-
KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
(KKMM)
DOKUMEN SEBUT HARGA
PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH PEJABAT
CAWANGAN PENGESAN SIARAN KLANG BAGI TEMPOH SATU (1)
TAHUN
PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI KESELURUHAN
BUTIR-BUTIR YANG TERKANDUNG DI DALAM
DOKUMEN SEBUT HARGA.
PENYEBUT HARGA YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK MEMATUHI
MANA-MANA FASAL DI DALAM DOKUMEN INI BOLEH
MENYEBABKAN SEBUTHARGA TERSEBUT TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
DIKELUARKAN OLEH :
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (KKMM)
ARAS 27, LOT 4G9, PRESINT 4,
PERSIARAN PERDANA
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62100 PUTRAJAYA
TARIKH TUTUP : 3 MEI 2017 (RABU) JAM 12.00 TENGAH HARI
NO. RUJUKAN SEBUT HARGA
KKMM.CPP/SH/8/2017
-
SENARAI SEMAKAN
1. SENARAI SEMAKAN DOKUMEN (BEKALAN/PERKHIDMATAN)
2. KENYATAAN SEBUT HARGA
3. ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA
4. BORANG SEBUT HARGA
5. SKOP PERKHIDMATAN
6. JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL
7. PEMATUHAN PERALATAN PEMBERSIHAN
8. PEMATUHAN SENARAI BAHAN KIMIA CUCIAN
DAN KEGUNAAN
9. JADUAL TAWARAN HARGA
10. BORANG MAKLUMAT PENYEBUT HARGA 11. BORANG MAKLUMAT
TAMBAHAN
12. SURAT AKUAN PEMBIDA
13. SENARAI PERKHIDMATAN DALAM TANGAN
14. SENARAI PERKHIDMATAN YANG TELAH
DISIAPKAN
KANDUNGAN
-
(BEKALAN / PERKHIDMATAN)
CADANGAN KEWANGAN
Sila tandakan √ bagi dokumen-dokumen yang disertakan.
Bil.
Perkara/Dokumen
Untuk Ditanda Oleh
Kontraktor
Untuk Ditanda Oleh Jawatankuasa
Pembuka Sebut Harga KKMM
1. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Daripada Kementerian Kewangan
dalam kod bidang :- 221001 - Pembersihan bangunan dan Pejabat
2. Salinan Sijil Akuan Bumiputera Daripada Kementerian Kewangan
(Bekalan/Perkhidmatan)
3.
Borang Sebut harga yang telah diisi dengan lengkap termasuk
nilai tawaran dan tempoh siap dan ditandatangani.
4. Jadual Tawaran Harga
5. Borang Maklumat Latar belakang Penyebut Harga
6. Profil Syarikat Berserta Dengan Carta Organisasi
Pengurusan
7. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi tiga (3) bulan
terakhir (Januari 2017, Februari 2017 dan Mac 2017) ATAU Salinan
Penyata Kewangan Syarikat bagi satu (1) tahun kewangan terkini yang
disahkan dan diaudit oleh Juruaudit Bertauliah
8. Sijil Menghadiri Taklimat/Lawatan Tapak
9. Salinan Sijil GST (jika berdaftar)
-
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya
telah membaca dan memahami semua
syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di
dalam dokumen sebut harga. Semua
maklumat yang dikemukakan adalah benar.
Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:
UNTUK KEGUNAAN JABATAN
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
mengesahkan penerimaan dokumen
bertanda kecuali bagi perkara
bil. ................................... (jika ada).
Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan:
Tarikh:
-
SENARAI SEMAKAN (BEKALAN/PERKHIDMATAN)
CADANGAN TEKNIKAL
Sila tandakan √ bagi dokumen-dokumen yang disertakan.
Bil.
Perkara/Dokumen
Untuk Ditanda
Oleh Kontraktor
Untuk Ditanda
Oleh Jawatankuasa
Pembuka Sebut Harga KKMM
1. i) Senarai kerja pembersihan yang sedang dilaksanakan
ii) Senarai kontrak pembersihan pejabat yang telah
dilaksanakan
2. Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal
3. Borang Maklumat Tambahan
4. Katalog, Brosur perkakasan, kelengkapan dan bahan (jika
berkaitan)
5. Pembekalan Contoh Bahan: Sila rujuk (pematuhan bahan kimia
dan bahan-bahan lain)
6. Laporan penilaian prestasi/ perakuan oleh
Kementerian/Jabatan/Agensi/ Syarikat terdahulu yang pernah menerima
perkhidmatan yang sama (jika ada)
-
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya
telah membaca dan memahami semua
syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di
dalam dokumen sebut harga. Semua
maklumat yang dikemukakan adalah benar.
Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:
UNTUK KEGUNAAN JABATAN
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
mengesahkan penerimaan dokumen
bertanda kecuali bagi perkara
bil. ................................... (jika ada).
Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan:
Tarikh:
-
KENYATAAN SEBUT HARGA
PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH PEJABAT CAWANGAN
PENGESAN SIARAN KLANG BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN
1. Sebut harga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang 221001 –
Pembersihan Bangunan dan Pejabat serta mempunyai kad pintar
e-Perolehan dan eP-enabled dan masih dibenarkan membuat sebut harga
pada masa ini untuk menjalankan perkhidmatan berikut:
PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH PEJABAT CAWANGAN PENGESAN
SIARAN KLANG BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN
2. Sebut harga ini akan dibuka pada 21 April 2017 ( J u m a a t
) sehingga tarikh tutup pada 3 Mei 2017 (Rabu) jam 12.00 tengah
hari.
3. Dokumen Sebut Harga boleh diperoleh mulai 21 April 2017
(Jumaat) di Laman Web Perolehan http://home.eperolehan.gov.my dan
laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
4. Syarikat perlu mengunci masuk cadangan tawaran teknikal serta
cadangan tawaran kewangan ke dalam sistem e-Perolehan sebelum atau
pada tarikh/masa tutup sebut harga iaitu 3 Mei 2017 (Rabu) jam
12.00 tengah hari (Tawaran yang tidak dihantar melalui sistem
e-Perolehan TIDAK akan diperakukan).
5. Dokumen Sebut Harga yang dihantar secara manual (maklumat
tambahan) yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam
Peti Sebut Harga yang di alamatkan kepada:
BAHAGIAN KEWANGAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
ARAS 8, LOT 4G9, PRESINT 4, PERSIARAN PERDANA PUSAT PENTADBIRAN
KERAJAAN PERSEKUTUAN 62100 PUTRAJAYA
selewat-lewatnya jam 12.00 tengah hari pada 3 Mei 2017 (Rabu).
Tawaran sebut harga yang dikemukakan lewat dari tarikh dan masa
tersebut melalui sistem e-Perolehan dan serahan tangan seperti mana
arahan sebut harga TIDAK akan dipertimbangkan.
6. Semua penyebut harga yang ingin menyertai sebut harga ini
adalah
diwajibkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak yang akan
diadakan pada 26 April 2017 (Rabu) jam 9.30 pagi bertempat di
Cawangan Pengesan Siaran, Jalan Haji Sirat, 42100 Klang, Selangor.
Penyebut harga yang lewat atau gagal hadir pada sesi taklimat
mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK akan
dipertimbangkan. Hanya penama yang tersenarai di dalam pendaftaran
syarikat sahaja dibenarkan masuk. Wakil adalah tidak
dibenarkan.
http://home.eperolehan.gov.my/
-
7. Tempoh sah laku sebut harga adalah selama 90 hari dari tarikh
sebut harga ditutup.
8. KKMM tidak akan terikat untuk menerima tawaran terendah atau
mana- mana
tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu
tawaran sebut harga.
9. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
i. Sebarang perubahan atau percubaan rasuah untuk menawar
atau
memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah
kepada
dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan
suatu
kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah
Malaysia 2009 (Akta 694);
ii. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa
suapan
kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang
ditawar
atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera
ke
pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang
berhampiran.
Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan
di
bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta
694);
iii. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan
tatatertib
terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan
kontraktor atau penyebut harga boleh diambil sekiranya
pihak-pihak
terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);
iv. Mana-mana kontraktor atau penyebut harga yang membuat
tuntutan
bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau
tiada
barangan di bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau
tiada
perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam
yang
mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di
bawah
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
-
ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA
PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH PEJABAT CAWANGAN PENGESAN
SIARAN KLANG BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN
2.1 KELAYAKAN MENYERTAI SEBUT HARGA
i. Sebut harga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod
bidang 221001 – Pembersihan Bangunan dan Pejabat yang mana
pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa.
ii. Penyebut harga hendaklah mempunyai kad pintar
e-Perolehan
sebagai kemudahan mengakses sistem e-Perolehan bagi tujuan
memasukkan butiran Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan
dan eP-enabled.
iii. Salinan Sijil Pendaftaran dan salinan sijil taraf
Bumiputera dari
Kementerian Kewangan.
iv. Kos penyertaan sebut harga dan penyediaan dokumen sebut
harga
adalah ditanggung sendiri oleh Penyebut harga. Kementerian
tidak
akan bertanggungjawab atas apa-apa jua kos yang terlibat.
v. Fi perkhidmatan bagi perolehan secara elektronik iaitu
penggunaan
sistem e-Perolehan adalah sebanyak 0.4% akan dikenakan bagi
setiap transaksi yang disempurnakan atau maksimum RM
4,800.00 bagi transaksi yang melebihi RM1.2 juta.
vi. Sekiranya wujud sebarang percanggahan maklumat antara
maklumat
dalam e-Perolehan dengan salinan hardcopy, maka maklumat
dalam
e-Perolehan akan diguna pakai.
vii. Semua cadangan harga yang dikemukakan hendaklah di
dalam
Ringgit Malaysia (RM) dan tidak melebihi dua angka
perpuluhan.
Penilaian harga antara Penyebut harga adalah berasaskan
kepada
jumlah harga keseluruhan. Sekiranya timbul masalah berhubung
pengiraan harga, harga seunit setiap item akan diambil kira.
viii. Kementerian tidak akan bertanggungjawab di atas
kegagalan
penerimaan Cadangan Kewangan dan Cadangan Teknikal melalui
sistem e-Perolehan serta kegagalan menerima Dokumen Sokongan
atau kehilangan borang-borang berkaitan sebut harga
tersebut.
-
2.2 DOKUMEN-DOKUMEN TAWARAN SEBUT HARGA
2.2.1 DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN
Penyebut harga adalah dikehendaki mengisi segala maklumat
berikut dengan sepenuhnya:-
a. Pada peringkat penyediaan dokumen tawaran kewangan,
Penyebut
harga dikehendaki mengunci masuk (key-in) Jadual Tawaran Harga
ke dalam sistem e-Perolehan mengikut templat yang telah
disediakan.
b. Penyebut harga perlu mencetak satu (1) set Jadual Tawaran
Harga dan dimasukkan ke dalam Sampul Pertama (A) bersama dokumen
sokongan yang lain.
2.2.2 DOKUMEN TAWARAN TEKNIKAL a. Pada peringkat penyediaan
dokumen tawaran teknikal, Penyebut
harga dikehendaki mengunci masuk (key-in) Spesifikasi Teknikal
ke dalam sistem e-Perolehan mengikut templat yang telah
disediakan.
b. Penyebut harga perlu mencetak satu (1) set Spesifikasi
Teknikal dan dimasukkan ke dalam Sampul Kedua (B) bersama-sama
dokumen sokongan yang lain.
2.3 DOKUMEN YANG WAJIB DIKEMUKAKAN
a) Penyebut harga hendaklah mengemukakan ke KKMM Dokumen
Tawaran Kewangan seperti berikut :-
Dihantar Secara Online (e-Perolehan)
i. Jadual Tawaran Harga
Dokumen Sokongan (Dihantar Secara Manual)
i. Satu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan;
ii. Satu salinan Sijil Pendaftaran Bumiputera Kementerian
Kewangan; iii. Salinan Penyata Bulanan Bank bagi tiga 3 bulan
terakhir (Januari
2017, Februari 2017 dan Mac 2017)
iv. Salinan akaun Syarikat tahun kewangan terakhir atau setahun
sebelumnya yang disahkan dan diaudit oleh Juruaudit Bertauliah
(sekiranya ada);
v. Profil Syarikat berserta Carta Organisasi Pengurusan;
vi. Surat Akuan Pembida;
-
vii. Borang Sebut Harga;
viii. Borang Keterangan Penyebut Harga; dan
ix. Salinan Jadual Tawaran Harga.
x. Sijil Menghadiri Lawatan Tapak; dan
xi. Salinan Sijil GST (jika berdaftar).
b) Penyebut harga hendaklah mengemukakan ke KKMM Dokumen Tawaran
Teknikal seperti berikut :-
Dihantar Secara Online (e-Perolehan)
i. Spesifikasi Teknikal;
Dokumen Sokongan dan Bahan Contoh (Dihantar Secara Manual)
i. Brosur/Risalah berkaitan;
ii. Contoh bahan;
iii. Salinan spesifikasi teknikal;
iv. Pengalaman Penyebut harga;
iv. Senarai kerja berkaitan yang sedang dilaksana; dan
v. Laporan penilaian prestasi/ perakuan oleh
Kementerian/Jabatan/Agensi/ Syarikat terdahulu yang pernah menerima
perkhidmatan yang sama (jika ada).
c) Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di
atas, Penyebut harga hendaklah menandatangani ringkas semua
pembetulan.
2.3.1 Penyerahan Dokumen Sebut Harga Secara Manual
Dokumen sokongan hendaklah dikemukakan dalam dua (2) sampul
berlakri “A” dan “B” iaitu:-
a. Sampul surat pertama (A) terdiri dari 1 set dokumen
sokongan
bagi Tawaran Kewangan dan ditandakan di sudut sebelah kiri bawah
dengan :
“SAMPUL PERTAMA (A)”
SULIT
Nombor Cadangan Pembekal (Y032101010009xxxx) – contoh Sebut
Harga : KKMM.CPP/SH/8/2017)
(Q0321010100130006)
(DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN)
-
b. Sampul surat kedua (B) terdiri dari 1 set dokumen sokongan
bagi Tawaran Teknikal dan ditandakan di sudut sebelah kiri bawah
dengan:
“SAMPUL KEDUA (B)”
c. Sampel bahan contoh ditandakan seperti nombor cadangan
pembekal dan contoh sebut harga pada setiap item dan dimasukkan
dalam satu kotak yang dilabelkan dengan:
“SAMPEL BAHAN ”
d. Kedua-dua sampul (A dan B) hendaklah dimasukkan ke
dalam satu sampul surat yang berlakri dan ditandakan di
bahagian atas sampul surat itu dengan:-
SEBUT HARGA: KKMM.CPP/SH/8/2017
DITUTUP PADA 3 MEI 2017 JAM 12.00 TENGAH HARI
Semua dokumen tersebut hendaklah dihantar kepada :-
BAHAGIAN KEWANGAN
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
ARAS 8, LOT 4G9, PRESINT 4,
PERSIARAN PERDANA
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62100 PUTRAJAYA
e. Semua dokumen hendaklah dihantar melalui serahan tangan
atau pos ke alamat yang disebutkan pada atau sebelum masa
SULIT
Nombor Cadangan Pembekal (Y032101010009xxxx) – contoh Sebut
Harga : KKMM.CPP/SH/8/2017)
(Q0321010100130006)
(DOKUMEN TAWARAN TEKNIKAL)
SULIT
Nombor Cadangan Pembekal (Y032101010009xxxx) – contoh Sebut
Harga : KKMM.CPP/SH/8/2017)
(Q0321010100130006)
(DOKUMEN TAWARAN TEKNIKAL)
-
yang ditetapkan dalam Kenyataan Sebut harga. Walau apa pun
alasan yang diberikan, sebarang sebut harga yang diterima
selepas tempoh yang ditetapkan TIDAK akan dilayan.
f. Penyebut harga tidak boleh memasukkan apa-apa perbelanjaan
berkaitan dengan penyediaan sebut harga ini dalam sebut harga yang
ditawarkan.
g. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan tawaran sebut
harga ini boleh menghubungi pegawai berikut:-
Urus setia Sebut Harga
Nama : Encik Mohd Asraf bin Abd Majid Telefon : 03-8911 5389
E-mel : [email protected] Nama : Encik Amran bin Majid Telefon :
03-8911 7710 E-mel : [email protected]
h. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung dengan
masalah pengendalian sistem e-Perolehan hendaklah menghubungi
alamat berikut:-
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
2nd Floor, Bangunan Amtek
15 Jalan Tandang 46050 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel :
03-7985 7777 (Khidmat Pelanggan) Faks : 03-7985 7800 Email :
[email protected]
Waktu Pejabat: 9:00pagi – 5:30 petang (Isnin hingga Jumaat)
2.4 PERBELANJAAN PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUT HARGA
Semua perbelanjaan bagi penyediaan Sebut harga ini hendaklah
ditanggung oleh penyebut harga.
2.5 TEMPOH SAH SEBUT HARGA
Sebut harga ini sah selama 90 hari dari tarikh tutup Sebut
harga.
Penyebut harga tidak boleh menarik balik Sebut harga sebelum
tamat
tempoh sah Sebut harga. Tindakan tatatertib akan diambil
sekiranya
penyebut harga menarik balik sebut harga sebelum tamat tempoh
sah
Sebut harga.
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
-
2.6 TEMPOH KONTRAK
(i) Tempoh kontrak bagi bekalan untuk sebut harga ini
adalah selama satu (1) tahun bermula dari tarikh Surat
Setuju
Terima dikeluarkan.
(ii) Tempoh kontrak boleh dilanjutkan kepada satu tempoh
yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Kontraktor boleh memohon
kepada Kerajaan untuk melanjutkan tempoh perjanjian tiga (3)
bulan sebelum tamat perkhidmatan secara bertulis.
2.7 PENYEDIAAN KONTRAK
Semua syarat-syarat yang terkandung di dalam dokumen atau di
mana- mana jadual yang terdahulu bersama-sama dengan dokumen
sebut harga ini adalah merupakan sebahagian daripada kontrak
yang
akan ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia dan Penyebut
harga
yang berjaya. Penyebut harga yang berjaya dikehendaki
menandatangani kontrak dengan pihak Kerajaan dan membayar
segala
ganti rugi jika tidak memenuhi syarat-syarat kontrak.
2.8 SEBELUM MEMULAKAN PERKHIDMATAN
Penyebut harga yang berjaya (jika ada) hendaklah diberitahu
tentang
sebut harga dengan surat (disebut „Surat Setuju Terima Sebut
Harga‟) dalam tempoh sah sebut harga atau apa-apa tempoh
lanjutan. Penyebut harga tersebut hendaklah dengan seberapa
segera yang praktikal tetapi sebelum bermulanya perkhidmatan
mendepositkan dengan Pegawai Penguasa, perkara berikut:-
2.8.1 Polisi Insurans Tanggungan Awam (iaitu terhadap bencana
kepada orang awam atau kerosakan harta) atau Nota Liputan berserta
dengan resit bagi premium yang telah dibayar;
2.8.2 Nombor pendaftaran di bawah Skim keselamatan Sosial
Pekerja (PERKESO); 2.8.3 Polisi Insurans Pampasan Pekerja atau
Nota Liputan berserta dengan resit bagi premium yang telah
dibayar;
2.8.4 Polisi Insurans Kebakaran atau Nota Liputan berserta
dengan resit bagi premium yang telah dibayar.
Penyebut harga tersebut hendaklah juga dalam masa yang
berpatutan selepas itu mendepositkan Polisi Insurans bagi
perkhidmatan tersebut dan melaksanakan perkhidmatan kontrak formal
yang akan disediakan oleh Kementerian.
2.9 KEGAGALAN PENYEBUT HARGA MEMULAKAN PERKHIDMATAN
Sekiranya penyebut harga gagal memulakan perkhidmatan
selepas
-
t u j u h ( 7) hari dari tarikh Surat Setuju Terima dikeluarkan
tanpa
sebab-sebab yang munasabah, Pesanan Tempatan / Inden Kerja
akan dibatalkan oleh Pegawai Penguasa/wakil dan tindakan
tatatertib
akan diambil terhadap penyebut harga.
2.10 SUB-KONTRAK DAN MENYERAH HAK KERJA
Penyebut harga tidak dibenarkan mengsub-sewakan perkhidmatan
kepada Penyebut harga lain. Penyebut harga tidak boleh
menyerah hak apa-apa faedah di bawah Pesanan Tempatan /
Inden Kerja ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan
persetujuan
bertulis daripada Pegawai Pengawal/wakil.
2.11 PERCANGGAHAN DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA
Jika penyebut harga mendapati apa-apa percanggahan dalam
dokumen sebut harga, hendaklah merujuk kepada Pegawai
Penguasa / wakil untuk mendapat keputusan.
2.12 KEGAGALAN PENYEBUT HARGA MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN DAN
PENAMATAN PERLANTIKAN PENYEBUT HARGA
Pegawai penguasa / wakil berhak membatalkan Pesanan Tempatan
/
Inden Kerja sekiranya penyebut harga berada dalam keadaan
berikut
dan setelah menerima surat amaran daripada pegawai penguasa:
i. Sekiranya penyebut harga gagal memulakan perkhidmatan
mencuci dan membersih di pejabat Cawangan Pengesan Siaran
Klang selepas tujuh (7) hari dari tempoh surat setuju terima
tanpa sebab yang munasabah.
ii. Prestasi kerja pengawal keselamatan adalah tidak
memuaskan dan tidak mengikut peraturan/prosedur yang telah
ditetapkan tanpa apa-apa sebab yang munasabah.
iii. Tidak mematuhi arahan Pegawai Penguasa / wakil tanpa
apa- apa alasan yang munasabah.
iv. Apabila penyebut harga diisytiharkan bankrap oleh pihak
yang sah.
2.13 PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH PENYEBUT HARGA
Penyebut harga hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-
undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia
semasa
-
perlaksanaan perkhidmatan. Penyebut harga tidak berhak
menuntut
sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan
syarat-syarat ini.
2.14 KELEWATAN DAN LANJUTAN MASA
Penyebut harga hendaklah dengan serta-merta memberi notis
bertulis kepada Pegawai Penguasa dengan menyatakan sebab
kelewatan yang berlaku. Sekiranya alasan yang diberikan
adalah
munasabah, maka surat Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa
akan dikeluarkan bagi melaksanakan perkhidmatan yang
berkenaan.
2.15 CADANGAN SEBUT HARGA
i. Kontraktor hanya dibenarkan menghantar satu (1) cadangan
sahaja bagi sebut harga yang ditawarkan.
ii. Setiap cadangan hendaklah menyertakan surat akuan Sebut
Harga (mengikut format yang disediakan), Cadangan Teknikal
dan Cadangan Kewangan di dalam sampul yang berasingan
dan dimasukkan dalam sampul surat utama yang berlakri. Sila
catat nombor Sebut Harga KKMM.CPP/SH/8/2017 serta tajuk
Sebut Harga pada sudut kiri sampul tersebut dan hendaklah
dimasukkan ke dalam peti sebut harga pada masa dan tempat
yang ditetapkan dalam Kenyataan Tawaran Sebut Harga.
iii. Kontraktor adalah dilarang meletak atau mencetak nama
syarikat pada maklumat di Cadangan Teknikal. Kegagalan
kontraktor mematuhi syarat ini boleh menyebabkan tawaran
tidak
dipertimbangkan.
iv. Pihak kerajaan berhak menolak mana-mana dokumen yang
tidak lengkap atau lewat diterima.
2.16 BAYARAN
i. Bayaran akan dibuat secara bulanan. Pada akhir setiap
bulan
Kontraktor dikehendaki mengemukakan bil tuntutan ke Pejabat
Cawangan Pengesan Siaran Klang.
ii. Bayaran kerja bulanan hanya akan dibayar sepenuhnya
kepada
kontraktor di atas kerja-kerja yang telah dijalankan dengan
memuaskan. Kontraktor hendaklah menyediakan satu jadual
“check-list” kedatangan pekerja berserta gambar laporan
kerja
sebelum 5 haribulan bulan berikutnya. Satu pemeriksaan
bersama di antara Kontraktor dengan wakil Cawangan Pengesan
Siaran Klang akan dibuat pada setiap pusingan.
-
iii. Penyebut Harga WAJIB mematuhi Perintah Gaji Minimum
2016
yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri yang lalu.
Kerajaan telah bersetuju dengan syor Majlis Perundangan Gaji
Negara (MPGN) dan menetapkan kadar gaji baharu iaitu RM
1,000.00 sebulan di Semenanjung dan RM 920.00 sebulan di
Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan
berkuatkuasa 1 Julai 2016.
-
BORANG SEBUT HARGA
No. Sebut harga: KKMM.CPP/SH/8/2017
Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Bahagian Kewangan
Aras 7, Lot 4G9, Presint 4, Persiaran Perdana Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan 62100 PUTRAJAYA Tuan,
PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH PEJABAT CAWANGAN PENGESAN
SIARAN KLANG BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN
Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Penyebut harga,
Syarat-syarat,
Spesifikasi dan Skop Kerja, saya yang bertandatangan di bawah
ini adalah dengan ini
menawarkan untuk melaksana dan menyiapkan
perkhidmatan/kerja-kerja tersebut bagi
jumlah harga sebanyak RM :
…………………………………….…………………………………………………………………
…………………………………………………………………….............................…………….
.............................................................................................................................................
Saya bersetuju menyiapkan perkhidmatan ini dalam masa …………..
tahun dari tarikh mula kerja. Tandatangan Penyebut Harga
:................................
Nama :..
..................................................................
Jawatan :
................................................................
Tarikh : ..............................
Alamat:....................................................................
Tandatangan saksi:
................................................
Nama :..
..................................................................
Jawatan :
................................................................
Tarikh : ................................. Alamat
:....................................................................
-
SKOP PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH PEJABAT CAWANGAN PENGESAN
SIARAN KLANG BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN
1. Spesifikasi dan Skop Perkhidmatan
1.1 Syarikat adalah bertanggungjawab ke atas pekerja untuk
membersihkan
ruang-ruang pejabat dan kawasan-kawasan yang ditetapkan.
1.2 Kerja-kerja pembersihan/pencucian adalah meliputi bangunan,
ruang
pejabat, tandas dalam dan luar pejabat, pondok keselamatan dan
kolam-
kolam ikan.
1.3 Kawasan-kawasan yang dimaksudkan ialah kawasan awam, bilik
air,
pembersihan koridor bangunan, pengutipan dan pembuangan
sampah.
2. Syarat-syarat dan lain-lain keperluan
2.1 Jumlah pekerja adalah seperti berikut :
a) Penyelia - Satu (1) Orang
b) Pekerja - Dua (2) Orang
2.2 Semasa bertugas, kontraktor hendaklah memastikan setiap
pekerja
sentiasa mengikut tatalaku seperti berikut :-
a) Pekerja mestilah menghormati semua pegawai dan orang ramai
di
tempat bertugas;
b) Menjalankan tugas pembersihan dan pencucian dengan teratur
dan
sempurna mengikut jadual yang ditetapkan.
c) Pihak kontraktor hendaklah menukarkan mana-mana pekerja
jika
Ketua Jabatan di tempat bertugas atau pegawai yang diwakil
kuasa
olehnya tidak berpuas hati dengan prestasi pekerja tertentu
dan
telah mengemukakan permohonan rasmi kepada kontraktor untuk
berbuat demikian.
2.3 Bagi memastikan perkhidmatan tersebut dapat dijalankan
dengan
memuaskan :-
a) Semua pekerja yang diambil berkhidmat mestilah
warganegara
Malaysia berumur 18 tahun ke atas, tidak terlibat dengan
gejala
dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah serta boleh
menulis dan membaca dalam Bahasa Melayu.
-
b) Semua pekerja hendaklah memakai pakaian seragam yang
lengkap
dengan pengenalan syarikat dan tanda nama pekerja.
2.4 Kontraktor hendaklah sebelum kontrak bermula menyediakan
senarai
nama pekerja yang diambil bekerja seperti butiran berikut:-
a) Nama
b) Alamat Tetap
c) Salinan No. Kad Pengenalan
d) Gambar Terbaru
2.5 Segala jenis peralatan pembersihan/pencucian dan
bahan-bahan
pencucian yang digunakan berkaitan pembersihan ini adalah
tanggungjawab kontraktor sepenuhnya. Semua bahan kimia yang
digunakan mestilah bersesuaian dengan jenis kawasan yang
hendak
dicuci dan tidak mendatangkan kerosakan pada permukaan yang
dicuci.
3. Denda
Kerajaan berhak memotong bahagian tertentu dari jumlah bayaran
yang telah
dipersetujui jika mendapati perkhidmatan yang dilaksanakan tidak
memuaskan.
4. Cara Dan Waktu Bekerja
Perkhidmatan ini perlu dijalankan mengikut waktu pejabat yang
berkuat kuasa di
Pejabat Cawangan Pengesan Siaran Klang iaitu bermula pada jam
7.30 pagi
hingga 4.30 petang (Isnin - Jumaat), jam 8.00 pagi hingga 1.00
petang
(Sabtu) KECUALI pada hari Ahad dan Cuti Umum.
5. Caruman Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Dan Perkeso
(i) Kontraktor dikehendaki dan bertanggungjawab mematuhi
Ordinan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang berkuatkuasa seperti
yang
dikanunkan termasuk semua syarat-syarat dan peraturan.
(ii) Adalah menjadi tanggungjawab kontraktor membayar semua
caruman
yang dikehendaki di bawah ordinan tersebut bagi semua kakitangan
/
pekerja yang diambil. Salinan laporan caruman hendaklah
dikemukakan
kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, KKMM untuk pengesahan.
-
JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL
PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH PEJABAT CAWANGAN PENGESAN
SIARAN KLANG BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN
Bil.
Keperluan
Kekerapan
Patuh
( / )
Tidak Patuh ( X )
Catatan
H A R I A N
M I N G G U A N
B U L A N A N
1. Pembersihan Pejabat dan Ruang Koridor
1.1 Menyapu, mencuci dan lap lantai di semua kawasan lobi, ruang
pejabat, kawasan laluan berbumbung untuk memastikan lantai sentiasa
dalam keadaan bersih.
√
1.2 Vakum semua kawasan karpet, mencuci kotoran.
√
1.3 Membersihkan semua pintu, pemegang pintu, dinding dan suis
lampu.
√
1.4 Mencuci semua baseboard dan penghujung baseboard dan
tingkap.
1.5 Membersihkan semua tong pembuangan sampah. Mencuci dan
menanggalkan tanda-tanda kotor dan habuk.
√
1.6 Kosongkan semua sampah sarap di tong sampah dan gantikan beg
plastik di mana perlu. Beg plastik perlu dimuatkan segenapnya
supaya tidak terjulur keluar di bahagian atas yang melebihi 2
inci.
√
1.7 Mengelap telefon dengan bahan pencuci yang sesuai dan
menyembur pewangi pada gagang telefon.
√
1.8 Membersihkan dinding di dalam dan luar kawasan lobi.
√
1.9 Cuci semua permukaan besi yang tidak dicat.
√
1.10 Membersih kotoran pada siling (high dusting)
√
-
2. Bilik Air
2.1 Mencuci bilik air dengan bahan-bahan pencuci yang
bersesuaian. Gunakan bahan pencuci asid untuk bahagian dalam
mangkuk tandas dan bahagian pembuangan air kecil (urinal) dan
pastikan peralatan yang digunakan untuk mop lantai tandas hendaklah
menggunakan baldi yang dikhaskan, bersih dan kemas.
√
2.2 Bersihkan semua pemetik lampu, pintu dan dinding yang ada
tanda kotor.
√
2.3 Sapu dan gosok lantai dengan pembersih kuman. Lap basah dan
keringkan supaya tidak meninggalkan tanda-tanda air.
√
2.4 Bersih dan polish semua cermin alat dispensary sabun,
sanitari napkin, flush meter, paip dan alat pembuangan sampah
dengan menggunakan detergen yang bersesuaian.
√
2.5 Menambah tisu, tuala kertas C-fold, sanitari napkin, sabun
cuci tangan dan beg plastik untuk semua tong sampah. Tambah apa
yang patut supaya bilik air dalam keadaan kemas dan beroperasi.
Laporkan kepada pihak pentadbiran jika ada sebarang kehilangan atau
kerosakan.
√
2.6 Bersihkan dan kosongkan semua tong sampah dan ganti beg
plastik.
√
2.7 Bersihkan semua baseboard dengan losyen pembunuh kuman.
√
2.8 Bersih semua diffuser, grill, bilik air, pintu dan dinding
tiles dengan losyen pembersih.
√
2.9 Lap semua dinding tiles dan gosok bersih dengan tile
cleaner.
√
2.10 Bersihkan semua lampu. √
2.11 Letakkan pewangi dan deodorant pad / block di setiap tandas
dan gantikan dari masa ke semasa.
√
3. Pembersihan Luar Bangunan
3.1 Membersih tompokan dan menghilangkan kotoran dinding, habuk,
sawang dan kulat.
√
3.2 Menyapu dan memastikan semua kawasan termasuk jalan masuk,
kaki lima (footpath) dan longkang adalah bebas dari sampah sarap
dan takungan air.
√
3.3 Memberus, membasuh dan membersihkan dinding termasuk dinding
berkerawang, tiang, tingkap cermin dan lain-lain berkenaan
menggunakan bahan kimia bersama pancuran air tekanan
√
-
tinggi (high pressure water jet).
3.4 Lain-lain kerja pembersihan dan perkhidmatan yang diperlukan
di luar bangunan yang berkaitan dengan bangunan termasuklah aset,
peralatan dan sebagainya yang terletak di kawasan bangunan yang
memerlukan kerja pembersihan dan servis.
3.5 Pencucian dan pembersihan kolam ikan setiap 1 bulan
sekali.
√
4. Pengutipan Dan Pembuangan Sisa Sampah
4.1 Mengutip dan membuang semua sisa sampah dari dalam bangunan
ke dalam tempat pengumpulan sisa sampah yang dikhaskan di dalam
bangunan.
√
4.2 Mengutip dan membuang semua sisa sampah dari setiap ruang
dan permukaan luar bangunan dan kawasan sekeliling bangunan dan
membuang ke tempat pengumpulan sisa sampah yang dikhaskan di dalam
bangunan.
√
4.3 Memastikan semua sampah dalam tempat pengumpulan sisa sampah
yang dikhaskan dikutip dan diangkut ke tempat pembuangan sisa
sampah awam yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
√
4.4 Memastikan kebersihan tong sampah dan tempat pengumpulan
sisa sampah bebas daripada kekotoran, bau busuk dan serangan
serangga perosak.
√
4.5 Melaksanakan arahan-arahan lain dari Wakil Pegawai Penguasa
berkaitan pengumpulan dan pembuangan sisa sampah selaras dengan
peraturan dan standard pengurusan sisa sampah yang sedang berkuat
kuasa dari masa ke semasa.
4.6 Memastikan pengutipan sampah daripada pondok keselamatan
luar dan membersihkan pondok keselamatan tersebut.
√
Tandatangan: Tandatangan: …………………………… …………………………… (Kontraktor)
(Saksi) Nama :…………………………….. Nama :…………………………….. Jawatan
:…………………………….. Jawatan :……………………………..
-
PEMATUHAN PERALATAN PEMBERSIHAN
Bil Perkara Lokasi
Kuantiti
Gambar
Rujukan
Patuh
(√)
Tidak
Patuh
(X)
Catatan
1 Paper Towel
Dispenser
Tandas Perempuan 1
Tandas Lelaki 1
JUMLAH 2
2 Toilet Paper
Holder
Tandas Perempuan
3
Tandas Lelaki 3
JUMLAH 6
3 Automatic Air
Freshener
Dispenser
Ruang Legar 1
Bilik KPSU 1
Bilik PSU 1
Bilik Pengawal
Keselamatan
1
Bilik Jamuan 1
Bilik Mesyuarat 2
Perpustakaan 1
Kantin 1
Surau Perempuan 1
Surau Lelaki 1
Bilik Pemantauan 1 2
Bilik Pemandu/PO 1
Bilik Kawalan (MCR) 1
Bilik
Penyelenggaraan
1
Tandas Lelaki 1
-
Tandas Perempuan 1
Bil Perkara Lokasi Kuantiti
Gambar Rujukan
Patuh
(√)
Tidak
Patuh
(X)
Catatan
Bilik Pentadbiran 1
Bilik Pemantauan 2 2
Bilik Pemantauan 3 2 JUMLAH 23
4 Sanitary Bin Tandas Perempuan 1
JUMLAH 1
5. Vacuum Cleaner (wet and dry)
1
JUMLAH 1 6. Blower 1
JUMLAH 1 7. High
Pressure Water Jet
1
JUMLAH 1 8. Mop tandas 4
JUMLAH 4
http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://www.thegreenbook.com/advertiserfiles/productshowcasepictures/main/s/s067436681/malstar_foot_pedal_sanitary_napkin_disposal_bin_saniquip_s_pte_ltd2012_01_10_10_19.jpg&imgrefurl=http://www.thegreenbook.com/products/malstar-sanitary-pedal-bin-model-sb-200/saniquip-s-pte-ltd/&h=360&w=360&tbnid=2ZkqZuzj7pvwhM:&zoom=1&docid=mg2yLGAH1dOc9M&ei=-Bz9VJv7LMKhugS6ioLQBQ&tbm=isch&ved=0CHEQMyhDMEMhttp://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://www.thegreenbook.com/advertiserfiles/productshowcasepictures/main/s/s067436681/malstar_foot_pedal_sanitary_napkin_disposal_bin_saniquip_s_pte_ltd2012_01_10_10_19.jpg&imgrefurl=http://www.thegreenbook.com/products/malstar-sanitary-pedal-bin-model-sb-200/saniquip-s-pte-ltd/&h=360&w=360&tbnid=2ZkqZuzj7pvwhM:&zoom=1&docid=mg2yLGAH1dOc9M&ei=-Bz9VJv7LMKhugS6ioLQBQ&tbm=isch&ved=0CHEQMyhDMEMhttp://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://www.thegreenbook.com/advertiserfiles/productshowcasepictures/main/s/s067436681/malstar_foot_pedal_sanitary_napkin_disposal_bin_saniquip_s_pte_ltd2012_01_10_10_19.jpg&imgrefurl=http://www.thegreenbook.com/products/malstar-sanitary-pedal-bin-model-sb-200/saniquip-s-pte-ltd/&h=360&w=360&tbnid=2ZkqZuzj7pvwhM:&zoom=1&docid=mg2yLGAH1dOc9M&ei=-Bz9VJv7LMKhugS6ioLQBQ&tbm=isch&ved=0CHEQMyhDMEMhttp://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://www.thegreenbook.com/advertiserfiles/productshowcasepictures/main/s/s067436681/malstar_foot_pedal_sanitary_napkin_disposal_bin_saniquip_s_pte_ltd2012_01_10_10_19.jpg&imgrefurl=http://www.thegreenbook.com/products/malstar-sanitary-pedal-bin-model-sb-200/saniquip-s-pte-ltd/&h=360&w=360&tbnid=2ZkqZuzj7pvwhM:&zoom=1&docid=mg2yLGAH1dOc9M&ei=-Bz9VJv7LMKhugS6ioLQBQ&tbm=isch&ved=0CHEQMyhDMEMhttp://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://www.thegreenbook.com/advertiserfiles/productshowcasepictures/main/s/s067436681/malstar_foot_pedal_sanitary_napkin_disposal_bin_saniquip_s_pte_ltd2012_01_10_10_19.jpg&imgrefurl=http://www.thegreenbook.com/products/malstar-sanitary-pedal-bin-model-sb-200/saniquip-s-pte-ltd/&h=360&w=360&tbnid=2ZkqZuzj7pvwhM:&zoom=1&docid=mg2yLGAH1dOc9M&ei=-Bz9VJv7LMKhugS6ioLQBQ&tbm=isch&ved=0CHEQMyhDMEM
-
Bil Perkara Lokasi Kuantiti
Gambar Rujukan
Patuh
(√)
Tidak
Patuh
(X)
Catatan
9. Mesin Pengilat Lantai
1
JUMLAH 1 10. High Dusting
Broom (sawang)
3
JUMLAH 3 11. Penyapu
longkang 3
JUMLAH 3
-
LAMPIRAN 1
PEMATUHAN SENARAI BAHAN KIMIA CUCIAN DAN KEGUNAAN (PATUH/TIDAK
PATUH)
Bil.
Nama Bahan
Kimia
Kegunaan
Patuh
( / )
Tidak Patuh
(X)
Jenama
Catatan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
Floor Wax Stripper Over & Under Sealer Floor Finish Wax
Jonseal Wax Snapback Spray Buff General Purpose Cleaner Traffic Wax
Liquid Glass Cleaner Stainless Cleaner Cecair Pencuci Mangkuk
Tandas Handsoap Deodrant Block
Kegunaan untuk mencuci kotoran dan menanggalkan (floor wax) yang
telah lama dan kering. Kegunaan untuk menutup semua lubang-lubang
kecil pada jubin lantai terazzo, jubin lantai heavy duty
homogeneous, pecahan marmar dan vinyl dan menjadi lapisan asas.
Kegunaan untuk menjadi lapisan atas permukaan jubin lantai terazzo,
jubin lantai heavy duty homogeneous, pecahan marmar dan jubin
lantai vinyl dan boleh dikilatkan. Kegunaan untuk menjadi lapisan
atas hanya permukaan (tiles) yang selalu basah dan boleh
dikilatkan. Kegunaan sebagai bahan pengilat lantai dan dikilatkan
(buffing) dengan menggunakan mesin pengilat lantai . Kegunaan untuk
mencuci kotoran di lantai dan dinding serta pelbagai kegunaan.
Kegunaan untuk lantai (Parquet). Kegunaan untuk mencuci cermin.
Kegunaan untuk mengilatkan (Stainless steel). Kegunaan untuk
mencuci mangkuk tandas (W.C). Kegunaan untuk mencuci tangan.
Kegunaan sebagai bahan pewangi dalam tempat buang air kecil.
-
13.
Cecair Wangi Pencuci Lantai Tandas
Kegunaan untuk mencuci dan mewangikan tandas.
-
JADUAL TAWARAN HARGA
PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH PEJABAT CAWANGAN PENGESAN
SIARAN KLANG BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN
Sebut harga No.: …………………………………….
BIL
PERKARA
JUMLAH SEBULAN
(RM)
1. Pekerja Perkhidmatan Pembersihan
a) 1 Orang Penyelia
b) 2 Orang Pekerja
Melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kawasan awam dan
pejabat, bilik air, pembersihan luar bangunan serta pengutipan dan
pembuangan sampah.
2. Pengurusan Syarikat (Peralatan, Bahan Cucian, Uniform,
Mesin)
JUMLAH KESELURUHAN (SEBULAN)
JUMLAH BAYARAN SETAHUN
-
BORANG MAKLUMAT PENYEBUT HARGA
PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH PEJABAT CAWANGAN
PENGESAN SIARAN KLANG BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN
__________________________________________________________________
1. Nama Syarikat : ……………………………………………..……………...
2. Alamat Syarikat : ………………………………………..…………………...
…………………………………………………………….
…………………………………………………………….
3. No. Telefon : ……………………………………………………..……...
No. Faks : …………………………………………………………….
4. No. Pendaftaran : …………………………………………………………….
Kementerian Kewangan
5. Tarikh Tamat Pendaftaran : …………………………………………………………….
6. Tarikh Syarikat ditubuhkan : …………………………………………………………….
7. Jenis Perniagaan : …………………………………………………………….
8. Taraf Syarikat (Bumiptera/Bukan Bumiputera) :
…………………………………….
(Sila sertakan Salinan Sijil)
9. LEMBAGA PENGARAH / PEMEGANG SAHAM UTAMA / PEMEGANG EKUITI
Nama Warganegara No. K/P
i. …………………………………………… …………………………..
ii. …………………………………………… …………………………..
iii. …………………………………………… …………………………..
iv. …………………………………………… …………………………..
-
v. …………………………………………… …………………………..
10. Nama Bank : …………………………………………………………………….
Alamat : …………………………………………………………………….
…………………….………………………………………………
……………………………………………………………………
(Sila kemukakan salinan penyata bank untuk 3 bulan terakhir)
11. Modal yang dibenarkan : …………………………………………………….
12. Modal Berbayar : …………………………………………………….
13. Kemudahan Overdraf : …………………………………………………….
Nama dan Alamat Bank : …………………………………………………….
.……………………………………………………
……………………………………………………
…………………………………………………….
(Salinan Penyata bank tiga (3) bulan terakhir)
14. KOMPOSISI MODAL
Bilangan pemegang saham mengikut jumlah unit saham.
Bilangan Pemegang Jumlah
Unit
%
(a) Bumiputera ……………………… ………….. ………
(b) Bukan Bumiputera ……………………… ………….. ………
(c) Lain-lain (Bukan Warganegara) ……………………… ………….. ………
15. KOMPOSISI KAKITANGAN
Bumiputera Bukan Bumiputera Jumlah
(a) Eksekutif ……………………… ……………………... ………
(b) Teknikal ……………………… ……………………… ………
(c) Perkeranian ……………………… ……………………… ………
-
16. PERAKUAN
16.1. Saya / kami yang bertandatangan dibawah ini mengesahkan
bahawa segala
maklumat yang diberi dalam borang ini adalah benar.
16.2. Saya / kami bersetuju bahawa tawaran yang saya / kami
kemukakan ini
ditolak jika sekiranya maklumat yang diberi tidak benar.
KONTRAKTOR SAKSI
(Yang ditauliahkan sahaja)
Tandatangan:…………………………… Tandatangan: ……………………………….
Nama:…………………………………… Nama:……………………………………….
No. Kad Pengenalan:……………………. No. Kad
Pengenalan:.................................
Jawatan dalam Syarikat (jika ada)
...........................................................................
Nama/Alamat/Telefon dan Cop Syarikat
.......................................................................................
-
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH PEJABAT CAWANGAN
PENGESAN SIARAN KLANG BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN
No. Sebutharga : KKMM.CPP/SH/8/2017
Saya, …………………………………….........nombor K.P. .........………………......
yang
mewakili
…………………….............................................................................
nombor
Pendaftaran…...........……………………………………………...... dengan ini
mengisytiharkan
bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini
tidak akan menawar
atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Kementerian
Komunikasi dan
Multimedia Malaysia atau mana-mana individu lain, sebagai
sogokan untuk dipilih dalam
sebut harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat
Perwakilan Kuasa* bagi
saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat
pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat
ini didapati
bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu
dalam Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau mana-mana individu lain
sebagai sogokan
untuk dipilih dalam sebutharga seperti di atas, maka saya
sebagai wakil syarikat bersetuju
tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas;
atau
2.2 penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan
Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah
daripada saya atau
mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai
sogokan untuk dipilih
dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan
dengan segera melaporkan
perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan
Rasuah Malaysia (SPRM)
atau balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
……………………………......
( Nama dan No.KP )
Cap Syarikat :
* Wakil syarikat yang menandatangani bagi pihak syarikat
dikehendaki mengemukakan Surat Perwakilan
Kuasa
(Tandatangan)
(Nama Wakil Syarikat)
(Nama Syarikat)
(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)
-
REKOD PENGALAMAN KERJA (senaraikan semua kerja yang bekaitan dan
telah disiapkan
dalam 3 tahun lepas)
BIL
NAMA KONTRAK
NILAI KONTRAK
(RM)
TEMPOH
KONTRAK
TARIKH
PERKHIDMATAN
NAMA DAN ALAMAT
PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB
NAMA DAN ALAMAT MAJIKAN MULA TAMAT
*Sila kemukakan salinan Surat Setuju Terima atau Pesanan
Kerajaan serta gunakan lampiran jika ruang yang diberikan tidak
mencukupi
-
SENARAI KERJA KONTRAK SEMASA
(senarai semua kerja di dalam tangan/sedang berjalan dan belum
siap termasuk kontrak yang baru ditawarkan)
BIL
NAMA KONTRAK
NILAI
KONTRAK (RM)
TEMPOH
KONTRAK
TARIKH
PERKHIDMATAN
NAMA DAN ALAMAT
PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB
NAMA DAN
ALAMAT MAJIKAN MULA TAMAT
*Sila kemukakan salinan Surat Setuju Terima atau Pesanan
Kerajaan serta gunakan lampiran jika ruang yang diberikan tidak
mencukupi
-
35
35