1 DSAA @ HA Lwn SMN [Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Permohonan No.: 10400-099- 0285-2017 (Y.A Tuan Abdul Shukor bin Abd Hamid, HMTS)] [15 Rabiulawal 1439H bersamaan 4 Disember 2017M] Undang-Undang Tatacara Mal - Permohonan membatalkan Surat Asal Dari Daftar Perkahwinan Luar Negara bertarikh 03.02.2015 yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Sabah – Seksyen 244 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Undang-Undang Tatacara Mal – Sama ada Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor Berbidangkuasa Untuk Mendengar dan Memutuskan Permohonan Bagi Mendaftarkan Pernikahan Yang Sama di Negeri Selangor - Ketakpatuhan - Seksyen 5 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Undang-Undang Tatacara Mal - Permohonan Mendapatkan Sijil Perakuan Nikah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor - Seksyen 244 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Undang-Undang Keterangan – Sama ada Surat Asal Dari Daftar Perkahwinan Luar Negara Yang Telah disahkan oleh di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah Wajar diberi Pengiktirafan Kehakiman - Seksyen 44 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Undang-Undang Keluarga - Bidang Kuasa Memperbetulkan Butiran di dalam Surat Asal Dari Daftar Perkahwinan Luar Negara Yang Telah disahkan oleh di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah - Seksyen 42 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Sabah) 1992.
27
Embed
DSAA @ HA Lwn SMN - jakess.gov.myHA v SMN.pdf · Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’ (edit.). Cetakan Kedua. Dimashq: Dar al-Qalam. 8. Dr Wahbah al-Zuhaily. 1409H/1989M.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
DSAA @ HA Lwn SMN
[Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Permohonan No.: 10400-099-
0285-2017 (Y.A Tuan Abdul Shukor bin Abd Hamid, HMTS)]
[15 Rabiulawal 1439H bersamaan 4 Disember 2017M]
Undang-Undang Tatacara Mal - Permohonan membatalkan Surat Asal Dari Daftar
Perkahwinan Luar Negara bertarikh 03.02.2015 yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar
Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Sabah – Seksyen 244
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Undang-Undang Tatacara Mal – Sama ada Mahkamah Tinggi Syariah Negeri
Selangor Berbidangkuasa Untuk Mendengar dan Memutuskan Permohonan Bagi
Mendaftarkan Pernikahan Yang Sama di Negeri Selangor - Ketakpatuhan - Seksyen 5
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Undang-Undang Tatacara Mal - Permohonan Mendapatkan Sijil Perakuan Nikah
dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor - Seksyen 244 Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Undang-Undang Keterangan – Sama ada Surat Asal Dari Daftar Perkahwinan Luar
Negara Yang Telah disahkan oleh di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah Wajar
diberi Pengiktirafan Kehakiman - Seksyen 44 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah
(Negeri Selangor) 2003.
Undang-Undang Keluarga - Bidang Kuasa Memperbetulkan Butiran di dalam Surat
Asal Dari Daftar Perkahwinan Luar Negara Yang Telah disahkan oleh di Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Sabah - Seksyen 42 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(Sabah) 1992.
2
FAKTA KES
[1] Ini adalah permohonan bantahan awal Pemohon yang merupakan Responden di
dalam kes Permohonan Daftar Pernikahan, Permohonan No.: 10400-012-0188-
2017 yang difailkan oleh Responden (Pemohon di dalam kes Permohonan Daftar
Pernikahan) bagi mendapatkan perintah untuk mendaftar pernikahan poligami di
antara Responden dan Pemohon yang berlangsung pada 3.9.2013. Selain
daripada itu, Responden di dalam kes induk Permohonan Daftar Pernikahan
turut memohon deklarasi dari Mahkamah ini mengenai butir-butiran pernikahan
yang sebenar agar pihak Jabatan Agama Islam Selangor mengeluarkan satu Sijil
Perakuan Nikah kepada Responden. Ini kerana terdapat kecacatan mengenai
butiran pernikahan Pemohon dan Responden di dalam Surat Asal Dari Daftar
Perkahwinan Luar Negara yang telah dikeluarkan pada 3.2.2015 yang mana
kecacatan tersebut adalah berhubung dengan tarikh pernikahan, tempat
pernikahan, wali dan dua orang saksi nikah.
[2] Menurut Responden, pernikahan tersebut telah dijalankan di XXX, Jalan Jelatek
54200 Kuala Lumpur pada 3.9.2013 dan akad pernikahan telah dilaksanakan
oleh Jurunikah yang bernama Imam MN (No. K/P: XXX) setelah bapa
Responden yang bernama N@MND (No. K/P: XXX) yang hadir pada majlis nikah
tersebut telah mewakalahkan tanggungjawab wali kepada Jurunikah. Dua (2)
orang saksi yang menjadi saksi pernikahan tersebut bernama ZB (No. K/P: XXX)
dan ID (No. K/P: XXX). Namun, butiran yang terdapat di dalam Surat Asal
tersebut menunjukkan bahawa tarikh pernikahan telah berlangsung pada
27.8.2008 di Wilayah Phatthalung, Thailand yang mana akad nikah telah
dijalankan oleh Mr Abdolrorfa Surong dan disaksikan oleh dua (2) orang saksi
yang bernama Mr YT dan Mr YM.
[3] Pemohon menghujahkan bahawa Isu berkaitan pernikahan antara Pemohon dan
Responden telahpun diselesaikan dan dimuktamadkan dengan pengeluaran
Surat Asal Dari Daftar Perkahwinan Luar Negara bertarikh 03.02.2015 (Surat
Asal) oleh Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam
3
Negeri Sabah. Oleh kerana Surat Asal pernikahan Pemohon dengan Responden
telahpun didaftarkan di Sabah dan keadaan tersebut menjadikan Mahkamah
Tinggi Syariah Negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk mendengar dan
memutuskan Permohonan Induk Responden bagi mendaftarkan pernikahan
yang sama di Negeri Selangor. Sebarang cabaran terhadap keesahan atau
kuatkuasa Surat Asal tersebut perlu difailkan oleh Responden ke Mahkamah
Tinggi Syariah Negeri Sabah yang mempunyai kuasa untuk membuat perintah-
perintah bersesuaian.
[4] Responden menghujahkan bahawa Surat Asal Dari Daftar Perkahwinan Luar
Negara bertarikh 03.02.2015 oleh Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan
Rujuk Orang Islam Negeri Sabah tidak muktamad yang mana kesahihannya
boleh dicabar dan ditentukan oleh Mahkamah, dan Responden serta saksi-saksi
Responden telah membangkitkan alasan-alasan yang mencukupi mencabar
kesahihannya. Responden juga menghujahkan bahawa Pemohon telah gagal
untuk mengemukakan sebarang keterangan untuk menyangkal keterangan
Responden atau keterangan mana-mana saksi Responden yang mencabar
kesahihan Surat Asal Dari Daftar Perkahwinan Luar Negara bertarikh 03.02.2015
tersebut. Pemohon telah gagal untuk mengemukakan keterangan yang
menyokong kesahihan butiran Surat Asal Dari Daftar Perkahwinan Luar Negara
bertarikh 03.02.2015 tersebut khususnya pihak-pihak yang dinamakan di dalam
Surat Asal Dari Daftar Perkahwinan Luar Negara bertarikh 03.02.2015 terutama
sekali jurunikah, wali, saksi-saksi nikah dan tempat serta tarikh nikah turut
termasuk Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam
Negeri Sabah. Responden menghujahkan bahawa setelah isu status butiran
perkahwinan yang didakwa oleh Responden diputuskan oleh Mahkamah ini,
barulah Surat Asal Dari Daftar Perkahwinan Luar Negara yang dikeluarkan pada
3.2.2015 dapat ditentukan kesahihannya.
4
Diputuskan
KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Pemohon bersama Peguam
Syarienya dan kehadiran Responden bersama Peguam Syarienya. SETELAH
MENELITI semua kertas kausa, keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH
DIHAKIMKAN seperti berikut:
(1) Mahkamah meluluskan permohonan ini berdasarkan Seksyen 244 Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
(2) Mahkamah memerintahkan kes Permohonan No.: 10400-012-0188-2017 dibatalkan
dan ditutup.
Peguam Syarie
1. Peguam Pemohon : diwakili oleh Abdul Razak bin Muhidin daripada Tetuan
Abdul Razak Muhidin & Associates.
2. Peguam Responden : diwakili oleh Halimatussa’diah Binti Abu Ahmad daripada
Tetuan Adi & Co.
Nas Yang Dirujuk
-Tiada-
Kitab-Kitab Yang Dirujuk
1. Abdul Wahab Qallaf. al-Asbah Wa Al-Nadhair fi Qawaid Wa Furu’ie al-Syafie. Juz. 1.
Beirut: Dar al-Kitab al-Ilmiah.
2. Al-Bahuti, Mansur Ibn Yunus. 1997. Kashaf Al-Qana’. Jilid 6. Beirut: Dar Al-Kutub Al-
Ilmiah.
3. Al-Mawardi, Abi al-Hasan ‘Ali ibn Muhammad ibn Habib. 1989/1409H. al-Ahkam al-
Sultaniyyah wa al-Wilayah al-Diniyyah. Tahqiq: Ahmad Mubarak al-Baghdadi.
Kuwayt: Maktabah Dar Ibn Qutaybah.
4. Al-Sharbini, Shamsh al-Din Muhammad bin Muhammad al-Khatib. 2006/1427H.
Mughni al-Muhtaj ila Ma‘rifah Ma‘ani Alfaz al-Minhaj. Jil. 6. Qahirah: Dar al-Hadith.
5
5. Al-Syirazi, Abi Ishak Ibrahim Bin Ali Bin Yusuf. Al- Muhazzab Fi Fiqh Al-Imam Al-
Syafie. Jilid 2. Beirut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiah.
6. Al-Tirmidhi, Imam al-Hafiz Muhammad bin ‘Isa bin Surah. T.th. Sunan al-Tirmidhi.
Riyad: Maktabat al-Ma‘arif.
7. Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1989. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah.
Mustafa Ahmad al-Zarqa’ (edit.). Cetakan Kedua. Dimashq: Dar al-Qalam.
8. Dr Wahbah al-Zuhaily. 1409H/1989M. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Juz. 6, Cetakan
Ketiga. Damsyik: Dar al-Fikr.
9. Dr. Abdul Karim Zaidan. 1418H/1997M. Nizam al-Qada’ Fi as-Syariah al-Islamiyyah.
Cetakan Ketiga. Beirut: Muassasah al-Risalah.
10. Muhammad Salam Madkur. 1964. Al-Qada’ Fi Al-Islam. Kaherah: Matbaah Al-
‘Aalamiyyah.
Undang-Undang Yang Dirujuk
1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 -S.61.
2. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – S.43 dan S.44.
3. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Sabah) 1992 – S.32 dan S.42.
Kes Yang Dirujuk
1. Amir Gan bin Abdullah @ Gan Eng Gor, Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban
(Kes Mal No.: 05100-099-0037-2008) [Tidak dilaporkan].
2. Commonweath Shipping Rep vs Pando, [1923] AC 191.
3. Pembangunan Maha Murni Sdn Bhd V Jururus Ladang Sdn Bhd, [1986] 2 MLJ 30.
4. Wan Ismail Bin Wan Endut lwn Wan Puziah Binti Wan Awang, [2006] JH 22 2 249.
6
Penghakiman YA Tuan Abdul Shukor bin Abd Hamid, HMTS
[5] Terdapat empat (4) isu utama yang Mahkamah perlu beri ulasan di dalam
membuat keputusan bagi kes ini iaitu :
a. Sama ada Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar, membicara dan
memutuskan kes ini;
b. Sama ada Surat Asal Dari Daftar Perkahwinan Luar Negara Yang Telah
disahkan oleh di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah Wajar diberi
Pengiktirafan Kehakiman;
c. Sama ada Fakta Yang Diberi Pengiktirafan Kehakiman Boleh Dicabar
Kewibawaannya;
d. Bidang Kuasa Memperbetulkan Butiran di dalam Surat Asal Dari Daftar
Perkahwinan Luar Negara Yang Telah disahkan oleh di Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Sabah.
Isu Pertama : Samada Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar, membicara
dan memutuskan kes ini.
[6] Ini merupakan kes bantahan awal terhadap bidang kuasa Mahkamah yang
menjadi pertikaian pihak-pihak. Penentuan bidangkuasa Mahkamah ini amat
penting di dalam sistem kehakiman Islam sebagaimana dijelaskan oleh para
fuqaha Islam yang terdahulu. Penetapan bidang kuasa kehakiman ini untuk
Mahkamah-Mahkamah Syariah mengikut persempadanan negeri dalam
Malaysia bukanlah sesuatu yang asing di sisi Hukum Syarak. Antaranya adalah
sebagaimana yang dipetik oleh Y.A Hakim Bicara di dalam kes Wan Ismail Bin
Wan Endut lawan Wan Puziah Binti Wan Awang (2006) JH 22 2 249, yang telah
merujuk kepada Kitab Nizam al-Qada’ Fi as-Syariah al-Islamiyyah karangan Dr.
Abdul Karim Zaidan, Muassasah al-Risalah, Beirut, Lebanon, Cetakan Ketiga
1418H/1997M di halaman 39-40 –
7
اخلاص للداللة على مدى والية يستعمل الفقهاء اصطالح التقليد العام واصطالح التقليد
القاصى وسلطته يف رؤية دعاوى الناس , فاذا عني اخلليفة قاضيا على إقليم ليقضي بني