1.0 PENGENALAN. Pembahagian Kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil "Separation of Powers" merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga cabang utama : Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman. Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman” (tyranny), di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa tersebut. Konsep Pembahagian Kuasa (juga lebih dikenali sebagai Konsep Pengasingan Kuasa) bermula sejak zaman Yunani lama. Aristotle berminat dengan kerajaan gabungan berkomposisi monarki, aristokrasi, dan demokrasi, melihatkan setiap elemen secara sendirinya tidak mampu menjalankan operasi kerajaaan secara sendirian, tetapi campuran ketiga-tiga elemen mengambil aspek terbaik dari elemen masing-masing. Pada 1656, James Harrington dalam bukunya Oceana, telah mengemaskinikan idea tersebut dan mencadangkan sistem berdasarkan konsep ini. John Locke, dalam "Civil Government, second treatise" pada 1690, telah membahagikan kuasa kerajaan kepada dua iaitu eksekutif dan legislatif. Manakala, Montesquieu dalam karyanya "Spirit of the Laws" telah mengembangkan idea Locke, dengan menambahkan cabang kehakiman. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 PENGENALAN.
Pembahagian Kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil "Separation of Powers"
merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam
negara kepada tiga cabang utama : Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan
Kehakiman.
Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman” (tyranny), di mana dikatakan
doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan,
kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara membahagi-
bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa
tersebut.
Konsep Pembahagian Kuasa (juga lebih dikenali sebagai Konsep Pengasingan Kuasa)
bermula sejak zaman Yunani lama. Aristotle berminat dengan kerajaan gabungan berkomposisi
monarki, aristokrasi, dan demokrasi, melihatkan setiap elemen secara sendirinya tidak mampu
menjalankan operasi kerajaaan secara sendirian, tetapi campuran ketiga-tiga elemen mengambil
aspek terbaik dari elemen masing-masing. Pada 1656, James Harrington dalam bukunya Oceana,
telah mengemaskinikan idea tersebut dan mencadangkan sistem berdasarkan konsep ini. John
Locke, dalam "Civil Government, second treatise" pada 1690, telah membahagikan kuasa
kerajaan kepada dua iaitu eksekutif dan legislatif. Manakala, Montesquieu dalam karyanya
"Spirit of the Laws" telah mengembangkan idea Locke, dengan menambahkan cabang
kehakiman. Dikatakan orang Inggeris mewujudkan kaedah sebenar pembahagian kuasa ini
dengan lebih formal, yang mereka gelar sebagai “Instrumen Kerajaan”.
Di bawah pembahagian kuasa, kerajaan dipecah kepada tiga cabang, iaitu Badan
Legislatif atau penggubal undang-undang, Badan Eksekutif atau pentadbir kerajaan berdasarkan
undang-undang dan Badan Kehakiman atau pelaksana undang-undang
Cabang-cabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung antara satu
cabang dengan lain. Misalnya hakim dilantik oleh ketua Eksekutif, manakala undang-undang
yang berpunca dari cabang legislatif akan digunakan oleh badan kehakiman untuk membuat
keputusan, manakala pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan undang-undang tersebut.
1
Doktrin ini juga diperteguhkan lagi dengan elemen semak dan seimbang iaitu setiap
badan mempunyai kuasa yang terhad dan boleh memeriksa serta menghadkan kuasa badan yang
lain. Oleh itu, seorang Hakim walaupun dilantik oleh ketua Eksekutif boleh menjatuhkan
hukuman undang-undang kepada ketua eksekutif tersebut kerana badan kehakiman mempunyai
kebebasan kehakiman dan para hakim dilindungi oleh kekebalan kehakiman. Sekiranya elemen
ini tiada, maka pembahagian kuasa sekadar nama sahaja. Doktrin pembahagian kuasa amat nyata
di negara Amerika Syarikat. Di sana setiap badan saling memeriksa penyalahgunaan kuasa satu
sama lain. Malah, setiap badan mempunyai elemen semak dan seimbangnya masing-masing.
Misalnya polis boleh disoal siasat oleh satu badan bebas yang lain. Disamping itu, badan
legislatif di kebanyakan negara adalah dwidewan misalnya di Malaysia yang mempunyai dua
dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dua dewan ini adalah penting untuk memastikan
semak dan seimbang dilaksanakan dalam penggubalan undang-undang.
Sistem Semak dan Seimbang merupakan satu elemen demokrasi di mana setiap cabang
kerajaan diberi kuasa untuk menghadkan cabang kerajaan yang lain. Secara teorinya melalui
sistem ini, tiada suatu cabang boleh mempunyai kuasa yang mutlak dalam pentadbiran sesebuah
negara. Setiap cabang berkuasa untuk “menyemak” cabang-cabang yang lain untuk memastikan
kuasa diagihkan secara seimbang dan samarata diantara ketiga-tiga cabang iaitu eksekutif,
legislatif dan kehakiman
2
2.0 RASIONAL DOKTRIN PENGASINGAN KUASA.
2.1 Mengelakkan pertindihan bidang kuasa iaitu pihak yang sama tidak terlibat dalam
pengurusan lebih daripada satu kuasa.
Secara logiknya, dalam konsep pemerintahan sesebuah negara terdapat badan-badan
tertentu bertanggungjawab melaksanakan hal-hal berkaitan bidangnya sahaja. Tidak mampu,
malah akan menyebabkan timbulnya kelemahan tertentu dalam pentadbiran sesuatu badan
sekiranya mempunyai bidang kuasa yang terlalu banyak. Contohnya badan Eksekutif tidak boleh
mencampuri bidang yang diuruskan oleh badan perundangan ini adalah kerana badan
perundangan bertanggungjawab dalam pembentukan sistem undang-undang negara manakala
badan Eksekutif menguruskan hal-hal berkaitan dengan pentadbiran di peringkat persekutuan
atau negeri dengan erti kata lain mempunyai bidang kuasa memerintah sahaja.
Dalam badan Eksekutif juga terdapat pembahagian kuasa antara pentadbiran di peringkat
persekutuan dan negeri. Sekiranya tidak berlaku pengasingan kuasa antara kedua-dua
pentadbiran ini, mana mungkin kerajaan dapat menjalankan pentadbiran sesebuah negeri kerana
tidak semua negeri diperintah oleh parti kerajaan, terdapat juga parti pembangkang yang menang
dalam pilihanraya di peringkat negeri akan memerintah negeri tersebut. contohnya kerajaan
negeri Kedah yang diperintah oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) setelah menang dalam
pilihanraya umum 2008, parti yang memerintah ini boleh merancang dasar untuk negeri tersebut
asalkan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sekiranya badan-badan ini diletakkan dibawah satu pengurusan kemungkinan akan
berlaku masalah-masalah tertentu yang melibatkan kepentingan di sebelah pihak sahaja.
Malaysia diperintah oleh parti yang menang majoriti selepas pilihan raya, badan eksekutif di
peringkat persekutuan dan negeri tidak boleh mencampuri urusan badan perundangan dan
kehakiman, bidang-bidang ini memerlukan kepakaran ahli-ahli dalam memastikan setiap
undang-undang yang digubal dan dilasanakan berkesan. Badan eksekutif hanya berkemampuan
dalam memutuskan dan merumuskan dasar serta memastikan agensi, jabatan yang dikhaskan
melaksanakan tanggungjawab dalam bidang masing-masing.
Begitu juga dengan Badan Kehakiman yang hanya bertanggungjawab dalam soal
memberi keadilan, menyemak undang-undang, memastikan undang-undang tidak bercanggah
3
dengan perlembagaan persekutuan dan boleh membatalkan tindakan parti pemerintah yang
bercanggah dengan perlembagaan persekutuan atau negeri. Badan ini tidak boleh sama sekali
disatukan kuasanya dengan badan eksekutif, tetapi ianya sedikit sebanyak berkait rapat dengan
badan perundangan.
2.2 Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah badan
tertentu.
Sekiranya kuasa pentadbiran badan Eksekutif, Legislatif dan Judisiari dipusatkan dalam
satu badan sajaha kemungkinan akan berlaku penyelewengan atau penyalahgunaan sehingga
boleh menyebabkan undang-undang hanya memihak dan menguntungkan pihak pemerintah
disamping kemungkinan akan berlakunya penindasan terhadap rakyat. Contohnya dalam badan
Eksekutif, kuasa Perdana Menteri atau kabinet merangka dasar kerajaan serta memberikan
arahan kepada jentera pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri selain memberi
nasihat kepada YDPA serta membincangkan masalah-masalah semasa yang wujud dalam
pemerintahan manakala bagi Legislatif adalah kuasa bagi parlimen dalam proses penggubalan
undang-undang yang mana melibatkan Jabatan Peguam Negara, sekiranya Perdana Menteri atau
menteri-menteri yang berkuasa dalam proses penggubalan undang-undang semestinya akan
berlaku masalah seperti penyalahgunaan kuasa yang boleh merosakkan institusi pentadbiran
negara kita.
Begitu juga dengan badan Kehakiman yang mana perlantikan hakim-hakim mahkamah
persekutuan atau mahkamah tinggi dilantik oleh YDPA dengan nasihat Perdana Menteri atas
nasihat Majlis Raja-Raja namun Perdana Menteri perlu meminta fikiran Ketua Hakim Negara.
Jesteru itu, hakim-hakim ini hanya bertanggungjawab untuk berlaku adil dalam perbicaraan di
mahkamah. Selain itu, terdapat Etika Hakim 1994 bertujuan memastikan hakim-hakim
berkelakuan jujur dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugasnya. (Mohd
Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim, 2009). Dengan
ini, Doktrin Pengasingan Kuasa dapat mengurangkan masalah-masalah seperti penyalahgunaan
kuasa kerana Eksekutif tidak mempunyai kuasa dalam badan Legislatif begitu juga dengan badan
Judisiari.
4
2.3 Membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh badan
yang lain. Secara tidak langsung membolehkan setiap badan berfungsi dengan lebih
efisyen.
Keberkesanan dalam pembahagian kuasa-kuasa pentadbiran berlandaskan Doktrin
Pengasingan Kuasa secara tak langsung dapat memudahkan badan-badan seperti Eksekutif,
Legislatif dan Judisiari menjalankan tanggungjawab masing-masing. Selain itu, tidak akan
berlaku campur tangan secara langsung dalam bidang kuasa antara satu sama lain disamping
dapat mengukuhkan pemerintahan negara dengan dasar-dasar yang dilaksanakan di setiap
peringkat badan-badan berkenaan. Badan Pemerintah iaitu Eksekutif sama ada di peringkat
persekutuan atau negeri mempunyai bidang kuasa memerintah, badan ini bertanggungjawab
menjalankan urusan-urusan pemerintahan dan pentadbiran dan tidak melibatkan diri dalam
urusan dan hal ehwal kehakiman mahupun perundangan. Bab ini mempunyai penjawat-penjawat
awam yang tertentu di kedua-dua peringkat iaitu persekutuan dan negeri. Selain itu badan ini
hanya berperanan melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh Badan Perundangan
sama ada oleh Parlimen (di peringkat persekutuan) atau Dewan Undangan Negeri (di peringkat
negeri). (Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim,
2009).
Legislatif pula hanya berfungsi menggubal, meminda dan meluluskan undang-undang.
Undang-undang dan peraturan ini akan dijadikan panduan badan Eksekutif sama ada di peringkat
persekutuan mahupun di peringkat negeri untuk menjalankan pentadbiran negara. Bagi badan
Kehakiman atau Judisiari pula, hanya bertanggungjawab dalam soal kehakiman yang mana
hanya berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada sebarang pencabulan sama
ada oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan. (Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad
Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim, 2009). Bagi menjamin badan Eksekutif tidak
menyalahgunakan kuasa dengan menggubal undang-undang sesuka hati, dengan ini telah
menjadi tanggungjawab Badan Kehakiman mengawasi supaya undang-undang tersebut tidak
bertentangan dengan peruntukan dalam bahagian 6 bab 1 Perlembagaan Persekutuan.
Bidang kuasa yang berlainan antara ketiga-tiga badan ini menjalankan kuasa
pentadbirannya dengan cekap dan berkesan sekiranya tidak berlaku campurtangan badan lain
khususnya antara badan Eksekutif dan badan kehakiman dalam pentadbiran sesebuah negara.
5
3.0 KONSEP PEMBAHAGIAN KUASA
Struktur Pemerintahan Kerajaan Malaysia
3.1 BADAN PERUNDANGAN
Badan perundangan adalah sejenis majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa
untuk menggubal, meminda dan meratifikasi undang-undang. Sesuai dengan sifat Malaysia
sebagai sebuah negara persekutuan, kuasa perundangan, dibahagikan antara badan perundangan
persekutuan, iaitu parlimen dan badan-badan perundangan di negeri-negeri, yang dikenali Dewan
Undangan Negeri. Peranan badan perundangan dalam demokrasi harus dihuraikan dengan
melihat fungsi-fungsi uatamanya.Secara umum dewan perundangan mempunyai empat fungsi
utama. (Abdul Aziz Bari, 2008: 50). Yang pertama ialah membuat undang-undang. Fungsi kedua