TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TAJUK:
PERANCANGAN,PEMILIHAN,PENGHASILAN DAN PENILAIAN MEDIA PENGAJARAN
MENGGUNAKAN MODEL ASSURE DAN ADDIE DAN PERBEZAANYA.
NAMA : KARTIK a/l SELVARASA
I/C: 940416-08-5475
OPSYEN 4PISMP BT
PENSYARAH: TUAN HJ.YUSOF
KAMPUS: IPG-KTI
PERANCANGAN,PEMILIHAN,PENGHASILAN DAN PENILAIAN MEDIA PENGAJARAN
MENGGUNAKAN MODEL ASSURE
PERBEZAAN ANTARA MODEL ADDIE DAN ASSURE
PERANCANGAN,PEMILIHAN,PENGHASILAN DAN PENILAIAN MEDIA PENGAJARAN
MENGGUNAKAN MODEL ADDIE
Model ASSURE dan ADDIE ialah model reka bentuk pengajaran yang
sesuai untuk digunakan dalam situasi pengajaran di bilik darjah
yang memerlukan penggunaan media. Kedua-dua model ini merupakan
akronim bagi menghurai prosedur dalam memilih dan menggunakan media
pengajaran tersebut.
UMUMNYA..
PERANCANGAN, PEMILIHAN, PENGHASILAN DAN PENILAIAN MEDIA
PENGAJARAN( MODEL ASSURE )
SEPINTAS LALU
Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982)
bertujuan untuk menyediakan panduan untuk merancang dan
mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia
berfokus kepada P&P di bilik darjah dan ditujukan khas kepada
setiap pengajar.
Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu :
A -Analisis pelajar (analyse learner)
S -Nyatakan objektif ( state objective)
S -Pilih kaedah, media dan bahan ( select method, media and
materials)
U -Gunakan media dan bahan ( utilise media dan materials)
R -Galakkan penglibatan murid ( required learner
participation)
E -Penilaian dan semak ( evaluatioan and revise)
ANALISIS PELAJAR
Penting untuk membantu dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk pelajar.
Pelajar dapat dianalisi berdasarkan dari 3 aspek iaitu:
Ciri-ciri umum pelajar
Pengetahuan / pengalaman sedia ada.
Gaya belajar
CIRI-CIRI UMUM PELAJAR
Pemilihan kaedah, media Dan bahan sumber pembelajaran dapat
disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenal pasti.
Antara ciri-ciri umum pelajar ialah umur, tahun/tingkatan,
jantina, taraf sosioekonomi, penempatan/daearh/kawasan, budaya dan
seumpamanya.
Contohnya; jika pelajar dari satu kumpulan etnik yang sama,
pemilihan bahan boleh berasaskan unsur budaya etnik berkenaan.
PENGETAHUAN / PENGALAMAN SEDIA ADA
Analisis pengetahuan/pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu
guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Setiap pelajar membawa pengalaman dan pengetahuan tertentu ke
dalm bilik darjah yang dikenali sbg entry point.
Contohnya guru boleh mengenal pasti pengetahuan sedia ada
pelajar melalui ujian praunit, mengkaji pencapaian pencapaian unit
terdahulu, sesi soal jawap dan sebagainya.
GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR
Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling
sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran.
Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu itu
memproses maklumat, membentuk presepsi, merupakan faktor motivasi
dan tingkah laku belajar.
Perancangan pencapaian pengajaran yang mengambil kira gaya
pembelajaran akan menjadi pembelajaran lebih lancar dan
efektif.
S -Nyatakan objektif ( state objective)
NYATAKAN OBJEKTIF / HASIL PEMBELAJARAN
Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedah
penyampaian yang sesuai.
Ia membolehkan guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang
merangsangkan.
Objektif juga berperanan sebagai satu kontrak perjanjian antara
guru dengan pelajar:
bagi guru, ini yang akan saya ajar.
Bagi pelajar, ini yang saya akan belajar.
KRITERIA PERNYATAAN OBJEKTIF
Siapakan yang hendak capai (kumpulan sasaran)
Apakah yang hendak dicapai ( apakah bentuk perlakuan baru)
Bagaimanakan hendak dicapai (apakah syarat perlakuan)
Apakah tahap pencapaian minimum ( standart pencapaian yang
dianggap sudah dikuasai)
Siapakan yang hendak capai (kumpulan sasaran)
Siapa yag terlibat untuk pencapaian objektif pembelajaran perlu
dikenal pasti dan ditetapkan.
Kumpulan sasaran yang dimaksudkan ialah pelajar.
Contoh penulisan pada akhir pengajaran-pembelajaran, pelajar
dapat.
Apakah yang hendak dicapai (apakah bentuk perlakuan baru)
Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan
pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur
pencapaiannya.
Ia perlulah wajar dan berasaskan situasi sebenar.
Antara contoh perkataan ialah menyatakan, mewarna, merumus,
melebel dan sebagainya.
Pemilihan perkataan tingkah laku adalah secara eksplisit.
Bagaimanakan hendak dicapai (apakah syarat perlakuan)
Penyataan objektif pengajaran-pembelajaran hendaklah termasuk
syarat bagaimana tingkah baru itu dapat diperhatikan.
Penyataan syarat pencapaiaan objektif ini dapat membantu guru
dalam menyediakan suasana, lengkah pengajaran-pembelajaran dan
media yang sesuai.
Contohnya, merumus dan memetik isi-isi penting setelah membaca
petikan yang diberi.
Apakah tahap pencapaian minimum ( standard pencapaian yang
dianggap sudah dikuasai)
Tahap ini merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti
tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya.
Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau
kuantitatif.
Penulisan kuantitatif boleh dalam bentuk peratusan, angka nilai
atau skor mentah.
Contohnya sekurang-kurangnya tujuh daripada sepuluh dengan tepat
dan betul.
S -Pilih kaedah, media dan bahan sumber ( select method, media
and materials)
PEMILIHAN KAEDAH BAHAN DAN SUMBER
Langkah pemilihan bahan :
Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan
objektif pembelajaran.
Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan.
Penentuan kaedah
Berasaskan :
Ciri-ciri pelajar.
Pengalaman sedia ada.
Gaya pembelajaran pelajar.
Objektif yang ingin dicapai.
PEMILIHAN FORMAT MEDIA
Contoh media:
Gambar.
Petikan.
Slaid.
Audio.
Video.
Grafik.
KRITERIA YANG HARUS DIAMBIL KIRA
Bentuk audience(kumpulan pelajar)
Keupayaan pelajar.
Domain objektif.
Maklum balas yang ingin dihasilkan.
PEMILIHAN BAHAN SUMBER
Contoh Bahan :
Artikel.
Petikan.
Teks.
Pemilihan berasaskan kriteria spt berikut:
Memilih bahan yang sudah sedia ada.
Mengubahsuai bahan/sumber sedia ada.
Mereka bentuk bahan yang baharu.
SOALAN-SOALAN YG PERLU DITANYA:
Adakah isi sumber ini tepat dan terkini?
Adakah laras bahasanya jelas dan mudah difahami?
Adakah bahan ini berkualiti?
Adakah bukti yg menunjukkan bahan ini berkesan?
Hmmm.. Baik..
Objektif:
Menjimatkan masa & kos.
Guru juga boleh mengubahsui bahan mengikut kesesuaian dan
kreativiti.
U -Gunakan media dan bahan sumber( utilize media and
materials)
TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN
Sebab utama:
Berpusatkan guru-berpusatkan murid.
Tindakan:
Semak sumber sebelum digunakan di dalam kelas.
Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.
Sediakan persekitaran yang sesuai.
Sediakan pelajar untuk medapat manfaat.
Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.
R -Libatkan pelajar dalam pembelajaran( Require learner
participation)
PENGLIBATAN PELAJAR
Beraktiviti atau berfikir secara aktif
-hasilkan perubahan t/l yang kekal
Disokong oleh teori behaviorisme, kognitif &
konstuktivisme
Pengalaman rasa berjaya dapat mengekalkan motivasi pelajar
Guru harus memberi maklum balas positif pelajar menunjukkan
kejayaan
Aktiviti dapat melibatkan pelajar dalam aktiviti
pembelajaran
Pemilihan media dan sumber yang sesuai
E -Nilai dan semak semula( Evaluate and revise )
PENILAIAN MEDIA
Penilaian dan menyemak semula perancangan
Penilaian 1) pembelajaran
2) pengajaran
Penilaian pembelajaran penilaian formal dan penilaian
informal.
Penilaian pengajaran amalan refleksi
Soalan-soalan untuk refleksi membuahkan idea-idea
PERANCANGAN, PEMILIHAN, PENGHASILAN DAN PENILAIAN MEDIA
PENGAJARAN( MODEL ADDIE )
Pengenalan
Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987.
Model ADDIE merupakan model rekabentuk yang berfungsi sebagai
garis panduan ke arah pembinaan perisian dan bahan
pengajaran-pembelajaran berdasarkan keperluan.
Model ini merupakan antara model pengajaran yang sering menjadi
asas kepada model-model rekabentuk pengajaran yang lain.
Tujuan model ini direkabentuk adalah untuk menghasilkan
rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran agar penyampaian
sesuatu pengajaran itu akan menjadi lebih efektif dan efisien.
Model Pengajaran ADDIE yang meliputi fasa-fasa analisis,
rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.
Lima fasa yang terdapat di dalam Model ADDIE iaitu:
A (Analysis) Analisis
D (Design) Rekabentuk
D (Development) Pembangunan
I (Implementation) Pelaksanaan
E (Evaluation) Penilaian
Fasa Analisis (Analysis)
Pada peringkat ini ia melibatkan beberapa proses penentuan serta
mengenalpasti masalah yang ingin diselesaikan.
Setelah sesuatu masalah dapat dikenalpasti proses analisis akan
dilaksanakan bagi mencari apakah punca atau faktor yang berkaitan
atau yang menimbul masalah tersebut.
Proses analisis ini melibatkan berbagai aspek antaranya:
Siapakah kumpulan sasaran dan apakah ciri-ciri mereka ?
Apakah hasil pembelajaran?
Kenalpasti matlamat pengajaran?
Apakah Pilihan strategi penyampaian?
Berapakah Tempoh Pelaksanaan?
Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti
analisis persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan
menentukan matlamat pengajaran. Terdapat beberapa soalan yang boleh
diajukan semasa proses analisis iaitu :
a) Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?
b) Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan?
c) Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?
d) Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?
e) Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek
tersebut?
Merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam rekabentuk
pengajaran.
Antara perkara yang dilakukan dalam fasa ini adalah
memperjelaskan masalah, mengenalpasti sumber masalah dan menentukan
penyelesaian masalah.
Fasa ini melibatkan teknik kajian seperti analisis kehendak,
analisis kerja dan analisis tugasan. Output bagi fasa ini
termasuklah matlamat pengajaran dan senarai tugasan yang perlu
diajar.
Kesemua output ini akan menjadi input bagi fasa rekabentuk
Fasa Rekabentuk (Design)
Fasa ini penting untuk merancang strategi dalam membangunkan
pengajaran serta menggariskan cara bagaimana mencapai matlamat
pengajaran
Peringkat ini memberikan tumpuan kepada objektif
pembelajaran,alat taksiran,latihan,isi kandungan,perancangan
pengajaran,dan pemilihan media. Peringkat ini hendaklah
dilaksanakan secara sistematis dan teliti.
Fasa Perkembangan
Peringkat ini melibatkan pemilihan dan penyatuan isi kandungan
dan teknologi.
Program/projek akan melalui proses ujian dan percubaan.
Hasil maklum balas daripada ujian dan percubaan ini akan
digunakan untuk menjadikan program/projek lebih baik.
Fasa ini penting untuk merancang strategi dalam membangunkan
pengajaran serta menggariskan cara bagaimana mencapai matlamat
pengajaran.
Fasa Perlaksanaan (Implementation)
Di peringkat ini, bahan pengajaran yang telah disediakan akan
digunakan atau dilaksanakan dalam keadaan sebenar.
Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada
pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses
pembangunan projek berlaku.
Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia
diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan.
Fasa Penilaian (Evaluation)
Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif
dan penilaian sumatif.
Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE.
Penilaian formatif seharusnya dilakukan terhadap semua peringkat
untuk memastikan keberkesanannya.
Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian
yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti
isi kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah
temubual, soal selidik, penyeliaan dan pengujian.
Penilaian sumatif biasanya berlaku di peringkat akhir sesuatu
projek penghasilan bahan pengajaran diselesaikan.
Model ASSURE mengandungi 6Model ASSURE mengandungi enam
langkah: analisis ciri pelajar, nyatakan objektif, pilih media dan
bahan, gunakan media dan bahan, libatkan pelajar, nilai dan semak
semula media dan bahan. Model ADDIE mengandungi 5 langkah iaitu:A
Analyse (Analisis)Mengenalpasti pelajar dan
ciri-cirinya.Mengenalpasti hasilan pembelajaranKekangan yang wujud
dalam proses pembelajaranPelbagai pilihan strategi pengajaran1.
Analisis ciri pelajar. a) Mengenal pasti ciri-ciri umum seperti
jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas dan taraf
sosioekonomi D Design (Reka bentuk) Medokumentasikan aspek teknikal
dalam penggunaan media Menaplikasikan strategi pengajaran mengikut
domain yang tertentu (cognitive, affective, and psychomotor).
b) Mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry
characteristics) dan pengetahuan yang sedia ada yang berkaitan
dengan tajuk dan kandungan pelajaran seperti pengetahuan, kemahiran
dan sikap pelajar.D Develop (Bina)Pada fasa ini pereka bentuk
pengajaran dan pembina (developer) akan mengumpul isi pengajaran.
Papan cerita akan ditulis dan aspek grafik akan dilakar. Aspek
teknikal akan diujilari dan pengubahsuaian akan dibuat.2. Nyatakan
objektif-objektif pembelajaran secara khusus. a)Objektif mungkin
diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks.b)
Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi
yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteria atau darjah
pencapaian yang dihajati.I Implement (Laksana)Dalam melaksanakannya
latihan akan dijalankan untuk mempastikan hasilan kerja dalam
dilaksanakan dengan baik.
c) Pilih media dan bahan.Bahan media dipilih berdasarkan
kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif
pembelajaran yang ingin dicapai.E Evaluate (Nilai)Penilian
dilaksanakan secafa formatif dan sumatif. Penilaian formatif
dilaksanakan pada setiap peringkat dalam proses ADDIE. Penilaian
sumatif dilaksanakan mengikut kriteria tertentu juga melalui maklum
balas daripada pelajar untuk diubahsuai Gunakan alat/bahan
pengajaran.a)Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan masa
pembelajaran yang diperlukan. Contoh: (Preview) video sebelum
mengajar.b)Kemudian sediakan media dan bahan-bahan, alat-alat serta
kemudahan-kemudahan yang diperlukan..
c)Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat
sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar.
d)Sediakan pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyatakan
tujuan dan objektif pembelajaran.e)Sedia pengalaman pembelajaran.
Bagaimana anda menyampaikan media? Sebagai penyampai utama atau
bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus pembelajaran?
Nilai dan semak semula bahan.Setelah selesai pengajaran,
penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan bahan media itu secara
menyeluruh harus dijalankan. Dalam penilaian itu soalan berikut
harus difikirkan:a.Adakah objektif-objektif pembelajaran
tercapai?b.Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses
pengajaran-pembelajaran? Adakah kesemua pelajar menggunakan
alat/bahan media dengan cara yang betul?c.Adakah suasana
pembelajaran selesa?d.Adakah peluang-peluang pemerhatian individu
diberi?
PERBEZAAN ANTARA MODEL ADDIE DAN ASSURE
MODEL ASSURE PERBEZAANMODEL ADDIEModel ini telah
diperkenalkanolehHeinich, Molanda, Russell(1989) PENGASASRosset
pada tahun 1987Untuk menyediakan panduan merancang dan
mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media
DEFINISIAda satu model desain pembelajaran.Yang lebih sifatnya
lebih generik iaitu mode.Model ini berskala kecil dan lebih
tertumpu kepada perancangan pengajaran bilik darjah dan boleh
dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dalam
pengajaran. FOKUSLima komponen utama yang boleh digunakan untuk
merancang pengajaran yang sistematik.
Analyse learner(Analisis pelajar).State learning
objectives(Nyatakan objektif pembelajaran).Select media and
method(Pilih media dan kaedah).Utilise media and method(Gunakan
media dan kaedah).Require learner response (Dapat respons
pelajar).Evaluate(Nilai bahan, kaeadah dan seluruh proses
pengajaran). Jenis
PeringkatAnalisisDesignDevelopImplementEvaluation