Dasar Pandang Ke Timur (DPT) telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana
Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 8
Februari 1982. DPT merupakan satu dasar untuk mencontohi
negara-negara Timur yang telah membangun dengan pesat seperti
negara Jepun dan Korea Selatan. Dasar ini menekankan tentang
pentingnya unsur-unsur ketekunan dan disiplin dalam kerja, perasaan
taat setia pada negara, semangat kumpulan, keinginan menambah daya
pengeluaran negara, meningkatkan kecekapan, mengurangkan pembaziran
dan merapatkan hubungan di antara golongan majikan dan pekerja.
Strategi dasar ini adalah ditujukan kepada pembentukan sumber
tenaga manusia menerusi penerapan nilai-nilai dan etika kerja yang
terdapat di Jepun dan Korea Selatan dengan cara-cara bagaimana
untuk meninggikan daya pengeluaran dan mutu kerja, mempertingkatkan
pengetahuan dan kemahiran teknologi, membangunkan masyarakat
Malaysia yang tekun, rajin, berdisiplin dan bekerja mengikut
nilai-nilai dan etika kerja yang baik. DPT telah dilaksanakan
melalui program-program penghantaran pegawai-pegawai awam dan
swasta serta pelajar-pelajar ke negara Jepun dan Korea Selatan
untuk mengikuti latihan sama ada dalam bentuk akademik di
institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) atau on-job training di
syarikat-syarikat dan institusi awam di dua negara berkenaan.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Unit Dasar Pandang Ke
Timur, Bahagian Pembangunan Modal Insan telah dipertanggungjawabkan
untuk mengatur, menyusun dan menjalankan program-program selaras
dengan matlamat DPT.
LATAR BELAKANGPada tahun 1980an, kerajaan Malaysia berhasrat
menukarkan Malaysia dari negara pertanian kepada negara
perindustian moden. Oleh itu, pergantungan sumber kewangan dari
Bank Dunia telah tercetusnya projek-projek seperti FELDA, MADA, dan
KADA. Kerajaan Malaysia pada waktu tersebut berhasrat menukarkan
visi kepada sebuah negara yang membangun dari segi ekonomi dalam
perindustiran moden. Oleh itu, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad telah
melihat negara sebelah timur seperti Jepun, Korea dan Taiwan
sebagai contoh yang boleh diambil untuk mempelajari teknologi,
budaya, ekonomi dan diplomatik sesama mereka.Hubungan perdagangan
di antara negara tersebut telah terjalin sejak 1960an lagi dengan
menyediakan bahan mentah untuk dieksport ke Jepun.Semasa perang
dunia kedua (1942-1945) hubungan dengan Jepun telah terputus akibat
peperangan ini. Hubungan diplomatik telah dipulihkan pada tahun
1960an setelah peningkatan ekonomiglobar. Melalui dasar Pandangan
Ke Timur ini setelah dicetuskan oleh Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad
ini merupakan salah satu era yang baru dalam hala tuju Malaysia
sebagai sebuah negara maju dan berteknologi tinggi seperti negara
tersebut.DPT dianggap menjadi asas kepada pembentukan dua strategi
utama berikutnya). iaitu DASAR PENGSWASTAAN dan DASAR
PENGKORPORATAN yang selepas itu akan menjadi ideologi utama
pemerintah dalam konteks ekonomi. Ringkasnya, DPT adalah salah satu
unsur integral dalam pelan pembangunan negara pada ketika itu.
Dalam artikel ringkas ini, saya akan melakukan previeu keatas DPT
dengan memfokuskan kepada impak pembangunan ekonomi Malaysia
berasaskan salah satu model yang cuba diambilpakai oleh dasar ini
iaitu model pembangunan ekonomi JepunDalam dasar Pandangan Ke Timur
Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri pada masa
tersebut mempunyai pelbagai matlamat yang hendak dicapai melalui
dasar ini.Matlamat ini amat penting bagi kerajaan Malaysia
memperbaiki sosial ekonomi pada masa tersebut. Ini menunjukan
Kerajaan Malaysia pada tahun 1982 amat serius untuk memajukan
negara melalui dasar Pandangan Ke Timur.Matlatamat utama yang
hendak diserapkan adalah mengambil contoh nilai-nilai baik dari
negara Jepun, di samping itu memelihara nilai-nilai ketimuran
kebanyakan masyarakat Jepun mempunyai sikap yang positif dalam
nilai-nilai yang baik seperti rajin, tekun, gigih serta kuat
berkerja untuk kepentingan negara mereka. Amalan ini secara tidak
langsung jika diterapkan ke dalan penjawat awam atau masyarakat
Malaysia secara tidak langsung akan memberi impak yang positif dari
segi ekonomi dan juga sahsiah masyarakat dalam membangunkan negara
ini. Selain itu juga, nilai-nilai baik yang diterapkan melalui adat
ketimuran ini juga disebabkan keruntuhan moral di barat dari segi
moral, ini menyebabkan dasar Pandang Ke Timur ini di rangka untuk
dilaksanakan sebagai salah satu dasar di Malaysia.Dasar Pandang Ke
Timur juga menghapuskan pemikiran rakyat Malaysia pada masa
tersebut memandang tinggi kepada dunia Barat.Rakyat Malaysia pada
masa tersebut rasa rendah diri kerana dunia barat lebih maju dari
segi ekonomi,pendidikan dan pengusaan teknologi. Ini menyebabkan
rakyat Malaysia mempunyai pemikiran bahasa mereka masih di bawah
penguasaan Barat walaupun sudah Merdeka atau bebas dari penjajah.
Ini secara tidak langsung dasar ini dirangka untuk mengambil contoh
negara di timur yang mempunyai potensi yang amat besar dalam
membangun negara mereka setaraf dengan barat. Negara Jepun adalah
salah satu contoh yang ditunjukan kepada rakyat Malaysia melalui
dasar Pandang Ke Timur dalam membangkitkan semangat bahawa Malaysia
juga boleh berdiri bersama negara gergasi seperti Jepun. Dasar ini
juga secara tidak langsung akan mengurangkan pergantungan terhadap
negara barat dari segi semua aspek seperti teknologi, pendidikan
serta pergantungan ekonomi negara.Melalui Dasar Pandangan Ke Timur
juga secara tidak langsung mempercepatkan mencapai matlamat Dasar
Ekonomi Baru (DEB) yang telah di lancarkan pada 1971 oleh Tun Abdul
Razak Dato Hussen. Melalui perpindahan teknologi, pendidikan serta
ekonomi dari Timur akan membantu negara membasmi kemiskinan
penduduk Malaysia disebabkan kemajuan ekonomi yang dicapai melalui
dasar ini. Melalui pertumbuhan ekonomi ini juga secara tidak
langsung akan memberi kesan kurangnya jurang kemiskinan antara
penduduk disebabkan faktor peluang perkerjaan kepada penduduk.
Contohnya Syarika Honda, Pasaraya Yawata, Syarika Toshiba adalah
salah satu pelabur telah memberi peluang perkerjaan kepada penduduk
tempatan.KUNJUNGI KE KOREAMelalui lawatan kerja oleh Datuk Sri Dr
Mahahathir Mohamad ke Jepun pada 23 hingga 29 Januari 1983, dan 8
hingga 14 Ogos di Korea Selatan, Kerajaan Malaysia telah
menggariskan beberapa strategi pelaksanannya mewujudkan kerjasama
diantara negara timur dalam bidang ekonomi, perindustiran,
latihan-latihan teknikal, akedemik, program kemajuan eksekutif,
penyelidikan dan pengurusan dalam pentadbiran.Oleh itu kerajaan
merangka program-program seperti perubahan struktur, perubahan
sikap serta latihan dan kursus bagi menjayakan dasar pandang ke
timur ini.Dalam perubahan struktur yang hendak diubah dalam
struktur pentadbiran ini, kerajaan Malaysia mengariskan beberapa
pembaharuan yang akan diadakan seperti kad perakam waktu kerja
(punch card), kad perakam waktu kerja ini diperkenalkan bertujuan
untuk mengesan kakitangan kerajaan ponteng kerja atau pulang awal
sebelum masa yang ditetapkan. Penggunaan tanda nama (name tag)
bertujuan adalah pengenalan diri sesorang penjawat awam bagi
sesuatu aduan yang hendak dibuat atau memudahkan orang awam
berurusan dengan seseorang pegawai kerajaan bagi memudahkan urusan.
Penubuhan pasukan meningkat mutu kerja (QCC) ditubuhkan adalah bagi
mengalakan pegawai kerajaan selalu mengadakan mesyuarat bagi
menukar pendapat, mencari buah fikiran dan sebagainya bertujuan
kepentingan sesuatu jabatan. Konsep pejabat terbuka diperkenalkan
bertujuan untuk memisahkan jurang antara pegawai dengan kakitangan
bawahan, Perkhidmatan kaunter atau perkhidmatan pembayaran bil
setempat diperkenalkan adalah bertujuan memudahkan rakyat setempat.
Bagi fail meja dan manual prosedur kerja di jabatan-jabatan
kerajaan diperkenalkan kepada penjawatan awam untuk memberi panduan
kerja yang perlu diambil tindakan atau proses-proses yang perlu
dibuat dalam kerja yang dilakukan.Bagi langkah kedua adalah melalui
perubahan sikap diperkenalkan. Program ini rangka seperti melalui
perkhidmatan cemerlang, perkhidmatan cemerlang ini akan dinilai
oleh ketua jabatan dan diberi ganjaran melalui pengiktirafan sijil
dan wang tunai bagi meningkatkan motivasi perkerja. Konsep bersih,
cekap, dan amanah (BCA) diperkenalkan kepada jabatan-jabatan
kerajaan bagi meningkatkan sikap positif dikalangan penjawat awam
dalam perkerjaan di buat. Kepimpinan melalui taladan diperkenalkan
kepada sektor awam bertujuan kepada perkerja bawahan mengambil
contoh pegawai-pegawai yang mempunyai displin, pretasi dan gigih
dalam pekerjaan turut diperkenalkan.Bagi langkah tiga adalah
melalui latihan dan kursus diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.
Kursus ini dibuat usahasama dengan kerajaan Jepun dan Korea
Selatan. Melalui kursus-kursus ini secara tidak langsung akan
melibatkan pertukaran teknologi serta kepakaran dari negara timur
tersebut. Latihan perindustrian dan teknikal adalah salah satu cara
kerajaan Malaysia memperkenalkan program ini. Melalui program ini
kerajaan telah membina institusi Malaysia Jepun (MAJU) di Selangor.
Bagi program pengajian akademik, bertujuan diperkenalkan adalah
untuk memberi peluang kepada pelajar Malaysia menimba ilmu sains
dan teknikal di Jepun dan Korea Selatan. Program pengajian teknikal
memberi peluang kepada pelajar lepasan SPMV dan Politeknik
melanjutkan pelajaran bahagian teknikal. Bagi kursus kemajuan
eksekutif ditawarkan latihan kepada peringkat eksekutif dalam
kaedah pengurusan dan pentabiran, mereka akan ditempatkan di
firma-firma Jepun dan Korea untuk mendalami pengurusan negara itu.
Melalui usaha sama melalui institusi-institusi juga adalah salah
satu strategi dalam Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan Malaysia akan
menyediakan permohonan-pemohonan kepada pelajar Malaysia untuk
melanjutkan pelajaran di negara Jepun. Contohnya usahasama antara
kerajaan Malaysia dengan Universiti Tokai dan Universiti Kyoto di
Jepun. Program terkahir ditawarkan kepada pelajar-pelajar adalah
skim latihan pembangunan usahasama, program ini di bawah Jabatan
Perdana Menteri (JPM) memberi peluang kepada usahawan bumiputra
untuk meluaskan perniagaan ke negara timur ini, perniagaan ini
dibuat berdasarkan business contact diantara rakan perniagan
kedua-dua buah negara.SAMBUTAN
Bersempena sambutan 30 tahun Dasar Pandang ke Timur (DPT 30),
pihak Universiti Malaya, dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia (JPA), Persatuan Alumni Dasar Pandang ke Timur (ALEPS),
Kedutaan Jepun, Kedutaan Korea (cadangan), Universiti Teknologi
MARA (UiTM), Universiti Selangor (UNISEL), Institut Bahasa TEIKYO,
Japan Foundation Kuala Lumpur dan Koperasi Alumni Asuhan Jepun
(KOOPAAJ) telah menubuhkan satu jawatankuasa penganjuran Bengkel
dan Seminar DPT 30.
Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya telah diberi penghormatan
untuk menjadi penganjur utama acara Bengkel dan Seminar tersebut.
Acara ini diharapkan dapat memberi ruang kepada pelbagai pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Dasar Pandang ke
Timur untuk berkumpul, bertemu, bertukar pendapat serta menjalinkan
kerjasama.
Penggunaan DPTPemerintah era Mahathir telah merangka satu dasar
unik yang bertujuan untuk merangsang serta melincahkan pembangunan
ekonomi negara yang nampaknya agak lembab pada akhir tahun 1970an.
Tindakan ini bersifat incermentalism lantaran ia adalah pengukuhan
kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang matlamatnya masih gagal
dicapai. Ini mungkin kerana pemerintah (pada ketika itu) tidak
mempunyai dana, cukup masa ataupun tenaga untuk menyemak dan
menganalisis semula dasar yang ada (Ahmad Atory Hussain, 1992).Dari
perspektif pentadbiran, DPT adalah suatu strategi pembangunan
ekonomi yang mempunyai matlamat jangka panjang yang positif (Loc
cit.,).dan dengan ini Malaysia dijangka boleh berjaya didalam
bidang ekonomi dan seterusnya membangunkan negara. Dalam konteks
ini, Dr Mahathir menjelaskan:"Amalan terlalu bergantung kepada
barat hendaklah diperseimbangkan dengan tumpuan ke timur pula.
Ertinya bukan putus hubungan sama sekali dengan barat atau
bergantung sepenuhnya pada Jepun." (Takeo Arita, Dewan Masyarakat,
5 Jan 1983)
JEPUN SEBAGAI MODEL PEMBANGUNAN EKONOMIIni amat menarik.
Benarkah Jepun cukup ideal untuk dijadikan model pembangunan
ekonomi bagi Malaysia? Jepun memiliki pengalaman pembangunan yang
unik.Keadaan ini telah mengizinkan Jepun menumpukan sejumlah besar
belanjawan negara kearah memperkembang dan mempertingkatkan
penyelidikan saintifik, inovasi teknologi dan pengembangan sektor
pengkorporatannya. Menurut Chandra (1989), "its comparatively low
military spending have all contributed to its illustrious economic
boom." Dalam konteks ini, kejayaan sogososha-sogososha Jepun telah
mempersonakan pemimpin-pemimpin Malaysia untuk menirunya tanpa
mengambil-kira faktor atau suasana perniagaan tempatan (Jomo, 1989)
walhal peranan sogososha dalam menguruskan segala aspek perniagaan
Jepun tidak dipisahkan dari aspek lain seperti kewangan dan
industri. Ini tidak terjadi di Malaysia.Jepun juga telah dijadikan
pusat sumber rujukan ilmu sains dan teknologi. Menurut Ahmad Atory
Hussain (1992) para pelajar Malaysia telah dihantar ke
universiti-universiti di Jepun untuk mempelajari pelbagai bidang
profesional. Para belia kita juga telah dihantar ke beberapa buah
kilang perindustrian disana untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran
teknologi perindustrian.Di bidang pengurusan awam, pegawai-pegawai
kerajaan juga dihantar kesana untuk meninjau serta menimba
pengetahuan tentang pengurusan pentadbiran ekonomi (Ibid.,). Ini
dilaksanakan dengan harapan agar negara dapat mencontohi Jepun
dipelbagai bidang pembangunan. Jepun juga akan menjadi pusat
rujukan bagi Malaysia mendapatkan nasihat, pengetahuan dan wang
untuk membolehkan kita mencipta suatu masyarakat pekerja yang
berdisplin, berdikari dan taat setia kepada tugas dan tanggungjawab
(A.F.Yasin, 1982).
DPT SEBAGAI SUATU ISU PERBAHASANSewaktu DPT diumumkan, ia telah
memeranjatkan banyak negara (Ibid.,) kerana dasar ini dianggap satu
perubahan kepada dasar luar Malaysia supaya jangan terlalu merujuk
kepada barat. Barat tidak lagi dianggap sebagai model bagi
pembangunan negara. Ini diburukkan lagi dengan konfliks pendapat
antara Malaysia dengan beberapa negara Barat khususnya Britain
dalam isu imbangan pembayaran (Ibid.,) serta sikap barat yang
sangat kedekut terhadap teknologi mereka. Sementara itu Jepun telah
muncul sebagai kuasa ekonomi yang terkuat di rantau sebelah timur.
Persoalannya, sejauhmanakah Jepun sanggup menggantikan barat serta
memberi sokongan padu kearah kita merealisasikan aspirasi DPT?Dan,
sejauhmanakah pula kita telah memahami sejarah serta pengalaman
pembangunan Jepun? Adakah ia sesuai untuk diaplikasikan di
Malaysia? Dalam meninjau isu ini, Wendy A. Smith (dalam A.F.Yasin,
1982) telah memberi komen:"Apa yang digembar-gemburkan orang
mengenai kejayaan Jepun itu adalah indah kabar daripada rupa
sahaja. Dengan mempersoalkan, apakah benar masyarakat pekerja di
Jepun memberikan kesetiaan dan dedikasi kepada perusahaan dan
majikannya atas kesedaran nasionalisme yang kuat?"Jepun pula pernah
membayangkan ketidakyakinannya untuk membantu negara memenuhi
cita-cita DPT sebagaimana yang diakui oleh dutanya Takeo Arita
(dalam Dewan Masyarakat, 1983):"Jepun sebenarnya masih belum
mempunyai pengetahuan mengajar negara lain. Itulah sebabnya kami
beringat-ingat dan berjaga-jaga kerana kami sentiasa memikirkan
sekiranya kami gagal untuk membantu menjayakan DPT ini, apakah
nanti akibatnya?"Ini bercanggah dengan idea awal DPT iaitu Jepun
sebagai sumber perolehan teknologi, pelaburan serta pelancaran
sogososha di negara ini. Menurut Jomo (1989), ia diburukkan lagi
oleh perilaku syarikat-syarikat Jepun yang terus menimbulkan
kegelisahan dikalangan rakyat ASEAN umumnya dan Malaysia
khususnya.
Selain itu, korporat-korporat serta perusahaan-perusahaan Jepun
sudah terkenal sebagai syarikat-syarikat yang paling kedekut dari
segi pemindahan teknologi (Jomo, 1989). Soalnya, apakah kita mahu
teknologi-teknologi usang mereka atau teknologi-teknologi yang
mencemarkan alam sekitar dipindahkan ke Malaysia? Atau, kita mahu
kilang-kilang di negara ini diterajui sepenuhnya oleh teknologi
digital dan robotik tercanggih (high end technologies) hinggakan
khidmat operator-operator pengeluaran sudah tidak diperlukan
lagi.
Implikasi DPTHubungan erat dengan Jepun adalah unsur utama DPT.
Tetapi prestasi perniagaan Jepun yang amat memberangsangkan di
negara ini (samaada secara langsung atau tidak) telah mengancam
sektor perindustrian serta pemburuhan tempatan. Menurut wendy Smith
(1983), sumbangan syarikat-syarikat Jepun kepada aspek sosial DPT
adalah tidak memuaskan. Terdapat banyak bukti bahawa
syarikat-syarikat Jepun tidak mempedulikan golongan buruh di
Malaysia (op cit.,).DPT juga telah menyebabkan cengkaman dagangan
Jepun di negara ini bertambah kukuh dan mengakibatkan aspirasi
sosioekonomi DPT terancam. Jepun tidak melaksanakan prinsip "
company welfarism" serta jaminan dan ciri pekerjaan seperti di
negara Jepun (Johan Saravanamuttu dalam Jomo, 1989). Lantas impian
yang diidam-idamkan oleh kerajaan seperti kebajikan syarikat,
jaminan pekerjaan sepanjang hayat, kemudahan-kemudahan seperti
pencen, perubatan dan persekolahan bagi kanak-kanak tidak akan
dilaksanakan oleh syarikat-syarikat Jepun di Malaysia
(Ibid.,).Menurut Johan, kajian juga membuktikan bahawa
syarikat-syarikat Jepun yang beroperasi dinegara ini mirip kepada
sistem pengurusan dari pusat. Dalam ertikata lain,
syarikat-syarikat Jepun dikawal rapi oleh pihak pengurusan atasan
termasuk majikan-majikan di Jepun sendiri. Penyertaan
eksekutif-eksekutif tempatan adalah kurang memuaskan (Ibid.,).
Harapan bahawa syarikat-syarikat Jepun akan membentuk kerajinan dan
kesetiaan dikalangan pekerja-pekerja tempatan merupakan suatu
ilusi. Layanan mereka lebih dipengaruhi oleh keadaan tempatan dan
tidak boleh diharapkan untuk mengujudkan suasana kerja yang
terdapat di Jepun.Selain dari itu, peniruan sogososha ala Jepun
secara tergesa-gesa hanya sekadar merugikan negara. Menurut Jomo
(1989), sogososha-sogososha Malaysia masih belum beruntung sejak
cadangan sogososha diutarakan dinegara ini. Masa hadapan
sogososha-sogososha Malaysia adalah muram.Kajian juga telah
membuktikan bahawa syarikat-syarikat Jepun tidak melaksanakan usaha
mendalam dan menyeluruh untuk menyokong inspirasi DPT seperti
pemindahan teknologi dan latihan untuk usahawan tempatan (Jomo,
1989). Dalam hal ini, latihan dan pemindahan teknologi yang berlaku
adalah sekadar pada tahap yang boleh memaksimumkan keuntungan
mereka semata-mata.DPT telah mengakibatkan haluan pembangunan
negara banyak ditentukan oleh para kapitalis Jepun. Menurut Jomo,
syarikat-syarikat serta pemerintah Jepun (melalui dasar dan bantuan
pinjaman) terus menghindarkan Malaysia dari usaha-usaha pembangunan
berdikari. Selain itu, DPT juga telah mendorong penyerapan ekonomi
ala Jepun kerana pelaburan Jepun adalah suatu ciri penting dasar
tersebut (Ibid.,). Padahnya, penyerapan demikian akan dan telah
memesongkan perindustrian Malaysia ke arah yang lebih menguntungkan
Jepun dan mengakibatkan imperialisme Jepun keatas ekonomi
Malaysia.
Kritikan terhadap Dasar Pandangan Ke TimurTidak dapat dinafikan
bahawa pelaburan Jepun akan membawa faedah tertentu kepada Malaysia
(Johan dalam Jomo, 1989) tetapi haruskah faedah yang begitu
terbatas untuk Malaysia menjadi landasan kepada Jepun menjadi
"penaung" ekonomi Malaysia? Dalam bahasa mudah, haruskah kita
membiarkan Jepun menjajah ekonomi negara ini?DPT juga telah
memperlihatkan bahawa demokrasi langsung (direct democracy) telah
tidak diamalkan dalam konteks masyarakat moden (Ahmad Atory
Hussain, 1992) dan kita terpaksa berpuashati dengan keadaan yang
amat tidak demokratik ini. Sebagai seorang Perdana Menteri, Dr
Mahathir telah memonopoli pembuatan dasar pembangunan negara
sekaligus dasar luar Malaysia tanpa cabaran dari golongan-golongan
lain (Ibid.,). Dalam ertikata lain, pembuatan DPT adalah terlalu
otoritatif sifatnya dan tidak pernah diperbahaskan dalam
Parlimen.DPT telah mendedahkan betapa kurangnya usaha-usaha untuk
merujuk kepada institusi-institusi formal dalam merumuskan sesuatu
dasar. Ia mencerminkan bagaimana dasar atau keputusan-keputusan
awam dibuat secara "ad hoc" (Jomo, 1989) dan tidak diformalisasikan
dengan betul dan mengikut prinsip-prinsip demokrasi yang
diwarwarkan oleh Perlembagaan. Walhal ini boleh mencetuskan
implikasi negatif kepada negara. Dalam konteks ini, DPT bukan lahir
dari legitimasi yang diberikan oleh Parlimen.Dalam premis
perbincangan ini, patutkah pandangan masyarakat awam (civil
society) diketepikan dan dianggap "apatheic" (menyerah nasib kepada
keadaan)? Wajarkah rakyat dipinggirkan, dianggap daif (naive),
tidak memperduli dan tidak berkemampuan unutk memahami selok-belok
membuat dasar atau keputusan awam? DPT telah membuktikan bagaimana
golongan elit yang kecil dapat menguasai dan memonopoli pembuatan
dasar-dasar negara (Ibid.,) walaupun ia merugikan masyarakat
Cabaran DPTDalam merealisasikan dasar ini, beberapa perkara
telah dikenalkan pasti sebagai cabaran yang akan dihadapi oleh
kerajaan Malaysia.Antaranya ialah, kehadiran syarikat-syarikat
besar dari negara barat yang melabur di negara ini.Kehadiran
syarikat syarikat besar dari barat ini sudah pastinya membawa
budaya kerja mereka untuk diterapkan dan diamalkan oleh
pekerja-pekerja tempatan.Contohnya seperti Philip Morris (M) Sdn
Bhd, Coca-Cola Company, dan lain-lain lagi.Budaya kerja dari barat
ini akan menyebabkan pertembungan budaya kerja antara timur dan
barat.Bagi menghadapi cabaran ini, pihak kerajaan Malaysia harus
memainkan peranan melalui Jabatan Sumber Manusia untuk meletakkan
syarat-syarat tertentu kepada pengurusan syarikat-syarikat besar
dari barat ini agar budaya kerja tempatan dikekalkan.Salah satu
cabaran lain ialah, penerimaan masyarakat dan penjawat-penjawat
awam dalam melaksanakan dasar ini. Budaya kerja masyarakat Jepun
dan Korea adalah berkaitan komitmen, disiplin dan
tanggungjawab.Inilah perkara yang amat rumit untuk kerajaan
Malaysia atasi.Latihan yang disediakan hanyalah bersifat latihan
kemahiran dan kepakaran.Sedangkan masyarakt Jepun dan Korea telah
menjadikan komitmen, disiplin dan tanggungjawab ini sebagai satu
budaya yang mesti dipertahankan.Kerajaan Malaysia melalui jabatan
tertentu harus melaksanakan pembudayaan kerja dari peringkat akar
umbi.Masyarakat Malaysia harus dididik dari peringkat persekolahan
untuk membudayakan kerajinan agar kita seiring dengan masyarakt
Jepun dan Korea yang dianggap rajin dan berani untuk bergerak maju
kehadapan.Selain itu, terdapat kritikan dari penganalisis ekonomi
seperti John Saravanamutu menyatakan bahawa melalui dasar pandang
ke timur ini lebih menguntungkan negara Jepun dan Korea sebaliknya
akan merugikan negara Malaysia sebagai negara membangun. Kritikan
ini dilemparkan atas dasar penjajahan ekonomi Jepun dan Korea
terhadap ekonomi Malaysia selepas perang dunia kedua, contohnya
dapat dilihat melalui pengeluaran kereta nasional, walaupun kereta
nasional keluaran Proton dibuat di Malaysia akan tetapi
kompenen-komponen barang dalaman terpaksa di import dari negara
Jepun. Secara tidak langsung Malaysia telah kerugian dari nilai
mata wang disebabkan kereta nasional ini tidak dapat menembusi
pasaran di Jepun.Menurut Dr. Jomo K Sundram dari Univerisiti Malaya
menyatakan dasar pandang ke timur ini juga tidak sesuai
dilaksanakan kerana Malaysia mempunyai masyarakat pelbagai kaum,
melalui pelbagai bangsa ini akan menyebabkan pelbagai rintangan dan
halangan untuk melaksanakan dasar pandang ke timur yang di catuskan
oleh Datuk Sri Dr Mahahathir Mohamad, perbandingan ini dibuat
kerana di negara Jepun adalah negara yang homogen yang mempunyai
satu bangsa sahaja. Ini secara tidak langsung Jepun dapat membina
negara lebih baik berbanding Malaysia yang mempunyai pelbagai
kaum.Walaupun terdapat pelbagai kritikan dan cabaran dalam dasar
pandang ke timur ini, melalui sektor awam terdapat kemajuan sedikit
sebanyak melalui dasar pandang ke timur ini. Contohnya penjawat
awam perlu datang ke pejabat sebelum pukul 8.00 pagi dan pulang
kerja seperti yang ditetapkan oleh pihak atasan. Sedikit sebanyak
fenomena waktu pekerja dapat diselaraskan dan mendisplinkan
penjawat awam semasa bertugas.
Implikasi DPTWalaupun DPT kini mungkin tinggal sebagai bahan
kajian para pengkaji dasar-dasar pembangunan pasca Mahathir, tetapi
perbincangan keatasnya adalah relevan dan wajar dilanjutkan. Ini
kerana dokumen-dokumen yang membabitkan dasar-dasar sosial yang
terdahulu (termasuk DPT) adalah merupakan sumber rujukan yang
penting bagi pembuat-pembuat dasar semasa serta kader-kader
(bakal-bakal) pembuat dasar di masa hadapan. Dalam ertikata lain,
dasar-dasar atau keputusan-keputusan awam yang lampau wajar
dijadikan asas kepada pembentukan dasar-dasar awam masakini dan
dimasa akan datang. Ini ialah untuk memastikan bahawa
kelemahan-kelemahan yang lampau tidak diulangi (apabila membuat
sesuatu dasar awam).Menyorot kembali DPT, pembangunan sosial
haruslah merupakan suatu proses yang holistik. Sebagai permulaan
atau penambahbaikan, liberalisasi ekonomi dan pendidikan hendaklah
dijadikan satu dasar ulung dalam membangunkan negara. Dalam hal
ini, liberalisasi ekonomi bermaksud pertumbuhan ekonomi berasaskan
eksport, dasar lebih berjimat, lebih berusaha dan berdaya saing. Ia
juga bermaksud sektor swasta tidak begitu bergantung pada
keuntungan-keuntungan palsu serta perlindungan yang mendatangkan
munafaat hanya kepada segelintir pengusaha tetapi merugikan
masyarakat pengguna dan pengusaha-pengusaha yang lain. Dalam pada
itu, amalan terlalu bergantung kepada pengimportan luaran
(contohnya bahan makanan seperti beras, susu, daging, gula dan
lain-lain) yang keterlaluan pada hari ini hendaklah direndahkan
seminimum mungkin jika tidak mampu dihentikan. Ekonomi agraria
(asas tani) hendaklah dirangsangkan kembaliDalam konteks yang sama,
pemerintah perlu menggubal dasar deregulasi dengan mengambilkira
kepentingan umum. Langkah Bank Negara yang menghapuskan peraturan
bagi Kadar Pinjaman Asas (Basic Landing Rate atau BLR) pada tahun
1996 contohnya merupakan salah satu langkah yang bijak dan
membantu. Tetapi jika sekadar ini sahaja, ia tidak memadai.
Pemerintah perlu juga mengkaji tentang penggubalan skim-skim
bantuan serta rangsangan yang holistik untuk industri-industri
kecil sederhana (IKS) lantaran IKS merupakan tunggak kepada
perindustrian luarbandar (rural industrialization).Alternatif DPTDi
samping itu, sektor industri perlu disokong oleh
prasarana-prasarana yang baik seperti tapak perindustrian yang
strategik, cukup bekalan tenaga, sistem pengangkutan yang rapi,
skim pembuangan bahan-bahan terkawal yang cekap, program pengawalan
alam sekitar yang mantap dan lain-lain. Selain itu, skim latihan
pengurusan, pekerja-pekerja mahir, khidmat perundingan pakar serta
modal untuk pelaburan perlu disediakan. Institut-institut
penyelidikan dan inovasi perlu diperluaskan bagi membantu
pengusaha-pengusaha mendapatkan khidmat kepakaran serta
melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam
meningkatkan daya pengeluaran serta jenis-jenis produk. Antara
rahsia-rahsia kejayaan Jepun ialah kemahirannya mengolah
hasil-hasil penyelidikan untuk dijadikan barangan-barangan yang
dapat dipasarkan (Mahathir, 1991).Sektor swasta mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam pembangunan ekonomi negara. Menurut
Mahathir, Malaysia tidaklah dapat mengharapkan sektor swasta
menjadi penggerak pertumbuhan sekiranya sektor itu tidak cekap dan
bermaya. Oleh itu kerajaan perlu merangka kod etika korporat yang
antara lain mewajibkan sektor swasta bekerja keras, dinamis,
kreatif, inovatif serta berdikari. Mereka perlu dirangsang untuk
menghasilkan produk-produk yang "bernilai-tambah" (value added)
supaya lebih berdaya saing dalam perdagangan antarabangsa. Bukan
sekadar mengharapkan dokongan pemerintah semata-mata!Selain itu,
pendidikan merupakan alat utama pembangunan sumbar manusia. Sikap
negatif terhadap kecemerlangan (excel) boleh membantutkan
pembangunan. Kerajaan perlu menggubal dasar yang mewajibkan sektor
awam dan swasta menggalakkkan kakitangan masing-masing
mempertingkatkan kemahiran, kompetensi, pengetahuan serta kemajuan
diri melalui konsep Pengurusan Berkualiti Menyeluruh (TQM) yang
matlamat utamanya ialah peningkatan kualiti output. Hari ini TQM
diberi berbagai gelaran. Gejala rasuah yang mulai menjadi-jadi
dipelbagai sektor dalam amalan pengurusan negara adalah
"counterproductive" kepada konsep tersebut.
Disamping itu, kursus-kursus kepakaran untuk semua kategori
kakitangan perlu dirancang mencakupi aspek pembangunan dan
pengstrukturan semula organisasi, sistem kewangan, perancangan,
tadbiran serta reformasi hal-ehwal organisasi. Ini demi memperkukuh
serta mempertajam pemikiran pengurusan atasan serta kakitangan
selain meningkatkan kecekapan bekerja. Ilmu yang diperlajari harus
merupakan integrasi bidang sains, teknologi, sosiologi dan
spiritual demi membentuk sikap yang profesional dan
beretika.Pergantungan kepada pelaburan serta teknologi Jepun (atau
mana-mana negara di timur atau di barat) hanya akan mengakibatkan
negara gagal untuk berdikari. Oleh itu pemerintah perlu merangka
dasar tabungan dalam negeri yang mantap serta memberi
rangsangan-rangsangan khas kepada pelabur-pelabur tempatan melalui
pakej "pioneer status" yang bijak. Pemindahan teknologi pula boleh
dicapai melalui program penghantaran staf atau pelajar-pelajar
terbaik tempatan ke institusi-institusi luar negara yang terpilih
dengan maksud membentuk mereka menjadi pakar-pakar teknologi dan
saintis. Mereka nantinya akan dilantik menjadi
instruktur-instruktur yang bakal memimpin penyelidikan serta
melatih saintis-saintis muda.Selain dari itu, Pemerintah hendaklah
lebih demokratik dengan menggalakkan rakyat berpartisipasi dalam
proses pembuatan dasar-dasar utama negara. Pandangan masyarakat
awam terutamanya golongan profesional hendaklah dihargai. Ini amat
penting lantaran setiap dasar awam yang tidak rasional atau tidak
mengambilkira aspirasi rakyat lazimnya cenderung kearah menindas
dan menzalimi rakyat.
KesimpulanTanggungjawab pemerintah ialah mengekalkan harapan
serta impian rakyat melalui pembangunan yang mapan, holistik dan
bersepadu (intergrated). Dalam proses ini, kuasa tidak sepatutnya
dijadikan alat (oleh pemerintah) untuk sewenang-wenangnya mencipta
pelbagai peraturan atau dasar lantaran ia mungkin bercanggah dengan
aspirasi rakyat. Sebagaimana dalam kes DPT (atau DEB, ISA dan
banyak lagi dasar-dasar lain), ia mengandungi banyak kelemahan dan
ketempangan walaupun secara luarannya dilihat sebagai ideal untuk
negara ini. Ternyata dasar tersebut telah gagal mencapai matlamat
yang direncanakan dan masih terus menjadi "suatu khayalan" Dr
Mahathir Mohamad.DPT tidak dapat disesuaikan dengan situasi negara
yang masih bergelut dengan kelembapan teknologi, kemahiran
perindustrian yang masih gerhana, jumlah tabungan dalam negeri yang
masih rendah serta krisis hutang negara yang terus genting. Sekadar
mengambil contoh terbaru, rizab antarabangsa Bank Negara setakat
pada 14 Februari 2011 (sumber: Bernama, 22 February 2011) ialah
RM338 bilion berbanding hutang negara yang mencecah RM362.39
(Ambrin Buang, 2010). Dalam satu kenyataan (dikeluarkan pada 22
Februari 2011), bank pusat itu berkata paras rizab ini hanya
memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertanggung dan membayar
4.3 kali hutang luar negara jangka pendek. (Nota: Rizab
antarabangsa ini terdiri daripada rizab mata wang asing (US$99
bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa IMF (US$600 juta),
Pengeluaran Khas (SDR) US$2.1 bilion, emas (US$1.6 bilion) dan
aset-aset rizab lain (US$6.3 bilion). Aset bank pusat termasuk
rizab antarabangsa hanya berjumlah RM407.706 bilion.)Negara juga
terus menghadapi dilema hutang negara yang semakin meningkat. Fakta
terbaru (oleh Ketua Odit Negara, Ambri Buang), hutang negara berada
pada paras tertinggi pada tahun 2010 iaitu sebanyak RM362.39 bilion
dan jumlah ini akan terus meningkat. Menurut pandangan seorang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala, Malaysia bakal
menanggung hutang berjumlah RM1 trillion sembilan tahun daripada
sekarang iaitu tahun 2019. Pada masa itu, Malaysia bolehlah
diistiharkan sebagai muflis dan bangkrap. Padahnya, Idris Jala
menegaskan rakyat Malaysia perlu bersedia menerima sebarang
kenaikan harga di masa akan datang. Demikianlah mudahnya seorang
menteri merangka suatu keputusan awam! Dengan mengenepikan
Parlimen?Sebagai sebuah negara yang tidak pernah terjajah, Jepun
sebaliknya telahpun menikmati era pembangunan seawal tahun 1896.
Sedangkan Malaysia pada ketika itu masih lagi bergelumang dibawah
tindasan penjajahan British. Malaysia hanya mula dibangunkan
selepas Ogos 1957 dan terpaksa pula bergelut dengan cengkaman
imperialisme ekonomi Britain hingga pertengahan tahun 1970an (Nota:
Jepun juga sempat menjajah dan menyedut kekayaan negara ini dari
tahun 1941 hingga 1945. Laporan terbaru oleh FOREX Jepun
menunjukkan jumlah rizeb negara itu pada tahun 2010 ialah AS$1.096
trilion atau RM 3.836 trilion).Akibat dari DPT, Jepun telah
membolot faedah yang maksimum. Apa yang patut dipelajari dari
negara itu ialah nasionalisme ekonominya, BUKAN peniruan,
penyaduran atau pergantungan ekonomi yang boleh menghalang
pembangunan berdikari! Oleh itu, DPT (walaupun kini hanya disebut
sebagai salah-satu dasar tinggalan Mahathir dan semakin dibenamkan
oleh dasar-dasar terbaru Pemerintah) tidak harus dilupakan begitu
sahaja. Sebaliknya ia wajar dijadikan panduan dalam kita merangka
sesuatu dasar sosial dan dasar-dasar luar.Hari ini dasar-dasar
sosial (mahupun ekonomi) hendaklah menekankan aspek fundamental,
disamping cuba bersikap "robust" dan lestari (sustainable) dalam
menghadapi era globalisasi yang kian mencabar dan genting.
Sekiranya kita bersikap sambil-lewa (take-for-granted), tidak
berilmu serta enggan menggunakan kepakaran-kepakaran yang ada
(serta lebih mempercayai khidmat-nasihat perunding-perunding asing
termasuk si yahudi), nescaya kita tidak akan mampu bertahan dan
menentukan kelangsungan hidup bangsa dan negara ini
1