Top Banner
PENGAJIAN MALAYSIA DUB 1012 TAJUK : KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN NAMA PENSYARAH : CIK ASNUURIEN NAJMA BINTI AHMAD Disediakan oleh : 1. Mohd Fakhrullah Bin Suhaimi ( 14DKA15F1096 ) 2. Nor Akmar Binti Mahmod ( 14DKA15F1081 ) 3. Azmira Khadhijah Binti Ajis ( 14DKA15F1138 ) 4. Privena A/P Magesan (14DKA15F1054 ) 5. Balqis Suhada Binti Mohd Ghani ( 14DKA15F1118 ) 6. Mohamad Nazren bin Mohamad Aseri ( 14DKA15F1014 ) 7.
16

DUB1012 - Pengajian Malaysia

Apr 13, 2017

Download

Education

Asnuurien Najma
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: DUB1012 - Pengajian Malaysia

PENGAJIAN MALAYSIADUB 1012

TAJUK : KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

NAMA PENSYARAH : CIK ASNUURIEN NAJMA BINTI AHMAD

Disediakan oleh : 1. Mohd Fakhrullah Bin Suhaimi ( 14DKA15F1096 ) 2. Nor Akmar Binti Mahmod ( 14DKA15F1081 ) 3. Azmira Khadhijah Binti Ajis ( 14DKA15F1138 ) 4. Privena A/P Magesan (14DKA15F1054 ) 5. Balqis Suhada Binti Mohd Ghani ( 14DKA15F1118 ) 6. Mohamad Nazren bin Mohamad Aseri ( 14DKA15F1014 ) 7.

Page 2: DUB1012 - Pengajian Malaysia

OBJEKTIF

• Menjelaskan kepentingan khidmat Rukun Tetangga pada sesuatu kawasan perumahan.

• Menghuraikan semangat kemasyarakatan dan perpaduan berbilang kaum di setiap kawasan perumahan.

• Memupuk semangat cinta akan kejiranan sesama kaum.• Menerapkan sikap ingin tahu tentang isu semasa masalah yang dihadapi di

sekitar kawasan perumahan kita.• Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan kawasan perumahan kita.

02/05/23

Page 3: DUB1012 - Pengajian Malaysia

PENGENALAN• Rukun tetangga sebagai media kemasyarakatan perlu memainkan peranan yang lebih agresif

terutamanya bagi menangani masalah jenayah atau sosial yang berleluasa di sekitar kawasan perumahan

• Kawasan rukun tetangga sesuatu kawasan akan memberikan info dan maklumat terkini kepada semua masyarakat yang duduk di kawasan tersebut

• Dalam usaha menjaga keselamatan dan memupuk semangat kemasyarakatan dan perpaduan bagi penduduk di kawasan tersebut untuk mengambil inisiatif menubuhkan rukun tetangga

• Dengan penubuhan rukun tetangga ini dapat menjadikan platform bagi penduduk setempat untuk berkongsi dan menyalurkan masalah demi kebaikan bersama

• Secara amnya, penubuhan rukun tetangga di sesuatu kawasan perumahan tersebut untuk mengawal keselamatan penduduk setempat daripada kegiatan jenayah seperti pecah rumah serta kenderaan dan ragut yang berlaku

Page 4: DUB1012 - Pengajian Malaysia

SEJARAH RUKUN TETANGGA

• Rukun tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di malaysia.

• Konsep program ini hampir sama seperti neighbourhood watch seperti yang diamalkan di united kingdom.

• Sehingga mei 2006 sebanyak 3,228 kawasan rukun tetangga (krt) telah ditubuhkan di seluruh negara.• Rukun tetangga telah ditubuhkan oleh kerajaan malaysia pada tahun 1975 asalnya untuk menjamin

keselamatan penduduk setempat. Satu akta yang dikenali sebagai peraturan rukun tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75) telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut.

• Pada 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum di malaysia. Kemudian pada 2001, fokus program ini sekali lagi bertukar kepada fokus sekarang, iaitu pembangunan masyarakat setempat.

Page 5: DUB1012 - Pengajian Malaysia

VISI DAN MISI RUKUN TETANGGA

•Menjadikan sebuah agensi kerajaan yang unggul dalam melaksanakan 1 malaysia untuk perpaduan bangsa, berwawasan dan berdaya maju.

•Memupuk kefahaman dan semangat muhibah melalui jaringan dan interaksi sosial kearah pembentukan bangsa malaysia yang bersatu padu beridentiti nasional.

Page 6: DUB1012 - Pengajian Malaysia

OBJEKTIF RUKUN TETANGGA

• Memelihara kebajikan dan keselamatan penduduk di sesuatu kawasan perumahan daripada kegiatan jenayah.

• Memperlihatkan taraf kerjasama masyarakat pelbagai kaum dalam melakukan sesuatu aktiviti rondaan dan aktiviti lain.

• Meningkatkan mutu perpaduan kaum di kalangan masyarakat melayu, cina dan india.

• Mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar – dasar kerajaan yang berlandaskan perlembagaan persekutuan dan rukun tetangga.

Page 7: DUB1012 - Pengajian Malaysia

CARTA ORGANISASI RUKUN TETANGGAPENGERUSI

TIMBALAN PENGERUSI

SETIAUSAHA BENDAHARI

NAIB SETIAUSAHA

5 TERAS KELOMPOK KOMUNITI

Perpaduan 1. Jiran Wanita Keselamatan 2. Jiran Muda Ekonomi 3. Tunas Jiran Pendidikan 4. Jiran Usia Emas Kualiti hidup

Page 8: DUB1012 - Pengajian Malaysia

PERANAN RUKUN TETANGGA•Peranan utama rukun tetangga ialah menganjurkan kumpulan- kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan.• Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli- ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut.• Setiap kawasan rukun tetangga digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan aktiviti berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.• Penduduk akan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan di kawasan perumahan tersebut.•Membangkitkan semangat perpaduan dan kerjasama yang teguh di dalam diri setiap masyarakat dalam melakukan sesuatu kerja.•Hal ini kerana, bagi memastikan matlamat sebenar penubuhan rukun tetangga.

Page 9: DUB1012 - Pengajian Malaysia

ANTARA AKTIVITI YANG DILAKUKAN OLEH RUKUN TETANGGA

1.  Aktiviti sosial-Negara kita mempunyai pelbagai etnik, justeru itu dapat kita ketahui bahawa

di negara kita mempunyai pelbagai perayaan.-Kita perlu mengamalkan sikap saling kunjung-mengunjung semasa musim

perayaan.

Page 10: DUB1012 - Pengajian Malaysia

2.  Aktiviti sukan

-Pelbagai acara sukan yang dapat dijalankan di kalangan penduduk.-Melalui acara yang diadakan tersebut dapat mengabung serta menyatukan semangat

kerjasama antara penduduk yang pelbagai etnik.

3.  Aktiviti kesihatan dan alam sekitar

-Aktiviti berkaitan kesihatan dan alam sekitar amat sesuai dijalankan di kawasan kediaman.

-Oleh hal yang demikian, melalui pengendalian aktiviti ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kuantiti pesakit.

-Antara program yang sesuai dijalankan seperti ceramah kesihatan,  kempen menjaga alam sekitar, harta awam dan sebagainya.

Page 11: DUB1012 - Pengajian Malaysia

4.  Aktiviti ekonomi-Pada masa kini para graduan digalakkan untuk meningkatkan ekonomi negara

melalui kegiatan pertanian, perternakan dan perladangan.-Aktiviti-aktiviti ini dapat memberi pelbagai faedah kerana melalui aktiviti-

aktiviti inilah dapat memberi pengalaman yang paling berharga kepada para graduan yang masih baru menamatkan pengajian serta mengelakkan berlakunya pengangguran.

Page 12: DUB1012 - Pengajian Malaysia

KEBAIKAN RUKUN TETANGGA• Menjadikan kawasan kejiranan lebih selamat dengan rondaan berkala

menjadikan penjenayah berfikir dua kali sebelum bertindak• Memudahkan masalah kejiranan dapat diselesaikan dengan baik menerusi

rundingan• Menjadikan kehidupan kawasan kejiranan berkualiti supaya kawasan

kejiranan hidup tanpa rasa takut rumah dimasuki penjenayah• Meningkatkan semangat perpaduan sesama jiran tetangga dari pelbagai

kaum dengan cara kekerapan perjumpaan ketika melakukan rondaan menjadikan mereka saling mengenali.

Page 13: DUB1012 - Pengajian Malaysia

KESIMPULAN• Berdasarkan kepada penerangan di atas, maka jelaslah bahawa rukun tetangga sememangnya mempunyai peranan yang

amat penting dalam memupuk semangat kerjasama di kalangan warga malaysia.• Tanpa rukun tetangga, belum tentu sesebuah kawasan kediaman itu akan menjadi aman, membangun serta maju bukan

dari segi pembangunan keperluan sahaja malahan maju dari segi pembangunan keperibadian diri juga.• Jika nilai murni dan baik dapat disuburkan dalam interaksi serta komunikasi antara kaum, ia mampu membina acuan

integrasi yang bermanfaat.• Darinya bakal subur nilai bersama dan sejagat yang memungkinkan integrasi berlaku dalam erti kata lebih bermakna.• Melalui pemerhatian tersebut menunjukkan bahawa perhubungan antara kaum akan menjadi terjejas sekiranya berlaku

sesuatu perkara tersebut yang sedikit sebanyak dapat menyentuh tentang sensitiviti sesuatu kaum.• Oleh itu, dalam hal ini rukun tetangga memainkan peranan yang amat penting dalam menangani masalah yang dihadapi. • Justeru itu, kita perlulah saling menghormati antara satu sama lain dalam komuniti yang kita diami.

Page 14: DUB1012 - Pengajian Malaysia

Lampiran• Keratan akhbar

Page 15: DUB1012 - Pengajian Malaysia

RUJUKAN • https://nafis87.wordpress.com/zzzt1042/

• http://rttamansepadu.blogspot.com/2011/03/organisasi-rt.html

02/05/23

Page 16: DUB1012 - Pengajian Malaysia

SEKIAN TERIMA KASIH