09 18 MEI 2011
9
1.0 PENGENALANSekolah adalah sebuah gedung atau institusi bagi
setiap insan yang berhasrat meneroka dan memperolehi ilmu
pengetahuan tanpa mengira aliran. Aliran agama, sastera,
perdagangan, vokasional mahupun sains. Oleh kerana, peranan sekolah
sebagai pusat perkembangan dan perolehan ilmu pengetahuan, maka
adalah amat penting bagi institusi ini mempunyai persekitaran yang
selamat dari sebarang pengaruh negatif yang boleh mengugat fungsi
sebenar dalam sesuatu sistem persekolahan itu. Oleh sedemikian,
disiplin adalah menjadi asas utama dalam menjamin keberkesanan
dalam sistem pendidikan di sesebuah sekolah.
Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi
mewujudkan suasana yang yang aman dan harmoni supaya segala proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan sejajar dengan inspirasi negara menjadikan sistem
pendidikan di sekolah adalah bertaraf antarabangsa. Oleh itu, aspek
disiplin murid di sekolah harus diberi perhatian utama pihak
sekolah, keluarga mahupun masyarakat sekeliling seperti saranan
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1981. Disiplin adalah satu aspek
kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu ia hendaklah
mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau
di luar sekolah. KPM 1981
Kini, masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik
hangat sama ada diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui
pelbagai saluran media samaada bercetak mahupun elektronik.
Pelbagai jenis salahlaku dilakukan oleh murid, dari jenis yang
ringan sehinggalah kesalahan kesalahan yang berat, seperti
penyalahgunaan dadah, membuli, memeras ugut, merosakkan harta benda
sekolah (vandalism), mengancam guru guru dan murid, mencabul dan
pelbagai lagi. Sekiranya hal ini tidak dibendung dengan segera,
dikuatiri ianya akan menjejaskan minat dan fokus murid murid yang
bermotivasi untuk belajar yang dimana secara
tidak langsung akan memusnahkan inspirasi sekolah dan negara
dalam membangunkan generasi yang terbilang. Apabila diteliti ada
banyak faktor yang mendorong mereka untuk melakukan perbuatan
perbuatan tersebut dan faktor faktor ini boleh dikategorikan kepada
faktor sekolah dan faktor luar sekolah seperti persekitaran,
keluarga, pengaruh rakan sebaya, media hiburan dan pelbagai lagi.
Faktor luar sekolah ini adalah amat kompleks dan sukar diatasi
serta di luar kawalan kita (sekolah). Oleh yang demikian, kajian
saya ini berfokuskan kepada peranan atau tugas kita (sekolah) yang
boleh dilaksanakan iaitu tugas itu seharusnya tertumpu kepada
faktor sekolah yang boleh kita kawal dan ubah seperti mewujudkan
budaya dan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah. Berikut
ialah petikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1988) mengenai
perkara ini. Hari ini sekolah sekolah menampung murid murid yang
lebih tidak seragam, iaitu dari segi sosial, ekonomi dan nilai
budayanya kerana peluang peluang bagi mendapatkan pelajaran adalah
terbuka kepada semua murid. Selain daripada itu, faktor sekolah
juga dikatakan sebagai salah satu sebab yang mempengaruhi disiplin
murid. Di antaranya ialah struktur dan organisasi sekolah; sistem
hukuman dan penghargaan kepada murid; suasana nilai dan interaksi
dalam sekolah; budaya sekolah yang lebih berorientasi akademik; dan
sikap tanggapan serta harapan para Guru. (KPM1988 pp25-26)
Penyelidik telah mengumpul maklumat jenis salahlaku di sekolah,
kekerapan, punca mengikut pandangan murid dan cadangan cara cara
mengatasi masalah disiplin khasnya di sekolah yang dikaji. Hasil
kajian mendapati masalah disiplin murid khasnya di sekolah yang
dikaji dalam tempoh masa kajian tidaklah begitu serius. Oleh yang
demikian usaha pihak sekolah untuk menangani permasalahan disiplin
di sekolah tersebut hendaklah dianggap sebagai satu langkah kearah
pengukuhan disiplin sekolah. Semoga usaha ini menjurus kearah
perubahan sikap dan perlakuan murid kepada yang lebih murni dan
berakhlak mulia dalam usaha membendung masalah tersebut ke suatu
tahap yang paling minimum.2.0 SOALAN SOALAN KAJIAN1. Apakah jenis
masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah rendah di Bandar
yang terpilih di daerah Johor Bahru?2. Apakah punca berlakunya
masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji mengikut pandangan
pelajar ?3. Apakah strategi/cadangan untuk mengurangkan / mengatasi
masalah disiplin murid ?
3.0 PERNYATAAN MASALAH Berdasarkan latar belakang masalah yang
dinyatakan, kajian yang akan dijalankan lebih menumpukan kepada
beberapa persoalan yang berkaitan dengan persepsi ibu bapa terhadap
hukuman merotan ke atas pelajar dari segi disiplin, salahlaku berat
dan juga kesan yang mungkin berlaku. Kesesuaian ini akan dilihat
dari sudut persepsi ibu bapa terhadap hukuman merotan yang
dijalankan oleh pihak sekolah ke atas pelajar-pelajar yang
melakukan kesalahan. Kebanyakan pelajar yang terlibat dengan
perilaku salahlaku tidak menyedari bahawa tingkah laku-tingkah laku
yang sering dilakukan dalam kalangan mereka sendiri adalah
merupakan salahlaku. Jenis-jenis tingkah laku ini dianggap tingkah
laku yang biasa berlaku dalam kalangan mereka seperti suka mengejek
rakan, menyorok barang, mengugut pelajar, berkuku panjang dan
sebagainya. Bagi mereka perilaku tersebut hanyalah sekadar perkara
biasa dalam perhubungan sesama rakan rakan. Namun, apabila perilaku
itu kerap kali dilakukan tanpa batasan, ianya boleh mengudang
pelbagai masalah. Oleh itu, suatu kajian tentang permasalahan yang
timbul dari perbuatan yang menjurus kepada salahlaku tersebut akan
dilaksanakan dalam kajiaan ini dengan terperinci.
Secara umumnya, penyumbang kepada lahirnya perbuatan salahlaku
dikalangan murid - murid adalah berpunca dari pelbagai faktor
seperti faktor biologi dan perangai, pengaruh keluarga, rakan
sebaya dan persekitaran namun, penyumbang utama kepada masalah
salahlaku ini adalah dari dalaman (rohani) diri murid murid itu
sendiri yang dimana, rohani pelajar itu yang lemah, sunyi atau
ketiadaan ketenangan dan keimanan yang mendorong pelajar itu mudah
untuk melakukan perbuatan salahlaku yang berpandukan nafsu semata
mata tanpa memikirkan keburukannya.
Kebanyakkan pelajar yang terbabit dengan permasalah salahlaku
ini tidak sedar kesan-kesan buruk akibat salahlakutersebut.Jika
ianya melibatkan salahlaku yang kecil maka ianya mudah untuk
diperbaiki dan tidak mendatangkan impak yang besar keatas pelajar
yang melakukan salahlaku tersebut. Tetapi, sekiranya ianya
melibatkan salahlakuyang besar seperti kes bergaduh, merogol dan
sebagainya, maka sudah pasti ianya akan memberikan impak yang buruk
kepada pelajar itu sendiri yang dimana boleh memalukan diri dimata
keluarga mahupun masyarakat. Apabila ianya telah berlaku,
kebanyakkan sudah terlambat. Kesan-kesan negatif ini juga akan
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran remaja terbabit akan
terbantut, dan seterusnya bakal merosakkan masa depan mereka
sendiri. Masalah salahlakudikalangan pelajar jika tidak ditangani
dengan serius dan berkesan dikuatiri akan mendatangkan kesan yang
negatif kepada pelajar dan juga institusi sekolah. Kesedaran serta
kefahaman yang mendalam tentang salahlaku pelajar di sekolah oleh
guru dan mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan amat perlu
dalam usaha mengawal serta mengatasi masalah ini.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk :
i) Mengenapasti jenis masalah disiplin murid di salah sebuah
sekolah rendah di bandar yang terpilih di daerah Johor Bahru.ii)
Mengenalpasti punca berlakunya masalah disiplin murid mengikut
pandangan murid.iii) Mengenalpasti strategi,pendekatan atau
cadangan untuk mengurangkan atau mengatasi masalah disiplin
murid.
5.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini diharap akan menghasilkan ilmu pengetahuan berkenaan
dengan salahlakupelajar di sekolah rendah. Dapatan daripada kajian
ini juga akan dapat menjelaskan lagi tentang salahlaku dalam
kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau seperti berambut
panjang, ponteng sekolah, mencuri, memeras ugut, membuli
(berkelakuan kasar terhadap murid), berkuku panjang, dan
mengancam/memukul/mencederakan murid lain serta program-program
pencegahan yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak pentadbir
sekolah khususnya di Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau di Johor
Bahru. Di samping itu, dapatan ini juga diharapkan membolehkan
pelajar yang terlibat salahlaku tersebut supaya mendapatkan bantuan
daripada pihak yang berkenaan
seperti pihak guru, kaunselor dan sebagainya bagi menyelesaikan
konflik dalaman dan luaran yang dialami mereka.Dapatan kajian ini
juga akan dapat digunakan sebagai garis panduan serta asas kepada
pembentukan polisi bagi menangani dan mencegah salahlakudi sekolah
seperti polisi sifar salahlaku. Para guru khususnya guru-guru
kaunseling akan mendapat faedah daripada dapatan kajian ini.
Dapatan kajian ini akan dapat membantu guru untuk mengatasi dan
mencegah masalah salahlaku pelajar yang berlaku di kelas atau di
sekolah. Ianya juga akan membekalkan maklumat-maklumat berkenaan
salahlaku pelajar yang boleh digunakan oleh guru bagi menangani
masalah yang berlaku di kelas mereka.6.0 SKOP DAN BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya mengambil kira rekod rasmi/penyata salahlaku pada
tahun 2010 bagi pelajar pelajar dari salah sebuah sekolah rendah di
Bandar yang terpilih sahaja di daerah Johor Bahru. Dapatan dari
kajian ini merupakan sampel sebenar responden responden yang terhad
sahaja. Oleh itu, ianya tidak sesuai untuk membuat generalisasi
kepada sekolah lain. Namun, bentuk dan kaedah penyelidikan ini
boleh dijadikan rujukan / panduan bagi sekolah lain yang bermasalah
yang hampir sama bagi mencari jalan membendung masalah yang
dihadapi.7.0 TINJAUAN LITERATUR Sebagai manusia, sudah pastinya
murid murid tidak lari dari mempunyai masalah. Masalah masalah ini
timbul disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya ialah disebabkan
oleh keperluan asasi, psikologi dan rohani (agama) serta harapan
harapan tertentu yang dipunyai oleh seseorang murid itu tidak dapat
dipenuhi seperti yang dinyatakan oleh Hasnan (2008), Al Banna (
2003) dan Train (1995)Untuk membina pelajar yang cemerlang dari
sudut tingkah laku antaranya adalah dengan melaksanakan ibadah
ibadah yang khusus terutamanya solat lima waktu dan ibadat ibadat
sunat yang lain. Ini kerana menurut beliau, tingkah laku seseorang
pelajar terhadap Penciptanya dapat diterjemahkan dengan melakukan
ibadah solat yag diwajibkan dan disunatkan. Melalui ibadah ini
seseorang pelajar bukan sahaja dapat mewujudkan hubungan baik
dengan Allah S.W.T, bahkan dia juga dapat membentuk tingkah laku
seorang muslim yang sejati. Solat juga boleh menghindarkan dirinya
daripada melakukan perkara dan perbuatan yang buruk. Firman Allah
S.W.T. yang bermaksud: : Sesungguhnya solat itu mencegah dari
perbuatan yang keji dan mungkar.
Hasnan, 2008Peribadi atau personaliti Muslim adalah peribadi
yang tersendiri yang terbentuk daripada latihan latihan melalui
ibadat. Dimana antara cara yang terbaik untuk membersihkan jiwa
manusia adalah dengan solat solat yang khusuk. Solat dapat mengilap
hati manusia dan dapat membuang segala noda dan dosa serta
kekotoran hati.Oleh itu, perlu dilaksanakan dengan cara yang
terbaik agar dapat memperbaharui diri dan membersihkan hati. Firman
Allah S.W.T. yang bermaksud Mintalah pertolongan (untuk menghadapi
kesusahan dalam menyempurnakan sesuatu perintah Allah S.W.T.)
dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat (al-Baqarah,
2:153)
Al Banna, 2003There are three main reasons why a child reacts
aggressively:
When he feels that his objectives are being thwarted.
When anyone criticizes him or his friends.
When he feel that a situation is unjust, or that someone has
been negligent or careless.
Train, 1995 (pp 24)
If he has a feeling of being trapped, with no choice, he will
react with increasing difficult behaviour.
Train, 1995 (pp 60)
If a child is becoming frustrated because he cannot understand
something, he will be restless dan will start to misbehave.
Train, 1995 (pp 116)
Masalah disiplin yang timbul mempunyai perkaitan yang rapat
dengan cara didikan dan asuhan di rumah. Sikap ibu bapa berupa
penekanan dapat mempengaruhi perkembangan kanak kanak dari segi
sahsiah dan aspirasinya (Stodgil, 1970:27) selain itu, setiap ibu
bapa adalah lebih penting daripada taraf sosioekonomi. (W.C Miler
1971:102)
Disamping itu, sikap ibu bapa yang membantah keras langkah
kementerian mengetatkan disiplin murid, sedikit sebanyak mendorong
ke arah kemerosotan disiplin murid ( Utusan Malaysia, 1987)
Murid murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah,
dimana mereka tidak mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa
yang cukup, menambah kepada masalah tatatertib di sekolah sekolah
(A. Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim Saad, 1982:260)
Kecelaruan dalam keluarga dan kurang perhatian ibu bapa adalah
punca utama yang mempengaruhi jiwa remaja. Kajian Lembaga Penduduk
Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati kerenggangan
hubungan kekeluargaan menjadi punca utama remaja terjebak ke kancah
maksiat (Berita Harian, 10.11.93,23)
Kajian yang dibuat oleh Universiti Chicago (Czikszentmihalyi,
1987) mendapati purata masa yang dikongsi oleh remaja dan ibu bapa
yang bekerja hanya 12 jam seminggu. Ini mengakibatkan kekurangan
masa bagi ibu bapa untuk mengasuh, mendidik dan membimbing anak
mereka. Tugas mereka sekadar menyediakan keperluan kewangan dan
persekolahan bagi tujuan membesarkan anak. Ibubapa juga tidak
sepatutnya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak mereka kepada
guru sepenuhnya. Mereka sepatutnya mengunjungi sekolah sekali
sekala supaya lebih memahami situasi anak mereka di sekolah.
Rakan sebaya dialam persekolahan adalah kumpulan rujukan murid
yang memberikan sokongan moral dalam mencari identiti pembentukan
imej (Pomberi, 1990, Mahmood, 1991). Rakan sebaya memberi peluang
kepada mereka untuk mengikut piawai kumpulan itu dalam aspek aspek
gaya pakaian, pertuturan, orientasi kepada muzik, tarian, tayangan
filem dan lain lain. Masalahnya timbul apabila pendedahan seperti
ini biasanya melibatkan nilai nilai buruk yang membawa kepada
keruntuhan disiplin dan moral mereka.8.0 METODOLOGI KAJIAN
8.1 Rekabentuk Kajian
Reka bentuk kajian permasalah salahlaku dikalangan pelajar
Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau di Johor Bahru, Johor adalah
berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah temubual separa
struktur dengan guru, murid dan rekod rasmi / penyata salahlaku
yang ada di sekolah. Data yang diperolehi dianggap penting kerana
kesimpulan dan keputusan daripada kajian akan dapat ditentukan dan
ditafsirkan secara kuantitatif.
8.2 Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian ialah jumlah keseluruhan pelajar tahap 2 Sekolah
Kebangsaan Kangka Tebrau iaitu seramai 252 orang pada sesi 2010. Di
mana 20 orang pelajar telah terlibat dengan salahlaku di sekolah
itu pada tahun 2010. Pelajar-pelajar yang menjadi sampel (temu
ramah) dalam kajian ini adalah merupakan pelajar yang pernah
terlibat dengan aktiviti salahlaku. Kajian ini dijalankan selama 2
minggu di bawah pengawasan guru bagi memastikan perancangan,
tindakan, pemerhatian, pengkajian dan refleksi dapat dilaksanakan
dengan jayanya.
8.3 Instrumen Kajian
Tiga jenis instrumen telah digunapakai untuk melaksanakan kajian
ini, iaitu temubual separa struktur dengan guru, murid dan rekod
rasmi / penyata salahlaku yang ada di sekolah.
Temubual separa struktur dengan Guru Besar, Guru Disiplin, dan
guru guru penolong mengenai masalah disiplin secara keseluruhan di
sekolah tersebut, tindakan pihak sekolah dan cara cara menangani
masalah tersebut. (Lampiran 1)
Temubual separa struktur dengan pelajar yang ada rekod masalah
disiplin di sekolah yang dikaji. (Lampiran 2)Analisis berdasarkan
rekod rasmi / penyata salahlaku / masalah disiplin / SSDM Jenis
salahlaku pelajar dan kekerapan Perbandingan kekerapan salahlaku di
antara murid lelaki dan perempuan Jadual punca salahlaku Jadual
jenis tindakan disiplin / hukuman8.4 Prosedur Melaksanakan
Kajian
Kajian kes berbentuk tinjauan deskriptif ini adalah berdasarkan
data masalah disiplin disalah sebuah sekolah rendah di Bandar yang
terpilih di daerah Johor Bahru yang berlatar belakang sosioekonomi
yang rendah. Hampir 80% pelajarnya berasal dari penempatan
setinggan di kawasan sekitar sekolah yang dimana pendapatan seisi
keluarga kurang RM1000.00 sebulan. Melalui kajian soal selidik dan
penyelidikan didapati 90% pelajar adalah bukan penduduk tempatan,
iaitu mereka datang berhijrah dari negeri luar Johor. Sekolah ini
merupakan sekolah satu sesi dimana semua murid sekolah ini berasal
dari sekitar kawasan setempat dalam lingkungan 5 km dari sekolah
yang dikaji. Penyelidik telah mengadakan temubual separa struktur
kepada guru besar, guru disiplin dan guru kauseling sekolah
tersebut. Penyelidik juga telah menemubual 15 dari 20 orang murid
yang mempunyai rekod masalah disiplin di sekolah. Hasil temubual
dianalisis secara kualitatif. Maklumat yang diperolehi daripada
temubual dan disokong dengan rekod rasmi masalah disiplin telah
dianalisis secara kualitatif juga.8.5 Analisis Data
Analisis data mengenai soalan kajian adalah berdasarkan maklumat
temubual separa struktur dengan murid dan pihak pengurus sekolah
yang dikaji untuk mendapatkan maklumat atau pandangan sumber lain
disokong dengan rekod atau penyata rasmi salahlaku yang sedia ada
disekolah yang dikaji.
Antara maklumat yang diperolehi ialah yang berkaitan dengan
jenis masalah disiplin, kekerapan, perbezaan kekerapan di antara
murid lelaki dan perempuan, punca berlakunya masalah disiplin
mengikut pandangan murid dan tindakan pihak sekolah untuk menangani
masalah ini.
8.5.1 Rekod Jenis Salahlaku, Gender dan Bilangan Murid Yang
Terlibat dan
Jumlah Kekerapan Kes SalahlakuJadual 1 menunjukkan salinan rekod
rasmi kes salahlaku yang terdapat di sekolah yang dikaji. Ia
menunjukkan jenis salahlaku, gender dan bilangan murid yang
terlibat dan jumah kekerapan berlaku kes salahlaku. Jenis salahlaku
yang dicatatkan merangkumi kesalahan seperti berambut panjang,
ponteng sekolah, mencuri, memeras ugut, membuli (berkelakuan kasar
terhadap murid), berkuku panjang, dan
mengancam/memukul/mencederakan murid lain.Jadual 1 : Jenis
Salahlaku dan Kekerapan dalam Tahun 2010
KodJenis SalahlakuKekerapan / Bilangan murid yang terlibatJumlah
murid yang terlibatJumlah kekerapan berlaku kes salahlaku
LelakiPerempuan
*B*K*B*K
112Tingkah laku Jenayah
Mencuri241337
121
Mengancam/memukul/mencederakan murid lain.130013
115Memeras ugut220022
116Membuli210021
332Kekemasan Diri
Berkuku panjang224567
331Berambut Panjang220022
882Ponteng
Ponteng Sekolah321345
Jumlah14166112027
Sumber; Buku Rekod Salahlaku/Masalah disiplin Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1988, SK Kangka Tebrau 2010Petunjuk ; *B
Bilangan murid yang teribat dengan kes salahlaku
*K Kekerapan berlaku kes salahlaku Jadual 1 menunjukkan 14 orang
murid lelaki telah terlibat dengan 16 kes salahlaku manakala 6
orang murid perempuan telah terlibat dengan 11 kes salahlaku. Pada
keseluruhannya, seramai 20 orang murid telah terlibat dengan 30 kes
salahlaku di sekolah yang dikaji sepanjang tahun 2010.8.5.2
Perbandingan Kekerapan Salahlaku antara Murid mengikut Gender
Jadual 2 menunjukkan perbandingan kekerapan antara murid
mengikut gender dan kelas. Daripada 252 orang murid Tahap 2 di
sekolah pada masa yang dikaji, 20 orang murid, bersamaan 7.94%
daripada murid murid Tahap 2 pernah melakukan perbuatan salahlaku.
Pada keseluruhannya, 20 daripada enrolmen 565 orang murid bersamaan
3.54% murid murid pernah melakukan perbuatan salahlaku sepanjang
tahun 2010.Jadual 2 : Perbandingan kekerapan salahlaku mengikut
gender, Tahun 2010PembolehubahEnrolmen MuridBilangan kes
SalahlakuKekerapan Salahlaku
Tahap 1Tahap 2Tahap 1Tahap 2Tahap 1Tahap 2
Gender
Lelaki
Perempuan1731401231290
014
60
018
12
Jumlah313252020030
Sumber; Buku Rekod Salahlaku / Masalah disiplin
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, SK Kangka Tebrau 2010
Pada keseluruhannya, murid murid Tahap 2 sahaja yang terlibat
dengan kes salahlaku. Seramai 14 orang lelaki telah terlibat dengan
18 kes salahlaku manakala 6 orang murid perempuan telah terlibat
dengan 12 kes salahlaku.8.5.3 Punca Salahlaku Murid Murid Tahap 2,
Tahun 2010
Jadual 3 menghuraikan 4 kategori punca salahlaku yang telah
dikenalpasti mengikut pandangan murid murid. Faktor diri murid,
keluarga, sekolah dan persekitaran merupakan faktor yang
menyebabkan salahlaku di sekolah yang dikaji. 12 kes telah
dikenalpasti adalah berpunca dari diri murid, 9 kes dari faktor
persekitaran, 2 kes dari faktor keluarga dan 2 kes dari faktor
sekolah.Jadual 3: Punca Salahlaku Murid-murid Tahap 2, Tahun
2010
BilPunca SalahlakuBilangan Kes SalahlakuJumlah
LelakiPerempuan
1Diri Pelajar8311
2Keluarga224
3Persekitaran213
4Sekolah202
Jumlah
14620
Sumber; Buku Rekod Salahlaku/Masalah disiplin
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, SK Kangka Tebrau 2010
Pada keseluruhannya, faktor diri murid mencatatkan punca
salahlaku yang paling kerap menjadi punca penyebab utama salahlaku
di sekolah yang dikaji. Ini diikuti dengan faktor persekitaran,
faktor keluarga dan faktor sekolah.8.5.4 Jenis Tindakan Disiplin /
Hukuman Yang Telah Diambil, Tahun 2010
Jadual 4 menunjukkan jenis tindakan disiplin / hukuman yang
telah diambil untuk menangani salahlaku murid di sekolah yang
dikaji. Ahli jawatankuasa sekolah ini telah mengambil keputusan
memberi nasihat / bimbingan kepada murid yang telah melakukan
salahlaku dengan harapan murid berkenaan akan sedar dan hormat
kepada rakan, guru dan sekolah. Semoga matlamat sekolah berteraskan
konsep Sekolahku Syurgaku, Sekolah Penyayang dan Sekolah Selamat
menjadi realiti.Jadual 4 : Jenis tindakan disiplin / hukuman yang
telah diambil, Tahun 2010
BilJenis Tindakan DisiplinBilangan KesCatatan
LelakiPerempuan
1Pembuangan
2Penggantungan
3Hukuman Hukuman Biasa
3.1Hukuman dera / rotan31 Kali
3.2Penahanan
3.3Denda
3.4Amaran33Amaran Pertama
3.5Nasihat83
Jumlah146
Sumber; Buku Rekod Salahlaku/Masalah disiplin
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, SK Kangka Tebrau 2010
Pada keseluruhannya, tindakan memberi nasihat lebih kerap
diambil oleh AJK Disiplin sekolah untuk menangani masalah salahlaku
di sekolah yang dikaji. Kesemua 20 orang murid yang terlibat dengan
kes salahlaku telah diberi jenis tindakan disiplin mengikut jenis
kes salahlaku dari yang ringan kepada berat mengikut keperluan
sekolah. Seramai 11 pelajar telah diberi sesi bimbingan dan nasihat
oleh kauseling sekolah, manakala 6 pelajar telah diberi Amaran
Pertama dan 3 pelajar lagi telah diberi hukuman dera / rotan diatas
kesalahan berat yang berulangan. AJK Unit Disiplin dan Lembaga
Pengawas sekolah memandang serius salahlaku tersebut dengan
memantau disiplin semua pelajar pelajar dari semasa ke semasa
khususnya pelajar yang pernah melakukan salahlaku.8.6 Analisis
Kualitatif
Data diperolehi daripada temubual separa struktur dengan guru
dan murid juga boleh menyokong maklumat/rekod/penyata rasmi
salahlaku murid yang ada di sekolah.
Data daripada temuduga separa struktur dapat memberikan beberapa
perkara yang boleh diambil kira dalam analisis. Perkara- perkara
ini diklasifikasikan seperti berikut.
8.6.1 Bentuk / Jenis masalah disiplin murid
Masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji merangkumi
kesalahan seperti berambut panjang, ponteng sekolah, mencuri,
memeras ugut, membuli (berkelakuan kasar terhadap murid), berkuku
panjang, dan mengancam/memukul/mencederakan murid lain.Bentuk /
jenis salahlaku murid lelaki dan perempuan adalah sama kecuali
memeras ugut dan mengancam/memukul/mencederakan murid lain. Ini
ditunjukkan dalam transkrip temubual separa struktur seperti contoh
contoh di bawah.
Masalah disiplin pelajar sekolah ini adalah merangkumi kesalahan
seperti mencuri, mengancam murid lain, berkuku panjang, berkelakuan
kasar dengan murid, ponteng sekolah dan berambut panjang bagi
pelajar lelaki.
( Guru A)
Bentuk/jenis salahlaku murid lelaki dan perempuan adalah hampir
sama.Tetapi pelajar perempuan tidak memeras ugut dan
mengancam/memukul/mencederakan murid lain.
(Guru S )
Salahlaku murid lelaki yang membuli dan ponteng sekolah lebih
rumit dan kerap kali berlaku berbanding dengan pelajar perempuan
yang kesalahannya biasanya tidak akan berulang.
(Guru R)
8.6.2 Bilangan murid terlibat dan kekerapan salahlaku
Sepanjang tahun 2010, seramai 20 orang murid lelaki dan
perempuan telah dicatatkan pernah terlibat dengan kes salahlaku di
sekolah seperti yang dinyatakan oleh Guru R. Jumlah murid lelaki
dan perempuan yang terlibat dalam salahlaku adalah lebih kurang
sama seperti yang dinyaakan oleh Guru B. ini dapat diperkukuhkan
dalam contoh contoh transkrip temubual separa struktur dengan guru
guru seperti berikut.Jumlah murid lelaki dan perempuan yang
terlibat dalam salahlaku adalah lebih kurang sama
(Guru B)
Pada tahun 2010, 20 orang murid terlibat dengan 30 kes salahlaku
di sekolah yang dikaji. Pada keseluruhannya, tiada masalah disiplin
murid yang serius pernah berlaku.
(Guru C)
9.0 DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan hasil analisis data mengenai persoalan-persoalan
kajian yang dikemukakan, dapatan kajian dapat dirumuskan seperti
berikut:9.1 Punca Salahlaku
Kajian yang dijalankan di sekolah yang dikaji telah berjaya
mengenalpasti empat kategori punca salahlaku. Punca salahlaku boleh
dirumuskan seperti berikut.9.1.1 Faktor diri murid
11 daripada 20 orang murid, bersamaan 55% telah dikenalpasti
melakukan salahlaku kerana kehendak diri sendiri. Pada
keseluruhannya, murid murid yang ditemubual telah terdorong
melakukan perbuatan salahlaku atas alasan seperti masalah kewangan.
Gambaran yang lebih jelas bagi dapatan ini ditunjukkan dalam
transkrip temubual dengan Murid S, Murid T dan HSaya ingin membeli
( jenis makanan) seperti (rakan sebaya) tetapi saya tidak ada duit
yang mencukupi jadi saya ambillah duit rakan saya dalam beg (nama
mangsa). ( Murid S)
Saya tidak yakin saya boleh lulus jadi saya rasa lebih baik saya
ponteng sekolah. (Murid U)Saya rasa sekolah hanya membosankan
kerana akan mendapat banyak kerja rumah yang akan diberi guru
nanti.
(Murid H)
9.1.2 Faktor keluarga4 daripada 20 orang murid, bersamaan 20%
telah melakukan salahlaku kerana faktor keluarga. Ini dapat
diperkukuhkan dengan temubual seperti yang dinyatakan oleh Murid
M.
Saya ponteng sekolah kerana emak suruh saya menjaga adik. Ayah
dan emak terpaksa pergi kerja.
(Murid M)
9.1.3 Faktor persekitaran
3 daripada 20 orang murid, bersamaan 15% telah melakukan
salahlaku kerana faktor persekitaran. Ini dapat diperkukuhkan
dengan temubual seperti yang dinyatakan oleh Murid F.
Saya disuruh mengacau (rakan sebaya) oleh (rakan sebaya). Kalau
saya tidak ikut, saya akan dimarahi dan dipukul oleh (rakan
sebaya).Saya takut. (Murid F)
9.1.4 Faktor sekolah
2 daripada 20 orang murid, bersamaan 10% telah melakukan
salahlaku kerana faktor sekolah. Ini dapat diperkukuhkan dengan
temubual seperti yang dinyatakan oleh Murid Z seperti berikut..
Saya rasa bosan, tiada hiburan di sekolah. Guru selalu memberi
terlalu banyak kerja rumah setiap hari.
(Murid Z)
Pada keseluruhannya, faktor diri murid paling kerap menyebabkan
murid melakukan perbuatan salahlaku, ianya berlaku kerana pelajar
mempunyai kelemahan rohani yang disebabkan kurangnya penghayatan
dalam agama. Selain itu, faktor persekitaran, faktor keluarga dan
faktor sekolah juga menjadi penyebab perlakuan salahlaku pelajar
pelajar di sekolah yang dikaji.
10.0 CADANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN
Pengkaji mencadangkan beberapa langkah yang perlu bagi mengatasi
masalah salahlaku dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Kangka
Tebrau di Johor Bahru, Johor iaitu1. Dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa salahlaku masih berlaku di SK Kangka
Tebrau di Johor Bahru, Johor. Justeru itu, pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia,
JPN, PPG, pentadbir sekolah dan guru-guru tidak boleh memandang
ringan masalah salahlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Tindakan
dan program yang
berterusan mencegah aktiviti salahlaku di sekolah perlulah
dilipat gandakan serta
dinilai keberkesanannya. Pelbagai pendekatan harus dilakukan
demi mencegah
perilaku salahlaku pelajar dari terus berleluasa. Salah satu
contoh pendekatan
iaitu dicadangkan oleh Rigby (1996) dimana beliau menggunakan
tiga pendekatan untuk menangani masalah salahlaku individu iaitu;i)
Pendekatan moral iaitu pendekatan ini menghendaki pelajar-pelajar
mematuhi semua peraturan dan nilai yang ditetapkan oleh sekolah.
Secara unggul, pendekatan ini menegaskan bahawa semua salahlaku
akan dikenakan tindakan yang serius.ii) Pendekatan undang-undang
iaitu berdasarkan kepada peraturan atau undang - undang yang
ditetapkan dalam Ordinan Pelajaran dan melalui pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pelajaran atau peraturan sekolah itu sendiri. Ianya
disampaikan kepada pelajar melalui buku undang-undang sekolah.iii)
Pendekatan kemanusiaan iaitu lebih bersifat kemanusiaan. Ia satu
pendekatan dimana pelajar yang bermasalah salahlaku akan bertemu
dengan guru disiplin atau kaunselor dalam perbincangan tertutup
untuk mendengar alasan, perasaan dan motif tindakan mereka.
Kaunselor menggunakan pendekatan ini supaya perilaku salahlaku
dapat mengubah tingkah laku, perasaan dan pemikirannya ke arah
kebaikan. Pendekatan kemanusiaan dalam bentuk keagamaan seperti
solat berjemaah, tazkirah dan sebagainya dalam kalangan pentadbir,
guru dan pelajar perlu dilaksanakan bagi memperkukuhkan asuhan
jasmani dan rohani yang menjadi asas pembentukkan keperibadian yang
mulia berlandaskan nilai nilai islam khususnya bagi pelajar
Islam.2. Kajian ini menjelaskan pelbagai punca yang menyebabkan
salahlaku pelajar berlaku dalam kalangan pelajar pelajar khususnya
pelajar Tahap 2. Justeru itu, pihak pentadbir sekolah, guru dan ibu
bapa perlu mengenal pasti punca-punca salahlaku tersebut terlebih
dahulu, kemudian rancangan pencegahan perlu dibuat berdasarkan
kepada punca-punca tersebut. Pihak terlibat terutama pihak sekolah
dan guru juga dicadangkan agar mengadakan lebih banyak aktiviti
yang berbentuk motivasi untuk meningkatkan keyakinan dalam diri
para pelajar. 3. Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di
sekolah-sekolah sedia ada perlu dikaji dari segi keberkesanannya.
PRS merupakan salah satu unit sokongan kepada pelajar-pelajar untuk
meluahkan masalah yang mereka hadapi. Menurut Zuraidah (1988),
konsep asas program ini ialah rakan bantu rakan. Dalam konteks ini,
pelajar yang telah mendapat latihan khas akan berusaha memberikan
bantuan kepada rakan-rakan di sekolah yang menghadapi pelbagai
masalah disiplin dan sosial. Seterusnya, pelajar yang mempunyai
keyakinan dan motivasi yang tinggi lebih cenderung untuk melakukan
perkara yang berfaedah dan tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti
salahlaku seperti yang biasa berlaku. 4. Kajian mendapati
penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah merupakan antara
program yang tinggi keberkesanannya. Justeru itu, sebagai orang
yang paling rapat dengan pelajar, penglibatan ibu bapa dalam setiap
program pencegahan yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah sangat
diperlukan. Disamping dapat memantau perilaku anak-anak di rumah,
ibu bapa juga perlu diberikan maklumat dan kesedaran tentang
masalah salahlaku ini. Gejala salahlaku di sekolah-sekolah
menunjukkan bahawa pelajar semakin berani mencabar undang-undang
dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah. Setiap kali berlaku
insiden negatif seperti bergaduh, membunuh dan lain-lain jenayah di
sekolah, banyak pihak akan menunding jari kepada ibu bapa sebagai
penyumbang utama. Ibu bapa akan dipersalahkan kerana mereka adalah
orang yang bertanggungjawab bukan sahaja melahirkan, tetapi juga
membesarkan dan mendidik anak-anak dengan sempurna. Aspek yang
perlu ditekankan ialah pendekatan seperti kemahiran berkomunikasi,
kemahiran kaunseling, kemahiran mendengar, kemahiran mengenal pasti
masalah dan sebagainya. Oleh itu, kemahiran kemahiran ini harus
diperkenalkan, dimiliki dan diaplikasikan dalam sesebuah keluarga
agar pembentukan sahsiah dan perkembangan anak-anak dapat
dikawal dan dibimbing secara lebih efektif.5. Memandangkan
salahlaku khususnya kes berat seperti bergaduh, ponteng sekolah dan
membuli dimana ini tidak hanya berlaku di dalam kawasan sekolah
sahaja, maka kerjasama pihak luar seperti pihak Polis, pihak
Berkuasa Tempatan dan penglibatan masyarakat keseluruhannya adalah
perlu untuk memantau kegiatan para pelajar terutama sekali ketika
mereka berada di luar kawasan sekolah. Kawalan disiplin bukan hanya
dalam kawasan sekolah semata-mata, tetapi remaja juga perlu dididik
untuk mematuhi peraturan dan undang-undang ketika berada di luar
kawasan sekolah. Penglibatan semua pihak amat diperlukan demi
membentuk peribadi remaja yang lebih Gemilang dan Terbilang.
Pihak sekolah haruslah mempunyai sikap positif terhadap disiplin
murid. Pihak sekolah boleh menubuhkan Jawatankuasa Disiplin di
kalangan guru guru yang bertanggungjawab mengesan menangani dan
menyelesaikan masalah/salahlaku murid. Denda yang dikenakan
haruslah setimpal dengan kesalahan murid. Semua staf hendaklah
bekerjasama dan konsisten dalam tindakan tindakan disiplin ke atasu
murid, memberi peringatan dan khidmat bimbinga. Langkah langkah
yang telah diambil oleh sekolah yang dikaji boleh ditunjukkan dalam
transkrip temubual dengan Guru R, Guru S dan Guru A seperti
berikut,
Denda dan tindakan yang dikenakan haruslah setimpal dengan jenis
dan seriusnya sesuatu salahlakumurid.
(Guru R)
Kami mendapati pendekatan bimbingan dan kauseling atau nasihat
adalah lebih sesuai dan berkesan bagi murid murid sekolah ini.
(Guru S)
Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa bekerjasama
untuk memastikan disiplin murid di sekolah sentiasa terkawal.
(Guru B)
Dalam usaha melaksanakan tugas hariannya, guru seharusnya
mencari pendekatan yang sesuai supaya mencapai matlamat akhir iaitu
membentuk disiplin yang baik dalam murid murid itu sendiri.
Disiplin diri sepatutnya datang dari kerelaan dan kesukaan hatinya
sendiri dan bukan disebabkan oleh paksaan atau perasaan takut.
Untuk mencapai matlamat akhir ini, guru sendiri seharusnya
mempunyai disiplin yang baik dan menunjukkan contoh dan teladan
yang baik kepada murid murid dengan sentiasa bertatatertib, berbudi
bahasa, bersopan santun, bertimbang rasa dan bersimpati serta bijak
dalam menghadapi masalah.Keberkesanan TindakanPada tahun tahun
lepas, pihak pengurusan sekolah mengambil keputusan menangani
masalah disiplin murid dengan pendekatan tegas amaran dan merotan
walaupun pada tapak tangan sahaja. Dari itu, murid murid bertambah
ganas, malah ada ibu bapa yang masuk campur dalam soal salahlaku
murid di sekolah. Setelah lebih kurang 5 bulan dalam pemerhatian
dan pelaksanaan, pendekatan memberi nasihat atau bimbingan anjuran
bersama Unit Bimbingan dan Kauseling dengan Panitia Agama Islam
melalui pelaksanaan Program Santapan Rohani boleh dianggap lebih
sesuai dengan masyarakat, budaya dan iklim sekolah ini. Ini dapat
dibuktikan dengan penurunan kes salahlaku bagi bulan Januari hingga
Mei 2011 berbanding dengan tahun 2010. Ini juga boleh diterjemahkan
dengan transkrip hasil temuduga seperti berikut:Saya suka dengan
(Guru). Dia telah memberi nasihat yang baik, bermakna dan bernas
kepada saya supaya tidak mencuri lagi. Saya amat
menghormatinya.
(Murid Z)
Ayah saya sudah sedar. Dia mahu saya belajar bersungguh sungguh.
Dia tidak lagi suruh saya menolongnya di warung waktu sekolah.
Terima kasih, Cikgu.
(Murid K)
Terima kasih, Cikgu, kalau Cikgu tidak menasihati ibu bapa saya,
sudah tentu saya tidak bersekolah lagi.
(Murid Y)Maafkan saya Cikgu, saya akan tidak akan mengulangi
kesalahan saya lagi dan akan belajar bersungguh sungguh.
(Murid I)
11.0 KESIMPULANKajian ini mengkaji tentang masalah disiplin di
salah sekolah rendah di Bandar Johor Bahru di negeri Johor. Untuk
mencapai objektif kajian, penyelidik, guru guru mahupun pihak
pengurus sekolah yang terlibat perlulah mengenalpasti atau memilih
jenis masalah disiplin murid, punca berlakunya masalah ini dan
seterusnya mengenalpasti strategi atau tindakan yang sesuai untuk
mengurangkan serta mengatasi masalah tersebut. Hasil kajian ini
juga menunjukkan masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji
dalam tempoh masa kajian tidaklah begitu serius, iaitu seramai 20
orang daripada enrolmen 565 orang murid, bersamaan 3.54% pernah
terlibat dengan kes salahlaku sepanjang tahun 2010.
Melalui kajian ini, guru guru di sekolah yang dikaji menjadi
lebih arif dan prihatin terhadap kebajikan dan disiplin murid murid
yang diajar. Ini dijangka akan membantu menyelesaikan dan
mengurangkan masalah disiplin murid dan seterusnya meningkatkan
prestasi akademik murid. Guru haruslah kreatif, inovatif dan bijak
membuat keputusan dan seterusnya mengikis faktor sekolah yang
menyebabkan masalah disipilin murid.
Oleh sedemikian itu, semua staf pihak sekolah haruslah
bekerjasama dan konsisten dalam tindakan tindakan disiplin ke atas
murid agar hasrat Sifar salahlaku disiplin murid khasnya di sekolah
yang dikaji akan tercapai.
RUJUKAN
Connel, A., dan Farrington, D. P. (1996). Bullying among
incarcerated young offenders: Developing an interview schedule and
some preliminary results. Journal of Adolescence, 19, 75-93.
Abdullah Sani Yahaya (2005) Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang
Darul Makmur: PTS Publications dan Distibutors Sdn. Bhd,
Bentong
Alan, T. (1993). Helping The Aggressive Child. How to Deal With
Diffcult Children. Channel Island: The Guernsey Press co. Ltd,
Guemsey
Panduan Am Disiplin Sekolah Sekolah. Kementerian Pelajaran
Malaysia: 1981
Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru.
Kementerian
Pendidikan Malasia : Dewan Bahasa dan Pustaka 1988
Pekeliling Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pendidikan Malaysia
1968 2002
Berkaitan Pengurusan Disiplin Murid Sekolah
Espelage, D. L., Bosworth, K., dan Simon, T. R. (2000).
Examining the social context of Bullying behaviours in early
adolescence. Journal Counselling Development, 78, 326-333.
Krejcie, R. V. dan Morgan, D. W. (1970). Determining sample size
for research. Educational and Psychological Measurements, 30,
607-610.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003). Reka bentuk tinjauan soal
selidik pendidikan. Skudai: Penerbit UTM.
Mohd Salleh Abu dan Zaidatun Tasir (2001). Pengenalan kepada
analisis data berkomputer: SPSS 10.0 for windows. Kuala Lumpur:
Venton Publishing.
Mynard dan Joseph (2000). Development of the Multidimensional
Peer-Victimization Scale. Aggressive Behavior, 26, 169-178.
Olweus, D. (1991). Bully/victim problems among schoolchildren:
Basic facts and effects of a school-based intervention programme.
Dalam Pepler, D., dan Rubin, K. (Eds.). The development and
treatment of childhood aggression. Hillsdale, NJ: Erlbaum.
Rigby, K., dan Slee, P. T. (1995). Manual for peer relations
questionaire. Underdale:
University of South Australia.
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme
Keguruan
10 Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu
Lintang Tahun 2007
Rigby, K. (1996). Bullying in schools and what to do about it.
Melbourne: The Australian Council For Educational Research Ltd.
Thompson, D., dan Sharp, S. (1998). The dynamics of
victimisation and rejection in school. improving schools:
Establishing and integrating whole school behaviour policies.
London: David Fulton.
Lampiran 1A. Instrumen Temubual Dengan Guru Besar/Guru Penolong
HEM/Guru Disiplin Sekolah
BilSoalanResponCatatan
1Berapa lamakah Cikgu _____ sudah bertugas di sekolah ini ?
2Berapakah jumlah murid sekolah ini ?
3Adakah semua pelajar tingga di asrama ?
4Adakah murid sekolah ini pernah melakukan kesalahan disiplin
?
5Pelajar dalam darjah berapakah melakukan kesalahan disiplin
?
6Apakah masalah utama disiplin pelajar di sekolah tuan ?
7Berapakah kekerapan berlakunya masalah disiplin murid ?
8Adakah kekerapan salahlaku di antara pelajar lelaki dan
perempuan berbeza ?
9Adakah bentuk salahlaku di antara pelajar lelaki dan perempuan
berbeza ?
10Adakah sekolah mempunyai rekod rasmi untuk setiap salahlaku
pelajar di sekolah ini?
11Apakah punca berlakunya masalah disiplin murid ?
12Bagaimanakah pihak sekolah menangani masalah ini ?
13Sejauh manakah keberkesanan langkah langkah yang diambil untuk
menangani masalah ini ?
14Adakah pihak atasan dimaklumkan tentang masalah disiplin di
sekolah tuan ?
15Apakah tindakan susulan pihak atasan untuk membantu pihak
sekolah dalam perkara ini ?
Lampiran 2
B. Instrumen Temubual Dengan Murid Yang Ada Rekod Masalah
Disiplin
BilSoalanResponCatatan
A1Adakah anda menumpukan perhatian semasa guru mengajar dalam
kelas? Mengapa?
2Bagaimanakah keputusan ujian bulanan anda bagi bulan lepas
?
3Adakah anda yakin kepada diri sendiri ?
4Siapakah yang mendorong anda melakukan perbuatan salahlaku
?
B1Adakah murid suka kepada ibu bapa ?
2Adakah ibu bapa sayangkan murid ?
3Adakah ibu bapa pentingkan pelajaran murid di skeolah ?
4Adakah murid selalu dibawa oleh ibu bapa untuk menolong mereka
berkerja ?
5Adakah murid dipaksa bekerja pada cuti sekolah ?
C1Berapa jauhkan rumah anda dari sekolah ini?
2Adakah anda suka kepada rakan rakan di sekolah ?
3Adakah anda mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya ?
4Adakah anda mudah menyesuaikan diri dengan rakan - rakan ?
D1Adakah peraturan sekolah sesuai dan praktikal ?
2Adakah kerja- kerja rumah yang disuruh oleh guru cukup dan
mudah diselesaikan ?
3Adakah guru mengambil berat terhadap masalah pelajar ?
4Apakah hukuman yang biasanya dikenakan kepada pelajar yang
melanggar peraturan sekolah yang anda tahu ?