MOHD HILMIE BIN MOHD MOKHTAR merupakan guru di SMK Bandar Baru Ampang, Selangor. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Moral) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak, Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan) dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor serta Ijazah Kedoktoran (Kurikulum dan Pengajaran Moral) dari Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Beliau pernah menjadi Jurulatih Utama untuk kursus dan bengkel yang berkaitan dengan bidang Pendidikan Moral pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Selain itu, beliau juga terlibat sebagai Panel Penilai Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 1 dengan Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau juga terlibat secara aktif sebagai panel penggubal Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Moral bersama-sama dengan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Penglibatan beliau dalam bidang penulisan bermula sejak tahun 2007 apabila terlibat dalam penulisan modul pengajaran dan pemudahcaraan serta buku sokongan Pendidikan Moral pada peringkat menengah rendah, menengah atas dan institut pengajian tinggi. Beliau juga merupakan salah seorang penulis buku teks untuk mata pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 2. BARATHI A/P SANTHASARAN merupakan guru mata pelajaran Pendidikan Moral di SMJK Shan Tao, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan pengkhususan dalam bidang Pendidikan Moral dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Ijazah Sarjana dalam bidang Kurikulum dan Pedagogi dari Universiti Kebangsaan Malaysia.