Pengenalan Kamus English Oxford mendefinisikan kesihatan sebagai satu keadaan badan yang bebas dari sakit, kecederaan dan penyakit. Konsep kesihatan adalah luas dan cara kita medefinisikannya bergantung kepada persepsi individu, kepercayaan agama, nilai-nilai budaya, norma-norma masyarakat dan kedudukan sosial individu tertentu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula, kesihatan ialah satu tahap atau keadaan apabila seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental, sosial, dan bukan semata-mata bebas daripada penyakit atau tidak upaya. Kesihatan boleh dibahagikan kepada aspek-aspek seperti berikut : Kesihatan fizikal Kesihatan mental Kesihatan emosi Kesihatan sosial Kesihatan rohaniah Kesihatan seksual Selain kesihatan individu terdapat dua lagi dimensi kesihatan yang lebih luas yang mempengaruhi individu iaitu : Kesihatan Masyarakat iaitu hubungan antara kesihatan dan cara masyarakat disusun dan dibangunkan. Ini termasuklah keperluan prasarana asas untuk kesihatan. Kesihatan Persekitaran- bermaksud persekitaran fizikal di mana orang ramai tinggal dan ini termasuklah perkara-perkara seperti perumahan, pengangkutan, kemudahan sanitasi dan air bersih serta pelbagai jenis pencemaran. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Pengenalan
Kamus English Oxford mendefinisikan kesihatan sebagai satu keadaan badan yang bebas dari sakit,
kecederaan dan penyakit. Konsep kesihatan adalah luas dan cara kita medefinisikannya bergantung
kepada persepsi individu, kepercayaan agama, nilai-nilai budaya, norma-norma masyarakat dan
kedudukan sosial individu tertentu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula, kesihatan
ialah satu tahap atau keadaan apabila seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang
sempurna dari segi fizikal, mental, sosial, dan bukan semata-mata bebas daripada penyakit atau tidak
upaya. Kesihatan boleh dibahagikan kepada aspek-aspek seperti berikut :
Kesihatan fizikal
Kesihatan mental
Kesihatan emosi
Kesihatan sosial
Kesihatan rohaniah
Kesihatan seksual
Selain kesihatan individu terdapat dua lagi dimensi kesihatan yang lebih luas yang mempengaruhi
individu iaitu :
Kesihatan Masyarakat iaitu hubungan antara kesihatan dan cara masyarakat disusun dan
dibangunkan. Ini termasuklah keperluan prasarana asas untuk kesihatan.
Kesihatan Persekitaran- bermaksud persekitaran fizikal di mana orang ramai tinggal dan ini
termasuklah perkara-perkara seperti perumahan, pengangkutan, kemudahan sanitasi dan air
bersih serta pelbagai jenis pencemaran.
Petikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan “ …Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI)
…” Maksud yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Negara berhubungan aspek JERI
ini adalah berkaitan rapat dan menekankan betapa pentingnya pendidikan kesihatan di sekolah
baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah dalam negara kita ini.
Terdapat beberapa definisi mengenai apa yang dimaksudkan dengan Pendidikan Kesihatan ini.
Green (1980) menghuraikan pendidikan kesihatan adalah sebarang pengalaman pembelajaran yang
dibentuk bagi memudahkan adaptasi dan tingkah laku yang kondusif untuk kesihatan. Manakala
Mark & Wooley (1998) mendefinisikan pendidikan kesihatan sebagai sebarang pembelajaran di bilik
1
darjah yang menyediakan dimensi kesihatan fizikal, mental, emosi dan sosial selain
memperkembangkan pengetahuan, sikap dan kemahiran berkenaan dengan kesihatan.
Bahagian Pembangunan Kurikulum di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Buku Huraian
Sukatan Pendidikan Kesihatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang terkini pula
menerangkan bahawa Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat
pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi
kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan
diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan. Huraian ini
adalah sejajar dengan maksud JERI dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Kanak-kanak dan murid-murid serta pelajar dalam negara kita perlu diajar memelihara dan
meningkatkan tahap kesihatan diri. Tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri ini perlu disemai
dari kecil lagi. Kesihatan yang dimaksudkan di sini meliputi aspek pertumbuhan dan perkembangan
yang sihat dan seimbang dari segi fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Dalam hal ini, mereka
perlu belajar berdikari dan hidup bersama dalam masyarakat majmuk negara kita ini. Mereka juga
perlu belajar berorientasikan kepada suasana alam sekeliling yang mencabar dewasa ini supaya
mereka dapat hidup dan sesuaikan diri dengan lebih yakin, gembira dan selamat.
Di zaman ledakan teknologi maklumat dan literasi komputer ini, kita tidak dapat meramalkan segala
cabaran dan dugaan yang akan mereka hadapi apabila dewasa kelak. Walau bagaimana pun kita
boleh membantu kanak-kanak dengan menyediakan mereka menghadapi cabaran dan masalah masa
depan dengan lebih yakin dan selamat. Antara masalah dan isu kesihatan yang perlu didedahkan
kepada mereka ialah masalah yang berkaitan dengan pemakanan, keselamatan, kebersihan,
kepenggunaan, sikap terhadap kesihatan dan amalan tertentu serta pendidikan kesihatan reproduktif
dan sosial (PEERS).
2
1.0 Kandungan Sukatan Pendidikan Kesihatan Tahap 2
Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu :
1.1 Kesihatan Diri dan Keluarga
Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, keluarga dan masyarakat secara proses
berterusan.
Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan.
1.2 Gaya Hidup Sihat
Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah
laku berisiko secara berterusan.
Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang,
pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan penyakit.
1.3 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran secara
berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan.
Tumpuan diberi kepada pencegahan penyakit berjangkit, keselamatan persekitaran dan
pertolongan cemas.
2.0 Kandungan Tajuk Dalam Setiap Tunjang
2.1 Kesihatan diri dan Keluarga
2.1.1 Kesihatan diri
2.1.2 Perasaan
2.1.3 Kekeluargaan
2.2 Gaya Hidup Sihat
2.2.1 Pemakanan
2.2.2 Pengurusan Konflik dan Tekanan atau Stress
2.2.3 Penyalahgunaan bahan
2.3 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
2.3.1 Keselamatan
2.3.2 Penyakit berjangkit
2.3.3 Pertolongan cemas
3
3. Huraian Konsep dan Tumpuan Tunjang Pembelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 4
3.1 Kesihatan Diri dan Keluarga
Tajuk : Perasaan
Perbezaan antara emosi dan perasaan harus difahami oleh kita. Secara ringkasnya ada sedikit
perbezaan antara dua perkara ini. Emosi ini akan muncul setelah kita melakukan sesuatu
tindakan dan ianya hanya akan muncul untuk buat seketika atau paling kurang hanya untuk
beberapa saat. Namun, perasaan akan timbul selepas daripada emosi. Kebiasaannya, perasaan
itu akan kekal buat jangka masa yang lebih panjang. Perasaan sebenarnya lebih berkaitan
rapat dengan refleksi daripada emosi.
3.1.1 Perbezaan Antara Emosi dan Perasaan
Dapatkan anda membezakan antara emosi dan perasaan berdasarkan Gambarajah 1 ?
Gambarajah 1 : Emosi atau Perasaan?
3.1.2 Pelbagai Jenis Perasaan
Gambarajah 2 : Pelbagai Jenis Perasaan Manusia
Gambarajah 2 di atas menunjukkan bermacam-macam perasaan yang ada di kalangan kita ini.
Kadang kala suka, kadang kala sedih. Kadang kala benci, kadang kala rindu. Kadang-kadang kita
Latihan- Untuk menghilangkan perasaan malu juga memerlukan latihan. Mulakan latihan
dengan cuba berkomunikasi dengan orang yang rapat dengan anda. Kemudian latih pula diri
anda untuk berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali.
Tumpuan- Tumpukan perbualan yang sedang dilakukan dan bukannya memikirkan
mengenai diri sendiri. Orang lain lebih selesa sekiranya anda menjadi diri anda yang sebenar.
Bertanya soalan- Untuk mengekalkan sesuatu perbualan, anda perlu bertanyakan soalan.
Jangan berasa malu untuk bertanya. Ini adalah cara terbaik untuk mengelakkan anda daripada
terus membatu.
Imaginasi- Jangan cuba bayangkan apa yang orang lain fikir mengenai setiap kenyataan anda.
Biarkan mereka yang membuat keputusan sama ada bersetuju ataupun tidak.
Keyakinan- Bina keyakinan diri sendiri secara berperingkat.
Perwatakan- Cuba lakonkan seperti anda sebenarnya tidak berasa malu. Pasti lama-kelamaan
anda akan terbiasa dengan sesuatu situasi itu.
(e) Perasaan Kecewa
Gambarajah 10 : Jenis Perasaan Kecewa
Kecewa akan kita rasakan ketika tidak mendapatkan apa yang kita inginkan. Semakin tinggi harapan
dan besarnya pengorbanan yang sudah dilakukan akan menambah rasa kecewa. Perasaan kecewa
diluahkan dengan berbagai cara. Ada yang menangis menitikkan air mata atau berteriak sekeras-
kerasnya. Ada juga yang menyendiri dalam sepi. Bahkan ada yang menenggak minuman, pil atau
menghisap sesuatu yang bahaya seperti dadah yang akan merosakkan kesihatan diri sendiri. Perasaan
kecewa perlu di atas dengan sebaik-baiknya supaya tidak menghalang seseorang itu memajukan diri
mahupun melanjutkan pelajaran seterusnya. Gagal dalam satu peperiksaan bukan bererti gagal
segala-galanya. Kuatkan semangat, yakin pada diri sendiri nescaya akan berjaya satu masa nanti.
9
(i) Apakah cara untuk mengatasi kekecewaan?
Menumpukan perhatian kepada aktiviti lain yang lebih berfaedah.
Melupakan kekecewaan tersebut dan menanam tekad baru untuk tidak kecewa lagi.
Meluahkan perasaan kepada orang yang kita percayai.
Minta nasihat orang lain.
Cuba minta nasihat daripada orang lain yang kita hormati atau segani.
Jangan minta nasihat dari orang yang kita benci atau orang yang selalu sakitkan hati kita.
Dengan kata lain, jangan tambah penyakit. Tidak kiranya apa nasihatnya, namun biasanya
kesediaan orang lain itu memberi nasihat pun sudah cukup untuk melegakan perasaan kita.
10
3.2 Gaya Hidup Sihat
3.2.1 Makanan dan Pemakanan
Makanan ialah bahan yang menarik rasanya dan pada masa y ang sama boleh menghilangkan
rasa kelaparan.
Makanan juga ialah bahan-bahan pepejal atau cecair yang apabila dimakan boleh
menyebabkan pertumbuhan badan, membekalkan tenaga dan mengawal proses perjalanan
badan dengan perkataan lain ianya mengawal kehidupan.
Pemakanan adalah sains nilai makan termasuk berbagai-bagai kumpulan makanan, makanan
berzat dan perseimbangan makanan.
3.2.2 Fungsi dan Jenis Makanan
(a) Makanan berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada manusia untuk terus hidup
(b) Terdapat pelbagai jenis makanan untuk tubuh badan yang sihat dan cergas seperti karbohidrat,
protein, lemak, vitamin, garam mineral dan gentian. (Lihat Gambarajah 11)
Gambarajah 11 : Contoh-contoh Makanan
11
IKAN AISKRIMSAYUR SAWI
COKLATPISANGROTI
3.2.3 Pentingnya Makan Secara Sihat
Kesihatan itu merupakan kekayaan bagi manusia. Bahkan kata badan sihat, otak cerdas. Maka,
pemakanan seimbang adalah salah satu langkah yang berkesan untuk menjamin kesihatan. Dengan
itu, kita boleh merujukkan kepada piramid makanan yang merancang pengambilan jenis-jenis
makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari. Makanan yang seimbang perlu
mempunyai 4 kumpulan nutrient seperti karbohidrat, protein, lemak dan vitamin yang terdapat
dalam paras-paras berbeza piramid makanan.
3.2.4 Piramid Makanan
Gambarajah 12 : Piramid Makanan Malaysia
Piramid makanan ialah satu panduan bagi pemilihan makanan untuk amalan pemakanan yang sihat.
Terdapat 4 paras atau kumpulan dalam piramid makanan. Rujuk Gambarajah 12
(a) Kumpulan 1 :
• Kumpulan makanan ini termasuk bijirin seperti nasi, gandum, pulut, oat, barli, jagung,
produk bijirin seperti mi, roti, kuih-muih, biskut, bijirin sarapan dan ubi-ubian termasuk ubi
kentang, ubi keledek, ubi kayu dan ubi keladi. Rujuk Gambarajah 13
• Makanan di dalam kumpulan ini kaya dengan sumber karbohidrat kompleks yang merupakan
sumber tenaga yang penting.12
lemak
protein
karbohidrat
vitamin
• Ia juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein.
• Sajian makanan kita harus datang sebahagian besarnya dari kumpulan ini. Setiap hari kita
perlukan 4-8 sajian daripada kumpulan ini.
• Makanlah semua jenis makanan daripada kumpulan makanan ini dan utamakan makanan
tinggi serat seperti beras perang atau roti bijirin penuh.
Gambarajah 13: Jenis Makanan Yang Mengandungi Karbohidrat
(b) Kumpulan 2 : Buah-buahan dan sayur-sayuran (Makan banyak)
• Makanan daripada kumpulan ini adalah rendah kalori, lemak dan tidak mengandungi
kolesterol. Rujuk Gambarajah 14
• Ia membekalkan sebahagian besar vitamin, mineral, serat dan anti oksida yang diperlukan
oleh manusia untuk meningkatkan daya ketahanan badan daripada penyakit, menghindari
sembelit, melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan
kanser.
• Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan yang amat penting dan perlu dimasukkan ke
dalam perancangan menu makanan sihat harian.
• Pilihlah pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Ambil sekurang-kurangnya 5 sajian
setiap hari iaitu 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan.Paras2 ialah kumpulan serat
dan digalakkan untuk makan banyak. Ia merupakan sumber serat untuk membantu system
penghadaman dan mengelakkan sembelit. Contohnya, buah-buahan dan sayur-sayuran yang
segar.
13
ROTISANDWICH
MINASI
Gambarajah 14 : Jenis Makanan Yang Mengandungi Vitamin dan Serat
(c) Kumpulan 3 : Ikan, ayam, daging dan kekacang (Makan secara sederhana)
• Makanan daripada kumpulan ini merupakan sumber protein, vitamin B, zat besi, zink,
kalsium dan magnesium. Rujuk Gambarajah 15
• Ia merupakan sumber amino acid untuk pertubuhan sel dan tisu-tisu baru untuk badan.
• Makanlah makanan ini secara sederhana dan pilihlah makanan yang rendah lemak.
• Kekacang merupakan makanan yang baik untuk menggantikan sumber protein haiwan kerana
ia mempunyai kandungan lemak yang rendah.
• Contoh kekacang ialah seperti kacang soya dan hasil produknya, kacang merah serta kacang
dal. Jumlah sajian yang disyorkan ialah 2-3 sajian sehari.
Gambarajah 15 : Jenis Makan Yang Mengandungi Protein14
BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN
TELUR
AYAMIKAN
SUSU
(d) Kumpulan 4 : Lemak, minyak, gula dan garam (Makan sedikit)
• Lemak, minyak, gula dan garam terletak pada aras 4 iaitu aras teratas dalam Piramid
Makanan Malaysia. Rujuk Gambarajah 16
• Kumpulan makanan ini perlu diambil dalam jumlah yang sedikit sahaja dalam pengambilan
makanan harian. Ia merupakan sumber tenaga yang tersimpan dalam badan.
• Gula adalah karbohidrat ringkas yang hanya membekal kalori tanpa nutrien lain.
• Gula yang terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan dan dalam susu. Mengikut saranan
WHO, pengambilan gula yang disarankan adalah 50g sehari (10 sudu teh). Ini termasuk gula
tersembunyi dalam makanan.
• Garam ialah sejenis bahan yang memberi rasa masin dalam makanan.
• Pengambilan yang berlebihan dikaitkan dengan risiko tekanan darah tinggi.
Gambarajah 16 : Jenis Makanan Yang Mengandungi Lemak
3.2.5 Makanan Seimbang
Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan
seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga.
makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang
mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak. Makanan yang memberi tenaga
dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan
sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari
rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama
sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat.
15
AISKRIM
COKLAT
KEK
KEJU
3.2.6 Kepentingan Makanan Seimbang
Memastikan kadar metabolisme yang seimbang
Kanak-kanak terutamanya amat memerlukan makanan yang seimbang bagi memastikan
mereka cukup zat dan mineral untuk metabolisme yang seimbang. Kanak-kanak wajar
diberikan hidangan yang menepati 7 kelas makanan agar mereka tidak mengalami
kekurangan zat makanan. Makanan seimbang dapat menjamin pertumbuhan kanak-kanak
yang sihat. Mereka tidak akan terlalu gemuk atau kurus
Mengekalkan kesihatan badan agar sentiasa cergas & bertenaga
Makanan seimbang akan dapat memberikan tenaga dan haba yang cukup kepada badan seseorang. Seseorang itu akan kelihatan ceria dan cergas untuk menjalani tugasan harian. Pengaliran darah yang lancar akan memastikan oksigen dapat dialirkan ke seluruh tubuh dengan baik. Tenaga yang cukup perlu untuk kehidupan yang aktif
Mengelakkan jangkitan penyakit
Pengambilan makanan yang seimbang juga mampu membina kekuatan terhadap jangkitan dan serangan penyakit. Antibodi yang dihasilkan mampu melawan penyakit. Keadaan badan yang cukup vitamin, garam mineral, kalsium, dan sebagainya akan melindungi daripada penyakit seperti skurvi, selesema dan rabun malam
Membolehkan pembinaan tisu-tisu baru
Makanan seimbang yang digambarkan oleh piramid makanan membolehkan pembinaan tisu-tisu baru bagi menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan rosak. Hal ini memungkinkan luka akan cepat sembuh dan pembinaan tisu baru yang normal
Melambatkan proses penuaan
Golongan dewasa wajar mengambil makanan seimbang bagi memastikan tubuh badan sentiasa
mendapat vitamin yang cukup dan mengekalkan bentuk badan yang cantik dan kulit yang
sihat
Menjamin minda dan otak yang cerdas
Makanan seimbang mampu merangsang otak agar sentiasa cerdas. Pertumbuhan otak kanak-
kanak dan bayi amat penting untuk melahirkan individu yang pintar dan bijak. Pembinaan
molekul genetic dan DNA yang sihat akan menjamin pertumbuhan saraf-saraf otak yg baik.
16
3.3 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
Gambarajah 13: Contoh Rawatan Pertolongan Cemas
3.3.1 Apa Itu Pertolongan Cemas?
Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan awal yang diberikan untuk orang
yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari
satu siri teknik yang boleh dilakukan oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum.
(dipetik dari Wikipedia). Dengan lain perkataan pertolongan cemas bermaksud pertolongan yang
diberikan untuk membantu orang yang dalam kecemasan. Ia adalah langkah awal rawatan orang
yang tercedera, sementara mendapat rawatan yang lebih sempurna daripada doktor. Ia dilakukan
dengan serta merta tanpa peralatan yang lengkap. Setiap orang harus tahu menguruskannya. Bantuan
yang kita berikan ini mungkin boleh membantu menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan.
Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memberikan pertolongan cemas. Tiap-tiap cara
ini bergantung kepada keadaan kecederaan yang berlaku.
Pertolongan Cemas biasanya melibatkan pengendalian rawatan bagi kecederaan ringan seperti luka,
pengsan, terseliuh, terbakar, patah, tercekik dan sebagainya.
3.3.2 Maksud Kecederaan Ringan
Kecederaan ringan bermaksud kecederaan yang tidak menggugat atau mengancam nyawa serta
merta kepada orang yang berkenaan. Kecederaan ringan yang biasa berlaku di sekolah adalah seperti
luka kecil, calar, lebam, terseliuh dan kecederaan lain yang tidak mengancam nyawa murid.
(a) Apa itu luka?
(i) Kecederaan pada tisu lembut biasanya dikenali sebagai luka.
(ii) Luka “tertutup” berlaku apabila kerosakan pada tisu lembut adalah di bawah permukaan kulit
seperti lebam.
(iii) Luka “terbuka” berlaku apabila permukaan kulit terkoyak.
17
(b) Luka Kecil
(i) Luka kecil biasanya mengeluarkan sedikit darah sahaja dan pendarahan boleh berhenti
dengan sendiri. Bantuan menghentikan darah boleh dilakukan dengan menekan secara
langsung pada tempat luka atau menekan arteri-arteri tertentu untuk beberapa minit.
Mengangkat ke atas bahagian yang luka juga merupakan salah satu kaedah untuk membantu
mengurangkan pendarahan.
(ii) Langkah yang baik ialah membasuh bahagian yang luka tersebut terlebih dahulu, kemudian
barulah disapukan ‘losyen antiseptik’. (Lihat Gambarajah 15) Bagi luka yang kecil,
‘kepingan plaster’ boleh digunakan dengan mudah. Bagi luka yang agak besar, perlulah
digunakan ‘kain kasa penyerap’ mengikut saiz yang sesuai.
(iii) Rawatan Luka-luka kecil
Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecil seperti plaster
sahaja. (Sila rujuk Gambarajah 14) Biarpun begitu rawatan perlu diberi untuk mengelakkan
risiko jangkitan kuman. Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut:
Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
Cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.
Keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril.
Lekatkan pembebat atau plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah
tempat luka.
Gunakan pembalut untuk memegang pembebat.
Gambarajah 14 : Balutan Luka
Gambarajah 15: Cara Rawatan Luka Kecil
18
Terseliuh
(i) Tanda-tanda dan gejala
rasa kesakitan pada sendi itu
bengkak
lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera
(ii) Rawatan
letak beg ais pada sendi yang cedera tinggikan bahagian yang tercedera letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa ampu bahagian yang tercedera hantar ke hospital jika keadaan memerlukan
4.0 Program Kesihatan Sihat Sekolah
Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia khusus untuk murid-murid sekolah yang berada di sekolah-sekolah bantuan
kerajaan di seluruh Malaysia.
Pendidikan kesihatan di sekolah terbahagi kepada pendidikan kesihatan secara berkelompok dan
individu. Pendidikan kesihatan secara berkelompok adalah pendidikan kesihatan yang dijalankan
melalui kempen atau kem-kem kesihatan di sekolah. Murid-murid mendapat pengetahuan melalui
pameran kesihatan, ceramah-ceramah kesihatan dan tunjuk cara oleh anggota kesihatan. Pendidikan
kesihatan secara berkelompok memberi perhatian kepada masalah kesihatan atau mesej kesihatan
khusus untuk golongan murid sekolah secara umum. Contohnya kempen thalassemia untuk murid
sekolah, kempen 'tak nak' dan kempen gaya hidup sihat.
Pendidikan kesihatan individu pula merujuk kepada khidmat nasihat yang diberikan oleh anggota
kesihatan semasa sesi pemeriksaan kesihatan. Sesi pendidikan kesihatan individu lebih menjurus
kepada masalah kesihatan khusus yang dialami oleh murid seperti khidmat nasihat pemakanan,
khidmat nasihat bagi rawatan kudis buta, khidmat nasihat untuk rujukan ke klinik dan sebagainya.
4.1 Perkhidmatan kesihatan di sekolah boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama.
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Perkhidmatan Pergigian Sekolah
Perkhidmatan Alam Sekitar Sekolah
19
4.2 Faedah Program Kesihatan Sekolah
4.2.1 Mengesan kesihatan fizikal murid untuk mengesan masalah-masalah seperti obesiti,