Top Banner
DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH © MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net JABATAN SYARIAH, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM
21

DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

Feb 25, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

JABATAN SYARIAH, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM

Page 2: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Daripada kuliah ini:

Pelajar akan:

Mengetahui cara menyediakan kertas proposal secara berperingkat

dan sistematik.

Memahami komponen yang perlu ada dalam proposal penyelidikan.

Bersedia untuk merancang dan menghasilkan proposal penyelidikan

latihan ilmiah atau disertasi.

Page 3: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Pendahuluan

Menyediakan proposal penyelidikan adalah suatu proses.

Kepentingan proposal:

untuk memberitahu kepada pensyarah bidang kajian yang diminati dan

mempengaruhi siapakah penyelia.

untuk melaksanakan kajian itu bagi mendapatkan hasil yang diingini.

Menggambarkan bahawa pengkaji bersedia secara independent untuk

membuat kajian dan berupaya membincangkannya secara jelas dan

baik.

Page 4: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Proses Sebuah Penyelidikan

Idea Theory Design/

Method

Data Collection

Analysis Findings

Idea Design/

Method

Data Collection

Theory Analysis Findings

Page 5: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Komponen Porposal Disertasi / Tesis

Permasalahan kajian

Objektif Literature Review

Bab-bab

1

2

3

4

1

2

3

4

1

2

3

4

5

6

Contoh Rangka Penulisan Kajian Kualitatif

Pendahuluan

Landasan

Teori

Landasan

Teori - Micro

Perbandingan

Konteks

Kajian

Hasil &

dapatan

7 Kesimpulan

Page 6: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Komponen Porposal Disertasi / Tesis

Permasalahan kajian

Objektif Literature Review

Bab-bab

1

2

3

4

1

2

3

4

1

2

3

4

5

Contoh Rangka Penulisan Kajian Kuantitatif

Permasalahan

Kajian

Literasi

Review

Methodologi

Perbincangan

& Dapatan

Kesimpulan

Page 7: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Memikirkan Idea

Bagaimana idea untuk membuat kajian boleh muncul?

a. Pengalaman peribadi. (di tempat kerja, sekolah, keluarga, masyarakat)

b. Pengalaman orang lain (berita, penceritaan dan laporan)Idea akan banyak muncul.

Dunia adalah medan untuk buat kajian.

Isu utamanya ialah bagaimana memilih satu tajuk yang bersifat 'researchable' dan 'investigable'.

Ada minat, kecenderungan dan kesukaan terhadap topik. Boleh berbicara tentangnya dalam masa 10 minit.

Sudah biasa dengan bahan literatur dan perkembangan semasa ilmu berkenaan. Boleh menyenaraikan buku rujukan dan 'tesis' yang terdapat dalamnya.

Ada kehendak untuk menyumbang sesuatu kepada bidang ilmu berkenaan. Nyatakan sumbangan yang hendak dibuat.

Page 8: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Memikirkan Tajuk

Ramai calon memikirkan tajuk, tanpa memikirkan isu.

Cara terbaik ialah:

Menentukan bidang yang diminati sepanjang pengajian.

Mencari isu-isu dalam bidang yang diminati.

Bagaimana mencari isu yang akan membina tajuk?

Membaca sebarang dapatan atau persoalan atau prospek kajian

dalam artikel jurnal kertas kerja.

Timbul persoalan dalam media.

Perbincangan dengan pensyarah.

Tentukan „bidang besar‟, kemudiannya „domain.‟ Bidang besar seperti

„undang-undang tort‟. Domainnya, „kacau ganggu.‟

Menulis tesis adalah suatu perjuangan. Apa perjuangan kita?

Page 9: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Membina Pengenalan

Kandungan pengenalan mestilah menarik minat penilai. Daripada

pengenalan, penilai terus tahu rangka kerja (framework) yang hendak

dibincangkan.

Pengenalan mestilah jelas dan terus berkaitan dengan topik, bukannya

menerawang.

Maklumkan kepada pembaca tentang kajian yang akan dibuat, kenapa ia

penting dan sesuai pada masanya.

Gambarkan trend, utamakan yang terdahulu berbanding yang

terkemudian.

Terus nyatakan maksud dan tidak melalut. Jika boleh, visualkan sebarang

konsep yang kompleks atau proses yang berkaitan.

'Pengenalan' mesti berkesinambungan dengan 'Permasalahan Kajian'

Page 10: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Permasalahan Kajian

Bahagian paling analitikal dalam proposal.

Istilah lain: Problem Statement + Research Questions.

Permasalahan kajian adalah isu yang timbul yang ada disebut dalam

literatur, teori, atau amalan yang memerlukan kajian dibuat.

Ia perlu menjawab soalan, “MENGAPA KAJIAN INI PERLU DIBUAT?” @

“APA MASALAHNYA SEHINGGA TERPAKSA DIKAJI?”

Hanya menerusi pembacaan sahaja boleh mengetahui masalah kajian

dalam sesuatu bidang.

Apa yang perlu dibaca? Artikel jurnal dan kertas kerja seminar: kerana ia

membincangkan situasi dan status sesuatu isu pada ketika itu.

Setiap permasalahan: perlu dicatatkan dalam bentuk peta minda ataupun

point form. Agar kita faham struktur sesuatu masalah.

Page 11: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Permasalahan Kajian

Kaedah mengarang:

Wujudkan kesinambungan dengan merumuskan 'Pengenalan'.

Bahagian ini perlu jelaskan lebih lanjut & tajamkan matlamat & rasional

kajian ini dibuat.

Setiap satu masalah perlu digambarkan dalam bentuk:

Nyatakan masalah dalam satu tajuk kecil.

Perincikan masalah berasaskan tinjauan literatur

Nyatakan ‘sumber’ yang menyokong kewujudan masalah..

Nyatakan ‘persoalan kajian’ yang terbina daripada masalah ini.

Setiap satu ‘permasalahan kajian’ mestilah membina satu objektif kajian.

Page 12: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Objektif

Daripada permasalahan kajian, kita membina objektif. Ini bermakna,

objektif mestilah berakar umbi dari permasalahan kajian yang

dibincangkan.

Tujuan objektif ialah untuk memberitahu mengapa kajian ini dibuat dan

matlamat yang hendak dicapai.

Objektif juga akan memandu kepada pengkaji untuk membina bab

penulisan secara berstruktur. Setiap objektif perlu ada bab yang

menjawabnya.

Objektif mesti dicapai dalam perbincangan kajian dan dikupas dalam

rumusan untuk membuktikan ia telah dicapai.

Sekiranya antara permasalahan kajian – objektif – bab tiada sebarang

perkaitan dan berterabur, kajian itu ditulis dengan cara yang tidak tepat.

Page 13: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Penentuan Kaedah Penyelidikan

Memahami konsep kajian kualitatif dan kuantitatif.

Butiran Kualitatif Kuantitatif

Cara Deduktif: memberi alasan &

anggapan

Induktif: mengumpul &

memeriksa

Hubungan pengkaji &

subjek kajian

Rapat + sebahagian daripada

proses

Mesti di luar.

Hasil Wujudkan konsep baharu dalam

teori

Menilai sesuatu dapatan

dalam teori

Matlamat Menceritakan semua fenomena

walaupun kompleks

Buktikan sebab-akibat sesuatu

perkara

Fokus Teks berkaitan isu Data berkaitan isu

Cara dalam

permasalahan kajian

Dari besar ke kecil Dari kecil kaitkan dengan

besar.

Page 14: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Penentuan Kaedah Penyelidikan

Pelajari dan pastikan kita memilih kaedah yang betul untuk sesuatu bidang

kajian. Contoh: untuk mengkaji keberkesanan sesuatu perundangan, apakah

metodnya?

Cara untuk tahu, hendaklah membaca buku panduan metodologi yang khusus

untuk bidang itu. Contoh: Kalau muamalat, baca buku Research methods in

Banking and Finance. Undang-undang = legal research.

Kaedah pengumpulan data utk kualitatif.

Analisa kandungan (bukannya kajian kepustakaan)

Temubual mendalam (semi-struktur @ struktur sepenuhnya)

Pemerhatian

Kaedah analisa data: contohnya: menggunakan perisian analisa.

Pendekatan: historis, analatikal, deskriptif dan lain-lain.

Page 15: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Penentuan Kaedah Penyelidikan

Contoh:

Kajian ini adalah kajian kualitatif menggunakan kaedah analisa kandungan dan juga temu bual mendalam separa-struktur.

A. analisa kandungan

Mengkaji dan menganalisa pandangan ulama 4 mazhab berkenaan…

Kajian menganalisa perbandingan pendapat ulama, dalil pegangan mereka, cara mereka memahami dalil dalam kitab usul fiqh, kitab fiqh, kitab fatawa,

Dalam menganalisa kefahaman hadis, kajian merujuk kepada kitab syarah hadis dan juga kitab takhrij seperti…

Dalam menganalisa tafsiran ayat al-Quran, kajian merujuk kepada kitab yang menyentuh ayat Ahkam seperti… dan kitab tafsir seperti …

Kajian merujuk kepada fatwa semasa berkenaan isu berkaitan …

B. Temu bual Mendalam Separa Struktur

Kajian akan membuat temu bual mendalam kepada 10 orang hakim Mahkamah Tinggi Syariah berkenaan… 10 Hakim dipilih kerana… Soalan-soalan berbentuk separa struktur menyentuh …

Page 16: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Skop Kajian

Membuat skop kajian agar:

Kajian tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Mengurangkan kritikan terhadap hasil kajian.

Skop yang boleh dibuat:

Menghadkan sampel dalam temu bual ataupun borang soal selidik.

Menghadkan kumpulan sasaran kajian.

Setiap skop perlu bincangkan rasionalnya secara ringkas.

Page 17: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Kepentingan Kajian

Jelaskan bagaimana kajian yang akan dibuat boleh menghalusi, menilai

semula atau mengembangkan ilmu dalam bidang kajian.

Sumbangan itu perlulah menyentuh substantif ilmu itu, teori atau

metodologikal.

Pastikan ada sumbangan kepada pihak yang terlibat dengan bidang

kajian seperti agensi kerajaan, pihak profesional dan negara.

Bincangkan sejauh mana kajian kita ini boleh mempengaruhi pembentukan

polisi, perundangan, amalan, teori, kaedah dan kerja-kerja penyelidikan

pada masa akan datang.

Page 18: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Literature Review

Memahami cara yang betul dalam membuat tinjauan literatur. Mestilah

berkaitan dan relevan dengan perkara yang ingin dikaji.

Apa yang hendak ditinjau:

Perkara yang sudah dibangunkan oleh sarjana lalu dalam sesebuah teori

ataupun persoalan.

Kritikan sarjana terhadap kerja penyelidikan sarjana lain.

Kepentingan membuat tinjauan literatur:

Mendalami perbincangan intelektual para sarjana berkenaan isu itu.

Memastikan tiada duplikasi dan ciplak pada hasil kajian.

Menunjukkan adanya nilai kesarjanaan dan novelty.

Apabila sudah menerangkan, maka di akhir kesimpulan kita membuktikan

kajian kita adalah perlu dan relevan kerana persoalan yang kita bawakan

masih belum dijawab oleh mana-mana sarjana.

Page 19: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Menyusun Bab

Setiap bab mestilah menjawab permasalahan kajian dan objektif.

Susun bab mengikut setiap satu permasalahan kajian dan objektif.

Disertasi yang lemah ialah apabila penilai tidak dapat memastikan

apakah setiap bab telah menjawab setiap objektif secara teratur.

Setiap bab mestilah berkaitan. Mencabut salah satu bab, akan

mencacatkan disertasi. Sekiranya tidak terkesan, maksudnya disertasi itu

bermasalah.

Page 20: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Menyusun rujukan

Ada perbezaan antara rujukan (referrence) dan bibliografi.

Memandangkan tajuk dan masalah kajian telah diperolehi, maka kita

sudah boleh menyenaraikan rujukan yang akan digunakan. Rujukan juga

mestilah yang berkaitan dengan tinjauan literatur yang dibuat.

Manfaatkan teknologi. Susun rujukan agar mudah diakses dan dicari.

Perlu ada satu kaedah untuk mengumpul dan memproses bahan rujukan.

Bukan sekadar fotostat dan simpan.

Sesuatu rujukan mungkin relevan untuk banyak sub topik. Maka, perlu

dipisahkan dan dimasukkan ke dalam ‘folder’ yang berkaitan.

Semakin banyak rujukan, semakin menggambarkan kita faham dalam

perkara yang dikaji.

Pastikan format diikuti.

Page 21: DISERTASI SARJANA & TESIS PH.D SYARIAH

© MOHD. AL ADIB SAMURI - © www.myresearch.al-adib.net

Panduan Umum

Bacalah proposal terdahulu yang dibuat oleh calon sebelum kita. Agar kita boleh buat penilaian sama ada kelebihan atau kekurangannya, dan juga, kebaikan dan kelemahannya.

Cara: baca bab 1 setiap disertasi yang telah siap dijilid.

Sediakan diri dengan PROPOSAL ataupun OUTLINE IDEA sebelum bertemu dengan penasihat akademik ataupun penyelia.

Sentiasa memperbaiki proposal sedia ada. Dapatkan komentar daripada para pensyarah pelbagai bidang untuk melihat dari sudut berbeza.

Memahami fungsi pensyarah yang menjadi penasihat akademik. Bincangkan proposal dengan sikap terbuka untuk menerima kritikan dan cabaran.

Bersedia untuk perubahan pada bidang proposal. Ada kalanya disebabkan beberapa faktor seperti kualiti proposal, area studies yang sudah banyak dibuat dan juga geran penyelidikan.

Jangan melakukan jenayah akademik! Seperti meniru bulat-bulat dalam buku atau tesis orang lain dengan menyalin footnote.

Sediakan diri untuk menguasai bahasa selain Melayu.