1 DOA KEPADA ROH KUDUS Datanglah Roh Kudus, Penuhi hati umatMu dan nyalakan dalam mereka api KasihMu. Utuslah Roh KudusMU ,Ya Tuhan, maka mereka akan dicipta semula dan Engkau akan memperbaharui muka bumi. Tuhan, dengan terang Roh Kudus Mu, Engkau telah mengajar hati umat Mu.Dengan semangat yang sama,bantulah kami agar dapat menikmati apa yang benar dan sentiasa bersukacita dalam penghiburan Mu Datang dan tinggal dalam kami, O Roh Kudus, terangilah kami untuk merenungi, berkongsi dan menghidupi Sabda Mu dalam perjumpaan kami setiap hari dengan Mu, O Tuhan. Kami mohon ini melalui Kristus Tuhan kami . Amin .
20
Embed
DOA KEPADA ROH KUDUS - pgdiocese.org SEP-DEC BEC REFLECTION_bm.pdf · paroki kita? Jika ya, bagaimana? Jika tidak, mengapa? 5 ... Apakah perkataan, frasa atau ayat yang ... 4. (Pilih
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
DOA KEPADA ROH KUDUS
Datanglah Roh Kudus, Penuhi hati umatMu dan nyalakan dalam mereka api KasihMu. Utuslah Roh KudusMU ,Ya Tuhan, maka mereka akan dicipta semula dan Engkau akan memperbaharui muka bumi. Tuhan, dengan terang Roh Kudus Mu, Engkau telah mengajar hati umat Mu.Dengan semangat yang sama,bantulah kami agar dapat menikmati apa yang benar dan sentiasa bersukacita dalam penghiburan Mu
Datang dan tinggal dalam kami, O Roh Kudus, terangilah kami untuk merenungi, berkongsi dan menghidupi Sabda Mu dalam perjumpaan kami setiap hari dengan Mu, O Tuhan. Kami mohon ini melalui Kristus Tuhan kami . Amin .
2
SEPTEMBER 2018
TEMA: MENGHORMATI DAN BERBAIK DENGAN ORANG LAIN DALAM KRISTUS FOKUS : MISI
PERAYAAN: MINGGU MIGRAN
PENGENALAN:
Fokus renungan bulan ini adalah BERKAITAN DENGAN isu migran dan pelarian. Tema yang dipilih oleh Paus Fransiskus untuk Minggu Migran dan Pelarian ialah “Menyambut, melindungi, memberdayakan dan mengintegrasikan para migran dan pelarian.” Sebagai orang Kristian, “kita mempunyai peluang yang unik untuk membela dan menyokong tindakan-tindakan yang konkrit [untuk menyambut, melindungi, memberdayakan dan mengintegrasikan jiran-jiran kita yang merupakan para migran dan pelarian],” dan untuk berkongsi pesanan ini bagi semua, terutamanya pemimpin-pemimpin politik dan sosial.
DOA PEMBUKAAN
Jemput salah seorang ahli KED untuk memimpin doa.
LAGU PEMBUKAAN : BAHASA CINTA
1. Andaikan aku fahami bahasa semua Hanyalah bahasa cinta kunci tiap hati
Ref : Ajarilah kami bahasa cinta-Mu agar kami Dekat pada-Mu ya Tuhanku Ajarilah kami bahasa cinta-Mu agar kami Dekat pada-Mu
2. Andaikan aku lakukan yang luhur mulia Jika tanpa kasih cinta hampa tak berguna
3
3. Cinta itu lemah lembut sabar sederhana Cinta itu murah hati rela menderita
4. Andaikan aku dermakan segala milikku Tapi hanyalah cintaku sanggup membahgiakan
DIALOG:
Pada hari Migran dan Pelarian sedunia 2018, Paus Fransiskus dalam pesannya menyatakan bahawa sepanjang tahun pertama kepausannya, dia telah berulang kali menyatakan keprihatinannya terhadap situasi menyedihkan yang dialami oleh kebanyakan migran dan pelarian yang melarikan diri dari perang, penganiayaan, bencana alam dan kemiskinan . Ekoran daripada itu, Paus memulai Komisi (Dicastery) untuk mempromosikan pembangunan insan seutuhnya sebagai pernyataan keprihatinan Gereja terhadap pendatang, pengungsi, pelarian dan mangsa pemerdagangan manusia . Menurut Paus, solidariti ini mestilah diungkapkan secara konkrit di setiap peringkat pengalaman migrasi - dari keberangkatan di tengah perjalanan sampai ke tempat ketibaan dan kepulangan. "Dalam hal ini, paus mencadangkan bahawa jawapan Gereja dapat diringkaskan dalam empat kata kerja: untuk menyambut, untuk melindungi, memberdayakan dan mengintegrasikan"
Untuk menyambut–pertama sekali bererti menawarkan pilihan yang lebih luas kepada Migran dan pelarian untuk masuk ke Negara tujuan secara selamat dan sah. Ini termasuklah : untuk menambah dan menyedarhanakan proses untuk memberi visa kemanusiaan dan untuk penyatuan keluarga, semakin banyak Negara akan menerapkan program penajaan peribadi dan komuniti dan membuka koridor kemanusiaan terutama untuk pelarian yang terdedah pada serangan, memberikan visa khas sementara kepada orang yang melarikan diri dari konflik di negara-negara jiran, dan sebagainya.
4
Untuk Melindungi – dapat dimengertikan sebagai serangkaian langkah yang dimaksudkan untuk membela hak dan martabat migran dan pelarian bebas daripada status undang-undang mereka. Perlindungan sedemikian bermula di negara asal, dan merangkumi memberikan maklumat yang boleh dipercayai dan dapat dipastikan kebenarannya sebelum keberangkatan untuk melindungi mereka dari amalan pengambilan haram.
Untuk memberdayakan–pada dasarnya bererti upaya untuk memastikan bahawa seluruh migran dan pelarian serta komuniti yang menyambut diberdayakan untuk mencapai kepenuhan potensi mereka sebagai manusia dalam semua dimensi kemanusiaan sebagaimana yang dimaksudkan oleh Sang Pencipta.
Untuk mengintegrasikan - bererti memperhatikan peluang –peluang dari kehadiran para migran dan pelarian untuk memperkayakan komuniti penerima dengan antar budaya yang mereka bawa. Integrasi bukanlah "asimilasi yang menyebabkan migran menyembunyikan atau melupakan identiti budaya mereka sendiri. Sebaliknya, hubungan dengan orang lain justeru membawa mereka untuk menemukan 'rahsia' hidup mereka, sehingga mereka pun semakin membuka diri untuk menyambut aspek – aspek sejati dalam hidup mereka dan dengan demikaian mendorong proses mengenal satu sama lain dengan lebih baik.
(Teks penuh pesan paus;http://www.dokpenkwi.org/2018/01/11/pesan-paus-
Ajarilah kami ini saling mengasihi Ajarilah kami ini saling mengampuni Ajarilah kami ini kasih-Mu ya Tuhan Kasih-Mu kudus tiada batasnya.
6
OKTOBER 2018
TEMA: MELEWATI SEMPADAN-SEMPADAN DAN BERJALAN
DALAM KRISTUS
FOKUS: DIRI
PERAYAAN: SINOD BELIA
PENGENALAN
Paus Fransiskus telah mendedikasikan Perhimpunan Umum Sinod para Uskup yang ke-15 agar fokus kepada tema “Kaum Muda, Iman dan Penilaian Panggilan.” Ia akan diadakan di Roma pada bulan Oktober 2018. Dokumen Persiapan menerangkan tujuan Perhimpunan Umum itu sebagai peluang untuk Gereja “memeriksa dirinya tentang bagaimana ia boleh membawa kaum muda untuk mengenali dan menerima panggilan untuk kehidupan sepenuhnya dan cinta kasih, dan untuk meminta kaum muda membantu Gereja dalam mengenalpasti cara yang paling berkesan untuk mewartakan Berita Baik zaman ini.”
DOA PEMBUKAAN
Jemput salah seorang ahli KED untuk memimpin doa.
LAGU PEMBUKAAN :S’Panjang Jalan(Along the road) S’panjang jalan hidup ada rakan setia Ia bersama dan pimpin perjalanan Damai dib’ri, gelap dijadikan terang Tuhan telah s’lamatkan jiwaku Cho : Walaupun susah payah perjalanan
Atas gunung dan lembah yang gelap Aku tahu Yesus ada disamping ku S’panjang jalan menuju bahagia
7
Ku tak mengerti kasih-Nya Tuhan dulu Yesus disalibkan ker’na aku Ku percaya Dialah Juru s’lamatku Sejak itu Yesus di sampingku. DIALOG:
Dalam Bahagian ke-3 dokumen persediaan Sinod para Uskup, beberapa perkara telah diterangkan tentang bagaimana komuniti Kristian boleh berjalan bersama kaum muda zaman ini. Kita akan mengkaji tiga perkara untuk renungan hari ini.
1. Berjalan bersama kaum muda Menemani kaum muda memerlukan penjangkauan melepasi mana-mana anggapan awal struktur dan pemikiran. Kaum muda harus ditemui di mana mereka berada dan kita harus mengadaptasikan diri kita kepada masa dan pergerakan hidup mereka dan mengambil serius tentang mereka. Ini harus dilakukan kerana kaum muda mencari untuk memahami realiti di mana mereka hidup dan mencari untuk mencipta sejarah peribadi di dalam kehidupan seharian mereka dan dalam mencari makna kehidupan mereka. Dokumen itu juga menyatakan bahawa, “setiap komuniti perlu menitikberatkan cara-cara yang kreatif untuk menangani kaum muda secara peribadi dan menyokong perkembangan peribadi mereka.” Ini adalah tentang “keluar, melihat dan memanggil. Ianya adalah tentang pergi ke mana mereka berada, meluangkan masa bersama mereka, belajar tentang mereka dan memanggil mereka seperti yang telah Yesus lakukan.”
8
1. Menerima kaum muda sebagai ejen-ejen Dalam mana-mana aktiviti pastoral, kaum muda bukanlah objek-objek, melainkan ejen-ejen. Biasanya, masyarakat cenderung melihat mereka sebagai “tidak penting atau menyusahkan”. Gereja tidak boleh mencerminkan sikap seperti ini, kerana semua kaum muda, tak terkecuali, mempunyai hak untuk dibimbing di dalam perjalanan hidup mereke.” Dokumen itu menyatakan bahawa, “komuniti-komuniti haruslah prihatin terhadap kaum muda, terutama mereka yang berada dalam kesusahan. Seluruh Gereja adalah bertanggungjawab untuk mendidik dan membimbing kaum muda.”
2. Seluruh komuniti harus merasa bertanggungjawab terhadap kaum muda
Seluruh komuniti Kristian harus merasa bertanggungjawab untuk mendidik kaum muda. Terutamanya, mereka yang terlibat dalam tugas ini layak diberi pengiktirafan, bermula dengan mereka yang menyandang tanggungjawab di dalam Gereja. Usaha-usaha mereka yang memberi kesaksian terhadap Injil dan berkongsi sukacita yang mengalir daripadanya perlu dikagumi juga. Selain itu, Gereja harus menitikberatkan penglibatan kaum muda di dalam komuniti paroki dan diosis, bermula dengan konsili-konsili pastoral. Kaum muda harus dijemput untuk membuat sumbangan kreatif mereka dan menerima idea-idea mereka, walaupun ianya nampak mencabar.
(Untuk membaca teks yang penuh : http://www.vatican.va/roman_curia/synod/documents/rc_synod_doc_20170113_documento-preparatorio-xv_en.html)
9
Berkongsi dengan orang di sebelah anda. Berkongsi pula kali kedua dengan orang yang lain.
*Apakah maksudnya komuniti Kristian harus “keluar, mencari dan memanggil” kaum muda?
*Bagaimanakah kaum muda di paroki atau KED anda dilihat oleh mereka yang lebih tua?
* Adakah kaum muda di paroki atau KED anda dijemput untuk menyumbangkan idea-idea mereka? Jika ya, adakah pandangan-pandangan dan idea-idea mereka diterima?
PENDALAMAN
Teks Alkitab: Lukas 24: 30-33
1. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali.
2. Baca sendiri serta resapi Sabda Allah dalam keheningan.
3. Apakah perkataan , frasa atau ayat yang menarik perhatian anda? Sila
5. Kongsikan dalam kumpulan kecil (3-4 orang) #3 dan #4
10
TINDAKAN
Secara am, adakah kaum muda mengambil bahagian di dalam
perjumpaan-perjumpaan KED? Jika ya, mengapa? Jika tidak,
mengapa?
Dalam cara apakah kita, sebagai orang dewasa di dalam KED, boleh
menunjukkan bahawa kita mengambil berat dan menyokong kaum
muda di dalam KED/paroki/komuniti walaupun mereka tidak
mengambil bahagian secara aktif di dalam perjumpaan-perjumpaan
KED?
DOA PENUTUP
Dedikasikan suatu doa kepada kaum muda di dalam KED dan Gereja
secara amnya.
LAGU PENUTUP : BONDA MARIA
Engkau yang dipilih Allah Bapa di syurga
Untuk melahirkan PutraNya yang kudus
Engkaulah Bonda Kristus
Bonda sang Penebus s’gala dosa manusia
Bonda Maria p’rawan yang tiada bernoda
Hatimu bersinar putih tiada bercela
Engkau Bonda Al-Masih
Yang diangkat ke syurga penuh kemuliaan
Cho : Ave Maria … Ave Maria Terpujilah bonda, … terpuji namamu S’panjang s’gala masa Ave Maria … Ave Maria Syukur kepadanya Tuhan yang pengasih s’lama-lamanya.
11
NOVEMBER 2018
TEMA: PANGGILAN MENJADI ORANG KUDUS DALAM KRISTUS
Fokus: HUBUNGAN
Perayaan: HARI ORANG MISKIN SEDUNIA
PENGENALAN
Di dalam Amanat Apostolik, Gaudete et Exsultate (Bersukacitalah
dan bergembiralah), Paus Fransiskus mengatakan kita semua
dipanggil untuk menjadi orang kudus. Beliau menulis: “Tuhan …
mahukan kita menjadi orang kudus dan bukan sekadar puas dengan
kewujudan yang hambar dan tidak berapa baik (GE, 1).” Paus juga
mengatakan: “Mereka yang betul-betul ingin memuliakan Tuhan
dengan hidup mereka, yang benar-benar ingin berkembang didalam
kekudusan adalah dipanggil untuk melakukan karya-karya belas
kasih dengan teguh dan dengan sepenuh jiwa raga ” (GE, 107).
DOA PEMBUKAAN
Jemput salah seorang ahli KED untuk memimpin doa.
LAGU PEMBUKAAN: DOA ST. FRANSISKUS(Prayer of St. Francis)
Tuhan jadikanlah daku Alat di dalam karya damai-Mu Di mana terdapat kebencian Biar cinta ku taburkan Ref: Tuhan supaya daku mencari Lebih menghibur daripada dihibur Lebih mencinta dari dicinta Lebih mengerti dari dimengerti
12
Tuhan jadikanlah daku Alat di dalam karya damai-Mu Di mana terdapat penghinaan Biar ampun ku tunjukkan
Tuhan jadikanlah daku Alat di dalam karya damai-Mu Di mana terdapat keraguan Biar iman kusampaikan
Tuhan jadikanlah daku Alat di dalam karya damai-Mu Di mana terdapat kegelapan Biar cahya kupancarkan
Tuhan jadikanlah daku Alat di dalam karya damai-Mu Di kala ‘da keputus asaan Biar harap kutaburkan
*Atau pilihlah lagu lain yang bersesuaian.
DIALOG:
Suatu hari, semasa Mother Teresa dalam perjalanan ke Hospital
Badami di Culcutta, dia terserempak dengan seorang wanita tua
yang terbaring di atas jalan. Dia melihat dengan lebih dekat dan
nampak kaki wanita tersebut, yang dibalut dengan kain, dipenuhi
dengan semut. Kepalanya seperti telah digigit oleh tikus dan
lukanya yang berdarah telah dihinggapi dengan lalat dan ulat.
Mother Teresa tahu bahawa jika dia membiarkan wanita itu di sana,
dia akan mati. Maka dia pun membawa wanita itu ke hospital yang
berdekatan. Pada mulanya, pihak hospital tidak mahu merawat
wanita itu. Tetapi selepas Mother Teresa berkali-kali merayu,
13
seorang doktor merawat luka-luka wanita itu. Kemudian dia
memberitahu Mother Teresa: “Dia perlu ditempatkan di hospital
sementara tetapi kamu perlu mencari tempat untuknya selepas
peringkat kecemasan berakhir.”
Dari situ, Mother Teresa terus pergi ke pusat kesihatan Dewan
Bandar, dengan harapan dapat mencari tempat untuk pesakit-
pesakit yang miskin dipulihkan. Ketua pusat itu merupakan
seorang lelaki yang berbelas kasihan yang mendengar permintaan
Mother Teresa. Kemudian, dia membawanya ke biara Kali yang
terkenal di bandar itu di mana tempat akan disediakan untuk
kegunaannya. Pada mulanya, terdapat tentangan kuat daripada
orang-orang tertentu untuk membawa ramai pesakit jalanan ke
pusat perlindungan itu. Di sana, dia membasuh mereka, merawat
luka-luka mereka dan memberi mereka tempat untuk berehat, agar
mereka kelak meninggal dunia dengan bermaruah. Tindakan ini
menyentuh ramai orang dan tentangan terhadap Mother Teresa
kian berkurangan. Kemudian, wanita-wanita lain menyertai Mother
Teresa di dalam karya belaskasihnya untuk menjaga mereka yang
paling miskin dan menderita. Seorang tua, yang meninggal dunia
tidak lama selepas berpindah ke tempat pemulihan itu, berbisik
kepada Mother Teresa: “Saya hidup seperti seekor anjing, dan
sekarang saya meninggal dunia seperti seorang manusia. Terima
kasih.”
Berkongsi dengan orang di sebelah anda. Berkongsi pula kali kedua dengan orang yang lain.
a) Pada pendapat anda, apakah antara faktor-faktor yang
menghalang kita daripada menjangkau mereka yang memerlukan
dengan penuh belas kasih?
b) Secara peribadi, apakah yang kita dapat belajar daripada Mother
Teresa?
14
PENDALAMAN
Teks Alkitab: Lukas 10: 30, 33-35
1. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali.
2. Baca sendiri serta resapi Sabda Allah dalam keheningan.
3. Apakah perkataan , frasa atau ayat yang menarik perhatian anda? Sila
5. Kongsikan dalam kumpulan kecil (3-4 orang) #3 dan #4
TINDAKAN
Pada pendapat anda, siapakah orang-orang di perjiranan anda yang
and perlu anda jangkaui dengan belas kasih? Mengapa?
Apakah antara cara-cara mudah tetapi berkesan di mana anda boleh
menjangkau kepada mereka sebagai individu dan KED?
DOA PENUTUP
Jemputlah ahli-ahli KED untuk berdoa secara spontan.
15
LAGU PENUTUP *
LAKUKANLAH KEHENDAK TUHAN
Apakah yang dapat ku lakukan
Dalam jangka masa yang singkat
Apakah yang dapat ku berikan
Yang bermakna untuk hidup ini
Ingin ku berseru pada dunia
Akan kasih-Mu yang abadi
Pada semua insan ku britakan
Firman-Mu yang memberi harapan
Lakukanlah yang terbaik
Dan berilah yang terbaik
Sabda Tuhan pada semua insan
Lakukanlah semuanya
Apa yang disabdakan-Nya
Pada Yesus Kristus Tuhan kita
Bimbing dan terangi hidup kami
Dalam kerja kami melayani-Mu
Semoga kami bersatu dan teguh
Bekerja di lading-Mu oh Tuhan.
*Nyanyi atau baca lagu diatas dalam suasana berdoa, atau
pilihlah lagu lain yang bersesuaian.
16
DISEMBER 2018
TEMA: KRISTUS HADIAH TERBESAR.
FOKUS: MISI
PERAYAAN: NATAL
PENGENALAN:
Krismas adalah musim kita merayakan karunia terbesar Tuhan
kepada manusia –iaitu Yesus Kristus - hadiah yang tidak boleh
dibeli atau diletakkan di bawah pokok Krismas. Krismas adalah
masa untuk kitaberkongsi iman kepercayaan akan Kristus. Kita
boleh berkongsi karunia Kristus ini dengan cara yang sederhana
seperti memberikan hadiah yang akan membawa makna Krismas
yang sebenarnya atau berkongsi kenangan kegemaran Krismas atau
kesaksian siapakah Kristus bagi diri kita. Biarkan orang lain tahu
bahawa Kristus sangat penting bagi anda.
LAGU PEMBUKAAN: Yesus Domba Allah
Engkaulah kekuatanku Engkaulah kemuliaanku Engkaulah sgalanya Engkau permata yang indah Takkan pernah kulepaskan Engkaulah sgalanya Kau hapus sgala dosaku Sgala cela dan maluku Engkaulah sgalanya
17
Saat jatuh Kau angkatku Saat haus Kau p`nuhiku Engkaulah sgalanya Yesus Domba Allah mulia nama-Mu Yesus Domba Alah mulia nama-Mu
DOA PEMBUKAAN:
Jemput salah seorang ahli KED untuk memimpin doa .
DIALOG:
Pasangan muda dari Flores tiba di Malaysia mencari masa depan
yang lebih baik. Setelah tinggal melebih tempoh masa di Malaysia
mereka telahkehilangan visa sosial dan gagal mendapat pekerjaan
yang baik, akhirnya mereka bekerja di sebuah ladang sayur di
bahagian pedalaman Selangor. Seorang anak dilahirkan pada masa
mereka tinggal di sana. Anak itu membesar tanpa pengetahuan
dunia luar dan tidak pergi ke sekolah.Kes keluarga ini dikenalpasti
oleh ahli-ahli KED berhampiran dan mereka melawat keluarga ini.
Mereka menyedari bahawa terdapat empat keluarga lain yang
tinggal di sana tanpa kemudahan asas, seperti elektrik, air dan
akses pengangkutan awam.Mereka terpaksa mengambil air dari
sungai yang berhampiran dan perhentian bas terdekat adalah 11
kilometer jauhnya. Kanak-kanak tidak mempunyai pakaian yang
sesuai dan tidak terurus. Melihat keadaan keluarga ini, KED
memutuskan untuk membawa kegembiraan Krismas kepada
mereka.
Beberapa hari sebelum Krismas, ahli KED melawat keluarga –
keluarga ini dengan membawa hadiah, makanan dan pakaian baru.
Ini membawa kegembiraan kepada keluarga tersebut terutama
kanak-kanak.Mereka tersentuh kerana mengetahui bahawa ada
18
orang lain yang memperhatikan serta menjaga mereka dan sangat
menghargai usaha KED tersebut. Satu ikatan kekeluargaantelah
terbentuk pada hari itu antara keluarga migran dan ahli-ahli KED.
Hubungan yang baru terbinaini semakin eratpada bulan – bulan
berikutnya merupakan pengalaman sungguh rohani dan sangat
bermakna untuk semua. Malangnya ikatan itu berakhir apabila
ladang itu ditutup dan keluarga – keluarga itu pergi untuk mencari
kehidupan yang lebih baik. Terinspirasi oleh pengalaman mereka,
bagaimanapun, ahli KED berusaha untuk terus menjangkau orang-
orang yang terpinggir di sekitar kawasan mereka untuk
menunjukkan mereka keramahtamahan Kristian.
Apakah yang “ menyentuh” anda dalam cerita di atas? Melihat kembali pada masa lalu, adakah pengalaman serupa atau pengalaman lain yang anda alami sebagai KED pada tahun ini?
PENDALAMAN
Teks Alkitab: Yesaya 9: 2-6
2. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali
3. Baca sendiri serta resapi Sabda Allah dalam keheningan
4. Apakah perkataan , frasa atau ayat yang menarik perhatian anda? Sila
6. Kongsikan dalam kumpulan kecil (3-4 orang) #3 dan #4
19
TINDAKAN
Pada bulan Disember dan Musim Krismas:
Buat tinjauan siapa yang terpinggir di sekitar kejiranan anda –miskin ,sakit, kesepian, warga tua, anak istimewa , ibubapa tunggal, migran dan lain - lain. Sebagai KED, tentukan bagaimana anda boleh menunjukkan layanan baik seorang Kristian kepada mereka? DOA PENUTUP
Jemputlah salah seorang ahli KED untuk memimpin doa. LAGU PENUTUP:
Hidup ini adalah kesempatan.
Hidup ini adalah kesempatan Hidup ini untuk melayani Tuhan Jangan sia-sia kan apa yang Tuhan beri Hidup ini harus jadi berkat Ref: Oh Tuhan pakailah hidupku Selagi aku masih kuat Bila saatnya nanti Ku tak berdaya lagi Hidup ini sudah jadi berkat
20
KED,PILIHAN KEUSKUPAN
3. KED MJD MENCIPTAKAN SEMANGAT KEKELUARGAAN DENGAN KREATIF, INKLUSIF& INISIATIF MEMBINA ‘JAMBATAN’.
4. KED MJD MENJADI MISIONARI MELALUI
a.Kesaksian hidup, b.Pelayanan untuk kemanusiaan, c. Dialog antaragama, d. Pewarta injil yang jelas
2. KED MJD MENCIPTAKAN PENGALAMAN 1st E :PENGALAMAN BERDOA 2nd E: PENGALAMAN MEMPELAJARI 3rd E: PENGALAMAN BERTUMBUH 4th E: PENGALAMAN UNTUK MENJANGKAU
1. KED MJD menfokuskan,
a) PERIBADI YANG MENJADI 4e KATOLIK
b) KOMUNITI YANG MENJADI KELUARGA BAGI SEMUA KELUARGA