1 PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN DOKUMEN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MENCETAK DAN MEMBEKAL BAHAN CETAK PELEKAT / PEREKAT DAN POSTER UNTUK PILIHAN RAYA UMUM KE 15 PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI PERAK NO. SEBUT HARGA: SH/07/PPNPRK/2021 TARIKH BUKA : 5 MAC 2021 (JUMAAT) TARIKH TUTUP: 8 MAC 2021 (ISNIN) 3.00 PETANG DISEDIAKAN OLEH: PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI PERAK PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN TAWARAN SEBELUM MENYERTAI SEBUT HARGA INI. PENYEBUT HARGA YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK MEMATUHI MANA-MANA FASAL DI DALAM DOKUMEN INI BOLEH MENYEBABKAN SEBUT HARGA TIDAK DIPERTIMBANG.
26
Embed
DOKUMEN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MENCETAK ...ppn.spr.gov.my/perak/wp-content/uploads/2021/03/SH_07A.pdf4. Syarikat / Pembekal yang berjaya tetapi enggan menjalankan kerja-kerja ini
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
DOKUMEN SEBUT HARGA
PERKHIDMATAN MENCETAK DAN MEMBEKAL BAHAN CETAK PELEKAT / PEREKAT DAN POSTER UNTUK
PILIHAN RAYA UMUM KE 15 PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI PERAK
NO. SEBUT HARGA: SH/07/PPNPRK/2021
TARIKH BUKA :
5 MAC 2021 (JUMAAT)
TARIKH TUTUP: 8 MAC 2021 (ISNIN)
3.00 PETANG
DISEDIAKAN OLEH:
PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI PERAK
PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI
KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN
TAWARAN SEBELUM MENYERTAI SEBUT HARGA INI. PENYEBUT HARGA
YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK MEMATUHI MANA-MANA FASAL
DI DALAM DOKUMEN INI BOLEH MENYEBABKAN SEBUT HARGA TIDAK
DIPERTIMBANG.
2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Jadual 1 - Kenyataan Sebut Harga 4
2. - Senarai Semak 5
3. Jadual 2 - Arahan kepada Penyebut Harga 7
4. Jadual 3 - Syarat-syarat kepada Penyebut Harga 12
5. Lampiran A - Surat Akuan Pembida 15
6. Lampiran B - Keterangan Mengenai Penyebut Harga 16
7. Lampiran C - Surat Akuan Penyebut Harga 19
8. Lampiran D - Jadual Tawaran Harga 22
9. Lampiran E - Senarai Pengalaman Di Agensi-Agensi Lain 26
10. Lampiran Q - Sebut Harga untuk Bekalan/Perkhidmatan 27
3
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
JADUAL 1
4
PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
1. Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat/Pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang seperti di bawah bagi perkhidmatan percetakan dan pembekalan seperti berikut:
2. Dokumen Sebut Harga boleh diperolehi mulai 5 Mac 2021 (Jumaat) daripada Urus Setia
Perolehan seperti di para 6 serta boleh dimuat turun dari Portal Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak di : http://ppn.spr.gov.my/perak/
3. Tawaran Sebut Harga hendaklah dibuat berdasarkan kepada spesifikasi bekalan/perkhidmatan yang telah ditetapkan;
4. Syarikat / Pembekal yang berjaya tetapi enggan menjalankan kerja-kerja ini selepas Sebut Harga disetuju terima atau menarik balik Sebut Harga selepas keputusan dibuat maka lesen Syarikat / Pembekal boleh digantung;
5. Syarikat / Pembekal hendaklah sentiasa mengambil perhatian mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan penjarakan sosial oleh KKM dan MKN; dan
6. Tawaran Sebut Harga yang lengkap boleh diserahkan terus kepada Urus Setia Perolehan ke alamat seperti di bawah:
Alamat: Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak;
Blok A, Tingkat 1,
Bangunan Jabatan Kerajaan Persekutuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
7. Sebarang pertanyaan berkenaan Sebut Harga ini, sila hubungi Urus Setia Perolehan di talian 05-2555733 / 05-2494118
NO. / TAJUK SEBUTHARGA KOD BIDANG PENDAFTARAN
TARIKH SEBUTHARGA
SH/07/PPNPRK/2021
PERKHIDMATAN MENCETAK DAN MEMBEKAL BAHAN CETAK PELEKAT / PEREKAT DAN POSTER UNTUK PILIHAN RAYA UMUM KE 15 PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI PERAK
010401 010201 010301
Buka :
5 Mac 2021 (Jumaat) Masa Buka : 3.00 petang
Tutup : 8 Mac 2021 (Isnin)
Masa Tutup : 3.00 petang
KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI PERAK
PERAKPERAPERAK
JADUAL 1
5
SENARAI SEMAK
PERKHIDMATAN MENCETAK DAN MEMBEKAL BAHAN CETAK PELEKAT / PEREKAT
DAN POSTER UNTUK PILIHAN RAYA UMUM KE 15 PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI
PERAK
Sila Tandakan / bagi dokumen-dokumen yang disertakan
Bil.
Dokumen / Perkara Untuk Ditanda oleh Syarikat
Untuk Ditanda oleh Urus Setia
1 LAMPIRAN A - Surat Akuan Pembida
2 LAMPIRAN B - Keterangan Mengenai Penyebut Harga
3 LAMPIRAN C - Surat Akuan Penyebut Harga
4 LAMPIRAN D - Jadual Tawaran Harga
5 LAMPIRAN E - Jadual Penentuan Spesifikasi
6 LAMPIRAN F – Senarai Pengalaman
7 LAMPIRAN Q - Sebut Harga untuk Bekalan/Perkhidmatan
8 Salinan Sijil Pendaftaran Kod Bidang Dengan Kementerian Kewangan
9 Salinan S ijil P endaftaran Bumiputera Dengan Kementerian Kewangan
10
Salinan Penyata Akaun Bank Untuk 3 Bulan Yang Terkini Yang Telah Disahkan Oleh Pihak Bank (Dis. 2020, Jan 2021 & Feb. 2021)
11 Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Maklumat Korporat SSM
12 Salinan Sijil Pendaftaran GST
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT UNTUK KEGUNAAN JABATAN
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam Dokumen Sebut Harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar
Tandatangan: Nama: Jawatan:
Tarikh:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil……………….(jika ada).
Tandatangan: Nama: Jawatan:
Tarikh
6
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
JADUAL 2
7
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
NO. SEBUT HARGA:
SH/07/PPNPRK/2021
PERKHIDMATAN MENCETAK DAN MEMBEKAL BAHAN CETAK PELEKAT / PEREKAT
DAN POSTER UNTUK PILIHAN RAYA UMUM KE 15 PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI
PERAK
1. PERIHAL SEBUT HARGA
1.1 Sebut Harga ini adalah untuk kegunaan bagi persediaan Pilihan Raya
Umum Ke-15. Perkhidmatan ini adalah di bawah seliaan dan kegunaan
Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak (PPN Perak).
1.2 Sebut Harga ini adalah tertakluk kepada Arahan-Arahan, Syarat-Syarat
Am dan Syarat-Syarat Khas yang ditetapkan.
2. CARA-CARA MENGISI BORANG SEBUT HARGA
2.1 Penyebut Harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat- syarat
dalam Dokumen Sebut Harga serta menyemak kandungan Dokumen
Sebut Harga dengan teliti sebelum mengisi Borang-Borang Sebut
Harga.
2.2 Borang Sebut Harga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas
mengikut ruangan-ruangan yang disediakan. Borang-Borang tersebut
hendaklah ditaip.
2.3 Setiap pembetulan atau pindaan yang dibuat hendaklah ditandatangan
ringkas dan dicop dengan cop rasmi syarikat setentang dengan
pembetulan atau pindaan tersebut.
2.4 Borang-Borang Yang Perlu Diisi
2.4.1 Surat Akuan Pembida (Lampiran A);
2.4.2 Borang Keterangan Mengenai Penyebut Harga (Lampiran B);
2.4.3 Surat Akuan Penyebut Harga (Lampiran C);
2.4.4 Jadual Tawaran Harga (Lampiran D);
2.4.5 Jadual Pengalaman (Lampiran E), dan
2.4.6 Sebutharga Bekalan/ Perkhidmatan (Lampiran Q).
JADUAL 2
8
3. PEMBETULAN DAN PINDAAN KESILAPAN
3.1 Semua pembetulan/pindaan ke atas kesilapan-kesilapan yang dibuat
terutamanya dalam Jadual Harga dan Surat Akuan Penyebut Harga
hendaklah ditandatangan ringkas oleh orang yang menandatangani
Dokumen Sebut Harga serta dicopkan dengan cop Penyebut Harga
(Syarikat/Pembekal). Tandatangan ringkas ini hendaklah dibuat
setentangan dengan kesilapan yang dibetulkan/dipinda.
Pembetulan/pindaan hendaklah dibuat dengan jelas supaya mudah
dibaca.
4. PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN
4.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau
memberi, meminta atau menerima apa–apa suapan secara rasuah
kepada dan daripada mana–mana orang berkaitan perolehan ini
merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ( Akta 694 ).
4.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan
kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang
ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera
ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Balai Polis
berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu
kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009 ( Akta 694 ).
5. DOKUMEN-DOKUMEN TAWARAN PENYEBUT HARGA
5.1 DOKUMEN TAWARAN
5.1.1 Penyebut Harga hendaklah menyerahkan Dokumen yang
seperti di Senarai Semak kepada Urus Setia Perolehan di alamat
yang ditetapkan dalam Kenyataan Tawaran sebelum atau pada
jam 3.00 petang (Tarikh Sebut Harga ditutup).
5.1.2 Harga yang ditawarkan hendaklah juga termasuk caj kenaan
(“charge”) sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi yang
disempurnakan.
5.1.3 PPN Perak tidak akan bertanggungjawab di atas kegagalan
penerimaan Cadangan Kewangan dan Cadangan Teknikal atau
kehilangan borang-borang berkaitan Sebut Harga tersebut.
9
6. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA
6.1 Borang-borang yang perlu dikembalikan hendaklah mengandungi
perkara-perkara seperti di senarai semak dan dialamatkan kepada :
Alamat: Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak,
Blok A, Tingkat 1,
Bangunan Jabatan Kerajaan Persekutuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 IPOH, PERAK
6.2 Penyebut Harga menanggung sendiri semua kos yang terlibat
berhubung dengan Sebut Harga yang disertainya.
6.3 Penyebut Harga juga diingatkan agar menghantar Dokumen Sebut
Harga sebelum atau pada jam 3.00 petang (Tarikh Sebut Harga
ditutup). Penghantaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbang.
6.4 PPN Perak tidak bertanggungjawab di atas sebarang kos yang
terlibat oleh Penyebut Harga sekiranya Sebut Harga ini dibatalkan.
7. MAKLUMAN
Sebarang pertanyaan berkenaan urusan Sebut Harga boleh dikemukakan
kepada:
Berkenaan Dokumen
Sebut Harga
1. Encik Shazree Idzham Bin Wahab Abdul Rahman
(05-2555710)
2. Puan Ainfariza Binti Abdullah (05-2494111)
3. Puan Nor Zaina Binti Zainudin (05-2494114)
4. Puan Norhasliza Binti Haji Ahmad (05-2494119)
10
SYARAT - SYARAT KEPADA
PENYEBUT HARGA
JADUAL 3
12
SYARAT – SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA
NO. SEBUTHARGA:
SH/07/PPNPRK/2021
SYARAT - SYARAT AM
Penyebut Harga dikehendaki mematuhi sepenuhnya Syarat-Syarat Am Sebut Harga
apabila menyertai Sebut Harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di
bawah ini membolehkan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Penyebut Harga
ditolak.
1 KELAYAKAN MEMASUKI SEBUT HARGA
Syarikat / Pembekal yang menyertai Sebut Harga ini mestilah terlebih dahulu
berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, bertaraf Bumiputera/Bukan
Bumiputera dalam bidang seperti berikut:
010401 – Penerbitan Dan Penyiaran / Papan Tanda Dan Aksesori / Papan Tanda Dan Aksesori
010201 – Penerbitan Dan Penyiaran / Peralatan 010301 – Penerbitan Dan Penyiaran / Peralatan Penerbitan / Percetakan / Peralatan Percetakan Serta Aksesori
serta masih sah pendaftarannya semasa Syarikat / Pembekal yang berjaya
memulakan kerja-kerja kontrak. Salinan sijil pendaftaran dengan Kementerian
Kewangan hendaklah disertakan bersama- sama dengan Dokumen Sebut
Harga.
2 HARGA TAWARAN
Harga-harga yang ditawarkan dalam Sebut Harga ini adalah tetap dan tidak
boleh dipinda selepas Sebut Harga ini ditutup dan akan berkuatkuasa selama
dalam tempoh sahlaku Sebut Harga iaitu Sembilan Puluh (90) Hari.
JADUAL 3
13
3 SPESIFIKASI, SKOP DAN STANDARD KUALITI KERJA
Penyebut Harga adalah dinasihatkan membaca dengan teliti spesifikasi, skop
dan standard kualiti kerja bagi pembekalan di dalam Lampiran D supaya tidak
timbul masalah kesilapan dalam meletak harga.
4 KADAR DENDA
Penyebut Harga yang gagal melakukan bekalan dan perkhidmatan yang
menepati kualiti akan dikenakan potongan bil menurut kadar Sepuluh (10%)
Peratus daripada jumlah harga bekalan dan perkhidmatan yang diberikan.
5 TEMPOH SAHLAKU SEBUT HARGA
Tempoh sahlaku Sebut Harga ini adalah selama Sembilan Puluh (90) hari
bermula daripada tarikh Sebut Harga ditutup.
6 SETUJU TERIMA SEBUT HARGA
Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga yang terendah atau
mana-mana Sebut Harga jua pun. Keputusan adalah muktamad dan Kerajaan
tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada
Penyebut Harga berhubung sebab-sebab Penyebut Harga tidak berjaya.
7 PERUBAHAN SYARAT-SYARAT
7.1 Kerajaan sentiasa berhak mengubah daripada semasa ke semasa
syarat-syarat yang dinyatakan dan mulai daripada tarikh yang dinyatakan
oleh Kerajaan, peralatan yang dikehendaki itu hendaklah mengikut
perubahan-perubahan tersebut.
7.2 Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan
bagi pengeluaran, maka harga peralatan yang terlibat dengan perubahan
itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak secara bertulis.
8 PENAMATAN PERSETUJUAN
8.1 Dengan memberi notis bertulis kepada Penyebut Harga dan dengan tiada
apa-apa tindakan selanjutnya, Kerajaan boleh terus menamatkan
persetujuan:
14
a) Jika Penyebut Harga melakukan pelanggaran terhadap mana-mana
syarat yang terdapat dalam Persetujuan ini;
b) Jika Penyebut Harga Syarikat / Pembekal itu sebagai orang
perseorangan atau, apabila Syarikat / Pembekal itu adalah satu firma,
mana-mana ahli pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadi
bankrap, atau suatu perintah terhadapnya atau perintah pentadbiran
dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan
dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau jika Syarikat /
Pembekal itu adalah syarikat, meluluskan suatu perintah bahawa
syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud
penyusunan atau penyatuan) atau pengurusan bagi pihak seseorang
sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan - keadaan yan memberi hak
kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan.
c) Jika Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Penyebut
Harga atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi
pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Penyebut
Harga) melakukan rasuah. Dengan sentiasa bersyarat bahawa
penamatan Persetujuan ini tidak menyentuh hak-hak Kerajaan untuk
mendapatkan balik ganti rugi rosak.
10 PERTIKAIAN
Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Kerajaan dengan Syarikat /
Pembekal berkenaan pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau
hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit
daripadanya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali selainnya
dipersetujui dengan tertentu secara bertulis di antara Kerajaan dengan Syarikat
/ Pembekal, dirujukkan kepada pertimbangtaraan dua orang, seorang dilantik
oleh Kerajaan dan seorang oleh Syarikat / Pembekal. Tiap-tiap seorang yang
dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat Persetujuan
ini.
11 IKLAN
Tiada maklumat berkenaan Tawaran Sebut Harga ini boleh disiarkan di
dalam sebarang akhbar, majalah atau media pengiklanan yang terkini
melainkan jika pengiklanan itu telah diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.
15
LAMPIRAN A
SURAT AKUAN PEMBIDA
Sebut Harga :SH/07/PPNPRK/2021
PERKHIDMATAN MENCETAK DAN MEMBEKAL BAHAN CETAK PELEKAT / PEREKAT DAN
POSTER UNTUK PILIHAN RAYA UMUM KE 15 PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI PERAK