Unit PPDa SKJB
[Unit PPDa SKJB]2014
1.0 Pengenalan1.1 Definisi dadahDrug menurut Kamus Dewan Bahasa
diertikan sebagai ubat-ubatan. Untuk memberi takrif penyalahgunaan
kepada 'drug', perkataan 'use', 'misuse' atau 'abuse' perlu
digunakan bersama-sama dengan perkataan 'drug'.Dalam Bahasa
Malaysia, dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi
pengertian penyalahgunaan. Mengikut risalah kecil "Islam Memusuhi
Dadah" yang diterbitkan oleh Pasukan Petugas Khas Anti Dadah,
Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1993
telah memberi penjelasan di mana dadah ialah bahan kimia psikoaktif
yang mempunyai kesan paling ke atas sistem saraf tubuh manusia
seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan
tingkahlaku dan sebagainya. Penggunaannya yang berterusan akan
mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga,
masyarakat, negara dan agama. Takrif ini tidak meliputi alkohol dan
tembakau serta ubat yang merupakan bahan kimia asli atau tiruan
yang digunakan untuk mengesan, mencegah atau mengubati
penyakit.
1.2 Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)Pada 28 Febuari 1983,
Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan Dadah Musuh
Utama Negara. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia
(sekarang dikenal dengan Kementerian Pelajaran Malaysia telah
diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program
Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama
program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu
bapa.Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan
secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu:1. Pengurusan
dan Kepimpinan2. Kurikulum3. Kokurikulum 4. Pembentukan Sahsiah
1.2.1 Matlamat Pendidikan Pencegahan DadahMatlamat Pendidikan
Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan,
kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan
dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya
menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran Sekolah Benas
dadah tahun 2012.1.2.2 RasionalMasalah penggunaan dadah yang
berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi
menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting
disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan
yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa
terdedah dan berada dalam keadaan risiko untuk turut terlibat.
Menyedari hakikat ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil
tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan
Dadah Di Sekolah secara sistematik dan berkesan.1.2.3 Objektif
Pendidikan Pencegahan Dadah1. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman
dan kemahiran pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan
kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak
dengan dadah.2. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di
kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.3.
Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan
mengamalkan nilai-nilai murni.4. Melibatkan dan mewujudkan
permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah
dalam usahan mencegah dadah.1.2.4 Prinsip Pendidikan Pencegahan
Dadah Di Sekolah1. Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah
melaksanakan program PPDa.2. Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.3.
Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang
disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Negara.4. Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya
meningkat ketahanan dan jati diri murid.5. PPDa adalah
tanggungjawab semua warga sekolah.6. Program PPDa hendaklah
menjurus ke arah Sekolah Bebas Dadah.1.2.5 Strategi PPDa Di
SekolahHasil mesyuarat antara Menteri Pendidikan a.k.a Menteri
Pelajaran dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 2 Januari 1998,
beberapa persetujuan mengenai strategi PPDa di sekolah telah
dicapai. Strategi utama PPDa yang dimaksudkan ialah melalui
Kurikulum Kokurikulum.Lanjutan daripada itu, beberapa proses
pemantauan dan pemurnian dijalankan, dua lagi strategi digerakkan
sebagai pelengkap kepada strategi yang sedia ada iaitu melalui
Pengurusan dan Kepimpinan serta Pembangunan Sahsiah.
2.0 Latar belakang PPDa SK Jalan Bintang2.1 Sejarah
Lorong dadah Sekolah Kebangsaan Jalan Bintang telah ditubuhkan
pada tahun 2010. Pada waktu itu, Guru Besar, Encik Hamdan bin
Bakeri menyandang jawatan sebagai penasihat. Pn. Nor Shahbinar
binti Kamil yang merupakan Guru PJK telah diamanahkan untuk
menyandang jawatan sebagai ketua manakala Pn. Haini Idang yang
merupakan Guru Bimbingan Sepenuh Masa (GBSM) menyandang jawatan
sebagai Penyelaras. Penubuhan Lorong Dadah ini merupakan suatu
program gabungan antara Unit Bimbingan dan Kaunseling dan juga
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Program membina suatu
kawasan yang dinamakan Lorong Dadah ini dilaksanakan dengan
kerjasama oleh kumpulan guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru
Kampus Sarawak Miri 2010. Semenjak program ini ditubuhkan, Sekolah
Kebangsaan Jalan Bintang tidak pernah menyertai sebarang bentuk
pertandingan yang dianjurkan.
2.2 Visi, Misi, Objektif
VISI
"Sekolah Bebas Dadah"
MISIMelahirkan murid bebas dadah melalui program PPDa yang
bersepadu dan menyeluruh dari aspek pengurusan dan kepimpinan,
kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
MATLAMATMemberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada
murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah
agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pendidikan
pencegahan dadah dalam kalangan murid, guru dan ibu bapa.2. Membina
ketahanan dan jati diri tinggi dalam kalangan murid dan sudut
fizikal, emosi, mental dan rohani.3. Membolehkan murid mengamalkan
gaya hidup sihat dan bertingkah laku positif serta mengamalkan
nilai-nilai murni.4. Memastikan program pendidikan pencegahan dadah
dijayakan secara bersepadu melibatkan PIBG, agensi kerajaan yang
terlibat dan badan bukan kerajaan berkaitan.
2.3 Carta Organisasi
2.3 Carta Organisasi
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN
DADAH (PPDa) 2014SK JALAN BINTANG, MIRI
PENGERUSIPN. NURMILA ABDULLAH(PK HEM)
PENYELARAS PENGURUSAN /KEPIMPINAN / PEMBENTUKAN SAHSIAH
PENYELARAS AKTIVITI KOKURIKULUM/ KURIKULUM
CARTA ORGANISASI KELAB SAHABAT PPDaSK JALAN BINTANG, MIRI
2014
2.4 Bidang tugas
2.4.1 PENYELARAS PENGURUSAN / KEPIMPINAN (S/U PPDa)
1) Carta Organisasi Jawantakuasa PPDa Di Sekolah Menubuhkan
Jawatankuasa PPDa induk & Jawatankuasa Pelaksana di sekolah
Menyenaraikan peranan/tugas Jawatankuasa Pelaksana Merancang
program/aktiviti PPDa di sekolah Melaksanakan program/aktiviti di
sekolah Menyelaras program/aktiviti peringkat sekolah Membuat
pemantauan dan penilaian Menyediakan laporan
2) Rancangan Aktiviti PPDa(Takwim Tahunan PPDa)
3) Perkembangan Staf
Perkembangan staf merupakan satu daripada kepelbagaian
pendekatan memerangi dadah dalam PPDa. Program ini boleh menjana
kekuatan dan keberkesanan PPDa di sekolah.
Rasional Guru-guru & kakitangan sekolah memerlukan maklumat
terkini mengenai PPDa. Pengetahuan Kemahiran yang diperolehi
membantu memantapkan usaha-usaha menggerakkan PPDa di sekolah
Objektif Memberi pengetahuan, kefahaman dan kesedaran mengenai
bahaya dadah. Meningkatkan kemahiran PPDa. Memantapkan kaedah
p&p PPDa merentasi kurikulum. Menyebarkan pengetahuan dan
kemahiran PPDa kepada warga sekolah.
Kumpulan sasar Guru sekolah Kakitangan sekolah
Kaedah Pelaksanaan Ceramah
Pengisian
Pengetahuan PPDa Strategi menangani masalah dadah Senario dadah
di Malaysia Kemahiran Personal & Interpersonal Pendedahan
Kaedah p&p PPDa Aktiviti Permuafakatan dalam PPDa
4) Program Gerak Sedar Bersepadu (PROGRESS)
PROGRESS adalah satu aktiviti dalam bentuk kempen yang boleh
menimbulkan kesedaran untuk menjauhi dadah. Program ini
dilaksanakan secara bersepadu melibatkan pihak sekolah, PDRM, AADK,
Jabatan Kesihatan, Jabatan Agama dan PEMADAM.
RasionalMurid-murid sekolah perlu diberi pendedahan untuk
mendapatkan pengetahuan dan kemahiran PPDa tentang bahaya dadah.
Kempen adalah kaedah yang terbaik untuk menyampaikan maklumat.
Objektif Mewujudkan kesedaran murid, guru, dan masyarakat
tentang bahaya dadah Menggalakkan interaksi sosial positif antara
murid dengan masyarakat Murid dapat menyampaikan maklumat maklumat
menegani bahaya dadah kepada rakan-rakan dan masyarakat.
Kumpulan SasaranSemua murid sekolah
Kaedah Pelaksanaan Kempen (1-3 hari) Ceramah Pameran
Pengisian Ceramah PPDa Pameran PPDa Bersama Tokoh Aktiviti PPDa
Bersama Masyarakat Penyebaran Maklumat Oleh Murid Sekolah
5) Ujian Urin MuridUjian Urin Murid merupakan langkah pencegahan
awal yang bertujuan untuk mengesan murid yang disyaki mencuba
dadah.
Rasional Mengesan murid yang terlibat dengan dadah Memberi
bimbingan PPDa kepada murid yang positif urin.
Kumpulan SasarMurid sekolah
Kaedah Pelaksanaan Menggunakan kertas jalur (saringan) Ujian
Pengesahan (Makmal)
Pengisian Menyenaraikan nama murid yang dikenalpasti.
Memaklumkan kepada PPD. Menyediakan jadual pelaksanaan (senarai
murid dan tarikh) Taklimat ujian urin kepada murid Pengambilan dan
pengujian sampel Soal selidik / pengakuan murid.
6) Minggu AntidadahSuruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai
Dadah Narkotik (UNCND) telah mengisytiharkan bahawa 26 Jun setiap
tahun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa. Manakala kerajaan
Malaysia telah mengisytiharkan pada 19 Febuari setiap tahun sebagai
Hari Antidadah Kebangsaan. Kedua-dua minggu ini perlu diisi dengan
aktiviti PPDa supaya hasrat kita menjadikan sekolah bebas dadah
akan tercapai.
RasionalLangkah pencegahan awal perlu diadakan kepada murid bagi
menyedarkan mereka tentang bahaya dadah.
Objektif Memberi pengetahuan kepada murid mengenai bahaya dadah.
Menimbulkan kesedaran kepada murid mengenai pentingnya PPDa.
Menbentuk tingkahlaku dan nilai positif di kalangan warga
sekolah.
Kumpulan Sasaran Murid sekolah Guru-guru & kakitangan
sekolah Ibu bapa
Kaedah pelaksanaan Perhimpunan Ceramah Pameran
2.4.2 PENYELARAS AKTIVITI KOKURIKULUM (S/U PENYELARAS KOKUM)
1) Aktiviti Seni Jauhi Dadah
Aktiviti Seni Jauhi Dadah adalah sebahagian daripada strategi
Pendidikan Pencegahan Dadah yang boleh meningkatkan kesedaran dan
pengetahuan murid terhadap kesan buruk dan bahaya penggunaan
dadah.
RasionalMurid merupakan golongan remaja yang aktif dan suka
aktiviti-aktiviti yang dapat memantapkan emosi serta mengembangkan
bakat melalui aktiviti seni.
Objektif Mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran murid di
semua peringkat mengenai bahaya dadah. Menggunkan aktiviti kesenian
sebagai media ke arah memberi kesedaran pencegahan dadah kepada
murid. Mencungkil dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di
kalangan murid.Pengisian Poster Anti Dadah Deklamasi Sajak Anti
Dadah Boria Anti Dadah
2.4.3 PENYELARAS AKTIVITI KURIKULUM (GURU PJK)1) Mesej Jauhi
DadahMesej Jauhi Dadah ini merupakan inovasi daripada Program Cuma
5 Minit Antidadah. Program ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa
kepada warga sekolah. Program yang menggunakan pendekatan
kokurikulum ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa.
RasionalKurikulum yang mudah dan ringkas wajar digunakan dalam
penyebaran maklumat PPDa di sekolah. Satu set bahan maklumat yang
jelas perlu disediakan untuk memudahkan personaliti menyampaikan
mesej anti dadah.
Objektif Memberi maklumat PPDa kepada warga sekolah. Memberikan
kesedaran bahaya dadah kepada warga sekolah ke arah gaya hidup
cemerlang. Meningkatkan kemahiran menyampaikan maklumat PPDa kepada
warga sekolah.
Kumpulan SasaranWarga sekolah.
Kaedah Pelaksanaan Menyampaikan mesej Jauhi Dadah melalui
ceramah/ pidato semasa. Pengajaran dan pembelajaran. Perhimpunan.
Aktiviti kokurikulum.2) Program Intelek Asuhan Rohani
(PINTAR)PINTAR merupakan satu program teras PPDa di sekolah rendah
berasaskan kurikulum dan kokurikulum. Program ini dilaksanakan
dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan.
RasionalMelahirkan golongan murid yang berpengetahuan dan
berkemahiran untuk menolak gejala negatif bermula di peringkat
sekolah rendah lagi.
Objektif Menambah pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menolak
pengaruh negatif rakan sebaya. Meningkatkan penghargaan kendiri
serta kemahiran interpersonal murid supaya mengata TIDAK kepada
dadah. Menggalakkan murid murid supaya mengikuti aktiviti kurikulum
untuk menjauhi dadah. Membina ketahanan diri murid supaya tidak
terlibat dengan dadah.
Kumpulan SasaranTahap Dua Sekolah Rendah.Kaedah Pelaksanaan
Pelaksanaan di semua sekolah rendah terpilih di seluruh negara.
Lapan waktu pengajaran dalam setahun: 2 waktu kepada Agensi Dadah
Kebangsaan. 2 waktu kepada Polis Diraja Malaysia. 4 waktu kepada
guru PJPK. Dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan.
Pengisian PINTAR Dalam Mata Pelajaran KBSR24 tajuk pengajaran
adalah seperti berikut:Tahun 41. Perbezaan Dadah, Ubat dan Racun.2.
Jenis-Jenis Dadah.3. Kesan atau Akibat Dadah Terhadap Kesihatan
Seseorang.4. Meningkatkan Penghargaan Kendiri.5. Kemahiran
Mengatakan TIDAK(i).6. Kemahiran Membuat Keputusan (i).7. Kemahiran
Berkomunikasi (i).8. Kemahiran Berkomunikasi (ii).Tahun 51.
Faktor-Faktor Penagihan Dadah2. Meningkatkan Penghargaan Kendiri.3.
Alternatif-Alternatif Yang Sihat.4. Pengaruh Rakan Sebaya.5.
Kemahiran Mengatakan TIDAK (ii).6. Kemahiran Membuat Keputusan
(i).7. Kemahiran Membuat keputusan (ii).8. Undang-Undang Dadah.9.
Kemahiran Pengurusan Tekanan.Tahun 61. Kesan dan Akibat Dadah Dari
Segi Sosial, Ekonomi dan Keselamatan Negara.2. Masalah Dadah
Semasa.3. Dasar Dadah Negara dan Strategi-Strateginya.4.
Penghargaan Kendiri (iii).5. Tingkah Laku Berisiko.6. Peranan
Agensi-Agensi/Masyarakat Dalam Pengawalan & Pencegahan Dadah.7.
Media Massa dan Dadah.8. Kemahiran Asertif.
3) Pameran AntidadahPameran Anti Dadah merupakan antara aktiviti
pencegahan dadah yang berkesan dalam menyampaikan mesej bahaya
dadah.
RasionalBahan media yang dipamerkan akan meningkatkan kesedaran
dan menimbulkan perasaan benci terhadap dadah.
Kumpulan SasaranWarga sekolah dan ibu bapa/penjaga
Kaedah Pelaksanaan Semasa Sambutan Minggu PPDa (19 Feb/26 Jun)
Semasa kursus-kursus motivasi Semasa Program PPDa
Pengisian Bahan Gambar Buku skrap Keratan akhbar Carta Media
elektronik Bahan maujud mengenai PPDa
2.4.4 PENYELARAS PEMBENTUKAN SAHSIAH (GURU BIMBINGAN
KAUNSELING)
1) Kemahiran Personal / InterpersonalUsaha memberikan kemahiran
personal dan interpersonal kepada murid merupakan aktiviti yang
sangat baik dan sememangnya digalakkan. Usaha ini akan membantu
murid-murid menjadi individu yang pandai mengurus diri, bertingkah
laku positif, mahir berinteraksi dan berpotensi menjadi pemimpin
cemerlang.
RasionalMurid yang mempunyai kemahiran personal dan
interpersonal perlu dilatih melalui satu latihan yang sistematik
supaya kebolehan dan ketrampilan mereka terserlah.
Objektif Melahirkan murid yang berperibadi mulia Meningkatkan
kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan
Meningkatkan kemahiran lepas diri. Mengatakan TIDAK kepada dadah
Meningkatkan Kemahiran membuat keputusan Meningkatkan kemahiran
memimpin di kalangan murid
Kumpulan Sasaran
Murid sekolah rendah
Pengisian
Kesedaran kendiri Asas komunikasi Asas kaunseling Perkembangan
remaja Kemahiran lanjutan2) Kaunseling Pendidikan Pencegahan
DadahKaunseling PPDa berperanan untuk membantu murid yang telah
dikesan terlibat dengan dadah. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan
Kaunseling PPDa ini secara sukarela atau dirujuk.
RasionalMurid sekolah yang dikesan terlibat perlu diberikan
pertolongan secara khusus melalui perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling supaya bebas daripada dadah.
Pengisian Perubahan tingkah laku Pengurusan diri, masa dan
tekanan Kemahiran interpersonal Kemahiran membuat keputusan
Perkembangan konsep kendiri Kemahiran tegas diri
3) Program KeibubapaanProgram ini merupakan satu pendekatan
untuk mengembleng tenaga semua pihak termasuk ibu bapa dalam usaha
membanteras masalah dadah. Usaha yang bersepadu, berterusan dan
penglibatan yang aktif daripada pihak ibu bapa akan dapat
mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan generasi muda bagi
membina sikap membenci dan menjauhi dadah.
RasionalKeluarga merupakan institusi masyarakat paling kecil
yang menjadi asas kepada kebahagiaan dan kesejahteraan negara.
Peranan keluarga amat penting dalam memastikan generasi muda tidak
terlibat dengan dadah.
Objektif Memberi kesedaran dan pendedahan tentang ancaman dan
bahaya dadah kepada ibu bapa Meningkatkan kesedaran mengenai
kepentingan program keibubapaan dalam pendidikan pencegahan dadah.
Memberikan bimbingan kepada peserta tentang peranan ibu bapa dalam
pendidikan pencegahan dadah dan peluang mewujudkan keluarga bahagia
Memberi peluang kepada ibu bapa bertukar pendapat dan idea
berhubung dengan pendidikan pencegahan dadah.
Kumpulan SasaranPeserta yang terdiri daripada ibu bapa
Kaedah Pelaksanaan Ceramah Latihan Dalam Kumpulan Seminar Forum
Bengkel
Pengisian Pameran Antidadah Kemahiran Keibubapaan Pengurusan
Keluarga Bahagia Ancaman Dadah Terhadap Keluarga Peranan Ibu Bapa
Dalam Mengatasi Masalah Dadah Di Sekolah
3.0 Rancangan Cadangan AktivitiBULANPERKARA
JANUARIPERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN 2014
PELARASAN ORGANISASI PPDa 2014
PENYAMPAIAN MAKLUMAT PPDa
FEBRUARIINFO 5 MINIT ANTI DADAH
PENAMBAHBAIKAN SUDUT PPDa
MOTIVASI PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI
MACINFO 5 MINIT ANTI DADAH
KEMASKINI MAKLUMAT SUDUT PPDa
APRILINFO 5 MINIT ANTI DADAH
MINGGU PPDa
CERAMAH DARI PIHAK AADK
MEIINFO 5 MINIT ANTI DADAH
KEMASKINI MAKLUMAT SUDUT PPDa
JUNINFO 5 MINIT ANTI DADAH
KEMASKINI MAKLUMAT SUDUT PPDa
MINGGU ANTI DADAH 2014
JULAIINFO 5 MINIT ANTI DADAH
KEMASKINI MAKLUMAT SUDUT PPDa
OGOSINFO 5 MINIT ANTI DADAH
KEMASKINI MAKLUMAT SUDUT PPDa
PROJEK KECERIAAN LORONG PPDa/ KPJ/ B&K
SEPTEMBERINFO 5 MINIT ANTI DADAH
KEMASKINI MAKLUMAT SUDUT PPDa
PROJEK KECERIAAN LORONG PPDa / KPJ / B&K
OKTOBERINFO 5 MINIT ANTI DADAH
KEMASKINI MAKLUMAT SUDUT PPDa
AKTIVITI ANTI DADAH UNTUK MURID TAHUN 6
NOVEMBERINFO 5 MINIT ANTI DADAH
LAPORAN DAN DOKUMENTASI AKTIVITI BILIK SUMBER PPDa 2014
4.0 Aktiviti sepanjang tahun 4.1 Pelarasan Organisasi PPDa Tahun
2014Pembentukan Organisasi Jawatankuasa Induk telah dibentuk pada
Januari 2014. Jawatan serta bidang tugas Ahli Jawatankuasa
masing-masing telah diterangkan secara ringkas dan jelas. Pada masa
yang sama, perbincangan dilakukan bagi merancang aktiviti tahunan
yang akan diadakan sepanjang tahun 2014. Semua pihak turut
bersetuju untuk membaikpulih serta menceriakan semula Lorong Anti
Dadah SK Jalan Bintang.
4.2 Penambahbaikan Sudut PPDaSelepas perbincangan dilakukan
antara Ahli Jawatankuasa, keputusan dicapai untuk membaikpulih
serta menjalankan aktiviti kecerian di Lorong PPDa. Antara
kerja-kerja membaikpulih adalah seperti berikut: Menurunkan
poster-poster lama yang dilekat pada dinding lorong. Mengecat
semula dinding lorong dengan warna yang lebih ceria Melekatkan
poster-poster Anti Dadah yang telah dibalut kemas dan cantik. 4.3
Motivasi (Unit Bimbingan & Kaunseling)Unit Bimbingan dan
Kaunseling telah mengadakan Ceramah Motivasi yang bertajuk
Keyakinan Diri Pencetus Inspirasi pada 1 Mac 2014 yang melibatkan
murid Tahun 6 SKJB. Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah
jemputan dari IPG Miri iaitu En Salvaraj di Bilik TMK, SKJB.Antara
objektif motivasi adalah seperti berikut:1. Mewujudkan individu
yang berdisplin tinggi.2. melahirkan pelajar yang cekap dalam
pengurusan masa3. Mewujudkan rangkaian belajar yang berkesan.4.
Mewujudkan satu kumpulan pelajar yang berwawasan dan bermotivasi.5.
Menetapkan matlamat agar di tahun 2014 keputusan yang keluar adalah
satu keputusan yang boleh membanggakan warga sekolah.6. Membantu
pelajar yang sedia cemerlang mencemerlangkan lagi diri mereka.7.
Membantu pelajar mendapat perkhidmatan yang berterusan dari unit
bimbingan dan kaunseling dari segi pelajaran dan pembelajaran
merekaMotivasi ini berjalan dengan lancer dan kebanyakan murid
telah mendapat ilham dan inspirasi baru untuk membina keyakinan
diri serta menetapkan matlamat untuk masa depan.
4.4 Lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Miri (Unit K9)Unit PPDa
bersama dengan Kelab Bimbingan dan Kaunseling serta Kelab Pencegah
Jenayah telah mengadakan lawatan ke Unit K9, IPD Miri pada 16 April
2014 yang lepas. Seramai 31 orang murid yang menyertai lawatan ini
yang merupakan ahli Sahabat PPDa, ahli KPJ dan ahli Kelab B&K.
Antara objektif lawatan ini diadakan adalah untuk:a) Memberi
peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi tugas
dan peranan yang dijalankan oleh Unit Anjing Pengesan .b)
Menggalakkan dan mewujudkan nilai moral yang tinggi dalam diri
setiap murid dalam berhadapan dengan etika kerjaya sebagai
polis.
Lawatan ini banyak memberi peluang kepada murid-murid melihat
sendiri peranan dan tugasan anjing pengesan mengikut aspek tugas
masing-masing. Secara tidak langsung memberi kesedaran kepada murid
untuk tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang kerana
hukuman yang dikenakan akan setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan . Pengalaman sehari berada di Unit K9 banyak memberi
pengajaran kepada murid-murid apa yang mereka lihat pada hari itu
terutama dari demonstrasi yang ditunjukkan oleh 2 anjing pengesan
unit tersebut dan mungkin berguna pada masa akan dating untuk
menjadi insan yang lebih menghargai usia muda dengan aktiviti yang
lebih berfaedah.
4.5 Minggu Anti DadahMinggu anti Dadah telah dijalankan pada
18-22 Ogos 2014 yang lalu bertemakan 1 Malaysia Membanteras Dadah.
Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan seperti berikut:
Perasmian Minggu Anti Dadah SKJB 2014 Perasmian simbolik dengan
membakar replika rokok Info 5 minit Anti Dadah Ikrar Anti Dadah
oleh murid Pertandingan Melukis poster Pertandingan Mewarna gambar
Pertandingan Mencipta Logo Pertandingan Menulis karangan Aktiviti
melukis Kain rentang Anti dadahAktiviti sepanjang minggu tersebut
berjalan dengan lancar dan penyertaan murid adalah sangat
memberansangkan. Ahli Jawatankuasa yang terlibat telah menilai
markah untuk menentukan pemenang bagi setiap aktiviti. Pada minggu
seterusnya, Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang dalam aktiviti
Minggu Anti Dadah telah dijalankan pada waktu perhimpunan
sekolah.
4.6 Projek Kecerian Projek Keceriaan Lorong Anti Dadah adalah
kerjasama antara Unit PPDa, Kelab Pencegah Jenayah dan Kelab
Bimbingan dan Kaunseling SKJB. Aktiviti keceriaan dilakukan di
dinding bangunan sekolah dan kawasan tangga Bangunan C. Antara
kerja-kerja yang dilakukan adalah seperti berikut: Mengecat dinding
dan tangga Melekat poster. Mempamerkan hasil kerja murid.
Menggantung informasi-informasi berkaitan rokok dan dadah Menghias
dinding tangga. Melekatkan kata-kata hikmah Tapak kaki muridDi
antara objektif aktiviti keceriaan adalah:a) Memberi pengetahuan
murid mengenai bahaya dadah, aids, arak, rokok, kes buli, ponteng
dan sebagainya.b) Menimbulkan kesedaran kepada murid betapa
pentingnya Pendidikan Pencegahan Dadah, Pendedahan Kelab Pencegah
Jenayah dan Kelab Bimbingan dan Kaunseling.c) Membentuk tingkah
laku dan nilai positif di kalangan warga sekolah.d) meningkatkan
pengetahuan kemahiran melukis yang bertema di samping mencungkil
serta mengasah bakat seni lukis dalam kalangan
kanak-kanak.Kerja-kerja keceriaan telah berjalan lancar dan siap
pada masa yang ditetapkan.
5.0 PenutupUnit PPDa pada tahun ini dengan kerjasama Kelab
Pencegah Jenayah dan Kelab Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya
melanjutkan aktiviti keceriaan sehingga tingkat 2 banguna C.
Aktiviti yang berkesan ini adalah hasil usaha ahli-ahli
jawatankuasa serta Ahli Kelab Sahabat yang terdiri daripada
murid-murid serta Bahagian Pengurusan yang telah menyokong projek
ini serta penyediaan kos yang sepatutnya. Secara keseluruhannya,
program-program yang telah dijalankan sepanjang tahun boleh
dikatakan Berjaya. Ini kerana objektif-objektif bagi program
tersebut telah tercapai dan sekaligus memberi kesan positif kepada
kumpulan sasaran yang terdiri daripada guru-guru, staf sekolah ibu
bapa serta murid-murid. Namun begitu, ada juga beberapa program
yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa dan perlukan perancangan
yang lebih baik pada masa yang akan datang. Diharap pada
tahun-tahun yang medatang, lebih banyak program serta aktiviti akan
dijalankan oleh Unit PPDa sekolah bagi melaksanakan matlamat Negara
untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid,
guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah yang
boleh memusnahkan diri, agama, bangsa dan Negara. Ini secara tidak
langsung boleh membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di
kalangan murid, membentuk budaya dan tingkah laku positif serta
mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar
sekolah dalam usahan mencegah dadah.
21