SK DANAU KOTA, SETAPAK, KUALA LUMPUR. TARIKH : 2 HINGGA 4 OKTOBER 2015 HARI : JUMAAT HINGGA AHAD TEMPAT : KEM TEMASYA RIMBA TEMPLER
SK DANAU KOTA, SETAPAK, KUALA LUMPUR.
TARIKH : 2 HINGGA 4 OKTOBER 2015
HARI : JUMAAT HINGGA AHAD
TEMPAT : KEM TEMASYA RIMBA TEMPLER
PENGHARGAAN
“Ada padi adalah beras,
Bertanak nasi periuk tembaga,
Ada budi adalah balas,
Orang berbudi kita berbahasa.”
Dengan mengambil kesempatan ini, saya mewakili Ahli-ahli Jawatankuasa Program
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Danau Kota 2015 di Kem Temasya Rimba
Templer, Rawang, Selangor Darul Ehsan ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli
yang telah banyak membantu dan menjayakan aktiviti-aktiviti perkhemahan. Bimbingan dan
dorongan yang diberikan oleh pihak pentadbir SKDK dan En.Aidil Azahar bin Ahmad selaku
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SKDK sepanjang tempoh perkhemahan ini juga akan
selalu diingati.
Setinggi jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada fasilitator pihak
kem atas semangat mereka dalam memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid-
murid SKDK yang terlibat dalam perkhemahan sepanjang 3 hari 2 malam ini. Tidak
dilupakan ucapan terima kasih juga ke atas kerjasama murid-murid Sekolah Kebangsaan
Danau Kota yang sudi memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Sebelum mengundur diri, saya ingin mendeklamasikan sebuah serangkap pantun
sebagai penghargaan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam membantu menjayakan majlis ini.
“Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di dalam peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.”
KANDUNGAN
Muka Surat
PENGHARGAAN
HALAMAN KANDUNGAN
1.0 TAJUK/NAMA PROGRAM
2.0 TARIKH/MASA/TEMPAT
2.1 Tarikh
2.2 Masa
2.3 Tempat
3.0 UNIT/AGENSI PENGANJURAN
4.0 KEHADIRAN
5.0 PERASMI
6.0 PERBELANJAAN
7.0 LAPORAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS
7.1 Laporan Sebelum
7.2 Laporan Semasa
7.2.1 Laporan Hari Jumaat (2/10/2015)
7.2.2 Laporan Hari Sabtu (3/10/2015)
7.2.3 Laporan Hari Ahad (4/10/2015)
7.3 Laporan Selepas
8.0 IMPAK
9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
10.0 PENUTUP
LAMPIRAN
LAPORAN PROGRAM PERKHEMAHAN BERSEPADU
UNIT BERUNIFORM
SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA
1.0 TAJUK/NAMA PROGRAM
Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sk Danau Kota 2015
2.0 TARIKH/MASA/TEMPAT
2. 1 Tarikh : 2-4 Oktober 2015
2.2 Masa : 3 Hari 2 Malam
2.3 Tempat : Kem Temasya Rimba Templer,
Rawang, Selangor Darul Ehsan
3.0 UNIT/AGENSI PENGANJURAN
Unit Kokurikulum SK Danau Kota
4.0 KEHADIRAN
49 ORANG MURID DAN AJK PROGRAM PERKHEMAHAN
5.0 PERASMI
Ketua Komandan - Encik Fairuz Bin Abu Bakar
6.0 PERBELANJAAN
Kos aktiviti, makan dan minuman, sewa tapak, T-shirt peserta, pengangkutan,
kecemasan,hadiah atau cenderahati dan pelbagai lagi.Harga kos boleh rujuk lampiran.
7.0 LAPORAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS
7.1 Laporan sebelum
Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Danau Kota telah
diadakan pada 2 hingga 4 Oktober 2015. Program perkhemahan ini melibatkan segelintir
murid-murid Tahap Dua yang menyertai unit beruniform Pengakap, Pandu Puteri Tunas,
Bulan Sabit Merah Malaysia dan Persatuan Puteri Islam Malaysia. Program ini telah
dijalankan di Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, Selangor.
Sebelum bermulanya aktiviti di Kem Temasya Rimba Templer, Ahli Jawatankuasa
Induk Program ini telah mengadakan taklimat beberapa kali kerana akibat jerebu yang
berlaku. Program ini penting kerana segala aktiviti yang telah dirancang bertujuan untuk
mengenalkan murid-murid dengan alam sekitar dan kehidupan di dalam hutan, menanam
sikap sayang pada alam sekitar, dan memberi pengalaman tinggal di dalam hutan. Selain itu,
murid-murid juga akan dapat bekerjasama di dalam kumpulan semasa menjalani semua
aktiviti yang telah dirancang di samping dapat menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai
suatu aktiviti yang berfaedah dan membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan
situasi mencabar.
Walaupun program ini telah ditunda banyak kali disebabkan oleh bencana jerebu yang
berlaku, sebaik sahaja berakhirnya bencana jerebu, ahli jawatankuasa bertungkus-lumus
merancang dan menjayakan semua aktiviti yang dirancang sebelum ini dengan sebaik
mungkin. Program ini masih dapat sokongan daripada ramai pihak, murid-murid, ibu bapa
dan juga guru-guru SK Danau Kota selepas ditunda beberapa kali akibat jerebu.
7.2 Laporan semasa
7.2.1 Laporan Hari Jumaat (2/10/2015)
Pada hari pertama Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform, 2 Oktober 2015, para
guru dan peserta berkumpul di dewan SK Danau Kota pada Jam 2.30 petang. AJK
Pendaftaran dibantu oleh Ahli-Ahli Fasilitator memainkan peranan mereka dengan
mengambil kehadiran peserta. Selain itu, sedikit taklimat mengenai keselamatan murid-
murid telah ditaklimatkan oleh Encik Zahran b Yaacob sebelum murid-murid menaiki bas.
Bas tiba di SK Danau Kota pada Jam 2.55 petang dan mula bertolak ke tempat
bercamping. Peserta dan para guru kelihatan ceria dan bersemangat untuk bercamping di
KemTemasya Rimba Templer , Rawang, Selangor.
Sebaik sahaja tiba di tempat bercamping, peserta bersama fasilitator menyiapkan diri
dengan bersolat Asar serta menguruskan diri masing-masing. Peserta dan juga fasilitator juga
menjamu minuman petang yang telah disediakan oleh pihak kantin SK Danau Kota.
Taklimat Pengenalan Asas Perkhemahan diberikan oleh Encik Muhd Afiq
Zainuddin,Encik Shahrulnizan Mohamad, Encik Masnawi Abd Rahman dan Encik Fauzi
Jamaluddin. Mereka menerangkan kepada peserta cara-cara mendirikan dan membubarkan
khemah. Mereka dan fasilitator membantu murid-murid mendirikan khemah di tapak
Perkhemahan Kem Temasya Rimba Templer.
Selepas khemah siap didirikan, peserta makan malam dan bersolat Maghrib/Solat
Isyak. Ahli Jawatankuasa Fasilitator iaitu Cik Nurfarahin Ahmad Sabri, Cik Nursyazmimi
Salleh, Encik Mohd Hafizie Husairi, Pn Nor Ashida Mohd Subri, Encik Daniel Arif Ismail,
Encik Mohd Noor Idham Musa dan Cik Suzana Kamaruddin membantu Ahli Jawatankuasa
Makanan iaitu En Zuhaimy Zahari dan Puan Norina Binti Din menyediakan makanan makan
malam.
Selepas makan malam, peserta-peserta memperkenalkan diri mereka kepada
fasilitator-fasilitator Kem Temasya Rimba Templer dalam aktiviti Ice Breaking. Aktiviti Ice
Breaking ini dapat menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal
pada para peserta.
Kemudian, peserta-peserta dan para fasilitator bersedia untuk aktiviti “Night Walk”.
Selepas aktiviti “Night Walk”, ketua pihak Kem memberikan motivasi kepada peserta dengan
menerangkan kepentingan bekerjasama di dalam kumpulan semasa menjalani apa-apa sahaja
aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dengan berdasarkan situasi yang berlaku semasa “Night
Walk” iaitu salah seorang peserta telah tersesat jalan semasa menjalankan aktiviti tersebut.
7.2.2 Laporan Hari Sabtu (3/10/2015)
Pada awal hari Sabtu, peserta memulakan aktiviti dengan aktiviti riadah yang dipimpin oleh
Encik Hafifi bin Taslin dan Encik Sabri Wagiman. Aktiviti riadah iaitu aktiviti senamrobik
ini dijalankan selama 30 minit selepas peserta bersolat asar. Selepas aktiviti riadah, peserta
menjamu sarapan pagi yang disediakan oleh Ahli Jawatankuasa Makanan.
Pada jam 8.00pagi, peserta berkumpul untuk menjalankan aktiviti Rentas Hutan.
Aktiviti ini membolehkan peserta mengetahui dan mengalami pengalaman tinggal di dalam
hutan seperti bermandi air terjun dan bergerak di dalam hutan. Selain itu, ia dapat
mempraktikkan ilmu kemahiran hidup di dalam hutan iaitu pembinaan gajet.
Selepas aktiviti Rentas Hutan, peserta kembali ke kem dan tiba pada pukul 12.30.
Walaupun peserta kelihatan letih tetapi mereka berseronok menjalankan aktiviti Rentas
Hutan. Peserta berehat sebentar dengan makan tengahari dan bersolat zohor berserta
fasilitator.
Pada jam pukul 2.30 petang, peserta bersama fasilitator menjalankan aktiviti basic
survival dan juga flying fox. Sebelum menjalankan aktiviti tersebut, seorang fasilitator
membimbing peserta menjalankan aktiviti senaman memanaskan badan. Aktiviti ini
membantu menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah dan
membina keyakinan diri peserta apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
Semasa peserta dan fasilitator menjalankan aktiviti-aktiviti, Guru Besar bersama-sama
guru-guru penolong kanan membantu memasak untuk makanan minuman petang dan malam.
Pada waktu malam, Guru Besar, guru-guru penolong kanan, AJK Jawatankuasa Perkhemahan
Bersepadu Unit Beruniform, fasilitator dan peserta menjamu makanan BBQ dengan riangnya.
Pada jam 9.00 malam, fasilitator bersama peserta menjalankan aktiviti malam
kebudayaan. Dalam aktiviti kebudayaan ini, peserta dikehendaki membina sesuatu alat atau
bangunan menggunakan straw. Dengan kekukuhan binaan bangunan straw tersebut
melambangkan semangat ahli-ahli pasukan dan kerjasama ahli-ahli kumpulan.
7.2.3 Laporan Hari Ahad (4/10/2015)
Para peserta mengemas-gemas barang-barang dan memakai pakaian baju merah. Para peserta
berkumpul di dewan untuk aktiviti refleksi dan Majlis Penutup/ Penyampaian Hadiah. Antara
hadiahnya ialah Penyampaian Hadiah Paling Berdisiplin dimenangi oleh kumpulan peserta 1,
Penyampaian Hadiah Paling Ceria dimenangi oleh kumpulan peserta 2, Penyampaian Hadiah
Paling Bekerjasama dimenangi oleh kumpulan Peserta 3, Penyampaian Hadiah Paling
Cemerlang dimenangi oleh kumpulan Peserta 4, Penyampaian Hadiah Paling Kreatif
dimenangi oleh kumpulan Peserta 5 dan penyampaian hadiah cenderahati kepada para
fasilitator. Para AJK Jawatankuasa Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform, fasilitator dan
peserta bertolak balik ke sekolah pada jam 12.30 tengahari dengan perasaan gembira.
7.3 Laporan Selepas
AJK Jawatankuasa Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform mengadakan mesyuarat bagi
membincangkan kekuatan dan kelemahan yang berlaku sepanjang aktiviti perkhemahan. Di
samping itu, AJK Dokumentasi menyediakan laporan yang berlaku sepanjang 3 hari 2malam
perkhemahan ini.
8.0 IMPAK
Berdasarkan aktiviti perkhemahan sepanjang 3 hari 2 malam ini, matlamat dan objektif
perkhemahan dapat tercapai kerana segala aktiviti berjalan mengikut perancangan yang telah
ditetapkan.
9.0 CADANGAN PENAMBAIKAN
Program ini diadakan agak terlewat dari tarikh yang telah ditetapkan disebabkan oleh hal-hal
yang tidak dapat dielakkan iaitu bencana jerebu. Diharapkan perancangan program bagi
perkhemahan yang akan datang dapat dilaksanakan pada tarikh yang dirancang.
10.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program ini berjalan
dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang dapat mencacatkan program.
Disediakan oleh :
……………..……… ……………………………
(CIK OOI SIEN NEE & LIM JU VEEN)
AJK DOKUMENTASI
Disemak oleh :
…………………………………………
(ENCIK AIDIL AZAHAR BIN AHMAD)
GPK TADBIR & KOKURIKULUM
LAMPIRAN
Lampiran Muka Surat
A Kertas Kerja Program Perkhemahan
B Senarai Murid Yang Menyertai Perkhemahan
C Gambar Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform
D Lain-lain (bil perbelanjaan)
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
GAMBAR PROGRAM PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT
BERUNIFORM 2015
JUMAAT (2/10/2015)
AKTIVITI MEMASANG KHEMAH
ENCIK MUHD AFIQ ZAINUDDIN MEMBANTU
MURID MENDIRIKAN KHEMAH
ENCIK DANIEL ARIF ISMAIL MEMBANTU
MURID MENDIRIKAN KHEMAH
.
AKTIVITI ICEBREAKING
FASILITATOR-FASILITATOR KEM TEMASYA
RIMBA TEMPLER
SESI MEMPERKENALKAN DIRI
AKTIVITI MAKAN MALAM
AHLI JAWATANKUASA FASILITATOR
MEMBANTU MEMASAK
AHLI JAWATANKUASA MAKANAN
-EN.ZUHAIMY DAN PN.NORINA
AKTIVITI NIGHTWALK DAN TAKLIMAT KESELAMATAN
BERKUMPUL DI PINTU KEM
AKTIVITI NIGHTWALK
SABTU (3/10/2015)
AKTIVITI RIADAH / ISTIADAT PAGI
PIMPINAN RIADAH - EN.SABRI WAGIMAN
AKTIVITI RIADAH
AKTIVITI RENTAS HUTAN
-FASILITATOR / GURU SKDK
-BERKUMPUL DI PINTU KEM
-BERGERAK KE HUTAN
-TAKLIMAT FASILITATOR DALAM HUTAN
-BERGERAK DALAM HUTAN
-BERMANDI-MANDA DI AIR TERJUN
-BEREHAT DAN BERKUMPUL DI PONDOK
-TAKLIMAT PEMBINAAN ALAT-ALAT GAJET
-BERGERAK KEMBALI KE KEM
-BERGERAK KEMBALI KE KEM
AKTIVITI MAKAN TENGAHARI
-AJK MAKANAN DAN GPK PETANG
MENYEDIAKAN MAKANAN TENGAHARI
PESERTA DAN FASILITATOR MENJAMU
MAKANAN TENGAHARI
AKTIVITI STESEN/ BASIC SURVIVAL/ FLYING FOX
-TAKLIMAT OLEH FASILITATOR SEBELUM
MENJALANKAN AKTIVITI BASIC SURVIVAL
-SENAMAN SEBELUM MENJALANKAN
AKTIVITI BASIC SURVIVAL
-PESERTA BERKUMPUL DALAM KUMPULAN
SEBELUM MENJALANKAN AKTIVITI BASIC
SURVIVAL
-PESERTA BERSAMA FASILITATOR
MENJALANKAN AKTIVITI BASIC
SURVIVAL
-PERMULAAN FLYING FOX
-AKTIVITI FLYING FOX
AKTIVITI MAKAN PETANG DAN MAKAN MALAM
GURU BESAR MEMBANTU MENYEDIAKAN
MAKANAN KEPADA PARA PESERTA
GPK HEM DAN GPK TADBIR &
KURIKULUM MENJAMU MINUMAN
PETANG DI KEM
-AJK MAKANAN MENYEDIAKAN MAKANAN
MINUM PETANG
-AJK MAKANAN MENYEDIAKAN
MAKANAN BBQ PADA MALAM
-AJK MAKANAN MENYEDIAKAN MAKANAN
BBQ PADA MALAM
-GPK KOKURIKULUM MENYEDIAKAN
MAKANAN BBQ PADA MALAM
AKTIVITI MALAM KEBUDAYAAN
-TAKLIMAT OLEH FASILITATOR
-PESERTA DAN FASILITATOR MEMBINA
ALATAN MENGGUNAKAN STRAW
-PESERTA DAN FASILITATOR MEMBINA
ALATAN MENGGUNAKAN STRAW
HASIL BINAAN STRAW
SABTU (3/10/2015)
AKTIVITI RIADAH / ISTIADAT PAGI
PESERTA MENGEMAS DAN MELIPAT
KHEMAH
PESERTA MENGEMAS DAN MELIPAT
KHEMAH
REFLEKSI SEPANJANG AKTIVITI OLEH
FASILITATOR - EN.DANIAL
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA
PESERTA DAN FASILITATOR
LAMPIRAN D