e-Scrap Book DIHASILKAN OLEH : BERSATU DENGUE PATROL SEK.KEB. TAMAN BERSATU, KUALA KEDAH AYUH GEMPUR AEDES
e-Scrap Book
DIHASILKAN OLEH :BERSATU DENGUE PATROL
SEK.KEB. TAMAN BERSATU, KUALA KEDAH
AYUH GEMPUR AEDES
e-Scrap Book Bersatu Dengue Patrol
• E-Scrap Book merupakan satu produk berasaskan ICT yang dihasilkan oleh ahli-ahli Dengue Patrol SK Taman Bersatu, Kuala Kedah.
• Kandungan e-Scrap book ini adalah berkaitan maklumat tentang nyamuk aedes, penyakit denggi dan pencegahannya.
• Dihasilkan menggunakan perisian MS-Powerpoint dan boleh dipersembahkan secara maya ataupun dicetak menjadi buku.
• Hasil e-Scrap book ini diedarkan ke prasekolah, tadika-tadika kerajaan dan swasta di sekitar Kuala Kedah.
` Matlamat Program Dengue Patrol
1Platform untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap cara-cara pencegahan denggi dan membasmi nyamuk aedes di kalangan pelajar sekolah rendah khasnya dan masyarakat amnya
2 Meningkatkan kesedaran bahawa usaha pencegahan denggi memerlukan penglibatan proaktif seluruh masyarakat terutamanya generasi muda menerusi program yang menyeronokkan dan bermakna
Program Dengue Patrol kini sedia untuk meluaskan lagi capaiannya ke seluruh negara, iaitu ke semua sekolah rendah di Malaysia pada 2014.
Serangga pembunuh berbahaya di dunia
Semua nyamuk memerlukan air untuk
membiak. Spesies tertentu boleh membiak dalam air yang bertakung selepas
hujan lebat.
Hanya nyamuk betina menggigit manusia
dan binatang; nyamuk jantan pula menghisap
madu bunga
Nyamuk dewasa boleh hidup selama 5-6
bulan
Nyamuk boleh mengesan karbon
dioksida dari jarak 20 meter
Sesetengah nyamuk tidak menggigit manusia, tetapi
memilih mangsa lain seperti amfibia atau
burung
Sayap nyamuk bergerak 300-600 kali
sesaat
Nyamuk terbang pada kelajuan antara 1 dan
1.5 batu sejam
Fakta mengenai Aedes yang anda mungkin tidak tahu
• Aedes ialah sejenis nyamuk kecil, hitam dengan belang putih pada kaki dan badan.
• Denggi disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes betina.
• Nyamuk jantan tidak menggigit atau menyebarkan penyakit kerana ia tiada bahagian mulut untuk menggigit.
• Hanya nyamuk BETINA yang mengigit manusia terutamanya pada waktu siang!
• Waktu nyamuk Aedes menggigit sepanjang hari tetapi paling aktif adalah dua jam selepas matahari terbit dan beberapa jam sebelum matahari terbenam.
Kitaran Hidup Nyamuk
Telur – larva – kepompong - dewasa
Kitaran Hidup NyamukTelur – larva – kepompong - dewasa
1. Seekor nyamuk bertelur dan membiarkan telurnya terapung di atas permukaan air. Kebanyakan telur biasanya menetas dalam tempoh 48 jam dan bertukar menjadi larva.
2. Apabila menjadi larva, ia akan kekal di dalam air dan timbul ke permukaan hanya untuk mendapatkan udara. Larva bersalin kulit empat kali sebelum bertukar menjadi kepompong.
3. Kepompong akan menjadi dewasa dalam masa dua hari. Pada peringkat ini, kepompong akan berehat dan tidak makan apa-apa sehingga ia berpisah daripada sarungnya dan bertukar menjadi dewasa.
4. Pada awal peringkat dewasa, nyamuk akan berehat di permukaan air dan cuba menguatkan diri sebelum mula terbang.
Gejala Demam Denggi Sakit kepala
Hilang selera Makan
Muntah
Rasa loya
RuamSakit otot & Sendi
Demam
Jenis Virus DenggiTerdapat empat jenis virus denggi. Jangkitan oleh salah satu jenis biasanya memberikan imuniti sepanjang hayat kepada jenis virus tersebut, tetapi tidak mencegah jangkitan daripada jenis virus lain. Oleh itu anda boleh menghidap demam denggi lebih dari sekali.
Demam Denggi Berdarah (DHF)… Ini merupakan salah satu komplikasi demam
denggi yang menyebabkan kerosakan pada limfa dan saluran darah, pendarahan daripada hidung dan gusi, pembengkakan hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Gejala-gejala tersebut boleh menular menjadi pendarahan serius, renjatan dan kematian. Ini dinamakan Sindrom Renjatan Denggi (DSS). DHF boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat lebih awal
Jenis Demam Denggi
Mengalami demam kuat (suhu sangat tinggi) adalah tanda-tanda dijangkiti virus denggi.
Nyamuk betina yang menghisap darah manusia akan memindahkan virus denggi ke dalam badan mangsa
Buat masa ini, tiada ubat spesifik untuk melawan denggi dan tiada sebarang vaksin untuk mencegah denggi.
Cara terbaik untuk mencegah denggi ialah dengan menghapuskan sarang pembiakan nyamuk Aedes.
Denggi Pembunuh!!
Mencari dan Memusnahkan• Buang, terbalikkan, kosongkan atau simpan sebarang bekas
yang mungkin mengumpulkan air hujan di bawah bumbung. Gunakan ubat jentik-jentik untuk memusnahkan larva nyamuk di rumah anda.9
• Sentiasa tutup bekas yang digunakan untuk menyimpan air (baldi, tong).
• Pastikan tiada jentik-jentik nyamuk didapati dalam air yang disimpan.
• Pastikan air mengalir dalam air pancutan atau tasik tiruan.• Bela ikan dalam air pancutan perhiasan yang sentiasa diisi
dengan air.
Apa yang kita boleh lakukan untuk mencegah denggi?
Langkah Perlindungan Diri• Pasang tabir pada pintu dan tingkap.• Gunakan racun serangga (aerosol) atau bahan
penghalau nyamuk.• Pakai kemeja lengan panjang, seluar panjang, stokin dan
kasut bertutup untuk mengelakkan gigitan nyamuk terutamanya pada waktu subuh dan senja.
• Gunakan bahan penghalau nyamuk pada pakaian dan kulit yang terdedah.
Apa yang kita boleh lakukan untuk mencegah denggi?
BAHAN-BAHAN PENGHALAU NYAMUK
Dapatkan Rawatan Awal• Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami demam
selama 2 hari dan ruam kulit, pergi berjumpa doktor atau kunjungi pusat kesihatan terdekat.
• Jika penyakit tersebut adalah demam denggi, kerumitan serius penyakit mungkin dialami. Jika dikesan di peringkat awal dan doktor dihubungi, nyawa pesakit boleh diselamatkan
Apa yang kita boleh lakukan sekiranya mendapat tanda-
tanda dijangkiti denggi?
Siri Kartun Nyamuk
Tiada Aedes, Tiada Denggi
KERATAN AKHBAR
ISU DEMAM DENGGI DI MALAYSIA