuduk.
iv. PendahuluanSeseorang dibenarkan untuk mendahulukan sesuatu
perkara pada masa hadapan atas sebab kesukaran yang tertentu.
Contohnya solat asar dalam waktu zohur atas sebab musafir.
v. Penangguhan atau melewatkanPengangguhan boleh dibuat dalam
melaksanakan ibadat apabila ia diperlukan untuk mengelakkan
kesukaran. Contohnya melaksanaka solat zohur dalam waktu asar atas
sebab bermusafir.
Perbincangan Aplikasi Kaedah
1. Aplikasi kaedah ini bagi sains teknologi dan kejuruteraan
adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip syariat dan
tujuan-tujuannya.
2. Antara perkara-perkara penting yang perlu menjadi perhatian
bagi saintis, teknokrat dan jurutera adalah seperti berikut :-
i. Sebarang kesukaran yang berlaku dalam proses penyelidikan
hendaklah dirujuk kepada syarat-syarat yang membolehkan rukhsah
terpakai.
ii. Pertimbangan untuk mencipta sesuatu bagi kepentingan manusia
haruslah menjadi keutamaan untuk menggunapakai konsep rukhsah.
iii. Keizinan untuk menggunapakai kaedah ini berlaku apabila
sesuatu tujuan yang sangat diperlukan oleh manusia di dunia
terhalang oleh sesuatu kesukaran atau kepayahan.iv. Status
kebenaran untuk menggunakan segala bentuk kerukhsahan adalah
berkuatkuasa selama mana kesukaran tersebut masih berlaku.
v. Kaedah ini bukan diambil mudah untuk menghalalkan segala
bentuk rukhsah sebelum pelbagai pilihan lain diuji bagi mengelak
atau mengatasi kesukaran tersebut.
vi. Keluasan pemakaian kaedah ini tiada had dan sempadan waktu.
Keutamaan hanya diberikan kepada kes-kes yang boleh memudaratkan
agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta manusia.
vii. Kejujuran dan kepertanggungjawaban yang maksima diperlukan
oleh para saintis, teknokrat dan jurutera dalam menjalankan peranan
mereka. Kewajaran dan kerelevanan sesuatu perkara dibuat atau
dihasilkan hendaklah benar lagi tulus bagi tujuan kebaikan dan
menolak kesukaran.
Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan 4
1. Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang
menjadi kesukaran bagi tercapainya kepentingan asasi kehidupan
manusia yang melibatkan agama, nyawa, maruah, keturunan, akal dan
harta.
2. Kaedah ini lahir berdasarkan hadis Rasulullah saw yang
dikeluarkan oleh Imam Suyuti yang berbunyi :-
Maksudnya Tidak dibenarkan melakukan kemudaratan dan membalas
sesuatu dengan kemudaratan.
3. Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa kepada
kemudaratan samada kepada diri, orang lain dan alam sekitar. Dalam
masa yang sama, Islam melarang tindak balas kepada sesuatu tindakan
daripada pihak lain yang boleh memberikan kemudaratan.
4. Ukuran kemudaratan adalah dengan merujuk kepada impak buruk
atau negatif menurut perspektif agama di samping sedikit sistem
nilai dan norma masyarakat yang tidak bercanggah dengan tujuan dan
prinsip syariat.
5. Contohnya Islam menetapkan etika berpakaian yang tertentu
kepada lelaki dan perempuan. Kegagalan mematuhi etika ini akan
mengundang kemudaratan kepada sistem nilai manusia. Fesyen pakaian
yang pelbagai merupakan suatu kemaslahatan kepada konsep menghayati
kecantikan dan keindahan. Namun begitu, fesyen pakaian yang boleh
memudaratkan pandangan, perasaan, akal dan hati walaupun masyarakat
mengiktiraf fesyen tersebut, dianggap haram oleh Islam.
Perbincangan Aplikasi Kaedah
1. Kaedah kemudaratan hendaklah dihilangkan atau ditiadakan
adalah sangat berpengaruh dalam kehidupan manusia. Kemajuan sains,
teknologi dan kejuruteraan banyak membantu kehidupan manusia
menjadi lebih mudah, selesa, cepat dan melampaui norma kehidupan
biasa.
2. Andai kita melihat pengurusan kehidupan manusia pada hari ini
telah menjadi bukti kukuh bahawa ciptaan sains, teknologi dan
kejuruteraan telah banyak membantu menghilangkan kesukaran dan
kemudaratan dalam hidup manusia.
3. Sebagai contoh hubungan manusia di mana jua berada menjadi
dekat dengan bantuan medium telekomunikasi dan ICT. Kemudaratan
yang timbul sebelum wujudnya peralatan tersebut telah dihapuskan.
Malah kehidupan manusia bertambah maju dan selesa.
4. Namun begitu, kemudaratan yang lain pula timbul. Ketiadaan
kawalan iman dan akhlak menyebabkan kecanggihan tersebut telah
disalahguna untuk mengaut keuntungan. Kerosakan akhlak dan krisis
amalan untuk bekalan selepas mati telah menerjah masuk dalam hidup
manusia. Akibatnya ciptaan teknologi dan kejuruteraan sekadar
memudahkan sementara hidup manusia, sedangkan daya fikir serta kos
membendung dan merawat penyakit yang timbul daripadanya
berganda-ganda beratnya.
5. Aplikasi kaedah ini juga membolehkan sesuatu kemudaratan yang
akan disingkirkan boleh membenarkan sesuatu yang asalnya terlarang
atau haram untuk dilaksanakan atau digunakan.
6. Contohnya keharusan doktor lelaki memandang aurat wanita
sekadar yang perlu untuk tujuan rawatan. Dengan syarat tiada doktor
wanita yang boleh merawatnya. 7. Dalam waktu yang sama, kemudaratan
tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang setaraf dengannya.
Contohnya seseorang itu tidak boleh menghasilkan sesuatu yang
bahayanya sama walaupun berbeza bentuk. Penggunaan arak samada
untuk diminum atau dimakan atau digunakan atas alasan biasa masih
dihukumkan haram. Namun jika digunakan untuk menjadi penawar
terbaik setelah gagalnya ubatan yang lain, maka penggunaan itu
dibenarkan.
8. Melalui kaedah ini, menolak kerosakan menjadi keutamaan
daripada mengambil kebaikan. Kaedah ini menuntut apa jua program
dan aktiviti dalam sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah lebih
mendahulukan tujuan menyingkirkan kemudaratan berbanding kebaikan.
Ini bermakna para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah
menjadikan penyelidikan mereka bagi menghapuskan kesukaran dan
kemudaratan berbanding nilai kebaikan serta keselesaan.
9. Sebagai satu rumusan, kaedah ini memberikan satu panduan umum
kepada para saintis, teknokrat dan jurutera tentang pentingnya
nilai menolak kemudaratan demi mencari kebaikan. Tiada istilah
kerana kepentingan manusia segala perkara menjadi halal. Konsep
kemudaratan dan kesukaran serta kebaikan sewajarnya diberikan makna
yang sebenar berasaskan panduan Islam dalam kaedah-kaedah fiqh.
5Adat Dijadikan Sebagai Rujukan Hukum
1.Adat bermaksud adalah sesuatu yang sudah menjadi satu
kelaziman dilakukan oleh manusia. Uruf pula merujuk kepada sesuatu
yang telah dimaklumi oleh masyarakat hingga menjadi amalan
kebiasaan. Ia melibatkan perkataan atau perbuatan atau sesuatu yang
tidak dilakukan. 2. Kaedah ini memberi maksud adat dan uruf boleh
dijadikan rujukan bagi menetapkan sesuatu hukum bagi satu-satu isu
atau kes dengan syarat ketiadaan nas syarak dalam permasalahan
tersebut. Andai terdapat nas syarak, maka penggunaan kaedah ini
akan terbatal.
3. Adat atau uruf terbahagi kepada empat bahagian utama, iaitu
:-
3.1Adat AmIa merujuk kepada sesuatu kebiasaan yang diterima umum
sebagai satu yang memberi maksud tertentu. Contohnya sembahyang
merujuk kepada solat bukan bermaksud yang lain seperti yang
difahami oleh agama lain.
3.2Adat KhususIa bermaksud sesuatu yang terpakai dan difahami
oleh sesetengah masyarakat atau negeri atau di kalangan golongan
tertentu. Contohnya kesarjanaan merujuk kepada kepandaian dan
kecendekiawan seseorang.
3.3Adat SahihSesuatu adat yang tidak bercanggah dengan nas
syarak atau prinsip syariat atau menghalalkan yang haram atau tidak
membatalkan yang wajib atau menghilangkan kemaslahatan dalam
syariat. Contohnya pemberian hantaran dalam majlis perkahwinan
tidak termasuk dalam mas kahwin. Hanya seorang sahaja antara
pembeli atau penjual yang melafazkan aqad jual beli.
3.4Adat Fasid atau RosakSesuatu adat yang berlawanan atau
bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat atau menghalalkan
yang haram atau membatalkan yang wajib atau menghilangkan
kemaslahatan dalam syariat. Contohnya menjual barang secara
bertangguh melebihi daripada bayaran secara tunai.
Perbincangan Aplikasi Kaedah
1.Kaedah ini amat besar peranannya dalam pengurusan manusia.
Setiap kajian dalam sains, teknologi dan kejuruteraan dibenarkan
menggunakan kaedah ini bagi tujuan sebagai sumber rujukan untuk
membuat keputusan.
2.Pemakaian kaedah ini hendaklah didasari oleh kefahaman yang
mendalam tentang konsep adat dan uruf yang mampu menjadi rujukan
hukum. Kebiasaan yang berstatus baik serta menepati kehendak syarak
atau tidak bertentangan dengan prinsip syariat seharusnya menjadi
bahan perbincangan khusus sebelum sesuatu operasi penyelidikan
dibuat.
3.Kebiasaan yang diterima umum dan satu kelaziman yang meluas
belum cukup menjadi sandaran untuk menghasilkan bahan rekaan dan
teknologi baru, andaikata impak buruknya lebih besar.
4.Asas pertimbangan utama untuk menerima adat sebagai rujukan
hukum ialah mencegah berlakunya kemudaratan melebihi daripada
menarik kemaslahatan untuk manusia.
5.Para saintis, teknokrat dan jurutera tidak dapat tidak untuk
menjadikan nas syarak dan prinsip-prinsip utama syariat serta
tujuan-tujuan syariat sebagai sumber teras dalam membuat
penyelidikan.
6.Antara syarat utama Uruf atau Adat diterima ialah :-
6.1Hendaklah uruf tersebut menjadi satu amalan kebiasaan atau
satu budaya yang diamalkan secara berskala besar oleh masyarakat,
konsisten dan tidak mudah berubah-ubah dalam tempoh yang singkat.
Contohnya amalan membaca Yasin setiap malam Jumaat.
6.2Hendaklah amalan yang dikatakan sebagai adat tersebut tidak
bercanggah dengan nas syarak atau mana-mana prinsip syariat yang
putus [Qati]
6.3Andai Uruf boleh menimbulkan kemudaratan dan kepayahan dalam
pengurusan hidup, maka Uruf tersebut dikira terbatal. Contohnya
larangan mengambil upah mengajar al-Quran oleh para ulamak
terdahulu. Kini zaman sudah berubah, ulamak mutakhir mengambil
sikap dibenarkan mengambil upah atas sebab perubahan Uruf
semasa.
Bibliografi
Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Rumi), Kuala
Lumpur: DarulFikir.(ISBN 9830420132)
Diyan Yulianto & M.S. Rohman alih bahasa Noraini Abdullah,
(2011), Sumbangan KarySains Hebat Islam Abad Pertengahan,
Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd. Cet.1, Kuala Lumpur
Jalaluddin as-Suyuthi, Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4
(Al-Jamiush Shaghir), Johor Darul Tazim: Perniagaan Jahabersa.
(ISBN:983-077-288-8)
Hasan Ahmad dan Salleh Ahmad .(2002). Usul Fiqh al-Qawaid
al-Fiqhiyah. Shah Alam :Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sulaiman Nordin, (2005), Sains Menurut Perspektif Islam,
Penyelenggara. PercetakanDewan Bahasa dan Pustaka, Ampang
Selangor.
Shahrir M.Zain, (2006), Pengenalan Tamadun Islam Dalam Sains dan
Teknologi.Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Ampang,
Selangor.
Wahbah al-Zuhaili, (2007), Fiqh & Perundangan Islam. 8 jil.
Terjemahan Md. Akhir HajiYaacob et.al Percetakan Dewan Bahasa dan
Pustaka, Ampang, Selangor.
Mohd Saleh Haji Ahmad, (1999). Pengantar Syariat Islam. Pustaka
Haji Abdul Majid, KualaLumpur.
Zulekha Yusoff dan Asmak Hj. Ali, (2007), Ikhtisar Sains dan
Teknologi Dalam Islam.Universiti Teknologi MARA : UPENA, Shah
Alam
Cadangan Aktiviti
TOPIK 3.0 : PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
BilMetodologi P & PAktiviti P & PCadangan Masa
1CL Collaborative LearningPensyarah mengedarkan keratan
akhbar/majalah/artikel yang berkaitan topik
Pensyarah memberikan arahan kepada pelajar agar berada dalam
kumpulan beserta keratan tersebut
Para pelajar berbincang secara kolaboratif dalam kumpulan bagi
mencari isi-isi penting beserta contoh
Setiap kumpulan akan berdebat dengan kumpulan lain berkaitan
dengan topik masing-masing
Atau setiap kumpulan akan membuat pembentangan melalui kaedah
forum dan sebagainya
Soal jawab akan berlangsung bagi setiap kumpulan
Rumusan akan dibuat oleh wakil setiap kumpulan berkaitan dengan
topik tersebut
2LBL Library Base LearningPensyarah akan mengedarkan rangka
kerja berkaitan dengan topik
Pelajar akan mencari bahan untuk menyiapkan kajian secara
berkumpulan
Setiap kumpulan menyiapkan buku skrap berdasarkan panduan yang
diberikan
Setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja masing-masing
3PBL - Project Base Learning Pensyarah akan mengedarkan
tajuk-tajuk projek yang berkaitan topik untuk diselesaikan secara
berkumpulan
Tajuk-tajuk projek adalah berkaitan dengan menggunakan
prinsip-prinsip syariat dalam sains teknologi dan kejuruteraan.
4TBL Trip Base LearningPensyarah membawa para pelajar ke tempat
yang sesuai bagi melihat bukti-bukti aplikasi sains teknologi dan
kejuruteraan Islam dalam dunia hari ini
Pembahagian kumpulan diperlukan bagi mereka membuat kajian
berdasarkan ciptaan sains teknologi atau kejuruteraan
Kertas edaran yang mengandungi tugasan yang melibatkan prinsip
syariat hendaklah diberikan kepada setiap kumpulan
5Merging Notes Base Learning - MNBLSetiap pelajar diberikan
beberapa prinsip syariat, maksud, contoh dan huraiannya.
Pensyarah meminta setiap pelajar bergerak mencari prinsip,
maksud, contoh dan huraian yang sesuai untuk membentuk satu
kumpulan yang punyai satu prinsip fiqh yang sempurna.
Setiap kumpulan akan mempersembahkan hasil cantuman mereka.
Kumpulan-kumpulan lain akan memberikan komentar yang berkaitan.
6Menghasilkan iklan pendek yang berkaitan dengan sains teknologi
dan kejuruteraanSetiap kumpulan hendaklah membuat satu iklan
inovatif berasaskan penggunaan IT, sains dan kejuruteraan
Satu pertandingan antara kelas yang mengambil AA203 boleh dibuat
secara berjadual dan ditakwimkan.
7
Contoh-contoh soalan kuiz dan ujian
BilDomain KognitifContoh Soalan Aras RendahContoh Soalan Aras
Tinggi
Aras Pengetahuan
Aras Kefahaman
Aras Aplikasi
Aras Analisis
Aras Sintesis
Aras Penilaian
Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA2031