4/2/2018 USM News Portal - PERMOHONAN UPU DILANJUTKAN KE 5 APRIL 2017 https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4749-permohonan-upu-dilanjutkan-ke-5-april-2017 1/7 USM, PULAU PINANG, 4 Mac 2017 – Permohonan kemasukan ke universiti awam (UA) melalui saluran UPU Online dilanjutkan sehingga 5 April depan bagi memberi peluang kepada pemohon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berikutan pengumuman keputusan peperiksaan itu yang agak lewat. Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Nik Ali Mat Yunus membuat pengumuman itu ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2017 Zon Utara di Padang Kawad, Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... PERMOHONAN UPU DILANJUTKAN KE 5 APRIL 2017 04 MAR
7
Embed
04eprints.usm.my/39889/1/USM_News_Portal_-_PERMOHONAN_UPU_DILANJUTKA…tempatan dengan institusi pendidikan ting gi luar negara serta institusi penyelidikan , pembangunan dan pengkomersilan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
4/2/2018 USM News Portal - PERMOHONAN UPU DILANJUTKAN KE 5 APRIL 2017
USM, PULAU PINANG, 4 Mac 2017 – Permohonan kemasukan ke universiti awam (UA) melalui saluranUPU Online dilanjutkan sehingga 5 April depan bagi memberi peluang kepada pemohon lepasan SijilPelajaran Malaysia (SPM) berikutan pengumuman keputusan peperiksaan itu yang agak lewat.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Nik Ali MatYunus membuat pengumuman itu ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan Tinggi Negara(KPTN) 2017 Zon Utara di Padang Kawad, Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.
Nik Ali juga berkata, KPTN diadakan dengan matlamat memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM,STPM, Diploma, Asasi, Matrikulasi dan orang ramai untuk mendapatkan panduan serta maklumatterperinci daripada universiti awam dan swasta serta agensi awam yang menyertai pameranpendidikan hari ini.
4/2/2018 USM News Portal - PERMOHONAN UPU DILANJUTKAN KE 5 APRIL 2017
Katanya, sebanyak 20 Universiti Awam, 47 Universiti Swasta dan 43 Agensi terlibat dalam pameran diKPTN dan ia menjadi pusat sehenti untuk pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma, Asasi, Matrikulasi danorang ramai mendapatkan pelbagai informasi bagi mencorak masa depan mereka.
“Objektif KPT adalah memastikan 200,000 pelajar antarabangsa mengikuti pengajian di IPT tempatandi peringkat diploma, ijazah dan lepasan ijazah menjelang 2020.
4/2/2018 USM News Portal - PERMOHONAN UPU DILANJUTKAN KE 5 APRIL 2017
“KPT juga berhasrat untuk meningkatkan hubungan strategik antara institusi pendidikan tinggitempatan dengan institusi pendidikan tinggi luar negara serta institusi penyelidikan, pembangunan danpengkomersilan dalam mengambil langkah demi langkah memikirkan potensi, sasaran, wawasan danhala tuju pembangunan ke arah tahun 2050 kelak,” ujarnya.
Tambah beliau, program ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam melahirkan bakat yangmemiliki minda kelas pertama untuk menghadapi cabaran pembangunan ekonomi yang berlandaskanilmu pengetahuan dan inovasi.
4/2/2018 USM News Portal - PERMOHONAN UPU DILANJUTKAN KE 5 APRIL 2017
Majlis turut dihadiri Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib-naib Canselor, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti, Pegawai-pegawai KananKementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, Pegawai Kanan IPTA, IPTS, Politeknikdan Kolej Komuniti.
4/2/2018 USM News Portal - PERMOHONAN UPU DILANJUTKAN KE 5 APRIL 2017
Pelbagai aktiviti dan pameran dijalankan seperti keusahawanan pelajar, pameran sains dan inovasi,perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, seminar kemasukan pelajar untuk kaunselor sekolah, careertalk, pameran kesihatan dan pergigian, pemeriksaan kesihatan dan mamogram percuma serta kempenderma darah.
Teks: Nur Shahidatul Shahira bt Zakaria (Pelajar internship PP Komunikasi USM)
Suntingan: Marziana Mohamed Alias & Nor Rafizah Md. Zain
4/2/2018 USM News Portal - PERMOHONAN UPU DILANJUTKAN KE 5 APRIL 2017