Top Banner
DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PERSOALAN KESELAMATAN NEGARA Zaini Othman W. Shawaluddin W. Hassan ABSTRACT In todays modern world, the extensive exploitation of the internet and information technology by hackers has produced a new form of security threat to the sociopolitical integrity of Malaysian nation-states. Malaysia is not only one of the most dynamic developing countries in the world, but is also a country plagued by territorial disputes and terrorism. III recent years, we have seen territorial.disputes involving Malaysia with several other countries in the region,for example, maritime disputes between Malaysia and Indonesia, the Pulau Batu Putih territorial claim with Singapore, which had escalated not only into diplomatic battles between politicians on all sides but also between hackers from all of these countries. For example, a campaign of web defacement carried out by hackers occured during the dispute between Malaysia and Indonesia over the ownership of the East Ambalat and Ambalat block in the Makassar Strait. The attack has caused severe damage to several government websites. This paper analyses the growing role of information technology, internet and hacktivism as a potential future threat to the government and society of Malaysia. both international and domestic. PENDAHULUAN Istilah-istilah seperti kuasa siber, internet, ruang maya (virtual space), teknologi penyebaran maklumat (ICf), dalam banyak hal telah mendominasi kehidupan dan sistem sosial masyarakat dunia khususnya pada abad ke-21. Sistem politik sesebuah masyarakatjuga tidak terkecuaIi daripada dominasi dan pengaruh istilah-istilah tersebut khususnya Icr. Misalnya dalam konteks sistem demokrasi, penyebaran maklumat adalah unsur penting dalam pembangunan demokrasi sesebuah negara. Definisi demokrasi tidak akan lengkap jika tidak ada kebebasan maklumat, unsur ketelusan, kebebasan akhbar dan media lainnya dan pelbagai persoalan yang berhubung dengan asas memiliki maklumat seperti peningkatan kenaI huruf dalam masyarakat, pendidikan yang semakin baik dan meluas serta peningkatan dalam perkembangan IT (information technology atau teknologi maklumat) seperti pertambahan penggunaan radio, faks, teleks, radio, televisyen, komputer, video, CD, e-mel dan internet. Oleh itu, hal ini menjadikan corak kehidupan bermasyarakat dan bernegara kini semakin bergantung dan begitu terikat sekali kepada teknologi perkomputeran dalam men gurus dan mengatur urusan seharian. Setengah abad yang lalu, fenomena kebergantungan terhadap teknologi maklumat dalam urusan kemasyarakatan dan
18

DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN · Dunia Tanpa Sempadan tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya, aktivis god am melakukan

Jun 06, 2020

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN · Dunia Tanpa Sempadan tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya, aktivis god am melakukan

DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PERSOALAN KESELAMATAN NEGARA

Zaini Othman W. Shawaluddin W. Hassan

ABSTRACT

In todays modern world, the extensive exploitation of the internet and information technology by hackers has produced a new form of security threat to the sociopolitical integrity of Malaysian nation-states. Malaysia is not only one of the most dynamic developing countries in the world, but is also a country plagued by territorial disputes and terrorism. III recent years, we have seen territorial.disputes involving Malaysia with several other countries in the region,for example, maritime disputes between Malaysia and Indonesia, the Pulau Batu Putih territorial claim with Singapore, which had escalated not only into diplomatic battles between politicians on all sides but also between hackers from all of these countries. For example, a campaign of web defacement carried out by hackers occured during the dispute between Malaysia and Indonesia over the ownership of the East Ambalat and Ambalat block in the Makassar Strait. The attack has caused severe damage to several government websites. This paper analyses the growing role of information technology, internet and hacktivism as a potential future threat to the government and society of Malaysia. both international and domestic.

PENDAHULUAN

Istilah-istilah seperti kuasa siber, internet, ruang maya (virtual space), teknologi penyebaran maklumat (ICf), dalam banyak hal telah mendominasi kehidupan dan sistem sosial masyarakat dunia khususnya pada abad ke-21. Sistem politik sesebuah masyarakatjuga tidak terkecuaIi daripada dominasi dan pengaruh istilah-istilah tersebut khususnya Icr. Misalnya dalam konteks sistem demokrasi, penyebaran maklumat adalah unsur penting dalam pembangunan demokrasi sesebuah negara. Definisi demokrasi tidak akan lengkap jika tidak ada kebebasan maklumat, unsur ketelusan, kebebasan akhbar dan media lainnya dan pelbagai persoalan yang berhubung dengan asas memiliki maklumat seperti peningkatan kenaI huruf dalam masyarakat, pendidikan yang semakin baik dan meluas serta peningkatan dalam perkembangan IT (information technology atau teknologi maklumat) seperti pertambahan penggunaan radio, faks, teleks, radio, televisyen, komputer, video, CD, e-mel dan internet.

Oleh itu, hal ini menjadikan corak kehidupan bermasyarakat dan bernegara kini semakin bergantung dan begitu terikat sekali kepada teknologi perkomputeran dalam men gurus dan mengatur urusan seharian. Setengah abad yang lalu, fenomena kebergantungan terhadap teknologi maklumat dalam urusan kemasyarakatan dan

Page 2: DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN · Dunia Tanpa Sempadan tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya, aktivis god am melakukan

:lailli Ollllllall & W. SIIawaluddln W. Hassan

kenegaraan adalah sesuatu yang tidak terjangka atau terfikir akan berlaku kecuali kepada individu. kelompok atau golongan tertentu yang mempunyai hubungan langsung dengan bidang sains fiksyen. Satu hal yang amat jelas dalam konteks perkembangan tersebut ialah kemunculan suatu bentuk kuasa baharu yang dinamakan sebagai kuasa siber (cyber power); yang dalam banyak hal berpengaruh dan memiliki dominasi yang kuat terhadap perkembangan dan pembangunan sistem bemegara sesebuah masyarakat. khususnya dan aspek keselamatan. Kebergantungan yang begitu ketara dan tidak terelak terhadap sistem rangkaian komputer dan teknologi maklumat masa kini telah memunculkan salU bentuk ancaman baharu kepada keutuhan kehidupan negara bangsa. khasnya dari aspek kestabilan politik. Umpamanya. ancaman siber atau perang siber yang dilancarkan oleh sebuah negara ke alaS negara lain ancaman yang serupajuga kemungkinan didalangi oleh individu atau kelompok tertentu di sesebuah negara terhadap pihak-pihak tertentu yang berada di sebuah negara yang lain yang dilakukan at as motif-motif tertentu atau mempunyai agenda dan tujuan yang tertentu melalui rangkaian sistem komputer. Bayangkan. negara ini [Malaysia] pada masa akan datang: kelompok tertentu atau pihak tertentu yang begitu berpengetahuan dalam i1mu perkomputeran yang disebut PENGGODAM [HACKERS]. melumpuhkan sistem komputer tenaga kuasa e1ektrik pusat melakukan amaran kecemasan palsu terhadap sistem trafik negara dan kemudiannya menghantar benta melalui e-mel dan pesanan ringkas ke talian telefon mudah alih awam yang menyatakan bahawa pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan agar setiap orang tidak meninggalkan rumah masing-masing sehingga satu makluman dikeluarkan.

Hal yang sedemikian tidak mustahil akan berlaku pad a masa akan datang di negara ini. Sistem kehidupan negara bangsa moden yang begitu bergantung kepada infrastruktur teknologi maklumat dan juga rangkaian pengkomputeran dalam mentadbir urus prasarana-prasarana kritikal seperti sistem perbankan dan kewangan. perbekalan elektrik. telekomunikasi dan informasi. pengeluaran gas dan petroleum. pengangkutan. bekalan air. perkhidmatan kecemasan dan perkhidmatan awam bakal menghadapi ancaman keselamatan seperti yang dinyatakan di atas. Sistem informasi global kini yang sering berhadapan dengan ancaman godaman yang berterusan mengukuhkan lagi andaian dan projektri ancaman sedemikian pad a masa hadapan. Godamnisme. Teroris-Siber dan Perang-Siber merupakan aktor-aktor yang bakal menyediakan kaedah atau mekanisme untuk menyerang negara musuh tanpa perlu menggerakkan tenaga militer memasuki ruang sempadan sesebuah negara atau dalam erti kata lain tanpa perlu meninggalkan sempadan negara bangsa send in.

Makalah ini bertujuan untuk meneliti dan menganalisis peranan GODAMNISME sebagai satu bentuk potensi ancaman baharu kepada kelangsungan keh idupan bemegara dan bermasyarakat pada masa kini. Untuk tujuan tersebut. makalah ini akan membezakan tiga bentuk aktiviti yang senng dilakukan oleh penggodam dan aktivis penggodam dalam konteks ancaman keselamatan terhadap rangkaian sistem pengkomputeran dan teknologi maklumat sesebuah negara. Pertama. aktiviti godamnisme merujuk kepada sebarang bent uk aksi atau tindakan yang bersifat

124

Page 3: DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN · Dunia Tanpa Sempadan tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya, aktivis god am melakukan

Dunia Tanpa Sempadan

memfitnah atau serangan terhadap sistem komputer sesebuah syarikat, kumpulan ataupun kerajaan yang menggambarkan tingkah laku bantahan terhadap aktiviti syarikat. kumpulan atau kerajaan tersebut. Kedua, aktiviti Teroris-Siber yang ditakrifkan sebagai "premeditated, politically motivated attack against information, computer system, computer programs, and data which results in violence against non-combatant targets by sub-nationals groups or clandestine agents" (Arquilla & Ronfeldt, 2006). Ketiga, Perang-Siber. merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh penggodam yang bersifat hostile dan pencerobohan haram terhadap sistem dan rangkaian komputer.

GODAMNISME, TERORIS-SIBER DAN PERANG-SIBER: PEMAKNAAN ISTlLAH

Godamllisme adalah tindakan atau aksi yang diklasifikasikan sebagai godaman atau menceroboh ke dalam sesebuah sistem komputer; yakni tindakan tersebut dilakukan berasaskan motif politik dan sosial. Individu yang melakukan 'aksi' ini digelar sebagai aktivis godam. Aktivis godam adalah penggodam yang begitu berpengetahuan luas tentang selok-belok sistem perkomputeran. Penggodam berbeza sarna sekali dengan aktivis godam. Rata-rata penggodam melakukan aksi godam dengan bermatlamatkan atau berkeinginan untuk mengetahui manakala aktivis godam melakukan godaman bagi menyakinkan masyarakat dunia bahawa tingkah laku godaman tersebut adalah bersifat civil-disobediellce (Delio, 2004). Aktivis godam mc1akukan tindakan godaman sarna ada secara berseorangan atau bekerjasama dengan aktivis-aktivis godam yang mempunyai matlamat perjuangan yang sarna di antara sarna lain, sarna ada secara politik mahupun sosial. Idea awal atau yang pertama sekali ditimbulkan berkenaan dengan istilah aktivis-godam ini ialah John Perry Barlow, iaitu pengasas bersama Electronic Frontier Foundation pada tahun 1996 dalarn deklarasinya berhubung dengan "Independence of Cyberspace " (Barlow, 2006: 15).

Dalam dunia moden kini, eksploitasi yang bersifat "melampau" terhadap IT dan internet oleh penggodam, seperti yang telah disebut di awal tadi telah menimbulkan satu ancaman baharu terhadap keutuhan dalaman sesebuah negara bangsa. Aktivis god am melihat ruang siber sebagai satu cara atau alat bagi aktor bukan negara untuk menyertai arena konflik, sarna ada yang bersifat nasional atau antarabangsa. Semenjak akhir-akhir ini, godamnisme telah muncul sebagai satu fenomena global dan begitu "common" dalam konteks sistem IT dan internet antarabangsa. Godamnisme telah meliputi pelbagai aspek serangan dalam konteks ruang siber, iaitu kesemua serangan tersebut adalah kesan daripada aktiviti godamnisme yang sam a ada bermotifkan politik, kecernburuan nasionalisrne, keseronokan, keingintahuan, keuntungan dan juga dendam peribadi.

Berdasarkan kepada perkembangan sernasa, godarnnisrne semakin rnenjadi "ism" ruang siber atau dunia siber yang begitu popular dan mempunyai rarnai pengikut. Hal ini terjadi disebabkan oleh perkembangan dan pertumbuhan internet yang semakin pantas dan menyeluruh sifatnya ke serata pelosok dunia. Contohnya, di rantau Asia

125

Page 4: DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN · Dunia Tanpa Sempadan tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya, aktivis god am melakukan

Zaini Olllman & W. SIIawaluddin W. Hassan

Pasifik. rangkaian telekomunikasi telah berkembang begitu pantas dan saiznya juga semakin melebar semenjak lima tahun yang lepas dan dijangkakan akan terus berkembang pada tahap yang dinamik dan pantas dalam jangka lima tahun akan datang.

Dalam konteks ini. ancaman perang siber adalah sesuatu yang nyata dan amat serius kepada setiap negara bangsa di rantau ini. Umpamanya, Malaysia merupakan antara negara bangsa di rantau Asia Tenggara yang begitu maju dari sudut prasarana rangkaian telekomunikasi. iaitu berada di tangga kedua selepas negara Singapura dan berada pada kedudukan ke-27 di dunia pada tahun 2004. Namun. dari sudut capaian teknologi maklumat atau IT, masyarakat Malaysia hanyalah meliputi 42.2 peratus. iaitu secara perbandingan yang jauh lebih rendah berbanding dengan capaian IT masyarakat atau rakyat di negara-negara seperti Singapura. Jepun dan Korea Selatan yang merangkumi capaian sebanyak 60 hingga 70 peratus pengguna (Devi. 2(05).

Rantau Asia Pasifik bukan sahaja sebuah rantau yang dinamik dari sudut pembangunan teknologi. kependudukan dan pertumbuhan ekonomi tetapi juga sebuah rantau yang turut berhadapan dengan kemelut pertikaian konflik antarabangsa. Antara kemelut pertikaian konflik antarabangsa yang telah berlanjutan hingga berdekad-dekad lamanya ialah konflik Kashmir antara India dan Pakistan. gerakan pemisah nasionalis Tamil atau Liberation Tamil Tigers Eelam (LTTE) di Sri Lanka selain pertikaian sempadan maritim antara Malaysia dan Indonesia. Malaysia dan Singapura dan yang paling popular ialah pertikaian tuntutan hak Kepulauan Spratly yang melibatkan banyak negara di rantau Asia Tenggara dan juga negara-negara di Asia Timur seperti China dan Taiwan. Konflik­kontlik yang dinyatakan tersebut bukan sahaja telah berlanjutan semenjak sekian lama dan melibatkan pertikaian diplomatik dalam kalangan pemimpin politik antara negara, tetapi juga turut melibatkan kemelut kontlik dalam kalangan penggodam antara negara terlibat (Devi. 2(05).

Misalnya. dalam kes kontlik di antara LTIEdengan Kerajaan Sri Lanka atau di antara pertubuhan radikal Jemaah Islamiah Indonesia [11] dengan Kerajaan Indonesia. Penyokong-penyokong kedua-dua pertubuhan tersebut telah melakukan serangan siber dan jenayah siber terhadap kerajaan masing-masing sebagai satu bentuk serangan dan ancaman dalam kempen perjuangan pertubuhan-pertubuhan tersebut. Situasi ini pemah disifatkan oleh Winston Churchill sewaktu Perang Dunia ke-2. sebagai "Wizard War". Bermakna. ungkapan .. Wizard War" yang diungkapkan oleh Churchill setengah abad yang lalu telah muncul kembali dalam bentuk ruang siber sebagai lapangan baharu atau venue perang yang baharu. Dalam erti kata lain, di mana sahaja wujud konflik antara negara secara fizikal atau konvensional. maka akan turut wujud kontlik di alam siber an tara penggodam-penggodam negara yang terlibat (Brookes. 2(05).

Antara bentuk serangan siber yang popular dalam kalangan penggodam adalah yang bersifat "website defacement"_ Perbuatan atau aksi merosakkan laman web musuh merupakan salah satu bentuk aktiviti perang penggodam. Bagaimanapun,

126

Page 5: DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN · Dunia Tanpa Sempadan tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya, aktivis god am melakukan

Dunia Tanpa Sempadan

tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya, aktivis god am melakukan aksi atau serangan mereka dari pelbagai lokasi dan peringkat. Oleh kerana dunia internet tidak bersifat atau mempunyai lokasi fizikal tertentu yang khusus, maka sebarang individu, kumpulan atau pertubuhan yang bersifat aktivis godam boleh melakukan serangan terhadap musuh dari sebarang lokasi mereka berada.

Umpamanya, kempen serangan siber yang bertujuan untuk memusnahkan laman web telah berlaku sewaktu pertikaian antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia berhubung dengan isu pemilikan Blok Ambalat dan juga Ambalat Timur di Selat Makasar pada tahun 2005. Ketika ketegangan memuncak an tara kedua-dua buah negara, serangan siber terhadap laman web Malaysia turut meningkat secara signifikannya. Antara laman web Malaysia yang telah menerima serangan dan dimusnahkan kandungannya termasuklah laman web milik pentadbiran kerajaan yang disertai dengan pesanan yang bersifat mencaci-cerca dan kata nista kebencian terhadap kerajaan. Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia [MyCert atau Malaysian Computer Emergency Response Team] melaporkan sebanyak 2561aman web Malaysia yang telah menerima serangan dan digodam pada suku pertama tahun 2005, berbanding 42 laman web pada suku pertama tahun sebelumnya. Antara laman web berprofil tinggi negara yang telah digodam dalam serangan tersebut ialah laman web Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia [MeMC] dan laman web Universiti Sains Malaysia [USM]. Aktivis godam Malaysia telah melakukan serangan balas dan berjaya menggodam 36 buah laman web negara Indonesia dan an tara laman web berprofil tinggi negara Indonesia yang digodam dan dimusnahkan termasuklah laman web Jabatan Keselamatan Dalam Negara Indonesia. Walau bagaimanapun, wujud sisi pandangan yang skeptikal terhadap serangan siber yang telah berlaku tersebut kerana ruang siber yang bersifat ketidakjelasan [ambiguity] dan ketidaktahuan [anonymity] itu telah menyukarkan para analisis untuk menyatakan secara tepat bahawa aktivis godam yang melakukan serangan siber terhadap lam an web kedua-dua buah negara tersebut adalah terdiri daripada rakyat Malaysia atau Indonesia (Devi, 2(05).

Berdasarkan kepada anal isis yang dilakukan oleh pakar terhadap kejadian serangan siber tersebut mereka menyimpulkan bahawa serangan yang dilakukan itu bersifat tidak terancang dan tidak sofistikated. Menurut pakar lagi, serangan itu semata­mala didalangi oleh aktivis godam yakni tidak menerima sokongan atau bantuan daripada kerajaan kedua-dua buah negara terlibat. Isu Ambalat bukanlah peristiwa atau kejadian pertama yang menyebabkan laman web Malaysia digodam atau diserang serta dimusnahkan. Umum mengetahui dan amat memahami bahawa tahap keselamatan internet Malaysia bukanlah berada pada tahap yang bersifat secure dan reliable. Misalnya, pada bulan Jun 2001, aktivis godam yang bersimpati dengan perjuangan kemerdekaan Kashmir telah melakukan serangan siber dan memusnahkan laman web milik Kerajaan Malaysia. Serangan tersebut merupakan satu manifestasi terhadap kelemahan sistem pertahanan internet negara ini (Devi, 2005).

127

Page 6: DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN · Dunia Tanpa Sempadan tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya, aktivis god am melakukan

Zaini Othman ~ W. Shawaluddin W. Ha.uan

Sementara itu. organisasi teroris dan pertubuhan radikal menggunakan teknologi maklumat dan internet untuk pelbagai tujuan tennasuklah proses mengenal pasti dan melatih ahli-ahli baharu kumpulan. merancang tindakan atau serangan keganasan dan kempen propaganda. Teroris siber cenderung melakukan serangan siber sebagai metode serangan kerana ia memberikan pelbagai kelebihan kepada mereka. antaranya ialah:

1. Lebih murah berbanding metode tradisional. 2 Kegiatan atau aksi yang bersifat teroris siber sukar dikesan. 3. Metode ini mampu melindungi kegiatan mereka dari dikesan. 4. Boleh melakukan kegiatan di manajua mereka berada. 5. Metode ini mampu menumpukan sasaran yang lebih besar.

Maka. revolusi teknologi maklumat yang turnt melanda rantau Asia (Malaysia tidak terkecuali). menyediakan peluang yang sarna terhadap organisasi-organisasi teroris yang beroperasi di rantau ini untuk memperkukuhkan perjuangan dan kegiatan mereka. Sejumlah satu ribu organisasi teroris di Asia Tenggara telah menggunakan dan memanipulasi internet dalam aktiviti penyebaran ideologi pertubuhan kepada masyarakat awam di ranUm ini. Perkembangan ini seeara tidak langsung mendedahkan ancaman kestabilan politik terhadap negara-negara di rantau ini. Persenjataan kumpulan-kumpulan teroris bukan lagi berbentuk pistol. senapang dan juga bom semata-mata sebaliknya menggunakan kamera mini. pita video. CD rom, komputer riba. CD-Burners, akaun e-mel dan juga pembinaan laman sawang yang khusus.

Dua kumpulan pengganas atau radikal yang terkenal di rantau ini. iaitu LTfE dan n adalah antara kumpulan yang aktif menggunakan internet dan IT sebagai "senjata" baharu untuk. mencapai rnatIarnat perjuangan mereka. LTIE misalnya. merupakan kumpulan radikal pemisah yang paling terawal dalam mengadaptasi IT dan internet sebagai alat bantuan peljuangan dan propaganda kumpulan tersebut. khususnya agenda penyebaran diaspora Tamil. LTIE bertanggungjawab dalam melakukan serangan siber terhadap rangkaian sistem pengkomputeran kedutaan Sri Lanka di seluruh dunia pada tahun 1997. Dengan menggunakan pesanan yang berbunyi. "We are the Internet Black TIgers and we are doing this to disrupt your communications •.. L1TE telah beJjaya melumpuhkan rangkaian sistem pengkomputeran kedutaan Sri Lanka. Pesanan tersebut jelas membuktikan pengakuan mereka bertanggungjawab terhadap perbuatan godarnan pada tahun 1997 (Auerbach & Bulkeley. 2<XXl).

Selain daripada LTTE. n. iaitu sebuah pertubuhan radikal Islam yang dikatakan mempunyai hubungan dengan pertubuhan radikal al-Qaeda. turut mengadaptasi IT dan internet dalam propaganda perjuangan dan kegiatan mereka di rantau Asia Tenggara. Kumpulan ini turut menggunakan ruang siber untuk melakukan "peperangan" dengan musuh mereka. Peristiwa pengeboman Bali pada tahun 2002 yang mengorbankan seramai 202 manusia. yang sebilangan besarnya adalah pelancong asing dilaporkan telah dirancang dan disusun rapi melalui ruang siber

128

Page 7: DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN · Dunia Tanpa Sempadan tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya, aktivis god am melakukan

Dunia Tanpa Sempadan

oleh Imam Samudra. Beliau [Imam Samudra], sebelum pengeboman tersebut dilakukan telah menerbitkan sebuah artikel agar semua umat Islam melancarkan serangan jihad [holy war] terhadap Amerika Syarikat dengan menycru agar melumpuhkan sistem pengkomputeran negara tersebut (Delio, 2004).

Berdasarkan kepada perkembangan terkini yang begitu pantas dalam dunia siber, sebilangan besar negara sedang membangun dan mengimplementasi strategi siber untuk memusnahkan struktur-struktur pertahanan musuh-musuh mereka. Perang siber dilihat sebagai satu bentuk "ketumbukan kuasa ketenteraan" yang mampu bertindak dalam bentuk multiplier. Negara-negara yang bersaiz kecil yang tidak mampu menyaingi negara-negara kuasa besar dari sudut persenjataan konvensional, kini mula beralih arah dengan membangun dan memantapkan kemudahan IT dan internet masing-masing. Di rantau Asia umpamanya, negara China dilihat sebagai an tara negara yang paling aktif membangunkan kemudahan dan prasarana perang siber mereka. Perkembangan ini dilihat sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara­negara lain di rantau ini.

Pemerhati dan penganalisis politik menyatakan bahawa antara penyebab utama kepada kerancakan China membangunkan prasarana perang siber mereka adalah kewujudan persaingan politik di negara tersebut dengan Taiwan terhadap status kedaulatan Taiwan itu sendiri. Latihan ketenteraan terkini yang dilakukan oleh kedua-dua buah negara tersebut turut melibatkan taktik latihan perang siber termasuklah menggodam dan memusnahkan sasaran-sasaran utama sesebuah negara seperti pusat penyiaran, elektrik, komunikasi, air dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan pertahanan serta keselamatan sesebuah negara.

TEKNOLOGI MAKLUMAT, ANCAMAN KESTABILAN POLITIK, DAN DEMOKRASI MALAYSIA

Seperti yang telah dijelaskan di peringkat awal perbincangan, artikel ini cuba membincangkan bagaimana perkembangan IT ini telah memberi kesan yang sangat besar kepada kelangsungan dan keutuhan politik sesebuah negara khususnya dari aspek keselamatan. Umum mengetahui bahawa kebebasan mengeluarkan pendapat di negara ini selama ini dapat dikawal dan dipengaruhi oleh pemerintah, namun dengan perkembangan ini (dan secara kebetulan pula disokong oleh pemerintah sendiri dengan pembinaan Multimedia Super Corridor-MSC) telah mempercepat dan memesatkan pembangunan demokrasi, khususnya dari aspek ruang demokrasi. Mantan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dapat dianggap sebagai individu yang bertanggungjawab dalam perkembangan ini apabila beliau berusaha mempertingkatkan penggunaan IT dalam masyarakat dengan melancarkan suatu projek yang dinamakan sebagai MSC. Antara lain projek ini adalah suatu usaha untuk membangun penggunaan IT seperti yang digambarkan di dalam sebuah majalah seperti yang berikut:

1')0

Page 8: DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN · Dunia Tanpa Sempadan tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya, aktivis god am melakukan

Zaini Orhmlln 4< W Shawa/uddin W Hassan

It is Dr. Mahathir who is most responsible for making the Internet accessible to ordiTUIry Malaysians. In 1996, the technology-loving premier launched the Multimedia Super Corridor. an ambitious plan to wire a strip of real estate with telecommUllications powerful enough to support "smart" schools, a paperless government, telemedicine and a center for software development. among other things.

(Asian Wall Street Journal, 30 March 1999).

Sehubungan dengan itu. kerajaan di bawah pentadbiran beliau juga telah melipatgandakan usaha ke arah tersebut Pada tahun 1997. kerajaan telah melancarkan kempen di seluruh negara untuk penggunaan IT. Orang rarnai didedahkan dengan teknologi ini untuk meningkatkan kesedaran seperti yang dislogankan di dalam kaca televisyen. iaitu "terima n; belajar n; gUlla IT dan sa yang IT. "Internet di Malaysia mula berkembang semenjak awal 1990-an. iaitu sekitar tahun 1993. IT sebenamya tidak tertakluk kepada internet dan e-rnel sahaja tetapijuga melibatkan pelbagai medium teknologi maklumat lain seperti yang dinyatakan di atas. Bagaimanapun. makalah ini lebih banyak menumpukan kepada peranan internet dan e-mel sahaja memandangkan perkembangan itu yang sukar disekat dan meledakkan penyebaran maklumat kini. Usaha ini kelihatan membuahkan hasil dengan bertambahnya bilangan penduduk menggunakan teknologi ini. Daripada keseluruhan dua juta penduduk yang dibanci. didapati pada tahun 1999 dianggarkan seramai 480.000 orang telah menggunakan khidmat internet ini dan bilangan ini semakin bertambah dari masa ke semasa (Asian Wall Street Journal. 30 March 1999).

Kewujudan intemet telah memudahkan penyebaran maklumat kepada pelbagai pihak termac;uk pemerintah. organisasi politik mahupun individu. Parti politik telah memanfaatkan IT ini dengan membina laman sawangnya dengan memberikan pelbagai maklumat serta menyediakan pelbagai ruang interaksi dan pandangan. Demikianjuga dengan NGO lain. kesempatan ini adalah sesuatu yang menguntungkan dan mempermudah ketja mereka. Di samping laman sawang. aktivis serta orang ramai boleh berhubung sesama mereka menggunakan kemudahan ini dengan lebih cepat dan cekap. Bagaimanapun. penggunaan IT ini didapati begitu pesat berkembang setelah meletus insiden penahanan mantan Timbalan Perdana Menteri [TPM) Malaysia, Anwar Ibrahim dan setelah muncul gerakan reformasi di Malaysia. Laporan dari media antarabangsa menyatakan kes ini dimanfaatkan oleh penyokong beliau untuk mendedahkan kepada masyarakat terhadap perkara yang berlaku seperti yang berikut:

At 9 pm on September 20, 1998, when masked policemen armed with submachine guns stormed into the home of Malaysia:S sacked Deputy Premier Anwar Ibrahim, it was not the local television sllltions or even CNN which were the first to break the news of the historic arrest. Just minutes after the arrest, an email alert from a supporter present at

130

Page 9: DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN · Dunia Tanpa Sempadan tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya, aktivis god am melakukan

Dunia Tanpa Sempadan

the house was sent out to newsgroups and discussion lists on the Internet. giving thousands of Malaysians access to vivid details of the evetlts that night. It signalled a crncial turning point in Malaysia s political landscape-the Internet had arrived.

(Sabri min. 1999: 15)

Pelbagai laman sawang khususnya yang bersimpati dan tidak berpuas hati serta yang menyokong kepimpinan bekas TPM ini telah diwujudkan di dalam internet. Bilangannya adalah sangat bayak dan sukar dihitung. Sejak 2 September 1998 bekas TPM itu ditahan, telah muncullebih SOlaman internet yang disediakan bagi melahirkan pandangan alternatifkepada media aliran perdana. Jurucakap TMNet (pemilik khidmat internet terbesar di Malaysia) pula menyatakan kalau sebelum ini hanya lebih kurang 9,000 permohonan baharu diterima dalam sebulan untuk melanggan mereka, namun sejak kes tersebut meletus ia tiba-tiba tclah mendadak bertambah kepada 14,000 sebulan (Asian Wall Street Journal. 30 March 1999). Rata-rata pelanggan baharu ini adalah golongan pendukung kepada gerakan reformasi di Malaysia. Sejak permulaan isu reformasi ini, antara laman sawang yang pertama ditubuhkan ialah Anwar.com. Anwar on-line. Laman Reformasi. Konspirasi. Reformasi.com dan Anwar org. Apabila kebanyakan akhbar harian yang dikuasai oleh parti pemerintah melahirkan pelbagai kenyataan memburukkan pemimpin idola orang ramai ini, maka laman Anwar Online segera ditubuhkan dua hari sahaja selepas beliau ditahan untuk menafikan segala dakwaan dan menonjolkan kebenaran mereka (Asian Wall Street Journal, 30 March 1999). Beberapa hari kemudian. berpuluh-puluh laman baharu yang dicipta khas untuk melahirkan aspirasi yang sarna. Setiap satu mudah dikesan apabiJa laman ini merangkaikan hubungan mereka melalui bahagian link di dalam laman tersebut.

Terdapatjuga laman web yang tidak dikemas kini dan tidak kurangjuga yang konsisten dan masih kekal dan menerima kunjungan yang banyak hingga kini. Malah, pada satu peringkat ketika ia masih sensasi pada tahun 1998/9 dahulu terdapat laman sawangnya yang menjadi laman yang menerima paling banyak pengunjung di datam server tersebut. Antaranya ialah laman refomwsi. laman sawang Mallllzalim, laman sawangfree-Allwar dan pelbagai lagi. Semua laman ini menyatakan sokongan kepada bekas TPM dan cuba menje1askan isu ini dari pihak beliau atau reformasi. Ia menjadi suatu arena yang berfungsi untuk menjawab atau membalas segala dakwaan dan tuduhan yang diIemparkan di dalam akhbar tempatan. Secara tidak langsung, mereka seolah-olah menjadi tempat melahirkan versi cerita di sebelah pihak pemimpin tersebut datam berqx>sisi dengan media ali ran perdana. Sabri Zain, seorang aktivis yang sentiasa mengikuti perkembangan internet dan politik pernah mengkaji keadaan ini dan menemui webmaster laman tertentu untuk mendengar pandangan mereka. Antara lain beliau mendapati:

.".

Page 10: DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN · Dunia Tanpa Sempadan tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya, aktivis god am melakukan

Zilini Othman & w. S/wwaluddin W. HaISan

"There was no other choice-all the media was against us, without exception, " said the Webmaster of Anwar Oil-line who declined to reveal his identity. "The Web site:S success was enormous. 17lere weren't a lot of graphics, but access became slow because of the traffic. / didn ~ expect so many responses. People even thought the government was blocking the site!"

(Sabri Zain, /999:/5).

Sehubungan dengan itu, kritikan dan bantahan terhadap langkah pemerintah ini turut dilahirkan. Akibat terlalu banyak kritikan terhad ap pemerintah, perkembangan ini kemudian berganjak pula kepada pembinaan lam an sawang yang menumpukan kepada pendedahan pelbagai maklumat mengenai keburukan pemimpin yang sedang berkuasa. Antara contoh laman ini ialah Malzazalim, Ma IUlfira lin, CronY-lIet dan Firaun 2020. Sebaik sahaja akhbar New Straits TImes melaporkanjumlah pemilikan aset perniagaan bekas rPM dan rakan-rakannya, satu laman baharu bemama Crony­Net tiba-tiba diwujudkan dan dipenuhi dengan senarai saham yang dimiliki oleh individu yang rapat dengan PM. Webmaster laman ini mendakwa butiran yang diperoleh tidak sengaja diada-adakan sebaliknya disalin dari laman KLSE at au pasaran Saham Kuala Lumpur (Asian Wall Street Journal. 30 March 1999).

Rata-rata maklumat di dalam laman ini tidak banyak berbeza. iaitu mendedahkan keburukan bentuk kepimpinan yang ada. Horan dari sini, timbul pelbagai dakwaan bahawa kini politik di negara ini terlalu banyak dengan fitnah dan kerajaan khususnya UMNO mula mengambil langkah untuk membasmi sebaran "fitnah" ini. rerdapat juga laman sawang yang secara benar-benar bergerak untuk membina masyarakat demokratik atau masyarakat sivil Malaysia tanpa begitu dikaitkan dengan bekas TPM. Laman ini ialah Aliran, Suaram, Free Malaysia dan Just World. Kebanyakannya merupakan suara NGO berkenaan. Bagaimanapun, kebetulan isu pemecatan dan penahanan bekas TPM sedang hangat diperdebatkan dan menimbulkan krisis kepimpinan dan kestabilan politik Malaysia ketika itu, laman tersebut juga kelihatan tidak dapat lari daripada menyentuh banyak isu beliau. Hal ini jelas seperti yang di laporkan oleh Asian World Street Journal yang menyatakan:

There is also a site for Dr. Wan Azizah's new Social Justice Movement. which has been set up to lobby for her husband's release. The group is awaiting official approval. so she can't legally publish a newsletter. Meantime her Web site lists the movement's aims. as well as dates and venues for meetings.

(Asian Wall Street Journal. 30 March /999)

132

Page 11: DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN · Dunia Tanpa Sempadan tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya, aktivis god am melakukan

Dunia Tanpa Sempadan

Hal yang sarna turut dilaporkan oleh Sabri Zain [dalam Aliran] yang menjelaskan:

The Internet discussion lists received thousands of new subscribers and a flood of traffic never before seen. with the vast bulk of postings being overwhelmingly pro-Reformist. New discussion lists emerged-Gerak-Net. Adil-Net. Anwarxtpm, Sedarlah-and it was not unusual for your typical subscriber to receive at least 200 new messages in their e-mail boxes every day in the early months following the sacking.

(Sabri Zain, 1999: 16)

Dengan kehadiran pelbagai laman ini. tumpuan terhadap teknologi ini menjadi semakin besar. Kunjungan menjadi semakin kerap dan maklumat yang disebar menjadi semakin banyak. sentiasa dikemas kini dan hangat. Secara tiba-tiba juga sambutan orang ramai terhadap akhbar tempatan menjadi semakin kurang. Maklumat yang diperoleh daripada pengedar-pengedar akhbar aliran perdana di sekitar Kuala Lumpur menyatakan bahawa untuk tempoh 1998 hingga 1999. sambutan dan hasil jualan akhbar Utusan dan Berita Harian telah berkurangan sebanyak 40 peratus. sementarajumlahjualan akhbar-akhbar terbitan parti pembangkang seperti HARAKAH dan Roket telah meningkat sebanyak 50 peratus. Masyarakat mula berasa tidak senang dengan akhbar tempatan apabila mendapati tidak menyiarkan berita yang bebas sebaliknya bias. Apatah lagi setelah mendapati beberapa berita yang diketahui sendiri boleh dipersoalkan. Sebagai contoh. apabila mereka menghadiri perjumpaan reformasi yang dihadiri puluhan ribu orang tctapi di dalam akhbar keesokannya menyatakan hanya beberapa rat us sahaja yang hadir memberikan tanda tanya akan kebenaran berita yang dimaklumkan oleh akhbar tersebut. Hal ini boleh diteliti daripada petikan­petikan yang diperoleh daripada beberapa laman sawang yang wujud. Umpamanya:

"Just by looking at a refomtasi site, you are ntaking a statement that you reject the nwinstream media, .. says Sumitra Visvanathan, 30, Webmaster of Saksi.com, or "Witness." "Photographs and eyewitness accounts on Saksi of the 40,000 to 60,000 strong crowd that gathered in the capital to hear Datuk Seri Anwar the day he was arrested attracted 20,000 hits the day they were posted, .. says Ms. Visvanatlum. She says Saksi isn ~ strictly a reform site: "We don't glorify Anwar and we don't just knock Mahathir. ..

(George, 2005:911)

Sebagai contoh. laman Adil dibina untuk menjawab dan menyaingi laman pro-reformasi namun ia tidak mendapat sokongan yang baik. Laporan pada bulan Mei

133

Page 12: DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN · Dunia Tanpa Sempadan tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya, aktivis god am melakukan

Zaini Otllman " W. SIIa .. .-aluddin W. Hal.\an

1999 menyatakan laman ini hanya mendapat lebih 18.000 capaian sahaja berbanding dengan yang menyokong reformasi. Pada masa ini.laman penyokong Reformasi telah mencapai capaian hingga melebihi 200.000. jauh melebihi laman Adil (New Sunday TImes, 23 Mei 1999). E-mel khususnya mailillg-list adalah juga suatu hubungan elektronik yang berkembang pesat selari dengan perkembangan IT seperti Sallgkancil. Rope, 1itiwangsa, Anwar-net, f/i:.bi-net, Adil Net, Sarawak Talk dan Serita Malaysia_ Ia telah muncul sebagai satu medan tempat melahirkan pendapat secara bebas. Pendapat ini pula akan dibaca oleh orang lain dan diberi komen atau dijawab sehingga kadangkala ada yang membawa kepada perdebatan yang panjang. Di dalam Sangmllcil umpamanya, persoalan politik, ekonomi dan sosial menjadi isu utama perbincangan. Terdapat juga perbincangan yang menyentuh soal agama khususnya Islam dan ia menarik banyak pengulas termasuk dan penganut agama lain. Hal yang pasti individu yang mengunjungi laman web ini harus bersifat sederhana atau moderate. Ada juga mailing list, iaitu pelanggan hanya diberikan maklumat terkini dalam sesuatu perkara seperti STRA TFOR. COM's Global Illtelligence, Fill all cia I TIme news, Global Knowledge Development (GKD) dan Serita Malaysia. Perkembangan IT ini mendedahkan sesuatu yang selama ini tidak dapat didedahkan. menjadi counter view atau counter maklumat kepada media perdana dan meningkatkan ketelusan berita kepada orang ramai. Perkara ini dapat dibuktikan melalui analisis yang dibuat oleh Sabri Zain dalam majalah Aliran yang dipetik menyatakan:

It is a telling reflection of Malaysia:S biggest political crisis in more than a decade. The local media generally have tended to reflect tile government's viewpoillt in reporting Datuk Seri Anwar's sacking. arrest and triaL Now they are coming up against critics amred ""'ith computers in the tussle to shape public opinion. Irollically, tire amazing success of the IlIIernet as an alternative voice is probably due largely to tile mainstream media. Opinions tlrat are critical of the government alld tire rulillg political parties are given linle. if any, coverage in local newspapers and television stations. The cOlIStallt fear of losing tlreir publishing or broadcasting licenses hangs like a sword of Damocles over tlreir heads every year wlrell they /rave to renew them. But Malaysians have long been used to a cowed, docile media. What probably 'turned over' most people was the way the local media weill illto a veritable feedingfretq of graphic reports about tire depraved sodomite Anwar, tire bloodtlrirsty Refonnists and tlreir evil foreign backers.

(Sabri Zain, } 999: 17)

Hal ini secara tidak langsung telah mendedahkan kepada lita bahawa perkembangan teknologi dalam sistem penyebaran maklumat telah melahirkan suatu

134

Page 13: DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN · Dunia Tanpa Sempadan tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya, aktivis god am melakukan

Dunia Tanpa Sempadan

bentuk kuasa baharu dalam kehidupan sosial masyarakat Malaysia, iaitu kuasa siber. Kuasa siber yang muncul ini mempunyai ciri dan kekuatan konsepsi seperti bentuk­bentuk kuasa konvensional yang lain. Malah, kuasa siber memiliki elemen menguasai (possession). Bahkan, elemen ini selari dengan konsep kuasa yang pernah diutarakan oleh ahli sosiologi Jerman, iaitu Max Weber yang menjelaskan konsep kuasa sebagai:

In general, we understand by 'power' the chance of a man or of a number of men to realize their own will in the action.

(Weber. 1952: 180; 1986: 29)

Jika diperhatikan dalam konteks perbincangan di atas, amat jelas kepada kita bahawa e1emen menguasai terpancar dalam kuasa siber yang sedang berkembang. Perkembangan penguasaan ini nampaknya bukan hanya berlaku terhadap aspek­aspek fizikal seperti pemilikan alat-alat teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat tetapi juga penguasaan dari sudut nilai dan pemikiran masyarakat itu sendiri. Menariknya, perkembangan penguasaan nilai dan pemikiran oleh kuasa siber ini sedang bertembung dan menggugat pengaruh kuasa pemerintah yang telah sekian lama mencorak, membentuk dan mengawal perkembangan nilai dan pemikiran masyarakat di negara ini. Perkembangan ini sememangnya membimbangkan pemerintah. Hal ini secara tersirat diakui sendiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dipetik menyatakan seperti yang berikut:

Tidak boleh disekat ... ada cubaan sekat tapi keluar yang baru ... Ada juga perkembangan yang kurang sihat apabila ada laman yang mengeluarkan pandangan secara tidak sopan dengan bahasa kesat, caci dan cela ... "I thought the Internet will be good for people to give opillions, " Dr. Mahathir said recently, "but now it is being used to spread lies. ,.

(Asian Wall Street Journal, 30 March 1999)

Kuasa siber yang sedang berkembang ini turut memiliki elemen aturan sosial (social order). Dalam erti kata lain, aturan sosial yang dibentuk oleh kuasa pemerintah selama ini telah mula diatur semula oleh kuasa siber. Walaupun kuasa siber ini wujud dalam bentuk maya (virtual), hal yang menariknya ialah ia tetap melahirkan suatu bentuk interaksi sosial yang bersifat maya (virtual social interaction) dalam kalangan masyarakat dengan perbincangan yang berkisar terhadap aturan-aturan sosial baharu dan lebih demokratik sifatnya. Hal ini dapat dilihat menerusi isu-isu sosiopolitik yang dibincangkan dalam kebanyakan laman sawang. Hampir 90 peratus daripada isu-isu sosial yang dibincangkan di dalam laman sawang tersebut adalah isu-isu sosial yang bersifat pengetahuan, tanggungjawab individu dan masyarakat dalam

135

Page 14: DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN · Dunia Tanpa Sempadan tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya, aktivis god am melakukan

Zoini Othman & W Silawaluddin W Ha.uan

konteks sistem demokrasi Malaysia. Isu-isu sosial sedemikian bertembung pula secara tidak langsung dengan isu-isu sosial yang bersifat primordial. yang selama ini mewamai dan mencorak pembangunan politik di Malaysia khususnya dalam konteks pakatan politik. pembuatan dasar dan kestabilan politik. Perkembangan ini secara langsung telah semacam mendidik kembali pemikiran dan rxlmla ma. .. yarakat Malaysia terhadap persoalan kehidupan bemegara dan bermasyarakat melangkaui batasan dan lingkungan pemikiran yang bersifat kaum atau kelompok tertentu. Secara konseptualnya perkembangan tersebut (kuasa siber dan aturan sosial) bertepatan dengan takrifan konsep kuasa yang pemah di sentuh oleh ahli sosiologis Britain. iaitu Barry Barnes:

Any specific distribution of Imo ... ·ledge cOllfers a generalised capacity for action upon those ;lIdi~';duals ... ·ho carry al/d cOllstitute it. and that capacity for action is their social power, the power of the society they constitute by bearing and sharing the kno .... ledge in question. Social po ..... er is tile added capacity for action that accrues to indil'iduals through their cOl/stituting a distribution of kno ..... ledge alld thereby a society.

(Barnes. 1988: 56-7)

Fenomena konsep kuasa yang dijelaskan oleh Barnes terse but sedang berkembang dalam konteks perkembangan teknologi maklumat di Malaysia. Walaupun penyebaran maklumat terse but wujud dalam bentuk maya. hakikatnya L:eupayaan kuasa siber untuk muncul sebagai kuasa sosial yang mengatur dan menyebarkan pengetahuan dan kemudiannya di manifestasikan melalui tingkah laku sosial harian adalah sesuatu yang menarik untuk ditditi dalam konteks perkembangan sosiopolitik di Malaysia. khususnya sistem demokrasi. Mungkin masih ada pihak yang tidak yakin kepada pengaruh kuasa siber dalam mempengaruhi sikap dan tindakan orang ramai. Namun t cuba imbas kembali isu khabar angin yang menyatakan akan meletus rusuhan di Chow Kit pada Ogos 1999. Situasi tersebut dilaporkan seperti yang berikut:

A rumor. first staned on tile IlIIemet. was to send city residents in a frenzy of provision-stocking panic. Machete- ..... ielding Illdonesilll/ immigrants were said to be rioting in the Chow Kit district of capital city Kuala Lumpur. One office .... ·orker recalls goillg home in a taxi alld hal'ing to squeeze herself among literally hundreds of packets of instant noodles in the bad seat of the terrified driver s vehicle. In the end. tile ol/Iy nUlChete-..... idding IlIdollesitlll.J in the city ..... ere the fruit-sellers cUllillg open durians for hUI/.r:ry customers.

(Subri Zain. IW9:17)

136

Page 15: DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN · Dunia Tanpa Sempadan tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya, aktivis god am melakukan

Dunia Tanpa Sempadan

Hal yang rnenarik untuk diteliti dan dianalisis daripada perkernbangan teknologi rnaklurnat dan kuasa siber adalah dari sudut kestabilan politik dan keselarnatan dalam konteks sistern demokrasi di Malaysia. Selarna empat dekad. antara aspek yang sering diteliti. dibahas dan dibincangkan rnengenai dernokrasi di Malaysia adalah aspek ruang dernokrasi yang terhad serta terkawal (rnasyarakat sivil dan penyertaan politik) dan dorninasi pernerintah dalarn pengurusan dernokrasi tersebut. Analisis hubungan timbal balik di antara ruang dernokrasi yang terhad dan dorninasi pernerintah rnenyebabkan ramai sarjana politik Malaysia yang rnengklasiftkasikan sistem demokrasi di Malaysia dalam pelbagai bent uk dan sifat yang berbeza. Antaranya ialah dernokrasi dan autoritarian (Crouch. 1996). semi­demokrasi (Case. 1993). statist dernokrasi (Jesudason. 1995) dan quasi-demokrasi (Zakaria Hj Ahmad. 1989). Dalam konteks sistem demokrasi yang sedernikian rupa agak sukar umpamanya perluasan ruang dernokrasi wujud. Hal ini seperti yang telah dijelaskan kerana pemerintah rnenguasai ruang tersebut rnelalui kawalan undang-undang dan sistern pendidikan.

Dalam erti kata lain. ruang dernokrasi yang wujud dan dibenarkan oleh pemerintah itu adalah ruang pernerintah. sarna ada secara ftzikal dan yang Icbih penting nilai dan pernikiran berada di bawah pengaruh pemerintah. Sebab itulahjika diperhatikan selarna empat dekad yang lepas. rnasyarakat sivil yang wujud tidak mampu untuk melepaskan diri dari pengaruh dan dorninasi intelektual pernerintah. Maka. rnasyarakat yang wujud dalam ruang demokrasi yang terhad tersebut tidak mampu melakukan suatu proses revolusi budaya (cultural revolution) khususnya budaya politik. Keadaan ini amat bertepatan dengan pemikiran Antonio Gramsci (1975) yang menyatakan bahawa kegagalan sesebuah rnasyarakat untuk bersaing dengan hegemoni pemerintah berkait rapat dengan ketidakupayaan masyarakat itu sendiri untuk rnelakukan revolusi budaya yang berasaskan kepada kebebasan intelektual yang bebas daripada hegemoni intelektual pemerintah.

Maka. dalam konteks ini kemunculan IT secara langsungnya telah bertindak sebagai "alat" kepada golongan lemah untuk beroposisi dengan pernerintah dalam arena yang bukan lagi bersifat hidden transcript. seperti sebelum ini atau seperti yang ditunjukkan oleh Scott (1986:241) dalam kajian beliau terhadap masyarakat Tani di negeri Kedah. IT. sebagai satu bentuk kernajuan rnodenisasi di Malaysia telah menyuburkan proses pendernokrasian rnaklurnat di Malaysia. Kernunculan internet. laman-lam an blog dan You Tube umpamanya secara dramatik telah meningkatkan capaian dan ketelusan maklumat yang bersifat altematifkepada media pemerintah. Misalnya. pada malam pengiraan undi pilihan raya umum 2008. diJaporkan laman web Malaysiakini telah crashed (tersumbat) ekoran ketidakupayaan laman tersebut mengendalikan "traftk" yang begitu tinggi kunjungan dan capaiannya. Dilaporkanjuga. sepanjang kempen pilihan raya urn urn ke-12 berlangsung selarna 13 hari.laman sesawang Malaysia Today yang dikendalikan oleh Raja Petra merupakan laman sawang yang dicapai secara konsisten oleh para pengunjung media altematif. Sementara itu. You Tube pula telah digunakan bukan sahaja sebagai arena persaingan.

137

Page 16: DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN · Dunia Tanpa Sempadan tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya, aktivis god am melakukan

Zaini Olhnu,m & W. Shawaluddin W. Hassan

tetapijuga ribuan masyarakat menggunakannya untuk menonton ceramah dan kempen politik yang dianjurkan o1t:h parti pembangkang yang tidak dapat dihadiri oleh mereka secara fizikal. '

Jelas kepada kita bahawa kehadiran IT. khususnya internet bukan sahaja telah memungkinkan kepada pendemokrasian maklumat dalam pembangunan politik Malaysia. tetapi juga mengangkat kekuatan politik golongan lemah untuk beroposisi dengan pihak pemerintah bukan lagi dalam subsistem yang tersembunyi di bawah paras pengetahuan pemerintah. malah dalam aras sistem yang terbuka. Golongan bloggers yang muncul dalam blog-blog tertentu internet secara daring melontar pandang dunia mereka terhadap sebarang persoalan politik yang bersangkut paut dengan tadbir urus negara yang mereka berpendapat tidak bertepatan. apatah lagi bertentangan dengan norma demokrasi. Misalnya semenjak setengah dekad yang lalu. golongan bloggers seperti Sang Kelambai. Blog Kadir Jasin. Blog Pak Rustam Sani [Allahyarhaml. Blog Ruhanie Ahmad. Rocky'Bru; kesemuanya secara "berani" meluahkan oposisi mereka terhadap polisi atau tingkah laku pemerintah yang tidak seiring dengan budaya demokrasU

Di sam ping itu. kehadiran WI-FI atau jalur lebar tanpa talian turut menyumbang kepada pendemokrasian maklumat di Malaysia pada hari ini. WI-FJ telah membentuk satu budaya atau gaya hidup baharu dalam kalangan masyarakat atau generasi muda dalam capaian maklumat dan gaya interaksi sosial mereka. Di lokasi-Iokasi seperti Starbucks, McDonald's, A&. W dan Secret Recipe, masyarakat diiringi dengan komputerriba masing-masing. Komuniti ini menzahirkan pandangan dunia mereka terhadap sebarang isu atau persoalan kemasyarakatan tanpa ada rasa ketakutan politik atau kekangan pemerintah.

Dalam erti kata lain. tx)leh diungkapkan di sini bahawa kemunculan IT yang begitu drastik ke dalam struktur sosial masyarakat Malaysia telah secara langsungnya mendemokrasikan dan mengkonsolidasikan keazaman politik mereka tanpa perlu berselindung atau berhemah seperti yang pernah dijelaskan oleh Scon (1986:241) dalam kajian di Kedah suatu ketika dahulu. Perkembangan ini turut diakui sendiri oleh pihak pemerintah. misalnya Dato' Ahmad Shaberry Chikl, Menteri Penerangan Malaysia dalam kabinet baharu selepas pilihan raya umum ke-12. secara jelas menyatakan bahawa komuniti bloggers adalah an tara segmen masyarakat yang mencabar hegemoni politik Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum tersebuL Kenyataan beliau itu terungkap betapa media alternatif adalah antara a new political force yang perlu diberi perhatian serius pada masa kini. Hal ini secara tidak langsung telah mendedahkan kepada kila bahawa perkembangan teknologi dalam sistem penyebaran maklumat telah melahirkan suatu bent uk kuasa baharu dalam kehidupan sosial masyarakat Malaysia. iaitu kuasa siber.

Daripada perbincangan yang telah dikupas di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa kemunculan IT dan internet telah memberi pelbagai cabaran baharu kepada corak kehidupan bernegara dan bermasyarkat di negara ini. Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas merdeka selama 52 tahun telah mengecapai lahap

138

Page 17: DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN · Dunia Tanpa Sempadan tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya, aktivis god am melakukan

Dunia Tanpa Sempadan

kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang membanggakanjika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain. Dalam konteks pencapaian tersebut, tidak bermakna Malaysia tidak berhadapan dengan cabaran-cabaran yang boleh menggugat tahap kestabilan yang sedia ada, malah kemunculan IT dan internet telah menjadikan eabaran terhadap keutuhan negara bangsa Malaysia semakin bert am bah dan kompleks untuk ditangani.

Dalam kehidupan moden masa kini, kebergantungan dan penggunaan terhadap IT dan internet yang begitu meluas telah memuneulkan satu bentuk ancaman baharu terhadap keselamatan sesebuah negara bangsa. Kita telah meneliti bagaimana organisasi seperti LITE dan 11 te1ah menggunakan dan mengadaptasi IT untuk tujuan perjuangan mereka dan menyerang pihak yang menjadi sasaran. Malaysia tidak terkecuali dalam konteks ini. Malah, perkembangan semasa menunjukkan bahawa keselamatan TUang siber Malaysia tUTUt terdedah kepada aneaman keselamatan, mahupun yang bersifat antarabangsa ataupun domestik. Maka, perkembangan dunia siber yang semakin pesat ini memerlukan pemikiran semula bukan sahaja terhadap konsep keselamatan dan cabarannya, tetapi juga menuntut negara ini memperkukuhkan tahap kepengetahuanan terhadap dunia siber itu sendiri.

N<YfA

1 Sila lihat rekod capaian laman web ini sebagaimana yang terdapat dalam laman sawang Malaysia Today pada 9 Mae 2008. Laman web Malaysia Today boleh dieapai menggunakan earlan enjin Google atau terus kepada alamat laman tersehut.

2 Blog-blog ini adalah TUang politik yang paling aktif mengetengahkan luahan politik golongan lemah.

3 Dato' Ahmad Shaberry Chik kini adalah Menteri Belia dan Sukan selepas rombakan kabinet pada Mei 2009.

RUJUKAN

Arquilla, John J. & David F. Ronfeldt. 2006. Cyberwar and Netwar: New Modes, Old Concepts of Conflict. RAND Corporation 1993 at as talian http:// www.rand.org/publieations/randreview/issues/RRR.f al19 5 .eyerl cyberwar.html. .

Asmarani, Devi. 2005. Jakarta-KL Dispute Sparks Cyber War-Hackers From The Two Countries Deface Nearly 100 Websites. Malaysia Today, atas talian http://www.malaysia-today.netIBlog-el2005103/jakarta-kl-dispute-sparks­eyer-war.htm.

139

Page 18: DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN · Dunia Tanpa Sempadan tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya, aktivis god am melakukan

Zaini Olllman .{ W. SIIawaluddin W. lIas.lan

Auerbach, Jon G & William H.Bulkeley. 2000. Web in Modem Age is Arena For Activism. Terrorism & War. Wall Street Journal. New York.

Barlow, John P. 2006. A Declaration o/the Independence o/Cyberspace. Electronic Frontier Foundation. http://homes.eff.orgl-barlowlDeclaration-Final.html.

Barnes, J.P. 1988. The Nature 0/ Power. Cambridge: Polity. Brookes, Peter. 2005. The Art 0/ Cyberwar. The Heritage Foundation. http://

www.heritage.org. Case, W. 1993. Malaysia: semi-democracy in withstanding the pressures for regime

change. Pacific Affairs. 66(2), 183-205. Crouch, H. 1996. "Malaysia: Neither Authoritarian nor Democratic". DIm. K. Hewison,

R. Robinson. & Ci Rodan., Southeast Asia in the 1990s: aUllwritarianism and democracy (hIm. 135-157). Sydney: Allen and Unwin.

Delio. Michelle. 2004. Hacktivism and how It Got There. Wired News. http:// www.wired.comlnewslinfostructure.html.

George. Cherian. 2005. The Internet's political impact and the penetration/participation paradox in Malaysia and Singapore. Media.. Culture & Society. Vol. 27 (6), pp9()3-20.

Gramsci. Antonio. 1975. Prison Notebooks Vo1.2. New York: Columbia University Press. Jesudason.J. V. 1995. Statist Democracy and the Limits to Civil Society in Malaysia.

Journal o/Commonwealth and Comparative Politics. 33(3), hIm. 335-56. Weber. M. 1952. Class. Status. Party. In Gerth. H & C. Wrights Mills (eds). From Max

Weber: Essays in Sociology. London: Routledge. ---. 1986. "Domination by Economic Power and by Authority." DIm. S Lukes

(ed), Power: Readings in Social and Political Theory. Oxford: Blackwell. New Sunday Times. 23 Mei 1999. Sabri Zain. 1999. "Democracy On-Line". Dalam ALIRAN, 06 Ogos 1999. hIm. 15-7. Scott, James. C. 1986. Weapons o/the Weak: Everyday Forms 0/ Peasant Resistance.

New Haven: Yale University Press. Zakaria Ahmad. 1989. "Malaysia: Quasi Democracy in a Divided Society". DIm. L.

Diamond, J.J. Linz, & M. S. Lipset, (pnyt.). Democracy in developing countries: Asia. Jil. 3. hIm. 347-8. Boulder. Colorado: Lynne Rienner.

Asian World Street Journal. 1999. ,

140