Di Sarawak, Perkhidmatan Kesihatan Mental telah diwujudkan apabila Unit Psikiatri mula beroperasi di Hospital Umum Kuching pada tahun 1948, iaitu 25 tahun selepas Hospital Umum Sarawak dibuka pada tahun 1923 di Jalan Rock di bawah pemerintahan Rajah Putih Ke-3 iaitu Sir Charles Vyner Brooke. Ia adalah satu-satunya hospital yang ada pada waktu itu. Pada tahun 1953 perancangan untuk membina sebuah hospital mental yang mempunyai 338 buah katil telah dipersetujui namun pembinaan hanya bermula pada tahun 1957 di atas keluasan 46.98 ekar tanah di Batu 7, Jalan Penrissen, Kuching. Anggaran kos pembinaan adalah sekitar RM2.5 juta yang mana RM1.5 juta dibiayai oleh Kerajaan British. Para pesakit kemudiannya dipindahkan dari blok lama Hospital Umum Sarawak ke hospital ini pada 22 Mei 1958. Hospital ini diisytihar secara rasmi pembukaannya oleh Sir Anthony Abell pada 6 Jun 19578. Nama sebenar hospital ini ialah Hospital Mental Sarawak tetapi kemudian ditukar nama kepada Hospital Sentosa pada 1 Ogos 1998 yang telah dipilih dan diumumkan oleh Tuan Yang Terutama, Datuk Patinggi Haji Ahmad Zaidi Adruce bin Mohd. Noor yang merupakan Gabenor Sarawak pada waktu itu. Perkataan ‘Sentosa’ sangat bersesuaian untuk mencerminkan Hospital Mental. ‘Sentosa’ ialah perkataan dari bahasa Melayu yang dicedok dari perkataan Sanskrit iaitu ‘Santosh’ atau ‘Santoshm’ yang membawa maksud ketenangan minda dan kedamaian. Unit Psikiatri juga diwujudkan di Miri pada tahun 1965 dan di Sri Aman pada tahun 1974. Sebahagian daripada Unit Psikiatri ini masih diuruskan sepenuhnya oleh Pembantu Perubatan dan Jururawat yang terlatih dalam bidang psikiatri serta dibantu oleh Pegawai Perubatan dan juga lawatan kerap daripada Pakar Psikiatri dari Hospital Sentosa, Kuching. Pesakit psikiatri yang belum mencapai tahap yang membimbangkan boleh juga mendapatkan khidmat kesihatan mental di mana-mana pusat yang berhampiran. Pada tahun 1977, di bawah pentadbiran Pengarah Perkhidmatan Peruabatan yang berkaliber dan berpandangan jauh, Datuk Stalin Hardin pada waktu itu, perkhidmatan mental di Sarawak dimulakan dengan beberapa komuniti berdasarkan penjagaan berterusan pesakit mental pada tahap yang ditentukan oleh klinik kesihatan. Pada tahun 1990, pegawai Hospital Mental Sarawak memulakan lawatan terhadap pesakit mental yang stabil dari rumah ke rumah di sekitar Kuching dalam pelaksanaan program Kejururawatan Komuniti Psikiatri yang dikelolakan sepenuhnya oleh Pembantu Perubatan dan Jururawat. Bermula pada tahun 2003, Hospital Sentosa memperluaskan kawasan lawatan berdasarkan keperluan jagaan komuniti. Ianya merupakan satu usaha gigih yang telah dilaksanakan secara bersepadu oleh para Pakar Psikiatri, Pembantu Perubatan (termasuk Pegawai Perubatan), Jururawat, Terapi Cara Kerja, Unit Pembangunan Masyarakat dan juga Kaunselor. Pada tahun 2003 juga, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia mengiktiraf Hospital Sentosa sebagai model institusi mental yang diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk menjaga pesakit forensik. 1
24
Embed
Di Sarawak, Perkhidmatan Kesihatan Mental telah diwujudkan ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Di Sarawak, Perkhidmatan Kesihatan Mental telah diwujudkan apabila Unit Psikiatri
mula beroperasi di Hospital Umum Kuching pada tahun 1948, iaitu 25 tahun selepas Hospital
Umum Sarawak dibuka pada tahun 1923 di Jalan Rock di bawah pemerintahan Rajah Putih
Ke-3 iaitu Sir Charles Vyner Brooke. Ia adalah satu-satunya hospital yang ada pada waktu itu.
Pada tahun 1953 perancangan untuk membina sebuah hospital mental yang mempunyai 338
buah katil telah dipersetujui namun pembinaan hanya bermula pada tahun 1957 di atas
keluasan 46.98 ekar tanah di Batu 7, Jalan Penrissen, Kuching. Anggaran kos pembinaan
adalah sekitar RM2.5 juta yang mana RM1.5 juta dibiayai oleh Kerajaan British.
Para pesakit kemudiannya dipindahkan dari blok lama Hospital Umum Sarawak ke
hospital ini pada 22 Mei 1958. Hospital ini diisytihar secara rasmi pembukaannya oleh Sir
Anthony Abell pada 6 Jun 19578. Nama sebenar hospital ini ialah Hospital Mental Sarawak
tetapi kemudian ditukar nama kepada Hospital Sentosa pada 1 Ogos 1998 yang telah dipilih
dan diumumkan oleh Tuan Yang Terutama, Datuk Patinggi Haji Ahmad Zaidi Adruce bin
Mohd. Noor yang merupakan Gabenor Sarawak pada waktu itu. Perkataan ‘Sentosa’ sangat
bersesuaian untuk mencerminkan Hospital Mental. ‘Sentosa’ ialah perkataan dari bahasa
Melayu yang dicedok dari perkataan Sanskrit iaitu ‘Santosh’ atau ‘Santoshm’ yang membawa
maksud ketenangan minda dan kedamaian.
Unit Psikiatri juga diwujudkan di Miri pada tahun 1965 dan di Sri Aman pada tahun
1974. Sebahagian daripada Unit Psikiatri ini masih diuruskan sepenuhnya oleh Pembantu
Perubatan dan Jururawat yang terlatih dalam bidang psikiatri serta dibantu oleh Pegawai
Perubatan dan juga lawatan kerap daripada Pakar Psikiatri dari Hospital Sentosa, Kuching.
Pesakit psikiatri yang belum mencapai tahap yang membimbangkan boleh juga
mendapatkan khidmat kesihatan mental di mana-mana pusat yang berhampiran.
Pada tahun 1977, di bawah pentadbiran Pengarah Perkhidmatan Peruabatan yang
berkaliber dan berpandangan jauh, Datuk Stalin Hardin pada waktu itu, perkhidmatan
mental di Sarawak dimulakan dengan beberapa komuniti berdasarkan penjagaan berterusan
pesakit mental pada tahap yang ditentukan oleh klinik kesihatan.
Pada tahun 1990, pegawai Hospital Mental Sarawak memulakan lawatan terhadap
pesakit mental yang stabil dari rumah ke rumah di sekitar Kuching dalam pelaksanaan
program Kejururawatan Komuniti Psikiatri yang dikelolakan sepenuhnya oleh Pembantu
Perubatan dan Jururawat. Bermula pada tahun 2003, Hospital Sentosa memperluaskan
kawasan lawatan berdasarkan keperluan jagaan komuniti. Ianya merupakan satu usaha gigih
yang telah dilaksanakan secara bersepadu oleh para Pakar Psikiatri, Pembantu Perubatan
(termasuk Pegawai Perubatan), Jururawat, Terapi Cara Kerja, Unit Pembangunan Masyarakat
dan juga Kaunselor. Pada tahun 2003 juga, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia mengiktiraf
Hospital Sentosa sebagai model institusi mental yang diberi tanggungjawab dan kepercayaan
untuk menjaga pesakit forensik. 1
Pada masa sekarang, terdapat beberapa fasiliti pakar kesihatan mental di Hospital
Sentosa (338 katil), klinik Jabatan Psikiatri di Hospital Umum Sarawak yang tidak
membenarkan pesakit bermalam (ditubuhkan pada 1996), Unit-unit Psikiatri bertempat di
Sri Aman (20 katil), Sibu (28 katil), Miri (26 katil) dan Saratok (2 katil). Pusat jagaan harian di
Hospital Umum Sarawak telah dibina pada 1987.
Pada tahun 2005, Pegawai Perubatan dari Hospital Sentosa telah memulakan lawatan
ke Hospital Serian, Bau, Lundu dan menubuhkan klinik psikiatri di sana pada setiap bulan. Di
lain-lain divisyen dan daerah serta klinik pesakit luar, penjagaan pesakit psikiatri masih diberi
dan dilaksanakan oleh Pegawai dan Pembantu Perubatan. Di klinik kawalan pula, penjagaan
berterusan pesakit-pesakit ini diuruskan sepenuhnya oleh Pembantu Perubatan Pelatih
Bukan Psikiatrik. Pada penghujung program ini, Hospital Sentosa mengambil inisiatif untuk
mengelolakan dua hari “Psychiatric Refresher Course’ untuk doktor-doktor dan paramedik
di Zon Kuching, Zon Sibu dan Zon Miri mengikut perbezaan kekerapan pada tahun tersebut.
Kursus ini akan dianjurkan pada setiap tahun.
Pada tahun 2007, pihak hospital mula memastikan pesakit yang telah stabil dengan
pengambilan ubat supaya sentiasa meneruskan pemeriksaan berkala di pusat-pusat
kesihatan di seluruh negeri Sarawak. Sebagai makluman, para pegawai dari Hospital Sentosa
sentiasa mengambil berat dan mengikuti perkembangan pesakit di rumah masing-masing
dan memberikan suntikan kebiasaan.
Pada masa sekarang, polisi untuk memberi khidmat kesihatan mental dari dulunya
ibarat ‘kunci dan nat’ kini diubah kepada lebih mesra dan terbuka , lebih diterima serta lebih
komuniti manusia selaras dengan sokongan keluarga dan masyarakat.
Visi
Hospital Sentosa Kuching beriltizam kea rah perkhidmatan psikiatri yang
komprehensif dan efektif dengan modal insane yang komited, berdedikasi, berkredibiliti
tinggi, dinamik dan mampu menyediakan perkhidmatan yang efisien, persekitran yang
kondusif, fasiliti iyang terkini demi mencapai kepuasan pelanggan.
Misi
Sebagai peneraju dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan mental yang berkualiti
tinggi melalui perkhidmatan yang terbilang.
Objektif Operasi
1. Bertindak sebagai pusat rujukan Perkhidmatan Psikiatri di negeri Sarawak.
2. Membantu menyelaras perancangan, pemantauan serta memperbaiki sistem dan
tatacara perkhimatan penjagaan psikiatri.
3. Menyediakan penjagaan psikiatri berkualiti kepada semua pelanggan Hospital
Sentosa, Kuching.
4. Mewujud dan menyelaraskan perancangan pemantauan.
5. Mengintegrasi serta mengadaptasikan perkhidmatan penjagaan psikiatri melalui
pendidikan kesihatan di peringkat pencegahan dan rawatan berterusan.
6. Memperluaskan pengetahuan bagi meningkatkan kefahaman, kesedaran dengan
penglibatan anggota, pelanggan dan masyarakat.
7. Menyediakan program-program latihamal kepada anggota dan masyarakat bagi
memperolehi pengalaman serta meningkatkan kompetensi dalam perawatan
psikiatri.
8. Meningkatkan kefahaman, kesedaran dan penyertaan anggota, pelanggan dan
masyarakat melalui program-program Promosi Kesihatan.
9. Menjana peningkatan pengetahuan dan kemahiran terkini melalui latihan dan
pendidikan berterusan.
PengarahPengarahPengarahPengarah----pengarah Hospital Sentpengarah Hospital Sentpengarah Hospital Sentpengarah Hospital Sentosa dari Dulu Hingga Sekarangosa dari Dulu Hingga Sekarangosa dari Dulu Hingga Sekarangosa dari Dulu Hingga Sekarang
1. Mr. Fredrick Salt (1955 – 1967)
2. Dr. John Nicholas R. Toke (1967 – 1969)
3. Dr. Roy Choudhury (1969 – 1974)
4. Dr. Michael Loh Ley Hiang (1974 – 1976)
5. Dr. Haroon Haji Valli Lodhia (1976 – 1978)
6. Dr. M.A.T Choudhury (1978 – 1985)
7. Dr. Lau Kim Kah (1985 – 1990)
8. Dr. Abang Bennet Taha (1990 – 1994)
9. Dr. Lau Kim Kah (1994 – 2002)
10. Dr. Ismail Drahman (2002 – 2003)
11. Dr. Abdul Kadir Abu Bakar (2003 – 2007)
12. Dr. Rajinder Singh (2007 – 2009)
13. Dr. Lau Kim Kah (2009 hingga sekarang)
Pecahan Unit dan Bahagian di Hospital Sentosa
Bil Nama Unit / Bahagian Fungsi Bil. Staf Bil.
Pesakit
Bil.
Katil
Catatan
1 Unit Pentadbiran
- Sumber Manusia
- Kewangan
- Aset, Perolehan,
Pembangunan
dan Stor.
- Keselamatan
Sebagai Perkhidmatan Sokongan
yang mempunyai empat seksyen
iaitu Sumber Manusia, Kewangan,
Aset dan Perolehan dan
Keselamatan
- -
2. Unit Pesakit Luar
- Research Room
for Drug Studies
- Depot Clinic
- Consultation
Room for
Psychiatrists
- Ambulance Team
Menyediakan Perkhidmatan
Pesakit Luar seperti menerima
temujanji pesakit, memeriksa
pesakit dan khidmat nasihat oleh
Pakar Psikiatri, Khidmat Farmasi,
Bilik Rawatan, Depot Klinik dan
menempatkan pesakit di wad
yang betul bagi kategori sakit.
- -
3. Unit Rekod Perubatan
Mengurus rekod perubatan
pesakit, menjaga rekod
perubatan dengan cermat,
membuat statistik dan Notis Atas
Talian CDCIS.
4. Unit Kerja Sosial
Perubatan
Menyediakan bantuan kepada
pelanggan terutama daripada
aspek psiko-sosial dan sosio-
ekonomi supaya pelanggan dapat
berfungsi sebagai ahli masyarakat
dan dapat berdikari, bersesuaian
dengan tahap kemampuannya
sebagai seoarang yang
mempunyai masalah atau sakit.
4 orang Tiada Tiada
5. Unit Jurupulih Carakerja
6. Unit Farmasi
- Stor Farmasi
Memastikan preskripsi ubat yang
disediakan tepat sebelum
diagihkan kepada pesakit dan
memastikan bekalan ubat
sentiasa mengikut jadual yang
ditetapkan.
7. Unit Makmal Perubatan Menyediakan perkhidmatan ujian
kesihatan kepada pesakit-pesakit
dengan ketepatan keputusan
ujian yang memuaskan bagi
memberi rawatan yang terbaik
untuk mencapai tahap kesihatan
yang tinggi.
8. Unit Sajian Menyediakan makanan yang
seimbang dari segi nutrisi dan
kualiti kepada pesakit dalam dan
memberikan Klinik Khidmat
Dietetik untuk kawalan penyakit.
9. Unit Kaunseling Psikologi Meninggikan taraf kesihatan
emosi kepada setiap pelanggan
yang memerlukan khidmat
kaunseling.
Unit Pentadbiran Hospital sentosa yang terletak di Tingkat Satu Blok Utama ini berfungsi
sebagai Perkhidmatan Sokongan yang mempunyai empat Seksyen Sumber Manusia,
Kewangan, Gaji dan Akaun dan Seksyen Hasil.
Objektif
Prosedur yang sedia ada dilaksanakan berterusan atas Sistem Pengurusan Berkualiti supaya
ianya sentiasa berkesan, mencukupi dan mengikut dan garis panduan yang telah ditetapkan.
Bilangan Kenderaan
1. Perodua Kancil (QSG 2872)
2. Toyota Innova (QSG 3549)
3. Ambulan Iveco (WLQ 3065)
4. Isuzu Trooper (QSG 2201)
5. Isuzu Trooper (QSG 2550)
MAKLUMAT KEDUDUKAN PERJAWATAN TAHUN 2010 SEHINGGA 09 NOVEMBER 2010
SEHINGGA 09 NOVEMBER 2010
AKTIVITI : 3.27.2 SARAWAK PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL
PERJAWATAN
BUTIRAN GRED
ABM JAWATAN GAJI BIL ISI KOSONG NAMA PENYANDANG HAKIKI CATATAN
2010
2078 Peg. Perubatan , Pakar Perubatan Jiwa VU7 1 1 0 1. Dr. Lau Kim Kah
2079 Peg. Perubatan , Pakar Perubatan Jiwa UD53/UD54 1 1 0 1. Dr. Rosliwati Bt Md Yusoff