Isu Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung GandumWritten
byPentadbir Web 1KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAKENYATAAN AKHBARISU
PENGGUNAAN BENZOIL PEROKSIDA DALAM TEPUNG GANDUMKementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar Berita
Harian bertarikh 27 Oktober 2014 mengenai dakwaan Ketua Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa penggunaan benzoil
peroksida dalam tepung gandum boleh menyebabkan penyakit
kronik.Benzoil peroksida adalah kondisioner makanan di bawah aditif
makanan yang dibenarkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (PPM
1985). Ia dibenarkan di dalam tepung pada tahap tidak melebihi 50
mg/kg. Dalam hal ini, benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan
selamat untuk digunakan dalam makanan dalam jumlah tertentu oleh
badan penilai antarabangsa iaitu Joint FAO/WHO Expert Committee on
Food Additives (JECFA).Justeru, Codex Alimentarius Commission
(CAC), iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint
FAO/WHO Food Standards Programme telah membenarkan penggunaan
benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 75
mg/kg. Di samping itu, penambahan benzoil peroksida dalam tepung
gandum juga dibenarkan di negara Singapura, Jepun, dan Amerika
Syarikat manakala Australia New Zealand Food Standards Code
membenarkan ianya digunakan dalam semua makanan.KKM sentiasa
memantau perkembangan isu-isu semasa serta bukti-bukti sains
terkini berhubung keselamatan makanan. KKM tidak akan teragak-agak
untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kesihatan
pengguna sekiranya terdapat bukti-bukti saintifik terkini daripada
badan-badan antarabangsa seperti Codex dan JECFA yang membuktikan
mana-mana bahan dalam makanan adalah berbahaya kepada kesihatan.
Ini termasuk mengkaji semula apa-apa peraturan makanan sediada di
bawah PPM 1985.Walau bagaimanapun, bukti-bukti saintifik terkini
tidak menyokong dakwaan bahawa benzoil peroksida adalah berbahaya
kepada kesihatan.Walau apapun, KKM sentiasa peka dan prihatin
terhadap perkara-perkara yang bolehmengancam keselamatan pengguna.
Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan
sesuatu makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh
memaklumkan KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan
Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web Bahagian
Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)http://fsq.moh.gov.my/.DATUK
DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAHKETUA PENGARAH KESIHATANKEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA
28 Oktober 2014
Muat turun kenyataan akhbar (format PDF) di sini
More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2014Be
the first to comment!Read more...Friday, 17 October 2014
09:37Majlis Anugerah Kantin Bersih, Selamat Dan Sihat Peringkat
Kebangsaan 2014Written byPentadbir Web 1KENYATAAN AKHBARKEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIAMAJLIS ANUGERAH KANTIN BERSIH, SELAMAT DAN
SIHATPERINGKAT KEBANGSAAN 2014PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC)2
OKTOBER 2014Pada tahun 2014, sehingga bulan Ogos sebanyak 12,122
kes kejadian keracunan makanan dilaporkan di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 43 peratus yang melibatkan 5,256
kes disyaki akibat makanan yang disediakan di kantin atau dapur
asrama sekolah. Kementerian Kesihatan memandang serius perkara ini
kerana ia boleh menjejaskan pembelajaran pelajar sekolah.Semenjak
tahun 2010, kejadian kes keracunan makanan disebabkan penyediaan
makanan di kantin dan dapur asrama seluruh negara semakin
meningkat. Bilangan kes keracunan makanan berpunca daripada makanan
yang dijual di kantin dan dapur asrama pada tahun 2010 adalah
sebanyak 3,822 kes dan telah meningkat kepada 3,959 kes pada tahun
2011, 4,305 kes pada tahun 2012 dan terus meningkat kepada 5,017
kes pada tahun 2013.Kejadian keracunan makanan sering dikaitkan
dengan pengendalian makanan yang tidak bersih. Pada tahun 2013,
sebanyak 16,399 kantin dan dapur asrama diperiksa dan daripada
jumlah tersebut, sejumlah 246 telah diarah tutup kerana tahap
kebersihan yang tidak memuaskan. Manakala sehingga Julai 2014,
sebanyak 9,780 kantin dan dapur asrama diperiksa di mana sebanyak
98 telah ditutup atas kesalahan yang sama.Pertandingan Kantin
Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan 2014 dianjurkan
dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Sebanyak 95 buah kantin
yang meliputi sekolah menengah bandar, sekolah menengah luar bandar
dan dewan makan asrama yang berjaya mewakili negeri masing-masing
menyertai peringkat kebangsaan kali ini.Ini merupakan salah satu
usaha untuk menangani kes keracunan makanan yang kerap berlaku di
kalangan pelajar sekolah. Majlis Anugerah ini merupakan anugerah
tahunan bagi memberikan pengiktirafan kepada kantin dan dewan makan
asrama yang memenuhi tahap kebersihan dan penyediaan makanan yang
bersih, selamat dan sihat.Penganjuran majlis ini dapat menjadi
pemangkin semangat warga sekolah dan pengusaha kantin untuk terus
mengekalkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan di kantin
sekolah. Diharapkan usaha ini dapat mengurangkan kejadian keracunan
makanan di kalangan pelajar yang merupakan aset negara.DATUK SERI
DR. S. SUBRAMANIAMMENTERI KESIHATAN MALAYSIA2 OKTOBER 2014
Muat turun kenyataan akhbar & keputusan pertandingan (format
PDF)
More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2014Be
the first to comment!Read more...Tuesday, 23 September 2014
08:50Isu Penjualan Telur Tiruan Di Pasaran TempatanWritten
byPentadbir Web 1KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAKENYATAAN AKHBARISU
PENJUALAN TELUR TIRUAN DI PASARAN TEMPATANKementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) mengambil maklum berhubung isu penjualan telur
tiruan di pasaran tempatan yang disebarkan melalui laman sosial
kebelakangan ini. Laporan berkenaan menyatakan bahawa wujudnya
penjualan telur tiruan di pasaran tempatan yang menyamai telur
asli.KKM memandang serius berkaitan isu ini. Perbuatan menjual
telur tiruan adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 14(1) dan
14(2), Akta Makanan 1983 dan Peraturan 171(1) Peraturan-Peraturan
Makanan 1985. Seksyen 14(1) menyatakan larangan menjual apa-apa
makanan yang bukan dari jenis, bahan atau kualiti bagi makanan
tersebut dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara
selama tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau
kedua-duanya. Seksyen 14(2) pula melindungi pembeli yang meminta
untuk membeli makanan yang mematuhi Akta ini. Peraturan 171(1)
memperuntukkan definisi telur di bawah Peraturan-Peraturan Makanan
1985.Pada tahun 2011 isu yang sama juga telah ditimbulkan dengan
dakwaan wujudnya telur tiruan yang mengandungi bahan-bahan kimia
dengan cengkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning
dan putih telur diperbuat dari natrium alginate, alum, gelatine,
asid benzoik, kalsium klorida serta air dan bahan pewarna
makanan.KKM telah menjalankan siasatan berkaitan perkara ini dan
mendapati tiada telur tiruan dijual di pasaran tempatan.KKM
berharap orang ramai tidak perlu risau dan memohon kerjasama untuk
tampil membuat aduan jika meragui tentang ketulenan telur berkenaan
kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan
Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan atau melalui
laman webhttp://fsq.moh.gov.myDATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAHKETUA
PENGARAH KESIHATANKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIATARIKH: 22
SEPTEMBER 2014
Muat turun kenyataan akhbar (PDF)
More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2014Be
the first to comment!Read more...Sunday, 14 September 2014 12:30Isu
Minyak Makan Kitar Semula di Taiwan dan Produk Makanan Yang
Dicemari oleh Minyak Makan Kitar SemulaWritten byPentadbir Web
1KENYATAAN AKHBARKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAISU MINYAK MAKAN
KITAR SEMULA DI TAIWAN DANPRODUK MAKANAN YANG DICEMARI OLEH MINYAK
MAKAN KITAR SEMULA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum skandal
minyak makan kitar semula di negara Taiwan dan produk makanan yang
diperbuat menggunakan minyak makan tersebut seperti dilaporkan oleh
beberapa akhbar tempatan dan luar negara serta laman web tertentu
sejak 8 September 2014. Laporan tersebut adalah berhubung syarikat
Chang Guann Co. di Taiwan yang didakwa menghasilkan minyak makan
daripada minyak terpakai yang dikitar semula. Susulan itu, siasatan
lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa di Taiwan untuk
mengenalpasti syarikat makanan yang menggunakan minyak makan
daripada syarikat terbabit untuk menghasilkan produk
mereka.Berdasarkan maklumat dariFood Safety Information of
Malaysia(FoSIM), tiada pengimportan minyak makan dari syarikat
Chang Guann Co. di Taiwan. Walau bagaimanapun, sebagai langkah
berjaga-jaga, KKM telah mengenakan larangan mengimport ke atas
minyak makan yang dikeluarkan oleh syarikat Chang Guann Co. di
Taiwan.KKM sedang mendapat maklumat lanjut dariTaiwan Economic and
Cultural Officedi Malaysia mengenai produk makanan yang diperbuat
menggunakan minyak makan tersebut.Datuk Dr. Noor Hisham bin
AbdullahKetua PengarahKementerian Kesihatan Malaysia12 September
2014More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2014Be
the first to comment!Read more...Monday, 08 September 2014
12:57Kenyataan Akhbar Keselamatan dan Kebersihan Air Dari Mesin
Jual Air (Water Vending Machine)Written byPentadbir Web
1KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAKenyataan AkhbarKeselamatan Dan
Kebersihan Air Dari Mesin Jual Air(Water Vending
Machine)Kementerian Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan bahawa
keselamatan dan kebersihan air dari mesin jual air adalah dikawal
di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Peraturan 360C(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 memperuntukkan
air dari mesin jualair hendaklah mematuhi standardseperti yang
ditetapkan di dalam Jadual Kedua Puluh Lima termasuk standard
bakteria manakala Peraturan 55, Peraturan-Peraturan Kebersihan
Makanan 2009 menetapkankeperluan-keperluan kebersihan mesin jual
air.Berhubung dengan laporan akhbar the Star bertarikh 19 Ogos 2014
bertajuk Bacteria in your drinking water iaitu mengenai air dari
mesin jual air yang tercemar, 15 sampel air dari mesin jual air
telah diambil dan keputusan analisis mendapati 4 sampel melanggar
Peraturan 360C(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu 3 sampel
dikesan mengandungi coliform melebihi had dibenarkan sementara 1
sampel dikesan mengandungiE. coli. 4 mesin air tersebut telah
disita.KKM menegaskan bahawa KKM akan terus menguatkuasakan
peraturan-peraturan berkenaan. Pemunya atau pengendali mesin jual
air yang tidak mematuhi peraturan-peraturan berkenaan akan
dikenakan tindakan perundangan termasuk penyitaan mesin jual
air.DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAHKetua Pengarah Kesihatan
MalaysiaMenteri Kesihatan Malaysia5 September 2014
Muat turun (PDF): Kenyataan Akhbar Keselamatan dan Kebersihan
Air Dari Mesin Jual Air (Water Vending Machine)
More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2014Be
the first to comment!Read more...Saturday, 24 May 2014
10:48Kenyataan Akhbar Pengesanan DNA Porcine Dalam Coklat Susu
Dengan Kacang Hazel Cadbury Dairy MilkWritten byPentadbir Web
1KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAKENYATAAN AKHBAR KE-2PENGESANAN DNA
PORCINE DALAM COKLAT SUSU DENGAN KACANG HAZEL CADBURY DAIRY
MILKKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan tindakan
selanjutnya berhubung isu pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam
produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel Cadbury Dairy Milk
Hazelnutdengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang
bertarikh luput 13 November 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam
-Cadbury Dairy Milk Roast Almonddengan nombor kelompok (batch no.)
221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015 yang dilaporkan
sebelum ini.Dalam hal ini KKM ingin memaklumkan bahawa semua urusan
yang berkaitan dengan pensijilan halal akan terus dijalankan oleh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Manakala KKM akan terus
menjalankan pemantauan berdasarkan kepada kuasa di bawah Akta
Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.Akta Makanan 1983
dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk
melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan
penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan
perkara-perkara berkaitan dengannya. Label makanan amat penting
kepada pengguna kerana ia membolehkan pengguna membuat pemilihan
makanan yang bermaklumat.Peruntukan pelabelan yang berkaitan dengan
perkara tersebut di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah
seperti berikut: Peraturan 11(1)(c) menghendaki produk makanan yang
mengandungi daging lembu atau daging babi atau terbitannya dilabel
dalam bentuk seperti MENGANDUNGI (nyatakan sama ada daging lembu
atau daging babi atau terbitannya atau lemak babi atau mengikut
mana yang berkenaan); Peraturan 11(1)(f) menghendaki nama biasa
haiwan dilabel jika makanan tersebut mengandungi minyak makan atau
lemak makan dari haiwan; dan Peraturan 11(3) memerlukan nama biasa
haiwan dilabel jika ramuan makanan atau aditif makanan adalah dari
sumber haiwan.KKM ingin menggesa pihak industri dan juga pengimport
supaya bertanggungjawab untuk memastikan semua produk keluaran dan
yang diimport mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di
bawahnya.KKM akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan
terhadap pematuhan standard makanan dan pelabelan serta kebersihan
makanan seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta Makanan 1983
dan peraturan-peraturan di bawahnya.Dalam hal ini, adalah menjadi
tanggungjawab pengguna untuk membaca label makanan supaya dapat
membuat pilihan yang bermaklumat. Sekiranya orang awam mempunyai
sebarang persoalan, boleh mengemukakannya kepada KKM melalui laman
web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
(BKKM)http://fsq.moh.gov.myatauwww.facebook.com/bkkmhq.DATUK SERI
DR. S. SUBRAMANIAMMENTERI KESIHATAN MALAYSIA26 Mei 2014
Muat turun kenyataan akhbar di sini (format PDF) - KA Kedua
26/05/2014
Muat turun kenyataan akhbar di sini (format PDF) - KA Pertama
24/05/2014
More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2014Be
the first to comment!Read more...Tuesday, 15 April 2014 09:32Isu
Penarikan Balik Rice Porridge With Abalone Dari Korea Yang
Dipercayai Dicemari Dengan Bakteria Clostridium botulinumWritten
byPentadbir Web 1KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAKENYATAAN AKHBARISU
PENARIKAN BALIK RICE PORRIDGE WITH ABALONE DARI KOREA YANG
DIPERCAYAI DICEMARI DENGAN BAKTERIACLOSTRIDIUM BOTULINUMKementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan daripada laman
sesawangCanadian Food Inspection Agency(CFIA) pada 3 April 2014
berkaitanRice Porridge with Abaloneberjenama Yangban keluaran
syarikat Dongwon Industries Co., Ltd., Korea yang dipercayai
dicemari bakteriaClostridium botulinum. Produk tersebut adalah
produkRice Porridgewith Abalone(288 grams) dengan kod lot:
2015-01-24. Akibat daripada itu, pihak berkuasa Kanada dan
Singapura telah menarik balik kesemua produk terlibat dari pasaran
negara tersebut.Clostridium botulinummerupakan sejenis
mikroorganisma patogenik yang boleh menyebabkan demam dan kesakitan
abdomen. Ia boleh menyebabkan kematian khususnya kepada golongan
yang berisiko tinggi seperti bayi, orang tua atau orang yang
mempunyai sistem imuniti yang rendah.Melalui data import dari tahun
2013 sehingga kini yang diperolehi melalui Sistem Maklumat
Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of
Malaysia-FoSIM), produkRice Porridge with Abaloneyang terlibat di
dalam isu ini tiada diimport ke negara ini.Sebagai langkah
berjaga-jaga, berkuatkuasa 10 April 2014, KKM mengenakan
Pemeriksaan Tahap Lima (5) Tahan, Uji dan Lepas terhadap produkRice
Porridge with Abaloneyang terlibat di dalam isu ini sekiranya
diimport.Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana
pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual
makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun,
merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10
tahun atau kedua-duanya.Sehubungan itu, pengguna tidak perlu
khuatir kerana KKM sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan
pemantauan ke atas isu-isu yang berhubung dengan keselamatan
makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin.
Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan
makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh membuat
laporan kepada KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
(BKKM)http://fsq.moh.gov.my.DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAHKetua
Pengarah KesihatanKementerian Kesihatan Malaysia15 April 2014
Muat turun kenyataan akhbar di sini (format PDF)
More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2014Be
the first to comment!Read more...Monday, 16 December 2013 14:54Isu
Akrolein Dalam Minyak Masak TerpakaiWritten byPentadbir Web
1Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan yang
disiarkan dalam akhbar KOSMO bertarikh 13 Disember 2013 bertajuk
Tiga Kali Guna Jadi Racun: Pakar pemakanan ingatkan pengguna
mengenai bahaya racun akrolein dalam minyak masak terpakai. Laporan
tersebut mendakwa penggunaan minyak masak yang sama melebihi tiga
(3) kali boleh memudaratkan kesihatan. KKM amat peka dan prihatin
terhadap isu keselamatan makanan yang boleh mengancam kesihatan
pengguna.Acrolein adalah cecair tidak berwarna dengan bau terbakar
dan menusuk hidung. Ia dihasilkan dari perindustrian propylene dan
digunakan sebagai racun perosak mengawal alga, rumpai, bakteria,
dan moluska serta digunakan untuk membuat bahan kimia lain. Selain
daripada itu, ia juga boleh terbentuk pada kadar yang sangat rendah
semasa pemanasan minyak pada suhu tinggi.Pendedahan kepada acrolein
kebanyakannya berlaku melalui pernafasan (inhalation) contohnya
asap rokok dan ekzos kereta. Acrolein boleh menyebabkan kerengsaan
kepada kulit, mata, dan rongga hidung, tekak serta boleh merosakkan
paru-paru. MenurutInternational Agency for Research on
Cancer(IARC), acrolein tidak dapat diklasifikasi sebagai karsinogen
pada manusia kerana tiada bukti kukuh yang menunjukkan acrolein
bersifat karsinogenik.Sehingga kini, tiada sebarang standard yang
ditetapkan bagi tempoh ideal atau kekerapan menggunakan minyak
masak sebelum ia perlu dibuang kerana ia dipengaruhi oleh pelbagai
faktor termasuklah jenis makanan, kandungan air dalam makanan,
kekerapan penggorengan dan suhu menggoreng. Minyak masak yang
digunakan berulang kali perlu dibuang dan digantikan dengan minyak
masak baru jika berlaku perkara berikut :1) Warna minyak masak
menjadi perang pekat.2) Minyak masak menjadi lebih likat atau
pekat.3) Minyak masak berbau tengik.4) Asap banyak dihasilkan
semasa minyak masak dipanaskan.KKM telah menyediakan panduan kepada
pengguna bagi membezakan kualiti minyak masak berdasarkan kepada
perubahan warna selepas digunakan berulang kali dan cara
pengendalian yang betul bagi meningkatkan jangka hayat minyak masak
yang boleh diperolehi melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan
dan Kualiti Makanan (BKKM) iaituhttp://fsq.moh.gov.mydan Portal
MyHealthhttp://www.myhealth.gov.myYBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin
AbdullahKetua Pengarah KesihatanKementerian Kesihatan Malaysia
16 Disember 2013
Muat turun kenyataan akhbar (format PDF)
More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2013Be
the first to comment!Read more...Saturday, 09 November 2013
15:27Isu Pengadukan Minyak Masak (Edible Oil) dan Mi Segera Dengan
Sodium Copper Chlorophyllin di TaiwanWritten byPentadbir Web
1Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan daripada akhbar
tempatan dan beberapa laman sesawang antarabangsa mengenai isu
penggunaan sodium copper chlorophyllin terhadap minyak masak
(edible oil) dan mi segera yang berlaku di negara Taiwan seperti
berikut: Isu minyak masak (edible oil) yang diadukkan dengan bahan
pewarna copper chlorophyllin oleh syarikat Chang Chi Foodstuff
Factory Co., Taiwan (http://focustaiwan.tw/bertarikh 21 Oktober
2013 yang bertajuk "Investigation into adulterated oil scandal
continues"); Isu mi segera jenama Master Kong yang dikatakan
mengandungi bahan aditif tersebut yang dilarang penggunaannya di
dalam mi segera di China (akhbar The Sun bertarikh 8 November 2013
yang bertajuk "Taiwan tycoon grilled over cooking oil scandal"
beserta akhbar Malay Mail bertarikh yang sama bertajuk "Company
quizzed in Taiwan food scandal"); dan Isu penggunaan sodium copper
chlorophyllin yang dikesan di dalam mi segera keluaran Syarikat
Sing-Lin Food Corp., Taiwan (http://www.chinapost.com.twbertarikh 8
November 2013 yang bertajuk "Sing-Lin Foods Corp. fined over
tainted noodles" danhttp://focustaiwan.twbertarikh 6 November 2013
yang bertajuk "Dry noodle producer Sing-Lin recalls products for
illegal additive").Sodium copper chlorophyllin adalah merupakan
bahan terbitan chlorophyll yang digunakan sebagai pewarna dalam
makanan.Codex Alimentarius Commission, iaitu badan antarabangsa
yang ditubuhkan di bawahJoint FAO/WHO Food Standards
Programmemembenarkan penggunaannya dalam pelbagai jenis makanan
kecuali minyak masak. Walau bagaimanapun, pada masa ini, penambahan
bahan pewarna tersebut di dalam makanan adalah tidak dibenarkan di
bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.Seksyen 13(B), Akta Makanan
1983 memperuntukkan tiada seorang pun boleh menyediakan atau
menjual apa-apa makanan yang diadukkan. Seseorang yang melanggar
mana-mana peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM
20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun
atau kedua-duanya.Melalui data import dari tahun 2012 sehingga kini
yang diperolehi melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan
Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia-FoSIM), tiada
pengimportan minyak masak (edible oil) dari Syarikat Chang Chi
Foodstuff Factory Co., Taiwan, mi segera jenama Master Kong serta
mi segera keluaran Syarikat Sing-Lin Food Corp., Taiwan ke negara
ini. Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian
Kesihatan akan meneruskan pemantauan ke atas pengimportan
produk-produk tersebut di setiap pintu masuk negara.Kementerian
Kesihatan berharap dengan penjelasan ini, orang ramai tidak perlu
bimbang kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan
makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan keselamatan pengguna
sentiasa terjamin. Sekiranya pengguna merasa was-was dengan status
keselamatan sesuatu produk makanan yang terdapat di pasaran
tempatan, pengguna boleh memaklumkan Kementerian Kesihatan melalui
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN)
terdekat atau melalui laman webhttp://fsq.moh.gov.my.
YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin AbdullahKetua Pengarah
KesihatanKementerian Kesihatan Malaysia8 November 2013.
Muat-turun kenyataan akhbar (format PDF)
More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2013Be
the first to comment!Read more...Thursday, 31 October 2013 11:54Isu
Minyak Masak Terpakai Di PasaranWritten byPentadbir Web
1KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAKENYATAAN AKHBARISU MINYAK MASAK
TERPAKAI DI PASARAN
Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan berhubung minyak
masak terpakai di pasaran yang disiarkan oleh akhbar The Star
bertarikh 29 Oktober 2013, Utusan Malaysia dan Berita Harian
bertarikh 31 Oktober 2013. Laporan tersebut menyatakan bahawa
terdapat minyak masak terpakai yang diproses semula untuk tujuan
penjualan.Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa
pengimportan, pengilangan dan penjualan minyak masak terpakai yang
diproses semula adalah tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983.
Mana-mana orang yang didapati mengimport, mengilang dan menjual
minyak masak terpakai yang diproses semula yang boleh memudaratkan
kesihatan, tindakan akan diambil di bawah Seksyen 13, Akta Makanan
1983 di mana jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi tempoh 10 tahun
atau kedua-duanya.Berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan di
bawah Akta Makanan 1983, Kementerian Kesihatan telah menjalankan
siasatan dan hasil daripada siasatan yang telah dijalankan
mendapati sebanyak 149 premis repacker telah diperiksa dan tiada
bukti premis-premis tersebut ada memproses atau membungkus minyak
masak terpakai. Selain itu, pemeriksaan ke atas 305 premis makanan
juga telah mendapati semua premis tersebut menggunakan minyak masak
yang mempunyai label.Kementerian Kesihatan mengalu-alukan sesiapa
yang mempunyai maklumat berhubung pengimportan, pengilangan dan
penjualan minyak masak terpakai yang diproses semula termasuk
alamat premis yang terlibat agar menghubungi Jabatan Kesihatan
Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau terus menelefon
03-88833558 atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan (BKKM) iaituhttp://fsq.moh.gov.my.
Datuk Dr. Noor Hisham bin AbdullahKetua Pengarah
KesihatanKementerian Kesihatan Malaysia31 Oktober 2013
Muat-turun kenyataan akhbar (format PDF)
More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2013Be
the first to comment!Read more...Thursday, 17 October 2013 08:59Isu
Penjualan Makanan Melepasi Tarikh LuputWritten byPentadbir Web
1Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan oleh pelbagai
akhbar tempatan pada 11 Oktober 2013 berhubung hasil pemantauan
oleh Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) di tiga (3) buah
pasaraya yang mendapati 75 makanan yang telah melepasi tarikh luput
masih dijual di pasaraya tersebut.Peraturan 14(4),
Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menetapkan bahawa hanya makanan
yang disenaraikan di dalam Jadual Kelima peraturan tersebut perlu
mempunyai penandaan tarikh luput pada labelnya. Manakala Peraturan
14(9) di bawah peraturan yang sama melarang pengimportan,
penyediaan untuk jualan atau penjualan apa-apa makanan yang telah
melepasi tarikh luput. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah
satu kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak
melebih RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh dua (2) tahun
atau kedua-duanya.Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan sentiasa
menjalankan operasi rampasan makanan bagi kesalahan dari segi
keadaan bungkusan dan pelabelan, termasuk tarikh luput. Sepanjang
tempoh di antara 2010 hingga 2012, makanan bernilai RM4,699,110.39
telah dirampas di seluruh negara atas pelbagai kesalahan, termasuk
kesalahan melibatkan makanan yang telah melepasi tarikh luput.
Kementerian Kesihatan akan terus meningkatkan operasi tersebut dari
semasa ke semasa untuk memastikan peniaga tidak menjual makanan
yang telah melepasi tarikh luput.Di samping itu, Kementerian
Kesihatan menasihatkan orang ramai agar sentiasa meneliti label
pada pembungkus makanan sebelum membeli sesuatu makanan agar tidak
terbeli makanan yang telah melepasi tarikh luput. Orang ramai juga
boleh membuat aduan ke atas mana-mana premis runcit yang menjual
makanan yang telah melepasi tarikh luput di Pejabat Kesihatan
Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman
web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
(BKKM)http://fsq.moh.gov.my
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAHKETUA PENGARAH
KESIHATANKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
16 Oktober 2013
Muat-turun kenyataan akhbar (format PDF)
More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2013Be
the first to comment!Read more...Saturday, 12 October 2013
00:17Kenyataan Akhbar Berkaitan Artikel 'Unhealthy Food Sold At
School Canteens' di Akhbar The StarWritten byPentadbir Web
1MINISTRY OF HEALTH
TO THE EDITOR, THE STARTOPIC : Unhealthy Food Sold At School
CanteensDATE : 11 OCTOBER 2013The Ministry of Health would like to
refer to the article entitled: Unhealthy Food Sold At School
Canteens by Mr. Stitch Lee Heng Wah, published on 11 October 2013
on page 49. He expressed his concern over the unhygienic condition
of school canteens. First of all, the Ministry of Health would like
to thank him for bringing up the issue to our attention.The
Ministry of Health is similarly very concerned with the hygiene
condition of food premises, including school canteens in the
country. Section 11 of the Food Act 1983 provides that food
premises which are unhygienic could be ordered to close immediately
for a period not exceeding 14 days. If the operator of the food
premises fails to comply with the order, the operator commits an
offence and is liable on conviction to imprisonment for a term not
exceeding 5 years or to a fine or to both.The Ministry of Health
will step up the inspection of school canteens nationwide. The Food
Hygiene Regulations 2009 outlines general requirements for food
premises including school canteens, and it is the responsibility of
the proprietor, owner or occupier of food premises, to adhere to
these requirements. The Ministry of Health had inspected a total of
9,125 and 8,288 school canteens in 2011 and 2012 respectively.
Consequently, a total of 190 (2.1%) and 112 (1.4%) school canteens
were ordered to close in 2011 and 2012 respectively under Section
11 of the Food Act 1983 due to their poor hygiene conditions. From
January until July 2013, a total of 7,229 school canteens were
inspected of which 99 (1.4%) of them were ordered to close.The
public is also advised to report to the nearest District Health
Office or State Health Department or through the Food Safety and
Quality Division website athttp://fsq.moh.gov.myif they notice any
unhygienic food premises or unhygienic food handling practices so
that immediate action could be undertaken.Datuk Noor Hisham
AbdullahDirector General of Health Malaysia11 October 2013
Muat-turun kenyataan akhbar (format PDF)
More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2013Be
the first to comment!Read more...Tuesday, 08 October 2013 21:58Isu
Bekalan Ayam Di Utara Semenanjung Malaysia Dicemari Virus
BerbahayaWritten byPentadbir Web 1Kementerian Kesihatan mengambil
maklum berita berhubung amaran daripada Kementerian Kesihatan
supaya orang ramai mengelakkan pengambilan ayam di kawasan utara
semenanjung Malaysia kerana disyaki ayam yang diimport dari
Thailand mengandungi virus yang boleh menyebabkan kematian.
Maklumat yang dikatakan dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Parit
Buntar ini juga dikaitkan dengan beberapa siri kejadian keracunan
makanan di sekitar Kedah dan Pulau Pinang.Kementerian Kesihatan
ingin menegaskan bahawa Kementerian Kesihatan tidak pernah
mengeluarkan amaran berhubung perkara tersebut.Berkaitan kejadian
keracunan makanan semasa majlis kenduri kahwin di Kampung Huma,
Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah didapati keracunan makanan
berpunca daripada hidangan ayam masak merah dicemari dengan
kumanSalmonella paratyphi B, Java variant.Bagi keracunan makanan di
Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak dan Sekolah Kebangsaan Seri
Tasek, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang perkara
tersebut masih dalam siasatan.Di antara penyebab bagi ketiga-tiga
episod keracunan makanan tersebut ialah:i. Ayam tidak dimasak
dengan sempurna (undercooked).ii. Ayam yang telah digoreng
dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik.iii. Suhu penyimpanan ayam
mentah adalah tidak betul.Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu
dengan status keselamatan produk makanan yang terdapat di pasaran
tempatan,pengguna boleh membuat laporan kepada Kementerian
Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan
Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web Bahagian
Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)http://fsq.moh.gov.my. Datuk
Dr. Noor Hisham AbdullahKetua Pengarah Kesihatan
MalaysiaKementerian Kesihatan Malaysia8 Oktober 2013
Muat-turun kenyataan akhbar (format PDF)
More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2013Be
the first to comment!Read more...Wednesday, 02 October 2013
16:24Isu Penggunaan Pewarna Aniline Dalam AyamWritten byPentadbir
Web 1Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan oleh akhbarthe
STARpada 24 September 2013 di bawah tajukKampung chickens may be
fake dan Dangerous yellow chicken.Laporan tersebut menyiarkan
dakwaan peniaga ayam bahawa terdapat segelintir peniaga ayam yang
tidak bertanggungjawab yang mencelup daging ayam ternak ke dalam
cairan pewarna kuning agar menyerupai ayam kampung untuk menipu
pengguna. Peniaga tersebut juga mengesyaki bahawa pewarna digunakan
untuk mewarna daging ayam tersebut adalah aniline yang biasanya
digunakan untuk mewarnakan barangan kulit dan kayu.Penggunaan
aniline sebagai pewarna dalam makanan adalah dilarang di bawa Akta
Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Di bawah Seksyen
13, Akta Makanan 1983, sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa
makanan yang di dalamnya mengandungi bahan yang membahayakan
kesihatan adalah melakukan kesalahan dan jika disabit kesalahan,
boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara
tidak melebihi sepuluh (10) tahun atau kedua-duanya.Di samping itu,
penambahan bahan pewarna yang dibenarkan di bawah
Peraturan-Peraturan Makanan 1985 juga tidak dibenarkan di dalam
daging ayam dan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen
13B(2)(d), Akta Makanan 1983, dan jika disabit kesalahan, boleh
dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak
melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya.Kementerian Kesihatan
sedang menjalankan siasatan ke atas dakwaan tersebut. Setakat ini,
keputusan analisis ke atas sampel daging ayam menunjukkan bahawa
satu (1) sampel dikesan mengandungi bahan pewarna Tartrazine dan
dua (2) sampel dikesan mengandungi bahan pewarna Tartrazine dan
Sunset Yellow FCF. Tindakan sewajarnya akan diambil ke atas peniaga
terbabit.Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap
perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna.
Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan
sesuatu makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh
memaklumkan Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah
atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman web
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
(BKKM)http://fsq.moh.gov.my.
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAHKETUA PENGARAH
KESIHATANKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
27 September 2013
Muat-turun kenyataan akhbar (format PDF)
More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2013Be
the first to comment!Read more...Thursday, 05 September 2013
00:00Majlis Anugerah Kantin Sekolah Bersih Peringkat Kebangsaan
2012 Pada 5 September 2013Written byPentadbir Web 1Kenyataan
AkhbarMenteri Kesihatan MalaysiaMajlis Anugerah Kantin Sekolah
Bersih Peringkat Kebangsaan 2012Hotel Marriott Putrajaya5 September
2013 (Khamis)Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius
mengenai kejadian kes keracunan makanan di sekolah kerana ia boleh
menjejaskan pembelajaran pelajar sekolah. Kejadian keracunan
makanan boleh dielakkan sekiranya pihak pengendali makanan di
kantin dan dewan makan sekolah serta guru sekolah sama-sama memberi
komitmen sepenuhnya bagi memastikan makanan yang dihidang di kantin
sekolah adalah bersih dan selamat.Pada tahun 2012, sebanyak 454
episod keracunan makanan telah dilaporkan di seluruh negara.
Daripada bilangan tersebut sebanyak 115 episod atau 25% episod
disyaki akibat makanan yang disediakan di kantin atau dapur asrama
sekolah. Jumlah episod ini telah menurun sebanyak 31 episod (21.2%)
iaitu dari 146 episod pada 2011 kepada 115 episod pada tahun 2012.
Seramai 4,117 orang pelajar telah terlibat dan ini merupakan 11%
daripada sejumlah 37,601 orang pelajar yang terdedah. Daripada 115
episod keracunan makanan yang berlaku di sekolah, 46 episod atau
40%, melibatkan makanan yang disediakan di dapur kantin sekolah
manakala 69 episod atau 60% berpunca daripada makanan yang
disediakan di dapur dewan makan sekolah. Penyiasatan kejadian
keracunan makanan di sekolah pada tahun 2012 menunjukkan menu utama
yang dikenalpasti menjadi punca keracunan makanan ialah 27 (23.5%)
menu berasaskan nasi seperti nasi lemak dan nasi ayam, 23(20%)
disebabkan menu berasaskan ayam, 65 (56.5%) menu lain seperti mee
goreng, ikan masak sambal dan kari daging.Kementerian Kesihatan
melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Bahagian
Pemakanan akan terus mempertingkatkan pemeriksaan ke atas
kebersihan kantin-kantin sekolah dengan memberi penekanan kepada
komponen bersih, selamat dan sihat. Pemeriksaan terhadap tahap
kebersihan kantin sekolah dan penyediaan makanan dilaksanakan
selaras dengan keperluan-keperluan di bawah Peraturan-Peraturan
Kebersihan Makanan 2009. Pada tahun 2012, sebanyak 8,288 kantin
sekolah telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut, sejumlah 112
(1.4%) kantin sekolah telah diarah tutup di bawah Seksyen 11, Akta
Makanan 1983 kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan. Manakala
sehingga Jun 2103, sebanyak 7,224 kantin sekolah telah diperiksa di
mana sebanyak 98 (1.4%) daripadanya telah ditutup atas kesalahan
yang sama.Pertandingan Kantin Sekolah Bersih Peringkat Kebangsaan
2012 telah diadakan sebagai salah satu usaha untuk menangani kes
keracunan makanan yang kerap berlaku di kalangan pelajar sekolah
dan juga bagi melengkapkan promosi keselamatan makanan dalam
memastikan keselamatan makanan yang dijual di kantin sekolah.
Pertandingan ini memberi pengiktirafan kepada kantin sekolah rendah
di bawah Kementerian Pendidikan yang telah mengambil inisiatif bagi
mengekalkan kebersihan kantin sekolah.Majlis hari ini disusuli
dengan Seminar dan Pameran Keselamatan Makanan di sekolah dan
aktiviti lain yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
seperti kawalan penyakit, kesihatan gigi dan pemakanan
sihat.Pelaksanaan aktiviti promosi keselamatan makanan secara
menyeluruh akan dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran
mengenai kepentingan keselamatan makanan kepada semua individu.
Usaha ini perlu mendapat sokongan daripada semua pihak supaya
perubahan tingkah laku positif tercapai dan berterusan dalam
mengurangkan kejadian keracunan makanan.DATUK SERI DR.
S.SUBRAMANIAMMENTERI KESIHATAN MALAYSIA5 SEPTEMBER 2013