1.0
Pengenalan
Kerajaan terus memperhalus dan menambah baik pelaksanaan program
penswastaan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan n(RMKe-8).
Prosedur sedia ada telah diperkemaskan dan dan langkah baru
diperkenalkan untuk meningkatkan lagi keberkesanannya. Di samping ,
itu, dengan persetujuan bersama, beberapa perjanjian konsesi telah
dikaji semula bertujuan mengagihkan kos dan manfaat secara lebih
saksama kepada pelbagai pihak berkepentingan. Bagi mengekalkan
keberkesanan program ini dapat menggalakkan penyertaan usahawan
Bumiputera, syarat yang lebih ketat tetapi adil dikenakan keatas
pemilikan dan perubahan struktur ekuiti dalam entity yang
diswastakan. Pada masa yang sama, pendekatan bina pajak selenggara
pindah telah diperkenalkan bagi pelaksanaan beberapa projek utama.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), proses
pelaksanaan akan
diperkemaskan lagi, termasuk mengguna pakai pendekatan dan
mekanisme baru untuk meningkatkan keberkesanan program penswastaan.
Program ini akan terus menyokong strategi pertumbuhan yang
diterajui oleh sektor swasta serta meningkatkan penglibatan
usahawan Bumiputera dalam ekonomi.
2.0
Dasar Penswastaan
2.1
Latarbelakang
Penswastaan mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai
pertengahan tahun 1983 apabila Y.A.B. Perdana Menteri melancarkan
Dasar Persyarikatan Malaysia yang juga
telah menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan
pengurusan negara. Penswastaan adalah bertentangan dengan
pemiliknegaraan (nationalization), iaitu satu
proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan Kerajaan dalam
ekonomi. Pada dasarnya, penswastaan melibatkan beberapa tertentu
kepada sektor swasta kepentingan atau pelaburan kerajaan yang
1|Page
2.2
Rasional
Y.A.B. Perdana Menteri dalam ucapan perasmian conference The
Securities Industri in Malaysia pada 28hb April, 1984
menyatakan..... Goverment the world over are notorious for
inefficiency when running enterprises, even aided by monopoly and
the authority of Government.
On the other hand, the private sector is better motivated and
generally more efficient. It is hoped that privatisation will
improve the economic and general performance of the services,
resulting in a more rapid growth of the nation as a whole'.
Sektor Awam bukan sahaja terlibat dalam menyediakan dasar utama
dan menentukan arah dan penyediaan perkhidmatan tetapi telah juga
terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di
Malaysia. Saiz sektor awam telah berkembang dengan begitu pesat
sekali dalam 10 tahun yang lalu. Perbelanjaan sektor awam telah
meningkat dengan begitu besar sekali dari 28% pada tahun 1975
kepada 36% pada tahun 1982 dan ini merupakan satu beban kewangan
yang besar untuk ditanggung oleh Kerajaan. Keadaan ekonomi meleset
juga menjadi faktor-faktor utama yang membawa kepada Dasar
Penswastaan ini diperkenalkan.
2.3 Objektif Dasar Penswastaan diperkenalkan dengan mempunyai
objektif seperti berikut: i. Mengurangkan Bebanan Kewangan
Kerajaan. Pada masa yang lepas, pihak Kerajaan telah membelanjakan
ribuan juta
ringgit dalam sektor kesihatan, pertahanan, air, api, jalan
keretapi, pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya, dan
perbelanjaan tersebut terus meningkat dari masa ke semasa dan kadar
pulangan balik kepada Kerajaan adalah lambat dan sangat rendah. Di
samping itu, Kerajaan juga terpaksa menyelenggarakan perkhidmatan
dan pelaburan - pelaburan tertentu. Jumlah emolumen merupakan satu
item yang terbesar iaitu lebih satu pertiga daripada keseluruhan
telah
perbelanjaan mengurus.
Perbelanjaan dalam bentuk pindahan juga
meningkat dengan pesatnya sejak akhir-akhir ini dan sekarang
telah menjadi hampir setengah daripada perbelanjaan
mengurus.2|Page
ii.
Meninggikan Kecekapan Dan Penghasilan Kerja Pencapaian
kebanyakan daripada perusahaan awam yang terlibat dalam masih tidak
memuaskan walaupun
bidang perdagangan dan perindustrian mereka mempunyai
kedudukan monopolistik dan menikmati berbagai beberapa
perkhidmatan Kerajaan
sokongan Kerajaan. Dengan menswastakan
yang tertentu, serta dengan kepakaran dan peluang yang lebih
baik yang boleh di beri oleh pihak swasta, adalah dijangka
tingkatkan dengan lebih baik lagi. perkhidmatan tersebut dapat
d
iii.
Menggalakkan
Pertumbuhan
Ekonomi Dan Kekesanan Negara
Harta-harta atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum
diusahakan sepenuhnya. Halangan-halangan yang terdapat dalam
sektorawam tidak
menggalakkan penggunaan sumber - sumber kekayaan negara ini
dengan cekap dan sepenuhnya. Lebih banyak syarikat swasta yang
dapat di wujudkan yang dengan secara tidak langsung dapat
meninggikan pertumbuhan ekonomi negara. Di samping itu, pihak
Kerajaan pula dapat mengecap nikmat bersama dengan mengutip cukai
pendapatan dari syarikat-syarikat yang berkenaan.
iv.
Pembahagian Sumber Serta Kecekapan Lebih banyak penglihatan
banyak penguasaan Kerajaan Kerajaan terhadap dalam ekonomi bermakna
lebih negara. Keputusan
sumber-sumber
pula biasanya dibuat berasaskan pertimbangan yang bukan bercorak
pasaran. Sebahagian besar daripada barang-barang dan perkhidmatan
yang dikeluarkan oleh Kerajaan mencerminkan nilai pasaran. Harga
barangan tersebut adalah berasaskan subsidi dan sumber yang tidak
dapat diagihkan dengan cekap. Subsidi dan pengekalan sikap yang
berkehendakkan kebajikan, akan diuntukkan itu untuk
pengeluarannya
menggalakkan rakyat Malaysia terlalu bergantung kepada bantuan
Kerajaan. Keadaan ini tidak sesuai dengan kepentingan jangka
panjang perseorangan dan negara keseluruhannya.
3|Page
v.
Mempercepatkan Pencapaian Matlamat Dasar Ekonomi Baru Dengan
memberi lebih banyak peluang kepada pihak swasta, Kerajaan dapat
mengwujudkan lebih banyak penyertaan syarikat swasta Bumiputera
bilangan atau
pengurus-pengurus Bumiputera bagi memenuhi kehendak-kehendak
Dasar Ekonomi Baru itu.
2.3
Strategi Pelaksanaan Beberapa isu penting perlu diselidiki,
dikaji dalam menimbangkan cadangancadangan penswastaan sesuatu
perkhidmatan itu. Kabinet telah
mengarahkan satu Jawantankuasa ditubuhkan di Unit Perancang
Ekonomi (EPU) dengan dianggotai oleh Unit Penyelarasan dan
Pelaksanaan (ICU), Kementerian Kewangan dan Jabatan Awam (PSD)
dengan dipengurusikan oleh Unit Perancang Ekonomi bagi menyediakan
satu garis panduan lengkap untuk memudahkan di yang
Kementerian/Jabatan menswastakan
beberapa perkhidmatan
bawah Kementerian/Jabatan masing-masing.
Antara isu-isu yang perlu di pertimbangkan ialah:
a. Pemecahan sesuatu khidmat (fragmentation); b. Soal
keselamatan; c. Perundingan; d. Implikasi kewangan; e. Penentuan
harga f. Implikasi kepada kakitangan; g. Pelaksanaan Dasar Ekonomi
Baru; Berdasarkan kepada angka perbelanjaan dan
peruntukan-peruntukan
pembangunan awam, sektor swasta pula mengkaji keupayaan mereka
dalam mengurus dan mengambilalih harta-harta yang akan diswastakan.
Pengawasan perkhidmatan dan yang penilaian yang rapi terhadap
perkhidmatansebahagian dari
diswastakan
juga merupakan
program penswastaan.4|Page
Tingkat kecekapan daya pengeluaran, daya persaingan yang sihat
serta tingkat harga yang dikenakan terhadap
perkhidmatan-perkhidmatan kos dan faedah dari
berkenaan perlu diawasi untuk menilai perkhidmatan yang
diswastakan
2.1 Dasar Awam
2.1.1 Definisi Dasar awam boleh ditafsirkan dengan
berbagai-bagai maksud dan pengertian. Secara literalnya, dasar awam
ialah apa juga projek, program atau rancangan daripada pihak
kerajaan untuk faedah dan kepentingan satu kelompok rakyat. Dasar
Awam boleh didefinisikan antaranya, sebagai apa sahaja pemilihan
kerajaan sama ada untuk membuat sesuatu atau tidak membuat sesuatu.
(Dye, 1984). Menurut (Ahmad Atory Hussain: 1990;1) pula Dasar Awam
itu ialah progam atau projekyang dirancang oleh kerajaan yang
mempunyai tujuan dan matlamat tertentu. Dasar awam ialah sesuatu
pilihan utama yang dibuat oleh seseorang individu atau sekumpulan
individu bagi menjelaskan, menerang, mempertahankan, memimpin atau
menggariskan sesuatu tindakan sama ada yang nyata atau bertujuan
(Prestus, 1975). Mengikut kamus Inggeris Oxford, Dasar Awam itu
memberi maksud tindakan,keputusan dan peraturan badan-badan awam
yang terdiri daripada ketua Negara, ahli politik dan pentadbir
kerajaan. Oleh yang demikian terdapat satu identiti linguistic di
antara orang awam dan dasar (English Oxford Dictionary, 1971).
Menurut Kamus Dewan (1970 hlm 218): Dasar ialah asas, teras,
panduan (pendapat, falsafah, aturan dll). Dasar mempunyai tujuan,
matlamat, fungsi, tugas, demi kebaikan dan kepentingan sesuatu
institusi(jabatan/agensi/lembaga). Awam pula menurut Kamus Dewan
(hlm48) pula memberi makna am, umum, orang biasa. Oleh itu, Dasar
Awam ialah teras, panduan atau matlamat am bagi orang awam atau
rakyat demi kepentingan masyarakat umumnya. Ia mempunyai ciri
kebajikan, semoga rakyatnya hidup selesa, aman dan tenteram,
selamat dan sejahtera dengan semangat bekerjasama, bersatu padu dan
muhibah di negara yang unik ini seperti Malaysia.5|Page
Berdasarkan kepada definisi di atas, didapati dasar awam telah
diterangkan secara bergilir-gilir sebagai satu keputusan dalam
bentuk pilihan dan penyelesaian kepada masalah; satu matlamat atau
objektif; serangkaian program; suatu peruntukan; undang-undang atau
pun peraturan. Secara kesimpulannya kita boleh menyatakan dasar
awam sebagai apa sahaja keputusan dan tindakan kerajaan untuk
melakukan atau tidak melakukan sesuatu. Secara umumnya setiap
keputusan yang diambil oleh kerajaan pastinya mempunyai objektif,
matlamat dan tujuan untuk dijadikan sebagai panduan umum dalam
mengatasi masalah sesebuah negara. Pendek kata matlamat dasar
mestilah jelas dan merupakan jalan penyelesaian terhadap sebahagian
besar masalah rakyat ataupun kumpulan sasaran dasar tersebut.
Contoh-contoh Dasar Awam di Malaysia ialah Dasar Ekonomi Baru,
Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wanita Negara, Dasar Pendidikan
Negara, Dasar Persyarikatan, Dasar Penswastaan dan lain-lain lagi.
Dasar awam adalah yang mengenai tindakan-tindakan kerajaan. Ia
dikaitkan dengan disiplin sains politik serta kebolehan disiplin
akademik tersebut menghurai, menganalisis menerangkan dasar awam
itu. Dasar awam dikatakan juga sebagai apa juga langkah kerajaan
untuk memilih membuat atau memilih tidak membuat. David Easton,
ahli sains politik yang terkemuka mentafsirkan dasar awam sebagai
nilai
peruntukan pihak berkuasa bagi keseluruhan masyarakat. Lasswell
dan Kaplan pula, mentafsirkan dasar awam sebagai program bagi nilai
amalan dan matlamat yang telah diprojekkan. Walau bagaimanapun,
kita harus melihat dasar itu dari segi kerajaan itu sendiri, yang
apabila ia memilih sesuatu dasar itu, maka ia mesti mempunyai
sesuatu tujuan atau matlamat. Jika dasar i tu tanpa matlamat
bererti ia bukanlah dasar yang sebenarnya. Kerajaan membuat banyak
perkara; misalnya membuat perkara mengatasi konflik dalam
masyarakat, menyusun masyarakat, mengeluarkan perkhidmatan kepada
ahli-ahli masyarakat, mengutip cukai daripada rakyat. Dengan itu,
dasar awam rnenjadi lebih teratur, tersebar lebih berorganisasi
lagi sifatnya. Dasar-dasar awam boleh berurus dengan pelbagai
bidang yang lebih. luas lagi, seperti hal-ehwal luar negeri,
kebajikan tentera, polis, pencukaian, perumahan, keselamatan
sosial, kesihatan, peluang-peluang ekonomi, pembangunan bandar,
inflasi dan kemerosotan ekonomi dan lain-lain lagi. Ia mungkin
melibatkan soal-soal dasar peperangan, kewangan negara dan segala
macam masalah dasar awam.6|Page
Pada peringkat permulaan, dasar awam tidaklah begitu diambil
perhatian serius oleh sains politik. Apa yang dilihatnya ialah
yang
3.0
Analisis Perbezaan Data antara Dasar Awam dan Dasar Penswastaan
3.1 Dasar Awam Analisisi Dasar Analisis dasar awam adalah juga
sebagai satu peringatan perkembangan awal dalam pentafsirannya dan
ia kemudian tunduk kepada perkembangan sains dan sosial dengan
serentak di mana menegaskan kepada mustahaknya kandungan dan
pembentukan dasar awam. Pada hari i n i, analisis dasar awam
merujuk kepada analisis masalah-masalah dasar awam dengan tujuan
menjelaskan lagi isu-isu, alternatif-alternatif dan akibat-akibat
dan seterusnya memperbaiki asas-asas untuk mencapai
keputusan-keputusan bagi dasar awam itu
3.2
Dasar Penswastaan Selaras dengan pembangunan yang diterajui oleh
sektor swasta, penswastaan akan terus berperanan sebagai salah satu
mekanisme penting untuk membantu pertumbuhan ekonomi bagi
memastikan agihan pendapatan yang saksama di antara kumpulan etnik
dalam tempoh RMKe-8. Usaha akan dipertingkatkan bagi melindungi
kesejahteraan dan kepentingan ekonomi masyarakat melalui pewujudan
dan pengukuhan mekanisme kawal selia. Pelaksanaan program
penswastaan akan dilaksana melalui strategi seperti berikut:
i. Memberi penekanan kepada projek yang merangsang pertumbuhan
ekonomi; ii. Memperkukuh dan memperkemaskan lagi proses pelaksanaan
bagi memastikan keberkesanan program penswastaan; iii. Memastikan
projek yang diswastakan adalah berdaya maju dari segi komersil dan
menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat;
7|Page
iv. Memperkukuh badan kawal selia bagi melindungi kepentingan
pengguna dan memupuk pembangunan yang sihat di sektor yang terlibat
dengan penswastaan; v. Menggalak penyertaan Bumiputera melalui skim
vendor dan meningkat kebolehcapaian kepada sumber modal; dan vi.
Menggalak penyertaan awam yang lebih luas dalam entiti yang
diswastakan melalui penyenaraian awam. PROSPEK 2001 2005
3.3
3.3.1 Pengukuhan dan Perluasan Proses Penswastaan
i.Mengenalpasti dan melaksanakan projek. Dalam tempoh Rancangan,
Kerajaan akan terus mengenal pasti projek yang akan menghasilkan
kesan pengganda dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam bidang
seperti pengangkutan, pembinaan dan utiliti. Untuk mencapai tujuan
ini, Pelan Tindakan Penswastaan yang merupakan pelan dwitahunan
boleh dipinda, sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Induk
Penswastaan, akan dikaji dan dirangka semula. Pertimbangan ke atas
projek yang akan diswasta akan mengambil kira keutamaan nasional
sebagaimana yang ditetapkan dalam Dasar Wawasan Negara (DWN).
Pemilihan akan terus dibuat berdasarkan kriteria tertentu yang
telah disediakan seperti ketekalan dengan strategi sektor,
kelebihan sektor swasta berbanding dengan sektor awam dalam
menyediakan perkhidmatan dari segi kecekapan dan kualiti serta daya
maju dan daya tahan projek dalam jangka panjang. Bagi memastikan
penswastaan terus menjadi penggerak dalam mempercepatkan lagi
pertumbuhan ekonomi, projek utama yang telah diluluskan dalam
tempoh RMKe-7 seperti ditunjukkan dalam Jadual 3-1 akan
dilaksana.
Jadual 3-1 ENTITI /PROJEK UTAMA PENSWASTAAN YANG DILULUSKAN
SECARA PRINSIP
8|Page
ENTITI PROJEK Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) Lebuhraya
Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) Lebuhraya Jelutong
(JEWay) Lebuhraya Senai Johor Perdana Desaru Pembinaan Kompleks
Logistik dan Kuarters Untuk Polis Diraja Malaysia di Shah Alam
Pintu Masuk Antarabangsa Selatan (SIG) Pengurusan Stesen Sentral
Kuala Lumpur Perkhidmatan Pemeriksaan Berkanun Jabatan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan
ii.
Memperkukuh
proses
pelaksanaan.
Usaha
akan
terus
diambil
bagi
memperkemaskan prosedur di pelbagai peringkat pelaksanaan. Dalam
hubungan ini, di peringkat prapenswastaan, penilaian yang lebih
teliti akan dibuat bagi memastikan syarikat mempunyai kepakaran
pengurusan dan kemampuan modal untuk melaksanakan projek yang
dicadangkan. Di samping itu, proses penilaian juga meliputi
perlantikan perunding dan juruaudit bebas serta mengambil kira
pendapat awam melalui kajian soal selidik. Penilaian ini bagi
memastikan penerimaan awam dan daya maju projek. Penekanan kepada
pematuhan semua terma dan syarat perjanjian penswastaan akan
diberikan di peringkat pelaksanaan dan sepanjang tempoh konsesi.
Dalam hubungan ini, agensi pelaksana dan badan kawal selia
dikehendaki memantau dan menguatkuasa peruntukan perjanjian serta
membuat penilaian selepas penswastaan. Bagi projek yang melibatkan
perkongsian sumber atau projek di bawah bidang kuasa Kerajaan
Negeri, kerjasama yang lebih erat antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri akan dipertingkatkan bagi mempercepatkan
pelaksanaan projek dan penetapan caj. iii. Mencapai objektif
sosial. Melalui penswastaan, pengguna akan menikmati kualiti
perkhidmatan yang lebih baik kerana entiti yang diswasta akan
menggunakan9|Page
peralatan baru dan moden. Walaupun prinsip pengguna-bayar
menggambarkan kos ekonomi dalam menyediakan perkhidmatan berkenaan,
prinsip ini tidak akan dijadikan panduan utama dalam menentukan
kadar tarif dan caj. Kerajaan akan terus mengawal penetapan dan
kajian semula tarif untuk memastikan orang ramai menikmati
perkhidmatan pada kadar yang berpatutan.
Dalam pada itu, Kerajaan akan terus memberi sokongan kepada
projek penswastaan yang memerlukan perbelanjaan modal yang besar
dan mempunyai impak sosial yang meluas bagi memastikan daya maju
projek. Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad akan
juga membantu Syarikat Projek Infrastruktur yang diswasta bagi
mendapatkan pinjaman dengan terma yang lebih baik untuk membiayai
projek yang memerlukan pelaburan modal yang besar.
iv.
Pengukuhan Rangka Kerja Kawal Selia Penubuhan badan kawal selia
bagi sektor berkaitan akan dipercepat dan diperkukuhkan melalui
sokongan perundangan dan peningkatan keupayaan. Ini bagi
membolehkan badan tersebut membuat pemantauan dan penilaian yang
berterusan ke atas entiti yang diswastakan bagi melindungi
kepentingan awam dan memastikan pembangunan sektor yang kukuh.
Kajian semula ke atas badan kawal selia sedia ada bagi sektor
seperti pendidikan dan kesihatan akan dilaksanakan untuk distruktur
semula sebagai badan kawal selia berasaskan sektor dan
meningkatkan
keberkesanannya.
Langkah ini bertujuan memastikan kepentingan awam dilindungi
secukupnya dan tanggungjawab sosial dipenuhi. Dalam jangka panjang
badan kawal selia ini dijangka akan mempunyai sumber kewangan
sendiri bagi membolehkan mereka menjadi badan yang berautonomi.
3.3.2 Pengukuhan Penyertaan Bumiputera
10 | P a g e
Kerajaan akan terus menggalak dan mengekalkan penyertaan
Bumiputera dalam program penswastaan dengan memberi penekanan yang
lebih kepada kaedah MBO dalam penswastaan entiti Kerajaan. Selain
daripada itu, kerjasama dengan pelabur institusi dan badan korporat
yang utama akan digalak bagi membolehkan pencadang MBO memenuhi
keperluan pembiayaan serta menambah modal.
Pelbagai langkah bagi mengekal dan melindungi kepentingan
Bumiputera selepas penswastaan akan terus dilaksanakan. Sekatan ke
atas penjualan saham selama tiga tahun yang dikenakan ke atas
struktur ekuiti entiti yang diswastakan akan diperketatkan lagi.
Cadangan untuk mengubah struktur ekuiti pemegang saham dalam entiti
yang diswastakan memerlukan kelulusan Kerajaan terlebih dahulu.
Bagi projek yang tidak mempunyai tempoh konsesi tertentu seperti
pembangunan tanah, sekatan tersebut dikenakan bagi keseluruhan
tempoh pembinaan sehingga projek disiapkan. Bagi mencegah penjualan
berterusan kepentingan Bumiputera, keutamaan akan diberikan kepada
agensi amanah atau usahawan Bumiputera yang lain untuk membeli
saham tersebut.
Program vendor akan terus dilaksanakan dalam tempoh Rancangan.
Usaha akan dipergiatkan lagi untuk meningkatkan kerjasama antara
entiti penswastaan yang besar dengan usahawan kecil dan sederhana
di kalangan Bumiputera bagi menyediakan peluang untuk turut serta
dalam entiti yang diswastakan. Bagi mencapai tujuan ini, pencadang
projek digalak mengenal pasti dan mengambil kira program latihan,
peluang pasaran dan pemindahan teknologi dalam cadangan mereka. (
lihat jadual 3-4)
3.3.3 Penggalakan Penyertaan Awam Yang Meluas Dalam Pasaran
Modal Entiti Kerajaan yang boleh beroperasi secara komersil akan
dikorporat sebelum dipertimbang untuk diswastakan melalui
penyenaraian di BSKL. Entiti yang dikorporat serta berdaya maju
secara komersil digalakkan untuk disenarai di BSKL. Penyenaraian
ini akan membolehkan penyertaan orang awam yang meluas dan
menyediakan sumber dana untuk entiti yang diswastakan. Disamping
itu, bagi membolehkan pekerja memiliki saham dalam syarikat yang
diswastakan, dasar yang memperuntukkan 5.0 hingga 10 peratus saham
semasa diapungkan serta ESOS akan diteruskan. Dasar yang
membenarkan Syarikat Projek Infrastruktur disenarai di11 | P a g
e
BSKL akan diteruskan bagi membolehkan mereka mendapat pembiayaan
daripada pasaran modal. Bagi industri strategik, Kerajaan akan
mengekalkan kawalan ke atas beberapa entiti yang disenarai supaya
kepentingan awam dan negara terus terpelihara. Di samping itu,
syarikat swasta akan digalak mendapatkan sumber dana melalui
sekuriti hutang swasta seperti bon jangka panjang serta bon secara
Islam, waran dan pensekuritian. 3.4 PROSPEK 2006 2010
Dalam tempoh RMKe-9, pelaksanaan program penswastaan akan
diperkemaskan lagi. Penyenggaraan kemudahan akan dimasukkan dalam
perjanjian konsesi projek penswastaan infrastruktur yang diluluskan
dalam tempoh Rancangan. Kaedah PFI akan diperkenalkan dalam
pelaksanaan projek penswastaan dengan spesifikasi output dan
petunjuk prestasi utama (KPl) ditetapkan dengan jelas. Prestasi
entity yang diswastakan akan dinilai dan diaudit secara berkala
untuk memastikan projek tersebut mencapai piawai yang ditetapkan
dan mematuhi KPl. Strategi penswastaan dalam tempoh Rancangan
adalah seperti berikut:
i.
Memperkukuhkan prosedur kelulusan. Usaha akan terus dilaksana
bagi memperkukuhkan prosedur kelulusan, termasuk mengkaji semula
amalan dan keperluan semasa,
memperkukuhkan.rangka kerja perundangan dan prosedur pentadbiran
serta menambah baik format yang seragam bagi terma dan syarat
perjanjian penswastaan untuk melindungi kepentingan awam dan
negara. Pemilihan syarikat konsesi akan melalui proses pembidaan
dan projek yang di laksanakan akan didayausahakan oleh Kerajaan,
berdasarkan keutamaan dan strategi negara untuk memastikan kesan
pengganda yang lebih besar serta meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Di samping itu, syarikat konsesi yang berpotensi akan dinilai dari
segi kemampuan u ntuk melaksanakan projek dan menyediakan
kemampanan. perkhidmatan berdasarkan kecekapan, kualiti serta
12 | P a g e
ii.
Memberi penekanan ke atas piawai prestasi. Langkah untuk
menambah baik program penswastaan bagi meningkatkan kecekapan serta
manfaat operasi dan kewangan akan merangkumi perincian spesifikasi
output yang jelas untuk perkhidmatannya yang akan disediakan. Suatu
sistem penyampaian berdasarkan prestasi akan dibangunkan untuk
memastikan perkhidmatan disediakan mengikut piawai prestasi yang
ditetapkan oleh Kerajaan.KPI akan diwajibkan dalam semua projek
penswastaan bagi memastikan syarikat konsesi melaksanakan
tanggungjawab mereka dengan berkesan. Sehubungan ini, caj dan
semakan tarif akan tertakluk kepada sistem ganjaran dan denda, di
mana bayaran untuk
perkhidmatan akan dikaitkan kepada prestasi dengan mengenakan
potongan sekiranya tahap perkhidmatan akan dikaitkan kepada
prestasi dengan
mengenakan potongan sekiranya tahap perkhidmatan tidak dicapai.
Oleh itu, sistem ini akan menjadi insentif kepada syarikat konsesi
untuk menyediakan perkhidmatan yang memenuhi piawai yang ditetapkan
sepanjang tempoh projek bagi memastikan syarikat konsesi mendapat
balik sepenuhnya perbelanjaan modal.
iii.
Meningkatkan penyertaan Bumiputera Penswastaaan akan terus d
iguna sebagai kaedah untuk memenuhi objektif meningkatkan pemilikan
ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat. Bagi tujuan ini, keperluan
untuk memperuntukkan sekurang kurangnya 30 peratus ekuiti usahawan
Bumiputera dalam entity yang diswastakan akan terus dikuatkuasakan.
Selain daripada sekatan keatas penjualan saham selama tiga tahun
bagi perubahan struktur pegangan saham dan pemegang saham, prosedur
yang ketat akan terus diguna pakai dalam pemilihan usahawan
Bumiputera untuk mengelak penyusutan kepentingan Bumiputera dalam
syarikat yang diswastakan.
13 | P a g e
3.5 Carta / Jadual Dalam tempoh Rancangan, 35 projek telah
diluluskan untuk pelaksanaan, yang mana 10 daripadanyamerupakan
entity perkhidmatan sedia ada serta25 projek baru. Daripada jumlah
tersebut,15 adalah dalam sektor pembinaan dan lapan projek dalam
sektor elektrik gas dan air. P roiek projek yang telah siap
termasuk LebuhrayaBaru Pantai (NPE) Jalan Lingkaran Luar
Kajang(SILK) Lebuhraya Shah Alam - Kuang (Guthrie Corridor) dan
Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) Pakej C. Antara
projek yang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan termasuklah Jalan
Lingkaran Luar Butterworth, Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya,
Lebuhraya Duta Ulu Klang ( DUKE) dan Lebuhraya Senai Desaru Pasir
Gudang.
Jadual 3-1 BILANGAN PROJEK YANG DISWASTAKAN MENGIKUT SEKTOR DAN
KAEDAH, 2001-2005
Kaedah Penswastaan ( Bilangan Projek ) Sektor PEK Pertanian
&Perhutanan Pembinaan Elektrik, Gas & air
Pengangkutan,Penyimpanan & Komunikasi Perkhidmatan Kerajaan
Perkhidmatan lain Jumlah 0 0 1 0 1 6 0 0 2 1 0 1 0 0 5 0 0 10 0 0 3
0 0 1 1 5 6 2 6 35 5.7 17.1 100.0 1 0 0 0 BKP 1 3 1 0 BPP PEA 0 2 0
0 0 0 0 0 BKM PET 0 0 5 0 0 10 0 0 P 0 0 2 1 PA 0 0 0 1 KP 0 0 0 0
% daripada Jumlah jumlah 2 15 8 2 5.7 42.9 22.9 5.7
Sumber : Unit Perancang Ekonomi nota : PEK = Penjualan Ekuiti
BKP = Bina Kendali Pindah PET = Pembangunan Tanah P =
Penyenaraian14 | P a g e
BPP = Bina Pajak Pindah PEA = PEnjualan Aset BKM = Bina Kendali
- Milik
PA =Pajakan Aset KP = Kontrak Pengurusan
Jadual 3-2 PELAKSANAAN PROJEK PENSWASTAAN JALAN RAYA 2001
2005
Projek Telah Siap Lebuhraya Baru Pantai Lingkaran Luar Kajang
(SILK) Lebuhraya Shah Alam ( Guthrie Corridor) Skim Penyuraian
Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) Pakej C Jumlah Kecil Dalam
Pembinaan Pengurusan Tebatan Banjir dan Terowong Jalan (SMART)
Lingkaran Luar Butterworth Lebuhraya Kuala Lumpur Putrajaya
Lebuhraya Duta Ulu Klang Lebuhraya Senai Desaru Pasir Gudang Jumlah
Kecil Dalam Rundingan Lingkaran Luar Pulau Pinang
Jarak (km)
Kos (RM juta)
19.7 37.1 25.0 6.0
1,099.3 1,189.0 785.0 420.6
87.8
3,493.9
6.0
588.0
19.0 26.0 18.0 77.2 146.2
327.0 1,697.3 1,166.3 1,675.2 5,453.8
17.0
1,057.0
15 | P a g e
Lebuhraya Kajang Seremban Lebuhraya Pantai Barat Lebuhraya Kuala
Lumour Kuala Selangor Lebuhraya Kemuning Shah Alam Lebuhraya Lembah
Klang Selatan Hubungan Penyuraian Timur (EDL) Jumlah Kecil
40.0 215.2 33.1 14.7 42.0 8.5 370.5
1,280.0 3,015.0 750.7 553.1 1,470.7 888.0 9,014.5
JUMLAH 3.5 Manfaat Penswastaan
604.5
17,962.2
i.
Kecekapan dan Produktiviti. Petunjuk prestasi bagi entitiy ang
diswastakan terus mencatat peningkatan dalam tempoh Rancangan.
Peningkatan ini adalah hasil daripada penggunaan sumber yang lebih
baik, perhatian yang lebih mendalam kepada permintaan pengguna
perubahan teknologi dan kos pengeluaran yang lebih rendah.
Penswastaan juga dapat mempercepatkan penyediaan kemudahan seperti
pembangunan pejabat Kerajaan Persekutuan di Putrajaya melalui
kaedah bina pajak pindah.
ii.
Manfaat kepada Orang Awam. Pembinaan lebuh raya bertol
menyumbang kepada keselesaan dan keselamatan Pengguna jalanraya.
Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 1 6 projek penswastaan lebuh raya
telah dilaksanakan u ntuk membina tambahan 6 04.5 kilometer
rangkaian jalan raya negara. Projek-projek ini melibatkan
perbelanjaan modal sebanyak RM18.0 bilion, dimana empat projek
dengan jarak keseluruhan sepanjang 87.8 kilometer telah disiapkan
manakala projek projek lain masih dalam peringkat pembinaan atau
rundingan.
Penyiapan NPE telah menyediakan jalan alternative Jalan Klang
Lama sementara SILK menawarkan r angkaian jalan yang lebih baik di
antara bahagian selatan dan16 | P a g e
bahagian barat wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. D i sampingi
tu, pembinaan terowong ja lan yang merupakan sebahagian daripada
projek Pengurusan Tebatan Banjir dan Terowong Jalan serta Lebuhraya
Kuala Lumpur Putrajaya telah dilaksanakan untuk meningkat kan lagi
keberkesanan aliran trafik di bahagian selatan daripada Jalan Tun
Razak ke Lebuhraya Kuala Lumpur Seremban. Kebanyakan projek jalan
raya ini telah dilaksanakan melalui kaedah bina kendali pindah yang
mana pihak swasta akan membina, mengendali dan menyenggara
kemudahan tersebut dengan pembiayaan sendiri dan sebagai
balasan, mengutip tol daripada pengguna jalanraya sepanjang tempoh
konsesi. Pada akhir tempoh konsesi, kemudahan tersebut akan
dipindahkan kepada Kerajaan tanpa sebarang kos. Dalam tempoh
Rancangan jalan bertol iaitu Jalan Kuching, Jalan Pahang dan Jalan
Cheras telah diserahkan kepada Kerajaan dan pengenaan tol telah
dimansuhkan.
Penswastaan perkhidmatan bekalan air di Selangor telah
dilaksanakan untuk memenuhi keperluan perbelanjaan modal yang
tinggi dalam pembinaan empangan baru, kawasan tadahan air dan loji
rawatan air serta menggantikan paip lama untuk memenuhi
peningkatkan permintaan bagi air dirawat. Sehubungan ini, sejumlah
RM3.4bilion perbelanjaan modal telah diperuntukkan untuk modal
kerja.
Pengurusan dan operasi stesen KL Sentral telah diswastakan bagi
menambah baik perkhidmatan dan kemudahan pertukaran penumpang.
Stesen tersebut telah dikhaskan sebagai sebuah terminal bandar dan
gerbang antarabangsa bagi menyediakan perkhidmatan kepada beberapa
pengendali rel seperti K eretapiTanah Melayu Berhad, Projek
Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn. Bhd' (PUTRA) dan HubunganK
eretaA pi Express( ERL) dan akhirnya menghubungkannya dengan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
iii.
Manfaat kepada Keraiaan.
17 | P a g e
Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan terus mendapat manfaat daripada
program penswastaan dalam bentuk penjimatan perbelanjaan modal
berjumlah RM28.6 bilion, yang mana 8 1.5 peratus adalah daripada
sektor elektrik, gas dan air,di ikuti oleh sektor pembinaan
sebanyak RM 3.7 bilion atau 12.8 peratus. Selain daripada
penyediaan kemudahan dengan lebih awal, penjimatan dana awam
membolehkan Kerajaan mengagihkan semula sumber yang terhad kepada
sektor ekonomi lain.
Pelaksanaan
program
penswastaan
telah
diperkukuhkan
lagi
dengan
memperkenalkan format perjanjian penswastaan yang seragam dan
rundingan semula beberapa perjanjian konsesi secara persetuiuan dan
bersama untuk memperbaiki terma syarat perjanjian. Dalam tempoh
Rancangan, Kerajaan telah mengambil alih projek penswastaan yang
strategik tetapi telah ter jejas akibat kelembapan ekonomi .
Pengambilalihan ini termasuk operasi dan pengurusan perkhidmatan
rel transit ringan dikendalikan oleh Sistem Transit Aliran Ringan
Sdn. Bhd.( STAR) dan PUTRA. Langkah ini
membolehkan orang awam terus menikmati perkhidmatan pengangkutan
yang tidak terganggu.
Jadual 3-3 PEROLEHAN, PENJIMATAN DAN PENGURANGAN ANGGOTA DALAM
SEKTOR AWAM, 1983 2005 Perkara Perolehan ( RM juta ) Penjualan Aset
Penjualan Ekuiti Penjimatan (RM juta ) Perbelanjaan Modal
Perbelanjaan Mengurus 28,603.9 126.9 153,960.8 7,747.1 21.7 40.5
1,536.5 4,940.2 2001 2005 1983 2005
Bilangan Anggota Sektor Awam Yang Dipindahkan
6,249
113,220
18 | P a g e
Sumber : Unit Perancang Ekonomi Nota : berdasarkan kepada
anggaran kos projek 3.6 Pemilikan dan Penguasaan Ekuiti. Dasar yang
mensyaratkan penyertaan sekurang kurangnya 30 peratus ekuiti
usahawan Bumiputera dalam projek penswastaan terus dilaksanakan
dengan lebih ketat. Berdasarkan keseluruhan pemilikan ekuiti bagi
35 syarikat yang telah dilulus untuk melaksanakan projek
penswastaan dalm tempoh Rancangan, Bumiputera telah menguasai
kepentingan dalam 24 syarikat. Walaubagaimanapun, dari segi nilai
tara saham, Bumiputera memiliki hanya 17.2 peratus ekuiti, seperti
ditunjukkan dalam jadual 3-4 dibawah. Kedudukan ini adalah
sebahagian besar disebabkan tahap modal berbayar yang lebih tinggi
dipegang oleh kerajaan dalam sebilangan syarikat tersebut. Jadual
3-4 PEMILIKAN EKUITI ENTITI YANG DISWASTAKAN SEMASA PENSWASTAAN,
2001 2005
Nilai Tara Pemilikan Ekuiti Kerajaan Bumiputera Bukan Bumiputera
Asing RM juta 309.3 71.3 21.4 12.1 % daripada jumlah 74.7 17.2 5.2
2.9
Jumlah
414.1 Sumber : Unit Perancang Ekonomi
100.0
nota : berdasarkan 35 projek yang diluluskan dalam tempoh
ini.
4.0
Dapatan kajian
i.
Permasalahan yang timbul sehingga mendorong dasar itu
digubal.
19 | P a g e
Dasar penswastaan ini pertama kali diumumkan sebagai dasar
negara oleh Kerajaan pada tahun 1983. Ia melambangkan pendekatan
baru dalam dasar pembangunan negara dan ia melengkapkan dasar
negara yang lain seperti dasar Penswastaan Malaysia, yang
dibangunkan untuk memberi penekanan ke atas pertambahan peranans
ektor swasta di dalam pembangunan ekonomi Malaysia. Pendekatan ini
ialah untuk memudahkan perkembangan ekononomi negara, mengurangkan
beban kewangan dan pentadbiran
Kerajaan, mengurangkan campur tangan Kerajaan di dalam ekonomi,
merendahkan tahap dan skop perbelanjaan awam dan membenarkan kuasa
pasaran untuk menentukan aktiviti ekonomi dan
memperbaikikeberkesanan dan produktiviti sejajar dengan Dasar
Pembangunan Negara.Dengan melaksanakan dasar penswastaan, kerajaan
telah memindahkan kuasa, kepentingan dan pelaburan-pelaburan
tertentu kepada sektor swasta. Dasar penswastaan inisebenarnya
adalah bertentangan dengan dasar pemiliknegaraan. Dengan
menswastakan perkhidmatan-perkhidmatantertentu, kerajaan
beranggapan bahawa ia dapat meningkatkankeberkesanan dan kecekapan
sektor-sektor tersebut. Dasar penswastaan yang dilancarkan di
Malaysia mempunyai lima matlamat utama iaitu mengurangkan beban
kewangan kerajaan, meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja
yangbermutu, menggalakkan pertumbuhan ekonomi, pengagihan sumber
yang lebih cekap serta empercepatkan pencapaian matlamat DEB iaitu
membantu mewujudkan usahawan Bumiputera. Sektor awam bukan sahaja
terlibat dalam menyediakan dasar utama dan
menentukan arah dan penyediaan perkhidmatan tetapi juga terlibat
secaraaktif dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di Malaysia.
Saiz sektor awamtelah berkembang dengan begitu pesat sekali dalam
10 tahun yang lalu.Perbelanjaan sektor awam telah meningkat dengan
begitu besar sekali dari 28% pada tahun 1975 kepada 36 % pada tahun
1982 dan ini merupakan satu bebankewangan yang besar untuk
ditanggung oleh kerajaan. Keadaan ekonomi meleset juga menjadi
faktor-faktor utama yang membawakepada dasar penswastaan ini
diperkenalkan. 4.1.2 Alasan-alasan ke Arah Penswastaan Kelemahan
kerajaan Beban dan tanggungjawab yang berlebihan
20 | P a g e
Pentadbiran dan pengurusan yang lambat Rasuah dan penyelewengan
Tidak berdisiplin Campur tangan politik
Krisis kewangan Hutang meningkat Perbelanjaan meningkat
pendapatan kurang Kemelesetan ekonomi
Kebajikan rakyat Perkhidmatan tidak berkualiti Pelaksanaan dasar
dan masalah masalah pelaksanaan
4.1.2
Dalam melaksanakan dasar ini, kerajaan telah mengeluarkan
kenyataan dari masa ke semasa untuk menerangkan kepada orang awam
tujuan dan kandungan dasar dan juga untuk memastikan orang awam
dimaklumkan. Untuk memastikan usaha penswastaan disalurkan kepada
bahagian keutamaan yang bersesuaian untuk mengoptimumkanimpak
perlaksanaan dasar dalam bentuk pencapaian objektif-objektif dasar,
Kerajaan telah menerbitkan Pelan Induk Penswastaan Malaysia (PMP)
pada tahun 1991 diikuti dengan Garis Panduan Penswastaan. Pelan
Induk menerangkan perlaksanaan dasar dan juga pencapaian kemajuan
dan mengemukakan arah masa depan program itu. Garis Panduan
Penswastaan menerangkan secara terperinci, di antara butir-butir
lain, objektif dasar, kaedah yangdigunakan dan jentera
perlaksanaannya. Beberapa kemajuan telah dihasilkan semenjak dasar
itu pertama kali diumumkan. Beberapa perubahan penting telah
diperkenalkan oleh Kerajaan termasuk pindaan pelbagai undang-undang
bagi membolehkan penswastaan berlaku dan memulakan kajian untuk
membantu melakarkan Pelan Induk penswastaan. Cara-cara perlaksanaan
dasar penswastaan di negara kita melalui: i. Penswastaan secara
sebahagian :
21 | P a g e
Melalui cara ini sebahagian sahaja hak milik kerajaan
dipindahkan kepada sektor awam. Contoh : Sykt Airod Sdn Bhd. ii.
Penswastaan secara terpilih : Melalui cara ini hanya sebahagian
sahaja daripada perkhidmatan yang terpilih diswastakan. Contohnya :
Dermaga Kontena Pelabuhan Kelang iii. Penswastaan bercorak
perniagaan : Walaupun sebahagian besar hak milik kerajaan
diswastakan, tetapi sebahagiannya masih dipegang oleh pihak
kerajaan. iv. Penswastaan Secara kontrak : Melalui cara ini
penswastaan dibuat secara kontrak dan biasanya dalam tempoh
tertentu. Ia melibatkan pengeluaran tender oleh pihak yang
berkuasa. Contoh : Penswastaan kerja-kerja pembakaran sampah oleh
DBKL.
v.
Penswastaan Secara Pajakan : Melalui cara ini hak milik tertentu
akan dipajakkan kepada pihak swasta untuk diuruskan. Ia melibatkan
pengeluaran tender oleh pihak yang berkuasa, misalnya
kerajaan-kerajaan tempatan. Contoh : Penswastaan tempat meletak
kereta.
Namun begitu penswastaan telah memberi masalah kepada rakyat.
Ini kerana sebagai entiti swasta, motif utama mereka adalah untuk
mendapatkan keuntungan yang maksimum. Oleh itu yuran atau caj
bayaran yang dikenakan ke atas pengguna adalah lebih tinggi
berbanding yang dikenakan oleh kerajaan. Sering kali alasan, bahawa
untuk mendapatkan perkhidmatan yang cekap dan baik rakyat harus
bersedia untuk membayar lebih. Namun sering berlaku kecekapan yang
diharapkan tidak menjadi kenyataan. Produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan kadang kala mempunyai kualiti dan mutu yang lebih rendah
daripada yang ditawarkan oleh kerajaan dulu. Contoh penswastaan
yang gagal sama sekali adalah sistem transit aliran ringan (STAR),
Putra and Intrakota (kini rapidKL) yang ketiga-tiganya diambil alih
oleh kerajaan dan diletak di bawah syarikat prasarana negara. Kos
yang dibelanjakan oleh kerajaan adalah untuk ambil alih lebih
tinggi berbanding kalau kerajaan mengusahakannya dari awal
lagi.
22 | P a g e
Begitu juga dengan Penerbangan Malaysia (MAS) yang diambil balik
oleh kerajaan daripada Tan Sri Tajuddin Ramli dengan harga yang
sekali ganda daripada harga pasaran. Kerajaan terpaksa
membelanjakan RM11 billion untuk memngambilalih projek-projek
swasta yang gagal. Kemudian dilihat pula dalam sektor lebuhraya di
mana pihak swasta telah mengambilalih tugas untuk membina jalanraya
atau lebuhraya daripada kerajaan. Bagi tujuan itu terdapat
perjanjian yang pelik antara kerajaan dan pemegang konsesi di mana
pemegang konsesi boleh menaikkan kadar tol mengikut jadual tertentu
walaupun jumlah penggunaan melebihi sasaran dengan tingginya. Jika
ditahan kenaikan tol, maka kerajaan terpaksa bayar balik pampasan
kepada pemegang konsesi. Dalam kes lebuhraya Seremban Port Dickson,
pihak kerajaan terpaksa membayar gantirugi kepada pemegang konsesi
apabila ramai pengguna tidak mahu menggunakan lebuhraya tersebut.
Akhirnya kerajaan telah ambil - alih lebuhraya tersebut dan
kemudian diserahkan kepada PLUS. Dasar penswastaan memang ada
kebaikan tetapi harus dibuat dalam bidang tertentu sahaja dan TIDAK
dalam perkhidmatan ASAS kepada rakyat seperti pendidikan,
perubatan, bekalan air, elektrik dan pengangkutan awam. Penswastaan
projek terpilih mesti dikalangan perkhidmatan atau produk yang
mempunyai pilihan (saingan) atau pengganti agar rakyat dapat
memilih bersesuaian dengan kemampuan mereka.
5.0
Kekuatan dan Kelemahan Dasar
i.
Kekuatan Dasar Penswastaan Proses penarikan diri oleh kerajaan
daripada penglibatan dalam pengeluaran barangan dan penyediaan
perkhidmatan Pemindahan kepentingan atau pelaburan tertentu
kerajaan kepada swasta Kepentingan bersama- kerajaan dan rakyat
Pengurangan campur tangan kerajaan dalam kegiatan ekonomi Strategi
polisi negara untuk: i.Mengalih kuasa di kalangan pelbagai
institute23 | P a g e
ii.Mengubah kapasiti struktur kerajaan dan tanggungjawab
iii.Penyusunan semula institusi pembuat keputusan Kuasa membuat
keputusan beralih kepada swasta. Berlainan dengan konsep
pemiliknegaraan. Ke arah pemilikan harta sendiri dan pelepasan
harta kerajaan Diperkenalkan oleh Ronald Reagen dan Margaret
Thatcher: Menyokong pasaran bebas Elemen-elemen anti komunis
Contoh: British Petroleum, British Gas, British Telecom 5.2
Kelebihan penswastaan (Pentadbiran) Meningkatkan keberkesanan dan
kecekapan organisasi Mendapatkan sokongan popular Melahirkan
masyarakat sivil dan kelas-kelas pertengahan Mengurangkan campur
tangan kerajaan dalam pentadbiran- pihak swasta membuat keputusan
sendiri Mengurangkan birokrasi Mengurangkan monopoli-galak
persaingan Proses membuat keputusan lebih cepat Lebih berdisiplin
Mengurangkan campur tangan politik (orang yang berkepentingan)
Kelebihan Penswastaan (Ekonomi) Pengurangan perbelanjaan negara
-Organisasi awam- jumlah pekerja ramai -Tidak dapat menjana
pendapatan (memberi perkhidmatan) -Mengecilkan saiz
organisasi-mengurangkan jumlah pekerja -Kerajaan tidak perlu
mengeluarkan belanja untuk membayar gaji dan urus organisasi yang
tidak beri keuntungan24 | P a g e
Meningkatkan pendapatan negara -Cukai-cukai daripada
syarikat-syarikat swasta -Kemasukan pelaburan asing meningkatkan
pendapatan
Meluaskan pemilikan aset-aset ekonomi Membenarkan pemilikan
bersama dilakukan berasaskan kepentingan sesebuah negara
Desentralisasi ekonomi Mengurangkan peranan kerajaan dalam ekonomi
Persaingan lebih kompetitif Pilihan yang lebih banyak untuk
mencapai kepuasan Bayar lebih untuk dapat perkhidmatan monopoli
Menarik pelaburan baru Kelonggaran kepada pelabur-pelabur asing
(undang-undang) Mempercepat pembangunan ekonomi Kombinasi kerajaan
dan swasta- mempercepat pembangunan ekonomi dan fizikal Pemberian
projek-projek kepada swasta Pertukaran teknologi mempercepat
kemajuan (menguntungkan swasta)
Kelebihan Penswastaan (Sosial) Meningkatkan efektif dan
produktiviti Perkembangan teknologi baru memudahkan urusan
Mencerminkan sikap positif pekerja terhadap majikan Mempercepat
projek- lebuhraya dan jalan raya Contoh: pelabuhan di Tanjung Lepas
di Johor disiapkan lebih awal daripada 6 bulan yang ditetapkan.
Pembinaan lebuhraya Damansara-Puchong disiapkan dalam 28 bulan
lebih awal daripada 36 bulan yang ditetapkan. Penggunaan sumber
yang lebih baik Perubahan teknologi dan kos pengeluaran meningkat
Contoh: pembangunan Pejabat Kerajaan Persekutuan Putrajaya
Memperbanyak peluang pekerjaan
25 | P a g e
Menerusi pelbagai projek kerajaan seperti pembinaan,
telekomunikasi, perkhidmatan dan pengangkutan Meningkatkan kualiti
dan maklum balas terhadap aduan pengguna Meningkatkan kualiti
melalui pelaburan terhadap teknologi Bertindak balas dengan cepat
kepada aduan orang ramai Perhatian yang lebih mendalam kepada
permintaan pengguna Kesimpulan
Sektor swasta telah banyak membantu meningkatkan tahap
pengurusan sekaligus mengurangkan beban negara
Selain memberi peluang pekerjaan, sektor swasta juga membantu
meningkatkan pendapatan negara.
Kecekapan dan produktiviti telah menyebabkan sektor swasta ini
menunjukkan prestasi yang cemerlang
Kesimpulannya, perkhidmatan yang ditawarkan oleh sektor swasta
lebih efisien.
Kelemahan Dasar Penswastaan
i.
Aspek Ekonomi Sistem Tender terbuka Amerika mengamalkan sistem
tender terbuka-menggalakkan
persaingan,inovasi,kemasukan teknologi dan kepakaran.
Tidak berlaku di Malaysia-tiada persaingan kerana
syarikat-syarikat yang diberikan hak penswastaan adalah telah
dipilih secara budi bicara-rasuah,hadiah dsb. Utk dpt dan kekalkan
tender
Monopoli
oleh
syarikat-syarikat
besar seperti
TNB,Telekom
Malaysia,Air,dan
sebagainya akan menjadi pemonopoli perkhidmatan-kewangan yang
kukuh.
Dasar utk berikan perkhidmatan terbaik,maka kos operasi akan
meningkat-menaikkan tarif yang membebankan rakyat-kos sara hidup
meningkat.26 | P a g e
Syarikat monopoli-bekalkan perkhidmatan yang baik-bermotifkan
keuntungan,tidak mengambilkira masalah rakyat yang berpendapatan
rendah
Tidak berlaku persaingan,hanya satu syarikat yang
memonopoli-sistem pasaran kapitalis(yang lemah akan terkeluar dari
pasaran).
ii.
Aspek Politik DEB bermatlamat memberi keutamaan kepada
bumiputera dari segi pengagihan sumbersumber ekonomi
kekangan penyertaan orang Melayu dalam bdang perniagaan sebelum
DEB adalah akibat kekurangan rangkaian perniagaan untuk mereka
Menurut Jomo (1989), UMNO merupakan parti yang paling banyak
menikmati faedah dr dasar tersebut.
Contoh:lesen rangkaian televisyen, projek lebuhraya Utara
Selatan Contoh syarikat: United Engineers Malaysia (UEM) &
Fleet Group Aspek Sosial Tiada penawaran tender terbuka. Di
Malaysia lebih mengamalkn konsep 1st come 1st served. Peluang
penswastaan telah dipilih berdasarkan hubungan politik dan
persendirian. Ini secara tidak langsung akan menggalakkan
berlakunya penyelewengan kuasa dan rasuah. Seterusnya sikap dan
integriti seorang pemimpin dipertikaikan.
iii.
Apabila sesuatu penswastaan berlaku, syarikat akan melakukan
rombakan dan pengubahsuaian operasi. Dalam hal ini,
lebihankakitangan akan dibuang bagi membolehkan kos operasi dapat
dikurangkan. Dalam keadaan seperti ini, ia juga menjejaskan kuasa
beli pengguna kerana kehilangan pekerjaan dan pendapatan.
Menyebabkan kebebasan dalam bidang penyiaran dan penerbitan.
Kewujudan televisyen dan radio swasta merancakkan lagi bidang
penyiaran negara dan majalah-majalah hiburan yang telah
mempengaruhi minda masyarakat.
Penswastaan membawa kepada kenaikan kos sara hidupakibat
kenaikan harga barangan dan perkhidmatan atas alasan ekonomi. Maka
ia tidak mampu membasmi kemiskinan malah meningkatkan
pengangguran.
27 | P a g e
Kesimpulan
Kebanyakan perkhidmatan awam adalah monopoli semulajadi (tulen),
di mana harga tidak ditetapkan berdasarkan kriteria keuntungan
semata-mata. Perkhidmatan awam juga disediakan berdasarkan
pertimbangan penting dari segi kebajikan sosial dan sokongan
politik.
Sektor awam boleh diuruskan degan lebih cekap seperti dibuktikan
oleh beberapa negara asing dan negara kita sendiri. Selain itu,
penswastaan belum lagi boleh dibuktikan sbg solusi segala masalah
dalam sektor awam.
Memang tidak dinafikan dasar penswastaan memberikan banyak
manfaat, terutamanya bagi melicinkan tadbir urus negara dan
mengurangkan beban kewangan kerajaan.
Namun, kaedah pelaksanaan dasar penswastaan ini perlulah lebih
mementingkan aspekaspek keperluan individu dan kebajikan rakyat,
berbanding dengan matlamat mementingkan keuntungan semata-mata
6.0 Cadangan anda berhubung dasar itu dan beri alternative
penyelesaian.
Kerajaan perlu terus memperhalus dan menambah baik pelaksanaan
program penswastaan dalam prosedur sedia ada serta diperkemaskan
dan langkah baru diperkenalkan untuk meningkatkan lagi
keberkesanannya. Pertama sekali, Kerajaan perlu mengenalpasti
perkhidmatan-perkhidmatan dan kegiatan-kegiatan pengelasan yang
menunjukkan perkhidmatan-perkhidmatan dan kepentingan-kepentingan
yang sedang disediakan oleh agensi-agensi patut dibuat sebagai
langkah pertama ke arah penswastaan.
Tujuannya ialah untuk menyenaraikan dengan sebarapa terperinci,
perkhidmatan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi berkenaan
termasuk maklumat-maklumat seperti corak tiap-tiap perkhidmatan,
jumlah perbelanjaan yang terlibat ( seperti saiz perbelanjaan
pembangunan dan mengurus ) serta jenis dan bilangan kakitangan yang
terlibat dengan penyediaan perkhidmatan yang berkenaan.
Kedua, Keuntungan dan Penswastaan. Satu lagi kriteria dalam
menswastakan sesuatu perkhidmatan ialah kedudukan daya majunya
serta potensi keuntungan. Pada umumnya,28 | P a g e
adalah dijangka bahawa pihak swasta berminat untuk mengambilalih
perkhidmatanperkhidmatan yang menguntungkan. Walau bagaimanapun,
perkhidmatan-perkhidmatan atau kegiatan-kegiatan yang tidak
menguntungkan ,berdasarkan bentuk dan hakmilik cara pengurusan
sekarang, hendaklah juga dikaji sama ada mempunyai potensi dan
sesuai diswastakan. Ada kemungkinan bahawa pihak swasta menganggap
sesuatu perkhidmatan yang sekarang tidak untung boleh
menguntungkan.
Di samping itu, perkhidmatan yang sudah pun untung boleh lebih
menguntungkan lagi. Perkara ini terpulanglah kepada sektor swasta
untuk membuat penilaian. Sesuatu perkhidmatan atau kegiatan mungkin
berkait rapat dan merupakan sebahagian dari beberapa jenis
perkhidmatan yang lain. Dalam hal ini,penswastaan bahagian
perkhidmatan yang menguntungkan sahaja mungkin akan memberi kesan
kepada prestasi jenis-jenis perkhidmatan yang lain.Kemungkinan
perkara ini berlaku mestilah dikenalpasti dan dinilai seberapa awal
yang boleh bagi memudahkan keputusan mengenai cara penswastaannya
dibuat oleh kerajaan.
Ketiga iaitu Objektif Sosial dan Objektif Keuntungan yang Mxima
dimana satu pertimbangan yang penting memerlukan perhatian ialah
berhubung dengan penyediaan perkhidmatan perkhidmatan atau
kemudahan-kemudahan seperti pelajaran, kesihatan dan
kemudahankemudahan awam. Pemilihan perkhidmatan-perkhidmatan yang
berkenaan dalam bidang-bidang ini , hendaklah dibuat dengan
seberapa lengkap kerana terdapat banyak subsidi Kerajaan.
Matlamat penswastaan dalam hal ini ialah supaya tidak
menggalakkan rakyat bergantung kepada subsidi daripada Kerajaan. Di
samping itu , pihak-pihak berkenaan hendaklah sentiasa sedar bahawa
Kerajaan akan terus bertanggungjawab kepada rakyat dan akan
memastikan perkhidmatan-perkhidmatan asas yang diswastakan tidak
akan menyukarkan pengguna penggunanya. Perkara ini hendaklah
dinyatakan dengan berhati -hati dalam perancangan penswastaan yang
berkenaan.
29 | P a g e
Cadangan -cadangan untuk penswastaan perkhidmatan-perkhidmatan
asas hendaklah mengkaji amplikasinya terhadap kebajikan golongan
yang berpendapatan rendah. Perhatian hendaklah diberi kepada soal
sama ada perkhidmatan baru yang diberikan adalah mencukupi
disamping kemungkinan berlakunya perubahan harga bagi perkhidmatan
berkenaan berikutan dari penswastaan. Tujuannya ialah untuk
memastikan bahawa kebajikan golongan yang berpendapatan rendah
tidak akan terjejas dengan langkah menswastakan perkhidmatan
berkenaan.
7.0 Kesimpulan Kebimbangan-kebimbangan terhadap Dasar
Penswastaan timbul kerana akan berlakunya beberapa pemindahan
hakmilik 'national monopoly' yang sepatutnya dikendalikan oleh
sektor awam kepada syarikat swasta. Pemindahan itu dikhuatiri
boleh menyebabkan kenaikan kos, harga dan agihan pendapatan yang
tidak serata disebabkan oleh pemonopolian tersebut.
Walaubagaimanapun, jika dasar ini dikaji secara mendalam dan
dipraktikkan secara sempurna selepas mengambil kira kemungkinan
penyalahangunaan kuasa monopoli di atas, ianya
akan dapat menyediakan satu perkhidmatan yang lebih cekap, cepat
dan murah pada pengguna-penggunanya, yang mana secara tidak
langsung akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
negara. Kerajaan perlu terus memperhalus dan menambah baik
pelaksanaan program penswastaan
dalam prosedur sedia ada serta diperkemaskan dan langkah baru
diperkenalkan untuk meningkatkan lagi keberkesanannya. Pertama dan
sekali, Kerajaan pengelasan perlu yang mengenalpasti
menunjukkan
perkhidmatan-perkhidmatan
kegiatan-kegiatan
30 | P a g e
perkhidmatan-perkhidmatan dan kepentingan-kepentingan yang
sedang disediakan oleh agensiagensi patut dibuat sebagai langkah
pertama ke arah penswastaan. Tujuannya ialah untuk menyenaraikan
dengan sebarapa terperinci, perkhidmatan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh agensi berkenaan termasuk maklumat-maklumat seperti
corak tiap-tiap perkhidmatan, jumlah perbelanjaan yang terlibat (
seperti saiz perbelanjaan pembangunan dan mengurus ) serta jenis
dan bilangan kakitangan yang terlibat dengan penyediaan
perkhidmatan yang berkenaan. Kedua, Keuntungan dan Penswastaan.
Satu lagi kriteria dalam menswastakan sesuatu perkhidmatan ialah
kedudukan daya majunya serta potensi keuntungan. Pada umumnya,
adalah dijangka bahawa pihak swasta berminat untuk mengambilalih
perkhidmatan-perkhidmatan yang menguntungkan. Walau bagaimanapun,
perkhidmatan-perkhidmatan atau kegiatan-kegiatan yang tidak
menguntungkan ,berdasarkan bentuk dan hakmilik cara pengurusan
sekarang, hendaklah juga dikaji sama ada mempunyai potensi dan
sesuai diswastakan. Ada kemungkinan bahawa pihak swasta menganggap
sesuatu perkhidmatan yang sekarang tidak untung boleh
menguntungkan. Di samping itu, perkhidmatan yang sudah pun untung
boleh lebih menguntungkan lagi. Perkara ini terpulanglah kepada
sektor swasta untuk membuat penilaian. Sesuatu perkhidmatan atau
kegiatan mungkin berkait rapat dan merupakan sebahagian dari
beberapa jenis perkhidmatan yang lain. Dalam hal ini,penswastaan
bahagian perkhidmatan yang menguntungkan sahaja mungkin akan
memberi kesan kepada prestasi jenis-jenis perkhidmatan yang
lain.Kemungkinan perkara ini berlaku mestilah dikenalpasti dan
dinilai seberapa awal yang boleh bagi memudahkan keputusan mengenai
cara penswastaannya dibuat oleh kerajaan. Ketiga iaitu Objektif
Sosial dan Objektif Keuntungan yang Mxima dimana satu pertimbangan
yang penting memerlukan perhatian ialah berhubung dengan penyediaan
perkhidmatan perkhidmatan atau kemudahan-kemudahan seperti
pelajaran, kesihatan dan
kemudahankemudahan awam. Pemilihan perkhidmatan-perkhidmatan
yang berkenaan dalam bidang-bidang ini , hendaklah dibuat dengan
seberapa lengkap kerana terdapat banyak subsidi Kerajaan.
31 | P a g e
Matlamat penswastaan dalam hal ini ialah supaya tidak
menggalakkan rakyat bergantung kepada subsidi daripada Kerajaan. Di
samping itu , pihak-pihak berkenaan hendaklah sentiasa sedar bahawa
Kerajaan akan terus bertanggungjawab kepada rakyat dan akan
memastikan perkhidmatan-perkhidmatan asas yang diswastakan tidak
akan menyukarkan pengguna penggunanya. Perkara ini hendaklah
dinyatakan dengan berhati -hati dalam perancangan penswastaan yang
berkenaan. BIBLIOGRAFI : 1. Rancangan Malaysia Kesembilan
(2006-2010). MALAYSIA.Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri.
2. DASAR PENSWASTAAN Pautan :
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/300-dasardasar-ekonomi/1377-dasar-penswastaan-negara.html
3. Portal Rasmi Unit Perancang Ekonomi : Dasar Penswastaan
Pautan :
http://www.epu.gov.my/privatizationpolicy?p_p_id=56_INSTANCE_SyuX&p_p
_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column4&p_p_col_count=1&page=1
4. Utusan Malaysia 06 April 2001 : Dasar Penswastaan kekal untuk
tingkat ekuiti bumiputera. Pautan :
http://skypin.tripod.com/ekon/ekon75.html
5. Politik Dan Dasar Awam Malaysia. AHMAD (Hons). M'sia, M.P.
Adm. (Pernn. State), USA.
ATORY
HUSSAIN B.A.
32 | P a g e