Muka surat 1 daripada 6 Kenyataan Media LHDNM, 28 Disember 2017 KENYATAAN MEDIA PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL LHDNM “OP KASIH 2.0” DENGAN TEMA CERIA KEMBALI KE SEKOLAH DILANCARKAN 28 Disember 2017 - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada hari ini melancarkan Program Tanggungjawab Sosial (SR) Op Kasih 2.0 peringkat nasional dengan tema “Ceria Kembali Ke Sekolah” bersempena dengan musim cuti sekolah yang hampir tamat. Majlis perasmian Op Kasih 2.0 ini disempurnakan oleh Encik Mahmood Daud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDNM di pasar raya Tesco Nilai, Negeri Sembilan manakala upacara Flag-off pula diadakan di Ibu pejabat LHDNM Cyberjaya. Program SR yang yang bermula pada 22 Disember – 31 Disember 2017 ini mensasarkan pelajar-pelajar Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dari keluarga yang miskin / berpendapatan rendah / anak-anak yatim di seluruh negara. Sekitar 1,000 orang murid dan pelajar menerima sumbangan berupa kelengkapan sekolah seperti pakaian, kasut, alat tulis dan beg sekolah bernilai RM130 setiap seorang. Op Kasih 2.0 ini merupakan program tanggungjawab sosial berskala besar yang dianjurkan oleh LHDNM dengan melibatkan keseluruhan cawangan dan warga kerja LHDNM di seluruh negara. Maka secara tidak langsung ia akan memberi peluang kepada warga kerja di seluruh LHDNM untuk turut sama menggembleng tenaga,usaha dan sumbangan wang ringgit sebagai insan prihatin dan rakyat yang bertanggungjawab terhadap masyarakat yang memerlukan bantuan. Selain itu, Op Kasih 2.0 ini merupakan satu kesinambungan yang akan menggerakkan Skuad Prihatin 1Hasil yang telah sedia diwujudkan di setiap Pejabat Pengarah Negeri Untuk siaran segera