Definisi Buli Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing- masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal(mental) yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Definisi Buli
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau
maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung,
menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.
Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif
sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal(mental) yang dilakukan secara
berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak
selesa, aman, tenteram dan harmoni.
Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak
baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh
mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.
Rajah 1 Menunjukkan maksud perlakuan buli di kalangan pelajar
1
Pernyataan Masalah
Masalah buli memberi implikasi yang sangat besar terhadap emosi pelajar
dan keselamatan di sekolah. Buli dikenal pasti sebagai situasi serangan suatu pihak
di mana penyerang lebih berkuasa dan mangsa pula jarang membalasnya atau
merasa untuk membalas semula. Jenis perlakuan buli sama ada secara langsung
atau tidak langsung memberi impak negatif kepada pertumbuhan dan
perkembangan pelajar yang menjadi mangsa buli dan juga kepada mereka yang
terlibat dalam melakukan tingkah laku ini.Persepsi yang tepat tentang akibat dan
kesan perlakuan buli ini dapat membantu sama ada pembuli dan mangsa buli
mendapatkan bantuan pemulihan. Adalah jelas sejak beberapa dekad kebelakangan
ini, perlakuan buli merupakan masalah yang memerlukan pencegahan dan
intervensi (Greenbaum, Turner, dan Stephens,1989; Wilson, 1992). Pihak sekolah
terutama sekali pihak guru perlu peka terhadap masalah ini di sekolah.
Persepsi serta kepirihatinan mereka dalam mengenal pasti punca dan tanda-
tanda awal perlakuan buli adalah amat penting untuk merangka strategi pencegahan
dan intevensi bagi menangani masalah perlakuan buli di sekolah.Sekolah
seharusnya menjadi kawasan yang selamat untuk pertumbuhan dan perkembangan
anak-anak. Persekitaran sekolah yang selamat dan selesa dapat menjana proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebarang ancaman serta rasa tidak
selamat di kalangan pelajar akibat daripada masalah perlakuan buli ini sedikit
sebanyak akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.Sehubungan daripada pernyataan-pernyataan di atas maka kajian ini akan
mengkaji dan meneroka kekerapan perlakuan buli di kalangan pelajar lelaki dan
perempuan di sekolah menengah. Di samping itu juga kajian ini akan mengkaji
apakah persepsi guru dan pelajar tentang perlakuan buli di sekolah menengah?
Kajian ini juga akan meneliti jenis perlakuan buli serta program-program intervensi
menangani perlakuan buli di sekolah menengah. Persepsi pelajar tentang
keselamatan di sekolah juga akan dikaji dalam kajian ini.
2
Dapatan Kajian
Kekerapan dan Kategori Perlakuan Buli Yang Dilaporkan Oleh Pelajar-Pelajar
Sekolah Menengah di Negeri Sembilan. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan
kekerapan perlakuan buli yang dilaporkan oleh pelajar sekolah menengah di Negeri
Sembilan secara keseluruhannya berada pada tahap membimbangkan dengan
rekod, kira-kira 500 kes buli direkodkan di negeri ini di mana 140 kes buli di daerah
Tampin, 80 kes buli di Jempol/Jelebu; Kuala Pilah, Rembau, Seremban, dan 40 kes
buli di Port Dickson.
Kajian ini juga menunjukkan bahawa mengejek pelajar lain dengan panggilan
nama yang buruk merupakan kategori perlakuan buli secara verbal yang paling
kerap dilihat berlaku di ikuti dengan perlakuan menyinggung perasaan,
mempersendakan, mencemuh, mengajak untuk bergaduh dan mengancam untuk
memukul dan mencederakan pelajar lain.
Menolak pelajar lain merupakan jenis perlakuan buli secara fizikal yang paling
kerap dilihat berlaku di sekolah-sekolah menengah daerah Tampin dengan140 kes
buli.
3
Persepsi Pelajar Tentang Perlakuan Buli di Sekolah.
Dapatan kajian menunjukkan, pernyataan `kerana mereka meyakitkan hati
saya’ merupakan alasan buli yang paling uta dilaporkan oleh para pelajar sekolah
menengah daerah Seremban. Ini diikuti dengan alasan untuk membalas semula,
kerana orang lain melakukannya, untuk suka-suka, untuk mendapatkan sesuatu
atau wang, untuk menunjukkan kekuatan dan akhir sekali kerana mereka (mangsa
buli) adalah pengecut. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa persepsi pelajar
terhadap alasan untuk membuli pelajar lain berada pada tahap sederhana. Pelajar-
pelajar sekolah menengah daerah Seremban mempunyai persepsi yang tinggi
terhadap keupayaan mereka untuk menentang dan menghentikan pelajar sebaya
mereka daripada membuli mereka. Secara keseluruhannya persepsi pelajar
terhadap pencegahan buli berada pada tahap yang. Majoriti pelajar percaya bahawa
guru dan pelajar perlu disedarkan tentang menghentikan perlakuan buli di sekolah.
Mereka juga bersetuju bahawa guru dan pelajar perlu saling bekerjasama bagi
menghentikan perlakuan buli ini.
Secara keseluruhannya, persepsi pelajar terhadap isu-isu keselamatan di
sekolah berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan wujudnya kesedaran dan
sikap pelajar terhadap isu keselamatan persekitaran dan tingkah laku di sekolah. Ini
selari dengan dapatan kajian. Terdapatnya peningkatan kesedaran pelajar yang
signifikan terhadap keselamatan persekitaran dan sikap terhadap tingkah laku ganas
di sekolah.
4
Kekerapan DiBuli dan Pengalaman Mangsa Buli.
Daripada 10 orang responden yang dikaji, hanya 5 orang responden
menyatakan bahawa mereka pernah dibuli. Dapatan jelas menunjukkan tahap
kekerapan perlakuan buli di sekolah menengah daerah Seremban berada pada
tahap yang rendah. Tahap kekerapan perlakuan buli yang dilaporkan ini jauh lebih
rendah daripada dapatan kajian yang dijalankan oleh Smith dan Sharp (1994), di
United Kingdom yang mendapati 4 peratus daripada pelajar yang disoal selidik
melaporkan bahawa mereka telah dibuli sekurang-kurangnya 1 kali seminggu.
Berdasarkan laporan mangsa buli, dapatan kajian ini juga mendapati bahawa
perlakuan buli secara verbal merupakan perlakuan buli yang paling kerap dialami
oleh mangsa buli berbanding perlakuan buli secara fizikal. Berbeza dengan laporan
pelajar yang melihat perlakuan buli, mangsa buli melaporkan bahawa perlakuan buli
secara verbal yang paling kerap dialami oleh mereka adalah mereka sering
disinggung perasaan, diikuti dengan cemuhan, diejek dengan panggilan nama yang
buruk, dipersendakan, diajak untuk bergaduh dan akhir sekali diancam untuk
dicederakan. Mangsa buli juga melaporkan bahawa ditolak oleh pelajar lain
merupakan perlakuan buli yang paling kerap dialami oleh mereka. Ini diikuti dengan
dikasari, dipukul, ditendang dan akhir sekali ditampar.
Rakan sebaya merupakan orang yang paling kerap dirujuk oleh mangsa buli
berkenaan perlakuan buli yang telah dialami. Ini diikuti dengan ibu, bapa, guru,
kaunselor dan akhir sekali pengetua sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa mangsa buli kurang yakin terhadap keupayaan pihak sekolah untuk
menyelesaikan masalah perlakuan buli yang dialami oleh mereka. Ini mungkin
disebabkan guru kurang atau tidak pernah membincangkan tentang permasalahan
perlakuan buli kepada pelajar mereka di dalam bilik darjah. Kekerapan Perlakuan
Buli Di kalangan Pelajar Yang Dilaporkan Oleh Guru-Guru Sekolah.
Ini diikuti dengan mencemuh, menyinggung perasaan, mengejek dengan
panggilan nama yang buruk, mengajak untuk bergaduh dan akhir sekali mengancam
untuk memukul dan mencederakan. Berkenaan perlakuan buli secara fizikal, guru-
guru melihat perlakuan mengasari pelajar lain sebagai perlakuan buli yang paling
kerap berlaku di sekolah,diikuti dengan perlakuan menolak, memukul,menendang
dan akhir sekali menampar.
5
Sependapat dengan pelajar, para guru melihat bahawa dalam kelas
merupakan lokasi di mana perlakuan buli paling kerap berlaku. Ini diikuti semasa
rehat dan dalam perjalanan dari sekolah.
Siapakah yang sering membuli dan dibul i.
Pembuli
Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan
enam.Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.Melibatkan sekumpulan pelajar dan
biasanya usia mereka adalah sebaya.Membuli satu cara untuk menghilangkan
perasaan bosan di sekolah.Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan
mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak.
Dibuli
Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar
menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah
rendah.mereke yang bertubuh kecil.Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi
Idris, U. P. (2010, 2009). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Retrieved March 19, 2012, from Universiti Pendidikan Sultan Idris web site: http://ebuli.upsi.edu.my/
16
REFLEKSI
Konklusinya, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat
dan kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan ini bagi semester satu. Saya berasa
berpuas hati dengan hasil kerja saya sendiri walaupun ianya kurang terperinci tetapi
sekurang-kurangnya saya telah berusaha untuk mencari maklumat yang terbaik bagi
menyiapkan kerja kursus ini. Sedikit sebanyak, kerja kursus ini telah memberikan
saya tentang konsep profession keguruan dan kod etika keguruan, tugas dan
tanggungjawab untuk meningkatkan profession perguruan ini.
Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih
mendalam mengenai objektif sebenar tugasan ini. Dengan bantuan pensyarah yang
berkaliber. Saya telah banyak mempelajari dan melalui pelbagai dugaan untuk
menyiapkan tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi
pelbagai masalah seperti dalam mencari maklumat untuk diletakkan di dalam
tugasan ini. Walau bagaimanapun, semuanya membuatkan saya menjadi lebih
matang untuk menjadikan seorang guru yang baik masa hadapan.
Bahan yang saya dapati cuma daripada tiga sumber sahaja iaitu daripada
bahan ilmiah seperti buku rujukan di pusat sumber dan sebagainya. Sumber kedua
pula adalah melalui internet dan yang terakhir ialah rujukan daripada kawan saya
sendiri. Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada Allah dan disandarkan
kepada saya, dan yang baik itu datang daripada Allah S.W.T.