PROGRAM SANTAPAN ROHANI PELAJAR
HADIS/FIRMAN
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Mukminun : ayat 1-2 Yang
bermaksud ;Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman yakni
mereka yang khusyuk dalam sembahyang.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Barzah
r.a. yang bermaksud: Rasulullah s.a.w. membaca ayat-ayat al-Quran
semasa sembahyang Subuh sebanyak enam puluh hingga seratus ayat.(HR
Imam Al-Bukhari & Muslim)
Firman Allah S.W.T dalam surah Az- Zumar: ayat 9Yang
bermaksud,Katakanlah : Adakah sama orang yang berilmu dengan orang
yang tidak berilmu pengetahuan?. Hanya orang yang menerima
peringatan ialah orang yang berakal.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a
yang bermaksud: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon
perlindungan daripada fitnah Dajjal ketika dalam sembahyang.(HR
Imam Al-Bukhari & Muslim)
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa: ayat 148Yang
bermaksud,Allah tidak menyukai perkataan buruk (yang diucapkan)
secara terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan
sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah
r.a yang bermaksud: Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w melarang
seseorangyang sembahyang sambil meletakkan tangan di pinggang.(HR
Imam Al-Bukhari & Muslim)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah :ayat 191Yang
bermaksud;Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Salamah b.
al-Akwa r.a. yang bermaksud : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W
melakukan sembahyang magrib ketika matahari sudah terbenam dan
tidak kelihatan.(HR Imam Al-Bukhari & Muslim)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Maaidah: ayat 38Yang
bermaksud,Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah
tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan
dan sebagai seksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksudTangan di atas lebih baik
daripada tangan di bawah,(ertinya tangan yang memberi lebih baik
daripada tangan yang menerima )( HR Imam Ahmad )
Firman Allah S.W.T dalam surah Qaf : ayat 16 Yang bermaksudDan
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang
dibisikkan oleh hatinya dan kami dekat kepadanya daripada urat
lehernya.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sembahyang berjemaah itu
lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak
dua puluh lima kali ganda.(HR Imam Al-Bukhari & Muslim)
Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat : ayat 8Yang
bermaksud,Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan
amal soleh, mereka mendapat pahala yang tidak putus-putus
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Jubair bin
Mutim r.a yang bermaksud : Aku mendengar Rasulullah S.A.W membaca
surah Al-Tur ketika sembahyang maghrib.(HR Imam Al-Bukhari &
Muslim)Firman Allah dalam surah Sad : ayat 22Yang bermaksud,Oleh
itu, hukumlah di antara kami dengan adil dan janganlah melampaui (
batas keadilan ) serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a
yang bermaksud : Sesungguhnya ramah-tamah dalam segala urusan
menjadikan urusan itu indah ( berjaya ) dan tanpa ramah-tamah
nescaya ianya menjadi buruk .( HR Imam Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Maidah : ayat 77yang
bermaksud,Wahai ahli kitab janganlah kamu bersikap melampau dalam
agama kamu, secara yang tidak benar.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah
r.a yang bermaksud : Orang yang beriman tidak akan kena sengat dua
kali dalam satu lubang( HR Imam Muslim )
Firman Allah s.w.t dalam surah Yunus : ayat 82Yang bermaksud,Dan
Allah S.W.T juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan
kalimah-kalimah perintahNya walaupun yang demikian di benci oleh
orang-orang yang melakukan dosa
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Mencari rezeki yang halal
adalah suatu jihad( HR Imam Abu Naim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Maryam : ayat 32Serta (
diperintah daku ) taat dan berbuat baik kepada ibuku dan ia tidak
menjadikan daku seorang yang sombong atau derhaka.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Menggosok gigi itu
membersihkan mulut dan disenangi oleh Tuhan.( HR Imam Ahmad )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Hujurat : Ayat 12yang
bermaksud,Janganlah sesetengah kamu mengumpat orang lain, sukakah
salah seorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati
(bangkai)
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Permudah dan janganlah
kamu mempersulitkan,ajarkanlah ilmu dan janganlah kalian berdua
menindas.( HR. Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Hujurat : Ayat 6yang
bermaksud,Jika datang kepada kamu seorang fasik dengan membawa
sesuatu berita maka selidiklah.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Sesiapa menunaikan dua
sembahyang yang menyejukkan iaitu Subuh dan Asar, maka dia akan
masuk syurga.( HR. Al-Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Anam: ayat 151Yang
bermaksud,Dan janganlah kamu menghampiri perbuatan yang keji, baik
yang zahir mahupun yang batin.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Apabila hari tersangat
panas, maka tangguhkanlah sembahyang kerana sesungguhnya kepanasan
yang bersangat itu termasuk dari bahang neraka jahanam. ( HR.
Al-Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahqaf : Ayat 35yang
bermaksud,Maka bersabarlah kamu seperti bersabarnya orang-orang
yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Semoga Allah S.W.T
memenuhkan kubur dan rumah-rumah mereka dengan api,sebagaimana
mereka telah menahan kami dan menyibukkan kami dari mendirikan
sembahyang Asar sehingga terbenam matahari ( HR. Imam Al-Bukhari
& Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Tariq : Ayat 8yang
bermaksud,Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Berkuasa untuk
mengembalikannya (hidup sesudah mati).
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Sesiapa yang sempat
sembahyang satu rakaat bersama imam, maka bererti dia sudah mendapa
ganjaran pahala sembahyang tersebut ( pahala sembahyang berjemaah )
( HR. Imam Al-Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anam: ayat 52Yang
bermaksud,Dan janganlah kamu mengusir orang yang menyeru Tuhannya
pada waktu pagi dan petang hari, mereka mengharapkan keredhaan-Nya.
Kamu tidak memikul tanggungjawab sedikit pun terhadap perbuatan
mereka dan mereka pun tidak memikul tanggungjawab sedikit pun
terhadap perbuatamu yang menyebabkan kamu (berhak) mengusir mereka
sehingga kamu termasuk golongan orang yang zalim.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Bahawasanya di dalam tubuh
manusia itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh
badan. Tetapi apabila ia rosak, rosak pulalah seluruh badan.
Ingatlah, ia adalah hati( HR. Imam Al-Bukhari )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Hujurat : Ayat 12yang
bermaksud,Janganlah sesetengah kamu mengumpat orang lain, sukakah
salah seorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati
(bangkai).
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Permudah dan janganlah
kamu mempersulitkan,ajarkanlah ilmu dan janganlah kalian berdua
menindas.( HR. Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Abasa : Ayat 11yang
bermaksudSesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan ini adalah suatu
pringatan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Saidatina
Aisyah r.a yang bermaksud : Nabi Muhammad S.A.W pernah mengerjakan
sembahyang pada suatu malam manakala aku pula pada ketika itu
melintang di antara baginda dan kiblat seperti melintangnya
jenazah.( HR. Bukhari & Muslim )Firman Allah S.W.T dalam surah
Al-Takwir : Ayat 14Maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang
telah dikerjakannya.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar r.a
yang bermaksud : Nabi Muhammad S.A.W melintangkan unta baginda di
hadapan lalu sembahyang dengan kea rah unta tersebut ( digunakan
sebagai sutrah ) ( HR. Imam Al-Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat : ayat 8Yang
bermaksud,Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan
amal soleh, mereka mendapat pahala yang tidak putus-putus
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Jubair bin
Mutim r.a yang bermaksud : Aku mendengar Rasulullah S.A.W membaca
surah Al-Tur ketika sembahyang maghrib.( HR Imam Al-Bukhari &
Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Nahl: ayat 51Yang
bermaksud,Janganlah kamu menyembah dua Tuhan, sesungguhnya Dialah
Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepadaKu sahaja kamu takut
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Bahawasanya di dalam tubuh
manusia itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh
badan. Tetapi apabila ia rosak, rosak pulalah seluruh badan.
Ingatlah, ia adalah hati.( HR. Imam Al-Bukhari )
Firman Allah S.W.T dalam surah Hud : ayat 114Yang
bermaksud,Sesungguhnya, perkara-perkara yang baik itu akan
menghapuskan keburukan. Demikianlah peringatan kepada orang yang
mahu beringat.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah
r.a yang bermaksud: Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan Allah
S.W.T dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menghubungkan tali
silaturahim.( HR. Imam Al-Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Rahman : ayat 9Yang
bermaksud,Dan betulkanlah cara timbang itu dengan adil, serta
janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah
r.a yang bermaksud: Siapa bermimpi melihatku dalam tidurnya,
sesungguhnya dia benar-benar melihatku kerana syaitan tidak sanggup
mengubah bentuknya seperti bentukku.( HR. Imam Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah At-Taubah: ayat 6Yang
bermaksud,Dan jika seseorang dalam kalangan kaum musyrikin itu, ada
yang meminta perlindungan kepadamu, maka lindungi-lah firman Allah,
kemudian hantarkanlah dia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu
disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah
r.a yang bermaksud : Apabila kamu berasa ada angin dalam perutmu,
kemudian kamu ragu-ragu apakah angin itu keluar atau tidak, maka
jangan keluar dari masjid sebelum jelas bunyinya atau baunya.( HR
Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Ar-Rad ayat 2Yang bermaksud,Allah
lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang
kamulihat, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, dan menundukkan
matahari dan bulan.Masingmasing beredar hingga tempoh waktu yang
ditentukan.Allah mengatur urusan (makhlukNya), menjelaskan
tanda-tanda Kebesaran-Nya. Supaya kamu meyakini pertemuan(mu)
dengan Tuhanmu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Semua luka yang dideritai
oleh seseorang Muslim dalam peperangan fisabilillah, pada hari
kiamat nanti keadaanya akan sama seperti waktu ia terluka dahulu.
Darahnya memancar berwarna merah tetapi baunya seperti kasturi.( HR
Bukhari )
Firman Allah S.W.T dalam surah Hud : ayat 117Yang bermaksud,Dan
Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri
dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka memperbaiki
keadaan sesama sendiri.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah
r.a yang bermaksud : Allah S.W.T sangat gembira menerima taubat
sesorang daripada kamu, melebihi kegembiraan seseorang yang
menemukan kembali barangnya yang hilang.( HR Imam Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Mujadalah : ayat 11Yang
bermaksud,Allah S.W.T meningkatkan darjat orang-orang yang beriman
di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (
dari kalangan kamu ) beberapa darjat.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Tiada imam pada orang yang
tidak amanah( HR Imam Ahmad )
Firman Allah S.W.T dalam surah Ibrahim: ayat 27Yang
bermaksud,Allah meneguhkan (iman) orang yang beriman dengan ucapan
yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah
menyesatkan orang yang zalim dan Allah membuat apa yang Dia
kehendaki.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Anas r.a yang
bermaksud : Di antara tanda-tanda kiamat ialah berkurangnya
ilmu,meratanya kebodohan, banyak perzinaan dan banyak perempuan
dari lelaki hingga 50 perempuan hanya seorang pengawalnya.( HR Imam
Bukhari )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Isra : ayat 106Yang
bermaksud,Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau
membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang dan Kami
menurunkannya beransur-ansur.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Apabila
dipertanggungjawabkan sesuatu kepada yang bukan ahlinya, tunggu
sahajalah masa kehancurannya.( HR Imam Bukhari )
Firman Allah S.W.T dalam surah Abasa : ayat 20Yang
bermaksud,Kemudian jalan (baik dan jahat) dimudahkan Tuhan
kepadanya ( untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia
pilih).
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Sebarkanlah salam di
antara kamu, nescaya kamu berkasih-kasihan.( HR Al-Hakim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Imran: ayat 110Yang
bermaksud,Kamu (wahai umat Muhamad) adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang maaruf dan melarang daripada segala perkara yang
mungkar (buruk dan keji), serta kamu beriman kepada Allah (dengan
sebenar-benar iman).
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Nasihatilah para wanita
dengan baik, sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk
(laki-laki) sebelah kanan, dan tulang rusuk yang paling bengkok
adalah bahagian atasnya, maka seandainya engkau berusaha
meluruskannya, nescaya dia akan patah dan kalau engkau biarkannya,
ia akan tetap bengkok.Nasihatilah para wanita dengan baik ( HR Imam
Al-Bukhari & Muslim)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Imran : ayat 104Yang
bermaksud,Hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru
(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam), dan menyuruh
berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala
perkara yang salah (buruk dan keji), Mereka yang bersifat demikian
itulah orang yang berjaya.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu
Amri r.a yang bermaksud : Sampaikanlah dari aku walaupun satu ayat(
HR Imam Al-Bukhari )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Falaq : ayat 4Yang
bermaksud,Sesiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan
memudahkan baginya segala urusan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Setiap agama mempunyai
akhlak yang tersendiri dan akhlak Islam ialah MALU.( HR Imam Malik
)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Imran : ayat 18Yang
bermaksud,Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia
(yang berhak disembah), Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan
orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak
ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sesiapa yang tidak
mengasihi manusia, nescaya ALLAH tidak mengasihinya.( HR Muttafaq
Alaih )
Firman Allah S.W.T dalam surah Sad: ayat 29Yang bermaksud,Kitab
(Al-Quran) yang kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan
supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya, dan supaya mendapat
pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Apabila isteri salah
seorang daripada kamu meminta izin untuk pergi ke masjid, maka
janganlah menegahnya.( HR Imam Al-Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-'Ankabuut : ayat 43Yang
bermaksud,Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia;
dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah
r.a berkata :Membaca tasbih adalah untuk lelaki ( ketika menegur
kesilapan dalam sembahyang ) dan menepuk tangan adalah untuk
wanita.( HR Imam Bukhari & Muslim )Firman Allah S.W.T dalam
surah Al-Alaq : ayat 1-5Yang bermaksud,Bacalah dengan (menyebut)
nama tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari
segumpal darah, Bacalah, dan tuhanmu lah yang paling pemurah, yang
mengajar (manusia) dengan perantaran kalam.Dia mengajar kepada
manusia apa yang tidak diketahui.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Adakah orang-orang yang
mengangkat kepalanya sebelum imam tidak takut kepalanya diganti
oleh ALLAH S.W.T. dengan kepala keldai?( HR Imam Al-Bukhari &
Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Zumar : ayat 18Yang
bermaksud,Yang mendengarkan perkataan lalu mengikut apa yang baik
di antaranya, mereka itulah orang-orang yang telah diberi ALLAH
S.W.T petunjuk dan akal fikiran.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Barang siapa yang menempuh
suatu jalan untuk menuntut ilmu, Allah S.W.T akan memudahkan
baginya jalan ke syurga.( HR Imam Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Dzariyat : ayat 55Yang
bermaksud,Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana
sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-oang
yang beriman.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Tidak sempurna iman orang
yang tidak memberi ketenangan kepada jirannya daripada tipu
dayanya.( HR Al-Hakim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Sad : ayat 84Yang bermaksud,Maka
yang benar (adalah sumpahKu) dan hanya kebenaran itulah yangKu
katakan
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Ya ALLAH, janganlah aku
sampai mengalami zaman di mana orang berilmu tidak diendahkan dan
orang yang arif tidak kenal malu. ( HR Imam Ahmad )Firman Allah
S.W.T dalam surah Al-Zumar : ayat 13Yang bermaksud,Katakanlah :
Sesungguhnya aku takut akan siksaan hari yang besar jika aku
derhaka kepada Tuhanku
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abdullah bin
Masud r.a bermaksud :Janganlah ingin seperti orang lain, kecuali
seperti dua orang ini. Pertama orang yang diberi Allah kekayaan
berlimpah dan ia membelanjakannya secara benar, kedua orang yang
diberi Allah al-Hikmah dan ia berperilaku sesuai dengan dan
mengajarkannya kepada orang lain ( HR Imam Al- Bukhari )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Mukmin : ayat 57Yang
bermaksud,Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih itu besar
daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Ya Allah, aku memohon
kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, dan aku berlindung kepada-Mu dari
ilmu yang tidak bermanfaat. ( HR Ibnu Majah )
Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat : ayat 35Yang
bermaksud,Sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada
orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada
orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Tiap Allah S.W.T
menurunkan penyakit pasti diturunkan pula ubatnya.(HR. Imam
Al-Bukhari)
Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat : ayat 41Yang
bermaksud,Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari Al-Quran ketika
Al-Quran itu disampaikan kepada mereka (mereka itu pasti akan
celaka), dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah Kitab yang mulia.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Mencari ilmu itu hukumnya
wajib bagi muslimin dan muslimat ( HR. Ibnu Abdil Bari )Firman
Allah S.W.T dalam surah Al-Anfal: ayat 22Yang
bermaksud,Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling
buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak
mendengar dan memahami kebenaran ) iaitu orang-orang yang tidak
mengerti.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barang siapa yang
mempunyai rambut, hendaklah ia menghargainya. ( HR Imam Abu Daud
)
Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat : ayat 36Yang
bermaksud,Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka
mohonlah perlindungan kepada Allah .Sesungguhnya Dia lah yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa yang
menginginkan kehidupan dunia, maka ia harus memiliki ilmu, dan
barang siapa yang menginginkan kehidupan akhirat maka itupun harus
dengan ilmu, dan barang siapa yang menginginkan keduanya maka
itupun harus dengan ilmu(HR. Thabrani)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Zukruf : ayat 10Yang
bermaksud,Dia menjadikan bumi untuk kamu sebagai tempat menetap dan
membuat jalan-jalan di atas bumi untuk kamu, supaya kamu mendapat
petunjuk.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa yang menyeru
kepada kesesatan, maka ia akan menanggung dosa sebanyak dosa orang
yang mengikutinya itu tanpa mengurangi sedikitpun dari dosa mereka
( HR. Imam Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Israa : ayat 32Yang
bermaksud,Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya, zina itu
adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Apabila seorang manusia
meninggal maka terputuslah pahala segala amalannya kecuali dari
tiga perkara : iaitu sedekah jariah , ilmu yang bermanfaat, atau
anak soleh yang mendoakannya.( HR Imam Muslim )Firman Allah S.W.T
dalam surah Al-Syuara : ayat 41Yang bermaksud,Dan sesungguhnya,
orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada suatu
dosapun atas mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Janganlah sekali-kali
orang yang menderita sakit, mendatangi orang yang sihat..( HR Imam
Al-Bukhari )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anfal : ayat 22Yang
bermaksud,Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling
buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak
mendengar dan memahami kebenaran ) iaitu orang-orang yang tidak
mengerti.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barang siapa yang
mempunyai rambut, hendaklah ia menghargainya.( HR Imam Abu Daud
)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anbiyaa : ayat 98Yang
bermaksud,Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah,
adalah umpan Jahanam, kamu pasti masuk ke dalamnya.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Sekeji-keji pencuri adalah
orang yang mencuri dalam solatnya.Para sahabat bertanya, Wahai
Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya? Baginda bersabda,
Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya( HR Ibnu Majah )
Firman Allah S.W.T dalam surah Maryam : ayat 90-92Yang
bermaksud,Hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu, dan bumi
belah, dan gunung-gunung runtuh, kerana mereka mendakwa Allah Yang
Maha Pemurah mempunyai anak.Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha
Pemurah mempunyai anak.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah
r.a berkata :Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di
dalamnya terdapat gambar-gambar haiwan. (HR. Imam Muslim )Firman
Allah S.W.T dalam surah Al-Zukhruf : ayat 12Yang bermaksud,Dia
mencipta semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal
dan binatang ternakan yang kamu tunggangi.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Bila Allah menghendaki
seseorang menjadi baik, ia akan dikurniakan kebajikan.( HR Imam
Al-Bukhari )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Zukhruf: ayat 79Yang
bermaksud,Bahkan mereka telah menetapkan satu tipu daya jahat, maka
sesungguhnya, kami akan membalas tipu daya mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abi Sayid
Al-Khudri r.a katanya : Apabila seseorang kamu menguap, maka
hendaklah ia menutup mulut,kerana syaitan akan dapat masuk
melaluinya.( HR Imam Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Zukhruf : ayat 79Yang
bermaksud,Bahkan mereka telah menetapkan satu tipu daya jahat, maka
sesungguhnya, kami akan membalas tipu daya mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abi Sayid
Al-Khudri r.a katanya : Apabila seseorang kamu menguap, maka
hendaklah ia menutup mulut, kerana syaitan akan dapat masuk
melaluinya. ( HR Imam Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat : ayat 24Yang
bermaksud,Jika mereka menahan diri (menderita azab) maka nerakalah
tempat diam mereka dan jika mereka mengemukakan alasan-alasan, maka
mereka termasuk orang-orang yang diterima alasannya.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abi Sayid
Al-Khudri r.a yang bermaksud : Solat 5 waktu,Jumaat kepada Jumaat
dan Ramadhan kepada Ramadhan adalah pembersih dosa-dosa yang berada
di antaranya selagi dijauhkan dosa besar.( Fiqh Sunnah Sayid Sabiq
)Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Israa : ayat 25Yang
bermaksud,Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika
kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun
bagi orang-orang yang bertaubat
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Budi pekerti yang baik
mencairkan dosa seperti air mencairkan gumpalan salji.Sedangkan
perangai buruk merosakkan amal soleh seperti cuka merosakan
madu(HR. Al-Baihaqi )
Firman Allah S.W.T dalam surah At-Tahriim : ayat 6Yang
bermaksud,Wahai orang-orang yang beriman, perliharalah dirimu dan
keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan
batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang
tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada
mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Demam menghilangkan dosa
anak-anak Adam seperti api di pandai besi yang menhancurkan karat(
HR Imam Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat : ayat 24Yang
bermaksud,Jika mereka menahan diri (menderita azab) maka nerakalah
tempat diam mereka dan jika mereka mengemukakan alasan-alasan, maka
mereka termasuk orang-orang yang diterima alasannya.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abi Sayid
Al-Khudri r.a yang bermaksud : Solat 5 waktu,Jumaat kepada Jumaat
dan Ramadhan kepada Ramadhan adalah pembersih dosa-dosa yang berada
di antaranya selagi dijauhkan dosa besar.( Fiqh Sunnah Sayid Sabiq
)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Rum : ayat 12Yang
bermaksud,Dan pada hari terjadinya kiamat, orang-orang yang berdosa
terdiam berputus asa.
Rasulullah S.A.W bersabda :Sesungguhnya Allah S.W.T memberi
keampunan dan tidak mengambil kira segala pembicaraan hati umatku
selagi mereka tidak memperkatakan atau melakukannya.( HR Imam
Al-Bukhari & Muslim )Firman Allah S.W.T dalam surah An- Nisaa:
ayat 58Yang bermaksud,Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan
amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila
menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan
adil.Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya
kepadamu dan Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha
Melihat.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sesiapa yang ditaklifkan
(diamanahkan) oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam
keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya
syurga.(HR. Imam Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anbiya : ayat 45Yang
bermaksud,Katakanlah wahai (Muhammad), Sesungguhnya aku hanya
memberi peringatan kepada kamu sekalain dengan wahyu dan tiadalah
orang-orang yang tuli mendengar seruan, apabila mereka diberi
peringatan.
Rasulullah S.A.W bersabda :Sesiapa yang dibunuh kerana
mempertahankan hartanya adalah mati syahid.(HR. Imam Bukhari &
Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa: ayat 134Yang
bermaksud,Barangsiaapa yang mengkehendaki pahala di dunia sahaja,
(maka ia rugi), Kerana di sisi Allah ada paha dunia dan akhirat.
Dan Allah Maha berkuasa berbuat demikian.
Sabda Rasululullah S.A.W yang bermaksud :Setiap Nabi mempunyai
doa yang mudah dimakbulkan, Aku juga menyimpan doaku tersebut,
untuk memberi syafaat kepada umatku pada Hari Kiamat nanti.(HR.
Imam Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa' : ayat 86Yang
bermaksud,Dan apabila kamu diberikan selamat, hendaklah kamu balas
dengan ucapan selamat yang lebih baik atau yang sama
dengannya.Sesungguhnya Allah selalu membuat perhitungan atas
tiap-tiap sesuatu.
Rasulullah S.A.W bersabda :Tidak masuk syurga bagi orang yang
suka menabur fitnah. (HR. Imam Al-Bukhari & Muslim )Firman
Allah S.W.T dalam surah Al-Ahzab : ayat 59Yang bermaksud,Wahai
NAbi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak, perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilabnya
(sejenis baju kurung yang lapang dapat menutup kepala, muka dan
dada) ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka
lebih mudah untuk dikenali, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah
adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Rasulullah S.A.W bersabda :Sesungguhnya keluarga ayahku iaitu Si
Pulan, tidaklah orang yang paling aku kasihi serta menjadikan
mereka sebagai sahabatku. ,Sesungguhnya yang paling aku kasihi
ialah Allah dan orangorang mukmin yang soleh.(HR. Imam Al-Bukhari
& Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Ibrahim: ayat 31Yang
bermaksud,Katakanlah (Muhamad) kepada hamba-hambaKu yang telah
beriman: Hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan harta
sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi
atau terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari
itu tidak ada jual beli dan persahabatan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Perbaiki dunia kami yang
merupakan tempat hidup kami.Perbaikilah akhirat kami yang merupakan
tempat kembali kami.Dan jadikan hidup ini tambahan bagi kami dalam
setiap kebaikan kami, serta jasikan kematian sebagai istirahat bagi
kami dari setiap kejahatan.(HR. Imam Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Imran : ayat 107Yang
bermaksud,Adapun orang-orang yang putih berseri mukanya, maka
mereka berada dalam rahmat Allah (syurga); mereka kekal di
dalamnya.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Zaid bin Arqam
r.a. yang bermaksud : Ya Allah, berikanlah ketakwaan atas jiwaku
ini dan sucikanlah ia,Engkaulah sebaik-baik yang
menyucikannya.Engkaulah Kekasih dan Penolongnya.Ya Allah,
sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari limu yang tidak
bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari jiwa yang tidak
pernah puas dan dari doa yang tidak pernah dikabulkan. (HR. Imam
Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa: ayat 103Yang
bermaksud,Maka pabila kaumu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah
Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu
berbaring.Kemudian apabila kamu, telah berasa aman, maka dirikanlah
solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah
kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang
beriman.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Tidak akan diterima
sembahyang seseorang yang berhadas sehinggalah dia berwudhu.(HR.
Imam Al-Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa' : ayat 149Yang
bermaksud,Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan
atau memaafkan kesalahan (orang lain), maka sesunggunhnya Allah
Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.
Rasulullah S.A.W bersabda yang diriwayatkan daripada Huzaifah
r.a yang bermaksud:Apabila Rasulullah S.A.W bangun pada malam hari
untuk menunaikan sembahyang tahajjud, baginda menggosok gigi dengan
sugi.(HR. Imam Al-Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Furqaan : ayat 63Yang
bermaksud,Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah)
orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan
apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan
kata-kata yang baik.
Rasulullah S.A.W bersabda :Potonglah misai dan panjangkanlah
janggut iaitu jagalah janggut (HR. Imam Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Ahzab: ayat 25Yang
bermaksud,Allah mengusir orang-orang kafir dengan tiada mendapat
kebaikan, dan Allah menolong orang-orang mukmin dalam
peperangan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Orang yang paling sering
kenyang di dunia pada hari kiamat akan menderita kelaparan yang
paling lama.(HR. Al-Bazzar)Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahzab
: ayat 46-47Yang bermaksud,Untuk menyeru kepada Allah degan iziNya
dan menjadi pelita yang menerangi, berilah khabar gembira kepada
orang mukmin.
Rasulullah S.A.W bersabda :Tiada wadah yang dipenuhi oleh anak
Adam lebih jahat daripada perut. (HR. Tirmizi )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anam: ayat 11Yang
bermaksud,Katakanlah Muhammad: Mengembaralah kamu di muka bumi,
kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk orang yang
mendustakan (Rasul) itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Seorang yang beriman
minum untuk mengisi sebuah perut, sedangkan orag kafir minum untuk
mengisi tujuh perut. (HR. Imam Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Isra' : ayat 37Yang
bermaksud,Dan jangnlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan
berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat
menembusi bumi.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Fitrah ada lima iaitu
bekhatan, mencukur bulu kemaluan, memtong kuku, mencabut bulu
ketiak dan menggunting kumis. ( HR. Imam Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Saad : ayat 41Yang bermaksud,Dan
(ingatlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika dia berdoa merayu
kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku diganggu oleh
syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab
seksa (penyakit).
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sesungguhnya tawar jampi,
,tangkal azimat, ilmu guna-guna, (ilmu pengasih untuk menambat hati
suami kepada isterinya atau isteri kepada suaminya) adalah syirik(
HR. Imam Daud & Ahmad )Firman Allah S.W.T dalam surah Al-
Humazah: ayat 1Yang bermaksud,Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap
pencaci dan pengkeji
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Menjadi tamu hanya selama
tiga hari dan selebihnya dianggap sedekah.(HR. Abu Yala &
Al-Tabrani)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Dhuha : ayat 9-10Yang
bermaksud,Anak-anak yatim janganlah kamu kasari dan orang yang
meminta pertolongan, jangan kamu herdik.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Mandi setiap hari Jumaat
wajib bagi setiap orang yang akhil baligh. Demikian pula menggosok
gigi dan memakai wangi-wangian. (HR. Imam Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Ahzab: ayat 41-42Yang
bermaksud,Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan
sebanyak-banyak zikir dan bertasbihlah kepadaNya.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Jangan sekali-kali engkau
hidup bermewah-mewah. Hamba Allah yang baik bukanlah orang yang
hidup bermewah-mewah. (HR. Imam Ahmad)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Ahzab : ayat 43Yang
bermaksud,Dialah yang memberi rahmat kepada kamu dan mengeluarkan
kamu dari kegelapan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Mungkin orang yang tampak
kumal, kotor, dan hanya mempunyai dua potong baju usang, bila
memohon kepada Allah S.W.T, ia akan dikabulkan. (HR. Imam Tirmizi
)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahzab: ayat 57Yang
bermaksud,Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah dan RasulNya akan
dilaknati di dunia dan di akhirat, baginya disediakan siksa yang
menghinakan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Kaum wanita hendaklah
berhati-hati terhadap dua benda merah, iaitu emas dan barang
sepuhan. (HR. Ibnu Hibban )
Firman Allah S.W.T dalam surah Fatir : ayat 7Yang
bermaksud,Orang-orang yang kafir bagi mereka azab yang keras dan
orang yang beriman, keampunan dan pahala yang besar.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Rasa malu dan iman
kedua-duanya adalah sejalan. Bila yang satu hilang, hilanglah yang
lain.( HR. Al-Hakim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Fatir : ayat 9Yang
bermaksud,Dialah yang mengirimkan angin lalu menggerakkan awan,
maka Kami halau awan itu ke negeri yang kering dan Kami turunkan
hujan.
Rasulullah S.A.W bersabda :Penampilan yang baik, tenang dan
sederhana adalah sebahagian dari 24 tanda-tanda kenabian ( HR.
Tirmizi )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah: ayat 263Yang
bermaksud,Perkataan yang baik dan pemberiaan maaf lebih baik dari
sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si
penerima). Allah S.W.T Maha Kaya lagi Maha Penyantun.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barang siapa mengetahui
keburukan saudaranya kemudian ia menutupinya, kelak pada hari
kiamat Allah S.W.T akan menutupi dosanya.( HR. Tabrani )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah : ayat 284Yang
bermaksud,Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan
yang ada dibumi ini. Dan jika kamu melahikan apa yang ada di dalam
hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat
perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah
mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang
dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Rasulullah S.A.W bersabda :Menyempurnakan wudhu dalam hal-hal
yang tidak menyenangkan, menggunakan kaki-kaki ke masjid dan
menanti solat sesudah solat adalah benar-benar mencuci kekeliruan.
( HR. Imam Abu Yala, Hakim & Baihaqi )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Imran: ayat 59Yang
bermaksud,Sesungguhnya misal ( penciptaan ) Isa di sisi Allah,
adalah sama seperti penciptaan Adam, Allah menciptakan Adam dari
tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya : Jadilah (seorang
manusia) maka jadilah dia.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Anak Adam (manusia)
menjadi dewasa bersamaan dengan matangnya dua sifat yang ada pada
dirinya, iaitu tamak dan harapan yang tiada berhabis-habisnya. (
HR. Imam Bukhari )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Furqan : ayat 76Yang
bermaksud,Sesungguhnya syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan
tempat kediaman.
Rasulullah S.A.W bersabda :Berkatnya makanan terletak pada wudhu
sebelum dan sesudah makan. ( HR. Abu Daud )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Syuara : ayat 125-126Yang
bermaksud,Sesungguhnya aku adalah seorang Rasul kepercayaan
untukmu, maka bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.
Rasulullah S.A.W bersabda :Janganlah sekali-kali kalian beriri
hati. Iri hati menghapuskan kebajikan seperti api menghapuskan kayu
bakar ( HR. Abu Daud )Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Syuara:
ayat 183Yang bermaksud,Dan janganlah kamu merugikan manusia dan
jangan pula berbuat bencana di muka bumi.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Mengumpat seorang muslim
adalah perbuatan derhaka, dan membunuh orang muslim adalah
perbuatan kufur..( HR. Imam Al-Bukhari )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah : ayat 183 &
184Yang bermaksud,Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas
kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu,
agar kamu bertaqwa.iaitu dalam beberapa hari yang tertentu.Maka
barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan
(lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari
yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib
orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa)
membayar fidyah iaitu, memberi makan orang miskin. Barang siapa
yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang
lebih baik baginya . Dan berpuasa itu lebih baik jika kamu
benar-benar mengetahuinya.
Rasulullah S.A.W bersabda :Orang siddiq tidak patut menjadi
orang yang gemar mengutuk. ( HR. Al-Hakim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah : ayat 185Yang
bermaksud,(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan,
bulan yang di dalamnya diturunkan permulaan Al-Quran sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk
itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). Kerana itu
barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di
bulan itu maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang
siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah
baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada
hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak
menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan
bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya
yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Aku diutus Allah sebagai
rahmat, dan bukan diutus sebagai tukang kutuk.( HR. Imam Muslim
)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah: ayat 187Yang
bermaksud,Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa
bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka itu adalah pakaian
bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka.Allah mengetahui
bahawasanya kamu tidak dapdat menahan nafsumu, kerana itu Allah
mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu, Maka sekarang campurilah
mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan
makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam,
iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang)
malam , (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu sedang kamu
beriktikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu
mendekatinya.Demikianlah Allah, menerangkan ayat-ayatNya kepada
manusia supaya mereka bertaqwa.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Kemiskinan membawa kepada
kekufuran, dan hasad mengatasi qada dan qadar. ( HR. Abu Naim )
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa: ayat 19Yang
bermaksud,Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu
mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan
mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang
telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan
pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara
patut.Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah
kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah
menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa yang
dikehendaki oleh Allah menjadi orang baik, maka ditimpakan musibah
( diberi ujian ) kepadanya. (HR. Imam Al-Bukhari)
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa: ayat 88Yang
bermaksud,Maka mengapa kamu (terpecah) menjadi dua golongan dalam
menghadapi orang-orang munafik, padahal Allah telah membalikkan
mereka kepada kekafiran, disebabkan usaha mereka sendiri? Apakah
kamu bermaksud memberi petunjuk kepada orang-orang yang telah
disesatkan Allah ? Barangsiapa yang disesatkan Allah, sekali-kali
kamu tidak mendapatkan jalan (untuk memberi petunjuk)
kepadanya.
Rasulullah S.A.W bersabda :Sesiapa sahaja yang menikahkan
saudara perempuannya dengan lelaki fasik, bererti telah memutuskan
tali persaudaraan keluarganya.( HR. Ibnu Hibban )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Tahrim: ayat 8Yang
bermaksud,Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada
Allah dengan taubat yang tulus, ikhlas, mudah-mudahn Tuhanmu
menghapus kesalahan-kesalahanmu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Ibnu Masud
yang bermaksud :Merasa malu kepada Allah s.w.t ialah kamu
memelihara kepalamu dan anggota-anggota yang ada padanya, perut da
nisi kandungnya dan kamu selalu mengingati mati dan pereputan
tulang-belulang. Sesiapa yang menghendaki akirat, maka hendaklah
dia meninggalkan kecantikan dunia. Sesiapa yang telah melakukan
seperti ini, maka dia telah malu kepada Allah s.w.t.( HR. Imam
Ahmad & Tirmizi )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Fussilat : ayat 30Yang
bermaksud,Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya
dengan berkata ; Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap
teguh di atas jalan yang betul (beristiqamah) akan turunlah
malaikat kepada mereka dari masa ke semasa (dengan memberi ilham) :
Janganlah kamu bimbang ( daripada berlakunya kejadian yang tidak
baik terhadap kamu ) serta janganlah kamu berdukacita.
Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Kepala kepda urusan ini
ialah Islam, barangsiapa yang menerima Islam maka dia selamat.
Sementara tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad
pada jalan Allah.( HR. Tabraani )
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa: ayat 1Yang
bermaksud,Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan-mu yang
telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripada keduanya
Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak.Dan
bertqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu
saling meminta antara satu sama lain, dan (perliharalah) hubungan
silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi
kamu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Anas r.a yang
bermaksud :Nikah itu sebahagian sunnahku, maka orang yang tidak
mengamalkan sunnahku, dia bukan termasuk umatku. ( HR. Imam Muslim
)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah : ayat 275Yang
bermaksud,Orang-orang yang makan (mengambil riba) tidak dapat
berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan
lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu,
adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual
beli itu sama dengan riba padahal Allah telah menghalalkan jual
beli dan mengharamkan riba.Orang-orang yang telah sampai kepadanya
larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba)
maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang
larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah.Orang yang
mengulangi(mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni
neraka: mereka kekal di dalamnya.
Rasulullah S.A.W bersabda :Siapa sahaja yang menjalani puasa
Ramadhan kerana iman dan mengharap keredhaan Allah ,maka
dosa-dosanya yang terdahulu diampuni.(HR. Imam Bukhari, Muslim, Abu
Daud, Tirmizi, Al- Nasai & Ibnu Majah)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah : ayat 221Yang
bermaksud,Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum
mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mumin lebih baik
dari wanita musyrik., walaupun dia menarik hatimu . Dan janganlah
kamu menikahkan orang-orang muyrik (dengan wanita-wanita mumin)
sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mumin lebnih baik
dari orang muyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke
neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan ampunan dengan
izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya
(printah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil
pelajaran.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Puasa yang paling utama
setelah puasa Ramadhan adalah puasa bulan Muharam dan solat yang
paling utama setelah solat fardu adalah solat pada waktu malam.
(HR. Imam Muslim)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah : ayat 256Yang
bermaksud,Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (islam),
sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang
sesat. Kerana itu, barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan
beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada
buhul, tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Rasulullah S.A.W bersabda :Rasulullah s.a.w selalu beriktikaf
pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.( HR. Imam Al-Bukhari
& Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Waaqiaah : ayat 1-7Yang
bermaksud,Apabila terjadi hari kiamat, terjadinya kiamat itu tidak
dapat didustakan(disangkal). Kejadian itu merendahkan (satu
golongan) dan meninggikan (golongan yang lain), apabila bumi
digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, dan gunung-gunung dihancur
luluhkan sehancur-hancurnya, maka jadilah dia debu yang
bertebangan, dan kamu menjadi tiga golongan.
Rasulullah S.A.W bersabda :Manusia selalu dalam kebaikan selama
mereka segera berbuka puasa.(HR. Imam Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah: ayat XXXYang
bermaksud,Seandainya kamu ditusuk dengan jarum besi, makaitu lebih
baik bagi kamu daripada menyentuh perempuan yang tidak halal bagi
kamu. Dan orang-orang kafir dan orang-orang yang mendustakan
ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni neraka Jahim.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Tidaklah Allah memberi
tambahan kepada seseorang hamba yang suka memberi kemaafan
melainkan dengan kemuliaan ( HR. Imam Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Maaidah: ayat 87Yang
bermaksud,Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
mengharamkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan kepada
kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orangyang melampaui batas.
Rasulullah S.A.W bersabda :Sesungguhnya Allah tidak melihat
bentuk tubuhmu dan tidak pula melihat kecantikanmu tetapi Allah
s.w.t melihat hatimu( HR. Imam Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Maaidah: ayat 90Yang
bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman,sesungguhnya (minum)
khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib
dengan panah, adalah perbuatan yang keji termasuk perbuatan
syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat
keberuntungan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Bahawa orang yang berat
kerana siksaanya di hari kiamat (dalam neraka) ialah orang yang
berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya. ( HR. Ibnu Hibban )
Firman Allah S.W.T dalam surah Ar-rad ayat 35Yang bermaksud,
Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa
ialah (seperti taman), mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya
yang tidak berhenti sedang naungannya (demikian pula). Itulah
tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertaqwa: manakala neraka
adalah kesudahan bagi orang-orang kafir.
Rasulullah S.A.W bersabda :Anak kunci solat itu ialah suci,
tahrimnya ialah takbir dan tahlilnya adalah salam. ( HR. Ibnu Majah
& Tirmizi )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah: ayat 120Yang
bermaksud,Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada
kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.Katakanlah: Sesungguhnya
petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar). Dan sesungguhnya
jikakamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Doa seseorang bagi
saudaranya dari tempat yang jauh adalah terkabul. ( HR. Imam Muslim
)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Maaidah: ayat 78-79Yang
bermaksud,Telah dilaknati orang kafir daripada Bani Israel melalui
lisan Daud dan Isa Putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan
mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka tidak saling
melarang antara satu sama lain akan tindakan mungkar yang mereka
lakukan.Sesungguhnya amatlah buruk apa yang telah mereka lakukan
itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Dinyalakan api neraka itu
1000 tahun berwarna merah, 1000 tahun berwarna putih dan 1000 tahun
berwarna hitam. ( HR. Imam Tirmizi )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Maaidah: ayat 8Yang
bermaksud,Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi
orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi
saksi yang adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap
sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku
adillah kerana (adil) itu lebih dekat kepada taqwa.Dan bertqawalah
kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu
kerjakan.
Rasulullah S.A.W bersabda :Seringan-ringan dalam neraka itu
ialah memakai terompah dari api mendidih benak di kepala kerana
panasnya.( HR. Imam Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Maaidah: ayat 21Yang
bermaksud,Wahai kaumku masuklah ke Tanah Suci (Palastin) yang telah
ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu lari ke belakang
(kerana takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang-orang yang
rugi.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Sesiapa yang pergi ke
masjid pada waktu pagi atau pada waktu petang, Allah akan
menyediakan untuknya satu tempat di syurga apabila sama ada pada
waktu pagi atau waktu petang. ( HR. Imam Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah An- Nisaa: ayat 124Yang
bermaksud,Dan barang siapa mengerjakan amal kebajikan, baik lelaki
mahupun perempuan dalam keadaan dia beriman, maka mereka itu akan
masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
Rasulullah S.A.W bersabda :Sesungguhnya kalian akan dipanggil
pada hari kiamat dengan nama-nama kalian dan nama bapa-bapa kalian,
Maka buatlah yang baik bagi kalian. ( HR. Imam Abu Daud )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Anam: ayat 134Yang
bermaksud,Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu pasti
datang, dan kamu sekali-kali tidak sanggup menolaknya.
Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah b. Umar r.a katanya :
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : Semasa kamu sembahyang,
janganlah kamu meludah ke depan kerana sesungguhnya Allah sedang
menghadap ke arah kamu semasa kamu sembahyang.( HR. Imam Bukhari
& Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah An- Anfal: ayat 2Yang
bermaksud,Sesungguhnya orang yang beriman itu, adalah mereka yang
apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila
dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahla iman
mereka(kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.
Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah
s.a.w bersabda :Hendaklah kamu saling meminta nasihat tentang
perkara-perkara kebaikan kepada kaum wanita kerana sesungguhnya
kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok
tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu membetulkan dengan
kekerasan nescaya ia akan patah, jika ditinggalkan (dibiarkan tanpa
nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok. Maka saling
menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut. ( HR.
Imam Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anam: ayat 82Yang
bermaksud,Orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman
mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang yang mendapat
keamanan dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sesungguhnya di dalam
dirimu itu mempunyai dua sifat yang disukai Allah iaitu, santun dan
kesabaran. ( HR. Imam Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Yunus: ayat 37Yang
bermaksud,Tidaklah mungkin Al-quran ini dibuat-buat oleh selain
Allah; akan tetapi (al-Quran itu) membenarkan kitab-kitab yang
sebelumnya dan menjelaskan hokum-hukum yang telah ditetapkannya,
tidak ada keraguan di dalamnya, (diturunkan) daripada Tuhan semesta
alam.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Tapak kaki seorang yang
kena debu sewaktu berjuang pada jalan Allah itu tidak akan
tersentuh oleh api neraka. ( HR. Imam Bukhari )
Firman Allah S.W.T dalam surah Yunus: ayat 49Yang
bermaksud,Katakanlah (Muhammad); Aku tidak kuasa menolak
kemudharatan mahupun mendatangkan menfaat kepada diriku, melainkan
apa yang dikehendaki Allah, Bagi setiap umat mempunyai ajal.
Apabila telah datang ajal mereka tidak dapat mengundurkannya
sebarang sesaat pun dan juga tidak dapat mempercepatkannya.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Satu umrah sampai
berikutnya adalah merupakan kafarat (penebus) atas dosa-dosa yang
terjadi di antara kedua umrah itu dan haji yang mabrur tiada
balasannya kecuali syurga. ( HR. Imam Bukhari & Muslim)
Firman Allah S.W.T dalam surah Hijr: ayat 278Yang bermaksud,Dan
(ingatlah) ketika TuhanMu berfirman kepada para malaikat;
Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia daripada tanah
liat kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberi
bentuk.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Hak seorang muslim
terhadap muslim yang lain itu ada enam iaitu, menjawab salam,
menjenguk orang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan,
menasihatinya dan menjawab doa orang yang bersin.(HR. Imam Bukhari
& Muslim)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Araf: ayat 26Yang
bermaksud,Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan
kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk
perhiasan. Dan pakaian taqwaitulah yang paling baik.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Dosa-dosa besar
adalah,mempersekutukan Allah, derhaka kepada kedua orang tua,
membunuh manusia, dan sumpah palsu.( HR. Imam Bukhari )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Israa: ayat 25Yang
bermaksud,Tuhanmu lebih mengetahui apa yangada dalam hatimu, jika
kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun
bagi orang-orang yang bertaubat.
Hadis Baginda Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :Salah
seorang daripada kamu tidaklah sempurna imannya sebelum mencintai
saurdaranya sebagaimana kamu mencintai diri sendiri.(HR. Imam
Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Thahaa: ayat 2-4Yang
bermaksud,Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar kamu
menjadi susah; tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut
(kepada Allah) yakni diturunkan oleh Allah yang menciptakan bumi
dan langit yang tinggi.Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud
:Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu sekalian adalah
yang paling baik budi pekertinya.(HR. Imam Bukhari & Muslim
)Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Haji: ayat 27Yang bermaksud,Dan
berserulah kepada manusia untuk mengerjakan Haji, nescaya mereka
akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan menunggang unta yang
kurus, yang datang dari segenap penjuru yang jauh.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Janganlah kamu sekalian
membenci ayahmu, barangsiapa yang membenci ayahnya maka ia adalah
kafir. ( HR. Imam Bukhari & Muslim)
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur: ayat 30Yang
bermaksud,Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka
menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu
lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetaahui apa
yang mereka lakukan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sesungguhnya apa sahaja
yang kamu nafkahkan dengan niat untuk mencari keredhaan Allah S.W.T
nescaya kamu akan diberi pahala termasuk apa yang kamu sediakan
untuk isterimu.( HR. Imam Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur: ayat 4Yang bermaksud,Dan
orangyang menuduh perempuan-perempuan yang baik-baik (berzina) dan
mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka
lapan puluh kali dan janganlah kamu terima kesaksian mereka untuk
selama-lamanya. Mereka itulah orang-orang yang fasik.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Adapun panas api yang
kamu nyalakan di dunia ini (termasuk matahari) hanya satu pertujuh
puluh daripada panasnya api neraka di akhirat. Kalau sebahagian
kecil jatuh ke dunia, nescaya mendidih air laut kerana panasnya(
HR. Imam Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur: ayat 29Yang
bermaksud,Tidak ada dosa bagi kamu memasuki rumah yang tidak
dihuni, yang di dalamnya ada kepentingan kamu ; Allah mengetahui
apa yang kamunyatakan dan apa yang kamu sembunyikan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sejahat-jahat dusta iaitu
apabila seseorang mengaku kedua matanya melihat apa yang tidak
dilihatnya.( HR. Imam Bukhari )
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur: ayat 43Yang
bermaksud,Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan
bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya
bertompak-tompok, lalu engkau lihat hujan keluar dari
celah-celahnya dan Dia (juga) menurunkan (butiran-butiran) hujan
batu dari langit (iaitu) dari (gumpalan awan) seperti gunung
ganang, maka ditimpakanNya (butiran hujan batu) itu kepada siapa
Dia kehendaki dan dihindarkanNya daripada siapa yang Dia kehendaki.
Kilauan kilatnya hamper-hampir menghilangkan penglihatan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Bukanlah yang dinamakan
kaya kerana hartanya, tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya adalah
kaya dengan jiwa. ( HR. Imam Bukhari & Muslim)
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur: ayat 42Yang bermaksud,Dan
milik Allah lah kerajaan langit dan bumi dan hanya kepada Allah lah
kembali seluruh makhluk.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Golongan orang yang mati
syahid itu ada lima, iaitu : orang yang mati syahid kerana taun
(wabak), sakit perut, tenggelam, gempabumi dan orang-orang yang
mati sewaktu berjuang pada jalan Allah S.W.T(HR. Imam Bukhari &
Muslim)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Qhasas: ayat 68-69Yang
bermaksud,Dan Tuhanmu menciptakan dan memilih apa yang Dia
kehendaki, Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci
Allah dan Maha Tinggi Dia daripada apa yang mereka persekutukan.
Dan Tuhanmu mengetahui apa yang disembunyikan dalam dada mereka dan
apa yang mereka nyatakan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Orang yang beriman,
dengan budi pekerti yang baik akan dapat mencapai martabat setaraf
dengan orang yang tekun bersembah yang di malam hari dan berpuasa
di siang hari.( HR. Imam Abu Daud )
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur: ayat 59Yang bermaksud,Dan
apabila anak-anakmu telah sampai usia dewasa, maka hendaklah mereka
(juga) meminta izin, seperti orang yang lebih dewasa meminta izin.
Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayatNya kepadamu. Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia selalu berkata
baik atau hendaklah ia diam.( HR. Imam Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Qhasas: ayat 84Yang
bermaksud,Barang siapa datang (membawa) kebaikan, maka dia akan
mendapat (pahala) yang lebih daripada kebaikan itu; dan barang
siapa datang dengan (membawa) kejahatan, maka orang yang
mengerjakan kejahatan itu hanya diberi balasan (seimbang) dengan
apa yang dahulu merka kerjakan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sejahat-jahat dusta itu
ialah apabila seseorang mengaku kedua matanya melihat apa yang
tidak di lihatnya.( HR. Imam Bukhari )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ankabut: ayat 45Yang
bermaksud,Bacalah kitab Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu
(Muhamad) dan laksanakan solat, Sesungguhnya solat itu, mencegah
daripada (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingati
Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya daripada ibadah yang
lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa yang membaca
dua ayat daripada akhir surh Al-Baqarah pada waktu malam, nescaya
ia telah mencukupi.( HR. Imam Bukhari & Muslim)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ankabut: ayat 64Yang
bermaksud,Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan main-main.
Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya,
sekiranya mereka benar-benar mengetahui.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Bacalah Al-Quran, kerana
sesungguhnya Al-Quran itu nanti pada hari kiamat akan datang untuk
memberi syafaat kepada orangyang membacanya.(HR. Imam Muslim)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Imran ayat 134Yang
bermaksud,(Iaitu) orang yang menafkahkan (hartanya), di waktu
senang mahupun susah, dan orang yang menahan kemarahannya dan orang
yang memaafkan kesalahan orang. Allah menyukai orang yang berbuat
kebajikan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Berlindunglah kamu
sekalian kepada Allah S.W.T daripada beratnya cubaan dan dugaan,
tertimpa kesulitan, buruknya takdir, serta cemuhan daripada musuh.(
HR Imam Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Luqman ayat 17-18Yang
bermaksud,Wahai anakku! Dirikanlah solat dan suruhlah manusia
berbuat yang maruf dan cegahlah (mereka) daripada ynag mungkar dan
bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian
itu,termasuk perkara yang penting.Dan janganlah engkau memalingkan
wajah daripada manusia (kerana sombong) dan berjalan di bumi dengan
angkuh sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan
membanggakan diri.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Doa seseorang tiu, akan
selalu dikabulkan selama ia tidak terburu-buru, di mana ia
mengucapkan Saya telah berdoa kepada tuhan, tetapi Tuhan tidak
memperkenankan doa saya.( HR. Imam Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Sajadah: ayat 7-9Yang
bermaksud,Yang memperindahkan segala sesuatu yang Dia ciptakan dan
yang memulakan penciptaan manusia daripada tanah. Kemudian Dia
menjadikan keturunan daripada seripati air yang hina(air mani).
Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan)Nya ke
dalam (tubuh)nya dan Dia menjadikan pndengaran, penglihatan dan
hati bagimu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Perumpamaan orang yang
berzikir (ingat) kepada Tuhannya dengan orang yang tidak berzikir
(tidak ingat) kepada Tuhannya adalah bagaikan perumpamaan orang
yang hidup dengan orang yang mati.( HR. Imam Bukhari )
Firman Allah S.W.T dalam surah Luqman ayat 12Yang bermaksud,Dan
sesungguhnya, Kami telah hikmah kebijaksanaan kepada Luqman, iaitu:
Bersyukurlah kepada Allah , maka sesungguhnya dia bersyukur untuk
diri sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur (kufur), maka
sesungguhnya Allah Maha Kaya, Lagi Maha Terpuji
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Saidatina
Aisyah r.a berkata :Rasulullah S.A.W selalu berzikir kepada Allah
S.W.T pada setiap saat( HR. Imam Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Faathir : ayat 5Yang
bermaksud,Wahai manusia! Sesungguhnya janji Allah itu benar, maka
janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah
(syaitan) yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa yang
membacakan satu kali selawat untukku maka Allah akan menurunkan
sepuluh rahmat kepadanya. ( HR. Imam Muslim)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahzab ayat 54Yang
bermaksud,Jika kamu menyatakan sesuatu atau menyembunyikan, maka
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa yang melihat
aku dalam mimpi, maka seakan-akan ia benar-benar melihat aku dalam
waktu jaga kerana syaitan tidak dapat menyerupai aku.(HR. Imam
Bukhari & Muslim)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Shaffat : ayat 104-109Yang
bermaksud,Lalu Kami panggil dia Wahai Ibrahim! Sesungguhnya engkau
telah membenarkan mimpi itu demikianlah Kami memberi balasan kepada
orang yang berbuat baik.Sesungguhnya ini benar-benar satu ujian
yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang
besar. Dan Kami abadikan untuk Ibrahim a.s (pujian) dikalangan
orang yang datang kemudian. Selamat sejahtera bagi Ibrahim a.s
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Janganlah sekali-kali
salah seorang di antara kamu sekalian bersepi-sepian dengan seorang
perempuan kecuali dengan muhrimnya.( HR. Imam Bukhari & Muslim
)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Humazah : ayat 1-4Yang
bermaksud,Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela. Yang
mengumpulkan harta dan menghitung-hitungkannya. Dia (manusia)
mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya. Sekali-kali
tidak! Pasti dia akan dilemparkan ke dalam (neraka) Hutamah.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa yang
meninggalkan solat asas maka terputuslah amal kebaikannya.( HR.
Imam Bukhari )
Firman Allah S.W.T dalam surah Yassin : ayat 36Yang
bermaksud,Maha Suci Allah yang telah menciptakan semuanya
berpasang-pasangan, baik daripada apa yang ditumbuhkan oleh bumi
dan daripada diri mereka sendiri, mahupun daripada apa yang tidak
mereka ketahui.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Dunia ini merupaka
penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir.( HR. Imam
Muslim)
Firman Allah S.W.T dalam surah Az-Zumar: ayat 6Yang
bermaksud,Dia menciptakan kamu daripada diri yang satu (Adam)
kemudian daripadanya Dia jadikan pasangannya dan Dia
menurrunkanlapan pasang haiwan ternakan untukmu.Diamenjadikan kamu
dalam perut ibumu kejadin demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang
berbuat demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang memiliki
kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia, maka mengapa kamu dapat
dipalingkan?.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Mintalah petunjuk
daripada orang yang berakal, maka kamu akan memperolehi petunjukdan
janganlah kamu menyalahinya agar kamu tidak menyesal ( HR. Imam
Al-Khatib )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah : ayat 264Yang
bermaksud,Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menghilangkan
(pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti
(perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya
kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan
hari kemudian.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sesungguhnya Allah S.W.T
pemaaf yang mana Dia suka memaafkan ( HR. Imam Al-Hakim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah : ayat 172Yang
bermaksud,Wahai orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang
baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah,
jika benar-benar hanya kepadaNya kamu sembah.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa yang
mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama kami ini yang tidak ada
dasar daripadanya, maka itu tertolak.( HR. Imam Bukhari &
Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Shaffat : ayat 63-66Yang
bermaksud,Sesungguhnya Kami menjadikannya (Pohon Zaqqum) sebagai
azab bagi orang zalim.Sesungguhnya itu adalah pohon yang keluar
dari dasar neraka Jahim. Maka sesungguhnya mereka benar-benar
memakan sebahagian daripadanya (buah pohon itu) dan mereka memenuhi
perutnya dengan buah (Zaqqum).
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sesiapa yang memaafkan
orang yang mahu membunuhnya, nescaya ia akan masuk syurga.( HR.
Imam Ibnu Mandih )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Nisa : ayat 40Yang
bermaksud,Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi seseorang
walaupun sebesar zarah dan jika ada kebaikan (walaupun sekecil
zarah), nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan
pahala yang besar dari sisiNya.Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud :Sesiapa yang memaafkan daripada membunuh balas, ia tidak
akan mendapat pahala melainkan syurga.( HR. Imam Al-Khatib )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anfal: ayat 21Yang
bermaksud,Dan janganlah kamu menjadi seperti orang (munafik) yang
berkata: Kami mendengar, padahal mereka tidak mendengar.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Apabila seseorang telah
berkata kepada orang lain, kemudian menoleh maka pembicaraannya itu
adalah amanat.(HR. Imam Abu Daud )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Araf : ayat 25Yang
bermaksud,Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati dan dari
bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sesiapa yang memaafkan
ketika ia berkuasa membalasnya, nescaya Allah memaafkannya pada
Hari Kiamat.( HR. Tabrani )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Maaidah : ayat 9Yang
bermaksud,Allah telah menjanjikan kepada orang yang beriman dan
beramal soleh, (bahawa) untuk mereka keampunan dan pahala yang
besar.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Percayakanlah agamamu,
amanahmu dan segala hasil pekerjaanmu kepada Allah. ( HR. Imam
Tirmizi )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah : ayat 208 - 209Yang
bermaksud,Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam
secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah
syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nhyata bagi kamu.
Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang
kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahawasanya Allah
Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Orang yang beriman,
dengan budi pekerti yang baik akan dapat mencapai martabat setaraf
dengan orang yang tekun bersembahyang di malam hari dan berpuasa di
siang hari.( HR. Imam Abu Daud )Firman Allah S.W.T dalam surah Taha
: ayat 132Yang bermaksud,Dan perintahkanlah kepada keluargamu
mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami
tidak meminta rezeki kepada kamu, Kamilah yang memberi rezeki
kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang
bertaqwa.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Doa orang mazlum
(teraniaya) terkabul. Jika ia orang derhaka, dosa kederhakaan
dipukul olehnya sendiri.( HR. Imam Ahmad )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah : ayat 207Yang
bermaksud,Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya
kerana mencari keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada
hamba-hambaNya.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sabar itu sebahagian
daripada iman dan yakin memenuhi iman kesemuanya.(HR. Imam Abu Naim
)
Firman Allah S.W.T dalam surah Yunus : ayat 6Yang
bermaksud,Sesungguhnya, pada pertukaran malam dan siang itu dan
pada apa yang diciptakan Allah di langit dan bumi, benar-benar
terdapat tanda-tanda (kekuasaaNya) bagi orang yang bertaqwa.
Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah
s.a.w bersabda :Apabila lalat jatuh ke dalam minuman slah seorang
di antara kamu, maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah.
Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap
yang lain, terdapat ubat atau penawar. ( HR. Imam Al-Bukhari )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Taubah : ayat 119Yang
bermaksud,Wahai orang yang beriman! Bertaqwa kepada Allah dan
hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Wahai kaum wanita! ,
bersedekahlah dan perbanyakkanlah beristigfar kerana aku melihat
kalian adalah kaum yang paling banyak menghuni neraka. ( HR. Imam
Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Imran : ayat 169Yang
bermaksud,Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang gugur di
jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu sebenarnya hidup di sisi
Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.
Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a Rasulullah s.a.w
bersabda :Baginda telah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai
perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki. ( HR.
Imam Al-Bukhari )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Zumar : ayat 22Yang
bermaksud,Maka apakah orang yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk
(menerima) agama Islam itu dia mendapat cahaya daripada Tuhannya
(sama dengan orang yang hatinya membatu)? Maka celakalah mereka
yang hatinya telah membatu untuk mengingati Allah. Mereka itu dalam
kesesatan yang nyata.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Apabila seorang wanita
menjaga solat lima waktu, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga
maruahnya dan taat pada suami, maka ketika di akhirat dikatakan
kepadanya : Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana-manapun
yang engkau suka ( HR. Ibnu Hibban )
Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat : ayat 18-20Yang
bermaksud,Dan Kami selamatkan orang yang beriman keranamereka
adalah orang yang bertaqwa.Dan ingatlah pada hari (ketika)
musuh-musuh Allah diiring ke neraka, lalu mereka dipisah-pisahkan.
Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan,
dan kulit mereka menjadisaksiterhadap apa yang telah mereka
lakukan.
Hadis yang diriwayatkan daripada Saidina Ali r.a Rasulullah
s.a.w bersabda :Wahai Ali!, ada tiga perkara yang jangan kamu
tunda-tunda perlaksanaannya, iaitu solat apabila tiba waktunya,
kedua jenazah apabila sudah siap penguburannya dan ketiga wanita
bila bertemu dengan lelaki sepadan yang datang meminangnya. ( HR.
Imam Ahmad )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Taubah : ayat 116Yang
bermaksud,Sesungguhnya kepunyaan Allah lah kerajaan langit dan
bumi. Dia menghidupkan dan mematikan. Dan sekali-kali tidak ada
pelindung dan penolong bagimu selain Allah.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Anak Adam (manusia)
menjadi dewasa bersamaan dengan matangnya dua sifat yang ada pada
dirinya, iaitu tamak dan harapan yang tiada habis-habisnya ( HR.
Imam Bukhari )
Firman Allah S.W.T dalam surah Yunus : ayat 106Yang
bermaksud,Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi
manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah
kerana jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya
kamu termasuk di kalangan orang yang zalim.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Berkatnya makanan
terletak pada wudhuk sebelum dan sesudah makan. ( HR. Imam Abu Daud
)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Israa : ayat 78Yang
bermaksud,Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai
galap malam dan ( dirikanlah pula solat ) subuh.Sesungguhnya solat
subuh itu disaksikan (oleh malaikat).
Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a Rasulullah s.a.w
bersabda :Jangan sekali-kali kalian beriri hati kerana iri hati
menghapuskan kebajikan seperti api menghapuskan kayu bakar.( HR.
Imam Abu Daud )
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Qashash : ayat 83Yang
bermaksud,Negeri akhirat (kebahagiaan dan kenikmatan) itu, kami
jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan
berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudaahan (yang baik) itu
adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Dunia itu perhiasan dan
sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah.( HR. Imam
Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Luqman : ayat 33Yang
bermaksud,Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhamu dantakutilah
suatu hariyang (pada hari itu) seorang bapa tidak dapat menolong
anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapanya
sedikitpu. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah
sekali-kali kehidupan duniamemperdayakan kam,dan jangan (pula)
penipu (syaitan) memperdayakan kamudalam (mentaati) Allah.
Hadis yang diriwayatkan daripada Amru bin Umayyah r.a katanya
:Beliau melihat Rasulullah s.a.w menghiris daging paha kambing lalu
memakannya, kemudian mendirikan sembahyang tanpa berwudhu.( HR.
Imam Bukhari & Muslim )
Firman Allah S.W.T dalam surah Faathir : ayat 3Yang
bermaksud,Wahai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu.
Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada
kamu dari langit dan bumi?Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah)
selain Dia; maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)?
Daripada Al-Aghar bin Yasar al-Muzany r.a.., Rasulullah S.A.W
bersabda yang bermaksud:Wahai sekalian manusi, bertaubatlah kamu
sekalian kepadaAllah dan mohonla ampun kepada-Nyakerana
sesungguhnya aku bertaubat 100 kali setiap hari( HR. Imam Muslim
)
Allah S.W.T berfirman di dalam surah Faathir : ayat 10Yang
bermaksud,Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah
lah kemuliaan itu semuanya, Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan
yang baik dan amal soleh dinaikkan-Nya. Dan orang-orang yang
merancang kejahatan bagi mereka azab yang keras, dan rancangan
mereka akan hancur.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :Barangsiapa yang
mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia
membenarkan apa yang bomoh itu katakana, maka tidak diterima
solatnya selama empat puluh hari( HR. Imam Muslim )Sabda Rasulullah
S.A.W yang bermaksud :Seorang suami peminpin untuk keluarganya. Dia
akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang ibu pemimpin dalam
rumah tangga suami dan anak-anaknya. Dia akan ditanya tentang
kepimpinannya( HR. Imam Muslim )
Daripada Ibnu Masud r.a..,Rasulullah S.A.W bersabda yang
bermaksud:Tidak digalakkan adanyaperasaan iri hati melainkan kepada
dua keadaan; iaitu keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda
serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu
pada perkara kebajikan yang sebenar-benarnya dan keadaan orang yang
dikurniakan Allah ilmu pengetahuan agama, lalu ia beramal dengannya
dan mengajarkannya.( HR. Imam Al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi
)
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :Tidak harus bagi orang
Muslim menghendap ke lubang sebuah rumah sehingga dia meminta izin.
Jika dia telah melihat beerti dia telah masuk( HR. Imam Al-Bukhari
)
Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah
s.a.w bersabda :Yang bermaksud,Seseorang yang hendak berzina, tidak
akan melakukan zina semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan
seseorang yang hendak meminum arak, tidak akan meminum arak itu
semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang melakukan
perbuatan itu semasa ia berkadaan sempurna imannya dan seseorang
yang melakukan rompakan yang lazimnya menjadkan orang yang
dirompakitu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa
ia berkeadaan semourna imannya.( HR. Imam Al-Bukhari dan Muslim
)
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang melihat
dalamkalangan kamu kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya
dengan tangannya (kuasanya). Sesiapa yang tidak mampu maka
hendaklah mencegahnya dengan lidahnya. Siapa yang tidak mampu maka
hendaklah dia mencegahnya dengan hatinya. Yang demikian itu adalah
selemah-lemah iman.( HR. Imam Al-Bukhari dan Muslim )
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :Hati-hatilah kalian
dengan prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah percakapan yang
paling bohong.( HR. Imam Al-Bukhari )
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :Sebaik-baik senjata
orang mukmin ialah bersabar dan berdoa.( HR. Imam Al-Dailami )